Senyum Tangis Sendu |
- Video: Melaka Maju, Melayu Tikam Nombor Apa Cerita?
- Video: Kereta Terbakar Di Lebuhraya
- The Red Warriors dan Stadium
Video: Melaka Maju, Melayu Tikam Nombor Apa Cerita? Posted: 16 Jan 2011 08:53 AM PST Video orang Melayu Muda Video di atas diambil pada Ahad jam 2.15 petang 16 Januari 2011 berdekatan dengan pusat bandar Melaka Maju 2010. Negeri Melaka adalah negeri kuat UMNO yang kononnya membela bangsa Melayu khasnya namun video di atas membuktikan segala-galanya kegagalan UMNO untuk membela Melayu yang semakin miskin sehinggakan menjadikan pusat nombor ekor sebagai tempat taruhan untuk mendapatkan wang. Video orang Melayu Tua/Uzur Video ini menunjukkan tempat dan lokasi kejadian yang sama. Cuma perbezaan hanya 15 minit dari klip video yang pertama. Tengoklah keadaan orang tua melayu ini yang sudah uzur sanggup untuk membeli nombor ekor akibat dihimpit kemiskinan akibat kerakusan kerajaan UMNO Melaka. Mana peginya pendirian UMNO membela bangsa? Orang tersebut bukan namanya Choong Ah Kaw atau Kamalanathan tetapi yang ditengahnya ada perkataan "BIN" ditengah-tengah nama yang membezakan dari kedua-dua nama tersebut. UMNO kena sedar bahawa "Melayu Bukan Islam dan Islam Tidak Semestinya Melayu". Jika UMNO mengatakan Melayu Itu Islam, maka bolehlah disimpulkan UMNO itu gila meroyan. UMNO kena sedar bahawa dasar perjuangan mereka adalah berdasarkan sekular ataupun kebangsaan. Islam mengharamkan judi, bertenung nasib dan minum arak. Jadi, apabila hukum Islam tidak mahu diikuti maka beginilah jadinya. |
Video: Kereta Terbakar Di Lebuhraya Posted: 15 Jan 2011 05:58 PM PST Ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur kira-kira jam 7.00 malam pada 15 Januari, Sebuah kereta proton saga BLM telah terbakar selepas melanggar pembahagi jalan. Keadaan tersebut menyebabkan berlaku kesesakan jalan raya hampir 5 kilometer. Polis dan bomba turut dilokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran dan mengawal kesesakan lalu lintas yang teruk. Kemalangan mungkin berpunca disebabkan keadaan jalan raya yang licin akibat hujan lebat menyebabkan kereta itu terbabas melanggar pembahagi jalan. Ketika kejadian itu, ada pemandu yang tidak sabar-sabar menyebabkan ada kemalangan kecil melibatkan bas dan lori namun tiada sebarang kecederaan yang berlaku kepada penumpang bas. Keadaan jalan yang sesak itu juga disebabkan sikap pengguna jalan raya yang ingin menjadi penonton dengan apa yang berlaku. |
Posted: 15 Jan 2011 05:27 PM PST HASRAT peminat 'tegar' The Red Warriors untuk menyaksikan pasukan mereka terus beraksi di Stadium Sultan Muhammed Ke IV, Kota Bharu menjadi kenyataan apabila stadium tersebut kini dalam proses pemulihan dan menaik taraf fasiliti. Selain itu, masalah lampu limpah sebelum ini yang tidak memenuhi spesifikasi sehingga hampir menyebabkan Kelantan terpaksa beraksi pada sebelah petang juga sedang dalam proses baik pulih dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat ini. Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim memberitahu, kerja-kerja menaik taraf dan pemulihan stadium terutama melibatkan padang sedang dilakukan dan mungkin akan siap dalam tempoh seminggu lagi. Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Perbadanan Stadium mendapat kerjasama dari segi kepakaran memulihkan padang daripada dua kelab golf iaitu Kelab Golf dan Desa Kelantan dan Kelab Diraja Darulnaim. "Setakat ini keadaan semakin baik dan cuaca juga menyebelahi kita. Kerja-kerja dilakukan secara berterusan untuk memastikan semua berada dalam keadaan baik. "Buat masa ini kerja-kerja menebuk lubang untuk pengaliran udara sedang dijalankan dan kita akan menabur pasir sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kita akan tunggu rumput tumbuh dan akan dipotong sebelum fasa terakhir meratakan padang dilakukan," katanya ketika ditemui semalam. Tambahnya, pekerja-pekerja yang terlibat sedang bertungkus lumus melakukan proses penambahbaikan termasuk kerja menanam semula rumput bagi memastikan stadium tersebut dapat digunakan pada perlawanan melibatkan pasukan Kelantan pada 1 Februari ini. Katanya, selain daripada padang, kerja-kerja membaik pulih serta penambahbaikan lampu limpah stadium sedang dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan tahap cahaya lampu menepati spesifikasi yang diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). "Insya Allah, dengan peruntukan yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Perbadanan Stadium, kerja-kerja menaik taraf lampu sudah diluluskan dan statusnya adalah perlu dilakukan dengan segera dan kerja-kerja sedang dijalankan. "Cuma masalah melibatkan kabel memerlukan masa yang lebih panjang, mungkin dalam dua atau tiga minggu. Namun, apa yang penting kita akan pastikan pencahayaan stadium mencapai tahap minimum 800 lux seperti kehendak FAM dan kemudiannya pihak stadium akan memastikan ia akan lebih baik iaitu melebihi 1000 lux," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan