Rabu, 5 Januari 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Cara Untuk Mengajar Khusrin Dan Umno Yang Kurang Ajar

Posted: 04 Jan 2011 06:21 AM PST


Isu Khusrin : Biar dia rasa apa yang kerajaan Pakatan Perak pernah rasa ! Mereka 'mengajar' untuk menjadi 'kurang ajar'. mbnizar ! Wa cayaa luu..!!

al-banjari

Identiti 'Pas Beruk' Akhirnya Terbongkar

Posted: 04 Jan 2011 06:01 AM PST



Syamsul Azrai bin Mohd Hussain, Penolong Pengarah Biro Tata Negara. Syamsul Azrai telah menggunakan nama samarannya dl laman Facebook sebagai: Pas Beruk. Bahasa yang dia gunakan oleh Penolong Pengarah Biro Tata Negara didalam FB juga terlalu biadap dan sarat dengan cacian.

Penolong Pengarah Biro Tata Negara Berperangai Macam Iblis

Ada Kuasa Pulak? Mana Satu Ni ? Ada Ke Tak ?? Siapa Main Siapa Nie ???

Posted: 04 Jan 2011 05:50 AM PST

Sultan ada kuasa eksekutif

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 3 Jan. – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

''Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

''Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.


''Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan.

Kenyataan itu menyebut, Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik.

Utusan Malaysia difahamkan, baginda murka dan berkecil hati ekoran sikap pentadbiran Abdul Khalid yang mempertikaikan dan enggan menerima pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang telah diperkenankan oleh baginda.

Menurut Mohamad Munir, semasa perjumpaan Sultan Selangor dengan Menteri Besar hari ini, baginda ada bertanya mengapa kerajaan negeri tidak mahu menerima pelantikan Mohammed Khusrin sebagai SUK.

''Tuanku ada bertanya, mengapa tidak suka Khusrin, adakah dia ada melawan tetapi Menteri Besar tidak kata apa-apa," katanya.

Kusrin - Kavita Kaur: Selangor KKKGates?

Posted: 04 Jan 2011 04:14 AM PST

Marhaen.info: Mengapalah beriya-iya Ketua Setiausaha Negara Sidek Hassan melantik seorang kusrin bertaraf JUSA C ke jawatan JUSA A? Dah habiskan penjawat JUSA B yang layak dinaikkan pangkat ke JUSA A - kelayakan bagi seseorang dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha (KSU) di kementerian-kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Apa istimewa sangatnya seorang kusrin JUSA C di negeri Selangor Kota Darul Ehsan ini. (JUSA: Jawatan Utama Sektor Awam) hinggakan isu pelatikannya mencatat capaian yang tinggi di dunia siber pada awal tahun 2011?

Setelah digoogle ke sana ke mari, satu artikel yang diterbitkan dalam blog Beduk Canang menarik perhatian. Ada sesuatu yang menarik. Satu persoalan yang masih belum menemui jawapan pasti tetapi bayang-bayang terdapat di mana-mana. Tunggulah dalam sehari dua lagi, dunia Internet 1Malaysia akan meriah dengan nama seorang kusrin, kavita kaur dan .....

Beduk Canang: Ada apa di sebalik nama Kavita Kaur? (7 Disember 2010)

Apakah sangkut paut pelakon Kavita Kaur dengan dunia politik tanah air mahupun kepada golongan istana di negara ini?

Read More

Harga RON 97 Naik Lagi

Posted: 04 Jan 2011 03:57 AM PST

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

azlanBagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

Tiada ulasan: