Tukar Tiub |
- HARI HARI AKHIR MENANTU ABAH
- ANAK PRESIDEN MUBARAK CABUT LARI
- BERITA BERGAMBAR - SIAPA DIA ROSMAH MANSOR
- KANTOI CALON ADA KES TIPU
- TUKAR TIUB PEMECAH BERITA
- CIK GU MALA DENGAN PONCO CLINT EAST WOOD
- SPRM - SATU LAGI KES BERPROFIL TINGGI
- GEMOK GEMOK PENDEK PENDEK - MUKA BULAT BULAT
- ANAK MUDA BANGUN MELAWAN
| Posted: 26 Jan 2011 07:05 PM PST JANGAN MERAJUK ![]() PEMUDA UMNO: MB PERAK SESUAI GANTAI KHAIRY , KATA RAJA AHMAD – minsider Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu. Ketua Umno Bahagian Larut Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional. "Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… INI SEJARAH… INI SEJARAH BESAR…. kah kah kah… kah kah kah… LAGI DUA TAHUN PERTANDINGAN… MALAON INI TELAH BUAT CADANGAN…. kah kah kah.. kah kah kah… TAK PERNAH BELAKU DALAM SEJARAH… kah kah kah.. kah kah kah… DALAM SEJARAH DUNIA BELUM ADA JANDA JADI ANAK DARA…. kah kah kah.. kah kah kah… KESIAN MENANTU ABAH…. BARU NAK MERAJUK… kah kah kah.. kah kah kah… TAK ADA SIAPA NAK PUJUK…. kah kah kah.. kah kah kah… TAK ADA YANG NAK PUJUK SATU HAL…. kah kah kah… kah kah kah… KENA TERAJANG LAGI ADA…. kah kah kah.. kah kah kah… TAK CUKUP KENA TERAJANG…KENA KENCING PULAK… kah kah kah… kah kah kah… INI LAH BAHAYA MERAJUK… kah kah kah.. kah kah kah…. SETITIS AIR MATA PUN TAK KELUAR… kah kah kah.. kah kah kah… MASA ADA KUASA…. ABANG KJ PEJUANG… kah ka kah kah jkah kah… PAK LAH MELAYANG… MENANTU KENA TENDANG… kah kah kah… kah kah kah…. DISINILAH BERAKHIRNYA KUASA LEVEL FOUR…. kah kah kah kah kah kah… LEILA SI FIRST LADY LARI KE SAUDI…. kah kah kah.. kah kah kah…KJ LEVEL FOUR NAK LARI KE BERUNDI.... kah kah kah PELIK TETAPI BENAR sekarang ini ketua pemuda gerombolan satu budak hitam yang di candang untuk gantinya lagi budak hitam ada berapa budak hitam dalam gerombolan? tak kan tak ada melayu kah kah kah |
| ANAK PRESIDEN MUBARAK CABUT LARI Posted: 26 Jan 2011 06:10 PM PST MALAON INI SUDAH LARI nota: rakyat mesir telah bangun berpuluh ribu turun ke jalan raya mereka mahi menghumbankan mahafiraun ke saudi laungan anak anak muda banguan melawan semakin kuat lihatlah klip ini dibuat ketika firaun kecil sedang beekuasa - lihat berapa ramai yang cium tangan lihat berapa ramai yang tepok tangan. diakhir klip ini ialah johan jaffar mesir dengar soalan dari al jazeera dan lihat jawapan bodek dari johan jaafar johan jaafar berada di mana mana mereka adalah kaki bodek INI BERITA DARI GULF NEWS Cairo: Egyptian president Hosni Mubarak's son, who is considered as his successor, has fled to Britain along with his family, the Times of India reported online quoting a US-based Arabic website. The plane with Gamal Mubarak, his wife and daughter on board left for London Tuesday from an airport in western Cairo, the website Akhbar Al Arab said, according to the Times website. The report came as Twitter confirmed late Tuesday that its website was blocked in Egypt, in an apparent move to thwart protesters using the social network in a campaign to oust Mubarak. INI DIA MALOAN ANAK FIRAUN YANG LARI ANAK ANAK MUDA MENYERBU KE DALAM PARLIMEN DI CAIRO MESIR nota: lihat betapa beraninya anak muda ini lihat bagaimana meriam kimia itu dialihkan kepada para pengganas hebat! salut untuk anak muda yang berani |
| BERITA BERGAMBAR - SIAPA DIA ROSMAH MANSOR Posted: 26 Jan 2011 12:14 PM PST |
| Posted: 26 Jan 2011 09:47 AM PST PENYANGAK ![]() nota: tok ai kepala bana apa ini tok penyamun kah kah kah KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT 26 JANUARI 2011 Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan. Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan. Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut. En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan. Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah : 1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor? 2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran? 3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar? 4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku? 5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit? 6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor? 7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor? 8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang? SUHAIZAN BIN KAIAT Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat ISU TANAH: PAS GESA CALON BN AZAHAR TARIK DIRI - minsider PAS menggesa calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim agar menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang atas alasan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu berhadapan tindakan saman — berkaitan isu tanah — yang akan didengar bulan depan. Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata Mohd Azahar perlu berbuat demikian kerana akibat kecuaian dan kelalaian beliau ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu. Tempoh untuk menarik diri sudah pun berakhir. Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Akibat kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar dalam menguruskan tanah di kawasan itu seorang penduduk di Segamat telah menjadi mangsa sehingga menyebabkan tanah tersebut dilelong kepada pihak ketiga. Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar. Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000. Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… INILAH KERJA LANUN DI PEJABAT DAERAH…. kah kah kah.. kah kah kah… INI TAKTIK LAMA REMBAT TANAH ORANG KAMPONG… kah kah kah.. woit… DI SELANGOR INI… BANYAK TANAH ADA DUA TIGA TUAN PUNYA NAMA…. kah kah kah.. kah kah kah… ORANG MACAM MALAON INI LAH PUNYA KERJA…. kah kah kah.. kah kah kah… DIA PILIH PILIH TANAH… KEMUDIAN SENYAP SENYAP LELONG…. kah kah kah… kah kah kah… YANG DATANG NAK BELI PUN KAKI MALAON INI…. kah kah kah.. kah kah kah… TAK ADA PENGUMUMAN TERBUKA….kah kah kah… kah kah kah…MALAON INI DEAL DENGN CUKONG ATAU GENG DIA YANG DATANG BELI…. kah kah kah nota: amat jelas gerombolan telah kekurangan orang dulu semasa prk penanti orang jahat juga penipu – ada tiga bini yang di tenang ini pun sama ini kerana kepalanya terlibat dalam kes bunuh ada menterinya yang rogol amah jadi kes tipu orang kampong ini kira halal dunia akhirat ini kes macm makan belakang – tak haram NOTA: nanti malikul akan jawab ini serangan pribadi bukan politik kah kah kah |
| Posted: 25 Jan 2011 11:37 PM PST BARU SAMPAI DARI AL-JAZEERA nota: lihat dan lihat anak muda bangun melawan lihat minah cun berbaju merah lihat anak anak muda mengegar cairo!!! LAMAN HILANG LESAP laman yang ada mengiklankan FLOM tetiba hilang dari sesawang. apa sudah jadi? hantu mana telah rembat? hantu altantuya? kah kah kah |
| CIK GU MALA DENGAN PONCO CLINT EAST WOOD Posted: 25 Jan 2011 10:30 PM PST MAT INDERA ![]() SARONG UNTUK CHUA SOI LEK Kalau tidak ada pilihanraya kecil di Tenang tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidor dua minggu lebih awal - sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia. Pagi itu, aku hanya mencari dimana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja dipekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura hara ke hulu ke hilir ditengah malam buta yang senyap dan sunyi. Yong Peng seperti Taiping bermakna 'wilayah aman damai' dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan diantara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera – seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Ahmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga , Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong - dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasokan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepung. Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang Warder Melayu – yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga dia telah menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si Warder ini telah membawa aku ke satu kawasan disebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang dimana Mat Indera mati di gantung British. Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti dipertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima disini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal - mungkin aku tersalah kedai. Sesampai ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil – bukan seperti gerila Mat Indera – tetapi oleh perempuan yang berbadan gemok gemok, pendek pendek, muka bulat bulat dan kulit hitam hitam. Mereka seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas. Sesampai ke satu simpang aku ternampak seorang Abang yang dibajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan pecah dari kumpulan perempuan gemok-gemok pendek-pendek ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si Abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang Isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si Abang ini seorang profesional yang menyokong Pas. Hampir tiga kilomter kami berjalan menuju ke arah dimana SPR telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul. Aku rasakan kami dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang disana sini dan ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau tepat lagi seperti filem Hollywood tentang Perang Dunia ke Dua. Setiap lima kaki disepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata. Aku perhatikan mereka memiliki senapang bermoncong besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Dipinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini – mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum : tikus mondok mana yang ingin di tembak oleh polis ini. Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini sengaja dipasang untuk memberi tekanan dan ancaman kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan Rakyat yang setiap kali ada pilihanraya kecil akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan Rakyat ini datang tanpa diajak dan tanpa di beri duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sisiapa sahaja yang berniat jahat. Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan Pas – disini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi dimana aku ternampak muka anak anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali ke dua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus putus – bertali arus. Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi tetiba ada suara yang kuat melaungkan Allah Akbar. Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan Rakyat sedang berarak mengiringi calon. Bendera Pas, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan Allah Akbar dan Reformasi bertukar ganti. Aku hanya berdiri digigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tetiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia manarik tangan aku lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam di barisan ' para gedebe'. Sebaris di belakang aku ialah Cik Gu Mala yang memakai ponco hijau a la Clint East Wood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraidah dan Ketua Muslimat Pas. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang Suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau. Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cik Gu Mala. Nah! Memang cun. Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan gemok gemok pendek pendek yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk - aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik menyerlah isi dan bentuk wajib sama kukuh. Tak sampai satu kilometer kami berjalan kemudian semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang ditengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku megundur diri dan berpusing kembali. Kini jalan raya tidak lagi berpusu-pusu maka jelas aku dapat melihat di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjungan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju t Nik Aziz, Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan 'hot' aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju t dengan muka Cik Gu Mala. Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari dimana Cik Gu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampong Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cik Gu Mala pasti akan ke sana. Kampong Sawah Baru di Labis? Wow ! Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York. Jauh sekali kampong ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampong – masih tidak bertemu juga kampong ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampong akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah. Akihrnya aku sampai juga. Kampong ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampong Melayu tradisional – kampong jalan mati kalau mengikut peta Lebai Google Ini bukan Bukit Bintang jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap ini. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Disana sini dalam ceramahnnya Anwar membut lucu. Didalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar. Anwar juga berkata kalau hendak berdebat tentang kesah pribadi pun dia tak ada halangan. Lalu Anwar membuat lucu tentang Altantuya gadis cun kenalan Najib. Sayang sekali Anwar pada malam itu tidak membuat lucu tentang kesah seorang lagi gadis cun di tepi pantai Port Dickson. Selesai ceramah si Anwar mengundur. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu. Normala Sudirman dengan baju hijau dan poco Clint East Wood yang dipakai siang tadi mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka tetapi tentang realpolitik. Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir inilah pemuka-pemuka baru didalam Pas yang bukan heboh heboh tentang api neraka tetapi heboh tentang api leterik yang harganya naik. Cik Gu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampong Sawah Baru ini adalah tempat ke lima yang dia telah mucul. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation. Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cik Gu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginlah caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampong ke satu kampong untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cik Gu Mala berkempen mahu mennyedarkan Dr. Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada jenerasi muda untuk memakai sarong agar terhindar dari jangkitan AIDS. (tt) |
| SPRM - SATU LAGI KES BERPROFIL TINGGI Posted: 25 Jan 2011 09:51 PM PST INI KES SIASAT SAMPAI MATI ![]() PETUGAS JPJ DIDAKWA PEROLEH RASIAH RM200 - berita hairan PETUGAS JPJ SHAH ALAM: Seorang petugas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan memperoleh suapan RM200 sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu lori April tahun lalu. Zafri Zulkepli, 28, dari Jasin, Melaka, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah. Tertuduh, yang bertugas sebagai pemeriksa kereta motor di JPJ Wilayah Persekutuan, telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya suapan itu daripada Eng Kim Seng sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman terhadap K Nadarajan yang melakukan kesalahan meletak kenderaan yang menghalang lalu lintas di Jalan Samudera Barat 3, di Taman Samudera, Gombak, pada 10.40 malam 14 April tahun lalu. Zafri, yang ditangkap pada 15 April tahun lalu, didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 , yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Mat Ghani membenarkan Zafri dibebaskan dengan jaminan RM3,000 serta seorang penjamin dan menetapkan empat hari bermula 9 Mei ini untuk perbicaraan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Fadzillah Mohd Ossman manakala Zafri diwakili peguam Martin Tay. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… SATU LAGI KES SPRM YANG BERPROFIL TINGGI…. kah kah kah.. kah kah kah… KES MELIBATKAN 200 JUTA …oops…. RUPIAH LAAAA…. kah kah ah.. kah kah kah… TAPI KES LAIN … TUTUP MATA…. kah kah kah.. kah kah kah… KES PEGAWAI CABUK…. BOLEH TANGKAP…. kah kah kah.. kah kah kah… KES BAWA LARI DUIT KE LUAR NEGARA… TOO COMPLICATED FOR SIMPLE BRAIN….. kah kah kah… kah kah kah…. KES ERIC CHIA?..... TAK ADA KES…. kah kah kah.. kah kah kah… KES KASITAH GADAM ?.... TAK ADA KES…. kah kah kah.. kah kah kah… KES 12 BILION PERLABUHAHN KLNG… NO CASE TO ANSWEAR…. kah kah kah.. woit… KES PEGAWAI CABUK JPJ RASUAH DUA RATUS RINGGIT… kah kah kah.. kah kah kah… INI KES BESAR… DAPAT DIBUKTI…kah kah kah.. kah kah kah... INI KES MESTI SIASAT SAMPAI MATI.... kah kah kah.. kah kah kah... INI KES BESAR MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.... kah kah kah.. kah kah kah... KALAU TAK DI TANGKAP ... PELABUR ASING HILANG KEPERCAYAAN... kah kah kah.. kah kah kah...KALAU TAK DI DAKWA... KERAJAAN OMAN TAK AKAN JEMPUT LAGI BIK MAMA... kah kah kah kah….PENJARA 20 TAHUN… SEBAT SAMPAI MINTA AMPOON…. kah kah kah |
| GEMOK GEMOK PENDEK PENDEK - MUKA BULAT BULAT Posted: 25 Jan 2011 08:50 PM PST ANAK BADAK OMAN ![]() LAWATAN ROSMAH DITAJA KERAJAAN OMAN - meloya Rosmah Mansor menjelaskan, lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit. ''Semuanya (kos perbelanjaan dan penginapan) ditanggung oleh Oman, jadi pihak di sebelah sana (pembangkang) yang tuduh macam-macam... berdosalah dia, berdosa," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit… DOSA DOSA INI TAK MASUK AKAL…. kah kah kah.. kah kah kah..NAK JADI USTAZAH PULAK... kah kah kah... kah kah kah… YG PENTING KENAPA MAK JANDA JADI WAKIL NEGARA…. kah kah kah.. kah kah kah... SIAPA PILUH MAK JANDA INI?.... kah kah kah.. kah kah kah… BUKAN KES OMAN…. kah kah kah.. kah kah kah… KES GANTIKAN MALIKUL SEMBAB…. kah kah kah.. kah kah kah…KESIAN MALIKUL SEMBAB…. JADI MENTERI PELAJARAN TAPI METING ORANG LAIN… kah kah kah.. woit... JANGAN TUDUH PEMBANGKANG... kah kah kah.. kah kah kah... MALIKUL SEMBAB BUKAN PEMBANGKANG... DIA PEMBODOH... kah kah kah.. kah kah kah... PEGAWAI DI JABATAN SEMBAB LAH YANG MARAH.... kah kah kah.. kah kah kah...MEREKA MARAH KERANA HILANG KERJA....TAK DAPAT PERGI SAUDI...kah kah kah.. kah kah kah.... KALAU TIDAK DAPAT BUAT UMRAH FREE.... kah kah kah... nota: pelik kenapa oman belanja macam macam selalunya pak arab ni bukan boleh percaya tu pasal dijanjikan api neraka ada apa apa ke? arab ni suka : gemok gemok pendek pendek itam itam boleh buat abdi halau unta kah kah kah BINI PEROGOL PUN IKUT SAMA? ![]() nota: lari kut malu nak tunjuk muka laki jadi perogol kah kah kah |
| Posted: 25 Jan 2011 08:01 PM PST BERITA BARU MASUK: jam 12.00 tadi berita melaporkan semua talian internet dan talipon teah diputuskan oleh rejim mubarak ketika ini mesir terputus dari hubungan luar laman, blog dan fb book telah ditutup talipon bimbit tidak berjalan gambar dibawah diambil dari guardian london demo yang berlaku kelmarin nota: gambar gambar baru masuk perjuangan anak anak muda arab mereka menuntut keadilan mereka menuntut kebebasan ANAK MUDA BANGUN MELAWAN ![]() TEMPUR ![]() TENTERA MUBARAK MENYERANG ![]() SENJA SAMPAI ![]() DARI TUNIS KE KHAIRAH tiga anak muda penunjuk perasaan telah gugur shahid. mereka berdemo membantah rejim mubarak yang disokong oleh isreal dan amerika. tunjuk perasaan untuk menumbangkan rejim mubarak di mesir ini adalah lanjutan perjuangan ank anak muda di bumi arab yang mahukan kebebasan dan keadilan. di mesir - first lady bini mubarak juga telah menjadi sasaran first lady ini amat dibenci malah untuk rakyat mesir first lady ini ialah mahafiraun yang menghisap darah rakyat mesir 3 ribu tahun dahulu yang lawaknya :first lady inui baru sahaja pulang dari bershopping di dubai CAIRO PROTESTERS IN VOILEN CLASHES WITH POLICE – guardian london Egyptian police used teargas and rubber bullets and beat protesters in a bid to clear thousands of demonstrators from a central Cairo square late last night after people had taken to the streets earlier today demanding the end of President Hosni Mubarak's 30-year rule in mass demonstrations inspired by the toppling of the government in Tunisia. Cairo was the scene of violent clashes as thousands of protesters from separate demonstrations converged on Tahrir Square, the central plaza. Demonstrators waved Egyptian and Tunisian flags, hauled down a billboard for the ruling NDP party and chanted "depart Mubarak" at the 82-year-old leader, who will face elections later this year. One policeman died in the Cairo violence. Two protesters were killed in Suez, east of Cairo, as other demonstrations took place around the country. |
| You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











Tiada ulasan:
Catat Ulasan