JEBAT_BERANI |
- 2011 KEBANGKITAN RAKYAT MENGAUM MEMBAHAM 1MALAYSIA
- BUKAN ISLAM IKRAR MENANGKAN PAS DI DUN TENANG
- PAKATAN RAKYAT 'TENANG' HADAPI UM-NO/BE-END DI DUN TENANG
- LUAHAN RAKYAT DI FACEBOOK P-END NAJID ALTANTUYA BUAT TATAPAN PENYOKONG BE-END!!!
| 2011 KEBANGKITAN RAKYAT MENGAUM MEMBAHAM 1MALAYSIA Posted: 02 Jan 2011 07:22 AM PST ![]() KUALA LUMPUR, 1 Jan: Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin percaya bahawa rakyat semakin bijak. Katanya, PKR dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik. "Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia!" ujarnya dalam perutusan Tahun Baru 2011. Berikut adalah perutusan beliau. 2010 telah melabuhkan tirai dengan pelbagai perkembangan yang bercampur baur dan menarik perhatian rakyat. Pastinya, impak yang pelbagai juga akan mengesani rakyat Malaysia, khususnya generasi muda. Di sebalik perencanaan agenda transformasi yang bermacam-macam jenis oleh Umno-BN, rakyat seolah-olah tidak merasai kesannya baik secara langsung ataupun tidak langsung. Yang pasti, kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kemungkinan kenaikan harga tarif air dan elektrik nyata sekali akan terus menghimpit kehidupan rakyat yang terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi dari hari ke hari. Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) meyakini sepenuhnya bahawa cabaran tahun 2011 bukan sesuatu yang mudah bagi generasi muda Malaysia. Ternyata, melalui propaganda Umno-BN, rakyat seolah-olah sedang dihipnotis agar melupakan bala yang dilakukan oleh Umno-BN. Dalam masa yang sama, tawaran KEADILAN dan Pakatan Rakyat (PR) diperkecil dan dihenyak sepanjang masa oleh media. KEADILAN dan PR konsisten di dalam menawarkan penyelesaian kepada kemelut politik dan ekonomi yang membelenggu rakyat Malaysia. Segalanya dihalusi dengan kajian dan penyelidikan yang terperinci dengan mengambil kira pembaziran yang dilakukan oleh Umno-BN. Memperlihatkan kepada keampuhan KEADILAN dan PR, Umno-BN tergamak untuk membelakangi prosedur untuk melakukan pelbagai tekanan ke atas KEADILAN, antaranya ialah mengharamkan permit Suara Keadilan dan juga menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi Ahli Parlimen PR: YB Karpal Singh, YB Azmin Ali dan YB Sivarasa Rasiah daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan. Serangan ke atas KEADILAN khususnya pasca pemilihan juga bertubi-tubi dilakukan Umno, kononnya KEADILAN berhadapan dengan krisis kepimpinan selepas Pemilihan 2010 yang menyaksikan sejarah tercipta dengan sistem 1 Anggota 1 Undi. Meskipun masalah kecil yang diperbesar media, KEADILAN berjaya memperkemas barisan kepimpinannya dengan pengenalan muka-muka baru khususnya suara-suara muda di dalam kepimpinan KEADILAN untuk terus kekal relevan dalam arus politik semasa. Hakikatnya Umno buntu mencari butir jawapan kepada serangan KEADILAN dan PR. Isu penyelewengan dalam tadbirurus Felda, kenaikan harga minyak dan barangan, ketirisan dalam pelbagai perolehan kerajaan seperti yang dilapor oleh Laporan Ketua Audit Negara, semuanya gagal dijawab dengan fakta melaluikan 'auta' berpanjangan melalui media arus perdana kepunyaan Umno-BN. Yang terus berlaku ialah rakyat ditindas secara senyap, keupayaan Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dinafi dan dicabul di bawah semangat Federalisme. Dalam keadaan 2011 bakal menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan dalam suku tahun kedua, rakyat seharusnya membulatkan tekad. 53 tahun Umno memerintah Malaysia, kita kekal berada di takuk lama. Menyandarkan kejayaan hanya pada menara pencakar langit dan pembangunan fizikal sama sekali tidak tepat untuk mengatakan bahawa rakyat telah berada pada tahap kehidupan yang terbaik. Isu keselamatan, kenaikan kos sara hidup, pencabulan hak asasi dan sebagainya kekal membungkam rakyat. AMK percaya bahawa rakyat semakin bijak. KEADILAN dan PR, dengan kepimpinan yang ada, jelas terbukti menawarkan sesuatu yang lebih adil, telus dan demokratik. Tahun 2011 seharusnya menjadi fasa pembaikpulihan Malaysia dengan menolak Umno-BN di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Sumber : Harakah daily JEBAT_BERANI : SUDAH SAMPAINYA RAKYAT BERSEDIA DAN BERANI MELAKUKAN PERUBAHAN....JIKA PASUKAN HARIMAU MALAYA SUDAH BANGKIT DARI LENA MAKA RAKYAT MALAYSIA JUGA HARUS BANGKIT DARI LENA YANG PANJANG SELAMA INI....KEZALIMAN BE-END HARUS DIHENTIKAN..JADIKAN TAHUN 2011 INI MEDAN TERBAIK UNTUK MEMBERI PENGAJARAN KEPADA BE-END....SUDAH CUKUP MEREKA MEMPERALATKAN RAKYAT SELAMA INI....KINI TIBA MASANYA MEREKA DIBERIKAN PENGAJARAN DIATAS KEZALIMAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN KEPADA RAKYAT...AYUH RAKYATKU KITA MENGAUM MEMBAHAM UM-NO/BE-END.... Ayuh kita nobatkan 2011 sebagai Tahun Pemulihan Malaysia! |
| BUKAN ISLAM IKRAR MENANGKAN PAS DI DUN TENANG Posted: 02 Jan 2011 06:22 AM PST ![]() Bukan Islam yakin dengan PASPenolong setiausaha Dapsy Kebangsaan, Tey Kok Siew pula berkata, orang Melayu Islam harus meninggalkan Umno BN yang ternyata tidak mampu membela nasib mereka. "Saya tahu Islam itu satu sahaja. Tapi kalau orang tanya saya, saya boleh terima Islam cara PAS atau Islam cara Umno,saya akan jawab saya terima Islam cara PAS. "Saya dan kawan-kawan saya orang Cina yang bukan Islam boleh terima PAS, saya nak tanya orang-orang Melayu Islam terutamanya di Tenang, kamu tunggu apa lagi? Nak tunggu Umno berubah? Bila Umno akan berubah? Tunggu kucing bertanduk dulu. "MCA boleh berubah tak? Boleh...tunggu pisang berbuah dua kali. Jadi kita tidak boleh percaya lagi pembohong-pembohong besar ini. "Kita nak tanya orang Umno,kalau betul Umno jaga Melayu,kenapa sampai sekarang semakin ramai orang Melayu yang miskin?"soalnya yang juga Adun Bandar Hilir Melaka. Dalam pada itu, Ketua Penerangan DHPP Johor, Subramaniam memberi jaminan bahawa mereka akan membantu PAS sedaya mungkin untuk menawan Tenang. "Saya berjanji Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan rombongannya akan bertungkus lumus menggegarkan Tenang terutamanya kaum India. Tambahnya, orang India sudah yakin bahawa hanya Islam yang dibawa PAS mampu memberikan kesejahteraan kepada negara. "Saya seorang Hindu, dilahirkan sebagai seorang Hindu, hari ini pun saya masih Hindu, esok belum tahu...di hati saya, di dalam tanah yang bertuah ini, hanya Islam akan menjamin kesejahteraan semua. "Sekarang masyarakat India tidak bimbang dengan parti PAS. Dulu mereka khuatir kerana mungkin mereka nampak PAS itu parti hanya untuk Islam dan mereka tidak faham kerana tidak terlibat dalam PAS. "Tapi hari ini mereka faham hanya Islam sahaja boleh membanteras gejala sosial termasuk rasuah dan akan membawa Malaysia menyelamatkan maruah Malaysia," katanya. Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub,setiausaha DPPP, Ahmad Sabki Yusuf, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi DHPP Johor,Nadarajan. Sumber : Harakah Daily JEBAT_BERANI : HAHAHAHAHAHA....AGAK-AGAK APA LAGI ISU ATAU AGENDA UM-NO UNTUK MENAKUTKAN BUKAN ISLAM TERHADAP PAS...ISU PERJUANGAN ISLAM YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS NAMPAKNYA TELAH DITERIMA KEBANYAKKAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA..MEREKA LEBIH MENYAKINI KONSEP ISLAM ITU SENDIRI DARI KONSEP 1MALAYSIA YANG DIBAWA OLEH BE-END....SEMOGA DENGAN ADA SOKONGAN MASYARAKAT BUKAN ISLAM INI TERHADAP PAS DIHARAPKAN MATLAMAT MENUBUHKAN NEGARA ISLAM SEBENAR YANG MENDAULATKAN UNDANG UNDANG ISLAM AKAN MENJADI KENYATAAN.. |
| PAKATAN RAKYAT 'TENANG' HADAPI UM-NO/BE-END DI DUN TENANG Posted: 02 Jan 2011 05:32 AM PST LABIS, 2 Jan: Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno.Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang. "Orang kata di sini kubu kuat Umno tapi saya nak bagitahu sifir pilihan raya,sekarang ini tiada lagi istilah kubu kuat bagi Umno BN. "Di seluruh negara, kita pernah menawan kerusi-kerusi mereka dan di Dun Tenang ini pilihan raya kecil ke 14. Dari 13 pilihan raya kita telah menang dengan agregat 8-5. "Dalam orang tak percaya kita boleh menang, kita mampu melakukannya. "Ini bermaksud kita ada keupayaan untuk menang.Inilah yang harus kita yakin. Saya tak mahu pemuda-pemuda kita tak yakin dengan kekuatan yang kita miliki," katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat dekat sini, semalam. Justeru Nasrudin berkata, jentera pemuda harus bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS. "Saya harap jentera yang turun hari ini mampu menggunakan segala kekuatan untuk memenangi Dun Tenang ini," katanya disambut laungan takbir oleh kira-kira 500 pemuda yang hadir. Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, pemuda Pakatan akan membuat agihan tugas secara tepat dan tersusun dalam gerak kerja PRK kali ini. "Rupa-rupanya di Tenang ini satu kebangkitan rakyat akan berlaku. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pekan Tenang jangan disangka tak akan mengamuk. "Kita berhadapan realiti, iaitu kawasan Felda yang dikatakan kubu kuat Umno. "Pemuda PAS, Dapsy dan AMK akan agih tugas dengan betul kali ini. Kalau kita tengok pengalaman di Sibu, semua orang kata kita susah nak menang. Tapi oleh kerana kita bekerja secara tersusun, kita mampu menawan Sibu," katanya. Sumber : Harakah Daily JEBAT_BERANI : AYUH KITA 'TENANG'KAN RAKYAT DI DUN TENANG DARI PEMERINTAHAN 1MALAYSIA YANG MEMENINGKAN RAKYAT..AYUH KITA MENANGKAN PAKATAN RAKYAT DI DUN TENANG AGAR RAKYAT DI DUN TENANG DAPAT HIDUP 'TENANG' DAN SELESA..... |
| LUAHAN RAKYAT DI FACEBOOK P-END NAJID ALTANTUYA BUAT TATAPAN PENYOKONG BE-END!!! Posted: 02 Jan 2011 04:25 AM PST Nazri Ahtar salam, 1. Tolong laa jangan buat perbandingan harga minyak dengan negara lain. kalau terpaksa bandingkan juga, bandingkan sekali Cost Of Living, Bandingkan sekali average GAJI yang diterima. compare 1 to 1, bukan compare selepas congak nilai RM. 2. Petrol ni bahan asas penting. naik petrol, naik la kos transport. naik kos transport, naik la kos barang mentah dikedai2, siapa juga yg tanggung ? consumer aka rakyat. itu belum dikira dengan naik tarif elektrik. Bila tarif elektrik naik, kos LRT, ERL, monorel akan naik juga (eventually), siapa yg tanggung ? Consumer aka rakyat. 3. Betul dan setuju naik utk kemajuan, tapi berbaloikah risiko diambil kalau nak dibandingkan dengan peratusan menyokong (dan juga peratus memangkah undi memihak kepada DS). saya pasti DS ada ramai cendiakawan yang memberi pandangan dan nasihat kepada DS ttg ini. 4. Alasan yang biasa diberikan utk sejukkan hati rakyat ialah 'kami akan pastikan harga barang lain tidak akan naik'. Sejauh mana janji ini ditepati ? Saya rasa DS boleh congak sendiri. Dari sudut pandangan mata saya yg serba sederhana, asalkan gaji kakitangan awam diumumkan naik (belum naik lagi), harga barang runcit sudah naik. Lihat sahaja harga gula sekarang. Sejauh mana kekuatan pegawai2 yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan harga barang tidak naik ? Wallahualam. Yg pasti saya sudah bosan mendengar alasan2 sebegini. 5. Kenapa tidak digunakan cara 'tunjuk IC@ kad pengenalan Malaysia sebelum beli minyak petrol utk dapatkan harga subsidi' ? Sekurang2nya dengan cara kampung tersebut, rakyat terbela. Duit subsidi mmg jatuh terus ke tangan rakyat, bukan kepada tangan pelancong mahupun PATI, jikalau ini yg satu ketika dahulu dijadikan alasan utk menaikkan harga petrol. Mana dia method yg dicanang2kan kononnya subsidi yg lebih effisen utk rakyat. mana ? mana ? 6. Kalau ini merupakan salah satu langkah untuk mengalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, sediakan penganggkutan awam yg effisen terlebih dahulu. DS tak perlu pening nak lobi rakyat utk guna pengangkutan awam. rakyat akan guna pengangkutan awam kalau sistem pengangkutan awam itu sendiri effisen. Kami bukan bodoh sehingga tidak tahu utk berjimat. 7. Tolong jangan mengiakan apa yg pembangkang perkatakan sekarang. bagi mereka, bukan rakyat didahulukan tetapi rakyat mendahulukan. Sekian sahaja pendapat 5 sen saya buat setakat ini. pikir2kahlah. * dari komen seorang sahabat di facebookb Najib Razak JEBAT_BERANI : BAGI MANUSIA YANG PUNYA KEWARASAN FIKIRAN PASTINYA BOLEH MEMAHAMI APA YANG CUBA DISAMPAIKAN PENULIS SURAT INI..BELIAU BUKAN MERUNGUT KOSONG...RUNGUTAN BELIAU ITU SANGAT BERASAS... MALAH HAMBA YAKIN RUNGUTAN SEBEGINI BUKAN SAHAJA DIDENGARI DIKALANGAN RAKYAT YANG MENYOKONG PEMBANGKANG..MALAH MEREKA YANG TEGAR MENYOKONG BE-END JUGA PASTI MERUNGUT DENGAN KENAIKAN HARGA PETROL INI WALAUPUN HANYA '5SEN'.. KITA SEMUA SEDAR AKAN KESAN KENAIKANN HARGA MINYAK INI WALAUPUN JUMLAH KENAIKAN HARGA INI DIANGGAP KECIL OLEH 'KEPIMPINAN 1MALAYSIA'....IANYA BUKAN SEKADAR MENPENGARUHI KENAIKAN KOS PENGANGKUTAN SEMATA-MATA..KENAIKAN HARGA PETROL SELALUNYA MEMBERI KESAN MENYELURUH KEPADA KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN.... KENAIKAN HARGA PETROL INI JELAS MENUNJUKKAN SIKAP KERAJAAN YANG TIDAK PEKA DENGAN BEBANAN YANG DITANGGUNG RAKYAT..MALAH IANYA JUGA MENYERLAHKAN SIKAP KERAJAAN 1MALAYSIA YANG TIDAK MENGUTAMAKAN KEPERLUAN RAKYAT..SLOGAN 'RAKYAT DIDAHULUKAN PERCAPAIAN DIUTAMAN' NYATA HANYA 'OMONGAN' KOSONG... APAKAH PENYOKONG-PENYOKONG BE-END MASIH LAGI MAHU MENYOKONG PIMPINAN 1MALAYSIA INI..APAKAH MEREKA MASIH MAHU MEMBIARKAN DIRI TERUS 'DIPERBODOHKAN' DAN 'DIPERALATKAN' OLEH PIMPINAN 1MALAYSIA???AYUH SEDARLAH DAN BANGKITLAH BANGSAKU...JANGAN SAMPAI KITA KEHILANGAN SEGALANYA....PERBETULKAN APA YANG PERLU SEBELUM TERLAMBAT..... |
| You are subscribed to email updates from JEBAT_BERANI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan