Sabtu, 22 Januari 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Janji penyedap buat 'janda' dan anak-anaknya

Posted: 22 Jan 2011 08:09 AM PST


ANAK kata... jangan percaya pada Bapak 1Malaysia. Dia suka 'main kayu tiga'. Setelah dapat apa yang dia mahu, dia akan tinggalkan mereka terkapai-kapai. Dia menghilangkan diri, blah begitu saja.

Sekarang, Bapak 1Malaysia datang ke Tenang. Tenang sudah jadi 'janda' 'Janda' ini ada 3 anak Melayu yang bernama Felda Tenang, Felda Chempelak dan Felda Chempelak Barat. Dia cuba bermain 'kayu tiga' dengan 'janda' di Tenang.

Dia cuba seduce 'janda' beranak tiga itu dengan wang RM1.6 billion. Dengan wang sebanyak itu, pelbagai perancangan dibuat. Semuanya hebat-hebat belaka. Dia buat begitu kerana dia tahu Melayu cepat gelap mata dengan duit. Lebih-lebih lagi, Melayu yang susah dan miskin. Sebab itu, puak-puak Bapak 1Malaysia, terus abaikan Melayu agar mereka terus miskin. Ini akan memudahkan mereka me-kunta-kinte-kan Melayu.

Kesian Melayu... Mereka hanya diperlu untuk dipergunakan sebagai 'penyedap' kepada puak-puak Bapak 1Malaysia untuk mendapatkan undi terutama ketika pilihan raya.

Kini... pilihan raya berlaku di Tenang yang baru saja menjadi 'janda'. Bapak 1Malaysia datang untuk tackle dan seduce 'janda' melalui tiga anaknya tadi.

Namun ANAK, yang rasa bertanggung jawab untuk menjaga kebajikan anak-anak 'janda' Tenang, menasihati anak-anak tersebut agar jangan terpedaya dengan janji RM1.6 bilion Bapak 1Malaysia. Sebabnya..... ramai yang sudah ter'kena'. Apabila Bapak 1Malaysia sudah dapat 'penyedap'.... janji hanya akan tinggal janji. Atau... kalau pun ada janji yang ditunaikan, ia tak seberapa. Taik gigi saja.... Takda maknya!!

Baca apa kata ANAK....



Lantaran itu... berhati-hatiler. Jangan terpedaya dengan janji 'penyedap' Bapak 1Malaysia. Berilah kepercayaan kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk membantu dan menjadikan kita lebih bahagia dan lebih sejahtera di dunia dan akhirat.

Undi anda untuk siapa?? Ketuk kepala, tanya akal....

[sumber]

Kempen menjembalangkan Islam

Posted: 22 Jan 2011 05:59 AM PST


PRK DUN N.05 Tenang akan menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 antara UMNO dan PAS.

UMNO diwakili oleh Mohd Azahar Ibrahim 39 tahun, bekas ADO, manakala PAS akan mempertaruhkan seorang calon wanita iaitu Normala Sudirman 38 tahun, seorang bekas guru.

PAS turun padang sebagai underdog kerana Tenang dikatakan sebagai kubu kuat UMNO/BN. So... what?? Tak hal punya ler. Lawan tetap lawan. Biar takdir yang menentukan.

Dalam siri kempennya, UMNO hanya mampu mengitar semula isu lapuk iaitu negara Islam, bagi meraih sokongan para pengundi bukan Melayu khususnya, masyarakat Cina yang terdiri daripada 38.13% dan India 12.11 %

Selain isu negara Islam, UMNO mungkin mengheret moral DS Anwar dalam kempen mereka. Ini juga satu isu lapuk. Rasanya, itu sajalah modal yang mereka ada bagi parti yang juga sudah lapuk ditelan zaman.

Pakatan Rakyat sebaliknya, mempunyai banyak isu konkrit yang lebih relevan dan memberikan kelebihan kepada PAS/Pakatan Rakyat.

Persoalannya.... akan berjayakah UMNO/BN mendapatkan undi bukan-Melayu dengan memainkan isu negara Islam?

Baik UMNO, parti Islam yang kononnya memperjuangkan Islam, mau pun MCA yang jahil tentang Islam, sama-sama mereka.... senada seirama memainkan isu ini. Islam dipersenda... Islam dihina!! Islam diperkotak-katikkan demi kepentingan politik.

Apakah orang Melayu Johor di Tenang yang beragama Islam, boleh menerima permainan politik yang menghina Islam seperti ini?? Melayu Islam kena jaga maruah agama Islam. Malah, sebagai negara 1Malaysia yang didokong oleh UMNO/BN, kaum-kaum lain juga mesti peka akan isu agama yang sensiviti ini. We respek your agama.... You respect our agama. But... what happened??

Tindakan Chua Soi Lek yang siap boleh persenda penggunaan sarung tangan ketika bersalaman dengan lelaki bukan muhrim, jelas memperlihatkan kejahilan seorang menteri 1Malaysia. Rasanya, dia bukan jahil. Mustahil.... dia orang 'lama' yang berada dalam kabinet yang diterajui parti yang kononnya memperjuangkan Islam, jahil sangat tentang Islam Berpelajaran pulak tu.

Apa-apa pun, dia sanggup dirinya kelihatan bangang dan jahil, demi memperbodohkan kaum Cina. Dia bodohkan kaumnya sendiri demi untuk mendapatkan undi bagi memenangi PRK ini.

Tetapi, dia lupa.... orang Cina bukan bodoh lagi seperti yang disangkannya. Mentaliti kaum Cina sudah 'open'. Cina sudah tidak takut dengan PAS or negara Islam. Mereka faham situasi sebenar isu negara Islam di negara ini. Anak-anak Cina yang berfikiran 'terbuka' telah men'tarbiah'kan ibu bapa mereka di kampung-kampung tentang PAS dan negara Islamnya. PAS dan negara Islam tidak dapat menghantui mereka lagi.

Namun... apa yang menyedihkan kita ialah tindak tanduk para pemimpin UMNO yang beragama Islam. Mereka bukan setakat menyokong tindakan menghina Islam oleh para pemimpin MCA, sebaliknya, mereka pulak yang lebih-lebih menghina Islam. Mereka pulak yang ter-over fobia akan Islam. Lawak gilerr!!

Mari kita tengok sama ada kempen menjembalangkan Islam ini, dapat menewaskan isu kenaikan harga barang, isu kematian Beng Hock, isu Felda, isu Rosmah Mansor serta kehebatan Program 100 Hari yang terkandung dalam Buku Jingga.

Seperti mana semua sedia maklum, undi Cina dan India sangat penting bagi menentukan kemenangan UMNO/BN di Tenang. Jadi, mampukan isu negara Islam ini menjadikan kemenangan mereka satu realiti??

Tunggu....

Sumber dari sini, sini, sini dan sini.

Si Bodoh memperbodoh yang bodoh

Posted: 21 Jan 2011 05:30 PM PST


Labun TPM 1Malaysia....

Amerika akui Malaysia sebagai negara Islam.

Kah... kah... kah... Negara Islam ikut standard dan 'spesifikasi' Amerika??? Ciittt....!! Apa punya samdul ini 1Malaysia punya TPM. Bikin malu saja. Dia nak pakai 'specifikasi' Islam mengikut sebuah negara yang anti-Islam dan yang pure sekularnya. Tak der maknanyer!!

Iniler dia TPM yang syok sendiri dan nak perbodohkan rakyat sendiri, especially di Johor dan khusunya di Tenang.

Kalau aku jadi rakyat di sana ler, mau jer aku lempor selipor pada Mat Sembab ni.

Lagi menyakitkan hati ialah cara dia memperbodohkan rakyat. Dibuatnya mereka macam bebudak kecik. Budak kecik..... bukan ke senang diperbodohkan dan digula-gulakan.

Gelembong dia.....

Kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN.

"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat," katanya.

Pertubuhan ekonomi Malaysia maju dan pesat??

Kalau pesat, tak ler bentang belanjawan defisit. Kalau pesat tak ler pelabur lari lintang pukang keluar daripada Malaysia. Yang lari, lari.... dan banyak yang tak sior nak masuk. Kalau pesat taklah tarik sabsidi untuk rakyat??

Kalau pesat mengapa tak mampu nak bagi bonus pada kakitangannya?? Kalau pesat, mengapa kata negara nak bangkrap?? Kalau pesat mengapa inflasi meningkat.... kos hidup melambung dan pengangguran berlambak-lambak??

Memang 'cekap' Najib and the gang urus tadbir negara dan ekonomi. Tiris sana...tiris sini..., seleweng sana...seleweng sini..., songlap sana.... songlap sini, komisyen sana.... komisyen sini..., pow sana.... pow sini.... 'Cekap... Memang 'cekap.!!
.
Ini semua BUKAN-nya menunjukkan KEBERKESANAN kerajaan, tetapi.... KESAN daripada pemerintahan kerajaan yang tak cekap dan rasuah.

Demokrasi di Malaysia subur?? Usah nak kelentong ler!! Suburkah demokrasi apabila rampas kerajaan sah pilihan rakyat di Perak. Suburkah demokrasi apabila media dibelenggu?? Suburkan demokrasi kalau sistem kehakiman diperlembu?? Suburkah demokrasi apabila SPR dijadikan barua dan balaci kerajaan?? Suburkah demokrasi apabila hak rakyat untuk bersuara dan berdemonstrasi disekat dan diperlakukan seperti penjenayah??

Aaaahhh.... sudahlah. Sebenarnya, DEMOKRASI sudah HAMPIR MATI dikerjakan oleh kerajaan 1Malaysia!!

Kencing dia lagi....

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.

Aduyai.... dia ni TPM yang kuat berfantasi rupanya. Hidup dalam fantasi hinggakan tak tau realiti sebenar. Kata dia, rakyat Malaysia berpendapat tinggi??

Tinggi hotak ngkau!! Banyak dalam kalangan rakyat Malaysia yang berada di bawah paras miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..... terutama di kawasan pedalaman dan di kota-kota besar.

Keadaan bertambah menyedihkan apabila kerajaan bertindak menaikkan harga minyak yang sekaligus melambungkan harga barangan keperluan rakyat. Yang tinggi BUKAN-nya PENDAPATAN RAKYAT tetapi kos sara hidup, harga barang-barang dan perkhidmatan.

Bangangnya dia....

"Jika ada pihak-pihak yang datang dan cerita perkara karut-marut, saya minta penduduk kampung jangan percaya."

Ya Allah... he is insulting the people's intelligence!! Terhina amat rasanya apabila dia bercakap sedemikian. F3M teman banyak kaum kerabat di sana. Apa dia fikir.... dia bercakap dengan bebudak kecik ke?? Atau bercakap dengan orang yang tak da otak dan tak boleh berfikir. Aha...bercakap dengan orang bodoh!!

Apa rakyat di Tenang bodoh sangat ke?? Hello... orang di Tenang, jangan diperbodohkan oleh orang yang bodoh!! Malu oi....

[sumber]

Tiada ulasan: