Jumaat, 21 Januari 2011

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::

:: RUANG BICARA PRIA MALAYA ::


Gempur kubu BN: Gambar sekitar 30 ribu penyokong PAS/PR di hari penamaan calon N.05!..(video inside)

Posted: 21 Jan 2011 08:33 PM PST



INFO:

1. Dilaporkan ini adalah kali pertama dalam sejarah perhimpunan politik paling ramai di wilayah Selatan tanah air, negeri Johor Darul Takzim..hampir 80 ribu berkumpul dalam satu-satu masa oleh kedua-dua belah pihak (PR/BN)..

2. PAS/PR mencatat sejarahnya tersendiri apabila mampu menghimpunkan hampir 50 ribu peyokong di negeri Johor, sebuah negeri jajahan takluk Umno sejak sekian lama (kubu kuat BN)..ia sesuatu diluar jangkaan..lokasi tempat berkumpul penyokong PR melimpah ruah sehingga beberapa kilometer..(rujuk video di bawah)

3. Rekod hadirin penamaan calon kali ini hampir menyamai rekod terbesar penamaan calon di Malaysia iaitu di PRK Permatang Pauh, PRK Bukit Gantang, dan PRK Kuala Terengganu..puluhan ribu penyokong PAS-PKR-DAP (Melayu-Cina-India) menghadiri hari penamaan calon sebagai bukti sokongan padu kepada calon PAS!

4. Soal menang atau kalah itu soal kedua, apa yg penting dari ini ialah semangat yg ditonjolkan oleh penyokong ini baik dari dalam dan luar menunjukkan mereka benar-benar mahu perubahan pada PRU ke 13 nanti..mereka mampu hadir tanpa sebarang bayaran dan paksaan..ia juga sebagai proses tarbiah ahli/penyokong parti untuk jangka masa panjang..fikir2kan..wallahua'lam..

p/s: Lagi gambar dan video akan menyusul..sila refresh..

























































(Ada juga yang tersesat..ni kes sbb import orang luar datang nk ramaikan penyokong BN..nasib la badan..;D..sumber gambar: Madzamtoklah Madzam..)







BIADAP: MCA hina Islam di Tenang, takutkan pengundi Cina dengan penubuhan negara Islam!

Posted: 21 Jan 2011 08:08 AM PST



p/s: Isu ini akan dikemaskini dalam entry di sebelah, "Koleksi berita sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!"...entry ini akan sentiasa dikemaskini, harap maklum...

BERITA 1

MCA berkempen bermodalkan agama, bangsa

MCA sekali lagi cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali.

Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.



Risalah itu, antaranya memaparkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi songkok kepada pemimpin veteran Lim Kit Siang yang menerimanya dengan bangga.

Tajuk yang tertera, "Saya tidak bantah awak jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim."

Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hidup negara Islam!" tertera di risalah itu.





Kempen MCA di Tenang setakat ini tertumpu dengan bidasan demi bidasan terhadap agenda PAS menubuhkan negara Islam.

Malah, presiden parti Cina itu, Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengeksploitasikan isu berkenaan dengan mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan berjaba tangan dan bersalam dengan penduduk bukan Islam di Tenang.

Satu lagi strategi yang digunakan ialah paparan 12 perwakilan Pakatan Rakyat yang telah berpaling tadah dan dua bekas pemimpin yang meninggalkan parti masing-masing.

BERITA 2

BN terdesak serang peribadi calon PAS

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek cuba menimbulkan isu agama di Tenang membuktikan BN terdesak dan takut dengan penampilan calon PAS yang meyakinkan rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersenda penampilan calon PAS, Normala Sudirman dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan ketika menghadiri program bersama rakyat.

Soi Lek juga mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan oleh Soi Lek yang takut dengan calon kita dan dia cuba bermain isu agama sebenarnya.



"Ini menunjukkan bahawa Chua Soi Lek cukup terdesak dengan penampilan calon kita yang meyakinkan dan isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu remeh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Naib Presiden PAS itu juga berkata, masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima ajaran Islam yang melarang wanitanya bersalaman dengan lelaki bukan mahram.

"Ini etika yang diterima pakai oleh budaya masyarakat Malaysia dan tak ada masalah bagi orang Cina dan India bila muslimat PAS tidak bersalam dengan bukan mahram.

"Jadi ini bukan isu tetapi menunjukkan sikap terdesak Soi Lek," katanya. - HD

Reaksi ummat Islam terhadap kenyataan biadap pemimpin MCA/BN..

Kenyataan Presiden MCA tentang salam dibantah

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyindir alaman biasa cara wanita Islam bersalam di tempat awam mendapat kritikan keras daripada pembaca Harakahdaily di Facebook dan Twitter.

Kebanyakan pembaca yang mengkritik turut membuat perbandingan dengan kes Chua yang ditangkap melakukan hubungan jenis dengan seorang rakan wanitanya dalam sebuah video yang telah menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan kabinet dan partinya sebelum menjadi Presiden MCA pada tahun lepas.

"Anda adalah orang yang membuat penilaian terhadap orang yang tidak bersalam. Apakah penilaian kita terhadap seorang yang telah melakukan zina," tanya seorang peguam, Syahredzan Johan di Twitter.


('Pelakon' video porno ini masih diberi tempat di dalam MCA dan BN..sehingga kini, beliau langsung tidak dikenakan apa2 tindakan apatah lagi dikenakan ISA atas dakwaan menghina hukum dan negara Islam..mana YB Zul? mana PERKASA?..)

Beliau turut berpendapat bahawa bekas Menteri Kesihatan itu tidak harus membuat sebarang penilaian moral ketika orang lain boleh menyoalkan kompas moralnya sendiri.

Chua sekali lagi mencetuskan kontroversi mengenai Islam apabila beliau secara sindiran membuat perbandingan cara calon PAS di Tenang, Normala Sudirman bersalaman dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

"Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS," Chua dipetik sebagai berkata di Malaysiakini.

Tahun lepas, Chua juga secara jahilnya mengatakan bahawa negara-negara yang paling korup adalah mereka dari kalangan majoriti Muslim, akan tetapi beliau memberikan contoh negara Ethiopia yang mempunyai majoriti Kristian dalam hujahnya.

Pada November lepas, Chua sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS dengan kejahilannya apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Haji Ismail Basar, yang memberikan komennya terhadap Chua di Facebook Harakahdaily, beliau bersimpati dengan manusia seperti Chua kerana tiada parti komponen dalam Barisan Nasional yang mampu menerangkan perbezaan ajaran Tuhan dengan ajaran buatan manusia.

"Dia ingat dia tahu semua benda, padahalnya dia sangat naif mengenai dasar-dasar asas Islam… nak harap dalam component nak educate pun, 2 x 5… tak tahu mana satu hukum datang dari Tuhan, dan yang mana satu buatan manusia," sindir Ismail.

Dalam pada itu, seorang pembaca bernama Anuar Azahari menuding jari pada Umno dengan mengatakan bahawa "Umno bertanggungjawab ke atas sikap ahli-ahli MCA ke atas Islam kerana mereka mendidik MCA dengan dakwah yang tidak betul sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan kata-kata demikian terhadap Islam dengan hukum-hukumnya."

"Jika Umno membiarkan Chua Soi Lek ini meneruskan juga cakap-cakap serupa ini dan Umno membiarkannya untuk memancing undi orang-orang bukan Islam, maka Umno berdosa kerana membiarkan rakan seperjuangannya menghina Islam," tulis beliau di Facebook Harakahdaily.

Calon PAS nafi fitnah ZINA penyokong Umno: "Saya percaya dengan perlindungan Allah" - Cikgu Normala

Posted: 21 Jan 2011 04:12 AM PST



Oleh: Pria Malaya

Tahniah Cikgu Normala Sudirman..berani kerana benar..penyokong dan blogger Umno terlalu terdesak sehingga terpaksa mereka cerita fitnah dan aib..sungguh biadap lagi jijik taktik mereka dalam meraih kemenangan PRK..

Bagi sesiapa yg ketinggalan tentang isu ini, boleh rujuk pada tajuk, "AMARAN: Fitnah BERZINA terhadap calon PAS, Cikgu Normala Sudirman oleh penyokong Umno!!"...semoga Allah melaknat penyebar dan penyokong fitnah ini, aminn..

Akhir kalam, ingat Umno, ingat fitnah..ingat blogger Umno, ingat fitnah zina..fikir2kan..wallahua'lam..


Fitnah 'zina' tidak berasas: Normala

LABIS , 21 Jan. : Tindakan beberapa blogger dan laman Facebook menfitnah calon Pas, Normala Sudirman 'berzina' tidak menggugat semangat juangnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Normala berkata, ini berdasarkan kajian terhadap beberapa blog dan Facebook yang memfitnah tentang dirinya setelah diumumkan sebagai calon Pas.



"Ia tidaklah menghairankan kerana isu fitnah dan provokasi adalah perkara biasa dalam PRK. Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang," katanya kepada Sinar Harian semalam. - Sinar Harian

Tiada ulasan: