SharpShooter |
- Mat Sabu bebas tuduhan
- Penanti menanti Universiti
- Mujahid bersifat terbuka terhadap isu bukunya
- Benarkah Khairy akan berundur
| Posted: 02 Jan 2011 11:32 PM PST Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu dan sembilan rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan menghalang tugas penjawat awam tiga tahun lepas Majistret Mohd Izham Ali ketika menyampaikan keputusan itu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tiga sebab utama. Katanya tiga sebab itu ialah terdapat keraguan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, percanggahan keterangan dua saksi pendakwa iaitu saksi kesepuluh Supt Mohd Nasir Salleh dan saksi ke-11 Idris Rejap dan tiada keterangan spesifik mengenai tertuduh telah menolak penjawat awam. Sembilan tertuduh yang lain ialah Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul 'Aini Abdul Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51. Mereka dituduh enggan membuka pintu kenderaan dan telah menolak pegawai dan anggota polis dalam menjalankan tugas pada 7.45 malam, 9 Disember 2007 di hadapan Plaza Tol Plus Bukit Tambun (laluan keluar Lebuh Raya Utara-Selatan Kuala Lumpur-Pulau Pinang). Mereka didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, dibantu oleh Khairul Fairuz Rahman dan Ahmad Razali Muhamad Nazri, manakala Mohamad dan sembilan rakannya diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusof. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohamad melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan. "Terima kasih atas usaha peguam-peguam kami yang telah bertungkus-lumus mencari bukti dan berhujah membela kami untuk menang dalam kes ini," katanya. Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Mohamad dan rakan-rakan juga melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Tahniah kepada barisan peguam yang telah berusaha memastikan kemenangan bermakna ini, katanya. Turut hadir memberi sokongan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti (Tenaga, Air, telekom), Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi) negeri Lim Hock Seng.* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 02 Jan 2011 09:15 PM PST Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah universiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dalam tahun ini.
Ketika ditemui beliau berkata, adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi masyarakat negeri ini untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. "Lokasi kawasan telah pun dikenal pasti. Segala perkara berkaitan dengan penubuhan insititusi tersebut sudah pun berada pada peringkat terakhir. Kita sekarang berada dalam proses pembangunan sahaja. "Selain dari universiti dalam kawasan Penanti yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah lagi institusi yang akan memberi fokus kepada pembangunan ummah yang dikenali sebagai Yayasan Islam Pulau Pinang," tegasnya lagi. Tambahnya, dengan kewujudan institusi tersebut, ia membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Difahamkan, yayasan yang akan beroperasi awal tahun ini, akan memberi penekanan kepada keperluan masyarakat Islam seperti pendidikan, ekonomi dan sosial. "Kita bukan saja mahu masjid berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat yang menitikberatkan ilmu agama semata-mata, tetapi juga membuka ruang sebagai tempat untuk meningkatkan ekonomi dan membentuk peribadi atau pembangunan insan, " katanya lagi. Beliau yang juga Adun Penanti, optimis apa yang termaktub dalam manifesto pilihan raya yang lalu bagi mewujudkan institusi ini ternyata berjaya direalisasikan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Mujahid bersifat terbuka terhadap isu bukunya Posted: 02 Jan 2011 06:44 PM PST Ahli jawatankuasa kerja PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata beliau bersikap terbuka terhadap kritikan daripada mana-mana pihak berhubung buku terbarunya Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme, yang dihasilkannya dengan hasrat untuk memperbaiki organisasi parti. "Jika ia baik untuk parti saya berbangga kerana telah menjalankan tanggungjawab saya."Tetapi sekiranya tidak diterima sekalipun saya bersyukur kerana telah berusaha ke arah melihat masa depan PAS yang pastinya akan menjadi parti arus perdana dalam negara ini," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini. Beliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu sepertimana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.Dewan Ulama PAS Kedah dalam satu kenyataan pada Rabu lepas berkata dewan itu menolak tulisan Dr Mujahid dalam buku itu yang antara lain mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan". Dr Mujahid berkata buku tulisannya itu merupakan usaha untuk melihat masa depan PAS dengan mengambil kira aset perjuangan parti sejak lebih 50 tahun lepas. "PAS juga melalui fasa-fasa kepimpinannya dan buku "Menuju Pas Baru" hanyalah garapan saya terhadap masa depan organisasi parti yang perlu difikir oleh generasi muda. "Kekeliruan dari sudut istilah-istilah yang digunakan dalam buku tersebut boleh dijelaskan dengan mengadakan wacana dan diskusi yang sihat bagi membudayakan sikap keterbukaan kepada pandangan-pandangan yang berbeza," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 02 Jan 2011 02:46 PM PST BENARKAH KHAIRY AKAN BERUNDUR Apa kata Chegubard yang pernah melawan Khairy di Rembau Gagal laksana agenda perubahan dan tiada ruang bagi kelompok muda menjadi faktor utama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin enggan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum(PRU) akan datang, kata Chegubard Dihubungi Tv Selangor, beliau yang juga Ketua Cabang Keadilan Rembau berkata krisis dalaman Umno antara kelompok muda dan tua yang tidak kesudahan turut menjadi sebab mengapa Khairy merehatkan diri daripada politik. "Persoalan siapa bertanding di Rembau, sama ada Khairy ada atau tidak, ia tidak menjejaskan tumpuan dalam memperkasakan jentera parti atau pun program kemasyarakatan. "Apa yang berlaku adalah krisis dalaman Umno yang tidak kesudahan kerana ia melibatkan kekuasaan dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang menjadi Ketua Umno Bahagian Rembau turut ada masalah serius dengan Ketua Pemudanya itu," katanya. Tambahnya, ini membuktikan bahawa umno itu sendiri mempunyai krisis yang teruk dengan kelompok muda dalam parti itu dimana mereka tidak diberi ruang sempurna di mana ia diwakili oleh Khairy. "Kelompok tua atau pemimpin lama dalam Umno mengawal sepenuhnya parti itu sehingga tiada ruang untuk kelompok muda," ujar beliau Ujar Badrul, apabila Khairy dengan semangat idealismanya mencuba banyak ruang untuk membuat perubahan tetapi ternyata Umno parti tradisional tua yang tidak mampu diubah sebaliknya Khairy pula semakin dipinggirkan. "Saya rasa ini merupakan perkembangan yang tidak sihat bagi Umno di kala PRU semakin hampir manakala kelompok muda parti itu tidak diberikan ruang yang sempurna."Saya merakamkan simpati dengan Khairy di mana macam mana lajunya beliau masuk ke dalam politik seperti bapa mertuanya sebagai Perdana Menteri dan beliau nampaknya mengalami nasib yang sama," kata Badrul yang turut dikenali dengan panggilan Chegubard. Sharpshooter - Sudah pasti berita ini berita gembira buat parpu kari dan mungkin buat kenduri pisang bagi beruk makan agaknya. Beritanya di sini. Benarkah Khairy akan berhenti dari politik atau ia sekadar helah politik. Apakah ada udang di sebalik batu. Percaturan dalam politik ini berbagai cara dan taktik. Politik kotor dalam umno itu sudah lama bersarang. Falsafah "Tiada kawan kekal dan tiada musuh kekal" sudah sebati dalam umno. Apakah Khairy sudah kehilangan tongkat sakti pak mertuanya Pak Lah. Pak Lah mungkin sudah bersara dari politik pada PRU 13. Pak Lah letak jawatan sebagai Perdana Menteri sebab tidak tahan dengan asakan dari Mahathir yang berterusan mengkritik Pak Lah dan Khairy tetapi kita kena ingat Mahathir marah dan kritik Pak Lah bukan sebab untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan dirinya dan anak pinaknya. Rakyat juga masih tertanya-tanya apa motif sebenar Pak Lah menyerahkan dua blog telaga minyak kepada Brunei. Apa yang tersirat sebenarnya? Mana mungkin Pak Lah boleh serahkan dua blog telaga minyak kepada Brunei jika tidak ada sesuatu perkara yang besar yang disembunyikan kepada rakyat. Begitu juga dengan najib yang serahkan tanah di Singapura. Kes Altantuya menjadi sebab najib serahkan tanah di Singapura. Apa pemuda umno buat dalam dua kes besar yang melibatkan maruah negara bukan maruah bangsa. Apakah Khairy setuju dengan perkara di atas? Apakah Khairy sudah tahu beliau memang tidak ada tempat lagi dalam umno? Mengapa Khairy tidak dilantik menjadi menteri selepas menang ketua pemuda umno? Apa jua persoalan yang timbul, itu tidak penting dan siapa juga yang ambil alih adalah sama sahaja sebab dasar tidak berubah. Kemungkinan ini adalah helah Khairy dalam politik. Dalam dunia politik segalanya mungkin. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman berkata demikian selepas menyerahkan bantuan keperluan persekolahan kepada golongan yang tidak berkemampuan di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi.
Beliau berkata menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul hasil daripada penulisan bukunya itu termasuk keputusan Dewan Ulama PAS Kedah yang menolak pandangannya dalam buku itu sepertimana yang disiarkan beberapa akhbar tempatan baru-baru ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan