DUNIACACAMARBA |
- Ibu Korbankan Anak "Dara Sunti"nya Untuk Penuhi Hajat Suami
- [Wajib Baca] Calon BN di Tenang: Sudahlah CUAI, LALAI & DISAMAN Kerana MELELONG Tanah Melayu, Kini MENIPU Pula!
- Debat: Seorang Lagi Pemimpin UMCO Bergelar "Kecut" & "Bacul"
- [Orang UMCO Wajib Baca] Siapa Pemuda Ini? Mengapa Dia Memilih DAP?
- [PANAS] Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Kerajaan Mahu Portal, Blog DILESENKAN?
- [Gambar] Pendera Kejam "Berpakaian Orang Islam Lindungi Identiti" Gagal dalam Rayuan
- [Gambar] Terdesaknya BN, Sampai Ganggu Ceramah PR di Tenang...MEMALUKAN!
- Banyaknya Anak Luar Nikah di Terengganu!
| Ibu Korbankan Anak "Dara Sunti"nya Untuk Penuhi Hajat Suami Posted: 26 Jan 2011 06:20 AM PST
Rehat daripada cerita politik, saya siarkan pula artikel yang memaparkan kepincangan masyarakat. Ya, kepincangan masyarakat berlaku tanpa mengira sempadan negara dan politik. Kali ini berlaku di Hong Kong. Ming Poa melaporkan seorang wanita yang mahu menunaikan hasrat suaminya yang mahu meniduri gadis yang masih dara sanggup mengorbankan anak gadisnya yang berusia 17 tahun untuk tujuan tersebut. Gila! Bukan itu sahaja, malah wanita itu juga dipercayai meminta anak gadisnya itu beraksi bogel di depan suaminya yang berusia 37 tahun itu. Semua itu diceritakan oleh remaja itu dalam sidang mahkamah di Hong Kong selepas mendakwa dirinya diperkosa oleh ayah tirinya. Menurut remaja malang ini, ibu bapa kandungnya bercerai ketika dia berusia tujuh tahun. Selepas perceraian itu, ibunya telah berkahwin dengan tertuduh. Ketika dia berumur 16, ibunya telah memujuknya untuk melakukan hubungan seks dengan ayah tirinya. "Ibu saya ingin memenuhi keinginan lelaki itu yang mahu tidur dengan perawan. Oleh sebab itu, ibu meminta saya untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki itu," katanya. Yang menariknya, gadis malang itu mengakui bahawa dirinya telah kehilangan dara pada waktu itu. Oleh sebab bertekad mahu memenuhi keinginan suaminya, wanita yang tidak berhati perut ini telah memaksa anak gadisnya menjalani pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput daranya dan mengancam akan memotong jari-jarinya jika enggan berbuat demikian. Gadis itu akhirnya bersetuju untuk menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu. Setelah itu, wanita itu merancang percutian keluarga ke Cheung Chau, dengan tujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada suaminya untuk melakukan hubungan seks dengan anaknya. Lelaki itu, walau bagaimanapun, tidak dapat menahan nafsu lalu memperkosa remaja itu di rumah mereka. Remaja tersebut memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberitahu ibunya tentang kejadian itu, tetapi ibunya enggan mengambil apa-apa tindakan. Remaja itu kemudiannya membuat laporan polis selepas disaran berbuat demikian oleh teman lelakinya dan seorang pekerja sosial. Perbicaraan masih lagi berlangsung. P/s: Gila!Manusia semakin gila! * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Posted: 26 Jan 2011 04:30 AM PST Harakah Daily melaporkan Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil Dun Tenang didakwa cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai pegawai kerajaan sebelum ini dan pernah disaman kerana melelong tanah tanpa pengetahuan tuan tanah. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub mendedahkan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim didapati cuai dan lalai ketika memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat sehingga disaman pada tahun 2004 oleh tuan tanah, Mansor Mohamad. Katanya, Azahar yang dikenali dengan panggilan Tok Ai telah disaman di Mahkamah Tinggi Muar melalui Saman Pemula No: 24 (L) - 674-2004 berkaitan dengan kes siasatan hartanah HS (M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat. Menurut beliau, disebabkan kecuaian dan kelalaian Azahar yang ketika itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah mengakibatkan satu Perintah Jualan ke atas hartanah Mansor Mohamad pada 18 September 2009. "Kerana kecuaian Tok Ai tanah tersebut secara tidak sah telah dilelong pada 1 Disember 2003 dengan harga RM70,000," ujarnya. Beliau kesal dengan kecuaian Tok Ai yang menyebabkan tuan tanah, Mansor menjadi mangsa kezaliman kerana hartanahnya dilelong kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan beliau. Menurut Salahudin Ayub, disebabkan kecuaian dan kelalaian itu telah mengakibatkan nama baik dan intergriti Pejabat Pentadbir Tanah Segamat terjejas teruk sekaligus menghakis keyakinan rakyat pada ketelusan Pejabat Tanah Daerah Segamat. Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar, Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Asnawi telah membenarkan tuntutan Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat pada 29 Januari 2008 dengan kos akibat kecuaian Tok Ai mengendalikan isu tersebut. Salahudin yang juga Pengarah Pilihan Raya Dun Tenang mempersoalkan mengapa calon yang telah dibuktikan oleh Mahkamah cuai dan lalai dalam melaksanakan tugas awam masih dicalonkan untuk PRK Dun Tenang. "Tidakkah tindakan Umno ini membuktikan Umno tidak menghiraukan isu integriti dan kompetensi seorang calon bagi mewakili rakyat atau pengundi Dun Tenang," tegasnya. Beliau yakin dengan pendedahan itu membuktikan bahawa Umno memang sengaja menyembunyikan fakta-fakta tersebut kerana bimbang pengundi Dun Tenang akan menolak calon Umno-BN. Merujuk rekod buruk Tok Ai, Azahar Ibrahim, PAS yakin dan percaya rakyat Dun Tenang tidak akan tertipu dengan janji-janji manis beliau untuk menyelesikan maalah tanah di Labis. Hari ini juga media yang cenderung kepada BN melaporkan bahawa Mohd Azahar Ibrahim menafikan dakwaan PAS dan mendakwa parti itu memfitnahnya. Kelentong dan retorik calon BN ini boleh anda baca di bawah ini.
Kenyataan Media Pengarah PRK N05 Tenang Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000. Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja. Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011) Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri. Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut. Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta. Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009. Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ). Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut. Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri. Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah. Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai? Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang? Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut? YB Salahuddin Ayub, Pengarah PRK N05 Tenang merangkap Naib Presiden PAS. P/s: Baru jadi ADO sudah dihadapkan ke mahkamah kerana cuai sehingga menyebabkan tanah orang terlelong. Angkara kes itu, calon UMCO ini disaman oleh mangsa yang teraniaya. Bayangkan jika jadi wakil rakyat? * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| Debat: Seorang Lagi Pemimpin UMCO Bergelar "Kecut" & "Bacul" Posted: 26 Jan 2011 12:10 AM PST Bernama melaporkan bahawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak ajakan presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda. Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden Anak itu. "Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi. "Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini. Beliau berkata berkata Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini. Anak menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda. Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut. P/s: Kalau berani berdebat, berdebat sajalah. Jangan bagi alasan yang berunsur retorik dan karut. Kalau takut dan bacul, cakaplah takut, tidaklah orang lain letih mengulas tentang kebaculan anda! Layakkah pemimpin "kecut" dan "bacul" ini menjadi KETUA PENERANGAN UMCO? Buat malu dengan jawatan yang dipegang! Orang UMCO perlu memilih orang lain untuk memegang jawatan ini. Ketua Penerangan perlu berani berhadapan dengan cabaran pihak tertentu demi mempertahankan maruah parti! Pagi tadi, Ahmad Maslan "dibelasah" oleh jurublog kerana menunjukkan "kebijaksanaan" ala UMCO apabila meminta negeri di bawah pentadbiran PR menurunkan harga barangan dan minyak. * Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. | ||
| [Orang UMCO Wajib Baca] Siapa Pemuda Ini? Mengapa Dia Memilih DAP? Posted: 25 Jan 2011 10:00 PM PST
Siapa pemuda ini? Pemuda ini ialah anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Mengapa anak Tan Sri Khir Johari memilih DAP? Saya petik terus dari blognya:
P/s: Apa lagi alasan orang muda untuk menyertai dan mempertahankan UMCO? Apa lagi bukti yang anda perlukan untuk menolak UMCO menderhaka kepada Allah dan raja? | ||
| [PANAS] Pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984: Kerajaan Mahu Portal, Blog DILESENKAN? Posted: 25 Jan 2011 08:30 PM PST Saya petik status FB Zunar: Saya petik pula berita berkaitan: PUTRAJAYA, 25 Jan 11: Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata.
Sampai begitu sekali "gentar"nya Kerajaan BN terhadap peranan media maklumat alternatif yang menggugat kelangsungan politik mereka. Jika benar, kita wajib tentang usaha yang hanya menguntungkan BN. GILA Meroyan! Sebarkan! | ||
| [Gambar] Pendera Kejam "Berpakaian Orang Islam Lindungi Identiti" Gagal dalam Rayuan Posted: 25 Jan 2011 07:05 PM PST
Saya petik:
P/s: Berdasarkan nama, wanita yang mendera amahnya dengan kejam ini bukan beragama Islam, namun, dia memakai pakaian seperti wanita Islam semata-mata mahu melindungi identitinya. | ||
| [Gambar] Terdesaknya BN, Sampai Ganggu Ceramah PR di Tenang...MEMALUKAN! Posted: 25 Jan 2011 05:14 PM PST Memalukan! BN terutamanya UMCO mendabik dada bahawa Johor ialah kubu kuat mereka, tetapi mengapa hantar "samseng" ganggu ceramah Lim Guan Eng? Cakap hebat! MEMALUKAN! Sah BN sudah TIDAK tenang! Saya petik: [MK] Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulan yang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. P/s: Kumpulan ini hanya membiarkan MCA dan Gerakan "mencabul" Islam tanpa melakukan apa-apa tindakan! Munafik dan bacul! Malang sungguh! Sumber gambar: MK, TMI | ||
| Banyaknya Anak Luar Nikah di Terengganu! Posted: 25 Jan 2011 04:40 PM PST Saya petik:
|
| You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.
sambil membidas Soi Lek yang enggan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut yang didakwanya "cuba merosakkan nama Cikgu Mala".

Tiada ulasan:
Catat Ulasan