Khamis, 27 Januari 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


PRK Tenang : BN nak buat Highway 8 Lorong dari Tenang ke Labis ...

Posted: 27 Jan 2011 09:31 PM PST


MS: Kalau ya pun nak serang, guna la peluru yang hebat sikit. Lagi pun yang bertanding tu si Cikgu Mala, bukan laki dia, awat hangpa pi kacau laki dia tu. Nampak sangat la hangpa ni dah tak dak modal dah ... nak serang Mala sendiri tak der apa yang boleh, lalu isu laki dia cuti pun hangpa bedal ... Cerita la nak buat jalan 8 lorong dari Tenang ker Labis ker, highway kat dalam ladang kelapa sawit ker, Lapangan Terbang Antarabangsa Labis ker ... baru ada uummph sikit, ni cerita pasai MC ...huahuahuahuha ... memang hangpa dah kering modal ... kesian sungguh aku tengok hangpa ni BN ooii

Cuti sakit: BN terdesak guna suami serang Cikgu Mala, kata PAS
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

LABIS, 28 Jan — PAS menyifatkan tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang suami calon PAS-Pakatan Rakyat, Normala Sudirman - dengan menjadikan soal cuti sakit bahan kempen DUN Tenang — sebagai satu "serangan terdesak" untuk meraih sokongan pengundi selepas gagal dalam isu bersalam.

Dalam laporan beberapa akhbar arus perdana hari ini, Makrof Abdul Mutalib suami kepada Normala dikatakan mengambil cuti sakit selama 21 hari bulan ini.

Perkara itu didedahkan menerusi sebuah blog, http://marahku.blogspot.com/ yang mendakwa Makrof mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari lalu dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat di sini.

Ia diikuti cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari lalu, dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh dari pusat kesihatan sama.

Menurut Bendahari PAS pusat Dr Mohd Hatta Ramli, serangan terhadap Makrof itu dilihat BN sudah tidak mempunyai "modal" dalam kempen pilihan raya kecil kali ini.

"Banyak perkara yang dibangkitkan bukan calon tapi suami calon, kalau kita lihat beberapa keratan akhbar (hari ini) menunjukan salinan MC (surat sijil sakit).

"Saya tak tahu bagaimana mereka boleh dapat surat itu, saya tak tahu sama ada sekolah (tempat Makrof mengajar) boleh dedahkan MC kerana ia tidak wajar untuk didedahkan," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

"MC adalah personal antara majikan dan pekerja, dalam MC itu tidak sebut apa penyakit... tidak berikan kata penyakit apa. Apa yang ada masalah kemurungan, bukan satu penyakit yang teruk," kata beliau.

MENYUSUL LAGI

Santai pagi - Lembu memang suka berkawan dengan 'lembu'

Posted: 27 Jan 2011 07:18 PM PST


Lembu-lembu di Tenang bergambar mesra bersebelahan 'kawan' baru mereka yang sesekali berjumpa. Kira ni ambil gambar kenangan la ni, entah bila tahun nak jumpa lagi pun tak tahu lah ...huahuahuahua

Isu salam - MCA cuba tutup kelemahan dalam BN : DSAI

Posted: 27 Jan 2011 06:40 PM PST

LABIS, 28 Jan - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa MCA sengaja mahu membangkitkan isu negara Islam dan menyerang peribadi calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman dalam kempen pilihan raya kecil Tenang kerana mahu menutup kelemahan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut menyamakan Umno dan MCA yang mana kedua-dua parti itu akan menghabiskan wang rakyat demi kepentingan sendiri.

"Umno dan MCA ini serupa sahaja, mereka nak tutup masalah yang besar (dalam parti), Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) dan Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) nak meghabiskan duit rakyat.

"Ini nak cakap soal salam, Dr Chua ini nak tutup kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), apa isunya? Calon kita (Normala) mempunyai kelayakan dan kita mahu dia bawa suara rakyat ke sidang DUN Johor bukan nak duduk untuk setuju semua.

"Yang kita mahu bawa masalah rakyat, bukan hanya masalah kenaikan harga barang tapi masalah lain juga," kata Anwar ketika menyampaikan ceramah di Felda Chempelak Barat di sini malam tadi.

Sebelum ini, Dr Chua menegaskan akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Bekas menteri kesihatan itu berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi lelaki.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Walaupun tidak mendapat sambutan ketika menyampaikan ceramah di kawasan itu, Anwar tetap bersemangat untuk memberikan maklumat dan informasi mengenai kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran BN yang diterajui Najib.

Ceramah tersebut bagaimanapun tidak dihadiri penduduk Felda Chempelak Barat tetapi dipenuhi penyokong Pakatan Rakyat.

"Kita nak bawa isu ekonomi itu yang pertama... makan minum, pelajaran, pekerjaan ini yang perlu diangkat.

"Wakil rakyat bukan wakil Menteri Besar tapi adalah untuk bawa masalah rakyat, kita Pakata Rakyat akan bantu setakat yang mampu kita buat," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pentadbiran BN yang tidak mengamalkan Islam menjadi punca utama berlakunya pelbagai masalah dan ketirisan dalam pentadbiran negara.

"Umno tolak Islam ambil kebangsaan, Umno tahu apa (pasal Islam) dan ia perkara pertama yang kita tentang. Apa yang Umno bawa selama ini yang kita bantah.

"Setiap manusia akan mati, lepas mati kita akan hidup semula... dalam Islam ada sebut. Tapi bila hidup semula, kita tidak balik ke kampung, Felda dan saya juga tidak balik ke Kelantan... kita hidup untuk jumpa Allah.

"Ini yang jadi masalah kepada Umno, bila Umno tolak Islam kita akan ketinggalan. Itu yang jadi masalah rasuah, curi, dadah dan sebagainya," katanya.

Justeru Menteri Besar Kelantan itu meminta pengundi DUN Tenang agar memberikan sokongan penuh kepada Normala pada 30 Januari ini.

"Jangan undi BN, pangkah PAS, calon kita perempuan. Dia lagi pandai jaga anak daripada suami, dia pandai jaga anak dan rakyat.

"Umno bagi duit ambil, bagi gula ambil, bagi kain pakai, bagi lembu makan dan bagi kertas undi pangkah PAS," katanya.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. - TMI

Peneroka Felda Chempelak dapat RM300 dari SUK?

Posted: 27 Jan 2011 05:00 PM PST

198 peneroka Felda dapat surat palsu terima duit RM300 daripada Pejabat SUK

LABIS: Ada pihak dikesan menggunakan taktik kotor memburukkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan mengedarkan surat palsu kepada 198 peneroka di Felda Chempelak Barat, di sini. Surat berkenaan dipos ke rumah peneroka dan menjemput mereka ke Dewan Serbaguna Labis bagi menerima bantuan wang tunai RM300 setiap keluarga yang kononnya diberikan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor. Ia menggunakan kepala surat Majlis Daerah Labis (MDL) dan ditandatangani Setiausaha MDL, Mohd Farid Kassim bertarikh 24 Januari dengan penerima diminta hadir ke majlis itu mulai jam 9 pagi ini.

Peneroka juga diminta membawa surat berkenaan selain kad pengenalan yang perlu diserahkan kepada kakitangan di pintu masuk dewan serta menegaskan kehadiran mereka ke majlis itu amat diperlukan bagi kemenangan BN.

Pengedaran surat itu didedahkan ketua kampung berkenaan, Ahmed Ali, 63, yang berkata beberapa penduduk datang ke rumahnya untuk bertanyakan kesahihan surat berkenaan yang diterima secara pos pagi semalam.

Ahmed berkata, penduduk yang keliru menerima surat berkenaan mahukan kepastian sebelum beliau sendiri Mohd Farid yang menyatakan surat itu palsu dan membuat laporan polis di Balai Polis Labis, kira-kira jam 11 pagi semalam.
"Saya juga membuat laporan polis jam 3 petang tadi (semalam) kerana tidak mahu ada peneroka di Felda Chempelak Barat terpengaruh dengan dakyah ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata taktik itu satu daripada usaha terdesak pihak tertentu yang mahu membuatkan rakyat terutama di Felda membenci kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran turut membuat laporan di Balai Polis Labis mengenai tindakan sebahagian ahli parti yang menggunakan nama parti untuk menyokong calon PAS, Normala Sudirman.

Beliau mendakwa tindakan itu didalangi bekas Setiausaha Agung organisasi berkenaan, R Kannan yang menyamar sebagai presiden, sedangkan Kannan tidak lagi memegang jawatan itu selepas dipecat bersama 13 yang lain pada 20 Januari lalu kerana melanggar peraturan parti.

Sambil mengakui anggota parti itu kini berpecah kepada dua kelompok, Thanenthiran berkata, pihaknya sudah menggerakkan jentera dengan bantuan kira-kira 100 ahli bagi membantu calon BN, Mohd Azahar Ibrahim. - BH

Cikgu Mala di Majlis Makan Malam PKR DUN Tenang

Posted: 27 Jan 2011 09:42 AM PST




Majlis makan malam anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama pimpinan tertinggi seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua, Chua Jui Ming, Ir Nizar Jamaluddin dan ramai lagi yang turut memeriahkan majlis sempena meraikan calon DUN Tenang, Cikgu Mala yang turut hadir bersama suami - gambar-gambar seterusnya DI SINI

Najib yang menongkah arus

Posted: 27 Jan 2011 07:43 AM PST

Cadangan untuk mengawal internet sejak zaman Mahathir Mohamad bukan lagi sekadar omong-omong, apabila tersebarnya khabar bahawa pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) yang bertujuan untuk memperluaskan kuasa Menteri Dalam Negeri agar memasukkan cakarnya ke ruang internet, bakal dibentangkan semasa persidangan parlimen pada Mac tahun ini.

Mengikut kebiasaan kerajaan Barisan Nasional, kandungan penuh pindaan akta hanya akan terdedah ketika bacaan pertama dalam parlimen, dan kemudian memasuki peringkat bacaan ketiga untuk diluluskan dalam masa yang singkat. Namun, menurut laporan agensi berita rasmi kerajaan, Bernama, kandungan pindaan adalah perluasan definisi penerbitan di dalam PPPA, supaya meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Jelas, pindaan ini seolah-olah satu "undang-undang internet". Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kerajaan Najib mahu mengawal media internet. Ia bukan sahaja bertitik tolak dari perkiraan politik Najib, tetapi juga dasar tradisional UMNO-BN yang tidak bertoleransi dengan media yang berbeza pendapat. Sebelum mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengeluh bahawa keterabaian BN terhadap pengaruh internet menjadi punca kegagalan dalam PRU ke-12, Najib sudah dihantui "internet".

Misalnya, kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya pada tahun 2006, pendedahan Anwar Ibrahim yang mengaitkan kes pembunuhan ini dengan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan, dan kes Najib menghantar pesanan ringkas (sms) kepada peguambela tertuduh ketiga Razak Baginda - Najib diberi perlindungan oleh media tradisional dengan menutup nama beliau daripada didedahkan dalam liputan berita. Najib hanya terpaksa untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya apabila media internet memberi liputan yang cukup terperinci dalam isu tersebut - seterusnya

Pemimpin tidak wajib menjadikan negara sebagai harta kekayaan bapa dan keluarga mereka yang boleh dikaut sesuka hati.

Posted: 27 Jan 2011 06:36 AM PST

Ismail Hashim
January 27, 2011 — Belum selesai pun pilihn raya kecil di DUN Tenang, pilihan raya kecil ke-16 terbayang di fikiran ekoran kematian seorang ADUN di DUN Merlimau, Melaka pula.

Sejak 2008 negara sudah mengalami 15 pilihan raya kecil dan ini masih tidak termasuk ketidakhadiran seorang wakil rakyat selama ebam bulan di DUN Pelabuhan Klang.

Sila rujuk kepada fakta di bawah:

Kerusi Parlimen :

Sabah: Batu Sapi (meninggal) — 4 November 2010

Sarawak: Sibu (meninggal) — 16 Mei 2010

Selangor: Hulu Selangor (meninggal) — 25 April 2010

Perak: Bukit Gantang (meninggal) — 7 April 2009

Terengganu: Kuala Terengganu (meninggal) — 17 Januari 2009

Pulau Pinang: Permatang Pauh (Bini letak jawatan dan bagi suami jadi ahli parlimen) — 26 Ogos 2008

Kerusi DUN:

Melaka: Merlimau (meninggal) — masih tunggu jawapan SPR

Johor: Tenang (meninggal) — 30 Januari 2011

Kelantan: Galas (meninggal) — 4 November 2010

Negri Sembilan: Bagan Pinang (meninggal) — 11 Oktober 2009

Pulau Pinang: Permatang Pasir (meninggal) — 25 Ogos 2009

Kelantan: Manek Urai (meninggal) — 14 Julai 2009

Pulau Pinang: Penanti (ADUN saja-saja letak jawatan) — 31 Mei 2009

Kedah: Bukit Selambau (ADUN saja-saja letak jawatan) — 7 April 2009

Sarawak: Batang Ai (meninggal) — 7 April 2009

Sepanjang tiga tahun ini, Pulau Pinang sahaja telah mengalami tiga pilihan raya kecil, satu Parlimen dan dua negeri. Bayangkan berapa juta wang telah dihabiskan untuk menghadapi pilihan raya kecil ini?

Malah cadangan supaya setiap wakil rakyat menjalani pemeriksaan kesihatan amat dialu-alukan.

Ini masih tidak mengira desas desus mengenai pilihan raya umum yang dikatakan akan diadakan pada tahun ini.

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini seolah menunjukkan suatu petanda pilihan raya umum.

Mungkin sebelum ini penangguhan pemilihan parti Umno kepada 18 bulan bermakna suatu pilihan raya umum akan diadakan? Keadaan yang lebih strategik kepada kedatangan pilihan raya nampaknya lebih berdetik dengan pengumuman perlantikan ketua perhubungan Umno yang baru di beberapa negeri.

Umum mengetahui pilihan raya umum diadakan tiga tahun yang lalu (2008) tetapi tidak sampai empat tahun sudah ada bayangan pula untuk mengadakan pilihan raya umum semula (pilihan raya sepatutnya diadakan pada 2013)

Apakah rasional perlunya kerajaan BN mengadakan pilihan raya umum?

Adakah kerajaan sekarang sudah tidak yakin dengan kedudukannya atau berasakan keadaannya yang tidak stabil? Maka pilihan raya umum perlu diadakan dengan sedapat mungkin sementara keadaan masih berpihak kepada BN.

Bagaimanakah agaknya sikap kerajaan (dalam hal kerajaan boleh jadi kerajaan memerintah atau pembangkang kerana ia terdiri dari parti-parti) terhadap negara? Adakah kerajaan merasakan negara yang diperintahnya itu ibarat sebuah rumah sewa, rumah milik parti atau milik negara atau sebuah syarikat korporat sahaja?

Biasanya jika kita tinggal di rumah sewa, kita tidak akan mengambil peduli dengan kerosakan rumah tersebut kerana berasakan bahawa rumah itu bukan milik kita. Keadaan tentunya berlainan jika rumah itu adalah rumah yang kita beli sendiri.

Agaknya adakah mungkin sikap para pemimpin kita seperti ini? Apakah jika mereka merasakan bahawa waktu memegang kekuasaan hanya 5 tahun atau kurang kerana merasakan digugat, mereka akan semaksima mungkin memanfaatkanya. Adakah sesebuah negara itu merupakan sebuah kerajaan pilihan raya sahaja?

Maka akan terlihat berlakunya rasuah, mengisi kekayaan ke kantung keluarga dan kroni, melakukan kolusi, nepotisme dan segala sesuatu yang menguntungkan diri, keluarga, sanak saudara dan konco-konconya. Kerusi kepiminan bagi mereka adalah wadah mencari kekayaan dan mengaut keunttungan sementara masih memerintah dan memegang jawatan.

Maka apabila kekalahan menimpa di sebuah negeri lombong emas ia seperti suatu mimpi yang tidak dapat diterima bagaikan suatu igauan.

Mereka sangat jarang memikirkan bahwa jabatan adalah amanah.

Sepatutnya kerajaan bernegara dengan sistem pemerintahan seperti ini ibarat kita tinggal di rumah sendiri. Jika terdapat kerosakan kecil kita akan perbaikinya dengan cepat agar tidak menjalar ke mana-mana.

Kita akan tampal dan perbaiki tempat bocor supaya keluarga kita yang tinggal di dalamnya tidak terkena air hujan akibat kebocoran tersebut.

Jika halaman dipenuhi belukar dan lalang, kita akan memotong dan membersihkannya dan ditanami bunga dan pohon-pohon agar semakin menambah keindahan rumah. Kita mahukan isteri dan anak-anak dapat hidup dalam sebuah rumah yang aman dan damai supaya tidak berada dalam kebimbangan dan ketakutan.

Sebagai ketua keluarga kita akan membiayai dan menjaga kesihatan dan pendidikan anak-anak.

Sejauh manakah sikap kepimpinana politik kita. Adakah kepentingan dan masa depan polltik dan kuasa, pengaruh dan perniagaan menjadi keutamaan dari agama, bangsa dan rakyat?

Ini juga ibarat bagaimana pula pemimpin kita memikirkan kehidupan rakyat di negaranya hidup makmur di mana kanak-kanak dapat memasuki sekolah dan membantu golongan miskin dan mereka yang sakit.

Pemimpin menerajui dalam memberkas penjenayah dan menghapuskan amalan rasuah, nepotisme dan kronisme dalam negara. Pemimpin mengutamakan kepentingan agama, negara dan bangsa dari kepentingan peribadi, keluarga dan kroni.

Kerajaan bernegara bukanlah kerajaan pilihan raya. Kita bukanlah hidup dalam sebuah kerajaan pilihan raya. kerajaan yang mati dan hidup menjelang pilihan raya, kerajaan yang melupakan rakyat hanya mengingatkan kepentingan rakyat hanya menjelang pilihan raya.

Kita bukanlah kerajaan tiga, empat, atau lima tahun sekali. Kelangsungan sesebuah parti pemerintah bukanlah semata-mata ingin berkuasa dalam setiap pilihan raya dan mengaut keuntungan sedapat mungkin selama memerintah.

Kelangsungan dan kemenangan sesebuah parti atau kumpulan parti dalam pilihan raya adalah meneruskan usaha memberikan khidmat dan menabur jasa kepada rakyat. Mereka adalah hamba kepada rakyat yang memilih mereka.

Kerajaan yang hidup kerana pilihan raya hanya menabur janji tetapi tidak menunaikannya. Kerajaan yang menghabiskan berbilion ringgit untuk projek mega tetapi mengemukkan ahli keluarga dan rakan taulan.

Pilihan raya hanyalah semata-mata meneruskan kelangsungan khidmat kepada rakyat dan jika prestasi sesebuah kerajaan itu buruk maka rakayat perlu menukar kerajaan tersebut. Kerajaan adalah berbeza dengan negara. Negara adalah kekal tetapi kerajaan boleh berubah bergantung kepada prestasinya kepada rakyat.

Para pemimpin tidak wajib menjadikan negara dan tanah air sebagai harta kekayaan bapa dan keluarga mereka yang boleh dikaut sesuka hati.

Sistem demokrasi dan proses pengdemokrasian sepatutnya memberdayakan rakyat bukannya memperbodoh dan menghambakan rakyat. Ia tidak semestinya menjadi "state or government centred" tetapi "rakyat centred".

Suatu tuntutan agar dibuka dengan seluas-luasnya kemungkinan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan mempertingkatkan keberdayaan masyarakat.

Inilahlah kemelutnya sekarang dalam suatu masyarakat dengan pola dasar patron-rakyat, suatu budaya politik yang baik sangat bergantung kepada timgkah laku elit politiknya. Masalahnya kemudian adalah: apa yang dianggap sebagai tingkah laku politik yang dapat dijadikan teladan atau dicontohi?

* Ismail Hashim Yahaya adalah pensyarah di Fakulti Komunikasi dan Media di Universiti Industri Selangor (UNISEL), kampus Shah Alam

Beliau nampak hebat, layak menjaga bumi Allah : TGNA pada cikgu Mala

Posted: 27 Jan 2011 04:46 AM PST

Beliau (Cikgu Mala) nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah pertamanya di Tenang malam tadi.

Nik Aziz mengaku beliau tidak mengenali calon PAS itu dari dekat namun kehebatan bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat," kata Nik Aziz dalam ceramahnya di Dataran Air Panas, Labis.

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam semalam ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

Dalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang berkongsi pentas sama berkata, Normala mempunyai rekod yang cemerlang dan bukannya hanya calon yang "dikutip di tepi jalan".

Katanya, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang oleh Kementeri Pelajaran sendiri.

"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," katanya.

Antaranya yang hadir menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN PKR Simpang Pulai Chang Ming Kai dan peguam Hassan Karim.

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu.

Malah juga yang asyik mendengar ceramah daripada gerai bihun sup atau sambil membelek barang-barang di gerai-gerai jualan sepanjang Jalan Sawah Baru, lapor Malaysiakini.

Sebelum itu, Nik Aziz yang tiba dengan tongkatnya seperti biasa kira-kira jam 11.00 malam disambut dengan laungan takbir.

Kawasan yang becak akibat hujan sebelum itu menyebabkan beliau dibantu dua orang yang memegangnya dan menyuluh ke tanah untuk ke pentas ceramah.

Ketibaan beliau menyebabkan orang ramai yang pada mulanya tidak ramai berbondong-bondong merapati kanopi untuk mendengar ucapan dan menatapi wajah Nik Aziz dengan lebih jelas.

Bukan sahaja masyarakat Melayu, kelihatan juga pengundi kaum Cina.

Bagaimanapun, terdapat juga yang 'mengintainya' dari jauh, di atas motosikal dekat jalan raya, tanpa memasuki kawasan tersebut

Tiada ulasan: