Rabu, 19 Januari 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PENGUNDI DI TENANG TAKKAN MAHU TERUS JADI `AYAM DAGING'?

Posted: 19 Jan 2011 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

PAS telah letakkan calon Muslimatnya untuk berdepan dengan calon lelaki anak bekas Adun Tenang di dalam PRK Dun Tenang kali ini. Najib pun telah datang ke Tenang bawa bermacam `hadiah dan saguhati' beserta `tali' untuk `dicucukkan hidung' pengundi-pengundi di Tenang.

Para peneroka Felda mendapat `durian runtuh' sama seperti di Galas, Gua Musang baru-baru ini. Sekali tengok sudah seperti `ayam daging' yang diberi makan, kemudiannya tunggulah saat untuk di`sembelih'. Di Tenang, si pendek Isa Samad bersantai menonton penari seksi beserta jumlah peminum arak dalam satu Majlis di Tenang, sambil itu mengutuk Tuan Guru Nik Aziz. Di Tenang juga, Najib cuba untuk melindungi sifat pengecutnya dengasn memberi alasan bodoh mengapa tyidak mahu berdebat dengan DS Anwar.

Najib beri alasan, takut DS Anwar demam kerana beliau tahu banyak rahsia DS Anwar. Alasan paling bodoh dan lucu dari seorang PM 1 Malaysia. Memang ramai yang bertepuk bila Najib berkata demikian kerana `habuan' bakal diterima dari Najib. Maka, mahu tidak mahu bertepuklah kita. Itulah hebatnya orang kita dengan cara membalas budi biar pun tergadai `bodi'.

Najib bercerita tentang Saiful, kununnya menyindir DS Anwar yang sekarang ini dituduh melakukan liwat. Mendengar kisah 18SX itu adalah Presiden MCA yang semua tahu `pelakon utama' video biru yang menggemparkan negara suatu ketika. Beliau tidak difitnah kerana beliau sendiri mengaku terlibat dan video pun ada sebagai bukti. Perbuatan Presiden MCA itu jelas, ada pengakuan dan ada bukti video tetapi Najib bercerita tentang DS Anwar yang tiada bukti satu pun kecuali pengakuan dari Saiful bahawa dia tidak cuci dubur 3 hari. Najib tidak mahu cerita tentang Presiden MCA itu. Tidak cerita pun semua orang tahu.

Jadi, di mana moral Najib mahu burukkan DS Anwar? Kalau takut berdebat, jangan ubah tajuk yang tiada kena mengena. Kalau beliau kata beliau banyak tahu tentang DS Anwar, tunggu apa lagi, dedahkan saja. DS Anwar pun lebih banyak tahu tentang Najib. Kalau debat ini menjadi kenyataan, aku rasa bukan DS Anwar yang demam tetapi Najib yang akan demam bersama Bik Mama Rosmah malahan seluruh anggoita kabinet Najib juga akan turut demam.

Sekarang, seluruh pengundi di Tenang sudah lihat sendiri perangai pemimpin Umno dan Presiden MCA itu. Masih mahu mengundi mereka kah? Cukuplah menjadi `ayam daging'./wfauzdin.blogspot.com

SIAPA KATA ANWAR TIDAK MAHU BERDEBAT ?

Posted: 19 Jan 2011 09:00 PM PST

Sumber: Melalui Email

Saya memandang serius laporan Agensi Berita Nasional (Bernama) bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Dato' Seri Najib Razak. Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar seusai Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi.

Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa YAB Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya.

Saya berharap Agensi Berita Nasional (Bernama) agar menarik balik serta membetulkan laporan bertarikh 19hb Januari 2011 yang berjudul "SAYA TIDAK AJAK PERDANA MENTERI BERDEBAT, HANYA BERBINCANG" - ANWAR.

ANWAR IBRAHIM

KISAH MENYAYAT HATI DI TENANG.....

Posted: 19 Jan 2011 08:00 PM PST

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 19 Jan: Para pengundi di kawasan Dun Tenang, khasnya dan penduduk di seluruh negara amnya, boleh melihat sendiri betapa Umno tidak mementingkan agama dalam sistem pentadbirannya dan dalam kehidupan di dunia ini.

Bukti terbaru yang paling jelas boleh dilihat terhadap sikap mereka yang tidak langsung mengambil peduli tentang tanggungjawab fardu kifayah, apabila Setiausaha Umno di kawasan Dun Tenang meninggal dunia semalam dibiarkan begitu sahaja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Salleh (gambar) berkata, kejadian itu merupakan satu petunjuk Allah kepada orang ramai betapa Umno hanya bercakap mementingkan agama, tetapi tidak melaksanakannya.

Menurut beliau, semua itu amat berbeza dengan PAS yang sememangnya mementingkan agama dalam segala hal, sehingga ternyata PASlah yang ternyata lebih terkehadapan dalam aspek agama dalam semua bidang berbanding Umno.

"Pada hal, urusan menguruskan kematian seseorang itu adalah satu perkara penting. Ia termasuk dalam fardu kifayah. Jika tiada orang yang melakukannya, seluruh penduduk di kawasan itu menanggung dosanya.

"Jadi kalaulah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tak pergi menjenguk jenazah itu, apa halnya pula dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno lain di kawasan itu sehinggakan mereka juga turut meninggalkan jenazah itu begitu sahaja?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian menyedihkan apabila para petugas PAS dari Pahang terpaksa mengurus dan mengimamkan solat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia semalam, apabila imam yang bertugas terpaksa meraikan kedatangan Perdana Menteri ke tanah rancangan Felda itu.

Harakahdaily hari ini melaporkan, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

"Jenazah itu berada di masjid sejak jam 10 pagi. Ia tidak diziarahi apatah lagi disembahyangkan oleh Presiden Umno yang datang ke situ," kata seorang saksi kejadian itu pagi semalam.

Allahyarham Abdul Latif adalah bekas MP Tentera Darat dan pegawai Pertahanan Awam adalah pewaris Felda. Beliau meningalkan empat anak dan seorang cucu di samping balunya, Puan Maimunah Hindun.

"Suasana pilu dan terkilan menyelubungi keluarga Allahyarham apabila imam bertugas ada bersama meraikan Najib dan akhirnya jenazah disolatkan oleh sukarelawan PAS daripada Pahang selepas Zohor di masjid itu.

"Inilah akhlak kepimpinan Umno kepada ahlinya sendiri," kata saksi itu ketika menceritakan peristiwa ini.

Najib tiba di Labis dengan helikopter pada 9.30 pagi Selasa semalam. Sejak jam 10 pagi, jenazah Allahyarham ditempatkan di masjid itu untuk membolehkan Perdana Menteri menziarahinya kalau-kalau sempat.

Najib telah melawat Felda Chemplak Barat dan menyempurnakan majlis pelancaran Pusat Jalur Lebar Komuniti dan merasmikan gelanggang futsal di situ sebelum meluangkan masa bersarapan dengan warga peneroka.

Walaupun beliau dan rombongannya melintasi masjid Felda Tenang, tempat jenazah itu ditempatkan sejak jam 10 pagi, ia tidak langsung dipeduli, jauh sekali untuk disolatkan, dijenguk pun tidak sempat.

Sementara itu, Cikgu Normala Sudirman, yang diumumkan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang ini telah menziarahi jenazah Allahyarham jam 1.30 tengahari sebaik sahaja selesai solat Zohor.

Beliau mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham dan meminta semua keluarganya bersabar dengan dugaan dari Allah itu.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Sheikh Ibrahim berkata, beliau difahamkan, kejadian tersebut berlaku kerana kesemua pemimpin Umno di kawasan itu dipaksa hadir ke majlis PM sehingga menyebabkan mereka tidak berani mengingkari arahan itu.

"Itulah bezanya mereka dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Bagi ahli PAS, kalau pun kepimpinan tinggi datang ke kawasan mereka, tidak semua mereka akan hadir ke majlis itu sekiranya berlaku kematian di kawasan itu.

"Sebaliknya, sebahagiannya pasti akan menguruskan jenazah sehingga selesai acara pengkebumian, manakala sebahagiannya akan berada bersama pemimpin.

"Tetapi bagi para pemimpin dan ahli-ahli Umno, mereka ternyata berbeza dengan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Mereka sanggup meninggalkan jenazah begitu sahaja kerana lebih mengutamakan pemimpin mereka. Patutkah terjadi perkara seperti itu dalam kehidupan ini?" katanya.

Namun katanya, mujur juga para petugas PAS dari Pahang berada di kawasan itu. Dengan itu, dapatlah mereka membantu menguruskan jenazah terbabit seperti yang dituntut dalam Islam./Harakahdaily

MB SELANGOR MEMBAZIR RM 10 JUTA HANYA KERANA MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DI PREMIS ARAK?

Posted: 19 Jan 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

TERBUKTI bahawa kerjasama di antara PAS dengan PKR dan DAP lebih baik malah lebih menguntungkan umat Islam. Contohnya dapat kita lihat di Selangor, walaupun yang memimpin Kerajaan Selangor adalah PKR, namun semua pandangan dari rakan PAS dan DAP diambil kira. Kerjasama ini tidak akan berlaku sekiranya PAS bersama Umno, MCA, MIC dan Gerakan kerana PAS cukup mempelajari sejarah lampau di mana Umno telah mengkhianati PAS.

Isu agama mungkin dikatakan sukar buat PAS bersama dengan PKR lebih-lebih lagi DAP, tetapi itu hanyalah jangkaan Umno dan itu jugalah harapan Umno agar PR tidak mampu bersatu. Tetapi kita telah buktikan sebaliknya. Di dalam isu pekerja Islam di premis arak telah menjadi satu modal besar buat Umno untuk memecah belahkan PR di Selangor. Bantahan oleh Umno terhadap YB Ronnie Liu yang kununnya menentang larangan umat Islam bekerja di premis arak tidak memberi kesan apa-apa pun kerana rakyat Selangor tahu sikap Umno terhadap Islam selama ini.

Apabila kita membaca di sini, kita lihat isu ini dapat diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Itulah untungnya jika kita memilih kerajaan yang dipimpin oleh parti yang peka kepada rakyat. Umno tidak akan terfikir bagaimana Kerajaan Negeri Selangor sanggup berhabis duit sebanyak RM 10 Juta semata-mata untuk menyediakan alternatif dan membantu pekerja-pekerja Islam yang berhenti kerja di premis arak untuk mencari kerja lain yang halal. Wang tersebut juga akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan. Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain. Kerajaan Selangor tidak sayang untuk menghabiskan sejumlah wang tersebut asalkan rakyat Selangor tidak terpaksa mencari makan secara haram.

Apakah ini nanti akan dianggap satu tindakan populis oleh Najib? Adakah ini hanya taktik Kerajaan Negeri Selangor semata-mata? Pedulikan tuduhan jahat mereka, yang pasti sesiapa yang ingin memohon bantuan yang disediakan boleh terus ke Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selama 50 tahun lebih Umno memegang kuasa di Pusat atau di beberapa Negeri, pernahkah Umno terfikir untuk melakukan seperti ini? Jawapannya tidak, bahkan Najib pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bola Sepak Piala Dunia dan ingin mewujudkan Hub Hiburan di negara ini.

Justeru itu, tepat sekali keputusan PAS untuk terus bersama PR dan menolak Umno ke tepi. Seandainya PR menerajui Putrajaya, boleh kita bayangkan kerjasama dan persefahaman ini tentunya lebih baik dan menguntungkan rakyat. Selepas ini Umno akan terus mencari isu untuk meruntuhkan kerjasama di dalam PR, tetapi kita percaya pemimpin kita lebih bijak dan cerdik dari pemimpin mereka walaupun pemimpin mereka mendapat bantuan khidmat nasihat dari Apco. /wfauzdin.blogspot.com

YB GOBALA TIDAK SABAR LAGI UNTUK DIUPECAT OLEH PKR?

Posted: 19 Jan 2011 08:02 AM PST

Gobala di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA
Oleh: WFAUZDIN NS

MENARIK untuk kita memerhatikan tingkah laku YB Gobalakrishnan seorang MP dari PKR yang kununnya hebat dan berani mengkritik Ketua Umum PKR. Berbagai tuduhan sebelum ini beliau lemparkan kepada DS Anwar sehingga ke tahap yang tidak masuk akal langsung iaitu menuduh DS Anwar anti Hindu.

Semalam beliau hadir di dalam Majlis Pelancaran Parti KITA yang diterajui oleh Dato Zaid Ibrahim sekutu YB Gobala yang sama-sama mahu melihat DS Anwar jatuh di dalam politik. YB Gobala telah ditanya tentang perkembangan politiknya di dalam PKR setelah berbagai kontroversi yang beliau wujudkan di dalam parti. Beliau di dalam kenyataannya menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli PKR dan Anwar Ibrahim tidak boleh memecat beliau.

Kita semua tahu bahawa di dalam PKR kuasa memecat tidak berada di tangan DS Anwar, malahan Presiden Parti sekalipun. Terdapat Jawatankuasa yang dibentuk untuk memecat mana-mana ahli di dalam PKR. Justeru itu, mengapa YB Gobala menyebut DS Anwar tidak boleh memecatnya? Tidak lain tidak bukan hanyalah kerana YB Gobala ingin menunjukkan keegoaannya.

Kita akan lihat nanti di mana YB Gobala akan melakukan lebih hebat daripada apa yang pernah beliau lakukan kerana teringin sangat untuk ditendang keluar dari PKR. Beliau sedia maklum, di dalam PRU akan datang beliau tidak akan terpilih lagi sebagai calon PKR kerana PKR tidak perlu Wakil Rakyat yang ego sepertinya. Sebab itu, beliau ingin mencari jalan awal untuk melangkah keluar.

Saya berharap PKR tidak lagi memberi muka kepada YB Gobala walau sebanyak mana pun jasanya kepada DS Anwar mahu pun parti. Jangan kerana kesihan kepada beliau atas jasa-jasanya, maka parti terpaksa menanggung biawak hidup. Masih ramai lagi yang berjasa dan ikhlas kepada parti yang boleh menggantikan beliau./wfauzdin.blogspot.com

ISA SAMAD TIDAK FAHAM AGAMANYA SENDIRI ?

Posted: 18 Jan 2011 11:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ISA Samad, Pengerusi Felda berbangsa Melayu dan mungkin berugama Islam , seorang manusia tidak cukup tinggi dan tahap otaknya juga rendah telah hadir dalam satu Majlis Jamuan bersama kaum Cina di Tenang, Labis, Johor disertai dengan hiburan tarian dari penari yang seksi, majlis yang rata-rata pengunjungnya meneguk arak.

Di dalam ucapannya di hadapan kaum Cina Non Muslim itu, beliau berbangga apabila menghina Tuan Guru Nik Aziz selaku Ulamak merangkap Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan. Memetik ucapannya seperti yang disiarkan di dalam Malaysiakini, insan pendek ini berkata, "(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa./Malaysiakini

Saya ingin memetik satu ulasan dari pengunjung blog saya terhadap ucapan si pendek dari Port Dickson ini. " Nampak sangat Isa Samad Islam atas nama , sbb mak bapak dah Islam, lahir pun Islam...aku marah dia kata "Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham pasal islam"...ni satu lagi sebijik mcm Ibrahim katak...sebut pasal "bangsa" dalam Al-Quran...

"Mintak tolong skit yek...ALLAH dah nyatakan tentang USAHA..kalau tak paham pasal Islam tu mmg Isa Samad je..sbb dia sendiri tak berUSAHA nak faham Islam.

"Ini kata Ulama gila pula...Nik Aziz tu sentiasa berpesan2 dan beramal dgn ilmu yg dia tuntut..Isa Samad? Setiap ayat Al-Quran ada kaitan dgn setiap patah perkataan yg ALLAH nyatakan..jgn nak pandang pada satu perkataan aje..lepas tu keluarkan ayat bodoh yg sedia bodoh...kalau tak nak faham Al-Quran tlg jgn berlagak mcm faham...so akan jadilah mcm yg Isa Samad cakap "Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham ttg islam"....bodoh!!cakap benda yg ko tahu dah la....!!!!

Nampaknya selama ini Isa Samad tidak faham tentang Islam. Beliau tidak faham agamanya sendiri. Patutlah rasuah semacam saja. Patutlah sedap mulut hina Ulamak tanpa beliau sedari dikelilingi maksiat besar dalam majlis itu. Kalau beliau tidak faham tentang Islam, mengapa beliau susah hati jika DAP boleh faham?

Jika warga Felda di Tenang masih lagi menyokong pemimpin dari parti seperti ini, maka tiada upaya lagi kita untuk menyedarkan mereka dari terus disesatkan oleh sekutu Apco ini./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: