Rabu, 5 Januari 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


100 ribu rakyat Britain telah memeluk Islam

Posted: 04 Jan 2011 06:10 PM PST


Sebuah portal berita Britain, Daily Mail melaporkan bahawa jumlah terkini rakyat Britain yang memeluk Agama Islam telah melepasi angka 100, 000 orang di seluruh negara tersebut. Purata rakyat Britain yang memilih Agama Islam adalah, golongan muda wanita Inggeris berkulit putih, yang berusia 27 tahun. Mereka dikatakan sudah bosan dan benci dengan masaalah moral dan ketidak sopanan warga British.

Kajian yang dijalankan oleh sebuah badan kepelbagaian agama di Britain menyifatkan ia sebagai mengalami satu proses "pengislaman negara Britain".

Laporan itu juga menganggarkan kira-kira 5,200 lelaki dan wanita telah memeluk Islam sepanjang 12 bulan yang lalu, termasuk 1,400 orang di London. hampir 2 per 3 mereka adalah wanita. Lebih 70 peratus adalah wanita berkulit putih dengan purata umur sekitar 27 tahun.

Di tahun 2001, dianggarkan kira-kira 60,000 orang rakyat Britain telah memeluk Islam.

Satu tinjauan telah dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea yang bertanya kepada mereka yang telah memeluk Islam, tentang aspek negatif yang dilihat oleh mereka terhadap budaya British

Mereka menjelaskan bahawa, arak, seks bebas dan keruntuhan moral rakyat Britain telah mendorong mereka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup.



ReJaM© "Rakyat Britain berlumba-lumba masuk Islam, Orang Malaysia berlumba-lumba tolak Islam sebab nak jadi Melayu, mamak-mamak semua perasan Melayu, dan perjuangkan Ketuanan Melayu keh keh keh..."

Penjelasan Karam Singh Walia terhadap video panasnya

Posted: 04 Jan 2011 03:00 PM PST


Sebelum ini telah disiarkan di blog MiLo SuaM, sebuah video kontroversi wartawan TV3 Karam Singh Walia yang dimaki hamun dan diugut oleh sekumpulan lelaki-lelaki melayu memaksa beliau meminta maaf. Bagai anda yang belum lagi menyaksikan video itu sila klik link ini, Video Karam Singh Walia diugut

Di bawah ini pula ulasan yang empunya badan, si Karam Singh Walia berkenaan video kontroversi tersebut, seperti yang dilaporkan oleh Kosmo online.

KUALA LUMPUR - Wartawan penyiaran Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3), Karam Singh Walia (gambar) menafikan dia mabuk semasa didakwa mengeluarkan kenyataan berbau perkauman di sebuah restoran di Klang baru-baru ini.

Katanya, dia masih waras dan sedar apa yang diperkatakan ketika kejadian itu.

Menceritakan semula insiden itu, Karam berkata, dia pada mulanya menegur sikap sekumpulan remaja yang meletakkan motosikal dengan sesuka hati di hadapan sebuah restoran India Muslim.

"Saya marah mereka dan mengatakan 'letak motosikal tidak pakai otak, bodoh punya orang'. Saya ulangi perkataan yang sama selepas duduk di dalam restoran sambil memesan makanan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Karam berkata, tidak lama kemudian salah seorang penunggang motosikal terbabit telah menuduhnya menghina orang Melayu menyebabkan kira-kira 20 orang lelaki lain mengepungnya.

Apabila merasakan keselamatannya terancam, dia lantas meminta maaf kerana tidak mahu meneruskan perbalahan dan cuba meredakan keadaan.

"Ketika itu saya malu dan tertekan kerana bersama saya ialah anak saudara yang baru pulang dari England dan saya bimbang dia dicederakan. Sebab itu saya memohon maaf kepada kumpulan itu," jelasnya.




ReJaM© "Apa pulak ulasan budak-budak gangster tu ye?"

Karpal Singh ada bukti salah laku seks Anwar?

Posted: 04 Jan 2011 07:59 AM PST


Utusan Malaysia malam ini melaporkan kenyataan Presiden Persatuan Peguam Negara (PPMM), Zainul Rijal Abu Bakar, yang mengatakan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh wajar disiasat berkaitan pengakuannya pada 1997 bahawa beliau mempunyai bukti mengenai salah laku seks Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Utusan sebagai memetik kenyataan presiden persatuan itu menegaskan bahawa siasatan lanjut harus dibuat terhadap dakwaan Karpal itu bagi menjamin keadilan sebenar dapat ditegakkan.

Kalau dilihat kenyataan Karpal Singh yang dimaksudkan oleh Utusan ini sudah begitu lama, iaitu pada tahun 1997, kira-kira lebih 13 tahun dahulu. Dalam hal ini pendapat peribadi ReJaM© bersetuju jika pihak kerajaan ataupun mana-mana pihak berkaitan ingin menyiasat kes ini dan bertanya kepada Karpal tentang bukti yang dimaksudkannya. Sekiranya benar Anwar Ibrahim bersalah, maka beliau harus dihukum! Rakyat juga tidak perlu lagi menyokong pesalah seks begini.

Kes 1997 yang sudah begitu lama mahu disiasat, jadi kes 2007 apatah lagi bukan? Kes yang masih panas ini dengan bukti siasatan sebuah badan NGO luar negara (Migrant Care) seharusnya juga disiasat! Wajib disiasat! Rais Yatim yang didakwa merogol pembantu rumah Indonesianya harus diheret ke muka pengadilan!

Jangan lupa juga kes pembunuhan Altantuya yang didedahkan oleh akhbar Perancis Libration dan Wikileaks, kes ini juga harus disiasat. Semua pemimpin yang korup, yang penuh dengan skandal, tidak kira dari Parti Kerajaan atau Parti Pembangkang wajib disiasat!

Presiden Persatuan Peguam Malaysia jangan hanya menyalak dan berlakon untuk menyiasat kes-kes yang melibatkan pemimpin pembangkang sahaja. Tapi pemimpin kedua-dua parti wajib disiasat sekiranya terdapat bukti dan pendedahan. Macam itu barulah dinamakan negara Hukum! Negara bertamadun!




ReJaM© "Berani ke Presiden PPMM nak siasat menteri-menteri kerajaan? Siasat Khir Toyo yang dah tak ada jawatan boleh la kah kah kah.... ini orang borak je lebih sambil mengampu!"

Kerajaan terpaksa naikkan harga Petrol RON97

Posted: 04 Jan 2011 06:44 AM PST

Sebuah portal berita semasa, Malaysiakini malam ini telah melaporkan bahawa harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM 2.40 seliter berkuat kuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 dilaporkan akan kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.



Kepada penyokong-penyokong kerajaan UMNO dan Barisan Nasional semua, anda janganlah marah dengan kenaikkan ini. Anda sudah sedia maklum bahawa kebanyakkan tokey-tokey besar yang selalu memberikan dana besar kepada Kerajaan untuk mengadakan pilihan raya kini sudah tidak yakin lagi dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Tokey-tokey besar ini sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk menaja Calon-calon Wakil Rakyat Barisan Nasional sebelum ini sebagai pelaburan yang menguntungkan. Apabila selesai Pilihan raya, dan calon BN menang kebanyakkan kerusi yang dipertandingkan, maka mereka akan mendapat pelbagai projek-projek sebagai balasan kerana sanggup menaja Calon Barisan Nasional.

Sebelum ini, penajaan calon Barisan Nasional adalah satu pelaburan yang menguntungkan. Namun kini ramai tokey-tokey besar sudah tidak berani lagi menaja calon Barisan Nasional, bimbang BN akan tumbang pada PRU13 maka pelaburan mereka menjadi sia-sia.

Dengan itu kerajaan sudah kekurangan dana untuk mengadakan Pilihanraya. Pilihan Raya menelan belanja yang sangat besar. Tanpa penaja, sekiranya anda bukan orang berada, sampai mati tak akan mampu untuk bertanding. Maka kerajaan terpaksa mencari dana alternatif, untuk memenuhkan kantong dana PRU13.

Maka kerajaan terpaksa menaikkan harga barang-barang seperti minyak masak, minyak petrol, dan sebagainya, lantas memperolehi keuntungan cukai yang berlipat kali ganda. Teruskan menyokong kerajaan, tanpa sokongan anda bagaimana mereka mahu menaikkan harga barang-barang?

Biar rakyat sengsara asalkan Barisan Nasional terus memerintah! Hidup Barisan Nasional! Hidup Barisan Nasional!




ReJaM© "Sebagai pejuang dan penyokong BN, anda haruslah sanggup berkorban dan dikorbankan demi kemenangan Barisan Nasional dan UMNO!"

Anwar Ibrahim di Tenang, UMNO goyang

Posted: 04 Jan 2011 03:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Walaupun sepasukan 50 anggota polis dan lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal termasuk sekatan jalan raya bagi menghalang kelangsungan program Ceramah Perdana Pakatan Rakyat malam tadi, namun masyarakat Felda Johor yang dianggap kubu kuat Umno itu tidak memperduli sebarang ancaman asalkan dapat mengikuti amanat pimpinan Pakatan.

Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Syed Hamid Ali berkata, perkara itu terbukti apabila beliau mendapati kira-kira 400 penduduk sekitar Felda Cempelak, Labis hadir pada program itu yang diadakan di kawasan padang tetapi bersembunyi di bawah rimbunan pokok untuk mendengar ceramah berkenaan.

"Ternyata sokongan rakyat Felda di bawah kawalan BN memihak kepada Pakatan Rakyat. Biarpun ada kekangan dan kawalan yang ketat dari pihak keselamatan, tetapi kubu kuat Umno berjaya kita tembusi berikutan kehadiran kelompok itu beramai-ramai pada program berkenaan walaupun terpaksa mendengar ceramah dari jarak jauh," katanya kepada Keadilan Daily.

Ceramah Anwar di Felda Cemplak dan Kampung Air Panas yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Pekan Labis tegang apabila anggota polis terbabit berpakaian lengkap dengan meriam air telahpun bersedia di Labis sejak awal-awal lagi.

"Polis bersiap sedia untuk menganggu-gugat pentas ceramah seawal 6.00 petang dimulakan dengan sekatan jalan raya termasuk menurunkan pasukan FRU.

"Malah sekatan jalan turut dilakukan di jalan-jalan utama ke Felda Tenang, Jalan Muar-Labis dan Felda Cempelak.

"Umno Johor cukup takut dengan kehadiran (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kerana beliau cukup berpengaruh di sini," katanya.
Di dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berceramah.

"Bagaimanapun, bila Anwar mula berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya. Sebaliknya, bila pemimpin lain yang berucap dibiarkan tanpa diganggu, sah menunjukkan ketakutan mereka (BN) terhadap pengaruh Anwar di kawasan itu," kata Syed Hamid.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

Katanya, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan dan didapati hanya kira-kira 300 orang hadir.
Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin iaitu sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti Ketua KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Timbalan Pengarah 1, Jentera Pilihanraya Kecil Tenang, Mazlan Aliman.
Sebaik sahaja Ketua Pembangkang itu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikannya.

"Bagaimanapun, keadaan berjaya dikawal setelah pihak kami berunding bersama mereka. Malah saya sendiri bertindak meredakan ketegangan," katanya.
Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma Yahudi yang diupah oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Polis terus mengepung kawasan itu sebaik Datuk Seri (Anwar) menimbulkan isu Apco. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini, kami terpaksa menamatkan ceramah itu," katanya.





ReJaM© "Kepada perompak-perompak sekalian, masa yang paling sesuai untuk merompak adalah sewaktu Anwar Ibrahim mengadakan ceramah, kerana pihak Polis semua termasuk peronda, pegawai dan pemandu trak akan ke lokasi ceramah untuk menjaga Anwar Ibrahim seorang!"

Gambar Khairul Fahmi bertemu Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 04 Jan 2011 02:02 AM PST

Penjaga gol Pasukan Bola sepak Malaysia, Harimau Malaya, Khairul Fahmi telah dijemput menjadi tetamu istimewa di rumah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kampung Pulau Melaka. Tuan Guru Nik Aziz turut memuji ketangkasan dan kecekapan Penjaga Gawang Harimau Malaya itu, sambil berseloroh, beliau mengatakan tangan Khairul Fahmi "seperti ada getah" kerana mampu menyelamatkan banyak percubaan demi percubaan yang dilakukan oleh pasukan lawan.









Khairul Fahmi juga menerima saguhati peribadi dari Menteri Besar Kelantan itu.




ReJaM© "Pernah sekali ReJaM© bersalaman dengan Tuan Guru semasa bertemunya di Masjid bersebelahan rumahnya, kalau pembaca berminat untuk bertemu dengan Tuan Guru, datang saja ke Masjid itu semasa waktu solat"

Tiada ulasan: