Rabu, 12 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Aman Shah didenda RM3,000

Posted: 12 Jan 2011 03:00 PM PST

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

PUTRAJAYA - Setelah lama menyepi daripada dunia hiburan, nama Aman Shah kembali menjadi sebutan namun kali ini penyanyi terkenal era 1980-an itu berhadapan hukuman denda RM3,000 setelah mengaku berkhalwat dengan seorang ibu tunggal tahun lalu.

Selain Aman Shah, turut menerima hukuman serupa ialah pasangannya, Rohana Awang yang mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Semasa kejadian Aman Shah masih mempunyai isteri manakala Rohana pula merupakan penjawat awam yang mempunyai dua orang anak.

Pasangan yang masing-masing tidak diwakili peguam kelihatan tenang selepas mendengar hukuman tersebut.

ETP Najib belanja RM100 bilion, Buku Jingga PR tutup kebocoran, banteras rasuah

Posted: 12 Jan 2011 02:46 PM PST

SHAH ALAM, 12 Jan – Terdapat perbezaan ketara antara Program Transformasi Ekonomi(ETP) dan buku jingga yang mengandungi Program 100 Hari yang dicadangkan Pakatan Rakyat.

Perkara ini dinyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail kerana perbelanjaan RM100 bilion dalam ETP yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat selagi isu rasuah dan ketidakcekapan sistem penyampaian kerajaan tidak ditangani.

Ketika dihubungi Selangorkini, beliau menegaskan Najib juga bersikap 'acuh tak acuh' dan bertindak menutup sebelah mata sedangkan isu utama adalah mengenai kebocoran dan pembaziran akibat perbuatan tersebut.

Ujar Azan, perkara ini berlandaskan laporan dan teguran Ketua Audit Negara yang mana ia merupakan hasil penemuan kerajaan, PEMANDU sendiri melaporkan perkara ini…macam mana dia hendak bantah.

"Perkara yang paling mustahak sekali yang perlu Najib buat adalah menampung segera kebocoran…tampal segera kebocoran itu.

"Belanja berapa banyak pun tidak ada makna. Lagi besar belanja, lagi besarlah yang bocor," tegasnya lagi.

Azan dalam pada itu menegaskan masalah sebenar yang harus ditangani adalah kebocoran dan pembaziran yang menjadi permasalahan utama.

"Bayangkan kalau RM100 bilion lagi, bermakna RM28 bilion akan bocor. Saya nasihatkan Perdana Menteri, kalau hendak sokongan rakyat, buat dasar menampung kebocoran dan bukannya buat benda baru.

"Setakat ini dia membisu dan tidak berkata apa-apa mengenai kebocoran, dan yang bercerita mengenainya hanyalah Ketua Audit, Pemandu dan kita di Pakatan Rakyat," tambah Azan.

Berbeza dalam perbelanjaan RM19 bilion dalam program 100 hari Pakatan Rakyat di mana RM 11 bilion diperuntukkan untuk menutup kebocoran, ketidakcekapan dan sistem penyampaian kerajaan yang membengkak dari segi ketirisan akibat rasuah.

Beliau turut memberi contoh kes rasuah dalam syarikat konglomerat negara, Sime Darby yang kerugian akibat kebocoran akibat rasuah di mana saman yang dikeluarkan terhadap mereka yang terlibat tidak mungkin dapat dikembalikan semula.

Manakala di pihak Pakatan Rakyat pula Azan berkata teras perbelanjaan yang dikemukakan adalah menutup kebocoran dan secara automatik rasuah akan dapat dibanteras.

"Maka secara automatik, jentera kerajaan juga berbalik asal, akan jadi efisien dan tidak ada lagi rasuah dan sistem pentadbiran semakin pulih.

"Indeks persepsi rasuah terhadap negara dapat diperbaiki, kefahaman dan kepercayaan awam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis juga akan meningkat.

"Itulah kejayaan yang sebenar, kalau hanya biarkan perkara ini sampai bila pun tidak akan jadi elok," ujar beliau.

CIJ Kutuk Keganasan Terhadap Jurufoto Bernama

Posted: 12 Jan 2011 07:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia mengutuk tindakan anggota polis bantuan yang didakwa menyerang seorang jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ketika beliau menjalankan tugas pada 9 Jan.

Dalam kenyataan Rabu, CIJ berkata wartawan, jurufoto akhbar dan malah mana-mana individu, tidak patut diganggu dan diugut oleh pihak berkuasa ketika mereka manjalankan tugas.

"Kami menyeru polis menjalankan siasatan menyeluruh dan segera untuk membawa individu terbabit ke muka pengadilan jika didapati perbuatan menyerang dan mengugut itu benar-benar berlaku," katanya.

Dalam kejadian berkenaan, Hairul Nizam Bahrin, 37, ditahan tanpa sebarang sebab oleh anggota polis terbabit dan diugut akan dihumban dari tingkat tiga sebuah bangunan terminal baru.

Hairul Nizam dilaporkan berkata beliau sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah setelah selesai menjalankan tugas kira-kira pukul 11.45 pagi apabila beliau ditahan beberapa lelaki berpakaian biasa yang mengaku sebagai anggota polis.

Selepas itu, beliau dibawa ke Terminal Bas Bersepadu Baru di Bandar Tasik Selatan dengan tangannya bergari dan kepala bertutup, tanpa mengetahui sebabnya.

Hairul Nizam kemudian membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak tentang kejadian itu.

-- BERNAMA

Tentang Isu Debat / On the Debate

Posted: 12 Jan 2011 07:30 AM PST

12 Januari 2011

Keupayaan dan kemampuan untuk berdebat adalah petanda sihatnya sesebuah kerajaan, pimpinan, mahupun demokrasi itu sendiri. Kayu ukur keyakinan dan kepercayaan seseorang pemimpin terhadap dasar-dasar yang diangkat terletak pada kesanggupan pemimpin itu menyokong, mempertahan, dan berhujah di khalayak umum. Ini cukup benar di Malaysia di mana kebebasan media dan ketelusan (transparency) amatlah kurang, malahan pihak Kerajaan sendiri kelihatan seakan enggan mendebatkan isu-isu tertentu di Parlimen pun. Maka bila diambil kira kenyataan YAB Dato' Sri Najib Razak bahawa tidak perlu bagi rakyat mengamati perbincangan dasar-dasar BN dan PR, ia memperlihatkan keangkuhan dan rasa tinggi diri pihak BN terhadap rakyat yang berhak mendengar hujah dari kedua belah pihak. Rakyat berhak mendapatkan fakta. Oleh itu, langkah terbaik buat YAB Perdana Menteri adalah untuk menerima tawaran berdebat isu ini yang amat penting buat negara kita yang tercinta. Ianya masih belum terlambat.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai

+++++

12 January 2011

The ability and tenacity for debate is the hallmark of good governance, leadership, and democracy. The measure of a leader's conviction and belief in his or her policies lie in the willingness to advocate, defend, and argue his or her case publicly. This is particularly true in Malaysia where free media and transparency are lacking, and where the Government appears to avoid debating certain policies even in Parliament itself. So, in light of Dato' Sri Najib Razak's statement that it is unnecessary for the rakyat to decide between the policies of BN and PR further illustrates arrogance and condescension towards the right of the rakyat to hear arguments from both sides. The rakyat yearns to know the facts. The right thing to do would be to accept to debate on this most important of policies for the nation. It is not too late.

Nurul Izzah Anwar
Member of Parliament for Lembah Pantai

DAP: Perbezaa pendirian tak gugat Pakatan Rakyat

Posted: 12 Jan 2011 07:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Timbalan Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw mengakui ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang mempunyai pendirian berbeza dalam sesuatu isu tetapi itu tidak menjejaskan kerjasama mereka.

"Kita kini lebih memberi tumpuan terhadap isu yang dipersetujui bersama iaitu mengenai pembasmian kemiskinan, perjuangan politik yang adil dan kerajaan yang bersih," katanya dalam satu SMS kepada Bernama ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa PAS akan tetap melaksanakan agenda negara Islam dan tidak akan tunduk terhadap sebarang tekanan termasuk daripada rakan dalam pakatan pembangkang.

Namun Hadi menerusi blognya semalam menafikan laporan akhbar itu yang disifatkannya tidak benar, sebaliknya menjelaskan bahawa PAS akan terus menjadi penjaga amanah bagi memperkasakan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, di mana perubahan yang ingin dilaksanakan adalah semestinya dalam ruang lingkup perlembagaan dengan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pembantu Pengarah Bahagian Pendidikan Politik DAP, Jeff Ooi Chuan Aun, berkata parti itu sememangnya memahami ideologi politik yang dibawa PAS iaitu untuk menubuhkan negara Islam.

"Apa yang dihebohkan hanya untuk memanaskan kita dalam pakatan dan kita tidak akan termakan umpan," katanya.

Selain PAS dan DAP, satu lagi parti dalam pakatan pembangkang ialah Parti Keadilan Rakyat.

Mengenai sama ada terdapat sebarang perjanjian antara ketiga-tiga parti itu bahawa PAS berjanji tidak akan menubuhkan negara Islam sekiranya pakatan itu mentadbir negara, beliau berkata perkara berkenaan di luar pengetahuannya.

"Serasa saya perkara itu (untuk tidak menubuhkan negara Islam) belum pernah dibincangkan," katanya.

Ooi berkata kenyataan Abdul Hadi pada Ahad lalu adalah putar belit media.

"Saya yakin isu ini akan terus berulang terutamanya menjelang pilihan raya kecil Tenang," katanya. – Bernama

NGO mahu jawatankuasa pantau kos hospital swasta dipercepat

Posted: 12 Jan 2011 07:00 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Cadangan penubuhan Jawatankuasa Abitri Perubatan Kebangsaan bagi memantau dan menilai semula caj hospital swasta terhadap pesakit, mendapat sokongan padu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu pelaksanaannya dipercepatkan.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata profesion perubatan kini dicemari dengan kos tidak berpatutan oleh hospital swasta ke atas pesakit.

"Kalau dulu profesion ini dihormati oleh orang ramai kerana perkhidmatannya, namun kini dicemari dengan kos terlampau. Jadi, ia (jawatankuasa) patut dipercepatkan pelaksanaannya," katanya kepada Bernama hari ini.

Jawatankuasa berkenaan bakal ditubuhkan bagi memantau dan menilai semula kadar caj sama ada berpatutan dengan kos yuran doktor dan kemudahan perubatan di hospital berkenaan.

Nadzim berkata pengamal perubatan swasta sepatutnya bersikap adil dalam mengenakan caj perkhidmatan terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

"Sekarang tidak cantik (kos perkhidmatan). Kena ada keadilan terhadap perkhidmatan dan bukan mendapatkan keuntungan yang melampau sehingga membebankan pesakit," katanya.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Presiden Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Datuk N.Marimuthu yang meminta jawatankuasa itu ditubuhkan segera.

"Dengan adanya jawatankuasa ini, pengguna akan berasa selamat dan tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang mengenakan caj yang melampau. Justeru, penubuhan ini harus dipercepatkan demi kebaikan pengguna," katanya.

BAM mahu Misbun timbang semula keputusan letak jawatan

Posted: 12 Jan 2011 06:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahukan jurulatiah perseorangan kebangsaan Datuk Misbun Sidek mempertimbangkan semula peletakan jawatannya demi kepentingan negara terutama pemain-pemain di bawah program "Road To London 2012".

Presidennya Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh berkata walaupun kontrak Misbun sebagai jurulatih itu berakhir pada 31 Disember, sehari selepas beliau menyerahkan peletakan jawatannya, BAM mahukan beliau mempertimbangkan semula keputusannya itu.

"BAM akan menjelaskan kepada Misbun hasil mesyuarat exco hari ini, sebab-sebab dibuat perubahan dalam struktur latihan dan berharap jurulatih itu akan mengubah persepsinya," Mohd Nadzmi memberitahu pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Stadium Juara di Bukit Kiara di sini hari ini. – Bernama

Peruntukan RM1 juta kepada ADUN selangor

Posted: 12 Jan 2011 06:30 AM PST

SHAH ALAM, 12 Jan – Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu bagi membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan termasuk jalanraya dan sistem perparitan.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di sini lewat petang tadi.

Bercakap kepada media, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru katanya lagi, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," katanya.

Dalam pada itu, ditanya samada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata rujukan akan tertumpu kepada kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," jelas beliau lagi.

Jange Bimbe - TG Nik Aziz

Posted: 12 Jan 2011 06:15 AM PST

Nik Aziz minta Pakatan usah bimbang pertemuan 24 Dis


KOTA BARU, 12 Jan – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin pakatan pembangkang dan ahli PAS supaya tidak bimbang mengenai pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di ibu negara baru-baru ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Nik Aziz berkata tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana beliau memperkatakan perkara yang sama dengan apa yang sering dikatakannya sebelum ini.

"Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, sikap saya sama saja sama ada bercakap di dalam atau di luar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Katanya tidak timbul soal beliau perlu memberi penjelasan kepada penyokong-penyokong PAS dan pakatan pembangkang bagi menjelaskan pendirian parti itu berhubung perjumpaan itu.

Sebelum ini, beliau menjelaskan, pertemuannya dengan Tuanku Mizan tiada kaitan dengan isu politik dan pemergiannya adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan Nik Abdul Aziz akan memberikan penjelasan mengenai isu pertemuan '24 Disember' kepada pemimpin pakatan pembangkang dalam tempoh sehari dua lagi bagi mengelak spekulasi terus berlegar. – Bernama

[Raja Petra] Apa Yang Harus Dilakukan Oleh Pakatan Rakyat Supaya Tidak Kalah Dalam Pilihanraya Akan Datang

Posted: 12 Jan 2011 06:00 AM PST



http://gomalaysian.blogspot.com/2011/01/raja-petra-apa-yang-harus-dilakukan.html

Khir Toyo serah balik gelaran ‘Datuk Seri’

Posted: 12 Jan 2011 05:45 AM PST

SHAH ALAM, 12 Jan – Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo berkata beliau telah memulangkan sementara pingat Darjah Kebesaran Negeri Selangor yang membawa gelaran 'Dato Seri', lapor Bernama.

Mohamad Khir menulis dalam blognya di http://www.drkhir.com hari ini bahawa tindakan itu diambil selepas beliau dihadapkan ke mahkamah berhubung tuduhan rasuah membabitkan pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7 di sini.

Katanya, pada pertengahan Disember 2010 yang lalu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memulangkan sementara pingat Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Dato Seri.

"Hari ini Dewan Diraja (Selangor) telah memperkenankan pemulangan semula pingat tersebut.

"Pemulangan semula pingat ini bagi mengelakkan darjah kebesaran negeri turut terpalit dengan sebarang keaiban sepanjang pertuduhan dan perbicaraan yang akan berlangsung (berhubung kes)," katanya.

Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, berkata berikutan itu, semua media dan penganjur program hendaklah menggugurkan nama Datuk Seri dari pangkal namanya dan menggunakan nama Dr Mohamad Khir Toyo sahaja.

Disember lepas, Mohamad Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo No. 8 dan 10, Jalan Suasa 7/1 L, Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah syarikatnya Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Beliau juga telah meletakkan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 8 Dis.

Kalaulah Misbun ada sikap seperti Ruqaya Al-Ghasara…

Posted: 12 Jan 2011 05:30 AM PST

***
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan
"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang menciptakan kamu daripada seorang menjadi ramai. Daripada dirimu, Allah menciptakan isterimu dan daripada kedua-duanya, Allah membiakkan ramai lelaki dan perempuan. Bertakwalah kepada Allah dan dengan nama-Nya, kamu saling meminta antara satu sama lain dan peliharalah hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu." (Surah an-Nisak, ayat 1)
***

KETIKA ini kisah peletakan jawatan Misbun Sidek sebagai jurulatih perseorangan pasukan badminton negara menghiasai bahagian belakang akhbar (seksyen sukan). Sejak di IPT lagi saya meminatinya dan selalu juga membicarakan keunikan Misbun.

Ketika Misbun hebat dengan pukulan pancung dan servis S-nya pada tahun awal 1980-an, pensyarah kami turut membincangkan hal ehwal pemuda dari Kanchong Darat, Banting ini. Antara persoalan mereka mengapa Misbun berlatih dengan berlari di bawah sinaran matahari terik 'tengah hari buta'.

Ada yang menuduh Misbun 'gila' dan tak kurang juga mahu tahu rahsianya Bagi mereka luar biasa sungguh kelakukan pemenang pingat emas Sukan SEA 1981 ini. Malah Misbun berjaya memasuki pertandingan akhir All England pada 1986 di mana dia ditewaskan Morten Frost Hansen.

Ketika zaman kehebatannya, selalu saya impikan alangkah syahdunya jika Misbun Sidek dapat merintis jalan ahli sukan pertama mengenakan pakaian menutup aurat sepenuhnya.

Maksud saya, Misbun pakailah seluar trek panjang bagi menggantikan seluar katuk yang biasa dipakai ahli sukan lelaki. Ketika ada nama itulah, Misbun boleh buat tuntutan dan mengenakan syarat: "Kalau mahu saya main, benarkan saya pakai pakaian menutup aurat sepenuhnya sejajar dengan kehendak agama saya, Islam. Kalau tak, saya berhenti (letak jawatan)."

Mungkin pada awal 1980-an itu, Misbun masih muda; dia tidak terfikirkan hal itu. Tetapi sekarang sudah ada beberapa contoh yang membuktikan ahli sukan yang mengutamakan penampilan menutup aurat sepenuhnya sudah berjaya di peringkat antarabangsa.

Jadi kepada ahli-ahli sukan muda kita termasuk atlit wanita fikir-fikirlah perkara ini, seterusnya bertindaklah seperti pelarian pecut Bahrain, Ruqaya Al-Ghasara.

Kalau anda fikir anda ahli sukan yang hebat (termasuklah ahli sukan angkat berat wanita yang mendedahkan sebahagian buah dadanya) oleh itu terpaksa menayangkan aurat anda, Ruqaya lagi hebat, dia adalah juara acara 200 meter pada Sukan Asia di Doha pada 2008. Malah pada Sukan Olimpik di Beijing 2010, Ruqaya tetap istikamah berhijab.

Namun apa yang saya perhatikan ahli sukan kita gemar meniru pakaian atlit Barat yang hampir semuanya berlari, melompat dan berenang dalam keadaan hampir berbogel. Anda, sebagai jaguh kampung sudah berani lawan Allah SWT, apa agaknya akan anda lakukan jika anda sudah sekelas Ruqaya?

Insaflah, seorang atlit wanita Muslim yang masyhur pada tahun 1980-an dulu dengan kerap berseluar pendek, kini sudah bertudung litup. Anda bila lagi?

Jangan tunggu sehingga pencen, kerana lebih awal bertaubat lagi baik kerana ajal di tangan-Nya, minta-mintalah jangan ketika tengah asyik bersukan dengan seluar katuk, kita jalan, apa macam?

Didoakan semoga semua ahli sukan Muslim kita mempunyai rasa cinta mendalam kepada agama sebagaimana ditunjukkan Ruqaya Al-Ghasara!

http://lanh14.blogspot.com/2011/01/kalaulah-misbun-ada-sikap-seperti.html

ANAK : Isa Samad digesa tarik balik ugutan kakitangan FELDA

Posted: 12 Jan 2011 05:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Pengerusi baru FELDA, Tan Sri Isa Samad digesa menarik balik ugutan terhadap kakitangan agensi tersebut.

Perkara ini dinyatakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang berkata, sekiranya Isa enggan berbuat demikian, pihaknya akan menimbangkan untuk membuat laporan polis terhadap Isa.

"Saya minta Tan Sri Isa Samad menarik balik kenyataan beliau dan jika tidak, kita akan buat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana secara jelas beliau menggunakan kuasa sebagai pengerusi Felda untuk mengugut kakitangan Felda," kata beliau lapor Harakahdaily.

Isa dilaporkan mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan FELDA yang didapati menyokong Pakatan Rakyat dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat itu di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney, dekat sini Ahad lalu.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka Bandar PAS juga berkata, tindakan Isa itu membuktikan bahawa beliau memang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk meraih sokongan kakitangan FELDA yang dilihat semakin cenderung kepada Pakatan Rakyat.

"Saya yakin Isa Samad dihantar oleh Najib Razak untuk menyampaikan maksud agenda politik BN kepada masyarakat khususnya warga FELDA supaya mereka mengekalkan sokongan kepada BN.

"Ini suatu usaha terdesak BN kerana mereka dapat rasakan suasana hari ini sukar untuk BN dapatkan sokongan FELDA," katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai tindakan bodoh Isa, Mazlan mengingatkan kakitangan FELDA agar tidak takut dengan ugutan itu.

"Ini tindakan bodoh beliau sebagai pengerusi FELDA. Beliau tak perlu nak beri amaran atau dan ajar kakitangan macam bapa nak marah anak.

"Saya ingin tegaskan kepada kakitangan FELDA, mereka jangan bimbang dan takut untuk berikan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana ia adalah hak individu.

"Setiap rakyat berkuasa menyokong mana-mana parti politik cuma tinggal lagi bagaimana nak menyesuaikan diri dengan amalan demokrasi iaitu tak boleh campur aduk kerjaya dengan politik," katanya.

Tambahnya, tindakan Isa itu juga akan menjejaskan prestasi kakitangan FELDA yang seharusnya tidak dilibatkan dalam agenda politik BN.

"Daripada awal saya tidak bersetuju orang politik pegang jawatan sebagai pengerusi FELDA sebab ia akan jejaskan hubungan baik antara pengerusi dengan kakitangan.

"Apabila beliau memberikan ugutan begini ia akan menjejaskan prestasi, beri kesan kepada perasaan dan keyakinan kakitangan terhadap profesion mereka.

"Saya yakin 23 ribu kakitangan FELDA, sebahagian besar daripada mereka bersikap profesional dan mempunyai etika. Mereka fokus kepada kerja mereka tapi saya sedih kerana mereka menjadi mangsa orang-orang politik yang terdesak," katanya.

Pelakon Lucah Nasihat Kaum Cina Tolak PAS Dan Negara Islam Di Malaysia

Posted: 12 Jan 2011 05:00 AM PST

Masyarakat Cina Diminta Timbang Implikasi Penubuhan Negara Islam

KUANTAN, 12 Jan (Bernama) -- Masyarakat Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor diminta membuat pertimbangan mendalam mengenai implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata PAS semestinya akan menjadikan agenda itu sebagai satu kenyataan jika dipilih memerintah.

"PAS tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini satu peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya PAS yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.

"Jika PAS mempunyai kuasa dan memerintah, dia kena memenuhi apa yang dia lakukan dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan meraikan warga emas sempena Tahun Baru Cina di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung penubuhan negara Islam dan penguatkuasaan undang-undang Islam dalam satu majlis parti itu di Felda Chemplak Barat, Labis pada Isnin lepas.

Chua berkata MCA bukan menggunakan isu itu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina sebaliknya ia perlu diberi pertimbangan yang mendalam.

"Setiap kali mereka (PAS) akan kata MCA menggunakan ini untuk menakutkan kaum Cina. Kita bukan (menakutkan) dan tak payah menakutkan, dan saya berharap kaum Cina dapat memberi pertimbangan yang mendalam implikasinya," katanya.

Cabar Anwar berdebat, KJ guna talian hayat

Posted: 12 Jan 2011 04:45 AM PST

SHAH ALAM, 12 Jan – Cabaran Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai talian hayat untuk menyelamatkan karier politiknya.

Disamping itu ia sebagai usaha menarik perhatian Presiden Umno kerana menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin kini spekulasi kuat mengatakan Khairy kini sedang bergelut dengan situasi parti yang tidak lagi memerlukannya.

Badrul berkata Khairy cuba meraih kembali kepercayaan Umno dengan menawarkan diri untuk melindungi Najib Abdul Razak.

"Khairy ini dia menteri pun tidak. Dia tidak diiktiraf oleh kerajaan Umno-BN. Jadi bagaimana dia nak cabar Anwar, dia anggota kabinet pun tidak," kata Badrul kepada Selangorkini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Khairy memerlukan bantuan Najib untuk menyelamatkannya dari tuduhan terbabit dalam skandal Alcatel-Telekom.

"Minggu lepas dia merajuk, malah ada blogger blogger Umno yang mendakwa merajuknya itu ada kaitan dengan skandal Alcatel-Telekom, sejauh mana kebenarannya saya tak tahu," katanya lagi.

Badrul berkata demikian mengulas kenyataan Khairy hari ini yang mencabar Anwar supaya berdebat dengannya berhubung isu perbandingan dasar ekonomi Umno-BN dan Pakatan Rakyat.

Khairy turut mencerca Anwar dengan berkata mantan Menteri Kewangan itu tidak sama taraf untuk berdebat dengan Najib.

Khairy berkata demikian selepas Anwar mencabar Najib ke satu debat terbuka selepas Presiden Umno itu memperlekehkan pelan reformasi 100 hari Pakatan Rakyat.

"Sebelum dia sibuk nak berdebat dan mempertahankan sesiapa sahaja. Dia sendiri perlu penuhi amanah dia sebagai MP Rembau. Janji pilihanraya umum ke 12 tidak ditunaikan.

"Pengundi Rembau tidak perlukan dia berdebat dengan Anwar," katanya.

Bandar Raya Alor Setar Dipasang 16 CCTV

Posted: 12 Jan 2011 04:30 AM PST

ALOR SETAR, 12 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah memasang 16 kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh bandar raya ini bagi memantau kejadian jenayah dan kemalangan jalan raya.

Antara kawasan yang dipasang CCTV ialah di persimpangan Jalan Kolam Air, Jalan Tunku Ibrahim/Pekan Rabu, Jalan Sultan Badlishah/Bulatan Maal Hijrah dan persimpangan Jalan Tunku Ibrahim/OCBC Bank.

"Kawasan yang diletakkan CCTV ini ialah kawasan yang dicadangkan oleh pihak polis dan pihak majlis kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang sering berlaku jenayah seperti ragut, rompakan bank dan curi motosikal, selain untuk memantau keadaan lalu lintas termasuklah kemalangan jalan raya," kata Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Khazali Din.

Beliau berkata penggunaan CCTV itu telah dilaksanakan sepenuhnya mulai awal bulan ini yang dikawal dan dipantau dari pejabat MBAS dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Beliau berkata pemasangan CCTV tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan.

Khalid Ibrahim terharu sokongan rakyat terhadap pemerintahan PR Selangor

Posted: 12 Jan 2011 04:15 AM PST

SHAH ALAM, 12 Jan – Kira-kira 400 orang berarak dari Dataran Shah Alam ke pejabat Kerajaan Negeri Selangor di sini bagi menyerahkan memorandum sebagai tanda sokongan rakyat kepada pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Selain itu rakyat turut menyokong usaha kerajaan Selangor mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar.

Perarakan tersebut bersamaan dengan Program Pelancaran Himpunan Rakyat Selangor bersama Kelab Penyokong Menteri Besar (MBSC) dengan usaha untuk mengumpul sejuta tandatangan rakyat Selangor menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dikepalai Pengarah Komunikasi Selangor Dr Badrul Amin Bahrom menyerahkan tandatangan sokongan kepada Tan Sri Khalid.

Pelbagai ragam dilihat dalam perhimpunan berkenaan ada yang membawa bendera Selangor, Jalur Gemilang dan poster menyokong Sultan dan Tan Sri Khalid Ibrahim sambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup PR (Pakatan Rakyat).

Kumpulan itu, sebahagian memakai baju MBSC dan Skuad Komunikasi Selangor.

Dalam ucapan ringkasnya, menteri besar berkata berjanji akan terus menunaikan tanggungjawab untuk berlaku amanah, bersih dan cermat mentadbir negeri.

"Saya amat terharu atas sokongan ini," katanya.

Manakala Badrul Amin pula mencabar parti lawan Umno supaya menerima cadangan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan jawatan tertinggi negeri, termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Kuasa ini telah dirampas oleh Umno pada tahun 1993," katanya disambut sorakan daripada peserta.

Majlis itu bersurai setelah Hasan membacakan doa untuk kesejahteraan kerajaan Selangor bawah Pakatan.

Turut hadir exco Selangor Hasan Ali, Dr Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Iskandar Samad, Ean Yong Hian Wah dan beberapa wakil rakyat Pakatan, antaranya Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Abdullah Sani (PKR-Kuala Langat), Gan Pei Nei (PKR-Rawang).

Budaya 'Cantas' Penghalang BN Tawan Semula Kedah, Kata Dr Mahathir

Posted: 12 Jan 2011 04:00 AM PST

JITRA, 12 Jan (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan pada kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.

Beliau berkata selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri tersebut.

"Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan jubli perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu, di sini pada Rabu.

Bekas Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang BN merampas semula Kedah selepas rombakan badan perhubungan Umno negeri yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai pengerusi dan anaknya Datuk Mukhriz menjadi timbalan pengerusi.

Mengulas pelantikan Mukriz, Dr Mahathir berkata beliau tidak campur tangan dalam karier politik anaknya itu.

"Waktu jadi perdana menteri dulu pun saya larang anak saya terlibat politik takut orang kata dia anak perdana menteri, dan sekarang ni bapa dia dah tak jadi perdana menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan," katanya.

Sementara itu mengenai GiatMara, Dr Mahathir berkata organisasi itu harus mengembangkan sayapnya ke peringkat antarabangsa untuk mendapatkan kemahiran baru bagi pelatihnya.

Setakat ini katanya, beliau berpuas hati dengan prestasi organisasi itu yang telah banyak membantu golongan muda.

GiatMara ditubuhkan pada November 1986 dan sehingga kini terdapat 209 pusat di seluruh negara yang menawarkan pelbagai latihan kemahiran kepada belia.

Suara kekecewaan, geli hati antara soalan di Twitter Najib

Posted: 12 Jan 2011 03:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Banyak gembar-gembur isu, suara kekecewaan, malah tidak kurang juga tulisan yang menggelikan hati yang timbul hari ini di Twitterjaya – nama jolokan untuk komuniti blog mikro Twitter di Malaysia.

Tulisan berkenaan timbul berikutan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuka ruang selama sejam untuk menerima soalan-soalan ke laman berkenaan bermula jam 4.30 petang semalam.

Najib meminta pengguna Twitter mengemukakan soalan itu melalui label (hashtag) #tanyanajib dan akan "mengambil kira" semua soalan yang diajukan.

Selain Twitter, Najib juga membuka ruang sama di laman sosial Facebook beliau.

Berikutan itu, Najib menerima soalan bertalu-talu daripada para pengguna laman sosial berkenaan sehingga beliau melanjutkan masa untuk menerima soalan yang diajukan.

"Memandangkan respon yang menggalakkan, saya memanjangkan masa #tanyanajib hingga ke 6ptg, supaya anda semua boleh mengajukan soalan," kata Najib kepada lebih 57,000 pengikutnya di laman tersebut.

Langkahnya itu juga membolehkan label #tanyanajib muncul dalam senarai sepuluh trend Twitter paling popular.

Populariti itu bagaimanapun masih belum mengatasi rekod tulisan Twitter untuk penjaga gol kebangsaan Fahmi Che Mat yang menjadi tersohor ketika perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 bulan lalu.

Bagaimanapun, ramai di kalangan pengguna Twitter mengambil peluang hari ini untuk menjadikan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai bahan jenaka.

Ada yang menimbulkan isu gaya rambut Rosmah, dan tidak kurang juga yang menimbulkan persoalan berhubung kematian tragis wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Pengguna yang lebih serius pula ada di kalangannya yang menimbulkan isu kos sara hidup, undang-undang yang menindas serta tahap perkhidmatan pengangkutan awam dan pendidikan.

Menurut pejabat Perdana Menteri, Najib akan menjawab soalan terpilih melalui satu siaran video di laman YouTube.

Berikut beberpa soalan yang diajukan itu:

@NajwanHalimi: Nak #tanyanajib betul ke Rosmah pakai susuk dan main bomoh?

HilmiIsmaill #tanyanajib How does is feel to sleep next to Rosmah? Mendebarkan tak?

MrKayMY #tanyanajib @NajibRazak DS Rosmah ke Riyadh sbg wakil kerajaan Malaysia ke? Kalau ye, kenapa dia?

kev_Q #tanyanajib @NajibRazak Sir, I like your wife's album but where can I obtain the album karaoke version because YouTube seems to delete it.

@aleffush Apa dalam rambut Rosmah?

@tashny: Who do you think would win in a fight: Batman or Darth Vader?

@dawsydozz #tanyanajib apa rahsia bibir yang mengiurkan? Merah jambu gitu

@badkitteyh: #tanyanajib What do you think of CM Lim Guan Eng punya hairstyle?

dearfirdaus #tanyanajib kenapa masih ada rakyat malaysia berperangai seperti babun? lihat sendiri di sesi #tanyanajib . adakah kerana kurang didikan?

faisalmustaffa #tanyanajib ada jumpa Altantuya tak di Paris itu hari?

@jayong28: Kenapa Student uni tak boleh terlibat dalam apa-apa politik tapi budak 14 tahun tak habis PMR boleh kawin? #tanyanajib

fareezakmal@ #tanyanajib #fb Mengapa YAB PM kerap tweet dlm Ingeris dan bukan Bahasa Malaysia?

@NajibRazak. Kenapa banyak kesangsian dalam PERMATA dan sejauh mana kredibiliti Pengerusinya dalam hal ini? #tanyanajib #nkra

NaqibMohamad Naqib Mohamad #tanyanajib altantuya ape citer? OMG! may she rest in peace.

NatAsasi @najibrazak #tanyanajib salam 1 malaysia, PM , boleh kah barang2 dan harga2 yang telah naik diturunkan kembali ? Mesti mustahil kan..

eklern EkLern™ Tan #tanyanajib your official/non-official car , pump ron97 or you pun ambik subsidi ?

aky103 ahmad khairy yahya #tanyanajib kepimpinan melayu atau ketuanan melayu?

Sengkeat66 #tanyanajib kenapa ada sekolah lagi yang tak ada elektrik and air?KENAPA??

akmalnasir Akmal Nasir #tanyanajib mengapa12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan defisit?

Sumber Malaysiakini.

Berani Cakap, Ajak Debat Pengecut Pulak Najib

Posted: 12 Jan 2011 03:45 AM PST

Program 100 Hari: Tiada manfaat debat dengan Anwar, kata Najib
Oleh Asrul Hadi Abdullah Sani

PUTRAJAYA, 12 Jan – Datuk Seri Najib Razak mengetepikan cabaran ketua pembangkang yang mengajak beliau berdebat dengannya berhubung dasar-dasar ekonomi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat cabarannya semalam ekoran kecaman Najib mengenai inisiatif Pakatan Rakyat itu kelmarin.

Bagaimanapun Anwar membalas dengan berkata, Pakatan Rakyat mampu untuk membiayai Program 100 Hari mereka yang hanya memerlukan dana RM19 bilion.

Najib enggan mengatakan beliau menolak debat itu tetapi menegaskan, harus ada hasil daripada debat yang hendak diadakan.

"Jika kita mahu debat, mesti ada hasil daripada debat itu.

"Saya tidak melihat perkara itu dan apa yang penting ialah pandangan publik," kata beliau selepas menghadiri majlis makan tengah hari meraikan pasukan bola sepak negara yang membawa pulang Piala Suzuki AFF di Seri Perdana di sini.

Kata beliau, kedua-dua Pakatan dan BN boleh mengemukakan dasar-dasar ekonomi mereka dan ia harus diputuskan untuk orang ramai.

Semalam, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin mencabar Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat agar berdebat dengan beliau daripada mengajak Najib berbuat demikian.

Khairy melihat ketua pembangkang itu bukan standard Najib yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN.

"Saya tidak akan menahan beliau," kata Najib.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula mencabar Anwar berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Semalam, Anwar mencabar Najib berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri.

Najib says no point to debate with Anwar

Posted: 12 Jan 2011 03:30 AM PST

By Asrul Hadi Abdullah Sani

PUTRAJAYA, Jan 12 – Datuk Seri Najib Razak dismissed today a challenge by Datuk Seri Anwar Ibrahim to an open debate on economic policies, pointing out that voters did not need such an exercise to decide if they wanted Barisan Nasional (BN) or Pakatan Rakyat (PR) in Putrajaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim made the challenge after the prime minister scoffed at PR's 100-day programme by describing it as "too good to be true" and claiming that the country would go bankrupt if the initiatives were implemented.

But Anwar hit back and said that if his coalition took over the federal government it would be able to fund the reforms by stamping out corruption.

Najib did not refuse outright the challenge to debate but questioned the point of such an exercise.

"If we want to debate, there must be an outcome from the debate.

"I do not see one and what is important is public opinion," he told reporters after attending a luncheon with the national football team at Seri Perdana here.

He said both PR and BN could present their respective economic policies for the public to make an assessment.

The federal opposition coalition had promised in its convention last month that it would offer teachers an additional RM500 allowance per month, eliminate toll charges on highways and maintain subsidies on fuel.

Yesterday, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin also challenged Anwar to hold a debate with him instead of the prime minister, claiming that the opposition leader "is not up to Datuk Seri Najib Razak's level."

"I will not stop him," Najib added.

Yesterday, PR leaders made a rigorous defence of their 100-days reforms.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng had touted his administration as proof that PR's 100-day promises would not bankrupt government coffers.

He said that since PR took over Penang in 2008, it had executed various welfare programmes but still achieved record budget surpluses.

Anwar also defended the plan by stating that it would only cost RM19 billion and that would come from stamping out corruption.

Lim echoed this sentiment by claiming that Penang had hit a record RM88 million surplus in 2008 and RM77 million in 2009 through "the dividends of anti-corruption" measures.

CM tells Tsu Koon Pulau Jerejak problems are of his own doing

Posted: 12 Jan 2011 03:15 AM PST

By Debra Chong

GEORGE TOWN, Jan 12 – In Penang, the spats between the ruling Pakatan Rakyat (PR) state government and its rival Barisan Nasional (BN) faction have grown more strident and public as Prime Minister Datuk Seri Najib Razak mulls calling for the 13th general elections this year.

Penang Chief Minister Lim Guan Eng today called his predecessor, Tan Sri Koh Tsu Koon, irresponsible for blaming problems faced during the state BN's recent camp at the Tropical Island Resort (TIR) at Pulau Jerejak on the new administration.

Pulau Jerejak is a 362-hectare island off the eastern coast of Penang, which once served as a penal and leper colony.

"He is not satisfied because there was no key to the boat and there was a snake in the storeroom," Lim said in a media statement today, referring to the Gerakan president and state BN chief.

The DAP secretary-general said Koh should not blame PR because the jetty at Bayan Bay and Pulau Jerejak was managed by the resort company, which was granted the project by the previous BN administration.

TIR is a joint-venture partnership between Putrajaya-linked UDA Holdings and state-owned Penang Development Corporation (PDC) with shares split 51 per cent and 49 per cent respectively

Lim, who is also PDC chairman, said the project had caused the state agency to suffer a RM19 million loss which it cannot recoup.

He said almost all usable land on the former leper colony had been handed over to UDA during Koh's 15-year tenure as chief minister.

Lim dared Koh to explain for the loss.

"Is Koh brave enough to explain the new RM19 million scandal in Pulau Jerejak?" the first-term CM challenged.

"Or is he going to wait until March?" he added, mocking Koh's promise that there are surprises in store for the PR state government.

Lim had earlier this week dared Koh to disclose why the state government had to pay RM40 million over the Tang Hak Ju land scam and why the Seberang Perai Municipal Council (MPSP) suffered a RM230 million deficit for seven years.

Pemain Dan Jurulatih Terima Habuan RM65,000 Seorang Juarai Piala AFF Suzuki

Posted: 12 Jan 2011 03:00 AM PST

PUTRAJAYA, 12 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki pada bulan lepas.

Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di sini Rabu.

Pada majlis yang turut dihadiri menteri-menteri kabinet, Najib berkata imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara.

Katanya Kementerian Belia dan Sukan akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat julung kalinya dengan menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 setelah menang 3-0 di sini dan kalah 2-1 di Jakarta.

Ada banyak rahsia tak terburai: Ahli Parlimen BN kecewa bertemu PM hanya 5 hingga 10 minit

Posted: 12 Jan 2011 02:30 AM PST

Berita besar minggu kedua, bulan Januari 2011, Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen (MP) BN di PWTC bertujuan mengetahui keadaan di kawasan diterajui wakil-wakil rakyat terbabit.

Kesannya, rata-rata MP yang bertemu dengan Najib ini melahirkan rasa kecewa yang amat sangat kerana mereka bukan berbincang 'empat mata' sahaja, sebaliknya bersama-sama Najib adalah Setiausaha Agung BN, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sudahlah selama ini mereka susah mahu meminta bertemu PM, kini, apabila PM menjemput mereka mengadakan pertemuan dalam masa lima hingga 10 minit, ada pula orang lain yang menyebabkan pertemuan antara MP BN dengan PM dianggap sebagai tidak berjaya.

Seorang MP Umno dari Sabah memberitahu, dia dijemput masuk bertemu dengan Najib bersama-sama MP dari Sabah yang mewakili PBS. Jika ada masalah dia dengan PBS di Sabah, bagaimana kah harus dia bercakap dengan PM ketika ada wakil PBS di bilik berkenaan yang boleh mendengar semua perbincangan?

Seorang lagi MP Umno dari Pahang pula memberitahu, sepatutnya Najib lebih bersedia untuk berjumpa dengan mereka, bersama-sama maklumat kawasan masing-masing. Tidak perlu bertanya kepada MP yang datang menemuinya dengan soalan-soalan kurang perlu seperti, "berapa majoriti awak dulu?" sedangkan semua maklumat ini tentunya patut ada di tangan PM yang serba tahu itu.

Ini antara cerita yang dibawa keluar. Sama-sama mereka, di kalangan MP nampak mereka tidak puashati. Mereka tidak dapat meluahkan sepenuhnya apa yang terbuku di hati kerana Najib mempunyai teman di bilik pertemuan itu, sedangkan dalam politik, ketua mereka ialah Najib seorang sahaja di peringkat Pusat.

Tafsiran di luar, Najib sebenarnya mahukan kemenangan dalam PRU-3 akan datang. Kemenangan yang beliau harapkan tentulah kemenangan kerusi-kerusi Parlimen yang boleh memberikannya tempat di Putrajaya semula.

Ketika beliau mengakui "kita mahu dipilih semula", harapannya banyak bergantung kepada prestasi MP-MP BN ini, selain berhasrat merampas sebanyak mungkin kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang. Malangnya, MP BN yang hanya tinggal 135 orang ini pun, Najib masih tidak bersedia melayani mereka sepenuh hati, dengan menjemput mereka mengadakan pertemuan hanya lima hingga 10 minit seorang, sedangkan Najib tahu bahawa tanpa MP BN ini, beliau pun tidak akan berada di kedudukannya sekarang.

Barangkali ini yang dikatakan slogan "1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Najib terlalu sibuk hingga MP yang meletakkannya di Putrajaya hanya mampu disantuninya setakat lima minit sedangkan semua MP inilah yang mempertahankannya di Parlimen dari serangan blok pembangkang.

Agaknya, sebagai tanda terima kasih, selepas Najib pulang dari bercuti, maka semua MP ini dijemput bertemu dengannya, setiap orang hanya lima minit kerana bimbang kalau lebih waktu yang diberikan, MP BN ini akan menghulurkan sampul surat permohonan projek runding terus. Najib sebenarnya boleh memperuntukan lebih masa untuk mengadakan pertemuan dengan MP BN ini jika beliau benar-benar ikhlas mahu berjumpa dengan mereka.

Apa salahnya, jika Najib mengambil masa sebulan, dengan menemui sehari 10 MP BN sahaja di pejabatnya dan diteruskan secara bergilir-gilir sehingga selesai berjumpa 135 MP BN ini? Kenapa perlu diadakan di PWTC di mana letaknya Ibu Pejabat Umno dengan turut dihadiri ramai orang luar yang tentunya "menyesakkan fikiran MP BN" ini ketika sebelum dan selepas bertemu dengan PM?

Betullah langkah bertemu itu. Tetapi jikalau pertemuan sekadar melepaskan batuk ditangga, hanya memenuhi kalendar seorang PM, tetapi dalam masa yang sama, soal hati rakyat dan soal hati wakil rakyat tidak dapat diluahkan sepenuhnya – apalah maknanya pertemuan singkat itu?

Terlalu hebatlah PM Najib jika hanya dengan pertemuan lima minit, beliau dapat memberitahu dan mengetahui pandangan mereka serta situasi di setiap kawasan Parlimen seperti apa yang dianggap ini merupakan transformasi politik Umno dan BN.

Bukan setakat PM Najib hebat, malahan, MP BN juga merupakan orang yang hebat-hebat kerana mereka mampu mencurahkan segala-gala masalah dan aduan kepada PM dalam masa lima minit dalam keadaan masalah diri masing-masing pun ada yang masih tidak mampu diselesaikan.

Bagi MP BN dari kalangan Umno, mereka mungkin mempunyai peluang kedua mengadakan pertemuan dengan PM Najib kerana Najib dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu mengakui jika ada masa, beliau akan bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian pula selain Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), tetapi bagi MP BN yang bukan dari kalangan ketua Umno bahagian, apakah mereka masih berpeluang bertemu dengan PM Najib?

Usahlah orang biasa, rakyat marhain dan kakitangan kerajaan berangan-angan mahu bertemu dengan PM Najib jika apa yang Najib lakukan terhadap MP BN ini diambil kira. Bayangkan, MP BN yang menyebabkan Najib berada di kerusi PM dan kekal di Putrajaya pun hanya dilayan seperti ini, bertemu entah berapa tahun sekali, sekadar lima minit, apakah PM Najib mempunyai masa untuk bertemu dengan rakyat terbanyak?

Maka, jika Najib turun ke kampung-kampung, Najib mungkin akan diterima setakat lima minit sahaja oleh rakyat di kampung kerana mereka juga mempunyai kesibukan untuk meneruskan kehidupan seharian, bagi menanggung anak-anak dan keluarga yang memerlukan perbelanjaan.

Adalah lebih baik jika Najib tidak perlu mengadakan pertemuan lima minit ini dengan MP BN, melainkan meminta mereka menulis apa sahaja yang mereka mahu sampaikan dan dihantar kepadanya melalui pos. Jika tidak, email sahaja apa yang terbuku di hati supaya soal hati rakyat dapat disampaikan dengan cukup sempurna.

Usah sesiapa terkejut jika selepas ini, ada menteri-menteri juga akan memberi masa lima hingga 10 minit kepada MP BN ini untuk bertemu kerana tauladan sudah ditunjukkan PM Najib dalam pertemuan minggu kedua, tahun baru 2011 yang lalu.

http://sanggahtoksago.blogspot.com/2011/01/ada-banyak-rahsia-tak-terburai-ahli.html

Maka, MP BN bolehlah beranggapan bahawa, Najib dan kepimpinan BN sebenarnya tidak pernah sedar bahawa mereka bukannya mesra rakyat. Dalam keadaan mereka bukannya kuat sangat sekarang ini, pun mereka menyantuni MP BN dengan lima minit, bagaimana agaknya jikalau BN menang besar semula selepas ini?

Apakah MP BN selepas ini hanya disantuni seminit setiap orang kerana waktu kemenangan besar kelak, bukan 135 MP BN, tetapi lebih lagi. Jadi, untuk menyedarkan PM Najib dan mereka yang sewaktu dengannya, kalahkanlah mereka dalam PRU 13 akan datang!

Shuhaimi denies quitting or avoiding the media

Posted: 12 Jan 2011 02:16 AM PST

By Boo Su-Lyn

SHAH ALAM, Jan 12 – Beleaguered Sri Muda assemblyman Shuhaimi Shafiei today denied that he was "running away" from the media or that he has quit as a lawmaker.

Shuhaimi appeared for the first time since Friday to have his statement recorded at the district police headquarters here over reports lodged against him for sedition by pro-Umno groups.

"I am not running away from the media," Shuhaimi told reporters today.

"Rumours that I am running away from the media are all just lies," he said, adding that he had just returned from Indonesia two days ago.

Tiada ulasan: