Jumaat, 28 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Aktivis Antipemerintah Mesir Janji Adakan Bantahan Terbesar Hari Ini

Posted: 28 Jan 2011 12:35 AM PST

Kahirah: Aktivis yang sedang cuba menggulingkan Presiden Mesir, Encik Hosni Mubarak, mempermain- mainkan polis di jalan-jalan raya hingga awal semalam dalam pemberontakan pertama terhadap pemerintahannya.

Gambar: TIDAK HIRAU LARANGAN: Aktivis antipemerintah bertembung dengan polis antirusuhan di Kahirah buat hari yang kedua kelmarin. Pasukan polis yang telah diperkuat telah menggunakan gas pemedih mata bagi mengawal tunjuk-tunjuk perasaan tersebut. -- AP.

Orang terkemuka yang berkempen menuntut pembaharuan, Encik Mohamed ElBaradei, yang tinggal di Vienna, dijangka pulang ke Mesir semalam.

Ketibaannya mungkin merangsang bantahan-bantahan yang memasuki hari ketiga semalam tetapi belum ada pemimpinnya.

Sekurang-kurangnya tiga penunjuk perasaan dan seorang anggota polis telah mati dalam pertempuran sejak Selasa lalu.

Tunjuk-tunjuk perasaan itu, yang diberi semangat oleh pemberontakan popular di Tunisia baru-baru ini, tidak pernah berlaku dalam pemerintahan Encik Mubarak sejauh ini.

Ia menyaksikan polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah pemberontak yang membaling batu dan bom petrol.

Kelmarin pemberontak membakar tayar dan melempar batu ke arah polis. Di Suez, penunjuk perasaan membakar bangunan-bangunan pemerintah.

Tunjuk-tunjuk perasaan itu berlarutan hingga ke lewat malam. Awal semalam beberapa kumpulan kecil masih berhimpun di Suez dan Kahirah sebelum dihalau polis.

Pemberontak berjanji akan mengadakan tunjuk perasaan terbesar selepas solat Jumaat hari ini.

'Penganut Islam dan Kristian di Kahirah akan keluar bagi membantah rasuah, pengangguran dan penindasan serta ketiadaan kebebasan,' kata seorang aktivis di laman Facebook.

Kementerian Dalam Negeri berkata kelmarin 500 orang telah ditangkap. Satu kumpulan bebas peguam berkata sekurang-kurang nya 1,200 orang ditahan.

Sementara itu di Sanaa, Yaman, beribu-ribu orang mengadakan tunjuk perasaan semalam menuntut Presiden Abdullah Saleh meletak jawatan setelah berkuasa sejak 1978, lapor koresponden AFP.

'Cukuplah kuasanya lebih 30 tahun,' laung penunjuk perasaan yangh diadakan pembangkang Common Forum di empat lokasi di ibu negeri itu.

Mereka merujuk kepada tergulingnya bekas presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali, yang menurut mereka 'hilang dalam hanya 20 tahun'.

Dalam pada itu, ketibaan Encik El-Baradei, bekas ketua pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Berstu (UN) yang juga pemenang Hadiah Nobel, akan memberi seorang pemimpin bertaraf antarabangsa kepada pembangkang.

'Saya akan kembali ke Kahirah dan balik ke jalan- jalannya kerana memang tiada pilihan lain. Anda keluar bersama orang yang sangat ramai ini dan anda harap keadaan tidak akan jadi bertambah buruk, tapi sejauh ini, rejim ini nampaknya belum faham,' katanya dalam pendapatnya di laman The Daily Beast.

Beliau berkata ramai penduduk Kahirah sudah muak dengan pemerintahan Encik Mubarak, walau dalam tempoh peralihan.

Seperti di Tunisia, warga Mesir mengadu tentang harga barang yang semakin naik, kekurangan pekerjaan dan ketua negara autoritarian.

Satu pilihan raya presiden dijangka diadakan September ini.

Rakyat Mesir menganggap Encik Mubarak, 82 tahun, mahu terus berkuasa atau mungkin melantik anaknya, Encik Gamal, 47 tahun, menggantikannya.

Ini dinafikan Encik Mubarak dan anaknya. -- Reuters, AFP.

[Video] PAS Tambun Buat Laporan Polis Terhadap Chua Soi Lek

Posted: 27 Jan 2011 11:12 PM PST

PAS Kawasan Tambun (Muslimat) telah membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Chua Soi Lek yang telah menghina Islam di dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang.

Tindakan Chua telah menghina Islam apabila secara sindiran membuat perbandingan cara Normala bersalaman dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

Menjawab soalan wartawan Chua Soi Lek merangkap Presiden MCA itu dalam nada yang marah tetap menegaskan pendiriannya bahawa norma yang diamalkan oleh wanita Islam bagi mengelakkan persentuhan kulit dalam berjabat tangan itu adalah bertentangan dengan asas budaya dan kesopanan dalam berjabat tangan.


LAPORAN POLIS

Kami ingin membuat laporan tentang kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di atas kenyataannya memperlekehkan ajaran Islam yang mengharamkan persentuhan antara lelaki dan perempuan. Kenyataan ini telah menghina umat Islam dan patut disiasat di bawah Akta Hasutan. Kenyataan ini telah disebut dalam kempen pilihanraya kecil DUN Tenang di Kuil Budha San Ti Shu dalam kawasan Labis pada tarikh 20 Januari 2011 di dalam artikel Malaysia Kini versi Bahasa Enggeris. Beliau telah merujuk kepada penampilan calon PAS, Normala Sudirman yang diandaikan tidak akan bersalam dengan pengundi-pengundi lelaki. Siapakah Datuk Seri Chua Soi Lek untuk mempertikaikan hukum Islam. Kenyataan ini juga boleh menimbulkan ketidakselesaan dan telah menyentuh sensitiviti umat Islam.

HADIS NABI YANG MENGHARAMKAN BERSENTUHAN ANTARA LELAKI DAN WANITA :

"Demi Allah, tidak pernah sekalipun tangan Nabi s.a.w. menyentuh tangan wanita semasa berbai'ah. Baginda tidak membai'ah mereka melainkan dengan ucapannya sahaja" (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Dari Ma'qal bin Yasar r.a.; bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
"Jika kepala seseorang dari kamu ditusuk dengan jarum dari besi itu lebih baik baginya dari ia menyentuh seorang wanita yang tidak halal untuknya" (Riwayat Imam at-Thabrani dan al-Baihaqi)


"Saya telah hidup dikalangan awam selama bertahun-tahun, itu sebahagian dari budaya dan sopan santun dalam berjabat tangan" kata Chua.

Sebelum ini Chua itu telah mempersendakan tindakan Calon PAS Cikgu Normala yang tidak berjabat tangan dengan jantina yang berlawanan dan membandingkannya dengan amalan yang sama yang dipraktikkan oleh Presiden PKR Dr Wan Azizah.

Chua juga telah berkata "Dia tidak akan datang ke sini (sebuah kuil China), dia bahkan tidak berjabat tangan dengan orang ramai. Saya telah menerima aduan tentang hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika ia berjabat tangan. Jika anda boleh menerima jenis nilai-nilai Islam ini , teruskan dan pilihlah PAS, "katanya.

Hal ini kemudiannya disambung pula oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe dari GERAKAN yang membidas Cikgu Normala dengan berkata amalan Normala itu adalah bukti bahawa PAS bertujuan untuk menubuhkan sebuah Negara Islam yang bercorak melampau.

Setiausaha Agong PAS juga sebelum ini telah mengulas tindakan melampau Chua tersebut.


Berikut adalah kenyataan penuh Mustafa.

Saya terpanggil untuk memberikan komen dan pandangan saya bagi pihak PAS terhadap komen yang dibuat oleh Datuk Seri Chua Soi Lek, Presiden MCA terhadap isu bersalam.

PAS mengucapkan tahniah dan syabas kepada Normala Sudirman kerana tidak menggadaikan prinsip dan disiplin perjuangan untuk kepentingan politik sementara.

Normala berjaya tonjolkan disiplin Islam di tengah-tengah masyarakat dengan penuh yakin walaupun mungkin kehilangan satu dua undi orang di sekeliling Chua Soi Lek. Tak usah bimbang kerana masyarakat umum yang mengenali PAS memahami soal ini.

Ia bukan perkara baru dalam PAS. Semua pemimpin muslimat PAS samada calon atau tidak calon berpendirian yang sama seperti Normala. Samada Dr Mariah Mahmood (MP Kota Raja) atau Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (MP Titiwangsa) dan lain-lain wakil rakyat PAS pun berpendirian yang sama hatta Datuk Seri Dr Wan Azizah pun berpendirian yang sama.

Apa sebab Chua menjadikan isu sebagai pendiriannya dan MCA. Bagi saya, ada dua sebab.

Yang pertama Chua rasa pelik kerana sepanjang puluhan tahun bergaul dengan pemimpin Umno, samada pemimpin wanita atau isteri pemimpin Umno, dia tidak pernah melihat apa yang diperlihatkan oleh Normala.

Ini bagi saya kegagalan Umno kerana tidak memahamkan perkara ini kepada pemimpin bukan Islam yang bersama mereka. Saya tidak fikir wanita Umno tidak tahu dari segi hukumnya.

Yang kedua sikap Soi Lek sendiri yang tidak dapat membezakan mana yang dianggap bermoral dan mana yang tidak. Sebab itu, berlakun filem seks pada orang lain tidak bermoral tetapi bagi dia dan partinya MCA tidak ada apa-apa. Sebab itu dia terus menang menjadi presiden MCA.

Sepatutnya pemimpin Umno perlu ingatkan kawan mereka yang bukan Islam supaya hormati hak orang Islam sebagaimana orang Islam hormati hak orang bukan Islam. Kita tidak cemuh orang bukan Islam khususnya Cina yang makan babi misalnya kerana itu hak mereka dan banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh
diambil.

Ia berbeza sekali dalam Pakatan Rakyat apabila pemimpin DAP dan pemimpin bukan Islam dalam PKR cuba memahami dan mendekati Islam. Ia diperlihatkan dengan baik dalam isu bukan Islam memasuki masjid, membaca al-Quran dan memberi salam.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS






[Video] Projek Masjid Di California Dilulus Walau Dibantah

Posted: 27 Jan 2011 08:45 PM PST

Majlis bandaran meluluskan pembinaan sebuah masjid dua tingkat di daerah Temecula di California walaupun mendapat bantahan daripada penduduk setempat.

Gambar: SYUKURI KEPUTUSAN MAJLIS BANDARAN: Imam Harmoush (kanan) berpelukan dengan seorang penyokong selepas majlis bandaran meluluskan pembinaan masjid Pusat Islam Temecula Valley.

Sebelum ini, penduduk mengadakan tunjuk perasaan dengan membawa anjing masing-masing dan mengumpulkan beratus-ratus tandatangan bagi membantah pembinaan masjid seluas 7,620 meter persegi itu.

Pusat Islam Temecula Valley itu antara masjid di serata Amerika Syarikat yang menjadi tumpuan akhir-akhir ini.

Ia ekoran kontroversi pembinaan pusat Islam menelan belanja AS$100 juta ($127 juta) dua blok dari tapak serangan pengganas di New York pada 11 September 2001.

Sebuah lagi masjid yang dirancang dibina di daerah Nashville, Tennessee, turut mencetuskan bantahan.

Menurut Imam Mahmoud Harmoush, tapak pembinaan pusat Islam di Temecula dimiliki sekitar 150 keluarga Islam setempat sejak beberapa tahun lalu dan tidak pernah mendapat bantahan sebelum ini.

Namun, ia mendapat tumpuan apabila rancangan membinanya bertembung dengan perdebatan membina pusat Islam di New York.

Beberapa penduduk khuatir masjid di California itu akan dijadikan pusat bagi Islam radikal dan menyebabkan kesesakan lalu lintas bertambah teruk.

Imam Harmoush berkata pihak masjid telah membelanjakan lebih AS$17,000 tahun lalu, antara lain bagi menjalankan kajian ke atas tapak masjid seluas 1.74 hektar untuk menangani keprihatinan penduduk setempat.

Ia telah juga menganjurkan rumah terbuka, majlis iftar dan forum masyarakat bagi mendekati penduduk bukan Islam, namun usaha itu tidak berhasil melenyapkan bantahan.

Majlis bandaran kemudian mengubah permit pembinaan bagi menyertakan kewajipan menjalankan semakan keadaan lalu lintas setiap lima tahun.

Ia juga melarang penggunaan speaker luar bagi melaungkan azan.

Menyambut baik tindakan majlis bandaran meluluskan pembinaan masjid itu, pengerusi lembaga masjid tersebut, Encik Hadi Nael, berkata:

'Ini sebuah negara hebat. Setiap orang mempunyai kebebasan bersuara dan mengamalkan agama.' - AP.






Pelajar Tahfiz Mengadu Dikerah Sebagai Hamba

Posted: 27 Jan 2011 08:00 PM PST

Sshah Alam – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun.

Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.

"Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.

"Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan," ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba. -kosmo


Premis niaga yang disyaki guna tenaga kanak-kanak diserbu

Penyelia dan tiga tenaga pengajar pusat tahfiz turut ditahan dalam serbuan

PORT DICKSON: Sebuah premis perniagaan yang dipercayai menggunakan tenaga kanak-kanak untuk menjual pelbagai barangan di sekitar Negeri Sembilan dan Melaka diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu membabitkan pelbagai jabatan di Lukut, pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar tempatan, semalam.

Ketika serbuan, terdapat kira- kira 80 kanak-kanak berusia di antara 10 dengan 15 tahun berada di premis lot kedai yang turut menempatkan pejabat operasi perniagaan.

Akhbar Harian Metro difahamkan, kanak-kanak berkenaan adalah pelajar sebuah pusat tahfiz di Kedah dan berada di situ untuk beberapa hari bagi menjalankan perniagaan.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berkata pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai mengenai kanak-kanak itu, yang mengutip derma dan menjual barangan.

'Kanak-kanak terbabit mengutip derma dan menjual barangan sekitar bandar ini, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban dan Nilai di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).

'Berikutan itu, pihak kami memeriksa premis terbabit dan tiga kakitangan di situ ditahan sebelum dibawa ke Balai Polis Lukut untuk membantu siasatan,' katanya.

Akhbar Utusan Malaysia pula semalam melaporkan bahawa seorang penyelia dan tiga tenaga pengajar pusat tahfiz itu ditahan.

Mereka yang dikatakan dalam lingkungan usia 40-an tahun itu ditahan dalam pemeriksaan di premis berkenaan di Chuah, dekat sini, oleh JHEAINS dan tiga lagi agensi kerajaan Malaysia.

Jurucakap JHEAINS dipetik oleh Harian Metro sebagai berkata serbuan tersebut turut disertai polis, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

MPPD, dalam satu kenyataannya, berkata lima saman dikeluarkan terhadap pengurusan premis itu, iaitu kesalahan melakukan binaan tanpa kelulusan, berniaga tanpa lesen dan menggunakan premis perniagaan sebagai stor.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Pusat Rawatan Cinta Negeri Sembilan/Melaka, Encik Badrin Mispami, memberitahu Harian Metro bahawa penjualan barangan oleh pelajar pusat tahfiz itu sebahagian daripada aktiviti kokurikulum yang bertujuan menjadikan mereka ahli perniagaan berjaya pada masa depan.

'Pusat itu hanya dijadikan transit apabila pelajar menjual barangan sekitar negeri ini antara dua hingga tiga hari,' katanya.

Bagaimanapun, melalui pemeriksaan yang dilakukan, rata-rata kanak-kanak itu menetap di sana buat tempoh lebih lama dan menjalankan aktiviti jualan amal dan kebajikan pada sebelah petang hingga malam, lapor Utusan Malaysia, sambil memetik jurucakap JHEAINS itu.

'Ada di antara mereka tidak rela melakukan tugas itu dan mahu meneruskan pelajaran secara normal. Rata-rata kanak-kanak ini adalah anak yatim dan daripada keluarga susah,' ujar jurucakap tersebut. -BHS


Ulasan GB

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Walau apa pun alasan, akaun pusat tahfiz berkenaan perlu disemak supaya diketahui kemana dan untuk apa dana itu dibelanjakan.

Kedua, adalah tidak wajar mana-mana pihak menggunakan alasan "aktiviti kokurikum" sebagai helah untuk mengutip keuntungan dengan memperalatkan anak yatim dan miskin berjaja di khalayak ramai apatah lagi hampir keseluruhannya adalah anak perempuan.

Ketiga, perkara paling gila yang dilakukan ialah memaksa pelajar-pelajar perempuan ini supaya melakukan jualan amal hingga lewat malam setiap hari.



[Video & Bergambar] Jeddah Dilanda Banjir Lagi

Posted: 27 Jan 2011 07:42 PM PST

Beberapa batang jalan di Jeddah ditenggelami air dan beberapa kawasan terputus bekalan elektrik ekoran hujan lebat semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir buruk seperti pada 2009 yang meragut lebih 120 nyawa.

Banjir terbaru di bandar raya kedua terbesar di Arab Saudi ini mencetuskan perbahasan hangat mengenai kelemahan infrastruktur di negara pengeksport minyak terkemuka di dunia ini.

Dalam kejadian semalam, kereta terapung di jalan-jalan yang bertukar menjadi sungai, sementara udara dicemari bau busuk daripada kumbahan yang mengalir dari tangki bawah tanah yang melimpah dan bercampur dengan air banjir.

Bandar pelabuhan di Laut Merah yang didiami empat juta penduduk ini tidak mempunyai sistem kumbahan.

Pasukan penyelamat menaiki bot dan helikopter menjalankan gerakan mencari di kawasan banjir dan penduduk berkata, ramai antara mereka tidak dapat pergi ke sekolah dan tempat kerja.

Penduduk sudah lama merungut mengenai kelemahan infrastruktur di negara Arab Teluk ini, yang memiliki rizab asing melebihi AS$400 bilion (RM1.24 trilion) hasil harga minyak yang tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Raja Abdullah yang sedang berehat di Maghribi selepas menjalani pembedahan tulang belakang di New York mengarahkan operasi menyelamat diperhebatkan, sambil memberi amaran kepada 'sesiapa sahaja supaya jangan melengah-lengahkan arahan ini', lapor media rasmi.

"Arahan ini hendaklah dilaksanakan sekarang tanpa berlengah-lengah, untuk menyalurkan bantuan bagi mengurangkan kesan bencana, terutamanya kerana hujan dijangka berlarutan selama beberapa hari lagi," kata Abdullah dalam satu perintah.

Pihak berkuasa yang menggesa penduduk supaya tidak keluar rumah belum mentaksirkan kerosakan atau melaporkan bilangan kemalangan jiwa. - Reuters

















Ulasan GB

GB sudah ulas mengenai kejadian banjir di jeddah baru-baru ini di SINI

INTERLOK: Situasi Kalah-Kalah - Dua-dua Pihak Tolak Keputusan Muhyiddin

Posted: 27 Jan 2011 06:30 PM PST

Pena bantah keputusan Putrajaya pinda kandungan Interlok

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Persatuan Penulis Nasional (Pena) membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Dalam reaksi segera, pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu.

Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.

"Pena tetap dengan pendirian asal untuk tidak terima sebarang tuntutan pindaan terhadap novel Interlok.

"Saya nak tanya di sini, apakah yang dimaksudkan dengan unsur sensitif kepada masyarakat India? Sedangkan tiada unsur sensitif.


"Pena bantah dengan keputusan kerajaan ini, sepatutnya kerajaan tidak perlu mengikut tuntutan yang dibuat itu kerana tiada asas yang kukuh mengatakan novel Interlok menghina orang India," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau juga turut mempersoalkan keputusan kerajaan itu sama ada ia tuntutan yang dibuat keseluruhan masyarakat India atau pihak tertentu.

"Bagi kami tiada unsur sensitif dalam novel Interlok, kenapa perlu buat pindaan?

"Selain itu adakah keputusan ini dibuat berdasarkan tuntutan masyarakat India keseluruhan atau MIC atau pihak tertentu? Isu ini jadi besar kerana ada pihak yang buat provokasi.

"Kita juga tidak tahu bagaimana keputusan ini dicapai, malah tiada tuntutan rasmi daripada masyarakat India yang mahu novel ini dipinda, jadi kita keliru bagaimana ia boleh dicapai," katanya.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang tadi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Novel itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah. -TMI


NGO India terima keputusan pinda, tetap tolak sekolah guna Interlok

KUALA LUMPUR, 27 Jan — Pasukan Tindakan Interlok, badan informal yang mewakili masyarakat India, menyambut baik keputusan Putrajaya untuk meminda novel Interlok, tetapi menegaskan Kementerian Pelajaran harus menggantikannya dengan novel lain yang sesuai.

Badan bertindak itu masih berpendapat Interlok tidak sesuai untuk digunakan sebagai buku teks di sekolah.

"Kami menyambut baik keputusan kerajaan, tetapi pada masa yang sama kami mahu Interlok ditarik balik daripada digunakan di sekolah.

"Novel itu boleh kekal dijual di kedai-kedai buku . . . kami berpendirian bahawa ia tidak harus digunakan di sekolah kerana kandungannya tidak sesuai sama sekali," kata ketua badan bertindak itu, Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim.

Beliau berkata, pihaknya tidak meminta novel itu diharamkan tetapi hanya berpandangan ia tidak sesuai digunakan sebagai buku teks sekolah.

Kata beliau, pihaknya berpendapat novel lain yang difikirkan sesuai perlu digunakan sebagai pengganti sementara panel yang dibentuk untuk mengkaji bahagian-bahagian sensitif menyempurnakan tugas mereka.

Ketika ditanya sama ada pihaknya bersetuju jika Interlok digunakan sebaik sahaja bahagian-bahagian sensitif dipinda, Thasleem berkata, "kami tidak tahu bahagian mana yang hendak dipinda".

"Sementara mereka hendak pinda, kita cadangkan agar Interlok digantikan dengan novel yang lain," katanya.

Pasukan Tindakan Interlok itu mengambil pendirian tersebut susulan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.

Pasukan Tindakan Interlok merupakan salah satu daripada beberapa pihak mewakili masyarakat India menggesa Kementerian Pelajaran menarik balik novel itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin berkata novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian tertentu.

Bagaimanapun keputusan itu tidak dipersetujui oleh Persatuan Penulis Nasional (Pena) yang mahu Interlok dikekalkan tanpa membuat sebarang pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.

Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.-TMI


Ulasan GB

TPM, Muhyiddin Yassin hilang integritinya apabila langkah penyelesaian yang dicadangkan ditolak oleh kedua-dua belah pihak.

Sebuah akhbar arus perdana hari ini melaporkan:

"Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong langkah itu yang disifatkan sebagai pertimbangan sama rata atau 'menang-menang' kepada semua pihak terbabit."

Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku gagasan dan cadangan Muhyiddin itu telah di tolak dan situasi kalah-kalah yang didapati dari cadangan Muhyiddin berkenaan.

p/s hari itu dapat pingat 3P (Penipu, Pendusta dan Pengkhianat), kini cadangannya ditolak oleh kedua-dua pihak di dalam isu INTERLOK. Sebelum ini, Muhyiddin menyokong kenyataan Chua Soi Lek yang menghina Negara Islam dan hukum Islam. GB dah kata sebelum ini: Kutuk dan cacilah lagi hukum & negara Islam ... dan Allah akan bayar cash...

Umi Hafilda Nafi Dirinya "Nyamuk", Ingin Heret Blogger Ke Mahkamah

Posted: 27 Jan 2011 05:04 PM PST

Anwar, jangan anggap saya 'nyamuk': Ummi

Ummi Hafilda berkata dirinya mungkin menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

KUALA LUMPUR: Saksi kes Liwat I membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, Ummi Hafilda Ali memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya tidak meganggap dirinya sebagai 'nyamuk'.

Malah Ummi berkata dirinya mungkin akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada kejatuhan karier politik Anwar.

"Kalau kaji sejarah Raja Namrud yang menganggap dirinya Tuhan pada zaman Nabi Ibrahim, nyamuk yang kecik itu boleh membawa kemudaratan.

"Jadi Anwar jangan aggap saya nyamuk kerana dia boleh hilang kuasa, kedudukan, integriti sebagai pemimpin, dan segala-galanya.

"Apabila kembalinya 'nyamuk' ini, mungkin 'nyamuk' ini mungkin akan membawa kepada 'kematiannya' dari segi karier politik," katanya kepada pemberita ketika mengulas respon Anwar apabila dipelawa berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks.


Ummi Hafilda yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman untuk berjumpa dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dan membuat laporan polis tentang beberapa isu fitnah yang dihadapinya.

Fitnah jenayah

Antaranya, menurut Ummi berhubung fitnah jenayah yang dilakukan saksi kes yang sama 13 tahun lalu, Baginda Minda dan Raja Kamaruddin Raja Abdul Wahid yang dikenali sebagai 'Raja Komando' terhadap dirinya.

Katanya, Baginda yang tidak pernah dikenalinya secara peribadi telah memfitnah beliau berzina dengannya dilaman blog dan media arus perdana walaupun dirinya telah melakukan sumpah laknat 10 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan 'Raja Komando' yang mengheret setiausaha politik perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammad, Datuk Aziz Shamsudin yang beliau kononnya menggelarkan dirinya pelacur namun dinafikan Datuk Aziz, katanya.

"Saya menganggap Baginda dan Raja Komando adalah saksi palsu yang telah dibawa oleh Anwar dalam mahkamah dan kita akan bongkarkan imbuhan yang mereka peroleh setelah mengaibkan dan memfitnah saya.

"Saya ada bukti dimana Raja Komando ini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang menguruskan semua projek pasir di Selangor. Saya juga mendapat maklumat Baginda diberikan tanah di Selangor," katanya.

Selain itu, Ummi juga mahu membuat laporan polis bersama bukti yang akan diserahkan supaya siasatan dijalankan terhadap kekayaan yang diperoleh Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin dalam keadaan yang 'mencurigakan'.

"Saya memohon polis menyiasat segala kekayaan Azmin dan Shamsidar yang melampaui batas luar biasa di mana Azmin dengan rela telah melacurkan isterinya kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang merangkap Menteri Kewangan bagi tujuan mendapatkan kekayaan secara haram melalui pemberian peruntukan saham yang bernilai jutaan ringgit.

"Saya mencabar Azmin dan Anwar bahawa saya pernah menerima apa-apa imbuhan daripada mana-mana tokoh politik sedangkan saya mempunyai bukti dia yang sering berkonspirasi dan sering memberi upah kepada mana-mana individu untuk bersubahat dengan mereka," katanya.

Sumpah laknat

"Saya mencabar Azmin dan Amwar membuat laporan polis fitnah jenayah ke atas saya sekiranya apa yang akan saya laporkan ini hanya fitnah semata-mata. Saya dah buat sumpah laknat, Saiful (Bukhari) dah buat, kenapa mereka tak berani buat?," katanya.

Ditanya pemberita tujuan membuat laporan polis setelah 13 tahun berlalu, Ummi berkata dirinya selama ini sudah cukup bersabar kerana isu ini membabitkan abangnya sendiri.

"Pada ketika Anwar dipenjara saya fikir cukuplah, sebolehnya saya tak mahu heret abang dan (kakak) ipar saya tetapi mereka melampaui batas malah kesabaran saya itu diambil kesempatan untuk memfitnah dan menghina saya.

"Saya bersabar dan fikir mungkin selepas lima atau enam tahun, Azmin akan datang kepada saya dan berkata "Ummi, I am sorry" sudah cukup.

"Saya tidak akan buka mulut lagi selepas itu tetapi sampai hari ini orang masih memfitnah saya sebagai perempuan jalang, pelacur dan tidak bermaruah. Saya inginkan kebenaran supaya yang benar ditegakkan dan yang bersalah itu didakwa dimahkamah.

Telah sampai masanya saya membersihkan nama saya…cukuplah, ini maruah saya yang akan saya bawa sampai akhir hayat saya," katanya.

Ummi, penulis surat "Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri" bertarikh 5 Ogos 1997, turut mahu membuat laporan fitnah jenayah terhadap beberapa blogger pembangkang yang memfitnah dirinya.

Blogger itu termasuk 'Tukar tiub', 'Tranungkite', 'Ruang bicara pria malaya', dan akhbar Media Rakyat yang berniat jahat menyiarkan gambarnya dimuka depan akhbar bertajuk 'Kisah dalam kain diselak'.

"Saya memberi amaran kepada mana-mana blogger supaya lebih bertanggungjawab kerana saya akan heret mereka ke muka pengadilan.

Buktikan saya perempuan sedemikian. Buktikan atau sama ada kamu tarik balik kenyataan atau kamu akan berhadapan dengan saya, atau ke penjara," katanya.

Sementara itu, Ummi selepas bercakap dengan pemberita bagaimanapun gagal berjumpa mahupun membuat laporan polis dengan Bakri kerana beliau difahamkan Bakri mempunyai urusan penting yang lain.

"Kita sudah buat temu janji hari ini dengan Datuk Seri (Bakri) malangnya beliau ada urusan penting lain dan kita akan buat satu lagi temu janji yang baru pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata peguam mewakili Ummi Mohd Khairul Azam Abdul Aziz ketika ditemui FMT. -FMT

[Video] UFO Dirakam Di Kawasan Lingkaran Misteri

Posted: 27 Jan 2011 03:48 PM PST

UFO dirakam dekat lingkaran misteri

Bulatan misteri di kawasan sawah padi terletak dekat dengan gambar objek terbang tidak dikenali itu dirakamkan. Gambar kecil: Tampilan titik hitam di monitor komputer jinjing Didit Widiatmoko.

YOGYAKARTA – Seorang pegawai pentadbiran negeri di Gunung Kidul, di sini merakamkan gambar ojek terbang tidak dikenali (UFO) di Bukit Patuk tujuh kilometer dari penemuan lingkaran misteri di sebuah kawasan sawah padi di Sleman, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pegawai itu, Kidul Didit Widiatmoko mengaku merakamkan gambar itu pada 16 Januari lalu pada pukul 1.20 petang beberapa hari sebelum lingkaran misteri ditemui di Sleman pada Ahad lalu.

Satu lagi lingkaran misteri turut ditemui di Bantul dekat Sleman pada Selasa lalu.

Dia menyedari terdapat objek aneh pada gambarnya semasa proses memindahkan gambar tersebut dari kameranya ke komputer.

"Saya baru menunjukkan foto itu kepada teman-teman setelah ada berita tentang jejak lingkaran misteri itu," ujar Kidul.

Gambar itu dirakamkan semasa dia dan isterinya berehat di Bukit Patuk.

Objek yang dirakamkan itu seperti titik berwarna hitam.

Sementara itu, seorang ahli nujum, Yohana Lestari berusia 40 tahun menyatakan lingkaran misteri itu memang perbuatan dari UFO.

Bagaimanapun, katanya, bentuk lingkaran itu terjadi kerana terdapat sejenis alat UFO yang mencari kawasan memiliki sumber tenaga baru.

Yohana berkata, UFO tidak datang ke kawasan itu tetapi terdapat sejenis alat yang tidak dapat dilihat pergi ke kawasan tersebut tetapi cara ia bekerja adalah seperti kuasa magnet.

Dalam perkembangan yang sama, polis masih melakukan soal siasat ke atas tujuh pemilik petak sawah yang mengandungi lingkaran itu bagi mencari penunjuk siapa yang mendalanginya.

Salah seorang daripada pemilik sawah itu, Jumadi menyatakan, dia tidak melihat cahaya yang mencurigakan pada malam Sabtu lalu dan mustahil bagi manusia untuk membuat lingkaran misteri itu.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa pelajar Fakulti Matematik dan Ilmu Pengetahuan Alam Universiti Gajah Mada yang membuat lingkaran itu namun, sehingga semalam tiada pengakuan daripada pelajar itu dibuat mengenai kejadian aneh tersebut. – Agensi


Misteri UFO dan Alien dalam Pandangan Ulama

JAKARTA - Kemunculan fenomena aneh seperti Piring Terbang atau benda tak dikenal yang popular disebut UFO (Unidentified Flying Objects) memang sangat heboh diperkatakan umat manusia di banyak negara.

Pada 23 Januari 2011, giliran warga Sleman, Yogyakarta, dihebohkan dengan adanya pola-pola lingkaran teratur di sawah. Sebenarnya, pola seperti itu sudah banyak dijumpai di luar negeri, terutama di Britain, yang dikenal sebagai crop circle, lingkaran di kawasan pertanian.

Ada yang memercayainya sebagai bukti kehadiran UFO, namun sebahagian lagi justeru menyaksikannya, Crop circle hanyalah kerjaan orang kreatif. Lalu bagaimana pandangan ulama terhadap misteri ini? "Kalau soal UFO atau alien, kami tak faham," kata Ketua MUI Bidang Fatwa Ma`ruf Amin kepada okezone, Selasa (25/1/2011).

Namun demikian, dalam ajaran Islam memang ada maklumat soal kehidupan di luar manusia. Namun apakah mahluk tersebut termasuk UFO atau alien, Ma`ruf Amin kembali mengatakan dirinya tidak memiliki kapasiti untuk menjelaskannya lebih jauh.

"Ada mahluk di luar manusia, di luar bumi atau dapat disebut di alam langit. Mengenai makhluk ini jelas disebutkan dalam Alquran," paparnya. Saat ditanya golongan dari makhluk tersebut, dia mengungkapkan dapat dimaknai sebagai malaikat, jin, dan sebagainya. "Tapi kalau UFO, saya tak faham," terangnya.

Menurut dia, tidak ada kehidupan manusia selain di bumi jika melihat keterangan dari Alquran. Ma`ruf Amin menambahkan, meski berlainan alam, manusia dan mahluk lain itu seperti jin bisa terjalin komunikasi. "Ada orang tertentu yang berkomunikasi bahkan meminta bantuan kepada jin, tapi ini dilarang oleh agama," imbuhnya.

Dalam Alquran Surat Al-Baqarah (2:117): "Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia". Kemudian Surat Asy-Syuura (42:29): "Di antara (ayat-ayat) tanda-tanda-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata Yang Dia sebarkan pada keduanya. Dan Dia Maha Kuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendaki-Nya".

Kedua ayat suci dalam Al Quran ini menegaskan bahawa langit dan bumi adalah ciptaan Allah dan di keduanya, baik di langit dan bumi oleh Allah juga diciptakan makhluk-makhluk melata (makhluk yang berjalan di permukaan tanah) dan menghuni baik di langit (bintang/planet lain) maupun di bumi.

Sebelumnya, warga Dusun Kracakan dihebohkan dengan pemandangan aneh di lokasi sawah dusun setempat. Pemandangan aneh itu berupa robohnya batang padi yang membentuk beberapa lingkaran besar dan kecil. Anehnya, lingkaran batang padi yang roboh tersebut seperti tulisan kaligrafi. Sedangkan besarnya lingkaran adalah di antara 15-20 meter. Bahkan, ada yang menduga pemandangan aneh itu merupakan bekas pendaratan pesawat UFO dari planet lain.

Profesor peneliti Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (Lapan) Thomas Djamaluddin menilai pola tersebut sebagai bentuk rekayasa dari orang-orang yang ahli. "Saya menduga itu hasil rekayasa tangan-tangan kreatif. Di banyak negara terbukti crop circle adalah hasil rekayasa kreatif manusia," kata Thomas.

Dia menjelaskan, meskipun lokasi "pendaratan UFO" berada di bawah kabel eletrik tegangan tinggi tidak akan mempengaruhi pola. "Pola geometris di Sleman bukan juga disebabkan oleh puting beliung atau pengaruh elektromagnetik dari SUTET (Saluran Udara Tegangan Ekstra Tinggi milik PLN). Puting beliung tidak akan menghasilkan pola yang rapi. Sutet pun tidak akan memberi dampak pola geometris, kerana tanaman padi tidak terpengaruh oleh medan eletrik atau medan magnet dari jaringan listrik itu," jelasnya. -okezone/GB






UMNO Jadikan Warga FELDA Labis Sama Dgn Orang Asli Galas

Posted: 27 Jan 2011 01:15 PM PST

BN digesa henti ugut pengundi Melayu

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.

Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.

"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.

"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.

"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi Melayu di kawasan itu menjadi takut untuk menampakkan sokongan mereka kepada PAS, termasuk takut untuk menaikkan bendera PAS dan menampakkan reaksi cenderung kepada PAS," katanya yang juga ahli parlimen Rantau Panjang.

Sungguhpun begitu, beliau yakin, pengundi-pengundi Melayu akan sedar tentang kepentingan mereka memberikan undi kepada PAS pada hari mengundi nanti, sekiranya mereka terus didekati oleh para petugas PAS dan diberikan penjelasan yang secukupnya tentang kelebihan perjuangan PAS berbanding Umno BN.

Dari tinjauan yang dilakukan oleh para petugas PAS juga, katanya, para pengundi Melayu di kawasan itu juga ternyata tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno di Johor termasuk di kawasan itu kerana masih amat banyak isu-isu rakyat yang gagal diselesaikan, walaupun Umno BN telah memerintah negeri itu sejak lebih 50 tahun lalu.

Selain politik ugutan, Siti Zailah turut kesal dengan para pemimpin Umno BN yang masih terus menerus memainkan politik wang dalam pilihanraya Dun Tenang, walaupun ia sudah diketahui umum salah dari segi undang-undang. -harakahdaily

Ulasan GB

Ingat Galas! UMNO bawa taktik Galas ke Labis. Di Galas, orang asli yang diumpan dan diugut, tetapi di Labis, warga FELDA yang menerima umpanan dan ugutan tersebut. Tak sudah-sudah UMNO BN melembukan rakyat 1Malaysia.



[Video] Argentina Perkenal Undang-undang Mesra Hijab

Posted: 27 Jan 2011 07:01 AM PST

Argentina perkenal undang-undang baru mesra tudung

BUENOS AIRES - Argentina memperkenalkan undang-undang baru yang memberi lebih kebebasan kepada rakyatnya yang beragama Islam untuk mengekalkan amalan tanpa dikenakan sebarang tindakan, semalam.

Parlimen negara itu menggubal akta tersebut yang membenarkan wanita Islam memakai tudung di tempat awam.

Menurut akta tersebut, wanita Islam juga dibenarkan menggunakan gambar bertudung di dalam kad pengenalan mereka.

Presiden Argentina, Cristina Fernandez berkata, beliau berharap negara bukan Islam lain mendapat mesej yang cuba disampaikan iaitu perbezaan kepercayaan dapat diatasi dengan cara baik.

Sebanyak dua peratus daripada populasi negara Amerika Selatan itu adalah penduduk beragama Islam.



Blogger Anjur Debat Azahar vs Cikgu Mala

Posted: 27 Jan 2011 05:57 AM PST

Blogger tawar diri anjur debat antara calon Tenang

LABIS: Sebuah kumpulan blogger bebas hari ini menawarkan diri untuk menganjurkan satu majlis perdebatan antara kedua-dua bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan Normala Sudirman (PAS).

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Kumpulan Blogger-blogger Independent' (Kubid) itu menyarankan supaya diadakan perdebatan antara kedua-dua calon bagi membincang dan menjelaskan isu-isu yang berbangkit dan berkaitan dengan kawasan tersebut.

Wakil Kubid, Sariffuddin Abdullah berkata penganjuran sesi debat itu bagi membolehkan pengundi mengetahui dan menilai usaha serta hala tuju yang cuba dibawa setiap calon dengan lebih jelas serta berkesan terutama menjelaskan isu-isu yang didakwanya disembunyikan.

"Hasrat kami adalah mahu melihat amalan politik baru iaitu politik berpengetahuan, 'knowledge political' subur diamalkan dan dijadikan amalan murni di arena politik negara di mana dengan adanya diskusi atau debat terbuka ini yang lebih telus antara calon yang bertanding," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan pemantauan Kubid sepanjang lima hari berkempen, kedua-dua calon banyak menjurus kepada kempen-kempen yang bersifat populis dan 'kosmetik' yang bertujuan mengaburi mata pengundi kepada isu sebenar yang sedang berlegar di Tenang.

"Kami mempersoalkan tentang kewibawaan dan integriti calon-calon yang bertanding. Di manakah letak kewibawaan calon itu sekiranya kempen-kempen yang dijalankan lebih menjurus menyerang peribadi antara satu sama lain? Di manakah etika dan moralnya?" soal beliau.

Pada sidang media itu, Shariffuddin menyerahkan surat jemputan kepada Naib Presiden parti PAS Datuk Mahfuz Omar untuk mempelawa calonnya, Normala menyertai debat itu manakala surat jemputan kepada calon BN akan dihantar selewat-lewatnya petang ini.

Katanya, Kubid bercadang mengadakan debat tersebut esok pada 9 malam di satu tempat yang akan ditetapkan setelah persetujuan dicapai antara kedua-dua calon. - Bernama

Israel Akui Iran Tiada Nuklear

Posted: 27 Jan 2011 04:58 AM PST

Tel Aviv - Penipuan rejim Zionis selagi lagi terserlah apabila ketua agensi perisikan tentera Israel akhirnya mengakui Iran tidak membangunkan senjata nuklear seperti didakwa Tel Aviv dan sekutunya di Barat.

Jeneral Aviv Kochavi (gambar) juga tidak setuju dengan penilaian Amerika Syarikat (AS) yang berbangga kononnya sekatan ekonomi ke atas Iran berjaya memberikan kesan buruk kepada republik Islam itu.

Kochavi yang baru dilantik memegang jawatan itu pada November lalu mengeluarkan kenyataan itu semasa memberi taklimat kepada parlimen Israel, kelmarin.

"Agak mustahil bagi Iran untuk menjalankan proses pengkayaan uranium sehingga 90 peratus yang diperlukan untuk menghasilkan bom atom," katanya.

Teheran berulang kali menafikan tuduhan Barat bahawa negara itu sedang menghasilkan bom atom dan siasatan Agensi Atom Antarabangsa membuktikan program nuklear Iran adalah bagi tujuan aman.

AS dan sekutunya kerap menyasarkan Iran yang didakwa membina bom atom tanpa membangkitkan isu sama ke atas Israel, satu-satunya negara Timur Tengah yang mempunyai bom nuklear.

PKR Pula Bergelora Sewaktu Kempen Pilihanraya Tenang Berjalan

Posted: 27 Jan 2011 03:56 AM PST

Siasat siapa dalang sebenar

IPOH - Pimpinan PKR Pusat diminta supaya menyiasat dalang sebenar di sebalik isu pemimpin Cabang Pasir Salak yang memburukkan parti itu.

Naib Ketua PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Razak Isa berkata, tindakan memburukkan parti memang wujud dan dilakukan kumpulan yang mahu menjatuhkan Mustaffa Kamil Ayub.

Beliau berkata, pihaknya sedia mendedahkan kumpulan itu jika diminta berbuat demikian bagi membantu siasatan.

"Saya menyokong penuh tindakan pimpinan pusat menangguhkan hukuman itu kerana siasatan perlu dilakukan.

"Kita tidak mahu berlaku sebarang ketidakadilan dalam keputusan yang akan dibuat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Abdul Razak berkata, semua ahli PKR di Pasir Salak terkejut dengan berita yang disiarkan Sinar Harian semalam.

Menurut beliau, rata-rata ahli mengetahui dan mengenali Mustaffa Kamil Ayub lebih dekat malah tidak percaya pemimpin itu akan membuat kenyataan itu.

Sementara itu, salah seorang ahli cabang itu, Mahmood Yahya berkata, sejak dari peringkat pemilihan lagi cubaan untuk menjatuhkan Mustaffa Kamil sudahpun berlaku.

Beliau berkata, semua pimpinan cabang ketika itu kurang senang dengan perjalanan pemilihan yang dianggap sebagai pemilihan secara paksa.

"Ada dalang tertentu yang cuba menghalang Mustaffa Kamil menerajui Pasir Salak seterusnya bertanding jawatan Timbalan Presiden.

"Kita ada maklumat dan pendedahan akan dibuat selepas ini supaya semua pihak sedar siapa sebenarnya orang kuat di sebalik semua ini," katanya.

Beliau berkata, terdapat tangan ghaib dalam kalangan pimpinan PKR pusat di sebalik semua masalah itu.

Menurutnya, penduduk Pasir Salak begitu simpati terhadap nasib Mustaffa Kamil yang bakal berhadapan hukuman yang bukan berpunca darinya. -SH


Jawatankuasa Disiplin PKR Diarah Tangguh Siasat Mustafa

SHAH ALAM: Jawatankuasa disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta menangguhkan siasatan terhadap bekas calon Timbalan Presiden, Mustafa Kamil Ayub yang menerima surat tunjuk sebab pada Isnin.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penangguhan itu berikutan kes berkenaan tidak dimaklumkan secara terpeinci kepada Biro Politik dan pimpinan tertinggi parti.

"Ia tindakan jawatankuasa disiplin yang tidak dirujuk kepada pimpinan. Dalam kes Mustafa, kita minta ditangguhkan kerana Biro Politik dan pimpinan belum dimaklumkan secara terpeinci," katanya di sini, Selasa.

Justeru katanya, Biro Politik yang akan bermesyuarat esok akan mendapatkan penjelasan daripada jawatankuasa disiplin berhubung tuduhan salah laku berkenaan.

Beliau mengulas tindakan jawatankuasa disiplin mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap bekas Naib Presiden itu.

Difahamkan surat tunjuk sebab berikutan tuduhan yang mengatakan Mustafa mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan parti.

Bagaimanapun Anwar berkata terdapat pertikaian berhubung tuduhan terhadap Mustafa yang sebelum ini pernah dilihat sebagai 'orang kesayangannya'.

"Apa yang dimaklumkan kepada saya, tuduhan itu tidak melibatkan beliau secara peribadi.

"Ia melibatkan tindakan cabang, dan kita kena tanya apakah alasan jawatankuasa disiplin dan langkah-langkah yang dapat kita betulkan," katanya.

Menurut Anwar, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menjelaskan mengenai perkara berkenaan kepada Mustafa.

"Presiden sempat berbicara dengan Mustafa untuk menjelaskan mengenai perkara ini supaya ia ditangguh sehingga kita mendapat maklumat daripada jawatankuasa disiplin yang membuat keputusan.

"Ada tindakan yang cabang buat tidak merujus khusus kepada kedudukan atau kenyataan Mustafa... itu yang dijelaskan kepada saya.

"Tapi yang lebih penting secara umum dah dimaklumkan tapi secara khusus tidak diberitahu, jadi kita nak tanya jawatankuasa disiplin," katanya.

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kedudukan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrisnan yang enggan menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya, Anwar berkata: "Kalau dia tak nak jawab kita kena rujuk kepada jawatankuasa disiplin."

Gobalakrishnan yang tewas pada pemilihan PKR baru-baru ini bagi jawatan Naib Presiden menerima surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat awal tahun ini ekoran tindakan menyerang kepimpinan parti. -mstar



Mustaffa didakwa halang proses pemilihan PKR Pasir Salak

PETALING JAYA: Pengarah Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mustaffa Kamil Ayub diberi notis tunjuk sebab daripada PKR disebabkan tindakannya menghalang proses pemilihan parti peringkat Pusat di Cabang Pasir Salak pada 25 September tahun lalu.

Notis rasmi daripada Pejabat Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail yang bertarikh 13 Januari lalu itu dikeluarkan berikutan terdapat satu aduan yang dipercayai dilaporkan daripada cabang itu sendiri bahawa Mustaffa melakukan tindakan sedemikian di Pejabat PKR Pasir Salak di Perak.

Berikutan tindakannya itu, Mustaffa yang juga bekas Pengerusi PKR Perak telah mengingkari keputusan parti dan melanggari disiplin parti mengikut Fasal 27.7 yang boleh membawa kepada pelucutan ahli, seperti yang dinyatakan dalam notis terbabit.

Notis itu dialamatkan ke kediaman Mustaffa di Seksyen7 Kota Damansara disini dan diberikan tempoh 10 hari daripada tarikh notis yang dikelaurkan bagi memberikan surat tunjuk sebab.

"Sekiranya saudara gagal menjawab surat ini dalam tempoh yang ditetapkan diatas, maka Jawatankuasa Disiplin akan membuat anggapan bahawa tuduhan tersebut tidak dinafikan dan meneruskan tindakan disiplin tanpa merujuk kepada saudara lagi," kata Saifuddin dalam notis tersebut yang ditandatanginya.

Namun Mustaffa mempertahankan dirinya hanya menerima surat tersebut semalam pada pukul jam 12 tengahari, sehari lewat daripada tempoh masa yang beliau ada untuk kemukakan surat tunjuk sebab.

Saifuddin ketika dihubungi FMT mengesahkan pihaknya sehingga kini masih tidak menerima sebarang respon daripada Mustaffa.

Beliau bagimanapun berkata pihaknya sedia mendengar jawapan atau alasan daripada Mustaffa berikutan kelewatan tarikh penerimaan surat tersebut walaupun dalam surat tersebut tertera bahawa ia juga dihantar melalui emel, mengikut prosedur yang ditetapkan ibu pejabat.

"Jika didapati kelewatan penerimaan menjadi punca dan di luar bidang kawalan, tak menjadi masalah bagi Mustaffa berbincang dan ini boleh dipertimbangkan semula.

Dalam masa yang sama, kita akan semak semula rekod penghantaran notis tersebut yang dihantar melalui emel dan surat berdaftar," katanya.

Beliau berkata, Mustaffa juga mempunyai peluang untuk mengemukakan alasan untuk maklumkan kepada pejabat parti melalui apa saja cara sama ada emel, surat, mahupun sistem khidmat pesanan ringkas.

"Namun sampai sekarang tidak ada komunikasi antara pejabat PKR dengan beliau (Mustaffa)," katanya.

Selepas berakhirnya pengumuman pimpinan baru parti semasa Kongres Nasional PKR November tahun lalu, Mustaffa merupakan pemimpin veteran PKR kedua yang diberikan notis tunjuk sebab selepas Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan.

Gobalakrishnan menerima notis yang sama berikutan tindakannya 'menyerang' pemimpin tertinggi PKR termasuk Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Azmin Ali melalui tulisan di laman sosial Twitter selepas tewas dalam pemilihan merebut kerusi naib presiden.

Berebeza dengan Mustaffa, beliau bagaimanapun menghadapi risiko tindakan disiplin selepas gagal menjawab notis surat tunjuk sebab walaupun diberikan peluang sebanyak dua kali oleh parti itu.

PKR pada awalnya memberikan masa selama seminggu untuk beliau menjawab surat tunjuk sebab setebal 45 muka surat yang difaks ke pejabatnya pada 4 Januari lalu.

Berikutan memberi alasan bahawa beliau memerlukan lebih banyak masa untuk menjawabnya, parti kemudian melanjutkan tempoh tersebut dengan menghantar notis kedua bertarikh 10 Januari yang memaklumkan bahawa Gobalakrishnan perlu menjawab sebelum 17 Januari.

Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita di program 'Luncheon Talk' di Shah Alam hari ini berkata isu ini akan dibangkitkan dan dibincangkan oleh pemimpin Biro Politik parti yang akan bermesyuarat esok. -FMT



Gadis 17 Thn Tidur Bersama Pasangannya Kerana Nak Lepaskan Rindu, Katanya

Posted: 27 Jan 2011 03:00 AM PST

Seorang ibu tunggal warga emas terkejut apabila mengetahui anak lelakinya tidur bersama teman wanita dalam bilik rumah mereka di Kampung Dalam Lah, awal pagi semalam.

Warga emas berusia 55 tahun itu mengetahui mengenai perkara berkenaan semasa Skuad Amru bersama Penguat kuasa Jabatan Hal Ewal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menyerbu rumah mereka kira-kira jam 1 pagi.

Sebaik pintu rumah dibuka warga emas terbabit, Skuad Amru terus menuju kearah bilik tidur anak lelakinya berusia 25 tahun sebelum mencekup tidur berdua-duanya dengan teman wanitanya berusia 17 tahun.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima maklumat dari orang awam menyebabkan serbuan itu dilakukan dengan diketuai Iman Tua Masjid Mukim Pulau Setelu, Md Nawi Awang.

Beliau berkata, semasa serbuan keadaan dalam rumah itu gelap sebelum pintu dibuka warga emas terbabit selepas diketuk berulang kali kerana mengetahui ada pasangan berkhalwat.

"Apabila pintu dibuka, warga emas itu terkejut kerana dia tidak tahu menahu anak lelakinya membawa balik teman wanita dari Kampung Kuala Lah tidur bersama dalam bilik," katanya.

Menurutnya, Skuad Amru sekali lagi mengetuk pintu bilik tidur sebelum dibuka seorang lelaki dipercayai anak ibu tunggal itu dalam keadaan berpakaian lengkap.

"Semasa siasatan dijalankan dalam bilik itu menemui seorang gadis berselindung dalam kain selimut atas katil tanpa berpakaian menyebabkan pasukan Skuad Amru mengarah gadis tersebut supaya segera memakai pakaian," katanya.

Anuar berkata, semasa siasatan dijalankan gadis tersebut mengakui datang ke rumah teman lelakinya kerana ingin tidur bersama untuk melepas rindu sebelum kedua-dua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang untuk laporan polis.

Beliau berkata, selepas itu, pasangan tersebut dibawa pula ke Pajabat Agama Jajahan untuk siasatan lanjut sementara menunggu ahli keluarga pasangan berkenaan datang jamin.

"Kita bebaskan mereka berdua dengan ikat jamin kira-kira jam 10 pagi sementara menunggu hari sebutan kes khalwat mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang pada 1 Mac depan," katanya -SH

Ulasan GB

Kes maksiat semakin gawat, sehingga ibu sendiri sudah tidak menyedari anaknya membawa pulang pasangan dan tidur bersama di rumahnya.

Apabila sistem pemerintahan tidak dikembalikan kepada sistem Islam, gejala ini tidak mungkin dapat dibendung malah akan terus bercambah.

Tindakan Soi Lek Bawa Padah Kepada BN

Posted: 27 Jan 2011 02:05 AM PST

Undi Cina dijangka kekang sasaran majoriti besar BN

LABIS, 27 Jan — Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti besar — sekurang-sekurangnya 5,000 undi — agak mustahil ekoran kempen DAP yang mula mendapat sambutan luar biasa.

BN meletakkan sasaran untuk menggandakan majoriti berbanding tahun 2004.

The Malaysian Insider difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.

"Saya rasa mereka telah memperkecilkan pengaruh Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) terhadap pengundi Cina, mereka ingat orang tidak ramai dan tidak seperti ceramah PAS dan PKR yang dihadiri penduduk tempatan," kata seorang pegawai Umno

Kit Siang dan anak lelakinya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan masa satu hari di kawasan Tenang dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kempen ceramah yang mereka sertai.

Kedua-dua ceramah yang diadakan pada malam Isnin dan Selasa lalu dianggarkan disertai kira-kira 300 penduduk tempatan, bilangan yang agak besar bagi mana-mana ceramah yang diadakan di Tenang.

Kini DAP yakin calon PAS Normala Sudirman boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 peratus undi Cina di Tenang. Pada pilihan raya umum 2008 PAS meraih sebanyak 58 peratus undi Cina.

"Sekarang kami mempunyai kira-kira 60 hingga 65 peratus dan kami sasarkan ia meningkat sehingga 70 peratus, ia masih sukar kerana dibeberapa kawasan kami tidak begitu kuat," kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

DAP menganggarkan undi Cina di Tenang masih belum melebihi 30 peratus sebaik sahaja kempen bermula, ia bagaimanapun membuat Umno terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan pengundi Cina.

"Masalahnya kami tidak boleh berbincang dengan parti komponen bagi situasi di kawasan Cina.

"Tanpa sokongan kuat daripada pengundi Cina, ia agak mustahil untuk dapat 5,000 undi majoriti," kata seorang lagi pegawai Umno.

MCA berada di bawah tekanan untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina di kawasan Tenang yang merupakan kubu kuat BN.

Pada 2004 BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,517 undi tetapi jumlah itu berkurang kepada 2,492 pada pilihan raya umum 2008 yang mana majoriti besar undi Cina memihak kepada pembangkang.

Sementara itu, tinjauan The Malaysian Insider mendapati pendirian MCA yang mahu membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil itu turut mendapat bantahan pengundi Cina.

Pengundi Cina beranggapan tidak wajar MCA memainkan isu negara Islam dan mereka mahu agar MCA menghentikan daripada memainkan isu tersebut.


Sebelum Dr Chua berkata mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Tindakan MCA itu bukan sahaja membangkitkan kemarahan orang Islam tetapi orang bukan Islam juga.

Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sudah masuk hari keenam. Hari pengundian Ahad ini.

"Bagi saya Islam tiada masalah, Islam adalah agama rasmi jadi kenapa mesti mau (mahu) mainkan isu ini?

"Pasal itu salam, saya tidak suka bila MCA mainkan isu ini, kita Malaysia ada macam-macam agama... kita tidak boleh paksa antara satu sama lain.


"Yang penting kita hormat agama yang ada, kenapa mesti nak buat macam ini," kata pengundi Chai Yun Cong, 45.

Menurut Chai, sekiranya PAS memerintah negara sudah pasti parti Islam itu akan menjaga kebajikan dan perpaduan semua kaum di negara ini.

"Kita tiada masalah tapi kenapa dia (Dr Chua) buat macam ini, dia mahu takutkan kita (orang Cina).

"Dia cakap macam-macam (pasal PAS) tapi PAS tiada apa-apa pun, hanya kasi takut orang Cina sahaja.

"PAS bawa Islam, apa yang PAS buat untuk orang Islam. Orang bukan Islam PAS tidak kacau, jadi kenapa mesti takut?"
katanya.

Dia juga berkata PAS adalah sebuah parti yang bersih dan tidak mustahil akan memilih Normala Ahad ini.

"Saya lihat calon PAS bagus, lagipun PAS bersih... tidak amal rasuah. Tentu PAS boleh bantu kami di sini (Tenang).


"Tapi MCA sudah 53 tahun merdeka tapi tidak tolong bangsa sendiri, dia (MCA) hanya tahu cakap sahaja tapi tidak bantu," kata Chai dengan nada kecewa.

Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa Normala enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Sementara itu, seorang lagi pengundi Khoo Khai Loon, 40, berkata MCA perlu menghormati Islam dan mesti menghentikan rancangan tersebut.

"Saya tak suka bila MCA kata mahu cakap pasal agama (Islam), tidak boleh macam ini... Kita duduk dalam pelbagai kaum, kena jaga juga.


"MCA kena hentikan, janganlah sebab nak dapatkan undi (orang Cina) sanggup gunakan agama, kita perlu menghormati setiap agama yang ada," katanya.

Bagi Lim Chiew Ling, 35, pemilihan Normala sebagai seorang calon PAS-Pakatan Rakyat adalah pilihan tepat kerana bekas guru itu mempunyai kredibiliti dan pandai berpidato punya peluang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil kali ini.

"Sikap dia (Normala) yang peramah memang disukai oleh pengundi Cina di sini. Dia ada personaliti yang menyenangkan hati.

"Kita tidak ada masalah siapa pun wakil rakyat yang akan dipilih yang penting dia boleh buat bawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada penduduk di Tenang," katanya.

Lim juga tidak bersetuju dengan tindakan MCA yang tetap mahu memainkan isu agama dalam kempen pilihan raya kecil.

"Tidak boleh macam itu, MCA kena hentikan... Kita duduk Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Kena saling hormat-menghormati.

"Bagaimana kalau ada orang yang mainkan pula agama kita? Mesti kita marah,"
katanya.

Kelmarin Guan Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.

Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa "ketakutan" kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina. -TMI



Tiada ulasan: