Khamis, 20 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Harussani Melacurkan Dirinya Lagi

Posted: 19 Jan 2011 09:02 PM PST


MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat dan segera kembali ke pangkal jalan ekoran perbuatannya yang terlalu mengikut nafsu semata-mata mahu mencapai matlamat politiknya.

Sambil mengakui perubahan yang berlaku pada Anwar pada masa ini amat memeranjatkannya, beliau berkata, antara perbuatan itu ialah pengiktirafannya terhadap 'gerakan pluralisme' yang jelas amat bertentangan dengan Islam.

Tegasnya, walau apa alasan sekalipun Anwar sebagai seorang Islam haram mengiktiraf gerakan tersebut kerana kesannya boleh membawa seseorang itu menjadi murtad.

Read More

Noh Omar Dan Adun BN Selangor Makin Tersepit Dan Akur Titah Sultan

Posted: 19 Jan 2011 07:05 PM PST

Adun BN akan hadir sidang khas DUN, kata Noh Omar

Kesemua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menghadiri sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor Isnin ini, kata Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Noh Omar.

"Kesemua Adun BN juga akan menyertai perbahasan," kata beliau.

Bagaimanapun sama ada mereka akan bersetuju kepada Artikel 52 ataupun sebaliknya ia bergantung pada keupayaan kerajaan negeri untuk meyakinkan wakil-wakil BN, kata Noh dipetik beberapa akhbar hari ini.

Noh (gambar) yang juga anggota Kabinet pusat memaklumkan pendirian itu semalam menjelang pertemuan mereka hari ini.


Mengikut laporan sebelum ini, kesemua Adun BN negeri akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi menentukan pendirian sama ada mereka akan menyertai sidang khas Dewan Undangan Negeri ataupun sebaliknya minggu depan.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, semua Adun BN telah menerima notis menghadiri sidang tersebut yang antara lain bagi melakukan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor berkaitan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dua lagi jawatan pegawai tertinggi negeri.

"Saya dimaklumkan bahawa Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) telah mengeluarkan pengisytiharan memperkenankan sidang itu diadakan.

"Jadi kita akan berbincang dahulu sama ada hadir pada sidang DUN itu atau tidak, kita akan buat keputusan pada 20 Januari ini," katanya kelmarin.

Sebelum ini, Umno berkata kesemua Adun BN akan bertindak memboikot sidang khas Dewan Undangan Negeri tersebut kerana menggangap pindaan itu sebenarnya bertujuan mengembalikan kuasa Menteri Besar dan bukannya kuasa sultan dalam membuat pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri.

Semalam, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan kandungan pindaan perlembagaan negeri yang disyorkan - berkaitan kuasa dan proses pelantikan tiga pegawai tertinggi perkhidmatan negeri, yang akan dibahaskan pada sidang khas Dewan Undangan Negeri kali ini.

Syor pindaan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan pagi semalam dan menerima perkenan baginda.

Menteri Besar berkata pindaan itu membolehkan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri kembali ke kedudukan asal peruntukan sebelum ia dipinda pada 1993.

"Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Rakyat Bergitu Teruja Untuk Melihat Anwar Demam

Posted: 19 Jan 2011 05:52 PM PST

–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Sri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqosid Syariah di Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikit pun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap pihak Bernama agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" – ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

anwaribrahimblog


Anwar Tegas Untuk Berdebat Dengan PM

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas untuk berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "Pelan 100 Hari" pembangkang, menurut jurucakap Anwar.

Berikut adalah kenyataan Anwar 'Saya tegaskan di sini saya sedikit pun tidak berganjak daripada kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Yang (Amat) Berhormat Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," menurut jurucakap itu kepada Bernama di sini.

Jurucakap itu mengulas mengenai laporan berita terdahulu yang mengatakan bahawa Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai pelan tersebut sebaliknya hanya mahu berbincang.

Pada satu majlis di Alor Setar, Kedah Rabu, Anwar berkata kepada pemberita bahawa ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili pakatan pembangkang.

-- BERNAMA

Banyak Sangat Makan Duit Haram.. Itu Yang Bebal Sangat Tu..

Posted: 19 Jan 2011 09:18 AM PST

Adun Pelabuhan Klang: 'Saya sendiri tak faham . . .'

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit.

Badrul Hisham yang dihubungi berkata beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham . . . apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja," katanya di sini hari ini.


Dipetik Bernama, beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.

Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menyerahkan kepada Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Teng atau sebaliknya.

Badrul Hisham berkata beliau hanya mengetahui mengenai kekosongan kerusi yang disandangnya itu melalui berita di televisyen petang ini.

"Saya kini berada di Shah Alam dan belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu, sebarang maklumat lanjut saya akan panggil untuk sidang media," katanya.

Teng dalam satu sidang media hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Januari lepas berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Badrul Hisham, 50, memenangi kerusi DUN itu sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi Adun Bebas kawasan Pelabuhan Klang.

Pada 30 April lepas, Badrul Hisham menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak selepas Presiden Umno dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor itu selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Janda Baik, Pahang.

Khalid Derhaka Kerana Ingin Kembalikan Kuasa Sultan - Bangang Betul Noh Omar

Posted: 19 Jan 2011 04:18 AM PST

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri.

Menurut YB Saari Sugib,"Kalau ikutkan memang ada dikalangan ADUN BN yang berjanji akan mengundi pindaan tersebut,tetapi telah di beri amaran keras oleh YB Noh Omar dan barang siapa yang didapati mengundi maka pada PRU kelak nama mereka tidak akan dicalonkan kembali."katanya. Di sini


Sidang DUN: Jangan Salaherti Sultan Selangor Menyokong Mana-mana Pihak

SHAH ALAM, 19 Jan (Bernama) -- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Rabu bertitah bahawa tindakan baginda menandatangani proklamasi memanggil mesyuarat Dewan Undangan Negeri pada 24 Jan ini jangan disalahertikan bahawa baginda menyokong mana-mana pihak.

"Beta telah menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat Dewan Negeri di bawah sub-peraturan 10 (3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Negeri yang ditetapkan pada 24 Januari 2011," titah baginda dalam satu perutusan yang dikeluarkan hari ini.

Sultan Selangor bertitah proklamasi itu ditandatangani baginda selaras dengan kuasa dan tanggungjawab baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Baginda juga berharap agar mesyuarat dewan pada kali ini dapat dijalankan dengan teratur mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

"Janganlah hendaknya perjalanan kuasa Beta menandatangani proklamasi ini disalahertikan bahawa Beta menyokong mana-mana pihak dan janganlah Beta diseret dan dilibatkan masuk dalam kancah politik oleh mana-mana pihak berkepentingan yang tidak bertanggungjawab," titah Sultan Selangor.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar yang berasingan, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda telah menerima draf pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan baginda telah meneliti cadangan pindaan itu.

"Walaubagaimanapun baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menilai sama ada pindaan tersebut wajar diterima untuk diluluskan ataupun tidak," kata Mohamad Munir.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini mencadangkan Perkara 52 Undang-undang Kerajaan Negeri dipinda bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar di dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Pegawai Kewangan Negeri.

-- BERNAMA

Azahar Ibrahim calon BN di Tenang

Posted: 19 Jan 2011 03:41 AM PST

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azahar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.

Azahar (kiri) juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang sebelum ini.

Dalam pilihan raya kecil pada 30 Januari ini, Azhar bakal ditentang oleh ketua Muslimat PAS Labis Normala Sudirman yang merupakan bekas guru berkelulusan dari Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon, manakala pengundi pada 30 Januari depan.

Kerusi DUN Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

NONESeramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Tiada ulasan: