Khamis, 20 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


ADUN Merlimau hidup kembali?

Posted: 20 Jan 2011 12:58 AM PST

Sebelum ini portal Utusan Malaysia telah menyiarkan berita tentang kematian seorang ADUN, merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, lihat screenshot di bawah ini.



Tapi tiba-tiba berita tersebut telah dipadamkan. Apabila ReJaM melawat kembali portal berita tersebut, Utusan Malaysia sekadar menyatakan bahawa ADUN Melaka berada di dalam keadaan kritikal. [Utusan]





Dah meninggal ke belum sebenarnya ni? Atau ADUN tersebut dah hidup kembali?

ReJaM©"Mati hidup kembali?"

Pilihanraya Kecil di Merlimau Melaka pula

Posted: 19 Jan 2011 11:59 PM PST


Berita yang dipetik dari blog editor Harakahdaily, saudara Tarmizi Mohd Jam menyiarkan laporan bahawa satu lagi PRK akan berlangsung, kali ini di negeri Melaka pula.

Kini, Kabinet 1Malaysia pimpinan Najib Tun Razak terus diuji. Satu lagi negeri yang dianggap kubu kuat Umno, Melaka terpaksa berdepan pilihan raya kecil. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia hari ini setelah tenat selepas mendapat rawatan serangan jantung.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof kepada media selepas menerima berita itu daripada Pengarah SPR Melaka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh 10 hari untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang kosong setelah kematian penyandangnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah menerima surat rasmi dari Speaker DUN Melaka memaklumkan kekosongan itu, tetapi SPR mempunyai tempoh sehingga 30 Januari untuk menetapkan tarikh pilihan raya tersebut. Giliran Ali Rustam "berkuntau" mempertahankan gelaran negeri "kubu kuat" Umno.

Sumber: Sanggahtoksago



ReJaM© "Nantikan peruntukan dan projek-projek kebetulan di Melaka pula, sebelum itu mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham..."

Agensi Berita BERNAMA berbohong

Posted: 19 Jan 2011 01:39 PM PST


Sebelum ini, Agensi Berita Kebangsaan mengeluarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan kononnya beliau tidak mahu berdebat malah tidak pernah mempelawa untuk berdebat mengenai isu ekonomi kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak [Anwar mahu berbincang].

Kenyataan ini dilihat memang mencurigakan, kerana ia jelas sekali bercanggah dengan tajuk surat cabaran debat yang telah dihantar oleh Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri sebelum ini [Surat Pelawaan debat].

Rupa-rupanya BERNAMA yang memutar belitkan kenyataan Anwar Ibrahim, dan hal ini baru sahaja diketahui selepas Anwar Ibrahim menyatakan kekeliruan ini di halaman facebooknya bahawa kenyataan itu adalah tidak benar [Facebook Anwar].

Anwar Ibrahim juga telah menjelaskan perkara ini di blognya [Anwar Blog]




ReJaM© "Macam-macam cara nak tunjukkan isteri Rosmah Mansorlah yang terhebat"

Anwar kata dia tak pernah ajak Najib berdebat

Posted: 19 Jan 2011 01:24 PM PST



Portal The Malaysian Insider yang memetik laporan Bernama menyiarkan kenyataan ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai isu ekonomi dan pelan 100 pakatan rakyat yang sebelum ini diperlekehkan oleh Najib [The Malaysian Insider].

Sebaliknya Anwar mengatakan bahawa beliau sebenarnya mengajak perdana menteri untuk berbincang mengenai isu ekonomi supaya rakyat dapat menilai perancangan siapa yang lebih baik.

Bagaimana pun kalau dilihat daripada surat pelawaan yang dihantar oleh Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, jelas sekali beliau mengajak Perdana menteri untuk berdebat dengannya berhubung isu ekonomi ini. Berikut surat yang dimaksudkan, lihat pada tajuk surat tersebut, [surat cabaran debat]




Agak menghairankan bila tiba-tiba Anwar Ibrahim memilih pendekatan yang lebih sopan kepada Najib. Sebelum ini debat, namun tiba-tiba debat bertukar kepada perbincangan pula. Jelas sekali sekiranya Anwar mencabar Najib untuk berdebat, maka Najib akan mencari seribu satu alasan untuk mengelak sambil membuktikan kononnya beliau tidak gentar untuk berdebat.

Justeru itu, sehingga kini Najib tidak menyahut cabaran itu, sebaliknya beliau berdolak dalik sambil mengaku beliau hebat, malah Anwar pula yang dikatakan akan "demam" kalau berdebat dengannya.

Kalau dilihat, sifirnya mudah sahaja. Anwar cuba memancing najib agar menyahut pelawaannya untuk "berbincang" tentang isu ekonomi. Namun apabila Najib sudah bersetuju, maka medan perbincangan yang diharapkan oleh Anwar untuk disiarkan oleh media perdana itu bakal bertukar menjadi medan debat untuk rakyat membuat perbandingan.




ReJaM©"Pujuk dulu elok-elok bila dalam gelanggang baru bedal cukup-cukup kah kah kah..."

Mengapa Najib tak lawat jenazah S/U UMNO di Tenang?

Posted: 19 Jan 2011 11:43 AM PST


Kejadian yang berlaku semalam, benar-benar menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai apabila Perdana Menteri dikatakan tidak melawat untuk kali terakhir jenazah Setiausaha Kerja Cawangan Umno Felda Tenang, Jenazahnya diletakkan di masjid Felda Tenang sementara sebelum dikebumikan. Pada masa yang sama, berdekatan dengan masjid tersebut, terdapat majlis ramah mesra Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi UMNO bersama warga Felda Tenang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad [DUN Tenang].

Apakah yang difikirkan oleh Najib? Adakah beliau tidak tahu bahawa ada "orangnya" yang baru sahaja menyaksikan sendiri janji-janji Allah yang benar? Tiadakah seorang pun yang memberitahu kepada najib tentang berita kematian ini? Adakah Najib hanya pentingkan orang-orang yang masih hidup sahaja untuk diambil peduli? Mungkin pada Najib orang yang sudah tidak bernyawa sudah tidak ada gunanya lagi untuk membantunya mengekalkan kuasa di DUN Tenang.

Kalau dilihat, Bakal Calon PAS, Cikgu Mala (Normala Sudirman) berada di dalam gambar memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang semasa hidupnya setia kepada perjuangan UMNO. Kalau cikgu Mala yang merupakan musuh politik Allahyarham mengetahui tentang berita kematian ini, masakan najib tidak tahu? Adakah Najib sengaja buat-buat tak tahu? Akhlak apakah ini?

Jelas sekali Najib harus menjawab persoalan mengapa beliau tidak mahu menziarahi jenazah Setiausaha Kerja UMNO Cawangan Tenang ini sedangkan jarak rumah si mati tidak jauh dari majlis yang dihadiri oleh beliau. Apakah yang bakal dijawab oleh Najib? Adakah dia akan menjawab Terlupa? Tidak tahu? Bolehkah diterima alasan ini?

Sebagai Presiden UMNO yang ingin memastikan kemenangan calon BN di DUN Tenang, Najib sepatutnya mengambil peluang ini dengan menziarahi jenazah sebagai menunjukkan keprihatinannya kepada rakyat, malah lebih elok lagi selaku ketua negara, Najib harus mengimami solat jenazah si mati ini. Bukan orang lain, penyokong setianya juga. Tapi nampaknya itu tidak berlaku, najib memilih untuk mengutamakan majlis keramaiannya sahaja, malah sehingga majlis yang dihadirinya selesai, dia tetap juga tidak melawat rumah Allahyarham.

Kalau Najib datang melawat dan mengimamkan solat jenazah, tentu sekali menjadi topik hangat di dada-dada akhbar dan seluruh media perdana. Adakah berita ini hanya fitnah pembangkang? Jadi kalau ini fitnah, adakah perkara sebenarnya, Najib ada menziarahi si mati? Mengapa berita hangat seperti ini tidak keluar di media-media arus perdana? Atau mungkinkah sebenarnya tiada siapa pun yang mati? Jadi Setiausaha Kerja UMNO Cawangan Tenang masih hidup?





ReJaM© "Mungkin Najib terlupa berapa rakaat solat Jenazah kah kah kah..."

Calon PAS DUN Tenang dituduh lakukan zina

Posted: 19 Jan 2011 05:50 AM PST


Sebaik sahaja Puan Normala Sudirman (gambar di atas), seorang bekas guru disahkan sebagai calon PAS di DUN Tenang untuk mewakili Parti Islam Se-Malaysia, ReJaM sudah menjangkakan bahawa calon ini pasti akan diburuk-burukkan oleh para blogger dan facebooker upahan untuk menjatuhkan kredibilitinya. Seperti biasa bila ada sahaja pilihan raya kecil, maka para blogger dan facebooker akan melakukan serangan peribadi calon-calon Pakatan Rakyat.

Inilah taktik yang sama berulang-ulang dilakukan kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat sebelum ini. Calon PAS di Galas dituduh berzina dengan ibunya sendiri, sebelum itu hangat ADUN PAS Selingsing dituduh berzina dalam gerabak keretapi. Semasa Pilihan raya kecil Hulu Selangor Zaid Ibrahim dijatuhkan dengan isu arak.

Apabila melihatkan bahawa fitnah zina sebagai peluru yang cukup ampuh bagi para blogger dan facebooker di dalam menjatuhkan calon Pakatan Rakyat, kali ini, sekali lagi isu zina digunakan untuk menjatuhkan Puan Normala Sudirman, calon PAS DUN Tenang. Di bawah ini bukti Facebooker upahan sudah mula mencipta isu zina untuk menjatuhkan Calon PAS DUN Tenang [Facebook]. Sila klik untuk membesarkan image.





ReJaM© "Siapa sahaja yang menjadi calon PAS, maka secara tiba-tiba akan dituduh telah melakukan zina"

Tiada ulasan: