Rabu, 12 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kenyataan Media: Program 100 Hari Pakatan Rakyat

Posted: 12 Jan 2011 03:00 PM PST


Saya petik:
Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka.

Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion.

Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion.

Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN.

Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini.

Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan:

1.Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun.

2.Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

3.Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun.

4.Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion.

Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
11 JANUARI 2011 


SUK Selangor Akan Guna Polis Halang Sidang DUN Tergempar?

Posted: 12 Jan 2011 02:25 PM PST


Saya petik e-mel yang didakwa oleh TB Malaysia Wave diterimanya berkaitan dengan Sidang DUN Tergempar yang bakal diadakan pada 24 Januari nanti:
Assalamualaikum Tuan Haji Tulang Besi,

Saya orang dalaman UMNO. Tapi, saya juga adalah peminat blog tuan. Saya nak bagitau Tulang Besi ada desas desus Khusrin akan menggunakan PDRM untuk halang Sidang DUN tergempar 24 Januari nanti. Alasanya Sidang DUN itu akan membincangkan perkara yang tidak diperkenankan oleh Duli Tuanku Sultan Selangor.

Oleh kerana perlantikan Khusrin ini dianggap "sah" setakat ini, PDRM tidak akan teragak-agak untuk bertindak mengikut arahan SUK. Setakat itu buat masa ini. Kalau ada maklumat lain, saya akan bagitau Tuan Haji Tulang Besi kelak.

Wassalam

"Simpatisan MB Selangor Dalam UMNO"

P/s: Tidak mustahil. Ingat kes rampasan kuasa di Perak?
 
 

Baru Berusia 12 Tahun, Tetapi Sudah Aktif Melakukan Seks dengan 15 Lelaki

Posted: 12 Jan 2011 06:45 AM PST


Pada usia 12 tahun, seorang kanak-kanak perempuan sudah aktif melakukan seks dengan 15 lelaki berbeza.  Salah seorangnya ialah lelaki berusia 35 tahun, hampir tiga kali ganda daripada usia kanak-kanak itu seperti yang dilaporkan oleh The New Paper. Kejadian yang berlaku di Singapura ini berlaku pada sekitar tahun 2008 yang lalu. 

Rahsia gelap kanak-kanak ini terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dan muntah-muntah. Dia dirawat di National University Hospital dan hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa dia hamil. Pada waktu itu, kanak-kanak itu baru mencecah usia 13 tahun dan telah mengaku melakukan hubungan seks dengan "beberapa orang lelaki". Pengakuan kanak-kanak itu telah mendorong polis membuat siasatan dan hasilnya enam pasangan seks kanak-kanak ini berjaya dikesan dan ditahan.

 
Salah seorang daripada lelaki itu mengaku melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur itu ialah guru pelatih di
National Institute of Education. Lelaki berusia 23 tahun itu mengaku melakukan hubungan seksial dengan kanak-kanak itu yang pada ketika itu berusia 12, di apartmennya sekitar bulan September 2007.

Guru pelatih dan lima lelaki lain yang melakukan seks dengan kanak-kanak itu telah dikenakan denda dan hukuman penjara. Pada ketika hukuman dijatuhkan kesemua tertuduh berusia antara 19 hingga 35 tahun.

Sembilan lelaki lain masih disiasat, didakwa dan kes mereka masih berjalan.

Trend remaja melakukan seks pada usia terlalu muda bukanlah kes terpencil kerana berdasarkan statistik  terdapat peningkatan jumlah kes melibat kes seumpama itu di Singapura. Malangnya, trend yang sama kini semakin menjadi-jadi di Malaysia. Buktinya,baru-baru ini dilaporkan budak lelaki berusia 10 tahun telah ditahan kerana disyaki merogol budak perempuan berusia 9 tahun./www.duniacacamarba.blogspot.com


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

[Video] Akhirnya, Najib Bagi Jawapan DEBAT...

Posted: 12 Jan 2011 04:08 AM PST


Baru tengah duduk berehat sambil menonton berita Astro AWANI muncul berita yang memaparkan PM Najib di majlis ramah mesra meraikan skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala AFF Suzuki. Apabila ditanya tentang cabaran debat Anwar, Najib akhirnya tanpa segan silu rela membiarkan orang ramai melabelkan beliau sebagai "penakut" selepas berdolak-dalik untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang itu berkaitan dengan Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan isu ekonomi yang lain. Kata Najib, "DEBAT TIDAK BERHASIL". Terperincinya Najib memberitahu pemberita, "Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat."

Dalam pada itu, Najib tidak akan menghalang jika ada pihak lain dalam UMNO/kerajaan untuk berdebat dengan Anwar. Berita AWANI kemudiannya menyiarkan kenyataan  KJ yang kelihatan angkuh menyatakan kewajarannya berdebat dengan Anwar. Nada KJ hari ini jauh berbeza tatkala dia mengumumkan bahawa dia tidak akan mempertahankan kerusi MP di Rembau baru-baru ini. Sudah bertukar fikirankah KJ?/www.duniacacamarba.blogspot.com




Sebelum itu, Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR menyatakan, "Saya mencabarnya kerana beliau (Najib) berkata kita memperolokkan rakyat, maka sebaiknya Najib sebagai seorang tokoh negara tampil secara berani menyahut dan mempertahankan hujah masing-masing."





* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. 



[PANAS] Siapa Ahli Politik Terkenal Perak Ramas Buah Dada Jurusolek?

Posted: 12 Jan 2011 12:35 AM PST

Ops, silap gambar, bukan ahli politik yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Ahli politik yang dibicarakan di bawah ini, ahli politik terkenal Perak. Siapa?

Saya petik:
[MK] Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

"Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan," kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

"Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris."

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

"Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendakwa atau tidak individu berkenaan," kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut. - Kuek Ser Kuang Keng

P/s: Jangan bimbang saudara-saudari kerana sedikit masa lagi identiti pemilik tangan lahanat itu akan terdedah.

[Kemas Kini] Ahli MCA Mahu Bunyi Azan Dikawal & Diperlahankan. Bayangkan Kalau Ahli PKR atau DAP yang Tulis?

Posted: 11 Jan 2011 11:30 PM PST


Berdasarkan surat rasmi di bawah ini, seorang peguam yang mendakwa sebagai ahli seumur hidup MCA  tidak berpuas hati dengan bunyi azan yang didakwanya terlalu kuat di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, berdekatan dengan tempat tinggalnya, iaitu Pantai Hill Park. Justeru, ahli MCA ini telah menulis surat kepada PM Najib untuk mengadu tentang hal itu.

Selain Najib, surat bertarikh 20 Disember 2010 ini turut dihantar kepada Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz, dan Koh Tsu Koon melalui faks dan e-mel.




Sumber gambar: Payahsungguh
P/s: Isu ini tidak riuh dibicarakan di blog pro-UMCO, langsung tidak dibicarakan di TV3, RTM, mahupun Utusan.

Tujuan saya menyalin dan menampal surat aduan ini bukanlah mahu memberikan komen tentang hal tersebut kerana situasinya tidak saya ketahui, malah jauh sekali untuk menjadikannya suatu provokasi. Saya menyiarkan surat ini sekadar membuat perbandingan reaksi/respon pemimpin dan jurublog UMCO jika surat berkenaan ditulis oleh ahli DAP atau pemimpin parti itu.

Jika surat ini ditulis oleh orang DAP, saya ramalkan isi surat ini akan disiarkan pada halaman hadapan Utusan Malaysia dan sudah tentu dua-tiga muka surat akhbar itu akan berisi ulasan dan kutukan pemimpin UMCO dan pihak yang sewaktu dengannya. TV3 sudah dengan riak wajah pembaca beritanya akan membicarakan kandungan surat ini selama beberapa hari. Jurublog UMCO pula akan menulis di blog masing-masing dengan pelbagai macam bentuk tulisan berbentuk provokasi./www.duniacacamarba.blogspot.com


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.




[Edisi 7/1] Top 200 Blog Terpilih Malaysia, DUNIACACAMARBA No. 36 [Top Ranking Online]

Posted: 11 Jan 2011 10:00 PM PST

(Kredit: Top Ranking Online)
Berdasarkan ranking Top 200 Ranking Online bertarikh 7 Januari 2011, DUNIACACAMARBA kini berkedudukan 36 daripada 200 blog terpilih Malaysia.

Carta kali ini turut memasukkan blog dan laman sesawang pemimpin dan tokoh politik negara seperti Che Det, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, dan sebagainya.

Namun yang meresahkan saya apabila senarai 50 blog yang menduduki tempat teratas carta, hanya berbelas-belas blog mesra Pakatan Rakyat yang berjaya tersenarai. Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana sudah menulis tentang hal ini dalam kiriman yang lalu.

Walau bagaimanapun, TERIMA KASIH banyak-banyak kepada pengunjung dan pembaca.


P/s: Siapa sangka blog pro-UMCO yang terkulai layu sebelum PRU 2008 kini sudah mendominasi media alternatif? Buka mata!


 

Gadis Diculik, Dibelasah, Dirompak, Dirogol & Diliwat 3 Jahanam

Posted: 11 Jan 2011 07:00 PM PST


Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.

Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.

"Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.

"Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya," katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.

"Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.

"Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa," katanya.

Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

"Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat.-Hadzlihady Hassan dan Suraya Roslan

P/s: Tragis & sadis.Moga-moga syaitan tiga jahanam itu berjaya diberkas. Wanita, sila berhati-hati!

[Kemas Kini] Siapa ADUN PR Selangor yang Akan Meletakkan Jawatan Hari Ini?

Posted: 11 Jan 2011 05:45 PM PST


Saya petik:
[MSO] Seorang Adun Selangor yang menjadi perhatian dan sasaran golongan redikal dua tiga hari lepas katanya akan membuat kejutan pagi ini dengan mengumumkan perletakan jawatan. Belum dipastikan apakah Adun itu akan melepaskan kerusi yang disandang kini ataupun jawatan dalam kerajaan dan parti.

Katanya pengumuman akan dibuat pagi ini di pejabatnya di Shah Alam.

Sekiranya benar berlaku perletakkan jawatan Adun berkenaan ia akan membuka satu lagi polemik dalam politik Selangor. Peristiwa itu akan dipergunakan oleh UBN untuk terus menyerang Pakatan Rakyat.

Apakah ini sebahagian lagi daripada episod pihak tertentu yang hendak menggoncangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?

P/s: Kalau ikut logik, tiada isu pun yang mendorong ADUN PR Selangor meletakkan jawatan. Fokus ADUN PR Selangor kini ialah Sidang DUN Tergempar yang dijadualkan akan diadakan pada 24 Januari ini. Walaupun, jurublog UMCO menyebarkan berita bahawa ADUN Sri Muda akan meletakkan jawatan, saya kira berita itu hanya khabar angin semata-mata. Tiada sebab ADUN Sri Muda perlu meletakkan jawatan kerana beliau bukannya menghina Sultan seperti yang digembur-gemburkan media pro-UMCO.

Persoalannya, adakah MSO memperoleh sumber maklumat yang sama dengan jurublog pro-UMCO? Jika sumbernya sama, maka saya rasa abaikanlah sahaja khabar angin ini./www.duniacacamarba.blogspot.com


Berkaitan:
SMS kononnya ADUN Sri Muda akan meletakkan jawatan yang kini hangat di blog pro-UMCO:
Adun Sri Muda nak letak jawatan
Hebahan media; segala hrmtnya jempt ke Sidang Media Yb Tuan Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda akan umum p'letakan jawatan sbg Adun di pej Jln anggerik vanila 31R Kota kemuning (tel 5122 0050) jam 10.30 pagi 12 Jan (rabu).

Sah Palsu:
* SMS Palsu Tersebar Kononnya Shuhaimi Letak Jawatan 



Perogol Anak Yatim & "Ustaz" Pencabul

Posted: 11 Jan 2011 04:00 PM PST


Di Kosmo hari ini dilaporkan bahawa tertuduh Mohd. Zolkiffly Ibarahim, 26 seorang peniaga dikenakan hukuman penjara penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka semalam. Hukuman itu bersabit dengan kesalahan mencabul dan merogol seorang anak yatim bawah umur yang baru empat hari dikenalinya.

Kedua-dua hukuman tersebut walau bagaimanapun dijalankan secara serentak dan hal ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama lapan tahun sahaja.

Selayaknya, pemuda ini juga harus dikenakan hukuman sebat agar menjadi pengajaran seumur hidup.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian lain di Sekitar Nibong Tebal, seorang guru agama ditahan polis selepas didakwa mencabul budak berusia 14 tahun ketika mengubati penyakit budak tersebut dengan kaedah rawatan pelik, iaitu mandi bersamanya pada Ahad lalu.

Mangsa dan ibunya dikatakan datang ke rumah suspek kira-kira pukul 8.30 pagi kerana dikatakan terkena sihir dan kerap bergaduh dengan adik-beradiknya.

Menurut, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Shafien Mamat berkata, sebelum rawatan dijalankan di dalam sebuah bilik tidur, suspek telah meminta ibu mangsa supaya menunggu di luar bilik

 Siapa yang salah? Si anak atau si mak? Sikap mak yang terlalu percaya kepada lelaki yang dikatakan guru agama ini menyebabkan anaknya dicabul dan berhadapan dengan trauma seumur hidup!/www.duniacacamarba.blogspot.com


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih. 



Isu SUK: Bukti Perlembagaan Selangor Sememangnya Dipinda UMCO 1993

Posted: 11 Jan 2011 03:30 PM PST


Saya petik:
[KS] Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri sedang hebat dibincangkan di kalangan rakyat Negeri Selangor khususnya dan Malaysia secara amnya. Sehubungan dengan itu, saya ingin mengemukakan isi kandungan perlembagaan Negeri Selangor berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan, sebelum dan selepas pindaan yang dibuat oleh BN pada tahun 1993. Berdasarkan apa yang dikemukakan, tuan-tuan dan puan-puan bolehlah membuat keputusan sendiri akan siapa sebenarnya yang merampas kuasa Sultan dan kerajaan Negeri dan menyerahkannya kepada kerajaaan Pusat.

PERLEMBAGAAN SEDIA ADA SELEPAS PINDAAN
LII.(1) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri: dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

PERLEMBAGAAN SEBELUM PINDAAN (Maaf yang dalam BM tiada. Saya catit dalam BI dan terjemah)

LII. (1) His Highness shall on the recommendation of the appropriate Service Commission by instrument under His Sign Manual and the State Seal appoint a person holding whole time office in the public services to be the State Secretary, the State Legal Adviser and the State Financial Officer respectively.

Provided that before acting on the recommendation of the Service Commission His Highness shall consider the advice of the Menteri Besar and may once refer the recommendation back to the Commission in order that it may be reconsidered.

Terjemahan oleh saya
LII. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah melantik berdasarkan cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan berkenaan melalui Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam sebagai Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Asalkan sebelum bertindak mengikut cadangan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Baginda mempertimbangkan nasihat dari Menteri Besar dan boleh merujuk semula cadangan tersebut kepada Suruhanjaya satu kali untuk ianya dipertimbangkan kembali.
Harap dimaafkan sekiranya terjemahannya tidak setepat yang diinginkan, kerana bahasanya merupakan bahasa undang-undang yang agak rumit. Namun secara dasarnya maksudnya tidak lari, insyaAllah.


Apa yang penting, sebelum 1993, peranan DYMM Sultan disebut dan begitu juga peranan Menteri Besar. Walaubagaimanapun, selepas 1993, pindaan yang dibawa oleh 'Mamak Bendahara' yang gila kuasa langsung tidak memberikan apa-apa peranan kepada Sultan atau pun Menteri Besar. Perkara ini tidak hanya melibatkan Setiausaha Kerajaan tetapi juga Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri! Maka inilah sebabnya mengapa DYMM Sultan Selangor bertitah kepada TS MB, bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak orang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

Kalau mengikut teks perlembagaan, maka restu DYMM pun tidak diperlukan, namun secara adat kebiasaan, ianya dipinta. Begitu juga upacara angkat sumpah di hadapan DYMM Sultan. Apabila kedua-dua ini dilakukan, maka ianya digunakan oleh UMNO sebagai sebahagian dari sandiwara mereka untuk mendakwa Dato Khusrin adalah 'pilihan Sultan' dan siapa menentang, menentang Sultan.

Oleh yang demikian, apa yang jelas, UMNO tidak mahu mengaku bahawa Dato Khusrin adalah pilihan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia yang di bawah telunjuknya, tetapi dalam masa yang sama ingin sangat berselindung di sebalik Sultan. Tujuannya adalah untuk melagakan Kerajaan PR dengan Sultan dan seterusnya bangsa Melayu. Dengan itu mereka akan melaungkan istilah "Derhaka, derhaka!" Sedangkan jelas dari apa yang tercatit di atas, yang merampas kuasa Sultan pada 1993 adalah UMNO yang dipimpin oleh Mamak Bendahara pada ketika itu. Sikap mengkhianati dan memperkecilkan peranan Sultan terus dilakukan mereka, sehinggalah kini.

Maka pada pendapat saya, pindaan perlembagaan yang dicadangkan oleh kerajaan PR untuk mengembalikan kuasa kepada Negeri, iaitu DYMM Sultan dan MB adalah satu langkah yang bijak. Ianya juga lebih bertepatan dengan konsep Federalisma di mana kuasa dan hak Negeri dihormati oleh Pusat.

Pada masa yang sama ianya memberi peluang kepada UMNO untuk membuktikan kesetiaan serta keikhlasan mereka kepada Sultan dan negeri Selangor itu sendiri dengan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar. Ianya juga memberi mereka peluang untuk menebus dosa-dosa lama.

Bagi saya, sekiranya cadangan pindaan ini ditolak oleh UMNO, maka adalah jelas sekali siapakah pendekar dan siapakah penderhaka.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan: