Rabu, 12 Januari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


ikut jejak kaki raba ahli parlimen rompin atau menteri perogol anak yatim...???...Jurusolek dakwa dicabul terima SMS lucah dari ahli politik di Perak...!!!

Posted: 12 Jan 2011 05:34 AM PST



Seorang jurusolek mendakwa beliau dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak mencabul kehormatannya pada sambutan menjelang tahun baru.

SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.

"Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan," kata peguamnya, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi.

"Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris."

Jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, ahli politik yang terkenal itu meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh.

"Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan," kata Leong.

Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.

Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.


malaysia kini



penyapu sial

hah....jarjis menjarjis yang raba raba buntut pun boleh terlepas...
menteri perogol anak yatim lagi lah terlepas punya...
mat monggol kaki suntut wanita monggolia....by pass.....!!!
pm lahanat 1 malaysia  cover line punya....sbb satu kapal geng pencabul kehormatan orang....

Hang kebun umpama kucing yang menjaga ikan kerajaan selangor....!!!!

Posted: 12 Jan 2011 05:14 AM PST



Isu pelantikan Khusrin sebagai SUK Selangor melambangkan betapa primitifnya Umno BN berpolitik. Sabotaj Kerajaan Pakatan adalah ajenda dan kerja utama Umno sejak beberapa Kerajaan Negeri jatuh ke tangan Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Apabila Khusrin dilantik melalui kaedah pelantikan yang bertentangan dengan semangat dan roh federalisme yang merupakan ciri asas Perlembagaan Negara jelas sekali ketagihan Umno mencabul Perlembagaan sudah tidak dapat dirawat lagi.

Rakyat masih tidak lupa kerakusan kuasa Umno "merogol" bergilir-gilir Perlembagaan di Perak. Bagi menjustifikasi kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak , Umno membunuh doktrin "trias politica" ( pengasingan kuasa ) , doktrin raja berperlembagaan dan pemakaian konvesyen Perlembagaan iaitu Menteri Besar dan kabinetnya seharusnya dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Adakah Umno fikir rakyat masih lupa bagaimana Umno mengganyang Speaker Perak yang sah, menyalahgunakan polis dan SPRM bagi mewujudkan ketakutan kepada Adun-Adun Pakatan di Perak dan akhirnya memanipulasi sistem kehakiman yang sudah hancur bagi mengiyakan segala "dosa" yang Umno lakukan ke atas Kerajaan Pakatan .

Jika Umno tidak ada niat untuk mensabotaj Kerajaan Pakatan di Selangor mengapakah Umno menyalahgunakan Ketua Setiausaha Negara ( yang malangnya sedia disalahgunakan ) bagi melantik Khusrin sebagai SUK Selangor.

Umno penuh sedar Khusrin telah banyak melakukan perkara yang dilihat menentang dan mencabar secara terbuka polisi Kerajaan Selangor. JAIS yang pernah dikepalai oleh Khusrin banyak melakukan tindakan-tindakan yang menyusahkan Kerajaan Selangor. Bukankan Khusrin yang telah gagal memberi nasihat dan pandangannya yang betul kepada Sultan Selangor dalam isu Ahli Parlimen DAP Serdang yang hadir di dalam Surau Al-Huda, Kajang kerana menghulurkan bantuan. Adakah Umno ingat rakyat masih lupa dengan kata-kata Khusrin bahawa " Teo Nie Ching tidak boleh masuk ke dalam masjid kerana berhadas besar" sedangkan Nabi Muhammad sendiri membenarkan orang-orang Kristian Najran bersembahyang ( cara mereka ) di Masjid Nabi .

Adakah Umno ingat rakyat masih lupa bahawa Khusrin tidak langsung bersuara jauh sekali menggunakan "fatwa hadas besarnya" kepada Ahli Parlimen MIC dari Hulu Selangor P.Kamalanathan yang juga bukan beragama Islam apabila Ahli Parlimen tersebut berada di dalam masjid Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor bersama-sama Adun Umno bagi memberikan replica cek .

Adakah Umno ingat rakyat sudah lupa Khusrin adalah individu yang bersungguh-sungguh melarang tokoh-tokoh ilmuan dalam Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan kuliah dan khutbah di masjid –masjid dan surau-surau di Selangor tetapi dalam masa yang sama berkempen kepada Nazir Masjid Al-Ihsan , Kampun Medan supaya membenarkan permintaan Umno untuk mengundang Presiden Umno, Najib Tun Razak berceramah di Masjid tersebut

Umno sudah tentu tahu bahawa dalam mana sistem demokrasi berparlimen ala Westminster menjadi satu prinsip yang diterima pakai secara sejagat bahawa seorang Ketua Setiausaha sama ada di peringkat pusat atau di peringkat negeri bertanggungjawab berkhidmat dengan Kerajaan semasa ( government of the day ) dengan jujur dan setia. Tidak perlu diiingatkan SUK di Negeri Selangor mestilah seorang yang bersedia secara jujur dan penuh taat setia memastikan dasar Kerajaan Pakatan di Selangor dapat dilaksanakan dengan lancar dan licin. Dengan lain perkataan SUK tersebut mestilah individu yang tidak membuat tindakan yang dilihat bertentangan dengan polisi Kerajaan Pakatan.

Bertolak dari situ , menjadi satu konvesyen Perlembagaan ( constitutional convention ) mana-mana Kerajaan Negeri di Negara ini mestilah mempunyai suara dan wajar dirunding sebelum seorang SUK ingin dilantik di Selangor . Sudah tentu mana-mana Kerajaan Negeri termasuk Selangor tidak akan mahukan SUK yang dilantik adalah individu yang mempunyai track record yang buruk kepada Kerajaan Negeri yang berkenaan. Khusrin adalah seorang kakitangan awam di Negeri Selangor yang secara jelas termasuk dalam kategori individu yang tidak dapat dan tidak bersedia melaksanakan polisi Kerajaan Pakatan di Selangor. Tagline 'khusrin anti Pakatan dan pro Umno/BN ' terpampang di dahi Khusrin.

Khusrin bukan sahaja tidak boleh diharapkan untuk melaksanakan polisi Kerajaan Selangor sebaliknya beliau telah dibuktikan secara terbuka menentang , mensabotaj dan memburukkan imej Kerajaan Selangor dengan tindakan-tindakannya yang saya telah nyatakan sebelum ini. Mungkin Khusrin sesuai berkhidmat sebagai SUK jika Kerajaan Selangor masih diterajui oleh Kerajaan bobrok Umno tetapi beliau amat tidak layak untuk berkhidmat dengan Kerajaan Pakatan yang berpegang kepada paradigma politik yang baru.

Memanglah seorang SUK pada prinsip umumnya harus bersifat berkecuali dan "apolitical" ( tidak menyebelahi ). Dengan lain perkataan seorang SUK tanpa mengira parti mana pun memerintah mesti bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi kerajaaan yang beliau bertugas di bawahnya. Adakah ada orang yang sihat pemikirannya boleh percaya Khusrin akan bersedia menjalankan tugasnya membantu menjayakan misi dan visi Kerajaaan Pakatan di Selangor.

Mungkin ada yang berhujah kenapakah tidak diberi peluang Khusrin terlebih dahulu menjalankan tugasnya sebagai SUK Selangor . Ini hujah yang agak menarik tapi penuh dengan racun. Hakikatnya hujah ini meminta Kerajaan Selangor memberi peluang Khusrin meranapkan Kerajaan Pakatan di Selangor. Menerima hujah ini samalah ibaratnya memberi peluang kucing menjalankan tugas menjaga ikan. Kalau ikan tidak dimamah sehingga hancur itu bukan namanya kucing !

Hakikatnya Khusrin sudah pun diberi peluang berkhidmat di dalam Kerajaan Pakatan di Selangor sebagai Pengarah JAIS walaupun tidak mempunyai kelayakan tinggi dalam bidang agama bagi memegang jawatan tersebut. Adakah sikap dan tindakan Pengarah JAIS di bawah Kerajaan Umno di Selangor yang banyak menggangu autonomi masjid berbeza selepas Kerajaaan Pakatan memerintah Selangor ? Bukankah Exco Agama Selangor pun diketepikan oleh Khusrin dalam banyak tindakan beliau ?


MOHAMED HANIPA MAIDIN

Malaysia sedang menuju gerbang muflis bila UMNO-APCO -BN pukimak terus memerintah....!!!!

Posted: 12 Jan 2011 04:29 AM PST



Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.

Tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.

Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.

Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, di syorkan diadakan debat terbuka...

Cabaran itu,  wajar diterima Najib  kerana beliau sering mempersoal dan memperlekehkan tawaran Pakatan Rakyat tersebut yang dikemukakan semasa Konvensyen Ke 11 Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.

Pentadbiran Najib, termasuk menteri dan medianya, dilihat begitu kelam kabut menangani Tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat itu.

Semalam Najib mengulas dengan panjang lebar mengenainya semasa perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Hari ini, kebanyakan media BN menyiarkan panjang lebar pula isu itu termasuklah berita muka depan, RTM1 menyiarkan dalam berita pagi keratan akhbar dan mengulas khusus dalam slot analisis kira-kira setengah jam.

Sebelum Najib menjawab, timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengulas isu itu, khasnya tawaran kenaikan elaun RM500 untuk semua guru di negara ini.

Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7 peratus dari KDNK. Mala petaka ekonomi itu berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan.

Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 billion...

Tabiat berhutang Umno BN akan diperhebatkan tahun ini. Ini terbukti apabila pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011.

Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon itu akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 billion. Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini...

Contoh-contoh pembaziran Umno BN, katanya, sudah diketahui rakyat. Antara buktinya termasuklah ketaksuban Perdana Menteri dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 billion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntum golongan berpendapatan rendah dan orang muda.

Kerajaan Umno BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO...

Oleh itu, , tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik.

Ini akan menyelamatkan RM28 billion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara.

Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni.

Jumlah RM19 billion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan...

Kerajaan Pakatan Rakyat juga, , akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 billion setiap tahun yang kini ditanggung oleh kerajaan.

Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 billion kepada rakyat, iaitu lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan," tegasnya.

Bukti kemampuan Pakatan Rakyat melaksanakan janji 100 harinya itu diperjelaskan  dengan perkiraan imbuhan khas perguruan sebanyak RM500 sebulan yang hanya menelan belanja RM3.2 billion setahun.

Sementara, penstrukturan semula sistem subsidi supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak dianggarkan berjumlah RM4 billion setahun.

Manakala subsidi gas memasak berjumlah RM4 billion setahun, penstrukturan semula sistem tol di bawah Plus RM23 billion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP, kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan RM8 billion.

Jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji itu, katanya, hanyalah RM19.2 billion, iaitu sama dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

Jumlah itu adalah terlalu sedikit berbanding RM51 billion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang..

Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma, jelasnya, telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, sebagai bukti Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa Umno BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat, apabila rakyat sendiri sudah tahu bahawa ia mampu dilaksanakan...

Kita  amat kesal kerana tabiat berhutang Umno BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

Apabila Anwar Cabar Najib .....penjilat juboq PM berkeriau menunujukkan kepondanan masing masing.....!!!

Posted: 12 Jan 2011 03:49 AM PST



seekor menteri UMNO penjilot jubor setiap PM....siang berdangdut di kelab...malam berdangdut atas katil di hotel....!!!


APABILA DS Anwar mencabar Najib untuk berdebat di dalam isu ekonomi kerana Najib telah `berkokok' di dalam TV memperlekehkan janji 100 hari oleh PR jika memerintah negara, maka inilah peluang para `penjilat dan pengampu' Najib untuk menonjolkan diri membela atau `cover' bos mereka itu. Cuba rujuk laporan oleh Malaysian Insider tentang kisah pengampu-pengampu ini.

Pertamanya, tentulah `pencacai nombor Wahid' iaitu Nazri Aziz. Di zaman Mahathir, muka inilah yang tidak lekang mencium tangan Mahathir. Selepas itu di zaman Pak Lah, muka ini juga mengipas gila Pak Lah sehingga sanggup menghina Mahathir sebagai nyanyuk. Sekarang, muka yang sama ini juga membodek dan `menjilat' Najib. Begitulah kaedah cari makan oleh Menteri tidak ada standard ini.

Beliau mencabar DS Anwar untuk berdebat dengannya sebelum mahu berdebat dengan Najib. Perasan sungguh Nazri Aziz ini, apa `standard' beliau untuk `bersilat 'dengan DS Anwar? Nazri bukan lawan bagi DS Anwar, kerana sejarah telah membuktikan betapa Shabery Cheek `berbuih mulut' apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang ini. Mungkin kali ini tidak sampai hati DS Anwar `bersilat' dengan anak murid Najib yang baru belajar `silat pulut atau silat pengantin' itu. Kita berharap DS Anwar menolak bertemu dengan Nazri ini kerana ianya akan menjatuhkan darjat DS Anwar sahaja sepertimana ketika beliau bertarung dengan Shabery Cheek dalam isu minyak dahulu. Ketika itu ramai memberi komen betapa jauhnya taraf Menteri berkenaan dengan DS Anwar sehinggakan tidak tentu hala hujahnya sepanjang perdebatan isu minyak tersebut.

Bersuara pula orang Jelebu, YB Rais Yatim yang pernah dikaitkan dengan kes keji baru-baru ini yang mana beliau telah nafikan. Samada disiasat atau tidak, Wallahu Aklam. Rais lagi tidak layak untuk memberi komen kerana manusia yang pernah `membakar jambatan 'dengan Umno ini sememangnya mahu hidup lebih lama di dalam politik. Lebih baik Rais Yatim buat kerja di Jelebu kerana orang Jelebu sudah bertahun bermasalah dengan kemudahan bas awam. Selesaikan masalah bas di Jelebu terlebih dahulu. Sediakan WIFI di Jelebu dahulu sepertimana beliau mahu sediakan WIFI di Gua Musang sewaktu PRK Dun Galas baru-baru ini. Di Jelebu, usahkan WIFI, komunikasi 3G pun banyak kawasan yang yang tiada. MP menjawat jawatan Menteri yang jaga komunikasi, tetapi hampeh. Jangan Rais fikir bila beliau menyampuk isu debat ini rakyat boleh lupa kisah beliau? "Sori, tak dapek den nolong eh."

Memang dijangka, suara `raja katak' Ibrahim Ali dari Pasir Mas pasti berbunyi. Beliau menyebut DS Anwar tidak layak berdebat dengan Najib tentang ekonomi kerana DS Anwar tiada kelulusan. Betapa bodoh punya `raja katak' kita tidak tahu. Najib ada kelulusan apa? `Raja Katak' ini pula kelulusan dan pengalaman apa? Pengalaman jadi `katak dan melompat ' beberapa kali? Kerusi Parlimen yang beliau duduk itu pun atas ihsan PAS. Tidak tebal muka ke atau menggerutu seperti katak puru?

Tanpa kelulusan ekonomi sekali pun DS Anwar pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dan menjadi Menteri Kewangan bertahun-tahun bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri serta memangku tugas Perdana Menteri. Mahathir pernah memuji DS Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika Mahathir menjadi PM. `Raja Katak 'pula apa pengalamannya? Ketika beliau menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang dahulu, adakah beliau pakar di dalam bidang perundangan? Bodoh teramat bodoh punya hujah, nasib baik bukan MP dari PR.

Saya malas untuk mengulas komen seorang `Profesor kangkung' yang turut mahu `cover' Najib. Saya tidak tahu macam mana beliau boleh jadi Profesor dengan komen sedangkal itu. Saya lebih loya dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Perak yang mahu DS Anwar berdebat dengan KJ. Hilang akal agaknya puak-puak Umno ini apabila disergah oleh DS Anwar untuk berdebat dengan Najib. Siapa KJ mahu berdebat dengan DS Anwar? KJ hanya Ketua Pemuda, lawan beliau memadai kita letakkan Chegu Bard sahaja jika beliau takut untuk bertemu dengan Ketua AMK, Shamsul Iskandar. Kita masih ingat sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu, entah di mana KJ menyorok tatkala Chegu Bard mencabarnya berdebat di Rembau. Itu baru Chegu Bard sudah bisa buat KJ kecut. KJ harus cermin muka dia dahulu, dan bertanya kepada Ketua Pemuda Umno Perak yang kecut perut apabila dicabar oleh Ketua Pemuda PAS Perak untuk berdebat baru-baru ini.

Saya malas mahu ulas komen `beberapa ekor lagi mengkarung ' di dalam Umno yang cuba membela Najib daripada dimalukan oleh DS Anwar nanti. Kita cuma mahu tanya, Najib berani atau tidak berdepan dengan DS Anwar, itu sahaja. Persetankan suara-suara pengampu dan pencacai yang lain itu kerana mereka membela bos hanyalah untuk mencari makan. Teringat saya akan kata-kata Ezam sesumpah dahulu, "tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno ikhlas?". Inilah wajah-wajahnya yang dimaksudkan oleh Ezam sesumpah termasuk dirinya sendiri


WFAUZDIN NS



penyapu sial

nak berdebat amendenya....kalau dasar bacul...baru kat parlimen aje dah gantung DSAI...mangkuk mangkuk babi dan pukimak UMNO tok sah layan...cakap berdegar degar ...mulut menguak macam cibai...tapi pondan nauzubillah...!!!....kalau berani berdebat....mulakan kat parlimen dahulu...gugurkan hukuman gantung DSAI yang 6 bulan tu...kalau ada pelir lah....rase aku UMNO UMNO cibai nie mana ada pelir....!!!

Cilanat punya najib...kasi mampos rakyat...Belanja untuk rakyat tak mampu...., tapi kroni lulus...patutnya kroni di mamposkan dulu...!!!

Posted: 12 Jan 2011 03:26 AM PST



agaknya duit rakyat kasi anak beranak dia dan kroni jolisakan berpoya poya dengan betina dan jantan sundal....bini jantan sundal nie asik perabih duit ke sana ke mari dan projek permata yang membazir

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  di ingatkan  supaya janganlah kalau untuk kepentingan rakyat umum tidak mampu tetapi untuk kepentingan kroni mampu pula diluluskan peruntukan.
Kita  turut merasa hairan dengan kenyataan Najib yang mengatakan janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.

Sepatutnya seorang Perdana Menteri mesti berfikiran positif apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini...

Soalnya, apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat di samping menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga.

Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi?

Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?" soalnya lagi.

Najib cuba menimbulkan keraguan tentang kemampuan kewangan jika janji 100 hari dilaksanakan.
Adakah Najib sudah mengambil kira kemampuan kewangan negara ketika mencadang untuk membina Menara Warisan 100 tingkat.

Wang sebanyak RM5 bilion mampu membina 1,667 buah sekolah yang bernilai RM3 juta sebuah dan mampu memberi biasiswa pelajar perubatan seramai 5 ribu orang di United Kingdom dengan kos RM1 juta seorang dan boleh menampung biasiswa 10 ribu pelajar di fakulti perubatan di Mesir.

Kenapa peruntukan untuk Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang boleh dimanfaatkan hampir 3 juta di tiga negeri hanya RM178 juta iaitu 3.6% daripada kos pembinaan Menara Warisan.

Apakah peruntukan untuk Permata yang dikendalikan oleh Datin Seri Rosmah sebanyak RM111 juta tidak membazir, sedangkan untuk Sekolah Agama Rakyat RM95 juta?..

Kita turut  merasa hairan dengan kenyataan seorang Perdana Menteri yang mengatakan negara ini akan menjadi seperti negara Greece kalau mengikut perancangan PR.

Kenyataan ini adalah  yang serupa  juga ketika PAS memerintah di Kelantan pada tahun 1990.

Ketika itu,  pemimpin Umno mendakwa PAS hanya mampu memerintah selama 3 bulan sahaja.

Dakwaan mereka itu,  hanya menurut kaca mata mereka yang penuh dengan rasuah, ketidak cekapan dan salah urus.

Begitu juga, ketika kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberi air percuma sebanyak 20 meter padu, pemimpin umno kata ini perbelanjaan membazir.

Pendek kata untuk rakyat semuanya membazir, kerana bimbang apabila rakyat senang, BN tidak ada harapan untuk menjerat leher pengudi dalam setiap pilihan raya...

Menjawab keraguan Perdana Menteri yang ragu tentang daripada mana sumber yang akan PR perolehi.

Antara sumbernya ialah kita akan memerangi rasuah yang menyebabkan wang negara hilang sebanyak RM28 bilion,..

Pakatan Rakyat tidak akan membuat Persidangan Wanita Pertama kendalian Datin Seri Rosmah selama 3 hari hampir RM4.5 juta.

Selain itu,  subsidi untuk penjana kuasa bebas sebanyak RM19 bilion perlu dikaji semula kerana membebankan negara.

Kita berkeyakinan janji 100 hari, Pakatan rakyat mampu laksanakan, berdasarkan pengalaman di Kelantan yang mampu memberi kebajikan kepada rakyat walaupun sumber yang terhad.

Keadaan berbeza apabila Pakatan Rakyat memerintah di peringkat pusat yang mempunyai sumber kewangan yang lebih luas untuk dijanakan bagi manfaat rakyat...

setelah pulau dan kedaulatan negara di gadai...kem tentera pulak nak di gadai demi pulussss....dasar penghianat negara....!!!

Posted: 11 Jan 2011 03:53 PM PST



Kenyataan Dr Boo cheng hau yang menarik perhatian  berkaitan isu kem tentera di mana menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, Ketua Audit telah mengenalpastikan tanggungjawab Pemaju KCSB terhadap kemajuan kerja pembangunan Kem Tentera Skudai telah berhenti pada tahap 18.3% dari Disember 2002 sehingga sekarang.

Kerajaan menghadapi risiko menanggung kerugian kerana tanah Kem Majidee dan Kem Tebrau seluas 155 hektar telah dipindah milik kepada pemaju dan seterusnya digadai kepada MBSB untuk membuat pinjaman sebanyak RM 465 juta yang sepatutnya ditujukan untuk pembinaan Kem Skudai.

Bon pelaksanaan KCSB bernilai RM 12.80 juta dan bon tanah sejumlah RM 256 juta telah tamat tempoh sah lakunya, yakni Kementerian Pertahanan tidak dapat menuntut kerugian daripada KCSB manakala tanah kem Majidee dan Kem Tebrau telah dicagar kepada MBSB.

Oleh itu, jika kontrak di antara Kementerian Pertahanan, KCSB dan MBSB ditamatkan, MBSB sebagai chargee tanah terbabit mempunyai locus standi untuk menuntut hak milik kepada tanah kem Majidee dan Tebrau apabila tentera di dua-dua kem masih ketiadaan tapak baru yang menentu untuk berpindah.
Bukankah isu ketenteraan ini sudah menjadi isu kepentingan negara?

baru jadi pengerusi felda ,samseng,perasuah dan perompak bagan pinang dah berani ugut kakitangan felda...!!!!

Posted: 11 Jan 2011 03:46 PM PST



Tindakan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dengan angkuhnya mengugut untuk memecat mana-mana kakitangan Felda yang didapati menyokong Pakatan Rakyat  adalah angat sangat di kesali.

Ugutan itu disampaikan dalam pertemuan sulungnya dengan seluruh kakitangan Syarikat Kumpulan Felda di Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney semalam.

Menurut pemangku ketua DPPWP, Herman Samsudeen, majoriti kakitangan Felda yang hadir, berbisik sesama sendiri mengutuk kesombongan Isa yang mahu menunjukan kuasa itu sementara mereka yang menyokong BN pun naik meluat dengan beliau.

Baginya,ugutan terbuka itu menggambarkan betapa terdesaknya Barisan Nasional untuk mengembalikan sokongan kakitangan dan seluruh peneroka Felda kepada Barisan Nasional menjelang PRU-13.

Inilah budaya lapuk BN, bila terdesak mereka akan mengugut dan menekan kakitangan Kerajaan dan agensi yang berkaitan supaya terus menyokong BN,....

Kalau 10 atau 20 tahun lalu, bolehlah beliau buat ugutan begitu kerana pada masa itu rakyat tak celik undang-undang dan pelembagaan.

Hakikatnya,  Isa tidak boleh sesuka hati memecat kakitangan Felda yang menyokong Pakatan.

Hak setiap kakitangan Felda untuk menyokong mana-mana pemimpin dan parti yang disukainya dalam pilihanraya adalah hak yang dijamin Perlembagaan.

Adalah kesilapan besar jika Isa, memecat kakitangan Felda, dan beliau boleh diheret ke mahkamah selepas itu...

Dalam pertemuan itu, Isa dilaporkan turut mengakui bahawa BN kini kehilangan majoriti sokongan kalangan generasi ketiga Felda yang kini lebih menyokong perjuangan Persatuan Anak-Anak Felda Kebangsaan (Anak) yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman.

Beberapa pegawai kanan Felda Holdings juga telah melaporkan bahawa pejabat-pejabat utama Felda telah dimasuki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan kes-kes yang dibongkar oleh Anak baru-baru ini.

Kemenangan peneroka Felda Kemahang Tiga dan Felda Sungai Koyan dalam saman mereka tahun lepas juga turut memberikan tekanan kepada BN yang akhirnya menggantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Noor yang dianggap terlalu lemah dengan Isa yang baru sahaja kembali menjadi Adun Bagan Pinang.

Sehubungan itu, kita  mengesa supaya pihak SPRM meningkatkan pemantauan kepada organisasi Felda di bawah pengurusan Isa, kerana rekod sudah membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang bersih.

Skandal rasuah beliau ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan tidak mudah dilupakan rakyat. Begitu juga dengan rasuah yang beliau tebarkan sepanjang kempen di Bagan Pinang tahun lalu.

"Kenapa orang sebegini masih mendapat tempat dalam organisasi seperti Felda. Apa agenda Najib sebenarnya?....

Jadi kita  mengesa agar warga Felda meningkatkan sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi memastikan nasib mereka sama ada golongan peneroka atau pengurusan Felda di Jalan Gurney dapat terus dibela dan organisasi Felda dapat dibersihkan dari pemimpin yang korup dan suka mengugut.

Jika BN kalah dalam PRU-13 dengan sokongan kakitangan Felda, Isa pasti akan dihumban keluar dari Pejabat Pengerusi Felda.

Jadi, sebelum itu semua berlaku, lebih baik dia letak jawatan hari ini dan meminta maaf kepada semua warga Felda atas ugutan bodoh yang dilakukannya itu,...

kantraktor melayu ke nie...???....macam kontraktor mamak aje....pasal mau auta..lidah berbelit macam biawak....!!!

Posted: 11 Jan 2011 03:01 PM PST



Pada 7 Januari lalu Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil telah datang bersama kepimpinan persatuan berkenaan ke Pejabat Ketua Menteri di tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Laporan dari HarakahDaily mengatakan Mohamed Fadzil dengan rombongan telah dating untuk berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka pada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.(baca di SINI)

Bagaimanapun keesokan harinya Sinar Harian edisi cetak (Maaf kalau silap) telah melaporkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohmad Fadzil Hasan telah menafikan permohonan maafnya itu..Dan sebuah blog Pro-UMNO menulis..

Perjumpaan yang pada mulanya atas dasar gentleman di antara Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang dan AJK Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang telah berakhir dengan kenyatan Lim Guan Eng DAP yang didakwa memutarbelitkan 'maaf yang dihulurkan' oleh Datuk Mohamed Fadzil Hassan, Pengerusi Kontraktor Melayu Pulau Pinang!

Merujuk kepada sumber penulis yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut, Mohamed Fadzil ada menyebut maaf tetapi bukan di atas kenyataan-kenyataan beliau mengenai isu-isu mengenai ketidakadilan Lim Guan Eng yang diketengahkan oleh beliau di dalam suratkhabar.

Tetapi Mohamed Fadzil hanya meminta maaf di atas kekasaran bahasa yang beliau mungkin lontarkan terhadap Lim Guan Eng. Itu sahaja!

Bagaimanapun tindakan Datuk Mohamed Fadzil itu telah dibidas oleh Guan Eng dengan menyifatkannya sebagai 'tidak serupa bikin'

"Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkanya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Tak apa biar apapun yang dikatakan oleh Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzil itu.. lihat dan nilaikan sendiri apa yang terkandung dalam Video dibawah ini…

Saksikan bermula pada minit yang ke 1:25

Sila lihat Video di SINI




AnakSgDerhaka

Tiada ulasan: