Sabtu, 22 Januari 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Video: Sekitar Penamaan Calon PAS

Posted: 22 Jan 2011 08:52 AM PST


Ini sebahagian video sempena penamaan calon PAS di DUN Tenang N.05 yang turut disambut oleh penyokong Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) serta tidak melepaskan peluang dalam perarakan ini ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


UMNO/BN Upah Mat Rempit Ganggu Solat Hajat

Posted: 22 Jan 2011 03:09 AM PST


UMNO/BN sekali lagi menampakkan kejahilannya dalam politik dan kali ini di N.05 Tenang menjadi sasaran mengganggu solat hajat yang cuba dilakukan oleh PAS/PR. Kejadian itu berlaku jam 6.45 pagi tadi selepas penyokong Pakatan Rakyat dan calon menuniakan solat subuh.

Deruman enjin motor telah mengganggu serta membuktikan bahawa punca wujudnya mat rempit ini adalah didikan UMNO/BN yang jahil dalam mendidik anak-anak mudasebaliknya menjadikan anak muda ini sebagai balaci mereka dalam meraih sokongan.

Setiap mat rempit itu diberikan duit minyak untuk menggaggu solat hajat sambil mereka membawa bendera UMNO/BN. Mereka seolah-olah tidak takut dengan pihak berkuasa dan pihak berkuasa pula macam tunggul kayu dalam menjalankan amanah untuk mententeramkan keadaan.

Gambar Semasa Penamaan Calon

Posted: 22 Jan 2011 02:07 AM PST






Berikut adalah gambar-gambar penamaan calon yang berlangsung pada pagi tadi di DUN Tenang N.05. Video provokasi dan panas akan menyusul pada posting yang terdekat yang mana provokasi melibatkan mat rempit upahan UMNO/BN untuk menggangu solat hajat dan provokasi daripada pihak keselamatan.

Ikuti kami dari semasa ke semasa untuk mengetahui keadaan terkini di DUN N.05 Tenang. Kehadiran penyokong Pakatan Rakyat pada sebelah pagi tadi adalah kira-kira lebih 85,000 orang yang mengiringi calon mereka dari PAS yang mesra dengan panggilan cikgu Mala.

Turut hadir dalam penamaan calon tersebut adalah Tuan Presiden, Timbalan Presiden dan ahli-ahli parlimen serta ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat.

Tiada ulasan: