Era Pasca |
- SURAT SKANDAL NAJIB DENGAN POS MALAYSIA...
- Eksperimen politik: Slogan retorik Najib
- LAGI GAMBO BOKTI KEBETULAN UMNGOK TIRU ISRAEL... harharhar
| SURAT SKANDAL NAJIB DENGAN POS MALAYSIA... Posted: 03 Jan 2011 01:13 AM PST inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut telunjuk compony diri sindri.. lawan la secara adil... buleh pulak pilih kroni sindri untuk jadik kontraktor... sian POS MALAYSIA, depa nak pakai kroni depa pun tak leh.. kahkahkah baca berita kek bawah ni hah... POS Malaysia mengalami kerugian besar diluar jangkaan RM540 juta dalam kira-kira kewangan tahun 2009. Ia berpunca dari kesilapan dan kerugian pelaburan dalam firma Transmile Group Bhd. Kerugian itu telah dipersalahkan kepada pihak pengurusan dan beberapa pengarah Pos Malaysia termasuk bekas pengerusinya, Tan Sri Adam Kadir. Pihak pengurusan Pos Malaysia dianggotai oleh Ketua Eksekutif (CEO) dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dilantik dan diberi kepercayaan oleh Khazanah untuk mengurus dan melakar perancangan bagi menambah pendapatan Pos Malaysia. Namun, pelaburan yang dilakukan CEO syarikat itu dalam Transmile Group mengalami kerugian tidak terduga yang belum pernah berlaku dalam sejarah penubuhan syarikat itu. Beberapa tokoh pemimpin Umno dan bukan Umno sudah menuding jari kepada Kementerian Kewangan kerana memilih dan melantik beberapa tokoh korperat yang menjawat jawatan di dua syarikat GLC sekaligus. Mereka berpendapat, adakah negara sudah kekurangan tokoh korperat dan bijak pandai sehingga GLC diurus sedemikan rupa. Mereka menyaran supaya supaya Kementerian Kewangan lebih serius dalam memilih mereka yang layak menjadi CEO serta mengkaji semula kaedah perlantikan CEO dengan lebih teliti. Sudah kedengaran kritikan apakah perlantikan pegawai tinggi syarikat itu dibuat berdasarkan kepakaran mereka yang sebenar atau hubungan istimewa mereka dengan orang-orang tertentu di Kementerian Kewangan. Dalam hubungan ini, mereka mendesak Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop menjalankan siasatan dan menjelaskan kepada rakyat bagaimana Pos Malaysia boleh mengalami kerugian begitu besar. Ahli Parlimen Bayan Baru yang baru keluar PKR dan menjadi AP bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim turut mendesak Nor Mohamad menjelaskan perlantikan lapan individu daripada Dana Harta Berhad sebagai CEO dalam GLC yang menurutnya agak keterlaluan. Zahrain mempertikai sama ada motif perlantikan CEO dibuat bersandarkan kelayakan atau sejarah hubungan mereka dengan Nor Mohamad. Nor Mohamad menafikan sekerasnya penglibatannya dalam sebarang keputusan sehingga menyebabkan Pos Malaysia mengalami kerugian. Menurut beliau, keputusan sepenuhnya diambil dan diputuskan pihak pengurusan dan lembaga pengarah Pos Malaysia sebagai pegawai yang telah diberi amanah dan tiada kena mengena dengan beliau sebagai menteri yang bertanggungjawab merestui perlantikan pegawai berkenaan. Episod ini sudah menimbulkan tuduhan daripada beberapa individu kepada Nor Mohamad yang didakwa cuba menafikan situasi sebenar yang sudah berlaku dalam Pos Malaysia. Malah Nor mendakwa tuduhan terhadapnya oleh individu-individu itu sejak kebelakangan ini agak keterlaluan seolah-olah mempunyai agenda terselindung secara teratur oleh pihak tertentu. Bekas Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Adam Kadir dikatakan akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendedahkan cerita sebenar episod itu dengan bukti dokumen yang sudah dikumpul mengenai salahlaku pengurusan yang oleh pihak Khazanah. Adam dalam sidang akhbar menggesa kerajaan supaya mengkaji dengan teliti kepimpinan Khazanah yang menurutnya cuba menguasai sepenuhnya pengurusan Pos Malaysia. Menurutnya, pengurusan Khazanah sudah mengeluarkan RM800 juta dari simpanan (reserved) Pos Malaysia dan mengarahkan pembelian dan pelaburan saham tertentu RM40 juta dalam Transmile Group Bhd yang akhirnya mengakibatkan kerugian tidak diduga syarikat setengah billion ringgit. Adam juga mendesak Najib menghalang cadangan penjualan 33 peratus saham kerajaan yang berada dalam tangan Khazanah kepada syarikat swasta kerana isu itu amat sensitif kepada negara. Katanya, perkhidmatan Pos begitu kritikal kepada rakyat dan tidak seharusnya jatuh ke tangan pihak swasta. Persoalan timbul, siapakah yang patut dipersalah dalam episod itu? Adakah pengurusan Pos Malaysia yang dianggotai CEO dari Khazanah atau menteri yang melantik mereka? Dari episod yang sudah berlaku, pihak pengurusan dan petadbiran perlu bertanggungjawab kerana kelemahan mereka membuat keputusan sehingga syarikat mengalami kerugian besar RM540 juta. CEO Pos Malaysia dan semua pengarah serta pengerusinya harus menjawab kepada kerajaan dan rakyat bagaimana mereka telah membuat pelaburan yang silap dan sepatutnya dihukum sewajarnya dengan kesilapan besar itu. Dalam organisasi dan cara pengurusan syarikat korperat terbesar dunia, CEO yang gagal menjalankan tugas akibat dari salah keputusan atau kurang berprestasi seperti yang diharapkan seharusnya dipecat dan diganti dengan tokoh lain yang lebih layak. Jika kerugian begitu besar dan berlaku penyelewangan ketara, pegawai tinggi syarikat terlibat harus didakwa kerana perbuatan sengaja tidak amanah mereka menyebabkan kerajaan atau syarikat kerugian yang tidak sepatutnya. Ini hukuman biasa yang patut dikenakan kepada mereka jika mahkamah mendapati mereka bersalah dengan hukuman penjara atau denda yang setimpal. Dalam kes terbaru melibatkan syarikat korperat terkenal saham, bank pelaburan dan kewangan antarabangsa di barat, ramai pegawai tinggi dan pengarah yang didapati bersalah oleh mahkamah akhirnya disumbat dalam penjara kerana perbuatan curang dan serong mereka. Namun, jika syarikat mengalami kerugian akibat salah percaturan dalam membuat pelaburan, hal itu diselesaikan dengan perletakan jawatan secara sekarela atau pemecatan pegawai berkenaan oleh pihak pengurusan tertinggi. Itupun bergantung kepada budibicara pengurusan organsisasi itu atau kerajaan terlibat untuk mengambil tindakan lebih keras dan sewajarnya jika kesilapan itu tidak boleh dimaafkan atau berlaku kecuaian yang disengajakan. Dalam kes Pos Malaysia, jika PM Najib ingin kerajaan berlaku jujur dan adil kepada rakyat – kerana perkhidmatan pos melibatkan kepentingan asas rakyat – mereka yang terlibat dan didapati melakukan kesalahan atau kecuaian yang menyebabkan kerajaan kerugian RM540 juta, seharusnya dihadapkan segera ke muka pengadilan untuk mendapat keadilan yang sewajarnya. Dan jika berlaku penyelewangan yang sengaja dan ketara melibatkan kerugian wang rakyat yang begitu banyak, pegawai terlibat tidak boleh diampunkan dan patut diberi hukuman setimpal tidak mengira statusnya sebagai kawan atau pegawai yang sudah lama bertugas. Menteri atau CEO Khazanah yang membuat keputusan melantik pegawai berkenaan harus turut bertanggungjawab secara tidak langsung kerana salah memilih mereka sehingga kerajaan kerugian setengah billion ringgit. Siapakah yang patut membayar kerugian besar itu? Adakah pegawai CEO dan pengarah yang membuat kesilapan itu perlu membayar jumlah kerugian itu? Adakah menteri terlibat dan CEO Khazanah berkenaan boleh lepas tangan tanpa perlu menjawab kepada rakyat sedangkan secara langsung atau tidak, mereka ada sedikit saham dalam kesilapan keputusan dan kerugian yang sudah berlaku? Episod ini tidak boleh dipendam dan disimpan dibawah karpet. Ianya memerlukan ketulusan Najib untuk menyelesaikannya secara bijaksana dan adil sesuai dengan gagasan 1Malaysianya; kepentingan rakyat didahulukan, pencampaian diutamakan. Beliau tidak boleh menutup kes itu dengan seribu alasan seperti yang lazimnya diketahui umum. Beliau harus berterus terang dan mengambil tindakan sewajarnya kepada yang terlibat kerana ia melibatkan kerugian wang rakyat yang bukan sedikit sekaligus menunjukkan kelemahan kerajaan BN dan menterinya dalam memilih dan melantik pegawai yang berkebolehan bagi menjayakan rancangan pembangunannya. |
| Eksperimen politik: Slogan retorik Najib Posted: 02 Jan 2011 05:12 PM PST PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib Razak sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan ke hadapan walaupun beliau ini terkenal dengan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja. Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata demikian sebagai mengulas gesaan Perdana Menteri itu supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang. "PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat. "Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Tambahnya, PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat. Katanya, kebahagiaan rakyat yang dapat diukur seperti banyak program-program kebajikan untuk rakyat seperti air percuma di Selangor, skim kifalah untuk warga emas, bantuan sekolah agama rakyat, tamil dan China, bantuan kemasukan universiti, walaupun menghadapi kekangan kewangan di peringkat negeri. "Kesemua ini tidak pernah difikir oleh pemimpin Umno sepanjang 53 tahun memerintah," katanya. Beliau menambah, jika pemikiran yang ada pada pemimpin Pakatan Rakyat yang memerintah negara ini rakyat tidaklah susah sebegini rupa dengan tekanan hidup yang teruk, kuasa membeli semakin menurun, kualiti hidup sudah merosot. Soalnya, apakah salah rakyat membuat eksperimen untuk beralih pemerintah yang selama ini megkhianat amanah rakyat. Menurutnya, akibat rakyat masih belum buat ekperimen untuk menumbangkan Barisan Nasional di peringkat pusat maka rakyat dibeban dengan cukai perkhidmatan 6% daripada 5%, barang makanan naik 10% sementara Persatuan Peniaga Kedai Kopi Selangor dan Wilayah Persekutuan akan menaikkan kopi dan teh susu sebanyak 20 sen mulai 1 Januari 2011. Katanya, apabila barang naik menteri cuba hendak tunjuk hero bela rakyat dan marah kepada peniaga, pada hal yang buat fasal ialah pemimpin BN yang bertindak menaikkan minyak petrol walaupun negara kita pengeluar minyak. Baginya, eksperimen yang dibuat oleh rakyat sehingga menumbangkan kerajaan BN telah menyebabkan pelabur asing yakin dengan kemampun kerajaan Pakatan Rakyat. Buktinya, kata beliau pada 21 Oktober 2010, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Mukhriz Mahathir mengakui "Negeri yang paling tinggi menerima kemasukkan FDI adalah selangor dengan pelaburan sebanyak RM5.66 bilion, yang kedua tinggi adalah Johor iaitu di bawah kerajaan Umno-BN, yang ketiga dan keempat adalah Pulau Pinang dan Kedah manakala Perak pula di tempat yang kelima". "PAS hendak berpesan kepada Presiden Umno sudah cukuplah Umno BN mengkhianat amanah rakyat, dan janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan kerajaan yang bernanah," katanya. |
| LAGI GAMBO BOKTI KEBETULAN UMNGOK TIRU ISRAEL... harharhar Posted: 02 Jan 2011 10:51 AM PST bahasa melayunya YAYASAN 1Malaysia... kahkahkahkah kebetulan.. kahkahkah Terkini,Pak Najib menafikan bahawa slogan Satu Malaysia adalah slogan yang ditiru dan diciplak dari negara Israel yang telah mengamalkannya sejak tahun 1999.Malah beliau mempertahankan bahawa slogan tersebut ada ciptaan dan rekaan beliau sendiri. Tetapi DSAI sebagai Ketua Pembangkang telah membongkar rahsia yang sebenarnya apabila membandingkan One Israel (Pendidikan&Kesihatan,Slogan:People Frist,Tubuh Israel Fund) 1Malaysia (Bina klinik 1 Malaysia,Slogan:Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan,Tubuh Yayasan 1Malaysia) p/s: Pejuang APCO ZIONIS dinasihatkan pertahankan APCO WW hingga titisan darah yang terakhir.. kahkahkah sebab dah banyak melabur... 77 Juta tu.. kahkahkah nengok bukti : perhubungan APCO dengan GCI atau ISRAEL GOVERMENT... dan jugak surat aku terima UMNGOK dengan berbisnis dengan APCO.. kahkahkah |
| You are subscribed to email updates from Era Pasca . . . . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan