Ahad, 16 Januari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Normala Sudirman calon PAS bagi PRK N.05 Tenang

Posted: 16 Jan 2011 07:51 AM PST


Wanita calon PAS bagi PRK N. 05 Tenang.

Beliau ialah Normala Sudirman. PRK N.05 Tenang akan diadakan pada 30 Januari ini apabila ia dikosongkan oleh penyandangnya Allahyarham Sulaiman Taha meninggal dunia.

Normala yang merupakan Ketua muslimat PAS Labis diberi kepercayaan dan peluang untuk merebut kerusi tersebut daripada Barisan Nasional.

Beliau dijangka akan berhadapan dengan calon BN daripada UMNO.

Semoga Puan Normala Sudirman akan beroleh kemenangan, insyaAllah.

[sumber]

Mak Luncai meroyan 'saman'

Posted: 16 Jan 2011 05:00 AM PST


Aduyai...
Akibat ditimpa perasan...
Akibat dilanda bodoh sombong
Akibat sanggup diperlembu
Dia diserang meroyan 'saman'

Kah...kah...kah..

Peguamnya pulak 'kayu'
Biarkan!!Biarkan!!
Mak Luncai terjun dengan labu-labunya.

Baca sini dan sini

Crazy hippo: What will be will be

Posted: 16 Jan 2011 02:00 AM PST


That crazy hippo....
is already a heavy weight

That crazy hippo....
is indeed a heavy liability

That crazy hippo...
sudah sarat dengan title itu dan ini
Ya Allah, not another one from Sarawak!!

Please.... are you people crazy??
Pity that crazy hippo.
She has become too heavy!!
She will sink...
Not immediately
but eventually.

Wallahu'alam....
What will be, will be

Hantu Cina dikesan

Posted: 15 Jan 2011 11:00 PM PST


Tenang sulah tatak tenang
Hantu sulah mali oooo....


Hantu Cina sulah mali
Mali masuk Felda Tenang

Haiyo.... SPR apa bikin?
Titun mati ka??

Apa macam ini bole jadi??
Veli ilisponsibel maa...
Talak bikin keleja ka??

Olang lain boleh jumpa hantu
Lu olang talak nampak, ka??
Buta ka??
Sengaja bikin buta, tutup mata??
Atau, lu olang punya keleja??

Haiyaa... Talak guna!!
Makan gaji buta!!
Bela hantu laya!!

Ceritanya di sini

Strategi backfire!!

Posted: 15 Jan 2011 09:10 PM PST

Sumber gambar: minaq jinggo

Padan muka. Strategi backfire!!

Mereka nak tunjuk yang mereka lebih Islam dari Islam orang lain. Kononnya, merekalah pejuang agama di Malaysia. Mereka guna isu agama untuk dapatkan mileage politik untuk TUAN yang mereka jilat.

Isu azan dan pembesar suara Masjid Al-Ikhlasiah, dijadikan modal untuk mereka main wayang. Tujuannya untuk memberi persepsi, merekalah pejuang agama Islam. Maka, berdemo sakanlah mereka dengan segala mak nenek poster dan banner. Gempak 1Malaysia!! Publisiti yang mereka idamkan telah diperoleh.

Malangnya, macam hangat-hangat taik ayam, tup-tup sejuk!! Tup-tup... senyap sepi!! Isu sudah selesai. Kenapa selesai??

Ha... ha... ha... Sebab, strategi tak kena!! Strategi failed!! Yang terkena ialah Putrajaya. Yang terkena ialah JAWI. Yang terkena ialah JAKIM. Aduh sakitnya. Terkena tepat tapi cepat-cepat mereka nafikan. Ngkau kata tidak. Aku kata tidak. Dia kata tidak.

Oleh itu, sudah...!! Jangan bising-bising lagi. Tutup cerita. Kemelut azan dan pembesar suara di Kampung Kerinci sudah selesai. Settled!!

Rupa-rupanya, yang mengadu ialah seorang peguam, ahli MCA pulak tu. Kini, dia sudah blah dari kawasan itu. Dia sudah berpindah kerana dia bimbang akan keselamatan dirinya. MCA pulak kata, mereka tak tau apa-apa. Jangan kerana nila setitik, MCA pula kena tanggung
akibatnya.

Aha... mereka sudah tersilap besar. Mereka sudah sedar... apa yang mereka sudah lakukan telah 'makan' diri sendiri. Oleh itu, cepat-cepat tutup mulut. Bisu dan matikan diri!!

Sekarang, ada pulak antara puak malaun yang bersuara.... jangan politikkan isu azan Masjid Al-Ikhlasiah. Jangan jadikan ia isu agama yang boleh melaga-laga kaum. Juga, jangan melaga-laga sesama umat Islam. Pulak dah....

Cara malaun twist isu ini, seolah-olah nak menyalahkan puak sebelah sini. Hai... ini dah lebih. Persoalannya sekarang, siapa yang mula mainkan isu ini. Ya, siapa empunya angkara?? Siapakah yang mula cuba tiupkan apinya?? Siapa yang mula terlalak terlolong??

Namun demikian, mungkin kerana sedar yang isu ini akan ada impak negatif pada puak gerombolan, maka kini... Jamil Khir berkokok. Zulbabwe dari Kulim berkokok. Berkokok untuk tutup angkara ke?? Atau... tutup untuk mengeliru dan memperbodohkan rakyat semua??

Hello... hello.... Berkokok ler hangpa sampai tak mau. Jangan ingat rakyat bodoh dan boleh tertipu serta terpedaya dengan kokokan sumbang hangpa. Rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku.

Apa-apa pun, kita hidup dalam sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, mesti ada sikap toleransi sesama kita. Kita respek hak agama satu sama lain. Bukan apa, kita mahu rakyat Malaysia hidup aman dan sejahtera.

Satu nasihat kepada para balaci puak sebelah sana. Kalau atur strategi... pastikan ia tidak 'makan' diri sendiri lagi. Kalau asyik termakan diri..... nanti mati!!

Sumber dari sini, sini dan sini

Tua lawannya muda

Posted: 15 Jan 2011 07:00 PM PST

Orang tua dapat yang muda
Fuiyoo...
Melerek senyumannya, weh.

Kah... kah... kah...

Ceritanya di sini

Teresa akan dedah

Posted: 15 Jan 2011 04:30 PM PST


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 21 Mac untuk perbicaraan kes saman Utusan Melayu (M) Berhad terhadap ahli parlimen Seputeh itu.


Teresa yang didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar terbitan syarikat itu.

Pada Februari 2009, Utusan Melayu Berhad menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap akhbar Utusan Malaysia.

Ia berikutan dakwaan ahli parlimen itu bahawa utusan memutar-belitkan pernyataan-pernyataan beliau berhubung makanan yang disajikan kepadanya semasa beliau berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2008.

[Selanjutnya di sini]

Teresa Kok tidak gentar untuk menghadapi saman dari Utusan Meloya terhadapnya. Malah, mahkamah akan dijadikan medan untuk dia mendedahkan sifat rasis Utusan Meloya.

Ya... Dedah Teresa Dedah. Dedah jangan tak dedah. Dedah sikap rasis dan batu api Utusan Meloya, sebuah akhbar yang tak beretika dalam membuat laporan berita dengan selalu menyebar fitnah!! Akhbar yang menjadi barua dan balaci sang pemerintah iaitu UMNO/BN.

Semoga kemenangan akan menyebelahi kepada yang benar walau berapa lama sekali pun perbicaraan akan berlangsung.

Tiada ulasan: