Rabu, 5 Januari 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Akhirnya Rais Bersuara, Nafi Rogol Amah

Posted: 05 Jan 2011 01:33 AM PST

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,

berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya. -mk

Ulasan GB

Sudah hampir sebulan isu ini meletup panas, hari ini baru Rais Yatim tampil.

Penafian Rais Yatim berlaku setelah laporan polis dibuat keatas hari ini oleh Solidariti Anak Muda Malaysia dan didesak oleh Ketua AMK untuk bersuara setelah beliau dilihat berdiam diri umpama belut bodoh.

Penafian boleh dibuat, tetapi rakyat tetap berpendapat siasatan perlu dilakukan untuk menentukan kebenarannya.

Mahkamah yang sepatutnya yang menentukan samada Rais merogol atau pun tidak.

Jika Rais nak saman, saman WikiLeaks yang mendedahkan kesnya itu. Ada berani?

Teoh Beng Hock Tidak Bunuh Diri - Koroner

Posted: 05 Jan 2011 12:42 AM PST

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini menolak teori Teoh Beng Hock membunuh diri di dalam keputusan inkues petang ini.

"Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri," kata Koroner.

Beliau juga menolak teori bahawa mangsa, Teoh, tidak sedarkan diri. Beliau turut menolak kematian Teoh kerana dibunuh.

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan bahawa kes inkues ini adalah satu kes "open verdict" di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu, lapor malaysiakini.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

Keputusan koroner hari ini jelas hampir menyamai keputusan koroner di dalam inkues kematian Gunasegaran sebelum ini di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

tamat kemaskini

Rais Yatim Dah Jadi Belut Bodoh?

Posted: 04 Jan 2011 11:40 PM PST

Rais Yatim Seperti Belut Bodoh?

BETAPA hebatnya Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melemparkan 'boomerang politik' kepada Ketua Pembangkang dengan mengumpamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "ikan sembilang dalam lubuk keruh" yang hanya tahu menyengat untuk kepentingan dirinya.

Namun sayang seribu kali sayang kerana lemparan boomerangnya gagal ditangkap kembali dengan kemas sehingga mencederakan dirinya yang terjebak dengan Skandal 376 Kanun Keseksaan kerana dituduh merogol pembantu rumahnya pada 2007.

"Rais adalah 'Belut Bodoh' yang memakan pancing yang dihulurkan ke lubuk nafsunya sehingga terpalit dengan Skandal Seks yang memalukan Malaysia setelah media Indonesia dan Wikileaks serta Blogger tempatan menyerangnya bertubi-tubi, tanpa mampu melawan," ujar Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan.

Sebagai pemimpin hipokrit yang lembut gigi daripada lidah, kata Zainuddin, Rais sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, namun pembalasan Tuhan atau kisas sudah berlaku di dunia lagi.

Zainuddin kesal kerana Rais menuduh Anwar sebagai seekor ikan sembilang yang suka menyengat ke kiri dan ke kanan, tetapi bila di dalam keadaan air yang jernih, beliau selesa dan tidak membuat apa-apa dengan merujuk kepada kedudukan Anwar kini sebagai Ketua Pembangkang dan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Jika dahulu dia berkata kepada Anwar bahawa seekor ikan yang berada dalam air tidak tahu bahawa ia berada dalam air, bila keluar ke pasir baru tahu hangat dan peritnya hidup. Jadi, Rais perlu belajar menjadi belut yang pintar dengan tidak menyambar umpan di hadapan mata sehingga menjatuhkan imej Negara kerana Menteri Kabinet melakukan jenayah rogol," ujar Zainuddin dengan nada sinis. -sabahkini

Isu Menteri Perogol: Chegubard Lapor Polis, Shamsul Desak Menteri Nafi Jika Tidak Benar

Posted: 04 Jan 2011 10:57 PM PST

Kes amah dirogol: SAMM buat laporan polis terhadap menteri

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Kabinet pusat berhubung kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia kira-kira empat tahun lalu. Gambar fail.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan menteri berkenaan dalam kejadian tersebut namun banyak perkara yang membuktikan pemimpin Umno itu terlibat.

"Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

"Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di beberapa blog

"Setelah carian lanjut dibuat saya memperoleh dokumen lengkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SAMM hari ini membuat laporan polis tersebut di Ibupejabat Polis Seremban 2.

Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan "Chegubard", laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak polis supaya membuka kertas siasatan bagi menyiasat kebenaran dakwaan yang mengaitkan menteri itu.

"Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini," katanya. -TMI


Dakwaan rogol: Menteri digesa nafi jika tidak benar

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak menteri yang dikaitkan dengan dakwaan rogol melibatkan pembantu rumah dari Indonesia supaya segera menafikannya sekiranya ia tidak benar.

Pada masa yang sama, AMK juga mendesak menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan siasatan menyeluruh demi membersihkan maruah negara.

Dan dalam waktu terdekat ini pula, AMK akan menghantar exconya untuk misi mendapatkan maklumat mengenai dakwaan tersebut, dengan mengunjungi Migrant Care dan Kedutaan Indonesia bagi mendapatkan fakta sebenar berkaitan kejadian tersebut.

pkr congress 281110 shamsul iskandarKetua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata angkatan itu memandang serius mengenai pendedahan tersebut yang kini heboh
diperkatakan didunia siber.

Beliau mendakwa isu tersebut berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa mendiamkan perkara itu berikutan ugutan terhadapnya.

Shamsul juga mendakwa tiada tindakan diambil terhadap menteri berkenaan dalam kes yang berlaku sewaktu pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi, untuk 'mengelakkan konflik serantau'.

"AMK yakin dan percaya, sekiranya dakwaan ini benar, isu ini membawa impak yang sangat buruk kepada kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan mengenai kesannya terhadap kredibiliti dan integriti kabinet Najib yang mengekalkan seorang yang didakwa penjenayah seksual.

"Lebih parah, ia memberi kesan yang negatif kepada hubungan serantau Malaysia-Indonesia berikutan sikap 'duduk dan diam' oleh kerajaan Malaysia," tegasnya.

Sementara itu, seorang lagi ahli AMK, Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai Chegubard, dijadual membuat laporan polis mengenai perkara itu di Seremban hari ini.

Manakala ketua Wanita PKR yang juga ahli parlimen MP, Zuraida Kamaruddin yang dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai isu yang sama, esok.-mk


Penduduk Bantah Pembinaan Pemancar Kerana Khuatir Kesan Rasiasi

Posted: 04 Jan 2011 09:40 PM PST

Melaka Tengah: Penduduk Taman Megah, Bukit Beruang dalam Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), dekat sini, berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah syarikat telekomunikasi membina struktur pemancar di situ tanpa mengadakan perbincangan dengan mereka.

Gambar: PENDUDUK memegang kain rentang membantah pembinaan struktur pemancar telekomunikasi di atas bangunan tiga tingkat di Taman Megah, Bukit Beruang

Mereka mendakwa pembinaan struktur setinggi enam meter di atas sebuah bangunan tiga tingkat di situ boleh menimbulkan masalah kesihatan berpunca daripada radiasi dikeluarkan oleh sistem pemancar berkenaan.

Kemuncak rasa tidak senang hati dan bimbang itu diluahkan mereka baru-baru ini dengan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di tapak projek itu. Mereka memaparkan bantahan itu menerusi kain rentang.

Bantahan itu turut disertai beberapa wakil dari taman berhampiran. Antaranya, Setiausaha JKKB Taman-taman Perumahan Bukit Beruang, Isa Harun dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawis, Othman Abu.

Turut serta, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, Sulaiman Baba; Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kerjasama, Wee Seng Siang dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Melaka, Tai Tam Yin.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Bandar (JKKB) Taman-taman Perumahan Bukit Beruang, Ng Soon yang mengetuai bantahan itu ketika ditemui berkata, pihaknya kesal dengan tindakan pemasangan sistem pemancar itu kerana dilakukan tanpa persetujuan penduduk.

Beliau membidas pemilik bangunan berkenaan yang didakwanya hanya mementingkan diri sendiri kerana membenarkan pemancar itu dipasang tanpa memikirkan keburukannya jangka masa panjang.

"Saya mendapat banyak aduan daripada penduduk berdekatan di sini yang memberitahu pemilik bangunan ini hanya mementingkan diri dengan membenarkan tapak di atas bangunan itu dipasang dengan struktur pemancar komunikasi.

"Mereka tidak memikirkan kesan yang boleh berlaku jika pemancar berkenaan terus beroperasi dalam jangka masa panjang yang boleh mendedahkan penduduk kepada pancaran radiasi, sekali gus menjejaskan kesihatan," katanya.

Ng mengesahkan, beliau juga sudah mengadukan hal itu kepada Ahli Majlis MPHTJ, Loh Sin Wah. Ia turut dihadiri dua Ahli Majlis MPHTJ, Yong Fun Juan dan Fun Mei Lan.

Berita Harian yang membuat tinjauan di kawasan berkenaan difahamkan pembinaan struktur pemancar di bangunan berkenaan dimulakan pada awal bulan lalu dan mendapat kebenaran dari Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH).

Sementara itu, penduduk, Flora Lock, 57, berkata dia kesal dengan sikap pemilik bangunan kedai jualan kereta terpakai yang membenarkan pihak terbabit memasang struktur pemancar di atas bangunan mereka.

"Jarak rumah saya juga begitu hampir iaitu 100 meter saja. Kini siaran televisyen juga sering terganggu dan ada kalanya tiada gambar langsung, tidak seperti sebelum ini," katanya.

Loh ketika ditemui, berkata pihak berkuasa sepatutnya perlu berbincang terlebih dulu sebelum meluluskan pembinaan struktur pemancar berkenaan kerana kawasan itu padat dengan penduduk di sekelilingnya.

Beliau mengesahkan mendapat maklumat bahawa pihak berkuasa terbabit meluluskan pembinaan struktur pemancar telekomunikasi itu pada 30 Julai lalu dan menghantar surat kepada Pejabat Tanah dan Galian pada 10 Ogos lalu untuk makluman pemasangan.

Katanya, pada 6 Oktober lalu, pihak berkenaan memaklumkan kepada Unit Kawalan Bangunan MPHTJ mengenai kelulusan untuk mendapatkan pengesahan dan memulakan pembinaan pada awal Disember.

Kes Buang Bayi: Bayi Disumbat Dalam Beg

Posted: 04 Jan 2011 09:00 PM PST

Seorang bayi lelaki dipercayai berusia enam hari ditemui masih bernyawa dalam sebuah beg galas berwarna hitam ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sebuah sekolah rendah di Persiaran Titiwangsa di sini, semalam.

Difahamkan, bayi malang itu ditinggalkan di kawasan berkenaan lebih sejam sebelum ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, bayi lelaki terbabit terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan hampir lemas kerana ditinggalkan dalam beg galas yang tertutup, namun keadaannya kini dilaporkan stabil.

Saksi kejadian, Norabiatul Adawiyah Yunus, 23, berkata ketika kejadian, dia dan rakannya, Nizul Ahmad, 21, baru pulang dari tempat kerja apabila ternampak sebuah beg galas ditinggalkan di bawah pokok di luar pagar sekolah berkenaan.

"Curiga dengan keadaan beg itu, saya kemudian meminta Nizul melakukan pemeriksaan. Sebaik membuka beg galas itu, kami mendapati kandungannya adalah tuala putih sebelum segera meletakkannya semula.

"Sebaik meletakkan beg itu, kami terdengar suara bayi menangis membuatkan kami terkejut dan berpandangan antara satu sama lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini semalam.

Katanya, dia dan Nizul kemudian membuka semula beg galas itu sebelum terkejut apabila mendapati seorang lelaki bayi cukup sifat berada dalam beg berkenaan.

"Keadaan bayi itu agak lemah menyebabkan kami segera menahan beberapa kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal.

"Kami bernasib baik apabila sebuah kenderaan polis kebetulan melalui kawasan itu.

"Sebaik menahan kenderaan itu, kami segera memaklumkan penemuan berkenaan dan anggota polis terbabit segera menghubungi pihak berkaitan," katanya.

Sebuah ambulans tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian sebelum bayi lelaki itu dihantar ke HKL untuk pemeriksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan penemuan bayi berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

"Saya berbangga dengan keberanian dan keprihatinan kedua-dua saksi kejadian yang bertindak pantas memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

"Tindakan mereka berjaya menyelamatkan satu nyawa. Saya berharap tindakan mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai," katanya.

Zainuddin berkata, pihaknya akan menggunakan pendekatan menyeluruh bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi berkenaan.

Oleh itu, polis meminta orang ramai yang mengetahui atau ada maklumat mengenai kejadian berkenaan agar menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. -hm

Ulasan GB

Alangkan Binatang Sayang Anaknya

Tak Suka Gobi Pecat Sajalah

Posted: 04 Jan 2011 08:30 PM PST

PKR beri Gobalakrishnan surat tunjuk sebab 45 halaman

KUALA LUMPUR, 4 Jan — Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan yang mengecam teruk kepimpinan PKR sejak lebih seminggu lalu hari ini menerima surat tunjuk sebab menuntut beliau memberikan penjelasan berhubung tindakannya.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan wakil rakyat itu diberikan surat tunjuk sebab setebal 45 halaman.

"Beliau telah diminta agar memberi penjelasan berhubung semua kenyataan dibuatnya berhubung parti (PKR) sejak beberapa hari lalyu," kata beliau.

"Tidak digariskan dengan jelas dalam perlembagaan berapa lama beliau harus diberikan masa untuk memberikan penjelasan, tetapi dari segi konvensyen, seharusnya dua minggu," kata beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun Saifuddin mengakui biro politik belum membuat keputusan sebulat suara untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat itu.

Katanya, seorang anggota biro politik menentang idea itu selepas dimaklumkan menerusi surat pekeliling minggu lalu.


"Kami tidak mengadakan mesyuarat tetapi mengedarkan surat pekeliling kepada semua anggota biro politik minggu untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai apa yang perlu dilakukan dan mereka telah memberikan respons," katanya.

Ketika dihubungi, Gobalakrishnan mengesahkan sudah menerima sebahagian daripada surat tunjuk sebab 45 halaman menerusi faksimili di pejabatnya di Padang Serai.

Katanya, beliau akan memberikan respons pada sidang media petang ini.

Ulasan GB

Kes penipuan pemilihan PKR tak dijawabnya, hal Gobi mengkritik parti yang dirisaukan.

Chegubard di dalam mesejnya di Twitter menyebut begini:

Masih setia dgn nasihat SUA jgn buat bukan2 dan tunggu hasil siasatan.. Janji dua minggu dh nak masuk dua bulan...

Gobi yang mengkritik parti untuk kebaikan PKR sendiri yang tiba-tiba dapat surat tunjuk sebab sampai 45 halaman. Besar sangat kesalahan Gobi. Penipuan yang dilakukan masa Pemilihan tak besar kah?

Mungkin lepas ni chegubard & sharpshooter pula dapat surat tunjuk sebab. 90 halaman.

Sepatutnya Gobi boleh dipanggil memberikan penjelasan di depan Lemabaga Disiplin atau Biro Politik. Oh, rupanya biro politik belum membuat keputusan sebulat suara untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada wakil rakyat itu. Jika demikian yang buat sampai 45 halaman tu pula kerja siapa? SUA?

Kalau tak suka Gobi, apa lagi, pecat saja. Bertambah kerusi BN atau Konsensus Bebas dan berkurang lagi kerusi PR.

Apa barang mau kecoh-kecoh lagi?

Wak Khusrin Sedar Diri, Takkan Masuk Mesyuarat Exco Selagi Tak Angkat Sumpah

Posted: 04 Jan 2011 08:10 PM PST

Khusrin tidak mahu hadir mesyuarat Exco selagi tak angkat sumpah

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi menegaskan, beliau tidak akan menghadiri mana-mana mesyuarat termasuk mesyuarat mingguan Exco pagi ini selagi tidak mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Khusrin, sebagai penjawat awam beliau akan bertindak mengikut undang-undang yang sedia ada.

"Saya ingat selagi saya tidak angkat sumpah di hadapan Menteri Besar, saya tidak boleh masuk dalam (menghadiri) mesyuarat. Angkat sumpah itu adalah untuk menyimpan rahsia, jadi saya tidak akan masuk dan saya juga tidak dimaklumkan mengenainya.

"Saya ikut undang-undang, kalau tidak angkat sumpah simpan rahsia itu, saya tidak akan masuk," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini.

Mesyuarat Exco hari ini akan diadakan pada pukul 10 pagi. Ia mesyuarat pertama sejak Khusrin memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar yang akan menghadap Sultan Selangor pagi ini akan mempersembahkan permintaan agar majlis angkat sumpah taat setia esok membabitkan Khusrin ditangguhkan.

Perkara itu disahkan oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi semalam dan difahamkan ia antara perkara yang diputuskan pada pertemuan wakil rakyat-wakil rakyat perikatan itu petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang mengesahkan perkara itu antara lain berkata, beliau difahamkan Khalid akan membawa permintaan tersebut apabila menghadap Sultan pada pertemuan rutin pagi ini.

Khalid dijangka menghadap Sultan sekitar 9 pagi.

"Memang ia antara permintaan yang akan dibawa oleh Tan Sri Menteri Besar. Selain itu Datuk Khusrin juga tidak dijemput hadir mesyuarat Exco pagi ini," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor.

Kata beliau, permintaan itu akan dipersembahkan bagi membolehkan isu semasa diselesaikan.

Kerajaan negeri memutuskan untuk memboikot kesemua majlis membabitkan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dan majlis angkat sumpah simpan rahsia tidak akan dijalankan sehingga pertikaian itu selesai.

Ini termasuklah sehingga pindaan perlembagaan negeri yang dijadual untuk diadakan minggu keempat bulan ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, majlis angkat sumpah taat setia oleh Khusrin akan tetap diadakan esok.

"Pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpat taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

"Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan," kata Munir.

Berikutan pelantikan itu, katanya, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Undangan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Dalam kenyataan pagi ini, Khusrin juga berkata, walaupun berhadapan dengan sambutan "dingin" tugas yang diterima harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

"Saya akan lakukan kerja dengan sebaik mungkin, tidak kisah apa orang lain henak buat.

"Terpulang kepada mereka apa nak buat, saya tiada kuasa nak halang. Selagi tidak terima arahan ditukar saya akan tetapkan teruskan kerja saya di sini," kata Khusrin.

Sejak Khusrin diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid tidak bersetuju dengan pelantikan itu, yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan minggu lalu.

Dengan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri akan dikembalikan kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Khalid juga berkata majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan negeri akan ditunda sehingga keputusan dicapai pada sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Khusrin yang juga bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor secara rasmi memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kelmarin.

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor esok, tetapi majlis esok sekadar istiadat dan bukan sesuatu yang wajib di bawah perlembagaan negeri.

Khusrin perlu mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar. -TMI

Ulasan GB

Khusrin sedar bahawa jika dia meneruskan juga rancangan untuk hadir mesyuarat exco sebelum mengangkat sumpah, ia amat besar risiko untuk dirinya.

Kita tunggu episod selanjutnya.

Misteri Ribuan Burung & Ikan Mati Di Arkansas

Posted: 04 Jan 2011 07:32 PM PST

Misteri ikan, burung mati di Arkansas

BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di sepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan-ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe. Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit.

"Hanya satu spesies ikan yang mati dan kami tidak tahu apa puncanya. Jika disebabkan toksik, semua ikan mesti terjejas," kata seorang pegawai dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar, Travis Harmon.

Pegawai-pegawai perikanan mengambil beberapa ekor ikan yang mati berhampiran Roseville untuk diuji.

Jurucakap Suruhanjaya Perikanan dan Sukan Arkansas, Keith Stephens memberitahu, masalah kematian ikan berlaku setiap tahun dan ia sesuatu yang luar biasa.

Seorang pakar, Dr. Andrew Goodwin dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur, Universiti Arkansas menyatakan perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka.

"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Kematian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit dan mati, 1.6 kilometer dari bandar Beebe pada malam tahun baru.

Insiden pelik yang kelihatan tidak mempunyai hubungan di antara satu sama lain itu nyata membingungkan penduduk Arkansas.

Para saintis menyatakan bunga api mungkin menyebabkan kematian burung itu. Namun, beberapa pegawai yang memeriksa burung itu menyatakan mereka masih belum pasti mengenai punca kematian haiwan tersebut.


SEBAHAGIAN daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati di Sungai Arkansas, Arkansas pada Khamis lalu.

Satu lagi teori ialah ribut petir mungkin dikatakan menjadi punca kematian burung-burung itu.

Insiden misteri itu nyata menimbulkan banyak teori dalam kalangan blogger.

Dua rakyat AS, Paul Joseph Watson dan Alex Jones dari laman web PrisonPlanet.com yakin ia disebabkan oleh ujian senjata elektromagnetik rahsia.

Sementara itu, pihak lain mengemukakan teori bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus. - Agensi

Keputusan Inkues Kematian Teoh Petang Ini

Posted: 04 Jan 2011 06:45 PM PST

Keputusan inkues mengenai kematian Teoh diketahui petang ini

Keputusan yang ditunggu-tunggu mengenai inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock dijangka diketahui pada petang ini.

Koroner Azmil Muntapha Abas akan menyampaikan keputusan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada pukul 2.30 petang ini.

Anggota keluarga Teoh, peguam yang mewakili pelbagai pihak, orang awam dan wakil media dijangka berada di bilik mahkamah itu yang terletak di tingkat dua, bangunan sambungan kompleks mahkamah itu.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa ketika dihubungi Bernama berkata setakat ini tidak ada tanda-tanda sebarang penangguhan mengenai keputusan itu yang diterima daripada pegawai mahkamah berkenaan.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Setelah banyak menuding jari dan tuduhan, pejabat Peguam Negara mengarahkan inkues itu diadakan berikutan kematian Teoh yang membangkitkan beberapa persoalan sama ada beliau membunuh diri atau dibunuh dan paling penting, bagaimana, bila dan cara mangsa itu menemui ajalnya.

Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 Nov tahun lepas, di mana Koroner Mahkamah itu mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk Patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip, yang dijemput oleh kerajaan Selangor, menimbulkan kontroversi di mana beliau mendakwa Teoh mungkin dibunuh yang menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.

Bagaimanpun, apabila mahkamah itu dijangka mendengar pandangan kepakarannya selepas autopsi kedua, beliau menimbulkan bantahan awam khasnya daripada kalangan pegawai SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz apabila beliau mendakwa diugut agar jangan hadir pada inkues tersebut.

Semasa kehadiran beliau di mahkamah buat kali kedua pada 18 Ogos, Dr Pornthip berkata bedah siasat kedua menunjukkan Teoh bukan diserang atau diseksa, tetapi mengekalkan keterangan bahawa ia bukanlah pembunuhan diri.

Pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis yang diambil oleh SPRM memberikan keterangan bahawa Teoh masih sedar apabila beliau terjun dan ditemui mati.

Beliau berkata kecederaan menunjukkan Teoh sedar sepenuhnya pada masa kejadian itu.

Katanya dalam keterangan bahawa bedah siasat kedua yang diawasi oleh beliau membuktikan bahawa tidak ada kecederaan itu menunjukkan beliau dibunuh dengan cara lain atau dicampak ke luar tingkap. — Bernama

Khairy Lihat Gelap Masa Depannya Dalam UMNO, Umum Bersara Dari Politik

Posted: 04 Jan 2011 06:15 PM PST

Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I'm taking a break from politics. Can't wait".

(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to 'stand down' as they say in the UK. A couple of things I'd like to do before it gets too late".

(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.-mstar

Ulasan GB

Kemenangan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO satu ketika dulu pernah dipertikaian. Begitu juga kemenangannya sebagai Ahli Parlimen.

KINI, jawatan-jawatan yang dipegangnya itu seolah-olah begitu "panas" sehingga beliau merasakan jalan untuknya naik di dalam UMNO sudah tiada lagi.

Moralnya: begitulah sesiapa juga dan di dalam parti apa pun, jika mendapat jawatan dengan cara yang dilihat tidak demokratik, lambat-laun anda akan terjelepok jatuh sendiri, tanpa sesiapa perlu menjatuhkan anda. Tak percaya? Tunggu dan lihat.

Kepada Khairy, selamat maju jaya selepas ini, semuga anda diberikan hidayah Allah.

Semangat Pelajar Kerdil

Posted: 04 Jan 2011 05:00 PM PST

Zurin Hazlien Abd Halim, 7, tatkala mengetuai barisan murid Tahun Satu bersama rakan-rakannya di SK Sinar Mutiara, Pekan. — gambar: NST/Mohd Rafi Mamat

Zurin Hazlien Abd Halim, murid kerdil menjadi tumpuan apabila beliau hadir di hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara, Sungai Miang, Pekan, semalam.

Dengan ketinggian cuma 60sm tinggi, murid 7 tahun ini kelihatan bersemangat apabila beliau terpaksa mengetuai barisan bersama murid tahun satu yang sekelas dengannya, yang tinggi hampir dua kali ganda daripadanya berbaris di belakangnya.

Beliau lebih banyak mendiamkan diri daripada berceloteh bersama rakan-rakannya dan ibunyalah Zurinah Tabingin, 34, yang turut kelihatan serta memastikan Zurin dapat menyesuaikan diri di persekitaran baru tersebut.

Zurin tidak akan menggunakan kerusi biasa, yang agak besar untuknya.

Sebaliknya beliau akan menggunakan kerusi bermotor, yang direka khas oleh Universiti Malaysia Pahang tiga tahun lepas.

Kerusi berkenaan, yang boleh di sesuaikan ketinggiannya dengan sentuhan butang pernah digunakan abangnya, Zulhanif, yang berketinggian 72sm sewaktu mula mendaftar diri di sekolah pada 2007.

Zurinah, seorang surirumah, berkata cuma anaknya yang tertua berketinggian normal.

Cikgu Khairuni Mohd Zin menyatakan beliau akan pastikan Zurin akan memberi fokus kepada pelajarannya dan beliau akan diberikan perhatian yang wajar.

Isteri Kedua Pengerusi Syabas Perlu Fasakh

Posted: 04 Jan 2011 04:24 PM PST

Justynn Cassandra, isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas)

Isteri Kedua Pengerusi Syabas Perlu Fail Fasakh Jika Mahu Cerai

KUALA LUMPUR: Isteri kedua kepada Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail perlu memfailkan permohonan fasakh jika masih mengekalkan hasrat untuk bercerai.

Justynn Cassandra, 25, sebelum ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk bercerai secara baik daripada Rozali dengan kebenaran mahkamah.

Kes itu disebut untuk kali pertama pada 8 Disember lalu dan Hakim Syarie Ab Malik Awang menangguhkan kes bagi membenarkan pasangan itu berbincang secara baik selepas Rozali tidak bersetuju untuk bercerai.

Bagaimanapun, pada prosiding Selasa, peguam syarie Amli Embong yang mewakili Justynn memberitahu, perbincangan telah diadakan tetapi tidak dapat mencapai keputusan yang positif.

"Pihak kami memohon supaya dibenarkan untuk meminda permohonan asal kepada permohonan perceraian secara fasakh," katanya.

Ab Malik bagaimanapun berpendapat permohonan baru harus difailkan kerana ia akan lebih memudahkan prosiding, dan bukannya dengan cara meminda permohonan asal.

Amli semasa dihubungi mStar Online mengesahkan bahawa Justynn akan memfailkan permohonan fasakh, bagaimanapun masih tidak mempunyai tarikh untuk berbuat demikian.

Pada prosiding itu, Rozali tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Rozali dan Justynn mendirikan rumah tangga di Perlis pada 2006 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata berusia empat tahun dan setahun. -mstar

Gambar Fail


Rozali Ismail dengan isteri pertamanya, Faridah

Rihat Minda: Foto Tepat Pada Waktunya

Posted: 04 Jan 2011 02:40 PM PST

Setelah pening menghadapi pelbagai isu, mata dan minda pun perlu direhatkan.

Foto di bawah dirakam pada waktu yang tepat. Moralnya: Begitulah sebagai blogger politik, ketepatan pemberitaan, ketangkasan menggunakan masa, pemilihan jitu objek diskusi dan jawapan segera ke atas isu, dengan ilmu syarak yang memadai perlu ada pada seseorang blogger - persis meniru sifat jurugambar handalan.

Saksikan:



Pictures taken at the right time1 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time4 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time5 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time6 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time7 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time8 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time9 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time11 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time13 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time20 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time21 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time22 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time23 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time24 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time25 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time26 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time28 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time30 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time31 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time77 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time37 Pictures taken at the right time

Pictures taken at the right time85 Pictures taken at the right time

Harga RON97 Naik, Akan Diikuti RON95 Dan Minyak Masak

Posted: 04 Jan 2011 07:33 AM PST

Harga petrol RON97 naik 10 sen

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini.

Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah.

"Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97," kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter.

Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter. -TMI


Harga kekal tetapi dijangka naik 15 peratus tahun ini

Negara tidak menghadapi kekurangan bekalan minyak masak tetapi 'belian panik' menyebabkan satu lagi pusingan kekurangan 'palsu', kata seorang peserta industri.

sundry shops kedai runcit everyday goods 250907 cooking oilMinyak masak berasaskan sawit segera disambar di kedai-kedai, dan yang tinggal hanyalah minyak makan diimport yang mahal, yang diperbuat daripada minyak jagung, minyak kanola dan lain-lain.

Minyak masak merupakan barangan kawalan harga di Malaysia.

Peserta industri berkata belian panik dicetuskan oleh khabar-khabar angin tentang kemungkinan harga dinaikkan, seperti yang dinyatakan dalam cadangan skim pengurangan subsidi oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), yang diterajui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Sumber yang enggan disebut namanya berkata bahawa kebanyakan usahawan kecil dan sederhana dalam perniagaan makanan membeli barangan kawalan mereka dalam jumlah yang besar kerana bimbang harga akan naik dalam tahun ini.

"Belian panik biasanya berlaku apabila tercetus khabar-khabar angin tentang kenaikan harga. Kekurangan bekalan minyak masak akan berlaku kerana orang ramai akan mula menyorok minyak makan. Inilah juga yang terjadi bila harga gula naik," kata peniaga itu.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe, semalam memberikan jaminan kepada pengguna bahawa harga minyak masak tidak akan berubah buat waktu ini.

Di bawah pengurangan subsidi, harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011 dan selepas itu, lima peratus setiap tahun hingga Januari 2014.

ementara itu, ada kemungkinan penyeludupan minyak masak ke Indonesia, Thailand dan Singapura menyebabkan kekurangan itu.

Peniaga-peniaga berhasrat menjual minyak makan yang diseludupkan itu pada harga yang lebih tinggi dalam pasaran-pasaran ini, kata seorang peniaga.

Seorang peniaga lain mengaitkan kekurangan ini kepada harga minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi kerana kebanyakan pengilang tidak dapat membeli dan menjualnya pada harga semasa.

Harga semasa MSM berlegar sekitar RM3,800 setan metrik.

oil palm under threat 010306 dyingHarga MSM di kilang adalah RM70-RM80 setan metrik lebih tinggi dan kebanyakan pengilang bukan sahaja tidak mampu membayar harga yang tinggi itu malah juga menjualnya pada harga terkawal sekarang.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang berkata kekurangan minyak masak tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia merupakan pengeksport utama produk minyak sawit.

"Kerajaan harus memantau kegiatan membeli dan menjual untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan harga lebih rendah," kata Presidennya, SM Mohamed Idris.

Pengguna-pengguna dinasihati supaya tidak mendengar khabar-khabar angin tentang harga yang "bakal" naik dan melaporkan kegiatan menyorok. - Bernama


Ulasan GB

Berdasarkan kepada "precedent", kerajaan UMNO BN akan "melaraskan subsidi" sebaik saja kenaikan harga minyak RON97.

Kenaikan harga RON95 meyusulinya.

Ia diikuti juga dengan kenaikan harga minyak masak jika berdasarkan kenyataan Bernama di atas dimana harga minyak masak akan meningkat sebanyak 15 peratus sekilogram pada 2010 dan 15 peratus sekilogram pada 2011.

Kenaikan RON95 & minyak masak akan berlaku SELEPAS pilihanraya kecil DUN Tenang apabila UMNO BN memenangi kerusi itu. Ini berdasarkan juga pengalaman-pengalaman yang lalu dimana sebaik saja kemenangan UMNO BN diisytiharkan di mana-mana PRK, kenaikan harga barang sudah menjadi semacam sesuatu yang pasti.


Majlis Angkat Sumpah Diteruskan.. Bermulalah Sketsa Perak 2

Posted: 04 Jan 2011 05:51 AM PST

Istana Selangor teruskan majlis angkat sumpah SUK Khamis ini

Majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi Khamis ini akan diteruskan sebagaimana telah ditetapkan sebelum ini, kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Munir berkata, majlis itu diteruskan kerana sepengetahuan Sultan Selangor, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Katanya, pada majlis tersebut akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Selangor.

Selain itu kata beliau, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan Jaksa Pendamai Selangor, Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

"Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru," kata beliau petang ini.

Majlis itu akan diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

"Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

"Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor," katanya.

Malah menurut Munir, berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Semalam, Khalid berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor," katanya.

Ulasan GB

Jika masih ingat, demikian kisah bermulanya episod rampasan Perak apabila istana meneruskan perlantikan MB daripada UMNO-BN.

Cuma kini ia dimulai dengan SUK.

Lengahkan Perlantikan Canselor UNISEL, S'ngor Cari Penyakit Lagi

Posted: 04 Jan 2011 04:54 AM PST

Kerajaan negeri belum buat keputusan pengganti Rosmah: MB Selangor

SHAH ALAM, 3 Jan – Kerajaan Selangor belum membuat keputusan mengenai calon Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun ada cadangan melantik pemimpin politik.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini sebagai mengulas kenyataan pelajar Pro-Mahasiswa Unisel yang tidak mahu ahli politik atau yang berlatar belakang politik dilantik sebagai canselor baru menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sebelum ini, dilaporkan ada pihak mencadangkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dilantik ke jawatan tersebut.

Pada November lepas, Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 mengumumkan pengunduran diri daripada jawatan itu sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada Februari ini.

Terdahulu pada satu sidang media pagi tadi, Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Unisel Muhammad Nasir Abu Bakar berkata mereka mahukan seorang ahli akademik sebagai canselor.

Mereka turut mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pihak pentadbiran Unisel agar mempertimbangkan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai canselor baru berikutan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik.

Muhammad Nasir berkata penuntut Unisel juga menolak campur tangan parti politik dalam pembangunan pendidikan negara.

"Mahasiswa-mahasiswi Unisel menggesa supaya pendidikan bebas daripada campur tangan politik yang jelas menunjukkan bertujuan untuk menjaga posisi dan kedudukan seseorang," katanya. – Bernama

Ulasan GB

Prestasi Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor setakat ini wajar dipuji sekalipun menerima pelbagai tekanan dari kerajaan Pusat dan UMNO BN di Selangor.

Namun ada perkara yang perlu diperbaiki.

Di dalam mengurus dan mentadbir negeri, bukan saja perlukan komitmen terhadap professionalisme kerja yang efisyien dan effektif, tetapi perlukan ketajaman dan ketangkasan bertindak dengan mengecilkan seminima mungkin ruang untuk musuh mengambil kesempatan.

Sebelum ini GB pernah menegur kelembapan Kerajaan Selangor di dalam isu SYABAS. Petikan:

Kerajaan Negeri Selangor perlu tegas. SYBAS perlu dirampas dan distrukturkan semula. Tidak boleh dibiarkan pegawai-pegawai SYABAS bertindak lebih sudu dari kuah.

Rakyat di belakang kerajaan negeri di dalam isu air. Pegawai SYABAS yang degil, keras kepala, ego dan berkepentingan perlu digugurkan dan diambil tindakan undang-undang agar mereka dapat disumbat ke dalam penjara.

Mana-mana anak syarikat yang enggan untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri tidak sepatutnya dibiarkan menjadi trojan kepada UMNO BN untuk menghancur PR.

Dewan Undangan Negeri perlu membahaskan isu SYABAS dengan lebih berkesan agar rakyat Selangor seluruhnya memperolehi menafaatnya.


Kelembapan itu terserlah lagi di dalam isu perlantikan SUK. Kerajaan Selangor berlengah-lengah (procrastinate) yang akhirnya ia menjadi alasan untuk istana memproklamirkan Khusrin sebagai SUK.

Dan kini UNISEL pula. Tan Sri Khalid berkata, pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel.

Jwapan itulah yang tidak bagus kerana ia tidak menetapkan bila - seolah-olah sine die.

Dan ruang yang lompang itu akan digunakan oleh UMNO BN menghasut pelajar, pensyarah dan rakyat Selangor untuk mengemukakan calon Canselor mereka yang kemudiannya dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Malah mereka boleh bekerjasama dan memperalatkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengendorsekan perlantikan Canselor baru itu.

Masa itu sekali lagi PR Selangor melopong.

Common, Selangor! Be quick to act before we suffer the same catastrophic fate that has befallen all previous events because of that blady procrastination.

UG Siri Kedua? TGNA Tidak Dedahkan Apa-apa.

Posted: 04 Jan 2011 02:42 AM PST

Ada perkara dibincang dengan PM

KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

"Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya," ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.(gambar)

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup," ujarnya. -harakahdaily


Pemimpin PAS-Umno 'bertemu', cakap-cakap kerjasama perpaduan muncul lagi

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Pemimpin-pemimpin PAS didakwa berhadapan dengan satu lagi 'perbalahan' ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.
Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini.

Malah dakwaan ini mengulangi 'krisis' yang pernah disaksikan sebelum ini.

Pertemuan majlis makan malam itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tahun lalu.

Masih belum pasti sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang sebelum ini didakwa memihak atau cenderung kepada kerjasama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan, hadir bersama.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof ketika dihubungi mengesahkan Nik Aziz hadir tetapi menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

"Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja," kata beliau.


"Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental," kata beliau secara berseloroh.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir.

Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, "apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan 'besar' di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan."

"Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAs dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir katanya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin," katanya dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib.

The Malaysian Insider difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.

Akhbar itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut diundang sama tetapi beliau dikatakan berada di London ketika itu.

"Apakah beliau (Hadi) mewakilkan Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa atau tidak, tidak dapat dipastikan," katanya.

Akhbar itu menambah, "rasanya pertemuan itu memberi banyak input kepada semua pihak terutamanya kepada Yang di-Pertuan Agong sebaagai orang berkuasa di negara ini.

"Begitu juga pertemuan itu memberi peluang kepada Najib dan Nik Aziz serta Muhyiddin bukan saja bertanya keadaan diri masing-masing, tetapi hal-hal lain juga," katanya.
Malah akhbar itu mempersoalkan sama ada pertemuan itu boleh dianggap sebagai rasmi memandangkan ada yang menganggap Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai bukan pemegang jawatan eksekutif dalam parti itu.

"Pertemuan itu disalah tafsir tetapi saya tidak tahu apa agendanya, kemungkinan Tuan Guru akan menjelaskan butiran pertemuan itu," kata Wan Nik.

"Saya tidak tahu sama ada pemimpin-pemimpin lain hadir sama," kata Wan Nik lagi.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.

Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam 'debat' mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.

Menerusi Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno.

"OK, tak habis lagi bagi pendapat masing-masing. Habiskan dulu pandangan masing-masing baru boleh ambo (saya) buat kesimpulan. Ambo boleh bagi tahu habis sampai warna baju yang dipakai oleh orang tu... dalam perjumpaan itu. Ada yang hendak nafi lagi?" katanya.

"Aku kata dah berlawan dalam Facebook ni makin nampak Umno dan puak prokerajaan perpaduan makin nampak hujah puak penakut nak berjuang dan mahu jalan pintas hendak jadi kerajaan," kata beliau.

Mesejnya juga berkata, "guano sampai ada orang nak menafikan fakta saya sangggup berbohong pula ni."

"Kalau pun nak pertahan orang demo sayang jangan sampai peringkat berbohong dengan mengatakan pemimpin itu pergi London tarikh tersebut.

"Betullah tarikh tersebut dia pergi London tapi dia naik kapal terbang malam, perjumpaan tersebut siang hari tarikh yang sama," katanya lagi.


Tulisan Fatah itu menarik respons Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad yang turut meminta pemimpin dari Kelantan itu agar membuat aduan rasmi kepada ibu pejabat.

Kata Idris, beliau berharap untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan sulit yang disebutkan oleh Fatah agar setiap ahli dimaklumkan mengenai perkembangan isu tersebut.

"Parti (juga) boleh mengambil tindakan," kata Idris dalam mesej Facebooknya.

"Secara rasmi, kami tiada sebarang maklumat. Kami berharap YB Fatah boleh membuat aduan rasmi kepada parti. Saya baru sahaja menghubungi Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali), beliau tidak tahu dan meminta YB Fatah untuk mendapatkan lebih banyak maklumat," kata beliau.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Fatah enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau.

Bagaimanapun beliau berkata akan menyediakan lebih banyak maklumat "apabila tiba masa yang sesuai" kelak.

Beliau juga enggan menamakan pihak dari PAS yang mengusahakan pertemuan sedemikian.

Isu mengadakan kerjasama politik dengan Umno juga muncul pada 2008 dan kemudian tahun berikutnya ketika PAS mengadakan pemilihan.

Ketika itu didedahkan bahawa Nasharudin dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengadakan pertemuan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa tersebut merupakan perdana menteri dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo susulan keputusan pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Pemimpin-pemimpin yang memihak kepimpinan Nik Aziz kemudian menuduh Nasharudin berkonspirasi untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR) tetapi beliau berjaya mempertahankan kerusi timbalan presiden dalam saingan tiga penjuru membabitkan Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa.

Nik Aziz sejak 2008 berkeras menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dengan merujuk kepada insidern tahun 1970-an. -TMI
.
Ulasan GB

Maklumat masih samar. GB yakin ini adalah rangka usaha UMNO untuk membentuk UG. UMNO merasakan tidak ada masalah dengan TG Hadi Awang, Nasharuddin dan Mustapha. Tetapi, TG Nik Aziz dilihat sebagai penghalang utama. Dan justerunya, dijemputnya TG Nik Aziz bersama.

Apakah yang sebenarnya berlaku di pertemuan 24 Disember itu?

Kita yakin TGNA tegas dengan prinsipnya mengenai UG iaitu - NTBL - No time bo layan

Dan kenyataan TGNA hari ini tidak menyebut apa-apa mengenai pertemuan itu sebagai menghormati DYMM Yang Dipertuan Agong yang hadir bersama di dalam mesyuarat tertutup itu.

Berita terbaru:


Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

Sejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu. -mk


Tiada ulasan: