Khamis, 27 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SUK SELANGOR - TEMPOH `PANTANG' 6 BULAN BUAT DATUK KHUSRIN ?

Posted: 27 Jan 2011 08:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ADA berita menyebut bahawa SUK Selangor yang tidak `digemari' oleh Kerajaan PR Selangor, Datuk Khusrin akan tetap diberi peluang menjadi SUK Selangor untuk `dipantau' selama 6 bulan. Sekiranya beliau mampu bertugas secara profesional tidak sepertimana semasa beliau menjawat jawatan Pengarah JAIS, kemungkinan besar beliau diterima menjadi SUK Selangor berterusan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari ini bagi membincangkan sekitar isu berkaitan perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor itu. Berkenaan tempoh 6 bulan tersebut, MB Selangor tidak mahu mengulas lanjut.

Pada pandangan saya, bagi menjernihkan keadaan dan bagi `mencuci arang di muka ' Datuk Khusrin, memang wajar beliau diberi tempoh tersebut. Di dalam tempoh `pantang' berkenaan, Kerajaan Selangor mestilah memantau beliau secara serius. Tidak mustahil di kalangan Exco Selangor sendiri ada `musang berbulu ayam' dan menjadikan kehadiran Datuk Khusrin di Pejabat SUK sebagai `jentera' untuk menjatuhkan Kerajaan PR Selangor. Ini tidak mustahil.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak Kerajaan PR Selangor terpaksa menerima `tetamu tidak diundang' ini. Tentulah lebih baik sekiranya Datuk Khusrin berundur sendiri sekiranya beliau mengerti situasi sekarang. Rakyat tentu memujinya jika beliau berundur atas dasar menghormati kerajaan pilihan rakyat. Malangnya, Datuk Khusrin tidak memikirkan itu semua asalkan beliau merasakan beliau dipilih atas kelayakannya menjadi SUK walaupun dinaikkan gred dari Gred C melangkau ke Gred A secara `pelik'.

Kerajaan PR Selangor jangan mudah lalai dan terlena dibuai mimpi mulai sekarang. Kita telah kenal siapa yang masuk dan kita `restu' kemasukannya. Langkah jangan silap nanti rakyat akan menyalahkan `kebodohan' kita sekiranya kerajaan ini tumbang bukan melalui pilihanraya atau demokrasi. Pengajaran yang boleh dipelajari di Perak patut kita sedari dan waspada selalu./wfauzdin.blogspot.com

UMMI HAFILDA - DI ANTARA NYAMUK RAJA NAMRUD ATAU NYAMUK PEMBAWA PENYAKIT ?

Posted: 27 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMAKIN hampir tarikh mengundi di PRK Dun Tenang, maka muncul lagi wanita ini. Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga dikatakan telah di`buang' dari status anak kepada Arwah ayahnya hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Ummi bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain. "Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT.

Mengapa Ummi memilih untuk berjumpa terus dengan Datuk Bakri? Apa salahnya beliau membuat laporan Polis sahaja dan sertakan apa yang patut beliau sertakan tanpa berbincang dengan Pegawai Atasan Bukit Aman ini? Perlu bincang apa lagi, buat laporan dan biarlah Polis lakukan siasatan sepertimana orang lain tanpa berjumpa dan berbincang terlebih dahulu dengan Pegawai tersebut.

Kisah `nyamuk' dengan Raja Namrud kununnya dijadikan alasan untuk wanita berumur ini untuk menjatuhkan karier politik DS Anwar. Beliau lupa, nyamuk yang diutuskan Allah bagi menghapuskan Raja Namrud adalah kerana raja tersebut zalim. Itu bukan nyamuk biasa jauh sekali untuk dibandingkan dengan wanita yang mengaku Islam tetapi tidak menutup aurat ini. Beliau boleh menjadi `nyamuk' tetapi mungkin sebagai `nyamuk' pembawa penyakit iaitu penyakit fitnah.

Wanita tua yang malang ini terus membuat fitnah ke atas abang dan kakak iparnya. Beliau mendakwa Azmin telah melacurkan isterinya kepada DS Anwar. Baca di sini. Untuk pengetahuan, wanita malang ini telah diberi kesempatan untuk menjadi Saksi Pendakwa semasa kes Liwat 1 dahulu, tetapi tiada apa pun yang mampu beliau buktikan untuk mensabitkan salah laku samada DS Anwar mahupun abangnya Azmin dan kakak Iparnya Shamsidar. Malahan, Azmin tampil dengan berani untuk mengadakan ujian DNA ke atas salah seorang anaknya yang dituduh adalah hasil kecurangan isteri beliau bersama DS Anwar, namun terbukti anak itu adalah anak Azmin dan Shamsidar. Keterangan wanita tua ini hancur lebur di mahkamah.

Kini beliau muncul kembali dengan membuka semula cerita lama yang diperbaharui. Meloyakan tekak bila melihat wanita tua ini membuat muka sedih menceritakan dirinya yang kununnya telah hilang maruah dan diaibkan. Siapa yang aibkan diri kamu jika bukan kerana perbuatan kamu sendiri? Baru-baru ini dikatakan Azwan Ali juga adik beliau turut meloya dengan perangai wanita tua ini. Kesihan nasibnya seperti sampah terbuang di lorong Hj Taib./wfauzdin.blogspot.com

SEBUTIR PERMATA DI BUMI FELDA ? KESIHAN......

Posted: 27 Jan 2011 12:43 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

FELDA oh felda...di sinilah tempatnya untuk PAS mencari kemenangan di dalam PRK Dun Tenang pada 30 hb ini nanti. Kaum Cina sibuk minta dirikan sekolah atau perbesarkan sekolah, dikatakan orang felda minta padang Futsal. Celah gigi je untuk ditunaikan padang Futsal.

Kaum Cina bertanya mengapa harga barang semakin tinggi, diberitakan Melayu felda bertanya bila mahu turap jalan. Seorang pemimpin Cina sekutu mereka bertanya, apa ada pada nilai-nilai Islam yang mengharamkan wanita Islam bersalam dengan lelaki yang bukan Muhrim, pemimpin Melayu sekutu Apco menjawab, jangan timbulkan isu salam lagi. Bukan mahu marah, cuma jangan timbulkan saja.

Calon puak sekutu Apco akan dipanggil ke mahkamah nanti atas kes kecuaian dan salahguna kuasa sehingga terlelong tanah orang. Tetapi calon tu sebut, itu fitnah peribadi dan semuanya dah selesai. Apa yang selesai? Selesai kesemuanya tanah-tanah Melayu?

Apabila ada pemimpin Cina dari pihak sini yang dulunya masuk penjara kerana mempertahankan anak gadis Melayu Islam yang diperkosa oleh anak Thamby Melaka, pemimpin Cina dari Pulau Mutiara ini hadir bercerita tentang bagaimana negeri di bawahnya begitu mengambil berat tentang kemajuan Islam, datang pula puak-puak Melayu berkumpulan menyorak ceramahnya sambil menjerit-jerit macam beruk lapar pisang. Maklumlah, dah dapat T-Shirt dacing baghdad dengan topi sudu sudah dikira kaya Melayu puak tu.

Masa Pilihanraya Kecil di Galas, saiz badan calon kita dipertikaikan kununnya gemuk tak larat berjalan. Gemuk tentunya berpenyakit. Bagaimana mahu berkhidmat kepada rakyat nanti, dakwa puak tu. sekarang calon mereka tidak gemuk, tetapi kurang sedikit dari Pelawak Kuman. Ertinya, calon mereka bagus bentuk badannya.

Merungut puak-puak mereka di dalam hati, manakan tidak calon mereka tiada apa jawatan dalam parti yang melayakkan menjadi calon, tetapi oleh kerana Pak Sembab suka, maka jadilah calon. Buang masa yang lain dok bina kerjaya politik sikit punya lama, alih-alih dapat kepada yang goyang kaki di rumah. Mewarisi kerusi ayah, cukuplah. Yang lain tu, pandai-pandai la nak hidup.

Bagaimana hebat pun puak tu merungut, disumbat lima puluh ringgit dan tabur sikit dedak atau jagung ayam, hilanglah bisingnya. Macam ayam daging, biar mereka gemuk, lepas tu pakat sembelih. Kesihan...../wfauzdin.blogspot.com

Pengurus Felda akui perjanjian serah ladang oleh peneroka longgar

Posted: 27 Jan 2011 11:27 AM PST

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH, 27 Jan: Perjanjian penyerahan ladang di antara peneroka dengan Felda untuk diuruskan oleh Felda Plantations sangat longgar kerana tandatangan kedua pihak tanpa saksi, tidak dimati setem dan tiada tarikh tamat.

Peguam Ahmad Nizam Hamid berkata, ini diakui sendiri oleh seorang pengurus rancangan Felda dalam perbicaraan di Mahkamah Magistret Temerloh hari ini.

Pengurus Felda Gua Musang, Sazali Abdul Hamid dalam pengakuannya sebagai saksi kepada kes Roslan Mohd Nor dari Felda Bukit Mendi, juga mengakui tidak ada terma pemilikan Felda ke atas tanah peneroka dalam perjanjian tersebut.

Ahmad Nizam adalah peguam bela kepada Roslan.

"Kes hari ini ialah anak guam saya Roslan Mohd Nor yang ditangkap oleh Pengurus Felda Technoplant dan anggota Rela kerana dituduh mencuri 35 tandan buah kelapa sawit di atas tanah lot bapanya (yang sudah meninggal) sendiri Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada 2009.

"Beliau dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau didenda," katanya.

Turut dipanggil menjadi saksi hari ini ialah Ketua Balai Polis Mengkuang Sarjan Mejar Ahmad, Pengurus Felda Technoplant Bukit Mendi Saleh Samigun dan anggota sukarelawan rakyat (Rela) Hanapi Dolah juga dari Bukit Mendi.

Sazali ialah bekas Pengurus Felda Bukit Mendi yang menandatangan bagi pihak Felda bersama pemilik tanah Mohd Nor@Abu Bakar Sulaiman pada tahun 2005.

Sazali juga mengakui, borang yang ditandatangan beliau bersama Mohd Nor adalah bermaksud tuan milik tanah berkenaan menyerahkan ladang kepada Felda adalah untuk tujuan pemulihan tanah dan bukan diserahkan hak miliknya kepada badan tersebut.

Selain daripada itu, Sazali akur keingkaran salah satu pihak (Felda atau peneroka) mematuhi perjanjian 22 perkara itu boleh membatalkan perjanjian.

Sementara itu, menurut Roslan, pada 25 Mei 2009 ketika beliau bersama buruh memasukkan beberapa tandan buah sawit ke dalam sebuah lori pikap di ladang milik ayahnya, beliau telah ditangkap.

"Saya telah tunjukkan surat amaran daripada Pejabat Tanah Bera bahawa cukai tanah ladang itu telah tertunggak sebanyak RM3,000 tidak dibayar oleh Felda. Sedangkan bicara kuasa tidak boleh dijalankan sebab banyak cukai tertunggak.

"Malangnya penjelasan saya tidak diterima malah saya bersama pemandu lori dibawa ke balai polis, digari dan dihantar ke lokap Triang," katanya.

Menurut Roslan, ladang ayahnya pada tahun 2000 telah diserahkan kepada Felda untuk urusan tanam semula. Namun begitu pada 2005 oleh kerana tiada penyata dan kira-kira hasil yang diberikan oleh Felda, beliau telah minta ayahnya ambil balik untuk diusahakan sendiri.

Bagaimanapun, tambah Roslan, dua bulan sebelum meninggal (4 Julai 2005), ayahnya telah menyerahkan semula pengurusan ladang kepada Felda.

Apabila beliau bersama keluarga mahu mengambil semula pengurusan ladang daripada Felda Technoplant pada 3 September 2007 kerana tidak puas hati dengan hasil yang diterima, beliau telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM34,719.90./Harakahdaily

CALON BN TIDAK TAHU BEZA ANTARA PERIBADI DENGAN MORAL SALAHLAKU

Posted: 27 Jan 2011 07:00 AM PST

Abd Aziz Mustafa
LABIS, 27 Jan: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


"Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

"Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan," katanya.

Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

"Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran," katanya.

Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

"Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta," kata Mahfuz.

Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

"Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.

"Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.

"Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang," beliau mengingatkan./Harakahdaily

AYUH PERANTAU, KEMBALI KE KAMPUNG DAN KITA RAIKAN KEMENANGAN ISLAM

Posted: 27 Jan 2011 12:19 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

AYUH..Jom kita tabalkan Puan Normala Sudirman sebagai Wakil Rakyat yang baru di kawasan Dun Tenang pada 30 Januari ini. Jangkaan bahawa PAS boleh membuat kejutan pada pilihanraya boleh diterima akal kerana calon Umno kini terpaksa bertahan dan berselindung hanya di sebalik media dan jentera Kerajaan.

Calon PAS berpeluang merampas kerusi DUN Tenang jika sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih berdaftar keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Ahad ini, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman. Bagi mencapai hasrat tersebut, adalah amat penting semua pengundi di luar kawasan pulang untuk mengundi.

Kepada mereka semua, pulanglah ke kampung untuk membuktikan kepada Umno bahawa parti ini tidak boleh menungkat langit di bumi Johor. Buktikan rakyat Johor tidak selama-lamanya boleh dibeli maruah mereka setelah dikatakan tanah-tanah di Johor juga boleh dibeli oleh pihak luar. Agama Islam yang begitu disanjung di bumi Johor tidak lagi bolehg dipermainkan atau dipersendakan oleh pemimpin yang terbukti rendah moralnya itu. Jika kaum Cina sendiri malu untuk menerima pemimpin ini, adakah kaum Melayu berugama Islam boleh berpeluk tubuh dengan sikap biadab beliau?

Umno di Johor perlu diajar bahawa ugama Islam mesti dihormati kalau pun Umno sendiri tidak mahu mendaulatkannya. Jika Umno tidak mampu mempertahankan ugama suci ini, serahkan kepada PAS untuk memeliharanya.

Ayuh lah, abang, adik dan kakak untuk kembali ke kampung halaman bersama Cikgu Normala. PAS teramat sukar untuk memenangi pilihanraya ini seandainya saudara-saudari tidak bersama di sini. Lakukan lah pengorbanan besar kali ini. Selamat kembali./wfauzdin.blogspot.com

MASLAN, BERDEBAT ATAU DIGELAR PENGECUT ?

Posted: 26 Jan 2011 11:52 PM PST

Azmi Yusof dan Saidah Hairan

LABIS, 27 Jan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan diisytiharkan pengecut dan bacul jika enggan menyahut cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat bagi menyelesaikan 20 perkara isu mengenai Felda.

Mazlan berkata, Anak memberi tempoh sehingga 28 Januari (esok) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang.

"Ahmad Maslan jangan cari alasan, jom kita berdebat atau Datuk bakal diisytiharkan pengecut. Malu dan terhina warga Felda mempunyai pemimpin bertaraf menteri yang bacul," katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Dun Tenang di sini, pagi ini.

Beliau berkata, sudah dua kali Ahmad menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan diajak berdialog secara tertutup.

Kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.

Dalam sidang media itu beliau turut mendesak Ahmad mendedahkan faedah persaraan Tan Sri Yusof Nor selaku bekas Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dikatakan mendapat bayaran RM100,000 sebulan.

"Ini wang rakyat jadi kita minta Ahmad Maslan perlu perjelaskan dan bertanggungjawab," tegasnya.

Mazlan berkata, rakyat khususnya warga Felda menuntut penjelasan terbuka terhadap 25 isu-isu berbangkit antaranya, benarkah dakwaan mengatakan pemilihan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru atas kehendak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, katanya warga Felda mahu penjelasan mengapa kos tanam semula peneroka begitu tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM100 ribu, mengapa kos tanam semula masih dikekalkan kadar faedah 6.25%, kadar yang sangat tinggi dan tidak pernah berubah dari dahulu.

"Mengapa tidak diserahkan wang tanam semula berjumlah RM17,000 caruman peneroka selama 20 tahun, mengapa pelbagai syarat dikenakan terhadap tuntutan wang tanam semula?" soalnya lagi.

Katanya, peneroka Felda juga mempersoalkan mengapa Felda Plantation tidak boleh dimansuhkan walhal ianya boleh memberi manfaat kepada 79,000 generasi kedua Felda, berapa untung sebenar Felda Plantation yang kononnya diguna untuk membayar gaji 25,000 kakitangan Kumpulan Felda dan 45,000 pekerjanya.

Tambah beliau, benarkan terdapat 43 anak syarikat Felda sedang bermasalah serta projek perumahan generasi kedua Felda Air Hitam, Kluang yang dijanjikan lebih lima tahun tidak terlaksana./Harakahdaily

Tiada ulasan: