AdukaTaruna |
| Ulamak adalah yang tunduk kepada pembolehubah Allah (sunnahtullah) - Allah Posted: 10 Jan 2011 07:37 PM PST ![]() [1] Fauzi said... Salam bro, Aku nak perbetulkan ckit maksud ulamak yg sebenar, "Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan air hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan air hujan itu buah-buahan yg pelbagai jenisnya. Dan di antara gunung2 itu ada garis2 putih & merah yg pelbagai mcm warnanya dan ada yg hitam legap. Dan demikian di antara manusia, haiwan2 melata dan haiwan2 ternakan terdapat yang pelbagai warna. Sesungguhnya yg takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ULAMAK. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." (Quran, 35:27-28) Berdasarkan ayat ini, ULAMAK bermaksud golongan yg mengkaji tanda kekuasaan Tuhan di langit dan juga di Bumi. Senang cakap ULAMAK bermaksud saintis. Tak percaya baca betul2 ayat ni. Hanya terdapat 2 ayat sahaja dalam AQ yg mengandungi perkataan ULAMAK iaitu ayat di atas dan juga surah Asy Syu'Ara', ayat 197. "Dan hamba2 Tuhan Yg Maha Penyayang itu, orang2 yg berjalan di atas Bumi dengan rendah hati dan apabila orang2 jahil menyapa mereka, mereka menjawap kata-kata yang baik." (Quran,25:63) Puak2 Rusila ni macam kera kena belacan aku tengok. Kenapa pengikut2 H.A. takut kalau dia adalah pihak yg benar? Inilah akibatnya apabila diagung-agungkan para agamawan. Dipujanya 'Tuan2 Guru' yg dianggap setaraf dengan Nabi. Akibatnya mereka tidak sedar mereka sendiri adalah musuh Tuhan. "Ikutlah apa yg diperturunkan kepadamu oleh Tuhanmu dan janganlah kamu mengikut pemimpin2 selainNya. Amat sedikit dari kamu yang mengambil pengajaran." (Quran,7:3) Tapi yang peliknya, puak2 ni menyerahkan tafsir Al-Quran kepada 'Ulamak2' palsu. Yg lebih menyedihkan ialah dinyanyikan pula Al-Quran itu. "Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan bersyair itu tidaklah layak baginya. Al-Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan." (Quran,36:69) Tuhan hanya ajar AD-DEEN iaitu cara hidup yg harmoni. Agama/mazhab adalah ciptaan orang yg sombong, "Kemudian mereka menjadikan agama mereka berpecah belah menjadi beberapa pecahan. Setiap golongan berbangga dengan apa yang ada pada sisi mereka." (Quran,23:53) Sila search 'mental bondage' utk mengetahui ajaran Al-Quran yg sebenar. "Dan tidak ada seorang pun akan percaya kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada org2 yang tidak mempergunakan akalnya." (Quran:10:100) Biarkan sahaja puak2 nie, sampai bila pun mereka takkan dapat petunjuk. Jangan dok layan, menghabehkan boreh ajo. "Dia (Iblis) berkata:'Jelaskanlah kepadaku inikah orangnya yg Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, pasti benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali SEBAHAGIAN KECIL.' (Quran,17:62) Majoriti manusia sesat, nak selamat di akhirat bacalah AQ dengan sebaik-baiknya dengan mengetahui isi kandungan sebenar. Sebagai permulaan, sila search 'Mental Bondage'. Saya dah lama tinggal ajaran2 sesat Arab nie. Tapi masalahnya ramai org Melayu menjadi Pengikut Arab Setia. -Fauzi- [2] (Saiful Islam) Dengan ilmu Syariat, dilabelkannya manusia yang menolak Syariat sebagai golongan sekular. Tetapi dalam masa yang sama dia menolak hukum Sains (Sunnatullah) yang sebenarnya menjadikan dirinya juga sekular on the other side of the same coin. |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan