Sabtu, 22 Januari 2011

PRO REFORM

PRO REFORM


DAP Sarawak: Pilihan raya serentak untungkan BN

Posted: 22 Jan 2011 04:15 AM PST

KUCHING, 22 Jan – Pilihan raya Parlimen dan negeri yang diadakan serentak akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) Sarawak daripada segi berkempen, kata seorang pemimpin pembangkang hari ini.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng berkata pilihan raya serentak akan memberi kesan tidak baik kepada parti pembangkang di negeri ini kerana ia akan mengehadkan penggunaan sumber yang mereka miliki.

"Ini adalah suatu helah untuk memastikan sumber pakatan pembangkang dari Semenanjung Malaysia tidak sampai ke Sarawak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Wong, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek dan Ahli Parlimen Sibu, berkata sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud melaksanakan idea itu, para pengundi di Sarawak akan menjadi keliru.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How berkata parti itu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, manakala Ketua Wanita PKR negeri Nurhanim Mokshen pula berkata pilihan raya Parlimen dan negeri yang diadakan serentak, tidak banyak memberi kesan kepada parti pembangkang.

Taib dipetik sebagai berkata beliau akan berbincang dengan Najib tentang kemungkinan mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen secara serentak.

Dalam reaksi segera beliau semalam, Perdana Menteri berkata kemungkinan pilihan raya Parlimen dan negeri diadakan serentak tidak boleh diketepikan.

Kali terakhir pilihan raya Parlimen dan negeri diadakan secara serentak di Sarawak ialah pada 1974. – Bernama

" Ya.. Allah.., berilah hidayat, hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda, bantulah baginda, begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa di sisinya. Ya.. Allah.., selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir Dajjal. Ya.. Allah.., bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal mendatang "

Tiada ulasan: