Rabu, 5 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Keputusan Penuh Liga Premier League 5 Januari 2011

Posted: 05 Jan 2011 02:27 PM PST

England - Premier League
22:26January 5

FTArsenal0 - 0Manchester C.

FTAston Villa0 - 1Sunderland

FTNewcastle U.5 - 0West Ham U.

FTWolverhampton W.1 - 0Chelsea

FTBlackburn R.3 - 1Liverpool

FTBolton W.1 - 1Wigan Athletic

FTEverton2 - 1Tottenham H.

Isu SUK: Ada pihak pintas kuasa MB, kata Khalid

Posted: 05 Jan 2011 02:00 PM PST

SHAH ALAM 5 Jan – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, beliau mengikut segala prosedur yang ditetapkan berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tetapi pihak lain memintas kuasa beliau.

Khalid berkata, manual pelantikan rasmi kerajaan menetapkan Sultan Selangor perlu memperkenankan seorang daripada tiga calon yang dipilih Menteri Besar.

Justeru Tan Sri Khalid menubuhkan panel untuk menyaring calon-calon terbaik bagi mengisi jawatan SUK tetapi 'belum sempat saya senarai pendekkan nama-nama itu, dah ada orang yang serah calon mereka kepada Sultan."

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Khusrin Munawi Mohammed sebagai SUK baru, tanpa berbincang dengan kerajaan negeri.

Tindakan itu dianggap bercanggah dengan semangat federalisme kerana SUK berperanan penting dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan negeri.

Peraturan kerajaan juga memerlukan SUK mendapatkan kepercayaan Menteri Besar dengan mengambil ikrar menyimpan rahsia-rahsia kerajaan negeri.

Khalid berkata manual pelantikan rasmi menetapkan calon SUK yang disenarai-pendekkan oleh Menteri Besar mendapat perkenan Sultan sebelum diserah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk melengkapkan pelantikan itu.

Manual menetapkan calon bakal SUK dipilih dari kalangan penjawat awam JusaA, B dan C oleh Perkhidmatan Awam.

Lapan nama telah dipilih, termasuk Datuk Mohd Khusrin Munawi diserahkan kepada Menteri Besar untuk disenarai-pendek.

Tan Sri Khalid melantik panel tiga anggota yang dianggotai Speaker, Datuk Teng Chang Khim, Exco, Datuk Dr Hassan Ali dan Exco, Dr Xavier Jayakumar untuk membantu menilai kewibawaan calon.

Malang bagi Khusrin, namanya tidak termasuk dalam tiga calon yang terbaik untuk memikul tugas SUK.

"Tidak benar kami halang pencalonan Khusrin. Namanya ada dalam senarai yang diberikan. Cuma tiga calon lain disenaraipendekkan kerana dirasakan oleh panel itu sebagai lebih baik untuk jadi SUK," jelas Khalid.

Hakikat, Umno Hakis Kuasa Sultan -Khalid

Posted: 05 Jan 2011 01:00 PM PST

SHAH ALAM 5 Jan – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tidak harus timbul kekaburan mengenai hakikat kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) menghakis kuasa-kuasa Sultan bersabit pelantikan penjawat awam kanan semasa krisis Perlembagaan 1993.

"Kita telah membincangkan impak dari pindaan 1993 telah mengurangkan kuasa istana. Saya tak rasa yang Sultan tidak bersetuju dengan perkara itu, kerana ia adalah fakta sejarah," kata Khalid.

Beliau merujuk kepada pertemuannya dengan Sultan Sharafuddin Idris Shah di Shah Alam, Isnin lalu bagi membincangkan kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan itu tanpa mengadakan perbincangan dengan kerjaan negeri.

Tan Sri Khalid yakin kenyataan setiausaha peribadi kepada Sultan, Datuk Mohamed Munir Bani menolak bantahan kerajaan negeri terhadap prosedur pelantikan Khusrin tidak mencerminkan pendirian Istana.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat (Pakatan) amat komited untuk mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar bagi melantik tiga pegawai eksekutif termasuk SUK.

Tan Sri Khalid berkata, kerajaan negeri meminta pakar undang-undang Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan Param Cumaraswamy untuk membantu mengubal pindaan yang bakal diadakan.

Beliau enggan mengulas kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang menegaskan parti itu tidak akan menyokong usul berkenaan.

Kita akan menanganinya apabila tiba waktu berbuat demikian. Nanti kita akan lihat siapa sebenarnya yang mahu angkat kedudukan Sultan," kata Khalid.

Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, wakil rakyat BN tidak akan menyokong usul itu.

PENGANUGERAHAN D.K. SELANGOR KEPADA SULTAN MUHAMMAD KE-V

Posted: 05 Jan 2011 08:00 AM PST

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT SULTAN KELANTAN

Assalamu'alaikum w.b.t.

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, merakamkan ucapan selamat tahun baru kepada seluruh rakyat Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia serta berharap tahun baru hijrah dan tahun baru masihi ini akan membawa kebahagiaan kepada rakyat negara ini. Tuanku Al-Sultan yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah Al-Mukarramah berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berharap seluruh rakyat Kelantan dilimpahi rahmat dan mendapat barakah daripada Allah S.W.T.

2. Pada hari ini, 5hb Januari 2011, Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat (D.K.) Selangor Yang Amat Dihormati oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V dan Pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Muhammadi) (S.P.M.K) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor telah berlangsung di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, dengan penuh adat istiadat dan tradisi kesultanan Melayu.

3. Penganugerahan darjah kebesaran ini menggambarkan betapa rapatnya hubungan di antara Istana Kelantan dan Istana Selangor khususnya dan di antara rakyat kedua-dua negeri amnya. Rakyat negeri Kelantan amat berbesar hati di atas penganugerahan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kepada Al-Sultan Kelantan.

4. Dalam istiadat ini, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berangkat dan menganugerahkan sendiri darjah kebesaran tersebut kepada Al-Sultan Kelantan di mana istiadat ini dimulakan dengan keberangkatan masuk Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor ke Balai Singgahsana.

5. Turut berangkat dalam istiadat tersebut adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Panglima Raja Kelantan, Yang Berhormat Dato' Seri Setia Raja Setiausaha Kerajaan Kelantan, Yang Berbahagia Dato' Pengelola Istana D'Raja Kelantan, Yang Berbahagia Dato' Ketua Istiadat dan pegawai-pegawai Pejabat Sultan Kelantan. Manakala turut hadir di pihak Istana Selangor pula adalah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor, Kerabat-Kerabat DiRaja Selangor, Ahli-Ahli Dewan DiRaja Selangor dan Pembesar-Pembesar Negeri Selangor.

6. Istiadat tersebut dimulakan dengan penganugerahan Darjah Kerabat (D.K.) Selangor Yang Amat Dihormati kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V diikuti dengan pengurniaan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al-Muhammadi) (S.P.M.K) kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Istiadat diakhiri dengan bacaan doa oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Mufti Selangor. Selepas Istiadat tersebut selesai, satu majlis santapan tengahari turut diadakan.

7. Dengan pengurniaan ini adalah diharapkan agar hubungan di antara Keluarga D'Raja Kelantan dan Keluarga D'Raja Selangor akan menjadi lebih erat lagi dan Institusi D'Raja di negara ini akan lebih mantap dan terus disanjung rakyat jelata dimana Institusi D'Raja menjadi payung kesejahteraan rakyat.

8. Saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Kerabat-Kerabat D'Raja. Moga-moga kita akan terusa dipelihara oleh Allah S.W.T dan berada di dalam aman sejahtera di negara yang kita cintai ini.

Sekian.

Wabillahitaufik Walhidayat Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih

DATO' HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HAMAD

Ketua Istiadat
Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan

Bertarikh: 5hb Januari 2011

Mayat lelaki dengan kesan luka di perut ditemui di Sungai Klang

Posted: 05 Jan 2011 07:30 AM PST

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Mayat lelaki dengan kesan luka di perut ditemui di tebing Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat Kampung Limau, Pantai Dalam di sini hari ini.

Mayat yang telah reput dan berulat itu ditemui oleh orang awam yang memancing berhampiran kawasan itu pada kira-kira pukul 1.30 petang.

Difahamkan, polis turut menemui empat buku akaun bank dalam poket seluar mangsa, iaitu dua buku milik lelaki bernama Zulkifli Bulat dan dua lagi milik Azmi Bulat.

Sumber polis yang ditemui di tempat kejadian berkata, lelaki yang hanya berseluar itu dipercayai berbangsa Melayu dari Sabah dan berusia dalam lingkungan 20-an.

"Namun kita tidak dapat memastikan sama ada mayat itu adalah Zulkifli ataum Azmi," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang reput dan berbau busuk itu, lelaki berkenaan dipercayai mati antara tiga hingga lima hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Azri Abdul Rahman ketika dihubungi pula berkata polis kini menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian lelaki itu.

"Perut mangsa ada sedikit kesan kecederaan iaitu luka, bagaimanapun kami perlu menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui luka itu sama ada merupakan kesan tikaman atau bukan," katanya.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

-Bernama

Abdul Khalid Hadir Dengar Keputusan Inkues Teoh Beng Hock

Posted: 05 Jan 2011 07:15 AM PST

Oleh SALWA SHA'ARI

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim hadir di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu untuk mendengar keputusan prosiding inkues siasatan kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock.

Beliau tiba di mahkamah pada pukul 3.10 petang, iaitu beberapa minit selepas Koroner Azmil Muntapha Abas mula membacakan keputusannya.

Selain itu, turut berada di mahkamah ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri , termasuk majikan Teoh, Ean Yong Hian Wah yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram.

Keluarga Teoh, iaitu bapanya, Teoh Leong Hwee, 64, ibu, Teng Shun Hor, 57, abang Beng Kee, 34, dan adiknya, Lee Lan, 30.

Pada prosiding itu, mereka diwakili oleh peguam-peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo manakala kerajaan Selangor diwakili peguam-peguam Malik Imtiaz Sarwar dan Sreekant Pillai.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjadi mangsa tohmahan dalam kematian Teoh pula diwakili oleh Ketua Unit Pendakwaannya, Datuk Abdul Razak Musa.

Peguam Salim Bashir pula bertindak sebagai peguam pemerhati untuk Ean manakala Majlis Peguam turut menghantar wakil iaitu Peguam Rajpal Singh.

Minyak Naik Untuk Bela Koperat, Rakyat Melarat

Posted: 05 Jan 2011 07:00 AM PST

Parti Islam Semalaysia Pas merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011. Sebelum pilihanraya kecil Galas minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen. Senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya kecil Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.

Menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan sabsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM 11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion. Rakyat Malaysia tidak tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP. Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97. Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN "Bala Nanti".

http://idrisahmad.wordpress.com/2011/01/05/minyak-naik-untuk-bela-koperat-rakyat-melarat/

Angkat Tangan Siapa Percaya Ismail Sabri Kata Minyak Masak Tidak Akan Naik?

Posted: 05 Jan 2011 06:45 AM PST

Harga Minyak Masak Tidak Akan Naik: Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari memutuskan harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa harga bahan tersebut akan dinaikkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelak.

"Sehubungan itu, kepada pengguna yang panik membeli (minyak masak) secara banyak, cukuplah buat kerja itu," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau juga menjelaskan kekurangan minyak masak yang berlaku di sesetengah tempat adalah akibat tindakan sebuah syarikat yang menghentikan penjualan sebanyak 4,000 tan metrik bahan itu pada bulan lepas, selain berlaku penyelewengan pada kalangan pemborong dan syarikat membungkus semula minyak.

Sebagai penyelesaian, Ismail Sabri berkata bekalan bahan itu akan ditambah sebanyak 14,000 tan metrik, menjadikan jumlah pengeluarannya meningkat kepada 84,000 tan metrik pada bulan ini.

Selain itu, pihaknya bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengatasi isu penyelewengan tersebut, kata beliau.

"Pasukan petugas khas ini ditubuhkan untuk mengambil tindakan dan menyiasat semua syarikat membungkus semula dan kilang-kilang penapis minyak masak yang melakukan penyelewengan termasuk menjual semula minyak masak kepada industri," kata beliau.

Mengulas mengenai harga petrol RON 97 dan minyak tanah yang masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai hari ini, beliau berkata hal itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana harga kedua-dua bahan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.

"Memanglah kita tidak umumkan, melainkan minyak Petrol RON 95 yang dikawal kerajaan," katanya.

Semalam Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman memberitahu dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter. - BERNAMA

Tolak Khusrin Beerti Tolak Melayu? Arrghh.. Bodohnya Utusan Maloya

Posted: 05 Jan 2011 06:30 AM PST

Utusan Melayu merapu lagi....

Utusan hari ini memainkan sentimen bangsa di dalam isu perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK). Kononnya orang Melayu perlu bersatu menyokong Datuk Khusrin demi mempertahankan bangsa Melayu.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, calon-calon SUK yang lain pun Melayu Islam. Sentimen yang dibangkitkan oleh Utusan memberi gambaran seolah-olah calon-calon yang lain bukan orang Melayu Islam. Ini adalah satu penipuan.

Mungkin ada baiknya saya menyenaraikan nama-nama mereka yang disenarai pendek oleh Menteri Besar dan Exco-Exco untuk mengelakkan rakyat terus ditipu oleh Utusan dan UMNO.

Pegawai-pegawai tinggi yang telah ditemuduga dan disenarai pendek adalah,

1. Dato' Noordin - Timbalan SUK
2. Dato' Roslan - Dato' Bandar MBPJ
3. Dato' Adnan - YDP MBSJ

Nama-nama itu telah dipersembahkan kepada Tuanku Sultan.

Kenapa pula menolak Dato' Khusrin dikatakan anti Melayu? Calon-calon di atas juga Melayu Islam.

Utusan sentiasa mahu menangguk di air keruh. Mereka menyembunyikan fakta untuk memperbodohkan orang-orang Melayu.

http://iskandar56100.blogspot.com/2011/01/utusan-melayu-merapu-lagi.html

Kenyataan Munir Bukan Titah Sultan Selangor - MB

Posted: 05 Jan 2011 06:15 AM PST

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menyifatkan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili baginda.

Abdul Khalid berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memahami kemelut yang berlaku memandangkan krisis Perlembagaan pada 1993 jelas memperlihatkan kuasa Sultan dan Menteri Besar telah ditarik balik.

Menurutnya, beliau bukan menolak kenyataan Mohamad Munir sebaliknya ia merupakan fakta sejarah yang menyatakan bahawa selepas pindaan dilakukan pelantikan tiga jawatan eksekutif tertinggi dinegeri itu diberikan kepada kerajaan Pusat.

"Saya bukan tolak kebenaran. Itu hanya pendapat Mohamad Munir. Setiap kenyataan saya berdasarkan fakta sejarah.

"Sultan faham dengan keadaan ini dan kami telah berbincang mengenai kesan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jika ikut secara logiknya krisis perlembagaan pada tahun 1993 itu jelas menunjukkan Sultan mahupun menteri besar tidak mempunyai kuasa di atas perlantikan tiga pegawai ekskutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.

Isnin lalu, Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi membincangkan mengenai isu pelantikan SUK yang kini dipegang Mohammed Khusrin.

Semalam media melaporkan, Mohamad Munir berkata baginda menitahkan bahawa tindakan Abdul Khalid berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan SUK adalah tidak wajar.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor telah menitahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan bagi memilih calon sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum dipersembahkan kepada Baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid menegaskan bahawa nama Mohammed Khusrin tidak pernah disenarai pendek sebagai calon yang diserahkan bagi mendapat perkenan Sultan Selangor .

"Sebaliknya, ada pegawai tinggi kerajaan di Selangor telah lebih awal serahkan kepada baginda tanpa mendapat kelulusan daripada Menteri Besar.

"Sebenarnya kita sudah ada calon kita sendiri dan calon ini dipilih oleh sebuah panel yang dilantik bagi memilih calon SUK terdiri daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selagor, Datuk Teng Chang Kim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali dan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar," katanya.

Mengenai kemungkinan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor itu diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Tenang, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak timbul kerana sidang tergempar itu akan diadakan dalam tempoh sehari sahaja.

"Keputusan mensyuarat Exco tadi mereka bersetuju untuk adakan sidang dewan lebih awal iaitu sambungan pada sidang yang terakhir.

"Saya jangka ia dibuat sehari sahaja. Maka tiada masalah mengenainya," jelasnya.

Mengenai draf rang Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang akan dibawa dalam sidang tergempar nanti, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk melantik dua penasihat undang-undang, mereka termasuklah peguam Datuk Param Cumaraswam dan juga pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.

"Kepakaran mereka akan digunakan bagi membantu dalam memberi sebarang nasihat berhubung cadangan rang undang-undang yang bakal dibentang di sidang DUN akhir Januari ini," katanya.

Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan dibuat secara tertib

Posted: 05 Jan 2011 06:00 AM PST

SHAH ALAM, 5 Jan - Kenyataan bahawa DYMM Sultan Selangor mempunyai kuasa eksekutif dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) hanyalah pandangan peribadi Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pindaan Perlembagaan pada 1993 secara jelas menghapuskan kuasa Sultan dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif.

"Sebelum 1993 (sebelum Perlembagaan dipinda), dinyatakan dengan jelas bidang kuasa Sultan dalam pelantikan pegawai eksekutif," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

Menteri Besar berkata, cadangan meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan mengembalikan kuasa kepada Sultan untuk melantik SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

"Saya yakin DYMM Sultan memahami situasi yang berlaku selepas 1993 dan keadaan yang berlaku sekarang," katanya.

Beliau berkata, Penasihat Undang-undang Negeri telah diminta melihat cadangan pindaan ini. Selain itu, kerajaan negeri melantik dua pakar undang-undang, Prof Dr Aziz Bari dan Datuk Param Cumaraswamy untuk memberi nasihat dan pandangan.

Menurut Menteri Besar, cadangan pindaan ini akan dibuat dengan tertib dan akan dimaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor sebelum dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Abdul Khalid berkata, mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju menyerahkan usul untuk mengadakan sidang DNS dan surat mengenai perkara itu telah dihantar kepada Speaker DNS, Datuk Teng Chang Khim.

Selangor kecewa keputusan inkues

Posted: 05 Jan 2011 05:45 AM PST

SHAH ALAM, 5 Jan – Kerajaan Negeri Selangor amat kecewa dengan penghakiman terbuka yang dibuat oleh koroner berhubung inkues kematian mendiang Teoh Beng Hock. Keputusan bahawa mendiang Teoh Beng Hock tidak membunuh diri bermaksud, pihak-pihak yang bertanggungjawab atas kematian beliau masih belum ditentukan.

Penghakiman terbuka ini juga menunjukkan bahawa fakta-fakta berkenaan kematian ini masih belum disiasat dan didedahkan sepenuhnya dan kerajaan negeri sarankan pihak polis dan Peguam Negara untuk menjalankan siasatan lanjut, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi kenyataan medianya.

"Bagaimanapun, penghakiman ini mencerminkan kegagalan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melaksanakan tanggung jawab bagi menjaga keselamatan semua tahanan dan saksi dalam sebarang siasatan; kita tidak hairan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan SPRM semakin merosot," jelas Menteri Besar.

Demi mencari kebenaran dan mengembalikan keyakinan rakyat, disarankan sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan segera demi membuat siasatan yang menyeluruh.

"Kerajaan negeri ulangi lagi komitmen kami untuk bersama keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam mencari keadilan dan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi," katanya lagi.

Ada baiknya Khairy ‘berehat’ dulu — Shaharul Shafie

Posted: 05 Jan 2011 05:30 AM PST

5 JAN — Akhirnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan bersedia untuk "berehat" dari politik buat sementara waktu untuk beberapa tujuan dan sebab. Namun begitu, tidak mengejutkan jika Khairy yang lebih mesra dikenali di kalangan media dan ornag politik sebagai KJ yang merasakan beliau perlu berehat kerana melihat harapannya untuk maju lebih hadapan di dalam politik Umno nampaknya tidak kesampaian buat masa ini.

Sebagai ahli Parlimen Rembau untuk satu penggal, Khairy telah mengakui melalui pengumumannya di dalam Twitter dan portal-portal berita bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi tersebut di dalam pilihanraya umum akan datang dan juga kerusinya sebagai Ketua Pemuda Umno. Menjadi satu kelaziman bagi setiap Ketua Pemuda di dalam Umno sejak dahulu lagi akan meneruskan kesinambungan kuasa sebagai Naib Presiden tetapi perkara ini nampaknya tidak bagi Khairy.

Tidak dinafikan tekanan akibat dari persepsi memainkan peranan penting di dalam keputusan yang dibuat oleh Khairy. Persepsi yang dimaksudkan ini ialah Khairy tetap dilihat sebagai anak muda yang menaiki tangga politik Umno disebabkan hubungannya sebagai menantu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun hakikat ini dinafikan, namun persepsi tersebut terlalu kuat untuk dilawan. Bukannya persepsi itu wujud disebabkan helah pembangkang tetapi tiupannya yang kencang itu bermula dari kalangan ahli Umno sendiri.

Namun begitu, ramai berpendapat bahawa tindakan Khairy adalah bijak untuk masa hadapan politiknya dan juga Umno. Ini adalah kerana jika Khairy tidak berundur maka di dalam pemilihan Umno akan datang, beliau pasti akan dicabar dan kemungkinan untuk kalah memang ada. Oleh itu, berundur sebelum "masa terlewat" itu adalah lebih baik untuk masa sekarang.

Jika dibandingkan dengan tugasan menjadi ketua pemuda dan kalibernya serta kelayakan menjadi pemimpin sejak dua tahun lalu, Khairy boleh dikatakan dilihat lebih baik daripada pemimpin-pemimpin Umno yang lain terutamanya di dalam turun padang bertemu rakyat.

Boleh dikatakan Khairy layak dianggap sebagai antara penyumbang utama kepada kekuatan jentera parti semasa beberapa kempen pilihanraya kecil seperti di Manek Urai, Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Galas.

Kemampuan Khairy di dalam menggembleng Pemuda Umno dan BN seperti menganjurkan BN Youth Club dan program-programnya boleh dilihat antara sumbangan besar Khairy kepada pengukuhan Umno dan BN sendiri pada hari ini. Tidak dinafikan usaha Khairy berjaya menarik sedikit sebanyak golongan belia yang sebelum ini lebih cenderung kepada pembangkang kembali menyokong kerajaan.

Namun begitu, beban persepsi ke atasnya sebagai menantu Pak Lah sukar dipadam terus lebih-lebih lagi di dalam Umno, dendam untuk menjatuhkan Khairy tetap membara sampai hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti bimbang untuk mempertahankan Khairy walaupun beliau tahu akan kemampuan Khairy selama dua tahun ini.

Malah, Najib seperti berhati-hati dan terpaksa mengikut telunjuk kumpulan tertentu dalam Umno yang dipengaruhi kuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini kita boleh nampak dengan perlantikan lawan kepada Khairy sendiri, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri yang kalah bertanding Ketua Pemuda.

Di dalam pemilihan Umno yang lepas, Khairy mencipta sejarah menjadi pemimpin termuda dilantik menjadi Ketua Pemuda Umno tetapi juga menjadi yang pertama yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kabinet walaupun untuk jawatan Timbalan Menteri.

Beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda pada umur 33 tahun menewaskan rekod Najib sendiri yang menjadi Ketua Pemuda Umno pada umur 34 tahun.Sememangnya dalam politik, macam-macam alasan boleh diberikan bagi menyenangkan hati orang lain.

Najib dilihat sengaja menyenangkan hati Khairy dengan berkata tugasan Khairy lebih berat dalam Pemuda untuk merangkakan perpaduan dan program menawan hati para belia daripada menjadi seorang ahli kabinet. Namun, Khairy dapat menerima amanahnya dengan baik dan menerima "musuhnya" itu yang kalah dilantik menjadi Timbalan Menteri dengan tanpa banyak soal.

Masa hadapan Khairy di dalam politik bagi penulis adalah cerah apabila beliau sekarang mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari politik. Terus-terang penulis boleh katakan, perjuangan dan arah wadah Umno hari ini tidak bergerak seiiringan dengan perjuangan yang digarapkan oleh Khairy pada hari ini. Melihat kepada ketiadaan konsisten dalam perkara ini, amat molek baginya berundur juga.

Di kala Umno hari ini menjadi lebih fundamental seperti PAS semasa zaman Allahyarham Yusuf Rawa dan PAS kini menjadi lebih terbuka seperti Umno zaman Tun Dr Mahathir, perjuangan yang dibawa oleh Khairy dalam Umno nampaknya tergantung dan sukar mendapat tempat. Penulis melihat aspirasinya lebih menepati kepada usaha yang lebih liberal dan wasatiah di dalam segala-galanya. Maka perjuangannya sebenarnya nampak lebih rapat dan sesuai dengan kaedah yang diamalkan oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) setakat ini.

Oleh itu, keputusannya untuk berehat ternyata bijak kerana tidak mahu terperangkap di dalam gelombang perubahan dalaman Umno di samping pihak-pihak di dalam Umno sendiri yang menunggu masa bagi menjatuhkannya habis-habisan.

Setakat ini, Khairy boleh berterima kasih kepada naibnya, Datuk Razali Ibrahim yang kurang menumpukan kepada agenda politik dalaman pembangunan pemuda sendiri secara terus yang mana mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan Khairy yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang anti-Khairy di dalam Umno.

Semua sudah tahu bahawa Razali ketika bertanding dahulu sebagai Naib Ketua Pemuda pada tahun 2009 bukannya dari kem yang sama tetapi dari kem Mukhriz. Namun, tindakan Razali kini yang kurang mengambil kisah pergerakan Pemuda berkemungkinan disebabkan arahan dari Perdana Menteri yang kiranya mahukan Khairy yang tidak diberikan apapun jawatan kabinet boleh melakukan tugasnya tanpa gangguan di dalam Umno.

Di dalam Umno, sebaik mana usaha Khairy tunjukkan kepada Najib masih tidak cukup untuk menghilangkan persepsi menantu Pak Lah ke atasnya. Puncanya ialah Tun Dr Mahathir sendiri. Nama baik Khairy di kalangan ahli Umno sendiri akan lebih baik selepas ini jika Tun Dr Mahathir sudah tiada.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa legasi "persepsi menantu Pak Lah" itu mungkin akan disambung oleh anaknya sendiri Mukhriz dengan beberapa pemimpin Umno yang kanan yang nampak rapat dengan Tun Dr Mahathir sendiri seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sememangnya hari ini peluang untuk Khairy majukan diri dalam Umno tidak nampak disebabkan tekanan dalaman ke atas pembangunan "karier" di dalam Umno. Dengan membawa dirinya melakukan sesuatu yang berfaedah seperti menyambungkan pengajiannya di bidang Doktor Falsafah dan menulis buku-buku berkaitan sosial dan ekonomi terlebih dahulu akan membuatkan rakyat terutamanya ahli-ahli Umno lupa sebentar kisah naiknya anak muda ini semasa zaman Pak Lah dan juga lebih jelas nampak kemampuannya sebagai pemimpin masa hadapan.

Apabila sampai masanya nanti selepas PhD, mungkin Khairy akan nampak semula jalan perjuangan politiknya. Tidak mustahil juga Khairy selepas ini mungkin lebih berminat untuk menyertai PR jika agenda-agenda PR hari ini mengenai rakyat adalah konsisten dan diterima pakai. Malah, dua hari lepas, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menjemput beliau untuk menyertai PAS kerana melihat kecenderungan Khairy mengenai politik massa.

Penulis semasa zaman Pak Lah sebenarnya amat marah dan geram kepada Pak Lah dan Khairy dengan isu-isu membabitkan Khairy dan rakan-rakannya yang digelar oleh Tun Dr Mahathir sebagai penghuni Tingkat 4 di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu.

Mereka ini didakwa oleh Dr Mahathir sebagai mereka yang menguasai segala keputusan dan tindakan Pak Lah di dalam mentadbir negara ketika itu. Mungkin permainan politik Tun Dr Mahathir mencacai Pak Lah dan menantunya akhirnya terus menjadi parut yang kekal di dalam hati rakyat terhadap kemampuan Khairy.

Namun begitu, apabila saya melihat kemampuan dan bentuk perjuangan Khairy sejak pilihanraya umum ke-12, penulis akui Khairy mempunyai bakat, ketrampilan dan kepimpinan rakyat. Bukannya penulis berkata Khairy layak menjadi Perdana Menteri tetapi Khairy layak untuk diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Jika bukan sebagai Menteri pun, bermula sebagai Timbalan Menteri pun tidak mengapa. Jika Najib boleh menjadi Timbalan Menteri termuda dalam sejarah pada umur 25 tahun, mengapa pula tidak Khairy yang kini mencecah umur 35 tahun pada 10 Januari nanti untuk memegang jawatan.

Di negara-negara Barat, seperti United Kingdom sendiri, Perdana Menterinya kini David Cameron baru sahaja mencecah umur 45 tahun boleh pula diberikan kepercayaan memegang jawatan tertinggi di negara itu. Malah, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama belum lagi mencapai umur 50 tahun sudah menjadi orang yang paling berpengaruh dan kuat di dunia.

Tetapi apa boleh buat, walaupun Khairy layak secara peribadinya tetapi cara kenaikannya dulu yang menjadi persoalan yang akhirnya menjadi duri kepada usahanya untuk mara di dalam politik Malaysia.

Mungkin hanya kerana Khairy anak kepada rakyat biasa dan tidak seperti Najib anak kepada Tun Razak, Khairy kena berusaha kuat lagi bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kemampuannya menjadi pemimpin.

Dan perlu Khairy ingat bahawa orang Malaysia terutamanya orang Melayu ini lebih sukakan imej yang "matured" dan nampak tua walaupun pada umur yang muda sebagai syarat menjadi pemimpin.

Tetapi bagi penulis, nampak muda pun bukannya persoalan tetapi itulah hakikatnya di Malaysia ini yang lebih gemar melihat imej luaran walaupun matang di dalamnya. Bak orang putih berkata, "Don't judge a book by its cover".

Saya harap pengumuman Khairy ini tidak mempunyai agenda tersirat. Apa yang saya maksudkan ialah mungkin Khairy mengharapkan perhatian daripada Najib ataupun menunjukkan tanda-tanda "merajuk" kerana tidak mendapat apa yang dicitakan setakat ini. Mudah-mudahan, Khairy gunakan saat ini untuk pembangunan diri, agama dan juga merangka strategi baru sebelum kembali ke dunia politik baru di masa hadapan. Selamat berjaya untuk Khairy.

* Shaharul Shafie adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Selangor Tidak Sokong Slogan Hipokrasi

Posted: 05 Jan 2011 05:15 AM PST

KENYATAAN AKHBAR
5 JANUARI 2011
­­­­­­­
SELANGOR TIDAK SOKONG SLOGAN HIPOKRASI

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengulangi ketetapan untuk tidak menerima penggunaan slogan 1Malaysia dan disebarluas di dalam negeri Selangor atas sebab-sebab berikut;

1) Ia slogan hipokrasi yang tidak mempunyai makna jelas dari segi tafsiran dan perlaksanaan.

2) Ia adalah slogan propaganda BN bagi mempromosi sokongan berbentuk kepartian.

3) Ia membazir wang rakyat dan pembayar cukai.

Justeru itu, Kerajaan Negeri tidak membenarkan mana-mana agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri ( GLC ) membelanjakan dana rakyat untuk mempromosikan konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Barisan Nasional.

Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor tidak akan terlibat dengan sebuah konsep yang tidak mencerminkan keadaan dan polisi sebenar Kerajaan Pusat Barisan Nasional yang mana konsep tersebut seolah-olah mempersendakan harapan rakyat untuk mewujudkan satu Malaysia yang adil dan saksama.

Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa mempraktikkan amalan perpaduan sejati bagi mewujudkan negeri yang senang didiami seluruh rakyat pelbagai kaum, bangsa dan kepercayaan agama.

Oleh itu logo 1Malaysia tidak akan dipaparkan di papan tanda milik Kerajaan Negeri, agensi mahupun anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor. Keutamaan mesej Negeri Selangor lebih tertumpu kepada pelbagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak menghalang pemasangan iklan oleh individu untuk tujuan komersil selagi ia tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang sedia ada dan permohonan boleh dilakukan kepada pihak berkuasa tempatan berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Wawancara Nazri bersama Sin Chew: Tentang PERKASA jika sokong 1Malaysia

Posted: 05 Jan 2011 05:00 AM PST

Lim Hong Siang


PERKASA harus ditentang sekeras-kerasnya jikalau menyokong konsep "1Malaysia", kata Menteri Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz. Bagaimanapun, Nazri mengakui bahawa tiada menteri yang berani untuk bersuara dalam hal ini, "Ya, mereka sokong (1Malaysia), tapi sama ada disusuli dengan tindakan, saya tidak tahulah."

Nazri mengakui bahawa dirinya mungkin "suara minoriti" dalam kabinet, ketika ditanya sedemikian dalam satu wawancara bersama Sin Chew Daily. Beliau tetap menganggap bahawa PERKASA adalah pertubuhan yang menentang konsep 1Malaysia, lantas beliau tidak faham mengapa masih terdapat menteri yang menyokong pertubuhan ini.

Wawancara bersama Nazri Aziz ini disiarkan dalam Sin Chew Daily pada 2 Januari 2011. Antara isu yang diulas termasuklah isu buku teks sejarah, penyanyi tempatan yang mencungkil kontroversi - Namewee, politik UMNO, kuota bumiputera dan sebagainya.

Najib beri isyarat jangan serang Mahathir

Nazri bergurau bahawa "ada virus dalam otak", yang membuatkan dirinya menyokong penuh konsep 1Malaysia, sehingga melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dengan kebanyakan orang. Beliau menekankan bahawa Perdana Menteri tidak pernah menyerah "misi khas" kepadanya, dan segala-gala yang dilakukan beliau didorong hati nalurinya.

Dalam wawancara tersebut, Nazri mendedahkan bahawa Najib pernah memanggilnya melalui telefon, berkata orang lain akan melihat serangan Nazri terhadap bekas PM Mahathir itu dilakukan atas arahan PM. Walaupun Najib tidak mengarahkan Nazri untuk menghentikan serangan tersebut, tetapi Nazri dapat merasakan isyarat jelas yang ingin disampaikan Najib, iaitu hentikan serangan terhadap Mahathir.

Nazri menambah, mereka yang memahami beliau akan tahu bahawa beliau berselisih dengan Mahathir sejak awal lagi, jadi beliau bukan menyerang Mahathir kerana menerima apa-apa arahan, menurut laporan.

Malah, Nazri menuduh bahawa politiking dalam UMNO menjadi penghalang kepada perubahan yang dibawa Najib. Nazri adalah menteri kabinet pertama yang mendahulukan identiti warga Malaysia-nya sebelum kaum Melayu-nya. Nazri yang sudah menyandang jawatan Menteri untuk 11 tahun tidak khuatir dengan pandangan orang lain, kerana beliau menganggap jawatan awam yang diamanahkan kepadanya adalah untuk memberi peluang dirinya berkhidmat kepada rakyat.

Beliau mendedahkan bahawa pertemuan dirinya dengan Namewee baru-baru ini mengundang tekanan dari UMNO, yang mendesak Najib untuk memecatnya.

Namewee budak baik

Ketika membangkitkan isu Namewee, Nazri mengakui bahawa dirinya juga pernah melalui zaman remaja yang "memberontak". Apa yang membezakan antara zamannya dengan zaman sekarang adalah kemunculan internet, dan cara penyampaian dan penyebaran maklumat melalui internet. Dengan nada berjenaka, Nazri berkata dirinya lebih degil daripada Namewee ketika zaman remaja.

Malah beliau mengambil kesempatan untuk menyindir Utusan Malaysia, "Ada orang nampak gambar saya bersama Namewee dalam Utusan Malaysia, tetapi tiada yang baling batu pada saya. Saya bebas bergerak di jalan raya, ini menunjukkan kebanyakan orang tidak kisah. Berapa orang yang membaca Utusan Malaysia? 230 ribu?"

"Klip video Namewee mencatat lebih 6 juta klik dalam masa tiga hari. Siapa yang majoriti sebenarnya? Ini penilaian saintifik. Tak ada orang yang tikam saya dengan pisau semasa saya bergerak di jalan raya. Rakyat tidak kisah, mereka mahu teruskan kehidupan mereka," kata Nazri Aziz.

Nazri dilaporkan bersikap toleransi terhadap Namewee, kerana dirinya melalui zaman remaja yang amat memberontak. Beliau mempersoalkan, lelaki mana yang tidak pernah keluarkan kata-kata kesat semasa zaman remaja?

Politikus berikan tongkat kepada Melayu yang sudah berdikari

Dalam wawancara tersebut, Nazri berkata, pada hakikatnya, orang Melayu sudah berdikari. Malah mereka yang sudah berkeyakinan berharap agar tidak bergantung kepada dasar afirmatif kerajaan, untuk menunjukkan kemampuan diri yang sebenar.

"Apa yang menyesalkan, ramai pemimpin sering memperingatkan Melayu bahawa mereka masih memerlukan bantuan daripada kerajaan," katanya. Berbicara tentang perubahan, Nazri berkata PAS yang pada asalnya sangat konservatif kini telah menunjukkan keterbukaan. Justeru itu, beliau berharap agar UMNO tidak kembali kepada landasan yang lama.

Bercakap tentang politik perkauman, Nazri menganggap bukan sesuatu yang salah apabila kaum Cina yang juga warga Malaysia menuntut keadilan. Malah Nazri berpendapat bahawa semangat patriotik bukan bumiputera tidak wajar dipertikaikan. "Ramai Melayu, termasuk diri saya, tidak menghantar anak saya untuk menyertai pasukan tentera. Apakah ini bermaksud Melayu, termasuk saya tidak cintakan negara ini?"

Dalam laporan wawancara tersebut, Nazri turut mengiktiraf sumbangan Kapitan Yap Ah Loy sebagai peneroka kota Kuala Lumpur, malah menganggap fakta ini tidak seharusnya ditutup atau disembunyikan dari buku teks sejarah. Dalam isu kuota pula, secara terus-terang Nazri menyatakan sokongannya dengan mencadangkan nisbahnya pada bumiputera 51% berbanding bukan bumiputera 49%.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Akhbar yang dirujuk adalah Sin Chew Daily pada 2 Januari 2011, wawancara akhbar tersebut dengan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Aziz. Laporan dibuat berdasarkan teks asalnya dalam bahasa Cina.

Sultan Kelantan dikurnia Darjah Kerabat yang amat dihormati Selangor

Posted: 05 Jan 2011 04:45 AM PST

SHAH ALAM, 5 Jan – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu majlis khas di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis itu, Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia Al Muhammadi I kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Majlis berkenaan berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Bukit Kayangan dan turut disaksikan sembilan Orang Besar Daerah.

-Bernama

1Malaysia: Harga didahulukan, Nilai diperlekehkan

Posted: 05 Jan 2011 04:30 AM PST

Lim Hong Siang

Bukan Melayu sahaja, tetapi 1Malaysia memasuki zaman harga didahulukan, nilai diperlekehkan. Manusia dilatih untuk menyukat dan mengukur berdasarkan harga, tetapi gagal membezakan antara yang benar dengan yang salah. Manusia sebagai insan dalam masyarakat ini kehilangan keupayaannya untuk menilai apa yang harus dan sebaliknya, tetapi sekadar mampu untuk bertanya berbaloi atau tidak.

Saya tidak pasti sama ada "lonjakan nilai" yang diperhatikan Hishamuddin Rais ini hasil daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dijulang United Malays National Organisation (UMNO), dan saya gagal meramalkan apakah pula bentuk masyarakat 1Malaysia pada hari ini jika tanpa DEB. Namun, saya amat yakin bahawa krisis nilai turut melanda masyarakat bukan Melayu, sekurang-kurangnya masyarakat Cina.

Untuk saya, sesebuah masyarakat masih tidak berada pada tahap paling bahaya jikalau hitam diputihkan dan putih dihitamkan. Ia sekadar munafik namanya apabila seseorang itu mengingkari naluri hatinya - sama ada disebabkan beliau tunduk kepada realiti mahupun goyah kerana tekanan. Namun, kayu ukur masih berada dalam genggamannya - seseorang itu sedar mana yang betul dan mana yang salah - cuma beliau tidak memilih yang betul mengikut hatinya.

Tetapi sesebuah masyarakat akan berada pada tahap yang paling bahaya apabila hitam dan putih dikelabukan. Ia berlaku apabila seseorang itu tidak berpegang, malah bersahaja dengan apa yang benar dan apa yang salah. Garis yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dikaburkan begitu sahaja. Pada hakikatnya, kita tidak perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk menjadi muflis dari segi nilai. Kita telah bankrap nilai pada detik saat kita tidak percaya apa-apa.

Penduduk Taiwan bangkit menjulang nilai

Sekali imbas, masyarakat Cina di merata dunia amat terharu pada September 2006, apabila jutaan penduduk Taiwan bangkit untuk menjatuhkan Chen Shui-bian, Presiden Taiwan pada ketika itu yang terpalit dengan amalan nepotisme, membabitkan isteri dan menantu Chen Shui-bian. Penduduk Taiwan menyarung jersi berwarna merah, mengepung kediaman rasmi Chen dalam hujan, tak kira siang mahupun malam - menuntut agar Chen berundur dari jawatannya segera!

Angka rasuah yang terbabit sememangnya gagal menandingi komisen yang dipunggah ketika Malaysia membeli kapal selam Scorpene. Namun di sini hebatnya ketamadunan sesebuah masyarakat yang tidak sekadar menyoal "berbaloi atau tidak". Antara mereka yang menyertai perhimpunan dan perarakan aman ini termasuklah golongan pendidik. Ketika ditanya, dengan jujur mereka berkata, "Kami menghadapi kesukaran untuk mendidik anak murid kami, jikalau kita membenarkan Presiden yang tidak jujur dan tidak tahu malu ini untuk terus kekal pada jawatan tersebut."

Mahu atau tidak, sama ada kamu memangkahnya atau tidak pada kertas undi, Presiden adalah lambang sesebuah negara yang terpilih melalui sistem demokrasi (dalam konteks Taiwan). Penduduk Taiwan akhirnya tidak rela diwakili seorang Presiden yang muflis nilainya - kerana terlibat dalam rasuah, malah enggan memohon maaf dan meletak jawatan selepas terdedah kesalahannya.

"You help me, I help you"

Tanpa berselindung penganalisa, pemerhati politik, kolumnis dan wartawan media cetak bahasa Cina tempatan menzahirkan kekaguman mereka terhadap tekad penduduk Taiwan, yang tidak berganjak selangkah pun untuk mempertahankan benteng ketamadunan mereka. Pujian dan sanjungan dikalung-kalungkan pada leher Shih Ming-teh (gambar kanan, bawah), pemimpin gerakan sosial Taiwan untuk menolak rasuah dan mendesak agar Chen Shui-bian berundur.

Media cetak bahasa Cina Malaysia terbeliak dengan ketegasan rakyat Taiwan untuk menolak rasuah, mengangkat nilai kejujuran dan menjulang keadilan. Jelas, itu bukan soal "harga" rasuah, tetapi maruah yang berlandaskan nilai.

Demonstrasi menggulingkan Chen Shui-bian berlaku sebelum tsunami politik pada 8 Mac 2008. Saya masih teringat bagaimana pembangkang kita pada ketika itu cuba menyamakan Khairy Jamaluddin dengan menantu Chen. Malah, sesetengah masyarakat Cina yang teruja dengan demonstrasi di Taiwan, turun ke gelanggang untuk menyertai perhimpunan BERSIH pada tahun 2007. Dan di sini berlakunya sesuatu yang meluat dalam media cetak bahasa Cina.

Apabila kaum Cina buatan Malaysia turun ke jalan raya untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih, media cetak tempatan bahasa Cina pula membuat liputan dari persektif bagaimana demonstrasi ini mengakibatkan kesesakan jalan raya - jauh terbabas dari tema asalnya. Nilai keadilan yang cuba ditegakkan di sepanjang jalan menuju Istana Negara dibingkaikan menjadi gambar kesesakan kereta yang tidak bernyawa di muka akhbar.

Peristiwa yang menjijikkan ini tidak berhenti begitu sahaja. Apabila Perdana Menteri Najib Razak tanpa segan silu menyogok pengundi Rasa dengan janji peruntukan RM3 juta kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (c) Rasa sebelum hari pengundian PRK Hulu Selangor, dan menyerahkan cek selepas itu walaupun hilang sokongan Cina - ia dilaporkan dari perspektif "PM tunai janji". Dengan kata lain, RM3 juta yang gagal untuk membeli hati pengundi, cukup pula untuk menggadaikan nilai kejujuran!

Belum lagi dengan ungkapan terkenal Najib berbunyi "You help me, I help you" ketika PRK Sibu, yang telah menodai nilai saling membantu dalam Pendidikan Moral. Saya tidak berminat untuk menyindir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mencadangkan agar ungkapan Najib ini dijadikan iklan membanteras rasuah, saya cuma ingin bertanya kepada guru besar dan guru sekolah, bagaimana anda mendidik anak murid anda untuk bersikap jujur dan bersih, apabila kita menggantung gambar pemimpin sebegini rupa pada dinding sekolah?

Masyarakat muflis nilai

Di sini ranapnya ketamadunan masyarakat kita. Apabila Barisan Nasional dilemparkan tuduhan rasuah, ia akan dibalas dengan "Pakatan Rakyat rasuah juga". Akhirnya yang dibandingkan adalah harga - angka tawaran / sogokan mana yang lebih lumayan, jarang sekali ditimbang mana yang lebih berat dosanya. Ia berbalik kepada ukuran harga, dan nilai "kejujuran" terus diperlekehkan.

Lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan. Setiap anggota masyarakat cuba membiasakan diri dengan rasuah, dan kemudiannya jenayah seperti rogol dan bunuh - seolah-olah rasuah bertujuan untuk membantu seandainya dihulurkan dari tangan Perdana Menteri; seakan-akan jenayah hanyalah cerita lama apabila masa berlalu. Duit kopi bukan rasuah jika ia bernama komisen, pembunuhan menjadi perkara kecil jika mayat diletupkan menggunakan C4.

Sikap sedemikianlah yang membantutkan diri kita - kita sekadar mampu untuk mengkagumi demokrasi negara lain, tetapi tidak sesekali memperjuangkannya di bumi yang dipijak.

Untuk saya, masyarakat kita ini semakin cetek untuk mendalami sesuatu yang gagal dilihat mata kasarnya - perspektif yang semakin sempit apabila menilai segala-galanya dengan "harga". Otak masyarakat 1Malaysia tergendala apabila disumbat dengan angka dan huruf besar seperti NEM, ETP, NKEA, NKRA dan sebagainya. Maka 1Malaysia sujud berkiblatkan angka dan harga. Mereka bangkit menumbuk udara melaungkan "Ketuanan Melayu". Bermati-matian mereka berperang menuntut kuota 30% , 51% atau 67%.... Mereka ghairah menyifatkan pemansuhan duti import seluar dalam berjenama dalam Belanjawan 2011 sebagai mesra rakyat, tanpa belas kasihan sehiris pun kepada golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berhempas pulas membanting tulang untuk tepung susu bayinya...

Demi "harga" kita gadaikan "nilai" - demi peruntukan bangunan sekolah kita gadaikan jiwa pendidikan yang sebenarnya. Saya gagal melihat di manakah masa depan masyarakat 1Malaysia seandainya kita dahulukan harga dari nilai, utamakan angka dari jiwa. Percayalah, bangunan seutuh manapun bakal ranap jika ditimpa bencana. Cuma, seandainya ketamadunan 1Malaysia begitu rapuh sehingga hancur berkecai hanya dengan tusukan satu jari telunjuk, bagaimanakah agaknya kita mendirikan jiwa yang roboh di atas Menara 100 tingkat yang mencakar langit?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

Teoh Beng Hock: Setelah 2 Tahun Kami Menunggu......

Posted: 05 Jan 2011 04:15 AM PST

Keputusan terbuka, punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh

Oleh Debra Chong


SHAH ALAM, 5 Jan — Mahkamah memberikan keputusan "terbuka" sebentar tadi berhubung punca kematian Teoh Beng Hock, bekas setiausaha politik kepada Exco Kerajaan Negeri, pertengahan 2009.

Dengan keputusan terbuka itu bermakna mahkamah tidak dapat memutuskan punca yang membawa kepada kematian Teoh yang meninggal dunia selepas didapati jatuh dari bangunan Masalam di sini semasa berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Koroner Azmil Muntapha Abas menolak teori bahawa Teoh mati kerana dibunuh ataupun membunuh diri.

Terdahulu ketika membacakan keputusnnya, Azmil berkata, Teoh kemungkinan meninggal dunia antara 7.15 pagi dan 11.15 pagi pada 16 Julai 2009.

Katanya, ia berdasarkan pada keterangan pakar-pakar patologi.

Azmil juga berkata, adalah jelas Teoh meninggal dunia di koridor servis tingkat lima Plaza Masalam.

Kata beliau, pegawai muda itu mati akibat kecederaan teruk selepas jatuh dari bangunan tinggi.

Malah beliau memberitahu, nota tulisan, yang dipercayai ditulis Teoh, yang dikemukakan sebagai bahan bukti ketika inkues menuju peringkat akhir, juga menimbulkan persoalan.

Meskipun adanya keputusan itu, Seksyen 339(2) Kanun Prosedur Jenayah menyediakan peruntukan kepada Pendakwa Raya untuk mengarahkan koroner membuka semula inkuiri.

Keluarga Teoh menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat keadaan yang membawa kepada kematian Teoh — melihat punca sebenar termasuk kemungkinan dia dipaksa untuk terjun dari bangunan tinggi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima, Plaza Masalam, Shah Alam, pada 16 Julai, 2009, selepas beliau memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza itu.

Laporan meluas bahawa beliau mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM mengenai dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.

Pada awalnya, inkues itu dijadual diselesaikan dalam masa sebulan tetapi ia berlarutan sehingga 4 November lalu, di mana koroner mendengar keterangan daripada 37 saksi termasuk patologis Thai yang terkenal Dr Pornthip Rojanasunand.

Dr Pornthip mendakwa Teoh mungkin dibunuh, menyebabkan mayat Teoh digali semula untuk bedah siasat kedua.

78 kerusi parlimen yang menentukan pendemokrasian Malaysia

Posted: 05 Jan 2011 04:00 AM PST

Wong Chin Huat

Seandainya dilihat dari senario terkini, kunci yang bakal menentukan proses pendemokrasian Malaysia mungkin jatuh pada 78 (lebih satu pertiga) daripada 222 kerusi parlimen. 144 kerusi parlimen yang selebihnya kemungkinan mengekalkan status quo masing-masing.

Barisan Nasional

Selepas 8 Mac 2008, Barisan Nasional menguasai 140 kerusi parlimen, sementara parti pembangkang memperolehi 82 kerusi parlimen. Namun, empat pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen dan lapan orang yang keluar parti (Ibrahim Ali bukan ahli PAS, kedudukannya lebih sebagai ahli parlimen tanpa keahlian parti), menjurus kepada senario 143:77. (rujuk Jadual 1 dan Jadual 2)

[Seterusnya]

Saya Tidak Rogol Dia Hokey.....

Posted: 05 Jan 2011 03:30 AM PST

Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

rais yatim pc 020709 01Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

New year but same referee bias for United

Posted: 05 Jan 2011 03:15 AM PST

Shebby Singh is a full-time football pundit with ESPN STAR Sports and is now into his 14th year of giving us his straight-talking comments on the beautiful game. As a player, Shebby won everything there was to win in Malaysian football, and represented the country on the international stage.


JAN 5 — So, we are back with a new year and the English Premier League (EPL) certainly has started with a bang. The weekend brought some cheer while I had to desperately try explaining to our long-suffering, Liverpool-fan make-up artist at ESPN-StarSports studios that referees do really fear Alex Ferguson!

She was obviously flabbergasted at Chris Foy for not sending off Gary Neville and awarding West Bromwich Albion a penalty.

I have said it before and I will say it again, that man is an institution (Ferguson of course, not Neville!) and has earned the right to win big decisions.

In the process, I think I annoyed her by saying Rafa Benitez tried to stand up to Fergie with his famous "fact" rant... but then, let us leave the "sacked twice in a year man" out of this.

The Red Devils got extremely lucky.

The Spurs, too, as Fulham battered us and Aaron Lennon refused to pass the ball. All the nonsense about David Beckham is probably upsetting him already.

Yes, in my opinion, it will be nonsensical to sign Beckham on loan and the reason why lies in the question, "Why not Ronaldinho?" Just when you think that life has found a balance.

The Arsenal looked awesome at times apart from Robin van Persie fumbling his way around. Why can't Arsene Wenger play a natural striker in Maroune Chamakh? But then again, it needs a brave decision to put van Persie on the bench.

The performance of the weekend was surely Aston Villa against Chelsea. They were good for their lead at 2-1 and deserved the late equaliser to make it 3-3.

The choice to start with all the experienced players was a good one by Gerard Houllier and to see the young Ciaran Clark pop up very, very late in the game and nod home like a seasoned pro gives the Villans plenty to look forward to.

The final match of the weekend was wobbly Wigan playing the worst football that they are capable of to lose at home. For all the talk of Roberto Martinez and his playing philosophy, while changing his formation to a 3-5-2 to get back into the game, he took Tom Cleverly away from goal by deploying him as a left wingback.

Perhaps, it would have been better to go to a 3-4-3 with Cleverly, Mauro Bosselli and Hugo Rodallega as a front three without giving up the attacking intent.

Dare we say Fernando Torres is back? He fought hard and was inspirational throughout the game against a tough Bolton team. If only he could turn up every game.

The theory is, as told to me by a die-hard Liverpool fan from Singapore, apparently the players were told by the owners that a new manager is on the way thus the happy performance.

No, I would never think of making up something like this but it was a passionate performance nevertheless.

Or is it true that Jose Mourinho expressed his interest in Torres in a phone call to the striker?

Ok, I'm sorry, I made this one up!

Enjoy your football, enjoy 2011! Happy New Year everyone!

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

NUJ desak Utusan batal siasatan ke atas presidennya

Posted: 05 Jan 2011 03:00 AM PST

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) masih berharap Utusan Melayu akan "mempertimbang dengan serius" untuk membatalkan siasatan dalaman terhadap Presidennya, Hata Wahari, petugas organisasi media tersebut.

NONESetiausaha agung NUJ, V Anbalagan berkata hari ini kesatuan itu pada mesyuarat tergempar majlis exconya malam semalam sebulat suara berpendapat dakwaan Utusan yang Hata telah merosakkan imejnya dengan kenyataan yang dibuatnya adalah "lucu".

"Hata, dalam kapasitinya sebagai presiden NUJ, mengeluarkan kenyataan itu sebagai mempertahankan kebebasan akhbar dan kebajikan anggotanya," kata beliau dalam satu kenyataan.

Hata berdepan lapan tuduhan salah laku kerana mengeluarkan kenyataan kepada portal berita Malaysiakini, Malaysian Insider dan Merdeka Review, dan akhbar The Sun antara 21 Sept dan 14 Okt tahun lalu.

Syarikat itu sebelum ini menetapkan siasatan dalaman untuk hari ini, tetapi dalam surat bertarikh Isnin, menunda kes itu ke 17 Jan.

Anbalagan berkata NUJ menyifatkan siasatan dalaman itu terhadap Hata, yang juga presiden Persekutuan Wartawan Asean (CAJ), sebagai tindakan penganiayaan terhadap seorang pemimpin kesatuan.

"Ia juga bertujuan melumpuhkan kepimpinan NUJ dan dijadikan amaran kepada pemimpin kesatuan yang berpejabat di Utusan Melayu," katanya.

Syarikat itu sebelum itu telah mengadakan siasatan dalaman terhadap bekas pengerusi cawangan NUJ Amran Ahmad, yang berakhir dengan pemecatan beliau pada September 2009, dan kes beliau kini berada di Mahkamah Perusahaan.

Polis PJ sasar kurangkan pusat maksiat tahun ini

Posted: 05 Jan 2011 02:45 AM PST

PETALING JAYA, 5 Jan - Polis Daerah Petaling Jaya hari ini memberi amaran keras kepada pemilik premis hiburan termasuk pusat urut dan spa di daerah itu yang menyalahgunakan lesen terutama untuk tujuan maksiat.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya akan meningkatkan risikan serta serbuan bagi memastikan pusat-pusat sedemikian, khususnya yang menawarkan khidmat seks ditutup.

"Saya akan arahkan anggota kita untuk turun padang dengan lebih kerap dan tumpuan kita pada tahun 2011 ini adalah untuk menghapuskan premis-premis yang disyaki menawarkan khidmat seks pada pelanggannya," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, berdasarkan kes-kes sebelum ini, banyak premis yang telah disita dan disenarai hitam kembali beroperasi menggunakan nama orang lain sebagai pemegang lesen premis.

"Kebanyakan premis ini berselindung di sebalik perniagaan lain seperti restoran serta pusat spa bagi mendapatkan lesen dan juga bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa," katanya.

Katanya, sepanjang tahun lepas, pihaknya menahan 816 wanita warga asing yang dijadikan sebagai pelayan pelanggan dalam 294 serbuan.

"Majoriti wanita warga asing yang ditahan ini adalah dari China dan Thailand. Sebahagian daripadanya ditahan di hotel-hotel murah dan bekerja sebagai 'massage girl' yang turut memberi perkhidmatan seks jika diminta oleh pelanggan," kata Arjunaidi.

Beliau turut menyenaraikan Damansara dan Sungai Buloh sebagai pusat kegiatan tersebut.

Selain membendung aktiviti maksiat, Arjunaidi berkata, pasukannya akan turut mengekang gejala perjudian haram di seluruh daerah Petaling Jaya.

"Melalui kerjasama anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), kegiatan perjudian turut menjadi tumpuan kita sepanjang tahun ini.

"Walaupun kegiatan ini tidak berada pada tahap membimbangkan, kita akan pastikan setiap lubuk perjudian di daerah ini dilumpuhkan," katanya.

-Bernama

Biar Khusrin 'macam cacing kepanasan'

Posted: 05 Jan 2011 02:30 AM PST

Mohd Rashidi Hasan
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakahdaily.net

KERAJAAN Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, dengan jelas mengambil sikap menolak pelantikan Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Khusrin ditolak kerana, sejak menjadi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, beliau memang sengaja mencari pasal untuk menyusahkan PAS, KeADILan dan DAP, dengan pelbagai alasan.

Alasan yang sering disebut-sebut beliau, khususnya dalam soal agama di Selangor, ialah inilah 'titah tuanku' (titah Sultan Selangor). Terlalu banyak larangan yang beliau nyatakan, sama ada secara kenyataan atau bertulis.

Sama ada betul atau tidak ianya titah Sultan, memang susah hendak disahkan. Sama ada ia rasional atau tidak, itu Khusrin tidak peduli asalkan 'hasrat beliau' tercapai.

Sebagai rekod untuk memudahkan pemahaman pembaca Khusrin sebelum ini adalah bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, Tan Sri Mohamad Mohd Taib.

Jika latar belakang sudah menjadi SU Sulit MB dari Umno, dan berdasarkan banyak tindakannya dalam Jais menindas PAS khususnya, bermakna, Khusrin adalah spesies Umno tegar.

Sebab itu Khusrin tidak peduli soal Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menerimanya sebagai SUK, kerana tuannya adalah Kerajaan Pusat Umno-BN.

Justeru pelantikannya ke jawatan SUK, tidak dapat ditolak, ianya adalah bermotifkan, bertujuan politik untuk kepentingan Umno-BN.

Maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi tiga parti PAS, KeADILan dan DAP, tidak ada pilihan lain. Mereka mesti bekerjasama sepenuhnya bagi menyekat balaci Umno ini dalam kerajaan.

Berdasarkan 'track record', Khusrin bukan sahaja menjadi alat, malah menjadi 'key player' Umno-BN untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Soal beliau lompat jawatan dari gred Jusa C, terus naik ke Jusa A dengan mengetepikan penjawat gred Jusa B, biar pegawai kerajaan sendiri menilai ketidakadilan yang dilakukan.

Jelas, kenaikan pangkat secara mendadak Khusrin, dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Umno-BN.

Amalan ini bukan baru, dalam soal institusi kehakiman misalnya, banyak hakim-hakim junior dinaiktaraf secara mendadak, akibat kedangkalan politik pemimpin Umno-BN.

Justeru, dalam soal Khusrin ini, biarpun beratus kali beliau menafikan menjadi alat Umno-BN, tetapi jelas pada tindakannya semasa menjadi Pengarah Jais, semuanya dibuat mengikut kehendak politik Umno.

Namun, beberapa persoalan besar sudah terungkai selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor.

Di mana Sultan dilaporkan bertitah, bahawa baginda tidak ada kuasa menerima atau menolak pelantikan seseorang ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, kerana kuasa baginda sudah dicabut dalam pindaan Perlembagaan 1993.

Seolah-olahnya ia berbentuk keluhan Sultan, betapa di dalam negeri di bawah naungannya, kuasa baginda terbatas. Keterbatasan itu wujud, akibat kerakusan pemimpin Umno-BN juga.

Oleh itu kenyataan awal Dato' Munir Bani sebelum ini, bahawa Sultan sudah memperkenankan pelantikan Khusrin, ternyata tidak berasas sama sekali.

Ianya mengundang persepsi dan menguatkan hujah bahawa, wujudnya tangan-tangan ghaib dalang Umno-BN, yang membuat onar, semata-mata untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Persoalan besar yang tercetus berikutan pertemuan MB dengan Sultan ialah, hari ini rakyat Selangor baru tahu, betapa rakusnya ketamakan kuasa Umno-BN, sehingga habis kuasa Sultan dicabut.

Sehingga dalam isu pelantikan SUK ini, berdasarkan pindaan Perlembagaan 1993, bermakna Sultan harus menerima siapa sahaja yang dilantik. Dalam ertikata lain, Sultan terpaksa akur dengan telunjuk Umno.

Hebatnya kuasa Umno sehingga mengatasi kuasa Sultan! Ini baru dalam satu perkara, entah berapa banyak lagi yang rakyat tidak ketahui, betapa besarnya kuasa Umno-BN.

Rakyat sebenarnya tidak sedar, dengan Pindaan Perlembagaan 1993, kuasa sebenar, ada kepada Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Besar.

Terma yang digunakan dari sudut perundangan agak lunak. Iaitu, Yang di-Pertuan Agong atau Sultan hendaklah bertindak 'di atas nasihat' PM atau MB. Walhal, hakikat sebenarnya dari sudut Perlembagaan, sama ada Yang di-Pertuan Agong atau Sultan berkenaan atau tidak, ianya tetap akan menjadi peraturan dan ketetapan.

Semua ini berlaku kerana kehendak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga Presiden Umno ketika itu, melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno tahun 1993, seterusnya dibawa ke Parlimen.

Oleh kerana itu tiada sebab orang-orang Umno hendak 'memekik melolong' dengan pekikan 'Daulat Tuanku', sedangkan pemimpin mereka, parti mereka yang mereka sokong, mencabut habis kekebalan Raja-Raja Melayu.

Tiada sebab untuk media talibarut Umno-BN untuk menuduh pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja, sedangkan mereka juga yang 'menelanjangkan kehormatan' Raja-Raja Melayu.

Tidak ada sebab juga pada waktu ini, Umno dan media talibarut, memberikan sepenuh sokongan kepada Khusrin, kononnya mendapat perkenan Raja, kononnya begitu marah terhadap golongan yang tidak menghormati Raja.

Malah mereka sering memainkan agenda ketuanan Melayu, agenda kedaulatan Raja, juga mereka kononnya parti yang mendaulatkan agama Islam di Malaysia.

Umno-BN merosakkan ketuanan Melayu dengan pelbagai dasar rasuah, kronisme dan nepotisme selama lebih 50 tahun, sehingga bilangan kependudukan Melayu menyusut, membiarkan ramai Melayu miskin. Kini mahu mendakwa mereka juara mempertahan hak istimewa Melayu?

Mereka sebenarnya yang 'menelanjangkan' kuasa Raja-Raja Melayu, kini cuba bermain wayang bahawa merekalah 'hulubalang' yang mempertahankan Raja.

Umno-BN sebenarnya yang menghalang perkembangan Islam dalam negara, menempelak dan menghina peraturan Islam di Kelantan dan Terengganu (semasa PAS memerintah), mempergunakan orang seperti Khusrin untuk menyekat pemimpin PAS menyampaikan kuliah di surau dan masjid. Kini mereka hendak mendakwa mereka mempertahankan kesucian Islam?

Si bodoh mana hendak percaya lawak semacam ini? Si bodoh mana yang hendak mempercayai kesucian dan keikhlasan pemimpin Umno dalam soal masa depan orang Melayu, soal kedaulatan Raja dan pemartaban agama Islam?

Ingat pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jika semua keikhlasan ini wujud dalam hati pemimpin Umno, sudah lama PAS dibubar, tidak perlu wujud PAS.

Berbalik kepada soal krisis di Selangor. Pakatan Rakyat mahu Umno-BN berkompromi dalam isu pelantikan SUK. Jangan lantik Khusrin, biar satu panel pemilihan dibuat secara bebas. Tetapi nampaknya Umno-BN berkeras.

Oleh kerana itu Pakatan Rakyat tiada pilihan lain selain meminda Perlembagaan Negeri. Usaha Pakatan Rakyat untuk memanggil sidang khas untuk mengembalikan kuasa pelantikan SUK kepada Sultan dan MB harus disokong semua rakyat.

Pindaan tersebut sudah tentunya akan memerlukan sokongan dua pertiga dari anggota Dewan Undangan Negeri Selangor.

Oleh kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai dua pertiga daripada 56 kerusi Dun Selangor, maka usaha pindaan ini harus mendapat sokongan Adun Umno-BN jika hendak diluluskan.

Maka sekarang ini, rakyat Selangor ternanti-nanti, apakah Adun Umno-BN akan menyokong usaha mengembalikan kuasa Sultan Selangor.

Dalam hal ini Umno-BN Selangor sendiri yang akan tersepit, jika mereka menentang pindaan, bermakna mereka menghina Sultan, jika mereka menyokong, ia bertentangan dengan kehendak Umno-BN Pusat.

Jelas, keengganan Umno-BN menghormati kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim, mempertahankan Khusrin dan keengganan mereka berkompromi, merupakan suatu 'back-fire' kepada mereka.

Jangan sesiapa pedulikan Khusrin di pejabat SUK, dia memang jenis 'muka tebal'. Biar dia macam 'cacing kepanasan', biar dia macam 'kupang tembaga', biarpun dia terus tersengih macam 'kerang busuk', Khusrin tidak harus ada tempat dalam kerajaan negeri.

Ada Sebab Lain Ke Khairy Nak Bersara Politik?

Posted: 05 Jan 2011 02:00 AM PST

Blog persoal apakah Khairy terlibat dengan Alcatel?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Selepas mendedahkan dokumen laporan Migrant Care berkaitan penyiasatan mereka terhadap mangsa rogol oleh seorang menteri kabinet, sebuah blog pro Umno mempersoalkan pula apakah Khairy Jamaludin terlibat dalam skandal rasuah Alcatel.

Blog Bigdogdotcom yang banyak memburukkan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini mencadangkan, Khairy sebagai pihak yang berpengaruh dalam kumpulan "budak-budak tingkat 4" pentadbiran Abdullah terlibat dalam skandal ini.

Bagi penulis blog ini, apa yang berlaku baru-baru ini, Khairy bukannya merajuk tetapi bimbang diambil tindakan selepas kes ini terdedah.

"Ada yang kata, dia akan bertanding kerusi negeri. Harapannya adalah untuk dia jadi MB Negeri Sembilan akan datang. Ada yang kata dia akan bertanding di kerusi lebih selamat iaitu kerusi bapa mertuanya di Kepala Batas.

"Kami fikir ia lebih besar dari itu," tulis penulis blog yang sebelum ini mendedahkan dokumen yang mengaitkan seorang menteri kabinet merogol pembantu rumahnya.

Khairy baru-baru ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang diwakilinya sekarang.

Langkah ini disifatkan sebagai Khairy merajuk kerana tidak diberikan jawatan yang sesuai kepadanya selaku Ketua Pemuda Umno.

Ekoran itu, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi mempelawa beliau menyertai PAS, namun ditolak oleh Khairy.

"Baru-baru ini, pihak berkuasa telah memulakan tindakan ke atas pemimpin yang terlibat dengan kesalahan rasuah...." tulis Bigdogdotcom.

Media melaporkan, Alcatel melalui Alcatel Lucent SA telah membayar wang rasuah sebanyak USD700,000 kepada seorang rakyat Malaysia yang membantunya mendapat kontrak bernilai USD85 juta dari Telekom Malaysia antara tahun 2004 dan 2006.

Dokumen itu telah didedahkan oleh Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika dan Department of Justice Amerika.

Pada tahun 2004-2006 itulah, tulis Bigdogdotcom, negara ini ditadbir oleh 'budak-budak tingkat 4'.

"Semuanya diputuskan di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri," tulisnya lagi.

Tiada ulasan: