Ahad, 16 Januari 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rosmah, Isteri Perdana Menteri paling Kontroversi

Posted: 16 Jan 2011 03:21 AM PST

Malaysia dengan enam Perdana Menteri (PM) dan tujuh isteri Perdana Menteri semenjak PM pertama, isteri kepada PM terkini dianggap paling kerap diharungi kontroversi yang tidak putus-putus.

Jika era PM kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi diselar oleh seorang lagi bekas PM iaitu PM keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menempatkan menantunya di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Najib Razak pula didakwa menempatkan pejabat isterinya di bangunan yang sama.

Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor ketika ini dilihat sedang menikmati kedudukan beliau sebagai isteri PM Malaysia apabila bukan sahaja berjaya mencuri tumpuan malahan menjadi satu-satunya isteri PM yang menerima peruntukan yang tinggi dan pejabat khas di Putrajaya untuk beliau.


Memetik lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), edyesdotcom dan beberapa blog lain, Rosmah bukan sahaja memiliki pejabatnya sendiri malah turut mempunyai bahagian atau jabatan yang dinamakan Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Bahagian tersebut yang hanya ditubuhkan ketika era PM terkini itu, diketuai oleh Pegawai Khasnya Datuk Siti Azizah binti Sheikh Abod disamping lima lagi pegawai lain.

Selain dianggap keterlaluan, tindakan tersebut turut dianggap satu pembaziran apabila melibatkan perbelanjaan tambahan dana kerajaan seperti gaji pegawai dan kakitangan, ubah suai pejabat dan pelbagai kos lain yang berkaitan.

Wanita Pertama Negara

Rosmah juga didakwa menderhaka kepada Yang Dipertuan Agung dan Permaisurinya kerana menggunakan gelaran Wanita Pertama Negara yang sepatutnya gelaran bagi Permaisuri Agung seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Kontroversi gelaran ini yang telah lama ditimbulkan semenjak isu iklan satu muka surat penuh di akhbar New York Times yang memaparkan beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia tidak berapa lama dahulu, telah diserang hebat oleh media pro pembangkang.

Bagaimanapun serangan pihak pembangkang yang seakan menyedari bahawa Rosmah sebagai satu lagi 'titik lemah' Najib, tidak memberi apa-apa kesan apabila Rosmah dilihat berusaha menjadikan gelaran tersebut sebagai gelaran rasmi terhadapnya apabila menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menelan belanja RM4.5 juta.

Malahan sesetengah pihak menganggap dari hari ke sehari, Rosmah dilihat begitu dominan dalam pentadbiran Najib dan dikatakan sebagai pihak di belakang tabir dalam beberapa keputusan pentadbiran Najib.

Memetik blog bedukcanang.blogspot, dalam satu entri lama di awal tahun 2010, pengendali blog tersebut melihat tingkah laku Rosmah sebagai tidak mustahil sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk terjun ke dunia politik sepenuhnya dan langkah-langkah awal untuk mempromosi dirinya sedang giat dijalankan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Teng cadang Rosmah bertanding pilihan raya

Sementara itu, FMT pula dalam satu temu bual bersama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chang Khim sekitar Oktober tahun lalu, dengan nada sinis Teng turut mencadangkan agar Rosmah bertanding dalam pilihan raya itu nanti.

Selain itu keputusan Najib meletakkan Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini juga 'dibaca' sebagai tindakan bagi membolehkan Rosmah lebih berperanan jauh dalam hal ehwal yang membabitkan kementerian tersebut.

Status Sharizat yang hanya sebagai Senator yang bukanlah dipilih rakyat sebaliknya dilantik PM telah memaksa Sharizat hanya bertindak sebagai timbalan atau penasihat kepada Rosmah.

Malahan Rosmah turut diberikan kuasa untuk mengendalikan program Permata yang sepatutnya lebih relevan diletakkan di bawah kendalian Kementerian Pelajaran yang menterinya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Baru-baru ini, ketika Rosmah di Arab Saudi, beliau juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Pelajaran Arab Saudi, Putera Faisal Bin Abdullah Bin Mohamad Al-Saud Royal Suite, Intercontinental Hotel di sana sekaligus seolah membelakangkan Muhyiddin.

Bagi kebanyakan penyokong PR, Rosmah dianggap menghina Islam apabila menjadi penaung Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo, Monaco yang memperagakan 'busana muslim' memaparkan nama Nabi Muhammad dalam keadaan terbalik dan mendedahkan aurat wanita.

RM100,000 satu malam bilik hotel

Sementara itu dalam satu ceramah di Taman Bolton, Gombak Isnin lalu, Timbalan PKR, Azmin Ali mendedahkan Rosmah dikatakan telah menginap di Hotel Atlantis, Dubai yang menelan belanja sebanyak 120,000 dirham atau kira-kira RM100,000 untuk satu malam.

Kontroversi tidak putus melibatkan Rosmah juga mungkin menambah rumitkan Najib apabila kos perbelanjaan isterinya itu ke luar negara dikatakan mempunyai signifikan terhadap peningkatan 40 peratus peruntukkan perbelanjaan lawatan JPM ke luar negara seperti yang diumumkan dalam parlimen tahun lalu.

Keputusan Najib dalam belanjawan 2011 yang memperuntukan sejumlah RM111 juta bagi Pusat Anak Permata Negara yang dinaungi isterinya sebelum ini telah mendapat bantahan keras dari ahli-ahli parlimen blok pembangkang.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan samada keputusan-keputusan Najib yang menyentuh isterinya itu dibuat berdasarkan nasihat yang diberikan oleh penasihat-penasihatnya termasuk syarikat penasihat komunikasinya yang penuh kontroversi itu atau pun terpaksa menolak nasihat tersebut bagi memberi laluan kepada isterinya itu

Jadual Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Alor Star dan Kuala Kedah

Posted: 16 Jan 2011 02:20 AM PST

Dalam memenuhkan masa yang terluang selama enam bulan akibat digantung oleh UMNO/BN dar Parlimen, setelah menjelajah Terengganu DS Anwar Ibrahim akan menjelajah Kedah pula..

Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

19 Januari 2011 (Rabu)

1) 3.00 – 7.00 petang – Wacana Ilmu – Demokrasi dan Tatakelola Kerajaan
Lokasi : Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Star

Ahli Penal:
1.YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2.YAB Dato' Seri Azizan Abd Razak
3.YBhg Dato' Siddiq Fadzil

2) 8.00 – 10.00 malam – Jamuan Makan Malam
Lokasi : Tingkat 7, Menara Majlis Bandaraya Alor Star

Penceramah:
1.YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2.YAB Dato' Seri Azizan Abd Razak
3.YB Tien Chua
4.YB Lee Boon Chye
5.YB Elizabeth Wong
6.YBhg Dato' Haji Wan Salleh Wan Isa
7.YBhg Teh Kok Soo


3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah – Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia

Lokasi : Stadium Sukamenanti, Alor Star

Penceramah:
1.YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2.YB Tien Chua
3.YB Nasir Mustafa
4.YB Dato' Amirudin Hamzah
5.YB Fahrulrazi Zawawi
6.YB Ahmad Kasim



Seluruh Rakyat Malaysia dijemput hadir!!

Selamatkan Malaysia dari UMNO yang durjana!!

Isu Interlock : Muhyiddin seolah-olah sudah MATI.. (Video Inside)

Posted: 16 Jan 2011 12:09 AM PST

Pada satu ketika, majlis ini panas apabila, ketua satu, Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Mat Ali bangkit dan mendesak Timbalan Menteri, Datuk T Murugiah melepaskan jawatannya sebagai ahli dewan negera kerana mencampuri "urusan menteri pelajaran" dalam isu ini.

"Ahli dewan negara ada bidang-bidang khususnya, bukan mencampuri urusan orang lain," katanya.

Namun kata Amiruddin, mereka tidak akan terikut-ikut dengan membakar gambar Murugiah dan mereka yang menyokong Interlok diharamkan.

"Dia baru sahaja sertai MIC setelah dihalau oleh PPP dan mahu publisiti untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.


"Jadi dia mempolitikan isu ini untuk dapatkan sokongan. Dia pernah diminta letak jawatan dalam PPP, sekrang kita minta dia letak jawatan senator dan kabinet," katanya.

Menurut Amiruddin lagi, Persatuan Penulis Johor berharap, Murugiah yang memulakan persoalan Interlok ini memperjelas kepada rakyat Malaysia kerana kebiadabannya yang tidak menghormati menteri pelajaran.

'Seolah-olah Muhyidin sudah mati'

"Beliau yang menyatakan Interlok ditarik balik seolah-olah Menteri Pelajaran sudah tidak ada, seolah-olah Tan Sri Muhyiddin sudah mati, bagi Murugiah barangkali," katanya.

Turut hadir adalah ketua II Gapena, Datuk Abdul Latif Bakar dan pelakon Abu Bakar Omar.

Abdul Latiff berkata perhimpunan hari ini bertujuan mempertahankan novel tersebut dari dipolitikkan, diharamkan penggunaannya dan dibuat pindaan ke atas beberapa ayat tertentu.

"Novel ini adalah sesuatu yang bernilai tinggi...satu resolusi berhubung isu ini juga akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran selain mengadakan rundingan meja bulat dengan semua pihak tidak mengira kaum," katanya kepada pemberita.

Abu Bakar pula mahu filem dan drama Tamil serta Hindi diharamkan jika masyarakat India mendakwa Interlok tidak mewakiili gambaran Malaysia yang sebenar.

"Kebanyakan drama dan filem yang dihasilkan dari India adalah fiksyen dan tidak mewakili masyarakat di negara ini, jadi ia juga sepatutnya diharamkan.

"Filem dan drama seumpama itu juga mesti dihentikan daripada dibenarkan masuk ke negara ini," katanya dengan berang.- sebahagian berita dari Malaysiakini, sepenuhnya sila lihat di SINI


Jamil Khir! Tegurlah dia ni pulak kalau berani..

Posted: 15 Jan 2011 11:59 PM PST

Semalam Bernama melaporkan Jamil Khir telah memberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Ini berikutan tindakan exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Kali ini Seorang naib presiden MCA pula kelihatan mencampuri urusan ugama Islam dengan meminta perdana menteri dan pihak berkuasa agama menggunakan isu azan semasa sebagai peluang bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan mayarakat pelbagai kaum pula..


Hah! Jamil Khir tunggu apa?? Dia campur urusan ugama Islam tu.. Bagi amaranlah kepada pemimpin MCA ni kalau berani..


Naib presiden MCA: Kawal selia guna pembesar suara rumah ibadat
Oleh Clara Chooi January 16, 2011

Seorang pekerja memasang pembesar bunyi di sebuah masjid di Jammu, India. — Foto Reuters
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Seorang naib presiden MCA meminta perdana menteri dan pihak berkuasa agama menggunakan isu azan semasa sebagai peluang bagi mengawal selia penggunaan pembesar suara di semua rumah ibadat demi mengelak perselisihan faham di kalangan mayarakat pelbagai kaum.
Dalam langkah MCA kelihatan keluar daripada pendirian "diam diri" dalam isu azan semasa, Senator Gan Ping Sieu memberitahu The Malaysian Insider, penetapan garis panduan tidak boleh disamakan sebagai dengan tindakan mempersoalkan hak seseorang kepada kebebasan beragama dalam apa sahaja kepercayaan.

Bagaimanapun kata beliau, usaha itu akan membantu mengelak sebarang perselisihan berhubung isu-isu sensitif pada masa depan.

"Ini peluang baik bagi perdana menteri, mufti-mufti dan pihak berkuasa lain untuk menetapkan garis panduan agar ia jelas," kata beliau.

"Ia bukannya mempersoalkan hak-hak seorang untuk beragama atau hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi (persekutuan), tetapi garis panduan yang lebih jelas akan memudahkan umat Islam dan bukan Islam memahami satu sama lain," kata beliau ketika dihubungi semalam.

Gan, seorang timbalan menteri, merupakan pemimpin MCA pertama bercakap secara terbuka dalam isu terbaru ini ekoran protes berkaitan dengan isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di ibu negara.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan isu laungan azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, yang didakwa diarah menghentikan penggunaan pembesar suara ekoran aduan seorang ahli MCA, sebagai "mainan politik" pihak tertentu untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang bukan Islam.

Beliau juga menegaskan, tiada arahan dikeluarkan kepada pengurusan masjid agar memperlahankan laungan azan atau tidak lagi menggunakan pembesar suara.

Kelmarin, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak pengadu itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jamil Khir memberitahu, dakwaan mengatakan pihak pengurusan Masjid Al-Ikhlasiah yang menerima arahan daripada "pihak atasan" supaya berhenti menggunakan pembesar suara ketika azan adalah tidak benar.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali juga menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan.

Difahamkan peguam itu yang tinggal di Pantai Hill Park yang terletak kira-kira satu kilometer dari Masjid Al-Ikhlasiah telah menghantar surat kepada Perdana Menteri sebelum dibawa ke Jabatan Perdana Menteri dan Jawi dan kemudian dimaklumkan kepada pihak pengurusan masjid.

Dalam kenyataannya, Gan berkata, sebelum menghakimi tindakan pihak-pihak yang terlibat dalam pertikaian itu, adalah penting untuk memahami konteks isu tersebut tanpa salah anggap komponen azan dalam ajaran agama.

"Sangat mudah... azan digunakan untuk menyampaikan puji-pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad (s.a.w.), ia panggilan untuk menunaikan solat," kata Gan sambil menambah, memang sesuatu yang lumrah permintaan agar dikurangkan nada pembesar suara boleh disalah anggap dan menyinggung perasaan umat Islam.

Begitu juga dalam keadaan di mana penganut-penganut agama lain diminta mengurangkan kadar amalan atau sambutan perayaan masing-masing, kata beliau.

"Ia juga boleh menyinggung mereka, ini sikap semula jadi manusia," kata beliau.

Gan juga berkata, bagi sesetengah orang azan dianggap sebagai "suara yang menenangkan" seperti juga him, koir, bunyi loceng atau pukul gendang yang digunakan dalam agama-agama lain.

Justeru kata beliau, terdapat manifestasi yang berbeza melibatkan pemahaman penganut-penganut dari lain-lain kepercayaan.

"Saya pernah melihat di mana sesetengah tokong Buddha membiarkan pekikan laungan mereka dan masyarakat Muslim tidak mengadu, tetapi orang Cina yang mengadu.

"Jadi, ini satu perkara yang menyentuh soal sensitiviti. Ia membawa pengertian yang berbeza bagi orang lain (berbeza agama)," kata beliau.

Gan juga berkata, adalah penting bagi mereka dari agama lain untuk memahami bahawa azan bukan ajaran agama tetapi panggilan untuk Muslim menunaikan solat dan hanya berkumandang beberapa minit.

Kata beliau, azan disalah anggap oleh bukan Islam sebagai khutbah agama yang disampaikan dalam masjid, yang lazimnya turut kedengaran menerusi pembesar suara.

Dalam satu pandangan berasingan semalam, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpendapat umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan selain azan, yang dibuat melalui pembesar suara supaya tidak mengganggu orang luar dan juga mereka dalam masjid.

"Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi (Muhammad) s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni.

"Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak," kata Mohd Asri dalam kenyataan dikeluarkan mengulas isu azan membabitkan sebuah masjid di Lembah Pantai sejak beberapa hari lalu.

"Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan — selain azan — yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai.

"Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Muslim sehingga mereka menyangka ia azan," kata beliau sambil menambah, sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan.

"Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'," kata beliau.

Gan juga berkata kebanyakan rakan Muslimnya juga ada memaklumkan beliau bahawa amalan sedemikian tidak digalakkan dalam Islam.

"Saya dimaklumkan di sesetengah tempat, kemungkinan beberapa anggota jawatankuasa masjid, bertindak secara berlebihan... mereka melaungkan ceramah mereka dan kuliah mereka dan menggunakan pembesar suara untuk menyiarkan pandangan mereka.

"Kemungkinan ini yang menyukarkan kaum bukan Islam. Sebenarnya, sesetengah Muslim juga memberitahu saya bahawa mereka juga pernah meminta pihak masjid memperlahankan pembesar suara," katanya lagi.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada umat Islam, Islam meminta pengikutnya tidak mengangkat pujian mereka tetapi agar menunaikan solat secara sederhana dan dalam suasana yang aman.

"Saya tidak tahu sejauh mana benarnya perkara ini, maka langkah terbaik ialah pemimpin-pemimpin agama memutuskannya.

"Tetapi ini yang diberitahu oleh (rakan-rakan) Muslim kepada saya," kata beliuau.

Begitu juga pembakaran bahan-bahan sembahyang oleh agama lain, yang tidak harus dilakukan sehingga mengganggu penganut agama lain, kata Gan lagi.

Dalam suratnya bertarikh 20 Disember 2010 kepada perdana menteri dan salinannya kepada beberapa pihak, peguam tersebut berkata dia ahli MCA sejak 1998 dan tinggal di Pantai Hill Park sejak lima tahun lalu dan terjaga daripada tidur kerana laungan azan.

Dalam salinan surat yang diperoleh dari Internet, peguam itu berkata, "sebagai seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA sejak 1998, saya merasa amat kesal kerana sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas dari pihak Jabatan Perdana Menteri walaupun berkali-kali saya telah menulis surat menyuarakan masalah saya termasuk kepada JPM, MCA dan Gerakan."

"Sebagai seorang penghuni yang telah lebih daripada lima tahun menghuni di Pantai Hill Park, saya sudah biasa kedengaran bunyi sembahyang subuh dari Masjid Al-Ikhlasiah yang berdekatan dan tidak menghadapi apa-apa masalah," katanya.

Bagaimanapun kata peguam itu, sejak beberapa bulan lalu dia mendapati bunyi laungan azan tiba-tiba menjadi "amat lantang sehingga mengejutkan saya pada setiap pagi 5.45 pagi."

"Ambil perhatian bahawa saya tinggal di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 21, dan jarak Pantai Hill Park dari masjid tersebut adalah lebih kurang satu kilometer.

"Menurut khabar angin, imam yang baru telah ditukar ke masjid ini," katanya.

Dia seterusnya menulis, "saya juga pernah menelefon pejabat polis Kuala Lumpur dan menurut pegawai atasan di sana, tiada sebarang peraturan atau undang-undang yang mengawal bunyi sembahyang masjid dan lagi kuat bunyi itu lagi baik, untuk mengingatkan lebih banyak Muslim tempatan bangun bersembahyang."

"Saya menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di bawah Perlembagaan Persekutuan tetapi hak saya untuk tidur dan rehat serta bersembahyang agama sendiri dengan aman dalam permis persendirian juga harus dihormati.

"Saya berpandangan kekuatan pembesar di mana-mana tempat sembahyang tanpa mengira agama, mesti dikawal oleh pihak-pihak berkuasa tertentu, melalui peraturan yang saintifik dan rapi seperti pengiraan decibel (dB), tidak boleh mengatasi undang-undang," katanya sambil menambah, "seperti di rumah kampung saya di Seremban, didapati bunyi masjid itu adalah lebih rendah dan terkawal."

The Malaysian Insider

135 orang termasuk bekas orang kuat Umno sertai PKR di Kemaman

Posted: 15 Jan 2011 11:11 PM PST

Kan aku dah kata.. gantunglah lagi Anwar Ibrahim ni.. tengok! habis 1Malaysia dia jelajah.. kah..kah..kah..

KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu

Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman.

Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman.


Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional.

Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999.

Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang.

Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar)

Hargailah Kami..

Posted: 15 Jan 2011 10:53 PM PST

"Kamilah yang sedang mempertahankan Kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dengan pemberitaan di dalam dunia blogger.Oleh itu berilah sedikit kredit kepada kami sebagaimana yang dilakukan oleh Kelantan malam tadi,"

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13

KUALA LUMPUR, 16 Jan: Tidak ada satu perkara yang paling diharapkan daripada dunia blogger Pakatan Rakyat melainkan untuk melihat BN dan Umno disungkurkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang dan PRU 13 akan datang.

Justeru, Drs Khalil Idham Lim mengucapkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dengan kejayaan kerajaan Negeri Kelantan menganjurkan Majlis Mesra Menteri Besar Kelantan Bersama Blogger Pakatan yang diadakan di Kuala Lumpur malam tadi.

"Sebenarnya saya adalah antara orang yang sentiasa menunggu program seumpama ini bagi memastikan orang seperti kami yang duduk di hadapan komputer di mana sahaja kami berada dihargai bukan dengan kalimat yang tinggi menggunung namun sanggup dipanggil untuk bertatap muka dan diberikan sedikit makanan pengalas perut walaupun setahun sekali, itu rasa sudah memadai," ujarnya yang mengendalikan blog Cina Islam.

Sebab itu, beliau pernah mengeluarkan pandangan menyokong saudara blogger Milosuam bahawa blogger Pakatan Rakyat semacam tidak digembleng tenaga mereka secara terancang dan bersepadu untuk menghadapi gelombang blogger Umno yang nampak terancang dan dirancang.


"Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Kerana itu, baginya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak sentuhan kerajaan negeri Kelantan dalam pertemuan malam tadi sangat bernilai bagi seorang blogger dan mereka bukan mahukan sanjungan, pujian dan upah.

Katanya, keiklasan mereka datang pada malam tadi dengan biaya poket sendiri dengan meninggalkan kerja masing-masing menuju ibu negara demi memenuhi jemputan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Tambahnya, tanpa disedari di sana ramai yang hadir boleh membuat tuntutan perjalanan dan sebagainya, namum para blogger sudah melupakan itu demi penghargaan yang lebih besar dari nilai wang ringgit.

Menurutnya, yang penting hak dan tanggungjawab yang dilakukan oleh masing-masing mengikut kedudukan.

"Bila ada pengumuman mengenai program tersebut saya cepat-cepat mendaftar diri untuk hadir dan mengosongkan jadual yang lain yang diatur lebih awal.

"Apabila saya menerima jawapan dari email Tarmizi Mat Jam yang mendaftar kehadiran, saya rasa sangat berbangga dan tidak sabar untuk hadir bersama dan memastikan berada di Kuala Lumpur malam tadi walaupun saya sepatutunya sudah di China untuk urusan perniagaan," katanya.

Masa berjalan dengan cepat sekali, kerana itu beliau menyarankan perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan negeri yang lain di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mestilah melakukan program seumpama dilakukan Kelantan malam tadi.

Walaupun cuma datang tanpa makan dan minum, beliau yang juga Adun Titi Serong akan berusaha untuk hadir sekiranya mereka menganjurkan dalam masa terdekat.

"Kalaulah saya di luar negara dan sibuk dengan jadual yang diatur lebih awal, saya akan susun kembali untuk pastikan dapat hadir bersama.

"Selain bertemu pimpinan kerajaan negeri Kelantan, saya juga merasakan keseronokan bertemu dengan rakan-rakan media dan blogger sempena pertemuan malam tadi," ujarnya.

Baginya, ternyata ia menjadi medan untuk merapatkan silaturrahim sesama blogger dan dengan pimpinan.

"Kamilah yang sedang mempertahankan Kerajaan Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dengan pemberitaan di dalam dunia blogger.

"Oleh itu berilah sedikit kredit kepada kami sebagaimana yang dilakukan oleh Kelantan malam tadi," ujarnya lagi.

Kenapa Isteri Perdana Menteri? tidak Menteri atau Timbalan Menteri?

Posted: 15 Jan 2011 11:34 AM PST

Pada 8 Januari lalu Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberitakan telah berlepas ke Arab Saudi, untuk lawatan selama tiga hari.

Dalam lawatannya itu beliau yang diiringi delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri .

Di Arab Saudi, beliau telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh.

Rosmah juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Selepas Arab Saudi, Rosmah dijadual untuk melawat Oman selama empat hari dari 16 Januari sebelum ke Bangladesh selama tiga hari dari 19 Januari.

Ramai yang tertanya-tanya atas kapasiti apa Rosmah Mansor mengadakan lawatan ke Arab Saudi itu, sedangkan yang sepatutnya menyampaikan ucapan di Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke-12 di Riyadh ialah Menteri Pelajaran bukannya Isteri Perdana Menteri.


Jika Menteri Pelajaran dikatakan mempunyai jadual yang bertindih dalam hal ini, kenapa tidak Timbalan Menteri Pelajaran ke Arab Saudi sebagai wakil?

Rosmah juga telah mengambil alih tugas Menteri Pelajaran apabila bertindak menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity(Mawhiba).

Isunya disini ialah siapakah Rosmah untuk mewakili Negara kita Malaysia, beliau hanya isteri Perdana Menteri bukannya seorang Menteri..

Selama lebih dari lima puluh tahun merdeka kita tidak pernah mendengar Perdana Menteri diwakili oleh Isterinya bagi sebarang majlis rasmi yang melibatkan Negara diluar negeri.. Malah isteri Tun Mahathir yang telah memerintah selama 22 tahun tidak pernah kita dengar mewakili Negara dalam sebarang majlis rasmi diluar negeri.

Ketika di Arab Saudi Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dikatakan menginap di Royal Suite, Intercontinental Hotel di Riyadh yang sewanya mencecah RM100,000.00 sahaja bagi satu hari. Itu Rosmah.. bagaiman pula dengan 20 orang lagi ahli rombongannya itu?

Adakah mereka semua menumpang di dalam bilik Royal Suite penginapan Rosmah itu? Atau mereka menyewa chalet yang berada diluar Bandar Riyadh yang sewanya lebih murah.. atau untuk menjimatkan kos rombongan mereka hanya mendirikan khemah di perkarangan hotel itu??.. mana mungkin..

Dan setelah selesai melakukan lawatan ke Arab Saudi kini diberitakan pula Rosmah Mansor akan melawat Oman pula.. kononnya atas jemputan selama empat hari pula dari 16hb hingga ke 19hb Januari pula.

Lawatannya ke Oman menurut seorang Diplomat Malaysia bakal memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Oman ini secara tidak langsung dapat meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara dalam aspek pendidikan , perdagangan dan juga pelancongan.

Dan lawatan ini amat signifikan oleh diplomat itu kerana ianya merupakan lawatan kedua seorang pemimpin dari Malaysia ke Oman setelah 20 berlalu dimana kali terakhir pemimpin Malaysia mewat Oman pada tahun 1991 dan pemimpin yang melawatnya ialah Sultan Azlan Shah ketika menjadi Yang di Pertuan Agong.

Portfolio apakah pula yang dipegangnya kdalam lawatan ke Oman ini? Jika dikatakan lawatannya bakal meningkatkan antara kedua-dua negara dalam aspek pendidikan , perdagangan dan juga pelancongan ianya kelihatan seperti Menteri Pendidikan, Menteri Perdagangan dan Menteri Pelancongan pula..

Biasanya hanya Perdana Menteri yang boleh mewakili ketiga-tiga kementerian itu.. tapi kenapa Isteri Perdana Menteri? Bukan Menteri atau Timbalan Menteri?

Berapa banyakkah yang akan dihabiskan pula kali ini??


Rosmah's visit to boost Oman-Malaysia ties, says envoy

MUSCAT, Jan 15 — Datin Seri Rosmah Mansor's official visit to Oman from tomorrow will further strengthen relations between Malaysia and the sultanate, and may indirectly boost linkages between the two countries in fields like early childhood education, trade and tourism, according to a Malaysian diplomat.

The January 16-19 visit by the wife of the prime minister is all the more significant as this will be the first time in 20 years that a visiting dignitary from Malaysia is being received as a guest of the state of Oman.

The last Malaysian dignitary accorded such a rarefied status was the then-Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah, when he visited Oman back in 1991, said Mohamad Norhisyam Mohamad Yusof, charge d'affaires at the Malaysian embassy in Muscat.

Speaking to Malaysian journalists ahead of Rosmah's arrival, he said: "The government of Oman is very selective in extending invitations of that nature, meaning that the one extended to Datin Seri Rosmah (picture) is a reflection of the close and cordial ties between the two moderate Muslim countries."

He further said that Oman's invitation for Rosmah to visit the country could be seen as a recognition of her tireless efforts in promoting a cause close to her heart — early childhood education under the Permata programme — as well as her role in empowering women in Malaysia.

Norhisyam said he viewed Rosmah's role as complementary to that of her husband, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, in promoting the policies and positions of the Malaysian government.

Rosmah is scheduled to have an audience with Oman's Deputy Prime Minister Sayyid Fahad bin Mahmood Al-Said.

Omani Social Development Minister Dr Sharifa bint Khalfan Al-Yahya'eyah will also call on Rosmah.

Rosmah will be joined on the trip by members of the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers (Bakti), of which she is president.

Malaysia and Oman established diplomatic relations in 1983.

Norhisyam said there were about 900 Malaysians in Oman, the majority working in the petroleum sector.

"And they're eagerly awaiting the arrival of Datin Seri Rosmah in Muscat," he added.

He said bilateral trade between Malaysia and Oman stood at nearly RM500 million from January-October 2010, with Malaysia's main exports to Oman being edible oil, machinery, appliances and parts, wood products, and electrical and electronic products.

According to him, there were ample opportunities for Malaysian companies in Oman's infrastructure projects like roads and highways, airport construction, as well as education.

Norhisyam noted that Malaysia was a favourite destination among Omani holidaymakers.

"The number of visitors from Oman to Malaysia is increasing over the years. In 2010 alone, we received 18,300 people from Oman, an increase of 20 per cent over the figure for 2009," he said.

He said the growth in the number of visitors from Oman in 2011 was projected to be in the 15 to 20 per cent range compared to last year.

The diplomat also said that more than 400 Omani students were studying in Malaysian institutions of higher learning last year.

"My greatest hope is that the visit by Datin Seri Rosmah will lead to more opportunities for further collaboration between Malaysia and Oman, and bring the close and cordial relations between both sides to another level," he added.

The visit to Oman follows Rosmah's recent trip to Saudi Arabia. After Oman, she will head for Bangladesh. — Bernama

Tiada ulasan: