Rabu, 26 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Najib mesti dipaksa juga ke pentas debat

Posted: 26 Jan 2011 02:52 PM PST

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

Kes jenayah mutakhir cukup mengejutkan dan tidak terjangkau dek akal. Perlakuan di luar batas undang-undang itu bukan saja semakin berleluasa, malah membingungkan. Cuba selak lembaran akhbar harian, pasti terbaca berita-berita menyayat hati. Misalnya, tergamak seorang cucu lelaki bersekongkol dengan tiga rakannya, termasuk seorang remaja perempuan merompak dan membunuh datuknya di sebuah rancangan Felda.

Dalam perkembangan lain, di Raub, seorang ibu, 46 tahun, yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya, 16, pelajar tingkatan empat, untuk bersiap ke sekolah dilaporkan hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidur bersama pelajar terbabit. Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, si ibu naik ke tingkat atas rumah terperanjat apabila melihat remaja lelaki itu tidur berpelukan bersama anaknya. Remaja lelaki itu mengaku kepada wanita itu dia sudah meniduri anak perempuannya.


Manakala di Ampang, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa. Suspek sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari. "Pasangan itu mengaku sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Ada guru disiplin di sebuah sekolah di ibu kota, melaporkan banyak kes sumbang mahram melibatkan pelajar perempuan dengan abang ipar yang tinggal serumah. Akhbar jugapernah melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari pangsapuri 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remajalelaki.

Tanpa perlu menyenaraikan lebih panjang kes-kes lain yang tidak kurang tragisnya, ia sudah cukup menyesakkan dada dan pemikiran kita. Ramai melihatnya sebagai satupetaka serius. Solusinya harus pelbagai dimensi dan bersifat holistik. Ia turut menuntut pembabitan semua pihak agar turun padang dan saling membahu menangani krisissosial yang cukup parah ini.

Ibu bapa semakin cemas dan sebahagiannya buntu. Dengan tekanan hidup menyara keluarga yang kian menghimpit, mereka terpaksa menyerahkan tanggungjawab mendidikanak-anak kepada institusi formal. Anak-anak pula begitu terdedah dan terpengaruh dengan "persekitaran ganas", malah rumah sendiri bukan lagi tempat selamat.Perwatakan dan akhlak anak-anak diceroboh sewenang-wenangnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila sekolah-sekolah agama, terutama di peringkat menengah, mendapat perhatian luar biasa. Difahamkan untuk sesi persekolahan 2011, diLembah Klang sahaja, permohonan memasuki sekolah agama ini meningkat berkali ganda. Sekolah-sekolah agama terkemuka, misalnya di Kelantan, turut menerima limpahanpermohonan dari Kuala Lumpur. Sedangkan jumlah yang ditawarkan cukup kecil dan mengakibatkan ramai ibu bapa kecewa serta marah.

Mereka mendesak agar sekolah-sekolah agama menengah ini diperbanyakkan lagi dalam kadar segera. Senarai menunggu begitu panjang termasuk membabitkan pelajar paling cemerlang. Sekolah-sekolah swasta juga tidak mampu menampung permintaan yang mendesak. Biarpun yuran bulanan hampir mencecah RM400, ia langsung tidak membantut hasrat murni ibu bapa menyediakan asas pendidikan agama secukupnya. Sekolah tahfiz juga bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak masjid menyediakan ruang dan peruntukan khusus untuknya.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar melihat keterbatasan peluang melanjutkan pelajaran di sekolah agama ini sebagai cabaran utama yang perlu ditangani. Kalau dahulu sekolah agama mungkin menjadi pilihan terakhir untuk pelajar yang agak lembab tetapi kini ia tersenarai sebagai pilihan utama di kalangan anak-anak yang cerdas dan terbaik pencapaian akademiknya.

Dengan itu, bukan lagi Kelantan yang terus dikenali sebagai Serambi Makkah, atau juga Kedah dengan pondok-pondok pengajian dan sekolah agamanya, malah saya yakinSelangor lebih berkeupayaan untuk membangunkan institusi pendidikan Islamnya secara lebih tersusun. Sekurang-kurangnya daripada segi kemudahan kewangan dan sokonganibu bapa di bandar-bandar besar. Lagipun sekolah agama menengah (SAM) di bawah Iabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah makin popular dan menjadi rebutan.

II.

Berbeda dengan dua pilihan raya kecil (PRK) terakhir yang disertai PAS di Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan Galas, Kelantan, nampaknya suasana di Tenang lebih menarik dan panas. Biarpun diadakan di kubu kuat Umno -- di negeri Johor pula -- tumpuan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan secara langsung di sana cukup tinggi. Ada-ada saja berita kontroversi yang dikutip dan menjadi bualan hangat.

Agak ramai yang menelefon saya untuk mendapatkan situasi terkini meskipun mereka mengetahui keadaan kesihatan tidak memungkinkan saya membuat liputan dari Labis.Memang personaliti calon PAS, Cikgu Normala Sudirman lebih menonjol dan sentiasa menjadi buruan media, terutama untuk mendapatkan sudut menarik rakaman foto. Mungkinada benarnya tanggapan bahawa tangan Cikgu Mala yang menghayun buaian bisa menggoncang persada politik Malaysia.

Berdepan Umno dalam PRK cukup memeritkan. Segala kekuatan dan kemudahan kerajaan BN dihadapkan untuk melumpuhkan potensi saingannya. Proses pilihan raya di Malaysiatidak pernah berubah. Etika, malah undang-undang berkempen, langsung tidak dipedulikan, atau hanya ditafsirkan daripada sudut kepentingan BN semata-mata.

Namun, ia tidaklah bermakna BN akan menang mudah. Dalam beberapa kes tertentu, seperti dalam PRK di Telok Pasu, Terengganu dan Arau, Perlis, juga yang terbaru di KualaTerengganu, calon PAS memahat sejarah menewaskan penyandang BN. KeADILan turut mengejutkan BN di Lunas, Kedah. Semuanya didahului oleh suasana kempen yang agakistimewa dan sensasi, apabila BN terpaksa lebih banyak bertahan dan PAS kelihatan selesa dalam posisi menyerang, baik dari segi calon mahupun isu-isu semasa.

Soalnya, apakah sebenarnya yang berlaku semasa kempen di Tenang? Apakah gelora yang dibangkitkan media, terutama dalam dunia maya, memang dirasai segenap pelosokkawasan PRK itu? Apakah majoriti pengundi di kawasan Felda umpamanya, yang khabarnya disekat daripada ditemui petugas Pakatan Rakyat, dapat akses kepada segalainformasi yang diperlukan sebelum mereka memangkah? Bagaimana dengan keupayaan saluran maklumat alternatif seperti laman web, blog mahupun laman-laman sosial sepertiFacebook, di kawasan Felda dan pinggir bandar, untuk menyanggah momokan media tradisi yang dikawal ketat BN?


Saya lebih melihat bekalan pengalaman dalam PRK yang hampir diadakan di semua negeri itu, termasuk di Merlimau, Melaka tidak lama lagi, amat bermanfaat untuk mengesankelemahan, selain membantu untuk "membaca realiti" dengan lebih tepat. Ia lebih penting daripada mencatatkan kemenangan. Bukankah begitu banyak kawasan Felda yangmenjadi "simpanan tetap" BN demi mengekalkan kuasanya? PRK Tenang ini dapat menjadi peta panduan lebih terperinci buat mengatur strategi. Trend kecenderungan pengundiCina di kawasan pinggir bandar juga boleh dianalisis.

III.

Abdullah Ahmad Badawi mempunyai jasa tersendiri terutama dalam proses pendemokrasian di negara ini. Menghadapi keputusan PRU 1999 yang menyaksikan kekalahan ramaicalon Umno dan tersungkurnya Terengganu membuatkan Dr Mahathir Mohamad bertindak garang mengurangkan penerbitan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kalisebulan. Selain itu, banyak lagi tindakan represif Mahathir ke atas pembangkang dan NGO yang tidak selari dengannya.

Sedangkan Abdullah, meskipun diasak kepedihan lebih dahsyat apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri dalam PRU12, namun bersediamengembalikan kekerapan Harakah. Malah, tempoh kempen pilihan raya, Mac 2004 dilanjutkan sehingga dua minggu.

Di hujung pemerintahan Abdullah juga, ditengah-tengah desakan dalaman Umno agar beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri, beliau masih sempat membenarkan debatsecara langsung melalui televisyen, membabitkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Debat yang dianjurkan portal berita, Agendadaily, disiarkanterus-menerus oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV, manakala siaran tertunda oleh TV3, pada malam 15 Julai 2008.

Tajuknya pula cukup sensasi, "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Dari awal lagi, sebelum debat berlangsung, ramai menjangkakan ia memberi kelebihanbesar buat Anwar, tokoh yang dianggap penggerak utama pembangkang.

Sengaja saya imbas peristiwa bersejarah itu sebelum mengulas sikap berdolak-dalik Najib Razak ke atas cabaran debat Anwar mengenai Buku Jingga. Mulanya Najibmenyifatkan pelan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Di Tenang, Najib sekali lagi menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketuapembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat. Katanya, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masakerana pembohongan Ketua Umum KeADILan itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Anwar segera memberi reaksi: "Ok Najib kita debat soal peribadi. Awak nak aibkan saya boleh aibkan dah banyak kali (kena aib). Tapi saya nak ingatkan kalau serangperibadi dan saya dizalimi saya berhak pertahankannya. Jadi saya nak bagi ingatan kepada Najib kalau sekali lagi ulang soal peribadi. Saya cabar kamu debat soalperibadi dengan saya."

Bagaimanapun, Anwar berkata sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab beliau tidak mahu meneruskan debat isu peribadi kerana soal ekonomi adalah perkara utamademi memastikan kesejahteraan rakyat.

Mengulas sindiran Najib bahawa beliau akan demam, Anwar membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu. "Tak apa, saya telan Panadol, kitadebat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," tegasnya semasa berkempen di Tenang.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebutpasal pembunuhan Altantuuya, jawab," tambah Anwar.


Bagi saya, isu debat ini perlu dibangkitkan terus. Politik baru menuntut ketelusan dan keterbukaan. Najib akan terus tertinggal sekiranya didedahkan gentar menjawabpertuduhan yang dimulakannya sendiri. Perdana Menteri mesti digasak terus sehingga bersedia bersemuka di pentas debat.

Bulan Disember musim mengawan remaja Terengganu

Posted: 26 Jan 2011 08:00 AM PST

Dr Azman Ibrahim

Menggerunkan tapi tidak mengejutkan apabila kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Terengganu (JPN) Ghazali @ Suhaimi Muhammad menyebut sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu hari ini (Rabu, 26 Januari 2011) bahawa seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.

Kelahirannya pula bagaikan bermusim. Daripada jumlah tersebut, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan 'produk' yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.

Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai 'musim mengawan' pasangan muda-mudi yang 'berpesta seks tanpa ikatan sah' pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.

Walaupun berterima kasih atas kenyataan terus terang Pengarah JPN Terengganu ini, tetapi mohon diteliti, kenapa beliau masih menggunakan istilah 'berpesta seks tanpa nikah'?

Kenapa tidak digunakan saja istilah 'berzina' kalimah yang digunakan oleh Allah yang nyata bunyinya saja sudah mengambarkan kedahsyatannya belum lagi disebut hukuman yang menunggu pelakunya.

Sesiapa yang memerhatikan suasana menyambut tahun baru di Bandaraya Warisan Pesisir Air, Negeri Cantik Budaya Menarik memang sama sekali tidak meragui ketepatan kenyataan ini.

Ironinya, statistik yang mengerunkan ini tidak sama sekali mengubah agenda kerajaan negeri serta tidak pernah berubah dan tidak akan berubah melainkan diubah kerajaan Umno yang memerintah.

Dengan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Azlan Dagang menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak muda dengan lagak 'semakin tua semakin menjadi', bergedik-gedik bersama orang-orang muda mengira 'final countdown' kononnya menutup tirai 2010 dan menyambut kedatangan 2011.

Malam yang bertukar menjadi malam pesta muda mudi, mat rempit bermaharajalela, pasangan kekasih memadu kasih, pondan dan khunsa berkeliaran, perzinaan lantas akhirnya lihatlah statistik yang 'membanggakan' ini. Negeriku, Terengganu Darul Iman.

Kenyataan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu itu juga menyebut, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara, tetapi sebagaimana yang saya tegaskan, adalah tidak mengejutkan apabila dinyatakan bahawa majoritinya bayi tersebut dilahirkan daripada ibu beragama Islam. Sekali lagi, negeriku
Terengganu Darul Iman.

Sebelum ini agensi berita Bernama melaporkan Terengganu mencatatkan jumlah penagih dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang tahun 2009.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd Wahid dipetik sebagai berkata, berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

10,000 tangkapan dilakukan di Terengganu sepanjang tahun 2009 adalah yang tertinggi di Malaysia kemudian diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Saya tidak ingin mengulas lebih lanjut mengenai statistik dan angka tetapi ingin melontarkan suatu persoalan umum bahawa setelah meneliti semua ini, masih belum sampaikah lagi masanya untuk kita kembali kepada Islam setelah terpampang di hadapan mata kegagalan sistem manusia, ataupun kita ingin melihat berlakunya kerosakkan yang lebih parah dan lebih parah lagi...

Kenyataan yang tidak dapat disangkal bahawa Islam datangnya daripada Allah sekaligus bererti Islam adalah sempurna dan tidak dicemari sebarang unsur kecacatan, kejahilan, hawa nafsu dan kezaliman. Sebabnya cukup jelas iaitu sifat-sifat pencipta sentiasa membayangi hasil ciptaanNya. Allah memiliki sifat sempurna pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya.

Kesempurnaan ini akan mempengaruhi setiap undang-undang, dasar dan sistem yang diciptaNya. Jadi sudah tentu semua undang-undang, sistem dan dasar itu juga sempurna.

Berlainan sama sekali dengan manusia yang diciptakan kerana manusia tetap sebagai makhluk yang serba kekurangan dan kelemahan. Kesemua sifat ini sebati dengan manusia dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Kesemua kekurangan dan kelemahan ini akan mempengaruhi setipa ciptaan manusia termasuklah undang-undang dan sistem hidup.

Kembali kepada Islam adalah jalan penyelesaian terbaik.

------------------

www.drazmanibrahim.com

Mengapa Buku Jingga patut dilaksanakan

Posted: 26 Jan 2011 07:30 AM PST

KPRU

Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL

Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini;[1]

Jenis Barangan


Jan – Nov 2010 / 2009 (%)

Makanan dan Minuman Bukan Alkohol


2.4

Minuman Alkohol dan Tembakau


3.7

Pakaian dan kasut


-1.4

Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain


1.1

Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah


0.7

Kesihatan


1.6

Pengangkutan


1.4

Komunikasi


-0.2

Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan


1.7

Pendidikan


1.7

Restoran dan hotel


1.9

Pelbagai barangan dan perkhidmatan


2.8

Berdasarkan jadual di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat. Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)[2] merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak.[3] Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.[4]

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta[5] sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat? Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH

Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut 'dikawal' harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang.[6] Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.

Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.[7]

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 – RM5 semenjak setahun lalu.[8] Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4 –RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram.[9] Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.[10]

Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan

Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan. Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:

Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.[11] Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk 'mengawal' harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?

Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang.[12] Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini? Di manakah dasar stok penimbal? Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?

Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan. Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak.[13] Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi? Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.

Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.[14]

Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi? Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari[15], pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.

Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini. KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi. Kedua-duanya adalah 'produk' yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya "mengawal" tindakan pihak pembekal "terpaksa" menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak. Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya "membetulkan" perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat "terpaksa" memotong subsidi rakyat dengan naratif "rasionalisasi subsidi" yang cuba "mislead" rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara. Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.



NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:

Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.

Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;

Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.

Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.

Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.

Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.

Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.

Kajian kes McDonalds

Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya. Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas. Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;

6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.

5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraaan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20% dalam pembelian di restoran McDonald! Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi

Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun? Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun? Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan[16] seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan? Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.

Ekonomi bawah tanah (underground economy)

Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%. Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% - 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa.[17] Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan

Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara. Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun.[18] Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta[19] tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.[20]

Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.[21]

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011. Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan

Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai. Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900 juta sebagai bonus untuk tujuan politik.[22]

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak. Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup, rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak. Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini. Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan.

---------------------------------------------

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

Laksanakan 'PAS Ganti Umno' di Tenang

Posted: 26 Jan 2011 07:00 AM PST

Suhaimi Mokhtar *

PAS ganti Umno, satu slogan yang progresif, merangsang pembakaran semangat dan daya juang yang perlu dikekalkan momentumnya kerana ia mampu menukar lanskap politik tanahair dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Slogan yang sarat dengan erti perjuangan ini perlu digilap dan diperbaharui sepanjang masa bagi merealisasikannya menjadi realiti dan tidak tinggal menjadi slogan semata-mata. Penghayatan, dukungan dan komitmen seluruh kepimpinan, ahli dan penyokong PAS mampu nanti memberi inspirasi kepada rakyat, khususnya pengundi terutama generasi muda, antaranya yang mengundi buat pertama kalinya dalam pilihanraya ke-13 ini.

Mulakan perjuangan untuk merealisasikan slogan keramat ini dalam pilihanraya kecil Tenang. Suatu kejutan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai dan paling kurang majoriti Umno-BN dikubu kuat mereka akan mengecil yang memberi petanda dan isyarat bahawa perubahan besar sedang melanda politik negara.

PAS memang tepat dan wajar mengganti Umno kerana persaingan politik di negara ini sejak pilihanraya pertama 1955 sebelum merdeka lagi ialah antara PAS dan Umno. Pada pilihanraya pra-merdeka pada 1955 untuk memilih 52 orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan, PAS ketika itu mampu meraih satu kerusi sahaja.

Tetapi dalam pilihanraya-pilihanraya seterusnya, pada 1959 dan seterusnya, PAS telah membuat kehadirannya dirasakan dan memberi saingan hebat, walaupun mengalami jatuh-bangun dalam perjuangan politik tanahair selama demokrasi melalui pilihanraya diperkenalkan dinegara ini.

Jatuh bangun PAS dalam pilihanraya ada hubungannya dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang dibenarkan oleh perlembagaan setiap sepuluh tahun sekali di samping kecacatan dan penyelewengan dalam pengundian yang tidakpun dimonitor oleh mana-mana pihak bebas.

PAS mempunyai segala kekuatan untuk mengganti Umno sebagai wadah perjuangan yang bersifat masa. PAS memiliki sifat perjuangan yang lebih releven kerana mengasaskan perjuangan pada Islam.

Setelah lebih 53 tahun Umno memerintah dan menerajui negara maka kini adalah masanya untuk mengubah lankskap politik negara. Berdasarkan pencapaian PAS dan pembangkang dalam Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke-12, maka momentum untuk perubahan dalam pilihanraya ke-13 dijangka
berlaku.

Keputusan-keputusan dalam pilihanraya kecil juga menggambarkan petanda yang baik untuk Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan negara selepas pilihanraya ke-13, walaupun ada diantara pilihanraya-pilihanraya kecil turut dimenangi oleh Umno-BN.

Lebih baik bagi Pakatan Rakyat ke Putrajaya, tampuk pentadbiran Kerajaan Pusat, dengan mandat rakyat dalam pilihanraya dari mengharapkan berlaku lompatan parti dari anggota-anggota parti komponan BN untuk menyeberangi ke pihak pembangkang.

Apa yang perlu dilakukan oleh PAS dan parti sekutunya, DAP dan PKR sekarang ialah memperkukuhkan teraju kerajaan negeri yang dikuasai oleh ketiga-tiga parti itu. Rakyat sedang menilai performance pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri di bawah pakatan dan membandingkannya dengan performance kerajaan negeri di bawah Umno-BN. Dalam konteks ini Umno-BN mempunyai kelebihan kerana menguasai Kerajaan Pusat.

Kerajaan Pusat membentuk kerajaan dalam kerajaan di peringkat negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat dengan menyalurkan peruntukan-peruntukan projek tertentu melalui jabatan dan agensi pusat di peringkat negeri. Kecualilah grant untuk negeri yang perlu dibayar oleh pusat sebagaimana yang digariskan oleh perlembagaan dalam sistem federalism.

Kerajaan Pusat mengamalkan sikap bermusuh dengan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dengan sering menggunakan kuasanya yang tidak mengikut perlembagaan sebagai membalas dendam terhadap pengundi yang mengundi pembangkang. Ini dapat dilihat apabila hak kerajaan negeri yang telah ditentukan dan dimeterai, seperti royalti petrol tidak diagihkan kepada kerajaan negeri.

Ketika PAS menguasai Kerajaan Negeri Terengganu pada 1999 hingga 2004, royalti minyak Terengganu ditarik-balik dan ditukar menjadi wang ihsan dengan menyalurkannya melalui jabatan pusat. Kini hak royalti kerajaan Negeri Kelantan juga disekat. Sikap zalim ini akan menerima padahnya nanti.

Penyalahgunaan kuasa keterlaluan yang dilakukan oleh Umno-BN bertujuan untuk mengekalkan kuasanya yang terus terhakis dan paling buruk ialah pada pilihanraya lalu, apabila Umno-BN kehilangan majoriti dua pertiganya diparlimen yang digarapnya setiap kali pilihanraya sebelumnya. Keupayaan
Umno-BN mengekalkan kuasanya juga kerana kerusi-kerusi yang dimenanginya di Sabah dan Sarawak dan sebagai membalasnya pimpinan Umno melantik ramai pemimpin-pemimpin dari kedua negeri itu dalam pimpinan Kerajaan Pusat.

Umno menggunakan slogan 'Umno dulu, kini dan selamanya' bagi mengekalkan kuasa. Tetapi Umno tidak mampu mengekalkan kuasa selamanya dan tanda-tanda kearah itu mulai jelas seperti yang ditunjukkan dalam pilihanraya lalu. Peratus undi popular Umno-BN merudum turun ketahap paling rendah dalam pilihanraya lalu.

Umno-BN bagi mengekalkan kuasa akan mengunakan pelbagai cara yang tidak demokratik dan kerana itu pilihanraya akan datang memerlukan kehadiran pemerhati luar yang bebas bagi menyelia pilihanraya yang dianggap paling kritikal dalam sejarah pilihanraya di negara ini.

Parti pemerintah akan melihat bagaimana keputusn pilihanraya Tenang dan beberapa pilihanraya kecil lain yang menunggu bagi menentukan bila pilihanraya umum hendak diadakan. Pillihanraya Dewan Negeri Sarawak akan memberi isyarat kepada Umno-BN bagi menentukan bilakah pilihanraya umum hendak diadakan, sama ada sebelum tamat tempoh penggal parlimen ini pada 2013 atau lebih awal dari itu.

PAS perlu menambah kerusi kemenangan bagi menggantikan Umno dan PAS mampu melakukannya jika pilihanraya diadakan dengan telus tanpa penyelewengan dan di padang yang sama rata.

Umno-BN telah memerintah terlalu lama menjadikan polisi Umno sudah tidak releven dan tidak semasa dengan kehendak dan inspirasi rakyat terutama genarasi baru yang terpelajar, celik alam siber dan tidak lagi bergantung kepada maklumat tradisi akhbar-akhbar yang dikuasai dan dikongkong oleh kerajaan.

PAS berupaya mengganti Umno kerana sandaran perjuangannya berlandaskan Islam yang mempunyai potensi matlamat yang lebih jauh dan diri berbanding dengan perjuangan Umno-BN yang perkauman dan berpuak-puak mengikut kaum masing-masing.

Perjuangan PAS buat pertama kalinya telah diterima sebagai perjuangan yang melampaui sempadan kaum apabila orang-orang bukan Islam mengundi calon-calon PAS. Calon-calon PAS perlu menunjukkan peribadi Islam yang adil dan saksama dan ciri-ciri inilah yang menagih simpati pengundi bukan Islam
untuk mengundi PAS.

Orang-orang bukan Islam membandingkan keikhlasan dan peribadi pimpinan Umno dan PAS dan ternyata mereka lebih tertarik dengan cara hidup dua orang tok guru yang mencerminkan kepimpinan PAS keseluruhannya, yang membawa cara hidup sederhana dan tawaduk.

Seluruh jentera pilihanraya PAS perlu digembelingkan dari sekarang untuk memenuhi hasrat yang terkandung dalam slogan 'PAS ganti Umno'.
------------------
Penulis adalah bekas Timbalan Ketua Pengarang kumpulan Utusan Melayu. Beliau pernah menjadi Setiausaha Akhbar Presiden PAS dan Ketua Pengarang Harakah.

Tolak usul bukti BN makhluk dua alam

Posted: 26 Jan 2011 06:45 AM PST

Harakahdaily

KUANTAN, 26 Jan: Keengganan Adun Barisan Nasional Selangor untuk menyokong pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, khususnya pada Perkara 52(1) untuk memartabatkan institusi raja dengan mengembalikan kuasa Sultan telah mendedahkan sikap hipokrit mereka dalam laungan mempertahankan institusi raja di negara ini.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kiasannya berkata apa yang berlaku di sidang tergempar DUN Selangor Isnin lalu menunjukkan bahawa para pemimpin Barisan Nasional adalah makhluk dua alam yang tidak boleh dijadikan pemimpin.

Pakatan Rakyat sedar implikasi sebelum pindaan dibuat, namun dengan andaian bahawa Umno yang war-warkan isu penderhakaan pada raja akan kekal dengan prinsip tersebut; namun dengan apa yang berlaku jelas mereka adalah makhluk 'dua alam' yang tidak boleh dijadikan pimpinan, selar Tuan Ibrahim.

Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-undang tubuh Kerajaan Selangor 1959 berhubung soal perlantikan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ditolak kerana gagal mendapat restu dua pertiga majoriti Dewan Undangan Negeri.

Walaupun mendapat sokongan kesemua 34 Adunnya, Pakatan Rakyat kekurangan 4 undi untuk menjayakan usul tersebut apabila tiada seorang pun daripada 20 Adun Barisan Nasional yang berani menyokong usul tersebut.

Sementara itu, Tuan Ibrahim juga membayangkan apakah nasib yang bakal melanda kepada Adun Pakatan Rakyat sekiranya peranan mereka bertukar tempat dengan Adun Barisan Nasional.

"Saya boleh bayangkan seandainya PR yang menolak usul tersebut, media akan menyerang habis-habisan dan pasti akan berlaku demonstrasi mendesak Adun kita untuk letak jawatan, dan keluar dari Selangor," ujar Tuan Ibrahim.

Secara positifnya pula, Tuan Ibrahim berkata disebabkan BN yang menolak usul tersebar, ianya bakal mempunyai implikasi yang lebih besar kerana ianya adalah gambaran sebenar sikap kerajaan pusat terhadap kedudukan raja berperlembagaan.

"Sepatutnya mereka rasa malu dan sebagai wakil yang bermaruah, mereka sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Adun. Bagaimana mereka nak jadi pemimpin seandainya isu kedaulatan raja tidak lagi dihormati?" tambah Tuan Ibrahim.

Apa pengundi Tenang mahu?

Posted: 26 Jan 2011 06:30 AM PST

Subky Latif

KEMPEN Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Johor antara Cikgu Normala Sudirman dari PAS dengan ADO 'Tok Ai' Azahar Ibrahim dari BN bermula dengan parti yang bertahan mendakwa pencabarnya, PAS menabur dan menyebar fitnah serta menyerang peribadi calon.

Mengepalai dakwaan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sendiri. Ia dikut oleh semua termasuk calon Tok Ai.

Kempen BN itu bermula dengan giar empat, sedang PAS baru giar satu.

Fitnah adalah asing bagi PAS. Tetapi sebelum wujud arena media baru – Facebook dan laman sesawang, Umno sudah pesat dengan sebaran surat layang. Dari kempen pemilihan cawangan hingga ke Majlis Tertinggi orang ramai menerima surat layang yang sesarat-saratnya yang sarat dengan fitnah dan serangan peribadi.

Ia budaya Umno dan orang Umno mahir dengan teknologi itu.

Tidak mustahil tektik itu diguna bagi memerangkap PAS supaya PAS habis masa untuk menjawabnya hingga terabai kerja kempen yang lain.

Dari laporan media arus perdana yang tentunya memihak kempen BN, semua telah ada. Segala yang dinamakan pembangunan telah memenuhi semua penjuru DUN Tenang dan Parlimen Labis. Tidak lagi yang tidak maju di kawasan-kawasan Felda di situ.

Apabila semua telah ada, apa lagi yang pengundi Tenang mahu? Jika Cikgu Mala menang tidak banyak lagi kekurangan hingga PRU 13 nanti. Jika Tok Ai menang, tidak banyak lagi yang hendak ditambah menjelang PRU 13 nanti kerana semuanya telah ada.

Maka apa lagi yang dimahu oleh rakyat?

Apa yang baru yang rakyat Tenang mahu ialah perubahan. Dalam PRU 12, Mac 8, 2008 dulu hampir separuh pengundi yang mengundi mahukan perubahan. Kebanyakan yang tidak mengundi dipercayai mahukan perubahan.

Hanya orang Melayu dalam Umno tidak mahukan perubahan. Yang di luar Umno mahukan perubahan. Pengundi Cina amat positif dengan perubahan. Yang tidak jadi pengundi tentu berkongsi pendirian dengan pengundi Cina itu.

Kemahuan kepada perubahan itu amat ketara di kalangan pengundi India. Hatta Samy Vellu dan orang nombor duanya di Hulu Selangor tewas bersama calon MIC yang lain. Semua calon pembangkang yang bertanding dengan MIC kecundang.

Kejayaan agen perubahan itu tidak cukup untuk membawa perubahan disebabkan ia hanya dapat mengurangkan majoriti dua pertiga BN di Parlimen. Ia belum dapat majoriti. Di negeri-negeri yang Pakatan kuasai tidak dapat melakukan perubahan total kerana cengkaman kerajaan pusat masih menyengat.

Laporan odit negara memberi kredit kepada perubahan di negeri-negeri Pakatan. Cuma media arus perdana tidak mengakui perubahan itu sudah bermula.

Apakah rakyat masih mahukan perubahan yang belum sepenuhnya dicapai itu?

Tanda-tanda menunjukkan kemahuan mahukan perubahan di kalangan orang Melayu sama kuat dengan yang berpuas hati dengan keadaan yang ada. Tidak berubahpun tidak mengapa asal bersama Umno. Pengundi-pengundi Cina bersabar menunggu perubahan. Sekalipun ia tidak dapat dicapai sepenuhnya sebelum ini, tetapi ia tidak berputus asa untuk mencuba lagi.

Tetapi apa yang berlaku di PRK Bagan Pinang dan di Hulu Selangor menunjukkan pengundi India mulai berubah balik ke belakang. Samy Vellu sendiri sanggup melepaskan pimpinan MIC asal pengundi India kembali menyokong Barisan Nasional.

Malah Perdana Menteri Najib sendiri bersedia untuk memberi apa saja kepada pengundi India bagi menghalang perubahan menyeluruh yang dituntut oleh rakyat.

Jika pengundi India mahu balik ke belakang, apa sebenarnya yang dikehendaki oleh pengundi India dalam pilihan kecil dan pilihan raya umum? Adakah pengundi India mahu apa yang masyarakat India boleh dapat saja atau ia mahu melihat perubahan total yang dihendaki oleh rakyat secara menyeluruh?

Tahun 2008 dulu pengundi India adalah bersama sekalian yang mahukan perubahan. Perubahan itu ialah mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui pemerintahan yang adil, memecahkan kebuntuan perkauman yang membelenggu penduduk, memerangi rasuah dan membasmikan penyelewengan, menyekat amalan boros dan pembaziran; meletakkan polis, SPR, kehakiman termasuk Jabatan Peguam Negara di landasan yang betul.

Adalah wajar pengundi India bertanya apa yang masyarakat India boleh dapat dari perkembangan politik yang ada? Dan sememangnya wajar bagi semua kaum bertanya apa yang kaum masing-masing boleh dapat dari sebuah pilihan raya.

Adalah mustahak sekolah-sekolah Tamil dapat bangunan baru dengan peralatan lengkap dan prasana yang sentiasa terurus. Tetapi ia tidak sama dengan tuntutan membebaskan perkhidmatan polis, mahkamah, jabatan penguam negara, SPRM dan lain-lain dari belenggu kebekuan yang mematikan ruh profesionalismanya.

Belenggu itu menjadikan rakyat, negara dan jenteranya beku, mundur dan hamba.

Memang semuanya sudah ada dalam negara sekarang tetapi keadaan sama seperti rakyat Hong Kong di bawah British. Mereka tidak ada kedaulatan, kebebasan dan kemerdekaan untuk menentukan nasib sendiri. Mereka mahu maruah dan kedaulatan.

Kita ada semua tetapi kita mahukan perubahan supaya kita ada maruah dan kedaulatan. Perubahan itu perlu dituntut oleh semua seperti menuntut kemerdekaan dulu. Ia bukan dituntut oleh orang Melayu saja. Ia ikut dituntut bersama oleh Cina dan India. Perubahan tidak berlaku kalau sekadar dituntut oleh Cina dan Melayu. Penyertaan India perlu seperti yang ditunjukkan tahun 2008 dulu.

Pengundi India di Tenang ada peranan bagi meneruskan perubahan yang sudah dimula itu. Mereka perlu ditanya apakah mereka mahukan perubahan untuk semua? Balik ke zaman sebelum 2008, bererti mengekalkan rasuah, penyelewengan, pembaziran, perkauman, penindasan dan tiada perubahan.

Menuntut perubahan seperti menuntut kemerdekaan semula, mesti dituntut bersama Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Malaysia Negara Rasuah

Posted: 26 Jan 2011 06:00 AM PST

Oleh Mohd Rashidi Hasan

RAKYAT Malaysia boleh melihat dengan jelas betapa Umno-Barisan Nasional begitu takut pengaruh di kubu kuat mereka iaitu di Johor terhakis.

Rakyat yang menjadi pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Dun Tenang, Labis bakal menjadi saksi, bagaimanakah caranya Umno-BN hendak mengekalkan kuasa mereka.

Rakyat sudah lihat bagaimana Perdana Menteri yang hampir tidak pernah turun padang menjengah PRK, kini berkunjung lebih awal dengan menabur pelbagai janji.

Janji PM bukannya sedikit. Ia mencecah ribuan juta ringgit, kononnya kerajaan begitu prihatin untuk membantu rakyat, khususnya di kawasan Felda yang memerlukan bantuan. Kononnya hendak membantu rakyat yang kesusahan.

Untuk apa dijanjikan semua peruntukan besar itu sekarang? Mengapa tunggu PRK Tenang baru hendak ditabur segala janji-janji manis Umno-BN sekarang ini?

Bukankah sejak merdeka Umno-BN yang memerintah Johor? Jika masih ramai rakyat yang kesusahan dan miskin, ianya adalah salah kerajaan yang gagal menyempurnakan tugas mereka. Yang gagal itu adalah kerajaan Umno-BN.

Oleh kerana itu, sudah tentu, tidak lain dan tidak bukan, semua janji-janji yang ditabur, hanyalah untuk memancing undi dalam pilihan raya.

Untuk apa Umno-BN mahu merasuah rakyat jika mereka benar-benar sebuah parti yang kuat. Untuk apa Umno-BN terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar jika Johor itu kubu kuat mereka?

Selama ini, rakyat diperdaya dengan momokan Umno-BN, yang mendakwa mereka parti Melayu yang kuat dan mempunyai jutaan ahli serta penyokong.

Hakikat sebenar tidak begitu. Umno-BN bukannya parti yang kuat. Mereka hanya kelihatan kuat kerana didokong oleh media talibarut yang bertugas siang malam menutup kelemahan mereka.

Mereka hanya kelihatan kuat kerana seluruh jentera kerajaan dikerah dan dipergunakan untuk memastikan sokongan rakyat terhadap mereka tidak tergugat.

Oleh itu tiada cara lain untuk Umno-BN mendapat sokongan rakyat, selain dengan merasuah mereka dengan pelbagai projek, kemudahan, ganjaran kewangan dan sebagainya.

Jelasnya rakyat yang menyokong Umno-BN bukan kerana idealisme, bukan kerana perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa Umno, tetapi kerana kepentingan materialisme.

Rakyat yang berfahaman materialistik adalah mereka yang mempunyai fikiran yang amat singkat.

Mereka mengizinkan diri untuk menjadi mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN, yang sebenarnya mengunakan wang rakyat untuk merasuahkan rakyat kembali.

Umno mempergunakan ideologi nasionalis untuk memerangkap rakyat yang materialis. Nasionalisme adalah alat Umno-BN untuk mengaburi mata rakyat.

Idealisme nasionalis dalam Umno sudah lama terkubur. Yang tinggal hanyalah perjuangan merebut kuasa, takhta, harta dan wanita semata-mata.

Kita menyeru rakyat Malaysia, khususnya di Tenang, supaya menyedari bahawa gejala rasuah yang melampau akibat ketamakan kuasa Umno-BN akan merosakkan negara.

Kita Pakatan Rakyat mencabar Umno-BN, jika mereka 'anak jantan' mari bertarung di gelanggang terbuka secara gentleman. Jangan main 'curi ayam'.

Pakatan Rakyat menggesa rakyat menolak parti perasuah, menolak gejala rasuah, menolak sebarang unsur rasuah, kerana ianya menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Gejala buruk akibat rasuah ini hanya akan terhapus sepenuhnya, apabila kuasa Umno-BN dilenyapkan dari muka bumi Malaysia yang tercinta ini.

Kes Beng Hock: Hakim Mahkamah Persekutuan ketuai suruhanjaya siasatan

Posted: 26 Jan 2011 05:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Suruhanjaya yang ditubuhkan berhubung kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock pertengahan 2009 — yang diperluaskan peranan dan terma operasi — akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Suruhanjaya itu akan menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa "ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan" Teoh dalam proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai.

Selain itu, jika perlu suruhanjaya tersebut juga akan menyiasat kematian Teoh dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.

Perkara tersebut merupakan aspek tambahan berbanding terma yang disyorkan sebelum ini.

Difahamkan ini kali pertama seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik mengetuai sebuah suruhanjaya siasatan.

Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

"Saya ingin maklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah pun berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950," kata beliau.

Selain Foong, turut akan menganggotai ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Selventhiranathan Thiagarajah, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh, dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Selain itu, turut menganggotai ialah Datuk Saripuddin Kasim iaitu Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, yang bertindak sebagai setiausaha suruhanjaya ini.

"Tiga pegawai kerajaan juga dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya ini," kata Najib dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mereka ialah Amarjeet Singh Serjit Singh iaitu Timbalan Ketua Bahagian Guaman I serta Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa.

Awang Armadajaya dan Kwan merupakan timbalan pendakwa raya.

Najib mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan sehari selepas inkues kematian Teoh berakhir dengan keputusan terbuka.

Ketika itu Najib memberitahu suruhanjaya tersebut akan meneliti prosedur siasatan SPRM.

Bagaimanapun pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam dan Suhakam menggesa agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan SPRM.

Najib berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2009 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi pada 6 Januari lalu bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

Tolak debat: Ahmad Maslan takut berdepan peneroka

Posted: 26 Jan 2011 05:30 AM PST

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Mazlan Aliman menyifatkan penolakan debat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebagai tidak berani bertanggungjawab kepada peneroka.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berkata, Ahmad sepatutnya berani jika yakin kerajaan dan Felda tidak membuat sesuatu yang mengainaya peneroka.

"Jika selama ini dia kata dia bantu peneroka, dia menuduh Anak dan Pakatan Rakyat pemecah belah. Habis tu kenapa dia tolak," katanya kepada Harakahdaily sambil menyelar Ahmad sebagai penakut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penolakan Ahmad untuk berdebat dengan beliau.

Ahmad hari ini menolak cabaran Mazlan untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh Presiden Anak itu.

Mengulas lanjut, Mazlan yang juga Timbalan Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya PAS bagi PRK Tenang tetap dengan keputusan mengajak Ahmad berdebat dan memberi masa sampai esok kepada Ahmad.

"Kalau dia nak ajak dialog tertutup, tak payah la saya susah-susah cabar debat. Saya ada nombor telefon dia, sembang kedai kopi pun boleh," katanya.

Namun jelasnya, tujuan lebih besar cabaran debat terbuka tersebut adalah mahu rakyat khususnya peneroka mendengar sendiri penjelasan Ahmad, dan boleh bertanya terus tentang masalah yang dihadapi peneroka.

"Saya tunggu sampai esok, kalau dia tak terima juga, maknanya dia pengecut dan perlu letak jawatan.

"Rakyat tak perlu timbalan menteri yang takut berdepan dengan rakyat sendiri," katanya.

Anak sebelum ini menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

NGO tersebut kemudiannya menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

SPRM benar Robert Phang kekal anggota panel

Posted: 26 Jan 2011 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan Tan Sri Robert Phang terus menjadi anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) sehingga tamat tempoh keanggotaan penggal pertama pada 24 Februari depan.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat PPPR di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta semalam.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.

Phang sebelum ini memohon pelepasan selaku anggota panel berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya.

Menurut kenyataan itu dakwaan yang disebarkan oleh sebuah blog menyatakan Phang telah cuba memberi rasuah kepada seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian pada tahun lepas. — Bernama

Tuduh MB Bohong: Noh hanya politikkan isu Pinda Perlembagaan

Posted: 26 Jan 2011 05:00 AM PST

SHAH ALAM 26 Jan – Tuduhan Datuk Seri Noh Omar bahawa cadangan pindaan undang-undang yang dibawa Pakatan Rakyat (Pakatan) Isnin lalu merupakan satu usaha pembohongan terhadap rakyat Selangor dan disifatkan sebagai cakap politik oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Semalam, Timbalan Pengerusi Umno Selangor itu mendakwa pindaan perlembagaan itu bertujuan agar sultan dikehendaki bertindak atas nasihat seorang Menteri Besar.

"Saya rasa ini adalah cakap politik kerana dalam Perlembagaan Malaysia juga, ayat yang saya masukkan dalam pindaan enakmen itu adalah serupa dengan ayat yang ada dalam Perlembagaan Malaysia.

"Kalau dia (Noh) rasa ayat itu tak sesuai untuk Perlembagaan Malaysia, saya harap dia nyatakan dalam kabinet, katakan dia tak setuju dan katakan rakyat telah ditipu oleh kabinet Malaysia," katanya.

MB menyampaikan cenderamata pada pengguna Lebuhraya Grand Saga

Dalam ucapan usulnya di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor itu, Khalid menjelaskan secara teliti dan berfakta mengapa pindaan itu perlu dikembalikan kepada sultan dan Menteri Besar setelah Umno-Barisan Nasional (BN) pada tahun 1993 meminda perlembagaan dengan memperalatkan institusi raja.

"Sebab kita mahu mengembalikan kuasa sultan, dia (Noh) patut tahu sebab BN yang mengeluarkan klausa undang-undang yang menidakkan kuasa sultan pada tahun 1993, kenapa mereka keluarkan?

"Sebab tak mahu memberi kuasa kepada sultan dan saya sebagai Menteri Besar mahu mengembalikannya, adakah dia sekarang mahu menidakkan apa yang BN lakukan pada 1993? Rakyat mesti tahu, dulu dia (BN) marah-marah kepada sultan tetapi sekarang mereka mahu cium tangan, mana boleh," katanya.

Dalam sidang media itu juga Khalid memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan melakukan penerangan kepada seluruh rakyat Selangor.

Tambahnya, sidang dewan itu adalah satu usaha mencari kebenaran supaya ada keikhlasan kedua-dua pihak (Pakatan dan Umno-BN) untuk mencari jalan supaya pengurusan negeri diurus dengan mantap.

"Saya percaya rakyat akan mengenali kebenaran, sebab itu saya bercadang untuk turun ke padang, kita mengambil masa 3 bulan bermula Februari, Mac dan April," katanya.

Isnin lalu, usul itu ditolak apabila tidak mendapat majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Artikel 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada sidang khas Dewan Negeri yang diadakan kelmarin.

Pindaan itu antara lainnya bertujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pindaan itu dicadangkan ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang mendapat bantahan kerajaan negeri dengan alasannya ia tidak dirujuk kepada Menteri Besar.

Pemuda Umno: MB Perak sesuai ganti Khairy, kata Raja Ahmad

Posted: 26 Jan 2011 04:45 AM PST

IPOH, 26 Jan — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu.

Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional.

"Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya.

"Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi beliau (Dr Zambry) mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda," katanya.

Katanya Menteri Besar Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu.

Raja Ahmad Zainuddin berkata saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan.

Beliau berkata selain itu kepimpinan serta kemampuan Zambry menerajui kerajaan negeri Perak dan mengharungi pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang.

"Ini juga bukan bermaksud kepimpinan Pemuda Umno sedia ada tidak berupaya menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti sebaliknya pemilihan pemimpin berwibawa mampu memperkukuhkan pergerakan itu . . . saya mencadangkan sedemikian bukan untuk tujuan peribadi tetapi sekadar memberi pandangan untuk memperkasakan pergerakan Pemuda Umno sekaligus kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan," katanya. — Bernama

Kesilapan BN dalam melebarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kepada Internet

Posted: 26 Jan 2011 04:30 AM PST

Kenyataan media saya: Kesilapan BN dalam melebarkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kepada Internet


Cadangan Kerajaan Barisan Nasional untuk melebarkan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi merangkumi media Internet membuktikan mereka tidak mempunyai komitmen serius terhadap perubahan dan hak asasi manusia.

Sehingga hari ini, ruang Internet adalah lebih terbuka berbanding media arus perdana memandangkan komitmen Kerajaan terhadap Jaminan (Bill of Guarantees) Koridor Raya Multimedia (MSC). Pun begitu, pelbagai jenis tekanan telah dikenakan di Internet termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today pada 2008.

Kerajaan sudah beberapa kali menggambarkan hasrat untuk menyekat Internet, terutamanya selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008. Contohnya pada tahun 2009, Datuk Seri Utama Rais Yatim mengumumkan rancangan untuk sebuah sistem tapisan Internet, seperti perisian 'Green Dam' di China, tetapi membatalkanya selepas tentangan daripada rakyat.

Pengumuman terbaru ini membuktikan bahawa Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak putus asa dalam usaha mereka untuk menyekat hak asasi dan kebebasan politik di Malaysia. Di sebalik manipulasi dan kempen Kerajaan, pengumuman terbaru ini membuktikan BN masih lagi terperangkap di dalam politik lama untuk mengawal dan menekan rakyat.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat di dalam Buku Jingga telah memberikan komitmen untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, memperkenalkan Akta Kebebasan Media dan memelihara kebebasan Internet sekiranya kami dipilih menjadi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya akan datang. Tidak seperti BN, Pakatan mengiktiraf perlunya membuka ruang media yang sempit di bagi memastikan demokrasi yang segar dan kemakmuran negara. Justeru, kami kecewa dengan sikap BN yang mengambil pendekatan bertentangan dengan mencadangkan untuk melebarkan akta tersebut kepada Internet. Lebih ironis lagi, pengumuman tersebut dibuat sehari sebelum kerajaan diktator di Mesir menyekat akses rakyat mereka kepada Twitter.

Kerajaan menghantar mesej yang salah kepada pelabur-pelabur luar, yang yang sebelum ini tertarik dengan Jaminan MSC. Tanpa ketelusan dan kebertanggungjawaban yang wujud menerusi Internet dan media yang bebas, semua rancangan perubahan – termasuk "NEM", "ETP" mahupun "GTP" yang diwarwarkan selama ini – akan menjadi sia-sia. Keyakinan terhadap Malaysia, yang sudahpun berada pada tahap yang paling rendah, tidak akan pulih jika Kerajaan terus menerus menyekat dan menghukum sesiapa yang memberikan kritikan yang jujur, tepat dan membina. Kestabilan dan keselamatan negara kita bergantung kepada wacana awam yang lebih terbuka.

KEADILAN menggesa BN membatalkan rancangan ini dan sebaliknya meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi membuktikan mereka benar-benar mahukan perubahan.


http://www.niknazmi.com/wordpress/?p=2611

Auku tidak releven, mahasiswa UKM teruskan pengajian

Posted: 26 Jan 2011 04:00 AM PST

PUTRAJAYA, 26 Jan - Permohonan injuksi menghalang tindakan disiplin diambil ke atas empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dikenakan tindakan disiplin kerana dituduh terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor ditarik balik.

Ketua panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Wira Low Hop Bing bersama Hakim Datuk Sri Abu Samah Nordin dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, juga bersetuju sebulat suara bagi mendengar rayuan kes saman pemula mencabar kewibawaan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971.

Jenine Gill yang mewakili mahasiswa berkenaan berkata, hakim bersetuju membenarkan permohonan injuksi ditarik balik memandangkan pihak UKM tidak berniat untuk mengambil apa-apa tindakan ke atas mereka, dan perkara ini juga telah dipersetujui oleh wakil Peguam Kementerian Pengajian Tinggi.

"Permohonan untuk mengekalkan injuksi telah ditarik balik kerana tiada tindakan diambil oleh pihak UKMM terhadap para pelajar ini dan sekiranya mereka mengambil apa-apa tindakan, kita akan memfailkan injuksi sekali lagi. Sementara itu, kita akan memohon untuk mempercepatkan pendengaran kes," jelas beliau yang mewakili Malik Imtiyaz Sarwar memfailkan rayuan hari ini.

Jelas beliau lagi, keempat-empat mahasiswa berkenaan iaitu Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai juga boleh meneruskan pengajian mereka yang kini dalam semester terakhir jurusan Sains Politik di UKM.

Rayuan saman pemula difailkan oleh mereka setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka tahun lalu bagi mengiktiraf bahawa Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kebebasan bersuara.

Hilman yang ditemui di luar Bilik Bicara 1, Mahkamah Rayuan berkata bahawa rayuan mereka masih berasas dan tetap dengan pendirian bahawa Auku tidak lagi relevan untuk dipertahankan kerana ia bercanggah dengan hak asasi yang sepatutnya diberi kepada mahasiswa untuk berpolitik sebagai warganegara yang layak mengundi.

"hari ini adalah hari yang penuh sejarah kerana di awal permulaan 2011 kita mulakan dengan satu lagi perlawanan dengan Auku. Diperingkat pergerakan mahasiswa kami masih menganggap Auku ini dapat dimansuhan dan yang lebih penting ialah beberapa pindaan-pindaan besar yang dilakukan dalam Auku," jelas beliau.

Beliau berkata, pihak UKM juga telah bertindak dengan bijak kerana memilih untuk tidak meneruskan kes di mahkamah sambil membenarkan kes rayuan diteruska

Umno Diingat Jangan Perkecil Kebijaksanaan Sultan

Posted: 26 Jan 2011 03:30 AM PST

Dari KeadilanDaily

Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pimpinan Umno BN agar jangan sesekali memperkecilkan kebijaksanaan Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, tindakan pimpinan Umno BN memainkan isu Raja-Raja Melayu demi kepentingan politik seolah-olah memperkecilkan minda dan kebijaksanaan sultan dalam menilai sesuatu perkara.

"Raja-raja Melayu dan sultan tahu, siapa yang benar-benar membela dan berjuang mengembalikan hak dan peranan Tuanku. Tindakan pimpinan Umno BN memainkan sentimen ini dengan demonstrasi dan pelbagai kenyataan yang mengelirukan rakyat merugikan rakyat Malaysia secara keseluruhan," katanya pada sidang media selepas berucap di Forum Subsidi : Bebankan Negara atau Bebankan Rakyat di Kelab Shah Alam, Shah Alam hari ini.

Sehubungan itu, beliau memuji tindakan kerajaan Selangor yang dipimpin Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berusaha untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kuasa dan peranan sultan di negeri itu.

"Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri Selangor yang tetap berusaha mengadakan pindaan undang-undang walaupun berterusan diganggu dan dihalang oleh pimpinan Umno BN.

"Pimpinan Umno BN kononnya berjuang untuk Raja-raja Melayu tetapi merekalah yang menghilangkan kuasa raja-raja Melayu sejak 1993.

"Walaupun usaha untuk meminda undang-undang (perlembagaan negeri) itu tidak berjaya, sekurang-kurangnya ada usaha (kerajaan negeri) ke arah itu," ujarnya.

Semalam, kerajaan Selangor tidak berjaya meminda undang-undang tubuh negeri bagi mengembalikian kuasa kepada Sultan dan menteri besar dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi negeri.

Selepas pengundian dijalankan, hanya 34 ADUN mengundi bersetuju dengan pindaan itu manakala 20 lagi mengundi menentangnya. Kerajaan Selangor memerlukan 38 undi (sokongan 2/3) bagi membolehkan undang-undang itu diluluskan.

BN mempunyai 21 kerusi yang mana kesemuanya menolak cadangan menteri besar itu sekaligus menolak untuk mengembalikan kuasa sultan yang 'dihadkan' sejak 1993.

Putrajaya tiada rancangan gubal akta baru kawal kandungan Internet

Posted: 26 Jan 2011 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Putrajaya mengetepikan kebimbangan banyak pihak dengan menegaskan bahawa kerajaan tiada rancangan untuk memperkenalkan undang-undang baru untuk mengawal kandungan media online termasuk Facebook.

Kerajaan juga berkata undang-undang semasa sudah cukup memadai untuk mengawal selia kandungan Internet.

Laporan Bernama semalam menyebut Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, dipetik berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian.

"Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia," katanya semalam.

Kes Daphne Iking: Setiap kali bicara mesti sakit, tegur hakim

Posted: 26 Jan 2011 02:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Jan — Mahkamah Majistret hari ini menangguhkan perbicaraan kes saman peribadi bekas suami model dan pengacara TV terkenal Daphne Eleanor Iking ke Jumaat ini.

Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah menangguhkannya selepas peguam Jagjit Singh memaklumkan bahawa anak guamnya iaitu bekas pengarah Urusan Adidas Darren Choy Khin Ming, tidak dapat hadir kerana sakit.

Ini merupakan kali kedua Choy gagal hadir ke mahkamah selepas 5 Januari lalu, atas alasan yang sama iaitu faktor kesihatan. Choy dikatakan menghidap bronchitis dan demam.

Mahkamah menjadualkan perbicaraan untuk disambung selama dua hari bermula hari ini.

Saman peribadi itu dikemukakan terhadap Choy, 44, oleh Ryan Chong Yiing Yih, 31, bekas suami Daphne kerana memikat Daphne, 30, dengan mengetahui bahawa beliau ketika itu merupakan isteri Chong dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah mengarahkan Jagjit memastikan kehadiran bekas pengarah itu bagi mengelakkan sebarang masalah yang lain.

"Hari itu dah sakit, hari ini sakit lagi . . . setiap kali bicara mesti sakit. Rugi kepada mahkamah sebab tak dapat jalankan kes," kata Engku Ahmad Rashdi.

Jagjit berkata pihaknya juga hanya dimaklumkan pada lewat semalam oleh Choy dan tidak berpeluang untuk memberitahu kepada mahkamah. Jagjit kemudian menyerahkan sijil sakit Choy kepada mahkamah.

Peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Chong, bagaimanapun membantah sijil sakit itu yang sepatutnya dikemukakan oleh hospital kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan.

"Dia sepatutnya mengemukakan sijil sakit daripada hospital kerajaan, sebaliknya dia mengemukakan daripada klinik swasta di Damansara, pihak kami memohon supaya ada kepastian mengenai perkara itu," katanya.

Daphne mengahwini Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia, dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel Daniella Iking-Chong. — Bernama

Umno BN tak jangka dapat tentangan hebat

Posted: 26 Jan 2011 02:00 AM PST

Harakahjdaily

LABIS, 26 Jan: Umno BN tidak pernah menjangka akan mendapat tentangan hebat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ekoran itu, katanya Umno BN menggunakan isu yang remeh-temeh bagi menarik sokongan pengundi.

Menurutnya, berdasarkan tinjauan yang dibuat, tentangan yang dihadapi oleh Umno BN pada PRK Tenang adalah di luar jangkaan.

Ini, ujarnya kerana Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP telah menunjukkan kerjasama yang erat menyebabkan Umno BN menggunakan politik perkauman dan kebencian semasa berkempen.

"Apabila pergi ke kawasan Cina, mereka kata DAP ikut telunjuk PAS, bika pergi ke kawasan Melayu, mereka kata PAS jadi tunggangan DAP," ujarnya pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang di sini, pagi ini.

Sebaliknya, jelas beliau, apa yang berlaku di dalam BN ialah MCA mengikut telunjuk Umno seperti dalam isu ketuanan Melayu.

"MCA terima ketuanan Melayu, MCA tak berani lawan," katanya.

Tambahnya lagi, pemimpin Umno BN menggunakan politik kebencian itu di dalam kempen mereka sama ada secara senyap atau terbuka.

Justeru, beliau menyeru pemimpin Umno BN supaya menghentikan daripada terus menggunakan politik kebencian pada kempen PRK Tenang.

Mengenai isu pelaksanaan hukum hudud sebagaimana yang ditimbulkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, beliau berkata ia menjadi keliru kerana tidak mendapat penjelasan yang sebenarnya mengenai undang-undang jenayah Islam.

Jelasnya, mana-mana negara yang mahu melaksanakan undang-undang tersebut mesti mempunyai prasyarat, antaranya wujud keadilan ekonomi.

Justeru, beliau menegaskan bahawa PAS tidak berganjak dengan dasarnya adalah Islam tetapi masalah hukum hudud bukanlah agenda Pakatan Rakyat.

Isu Felda: Ketua Penerangan Umno tolak debat Anak

Posted: 26 Jan 2011 01:32 AM PST

LABIS, 26 Jan — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak ajakan presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda.

Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden Anak itu.

"Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi.

"Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini.

Beliau berkata berkata Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.

Anak menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Mengenai perjalanan kempen pilihan raya itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan kempen dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan ceramah untuk menarik pengundi.

Beliau berkata sasaran majoriti 5,000 undi yang dianggap sebagai motivasi oleh jentera parti boleh dicapai pada hari pembuangan undi nanti.

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu.

Ia melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. — Bernama

Jangan Terkejut! Ini Anak Badak Dari Oman

Posted: 26 Jan 2011 01:30 AM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK6LWBkdjw-wQUOG-BRSiie1WkEHahSekAHNFgZ8zAjSEuBtAU_y4oRGMZcoj72pGfC7Vto9o7vCkmmkTwbrmlacND4aXCNf_FpL9xUK3t_XRQ436HGtNs-Rlblt9OqRRNFQpaP-uQ0Zw/s320/dn_11.1.jpg

badak pendek
badak gempal
badak gemuk
badak gendut
kerja habiskan wang rakyat
ayuh kita halau makhluk ni dari putrajaya

Krisis Nilai Dalam Politik Semasa

Posted: 26 Jan 2011 01:00 AM PST

Bukan semua kepulangan dialu-alukan.

Ada sesetengahnya lebih baik pergi tidak kembali.

Pergi bermuhasabah dan menyusun kembali harga diri.

Itulah yang saya fikirkan tentang mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang menyambut tahun baru 2008 dengan skandal seks beliau hingga menggemparkan seluruh Malaysia.

Beristerikan Datin Seri Wong Sek Hin, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengaku bahawa beliau adalah lelaki di dalam DVD yang tersebar itu. Tanpa sedikit pun rasa bersalah kepada isteri dan kepada posisinya sebagai Menteri Kesihatan, beliau meletakkan semua jawatan di dalam kabinet dan MCA, dengan menganggap insiden tersebut hanya sebahagian daripada usaha menjatuhkan dirinya. Beliau menyalahkan kerja keras dan kehendak tugas yang memerlukan beliau bertemu dengan orang ramai, sebagai punca dia dilihat berkepentingan. Tanpa semua itu, perbuatannya mengadakan hubungan seks dengan wanita di dalam rakaman video berkenaan mungkin tidak menjadi isu.

Beliau tidak pernah menyesali perbuatan kejinya.

Tidak daripada sisi dirinya sebagai seorang yang beragama, bertanggungjawab terhadap perkahwinan dan rumahtangganya, malah tidak juga sebagai Menteri Kesihatan yang bertanggungjawab mempromosikan cara hidup sihat yang bertentangan dengan perbuatannya.

Ia hanya sebahagian daripada catatan hitam putih politik negara kita.

Namun apa yang mengejutkan kita, adalah kepulangan beliau ke pesada politik negara, hingga mampu meraih jawatan sebagai Presiden kepada MCA, parti komponen Barisan Nasional.

Apakah nilai yang didukung oleh perwakilan MCA apabila memilih orang seperti ini sebagai Presiden?

"MENILAI NILAI SAYA"

Skandal seks itu saya timbulkan semula kerana merujuk kepada tindak tanduk Presiden MCA ini, yang juga merupakan seorang doktor pakar psikiatri terlatih, tatkala beliau memainkan isu MORAL dan NILAI di dalam kempennya.

Semasa kempen pilihanraya kecil DUN TENANG, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memainkan isu calon PAS, Puan Normala Sudirman menyarung sarung tangan semasa bersalam. Kenyataan beliau menimbulkan reaksi tidak senang semua pihak, bukan sahaja kerana sentimen agama, malah apa kaitannya cara bersalam seseorang dengan kompetensi dirinya menjalankan tugas sebagai seorang ADUN?

Dengan penuh rasa sombong, hingga menepis peringatan Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau berhenti daripada memainkan isu berkenaan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat kenyataan berikut:

'What's so great?'

Despite the storm, Chua stood his ground, saying there was nothing great about knowing the Islamic religious values.

"So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion?"

"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," he went on, as quoted by Malaysiakini. [Harakahdaily 25 Januari 2011]

Kenyataan ini bukan lagi soal perbezaan fahaman politik, malah mencapai kemuncak KRISIS NILAI yang menghancurkan masyarakat.

Nilai dan rujukan moral apakah yang didukung oleh Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek?

Kami tidak ingin mengetahuinya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Nak Tanya Muhyiddin - Mahukah pemimpin kerajaan persekutuan meletakkan jawatan sama?

Posted: 26 Jan 2011 12:30 AM PST

Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri kita telah menyarankan supaya MB Selangor TS Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai MB negeri itu kerana gagal mendapat 2/3 majoriti dam siding khas Dewan Undangan Negeri itu 24hb yang lalu untuk meminda perlembagaan bab 52 Negeri Selangor.

Dalam persidangan khas itu PR mendapat 34 undi dan selebihnya dari BN mengundi menentang usul untuk mendaulatkan Sultan Selangor dengan mengembalikan apa yang ada dari Tuianku Sultan sebelum dirampas oleh Perdana Menteri pada 1993 dahulu. UMNO/BN menentang usaha untuk mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku Sultan dan kepada UMNO, PR adalah pihak yang derhaka kepada kebawah Duli Tuanku kerana PR hendak mengembalikan kuasa itu kepada Tuanku.

Rupa-rupanya UMNO ini sudah tidak keruan. Benarlah kata setengah orang yang UMNO kita ini sudah hilang hidayah. Menesabahkan PR pula yang derhaka kepada Duli Tuanku kerana hendak memberikan kuasa kepada Baginda? Patutlah ramai alim ulamak yang zuhud berkata yang kini dunia sekarang adalah dalam akhir zaman, yang salah nampak betul dan yang betul dikatakan salah.

Sekarang kita sudah nampak dengan jelas yang UMNO benar-benar tidak menghormatan perjanjian persekutuan dahulu dan jika ada usaha untuk mengembalikan kuasa bab52 itu kepada Tuanku Selangor itu adalah penderhaka. Ini pandangan yang sangat gila. DAN Muhyiddin meminta pula supaya Khalid meletakkan jawatan.

Sebagai salah sebuah negeri yang terkandung didalam Persekutuan, Selangor dan rakyatnya mesti dihormati mengukut lunas demokrasi dalam persekutuan ini. Biarlah rakyat dalam negeri-negeri yang berdaulat didalam persekutuan itu berbicara dengan Rajanya untuk menentukan apa yang patut dilakukannya terutamanya didalam isu Raja dan Kerajaan yang dibawah naungan Baginda.

Usaha untuk memecah belahkan kerajaan Selangor dengan kebawah Duli Tuanku Selangor nampaknya tidak surut-surut dan saya yakin ianya akan berhenti apabilan Tuanku Sultan sudah bersalah-salahan dengan rakyat Baginda sendiri. Jika ini berlaku maka mudah bagi pemimpin diPutrajaya melakukan semua perkara tanpa halangan, termasuk usaha untuk membunuh demokrasi serta Raja berpelembagaan negara kita.

Muhyiddin memberikan sebab kenapa Khalid perlu meletakkan jawatan, Kata beliau Khalid tidak mempunyai sokongan dua pertiga dari Dewan Lagislatif Selangor maka adalah wajar Khalid untuk berhenti.

Tetapi orang ramai ingin bertanya, kenapa Najib dan Muhyiddin serta keseluruhan pemimpin diPutrajaya tidak meletakkan jawatan kerana kerajaan BN diperingkat persekutuan juga tidak mempunyai sokongan 2/3 itu.

Saya adalah orang yang pertama yang akan memberikan sokongan kepada mana-mana kerajaan untuk meletakkan jawatan jika tidak ada kuasa 2/3 dalam Dewan-Dewan Lagislatif. Jika itu pandangan Muhyiddin mari kita memohon dengan cara yang baik supaya Muhyiddin dan kerajaan pimpinan beliau dengan Najib meletakkan jawatan dan memberikan rakyat membuat pilihan sekali lagi.

Selepas itu Kerajaan Selangor dan mana-mana kerajaan negeri yang tidak mendapat 2/3 sokongan didalam Dewan Undangan pun menyusul kemudian dan memberikan hak kepada rakyat Selangor pula untuk membuat pilihan. Apa-apa keputusan yang kita dapat kita terima dengan 'gentleman'.

Apa macam Tan Sri?? Setuju??? Kalau bersetuju mari kita mulakan usaha itu mengikut lunas yang betul dan kita serahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan. Ok tak Tan Sri??? Saya seronok betul kalau kita mengaku yang kita juga tidak mempunyai sokongan 2/3 diDewan Parlimen dan memberikan rakyat membuat pilihan lagi sekali secepat yang mungkin.

Kalau setuju katakan setuju, kalau tidak setuju katakan tidak setuju!

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/nak-tanya-muhyiddin-jika-khalid-ibrahim.html

Minta Penjelasan Daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO

Posted: 26 Jan 2011 12:15 AM PST

Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.

Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.

Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.

En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit.

Saya mohon penjelasan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :

* 1.. Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?
* 2.. Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?
* 3.. Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?
* 4. Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?
* 5. Apakah benar En Mohd Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?
* 6. Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong, jurunilai dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?
* 7. Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?
* 8. Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?

Suhaizan Bin Kaiat

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Pusat

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang

Posted: 26 Jan 2011 12:00 AM PST

27 Januari 2011 (Khamis)

1) 7.30 – 11.00 Malam – Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Tionghua

Lokasi – Restoran G&D, Labis

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Mohammad Nizar Jamaluddin
3. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
4. YB Tien Chua
5. YB Nga Kor Meng
6. Calon (Pn Normala Sudirman)

2) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi – Markaz PAS – Kampong Redong

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Mohammad Nizar Jamaluddin
4. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
5. YB Zuraida Kamaruddin
6. Calon (Pn Normala Sudirman)

3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

Lokasi – Dataran PAS – Felda Cemplak Barat

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Azmin Ali
3. YB Hatta Ramli
4. YB Zuraida Kamaruddin
5. Calon (Pn Normala Sudirman)

[Bergambar] Panas! Bekas Pengasas PKR Masuk MCA Ajak Wanita Buat Seks?

Posted: 25 Jan 2011 11:00 PM PST

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/ng%20nanyang.png


Ng Lum Yong kembali bersama Chua Soi Lek

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Selepas diumumkan menyertai MCA pimpinan Datuk Seri Chua Soi Lek, pelbagai pihak menyifatkan langkah Ng Lum Yong itu tepat dan sesuai sekali.

Ini kerana, kata mereka, sesuai benar sikap kedua-dua mereka sebagaimana yang dapat dilihat melalui facebook Ng Lum Yong yang bernama Ng Lanang itu.

"Nampaknya sebab sebenar Ng Nanyang keluar dari PKR dan menyertai MCA sudah terjawab apabila perbualan lucahnya di dalam Facebook telah didedahkan kepada umum!

"Ternyata individu-individu gila seks pasti akan memilih untuk menyertai Parti MCA yang diketuai oleh pelakon video lucah Chua Soi Lek!," tulis blogger Milisuam dalam blognya.

Media hari ini menyiarkan laporan pengumuman Ng Lum Yong menyertai MCA. Dalam laporan itu, Senator Ezam Mohd Nor berkata, Lum Yong adalah seorang ahli politik yang beretika dan jujur.

Di dalam screenshot perbualan Ng Nanyang di Facebook, beliau mengajak seorang yang dipercayai wanita untuk melakukan hubungan seks, malah mendedahkan no telefonnya, 0182347922 agar mudah dihubungi oleh wanita yang berbual dengannya.

Ng Nanyang juga mengaku di dalam perbualan itu bahawa beliau melakukan onani menggunakan tangan.

Sekiranya anda berminat bertanyakan sendiri hal ini sila ke facebook beliau sendiri atau menelefon sendiri no telefon beliau di 0182347922 sebagaimana yang disiarkannya dalam Facebook, tulis blog Milosuam.

Tiada ulasan: