DIALOG RAKYAT |
- Zulkifli Nordin Kejam Dan Hina : Dr Asri
- Satu lagi salah laku seks VVIP terburai?
- Sidang DUN tergempar akhir Januari
- Tiada perbincangan perpaduan PAS-Umno
- Utusan putar belit isu SUK
- Seramai 12 GRO warga asing ditahan
- Rakyat M’sia belanja melebihi RM6,000 untuk beli-belah dalam talian
- Pemimpin Umno berbeza pendirian berhubung kuasa Sultan
- Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011
- Tenang bakal jadi medan perang Interlok
- Shuhaimi jelaskan 'beraja di mata, bersultan di hati'
- Rais Yatim nafi dakwaan perkosa amah Indonesia
- Koroner putuskan Teoh tidak bunuh diri atau dibunuh
- Strategi media baharu menjelang PRU 13
- PAS kutuk serang gereja Coptic Orthodox
- Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar
- Isu Felda bakal warnai kempen PRK Tenang
- Blog persoal apakah Khairy terlibat dengan Alcatel?
- Perkarangan Mahkamah S.Alam sesak
- Kes amah dirogol: SAMM buat laporan polis terhadap menteri
- Mat Zain dakwa bukti laporan DNA kes Anwar 1998 dipalsukan
| Zulkifli Nordin Kejam Dan Hina : Dr Asri Posted: 05 Jan 2011 07:10 AM PST Membaca kebanyakan tulisan YB Kulim Bandar Baru seringkali meyeramkan bulu roma dan menimbulkan rasa mual, benci kepada yang empunya badan, apatah lagi beliau sering mengulang-ulang perkataan "Pak Jangout" dalam nada atau ayat menghina para ustaz (yang sememangnya tidak maksum dan tidak sunyi dari kesalahan), sedangkan dia juga ada menyimpan sejemput janggut, seperti meludah ke langit kena batang hidung sendiri. Bertambah meluat lagi apabila beliau sering berhujah seolah-olah beliau seorang ilmuan dan mempunyai taraf kesolehan yang tinggi, pakar dalam penghayatan Islam dan kononnya dialah penegak Islam yang sebenar. Sejak menjadi MP bebas, beliau tidak sunyi dari menyerang PR, habis semua Parti di dalam PR dilibasnya, segala tindak tanduk PR semuanya dilihat dengan penuh negatif dan dituduh jahat dan sering dihujahkan yang beliau mendapat maklumat dan tahu apa sebenarnya perancangan jahat PR. Terbaru beliau ada mencadangkan hukuman bunuh kepada mereka yang engkar kepada Titah Sultan, Masya- Allah!!! apa ganjaran yang diidamkannya dengan ampuan sebegitu hanya Allah saja tahu. Baca sini. Belum selesai rasa marah dengan sikap pengampu berlebihan YB Zul itu, terlihat saya artikel terbaru Dr. Asri yang bertajuk "Bunuh Pengkritik Sultan Satu Cadangan Yang Hina" (klik pada tajuk untuk baca). Rasa-rasa macam tak ada orang lain dah walaupun tulisan tersebut diumumkan kepada semua orang ia lebih tepat menuju kepada YB Zul. Eloklah YB Zul dengar saranan DR Asri, bertaubatlah dan hidup sederhana serta jangan terlalu over sangat./Wartashubhi | ||
| Satu lagi salah laku seks VVIP terburai? Posted: 05 Jan 2011 07:06 AM PST PETALING JAYA: Ketika akhbar arus perdana berterusan menyepikan isu berhubung dakwaan skandal seks pemimpin negara, satu lagi skandal seks yang didakwa melibatkan golongan VVIP dibongkar. Skandal yang dikatakan melibatkan hubungan seorang ketua agama dengan pragawati yang juga seorang pelakon terkenal tanah air, Kavita Kaur itu mula dibangkitkan oleh beberapa blog terkenal termasuk Tranungkite.net yang menduduki carta nombor satu dalam Carta Alexa untuk Blog dan Portal Politik Malaysia 2010. Selain Tranungkite.net, blog Tukar Tiub yang dikendalikan oleh aktivis terkenal Isham Rais, weblog Marhaen, Anak Sungai Derhaka, Pulak Dah, Steadyaku47 dan beberapa blog lain turut memfokuskan isu yang sama. Sebelum ini, Tukar Tiub, blog yang menduduki carta nombor empat dalam carta yang sama dilihat secara konsisten telah menyelitkan nama Kavita Kaur dalam entri-entri yang melibatkan golongan raja-raja dengan maksud tertentu yang tidak didedahkan. Rentetan tindakan tersebut, portal berita FMT, blog Beduk Canang dan Ureka Asia telah mempersoalkan kehadiran nama pelakon jelita tersebut dalam entri-entri Tukar Tiub. Baru-baru ini pula, weblog Marhaen, blog Anak Sungai Derhaka, Pulak Dah, steadyaku47 dan beberapa lagi mula memberikan perhatian mereka dalam isu ini yang dikatakan berlaku sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini. Malahan ada antara blog ini yang secara berani mendedahkan nama pembesar terbabit sekaligus dikaitkan dengan pelantikan kontroversi Datuk Mohammad Khusrin Munawai sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor. Semakin rancak di alam siber Sementara itu, dalam isu kejadian rogol yang melibatkan seorang menteri kabinet terhadap pembantu rumahnya yang terbongkar gara-gara pendedahan WikiLeaks juga semakin rancak diperkatakan di alam siber. Bermula daripada laporan blog Rocky Bru yang kelihatan samar pada awalnya, isu ini mula menunjukkan perkembangan dengan penemuan-penemuan maklumat terbaru yang diantaranya gambar wanita yang dikatakan sebagai mangsa rogol menteri dan sepucuk surat aduan yang ditulis oleh adik mangsa, Robengah. Beberapa blog juga didapati mula menyiarkan surat terbabit yang dialamatkan kepada Migrant Care's dengan menghitamkan pada bahagian nama menteri yang dikatakan melakukan perbuatan rogol itu. Bagaimanapun nama menteri berkenaan masih boleh dilihat apabila imej surat berkenaan dibesarkan. Antara beberapa blog terkenal yang memfokuskan isu ini dengan menyiarkan surat tersebut Sharpshooter, Tranungkite.net, Tukar Tiub, Anak Sungai Derhaka, weblog Marhaen, edyesdotcom dan banyak lagi. Pada ketika ini, nama menteri yang terlibat bukanlah lagi menjadi satu rahsia di alam siber sekaligus sedikit sebanyak menjejaskan imej Umno, Barisan Nasional dan individu itu sendiri. Skandal ini sudah tentu menambahkan lagi senarai bahan kempen Pakatan Rakyat baik dalam Pilihan Raya Kecil DUN Tenang mahupun PRU-13 nanti. | ||
| Sidang DUN tergempar akhir Januari Posted: 05 Jan 2011 07:04 AM PST SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk meminda Undang -undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar akan diadakan akhir bulan ini. Menurut Menteri Besar Selangor itu, pindaan perlembagaan rang undang-undang itu menyentuh bidang kuasa bagi melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri. Beliau yang ditemui selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli parlimen dan Adun negeri petang tadi berkata persetujuan telah dicapai untuk menunda majlis angkat sumpah di hadapan menteri besar sehingga keputusan dalam persidangan DUN diterima. "Kami cadang untuk panggil sidang DUN dalam masa terdekat sebelum minggu keempat maka selama tiga minggu ini kami akan buat persediaan mengenai pindaan rang undang-undang tersebut. "Walaupun secara sah SUK telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Khalid berkata surat kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan telah dihantar semalam untuk membincangkan semula "Kita ingin memperbetulkan konsep, ada beberapa kuasa dalam pelantikan jawatan tertinggi di negeri Selangor," katanya. Majlis angkat sumpah Khalid berkata, beliau mengulangi pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah SUK Datuk Mohd Khusrin Munawi dihadapan Sultan Sharifuddin Idris Shah pada 6 Januari (Khamis) seperti yang dinasihati. Sementara itu, Speaker DUN Teng Chang Kim pula optimis sekiranya pindaan perlembagaan dibuat Pakatan Rakyat bakal memperoleh 2/3 undi termasuklah daripada Barisan Nasional (BN). Pakatan kini mempunyai undi majoriti apabila memiliki 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor. "Soal 2/3 yang diperlukan tidak harus dianggap mudah walaupun Pakatan ada 35 kerusi. Laporan media melaporkan Adun Kuang Abdul Shukor Idrus berkata BN menyokong peruntukan kuasa diberi kepada Sultan dan Menteri Besar. "Jika begitu Pakatan akan menerima sokongan 100 peratus. Namun ia masih terlalu awal kerana kita perlu tunggu rang undang-undang dibentangkan dan jangan buat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya. | ||
| Tiada perbincangan perpaduan PAS-Umno Posted: 05 Jan 2011 07:02 AM PST PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan bahawa isu perbincangan antara PAS dan Umno tidak timbul langsung. "Majlis itu adalah majlis Yang Dipertuan Agong, nak bincang dengan Perdana Menteri macamana?," beliau dipetik berkata oleh laman web Harakahdaily ketika menghadiri majlis santapan malam yang DiPertuan Agong. "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan isi perbualan semasa mengadap," kata beliau yang juga merupakan mursyidul am PAS. Pertemuan Nik Aziz dengan pimpinan Umno pada 24 Disember lalu dikaitkan dengan kemungkinan berlakunya perbincangan kerajaan perpaduan yang sering dimainkan oleh Umno sebagai satu tipu helah untuk memecah-belah perpaduan Pakatan Rakyat. Nik Aziz menghadiri majlis santapan malam itu bersama pimpinan PAS atas jemputan Yang Di-Pertuan Agong menerusi mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian baru-baru ini. Sementara, itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengiyakan bahawa tiada perbincangan politik berlaku semasa majlis santapan malam tersebut. "Tidak ada perjumpaan lain, selain majlis santapan malam itu," Hadi dipetik berkata oleh Bernama. Isu kerajaan perpaduan sudah beberapa kali digembar-gemburkan sebelum ini. Pada sesi Muktamar Tahunan PAS yang lepas, isu kerajaan perpaduan hampir meretakkan parti tersebut kerana Hadi dan timbalannya Nasharudin Md Isa cenderung untuk menyokong cadangan kerajaan perpaduan manakala Nik Aziz pula menentang keras cadangan ini. | ||
| Posted: 05 Jan 2011 07:01 AM PST SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, hari ini menyatakan rasa kesal terhadap putar belit akhbar Utusan Malaysia mengenai kenyataannya berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Beliau menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan SUK tidak memerlukan perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah seperti yang dimanipulasi oleh akhbar arus perdana tajaan Umno itu. "Saya hanya mempersoalkan kenapa kaedah pelantikan SUK itu dibuat dengan membelakangkan Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim)," katanya. Shuhaimi berkata, sekiranya ada pihak yang terus melempar tohmahan sebegini maka Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja akan membongkar kisah penderhakaan Umno terhadap Kesultanan Melayu. Beliau menjelaskan bahawa peribahasa "beraja di mata dan bersultan di hati" yang dinyatakannya bertujuan untuk mengingati semua pihak bahawa tindakan yang diambil mana-mana pihak tanpa mengambil kira peraturan dan adab tidak akan diterima rakyat. Permasalahan ini dijelaskan oleh pegawai khas beliau, Azmizam Zaman Huri dalam satu sidang media dipejabatnya dekat sini petang tadi. Azmizam memberitahu pihak media bahawa Adun Sri Muda tersebut sanggup meminta maaf kepada baginda meskipun kenyataannya telah diputar belit oleh beberapa pihak. Katanya, satu laporan polis akan dibuat terhadap presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) dan juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali di ibu pejabat polis daerah Shah Alam esok. "Ini kerana 'beliau hendak jadi hero mempertahankan sultan' walhal beliaulah yang menderhaka kepada Kesultanan Melayu," katanya. | ||
| Seramai 12 GRO warga asing ditahan Posted: 05 Jan 2011 12:32 AM PST BERNAMA PETALING JAYA - Seramai 12 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan polis di sebuah premis dua tingkat di Taman Bukit Mayang Emas di sini semalam. Wanita yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 40-an dan terdiri daripada warga Indonesia, Vietnam dan Thailand, kata Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. Beliau berkata, serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai polis, termasuk anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada kira-kira 4.30 petang semalam. Beliau yang turut serta dalam serbuan itu berkata serbuan itu dibuat setelah menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan. "Premis itu berada dalam keadaan terkunci ketika diserbu dan hanya pelanggan tetap sahaja yang dibenarkan masuk. Kami menyerbu masuk selepas pemilik premis berkenaan leka dengan kunjungan pelanggan tanpa menyedari pergerakan mereka telah diperhatikan," katanya. Arjunaidi berkata, premis berkenaan gelap dan hanya disinari dengan cahaya lampu neon yang dipasang di sudut dalam ruangan premis terbabit, dan pemeriksaan mendapati premis itu tidak mempunyai sebarang permit hiburan yang diluluskan daripada pihak berkuasa tempatan. Beliau tidak menolak kemungkinan premis berkenaan turut menawarkan khidmat seks ekoran penemuan ruangan khas yang menempatkan beberapa buah tilam. Pusat hiburan yang terletak di bahagian atas premis bangunan kedai dua tingkat itu dilengkapi dengan sofa dan ruang minum bagi pelanggan dan GRO terbabit. Katanya, kesemua wanita asing itu dibawa ke IPD Petaling Jaya bagi proses dokumentasi dan siasatan lanjut. | ||
| Rakyat M’sia belanja melebihi RM6,000 untuk beli-belah dalam talian Posted: 05 Jan 2011 12:31 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia membelanjakan secara purata lebih daripada RM6,000 dalam talian sejak 12 bulan lepas, demikian menurut Pemantauan Pengguna eCommerce Visa 2010 mengenai tabiat membeli-belah dalam talian dan motivasi. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Visa berkata kaji selidik itu menunjukkan yang rakyat Malaysia membeli tiket penerbangan dan penginapan pengembaraan secara dalam talian. "Menurut kaji selidik itu, 82 peratus daripada responden Malaysia berkata mereka membeli tiket penerbangan di Internet sejak 12 bulan lepas sementara 72 peratus dilaporkan membeli penginapan pengembaraan dalam talian," katanya. Pengurus negara Visa Malaysia, Stuart Tomlinson berkata, menempah tiket kapal terbang dan membeli perkhidmatan kewangan atau peranti elektrik telah kian meningkat. "Malah, ramai pembeli Malaysia yang membeli secara dalam talian merasakan yang ia lebih selesa membeli-belah di Internet berbanding pergi ke kedai sebenar kerana mereka boleh membandingkan harga dengan mudah dan membeli pada masa yang sesuai," kata beliau. Penemuan itu adalah berdasarkan kepada 3,516 temubual dalam talian dengan pengguna tetap Internet yang berusia 18 tahun dan ke atas di enam pasaran eCommerce yang pesat berkembang — tanah besar China, India, Indonesia, Malaysia, Taiwan dan Thailand. | ||
| Pemimpin Umno berbeza pendirian berhubung kuasa Sultan Posted: 05 Jan 2011 12:28 AM PST SELANGOR KINI SHAH ALAM– Pemimpin Umno kini bercanggah pendapat berkenaan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang mahu meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa Sultan dalam soal perlantikan tiga jawatan tertinggi pentadbiran negeri itu. Laporan akhbar semalam melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang (BN), Abdul Shukur Idrus telah mengatakan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan peruntukan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan mereka akan memberikan sokongan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Mengulas isu ini, Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, isu dua pertiga sokongan majoriti tidak menjadi isu besar kerana pindaan tersebut mendapat sokongan daripada Adun-Adun Umno-BN. Mengikut kenyataan Adun Kuang itu, Teng menjangka Pakatan Rakyat (Pakatan) bakal mendapat sokongan seratus peratus daripada semua Adun termasuk pihak pembangkang. "Kalau begitu, kita mungkin boleh dapat sokongan seratus peratus. "Berhubung isu dua pertiga majoriti yang diperlukan itu, jangan anggap oleh kerana Pakatan hanya ada 35 kerusi, kita tidak ada jumlah(majoriti) tersebut," katanya dalam sidang media semalam. Dalam sidang media yang turut dihadiri Menteri Besar, Tan Sr Khalid Ibrahim dan Exco itu, beliau berkata, keputusan pindaan itu harus ditunggu sehingga pindaan rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan di dewan yang akan datang. Berhubung kenyataan bekas Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa pindaan tidak boleh dilakukan kerana kerajaan yang ada sekarang tidak ada majoriti 2/3. Teng berkata, kenyataan Khir bukanlah merupakan perkara yang serius. "Beliau bukan lagi Ketua Pembangkang , jadi saya tidak ambil serius kenyataan beliau. "Kita perlukan orang yang mengambil bahagian dalam Dewan Negeri. "Kalau beliau masih Ketua Pembangkang, kita akan memandang berat kenyataan tersebut… tetapi masalahnya beliau bukan lagi," ujar Teng. | ||
| Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011 Posted: 05 Jan 2011 12:16 AM PST Semak senarai bagi jadual gaji kakitangan awam 2011 di bawah ini nanti. Pihak Akauntan Negara Malaysia (AMN) akhirnya telah mengeluarkan surat pekeliling jadual pembayaran gaji kakitangan awam tahun 2011. Semoga dengan perkongsian ini kakitangan awam dapat merancang sesuatu yang terbaik buat diri dan keluarga anda berdasarkan maklumat jadual pembayaran gaji 2011 di bawah ini. Nota : Berdasarkan jadual gaji 2011, gaji Tahun Baru China, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak diberi awal kerana jatuh sebelum 11hb bagi bulan tersebut P/S : Diharapkan dengan jadual gaji kakitangan awam 2011 yang ada ini dapat membantu anda merancang bajet dan perbelanjaan yang sepatutnya. Sekarang kos sara hidup semakin meningkat. Jadi cara berbelanja juga kena lebih tersusun. | ||
| Tenang bakal jadi medan perang Interlok Posted: 05 Jan 2011 12:09 AM PST Jimadie Shah Othman Selain pertembungan Pakatan Rakyat dan BN, pilihan raya kecil Tenang pada 30 Januari nanti juga bakal menjadi medan kempen untuk kumpulan pro dan anti novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Husain. Sebagai reaksi kepada Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) yang mahu turun dan meletakkan calon sendiri di DUN itu, NGO penulis - Kumpulan Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) - mengumumkan rancangan mereka 'berkempen' di kawasan itu. "Kita akan adakan forum di Tenang. (Kita) bukan hendak berkempen, tetapi mereka sudah guna (isu itu), (dan hendak) letak calon," kata presiden PAKSI Che Shamsudin Othman (kiri) yang mempertahankan novel itu sebagai "rakaman realiti yang cukup baik".Pada 30 Disember lalu, PRIMA mengancam meletakkan calon di Tenang jika kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap Interlok yang didakwa memberikan gambaran salah terhadap masyarakat Indian, berhubung sistem kasta dan istilah "pariah". Ketua penerangannya AP Raja Retinam juga memberitahu Malaysiakini, mereka turut merancang melancarkan protes di Putrajaya dan di Johor Bahru berhubung perkara itu. Belum pun reda, sebuah lagi gabungan NGO India semalam mengancam mengadakan upacara membakar novel itu jika ia tidak ditarik balik sebagai teks sastera untuk pelajar tingkatan lima. Bakar novel Dalam satu sidang media di pejabat Persatuan Penulis Nasional (PENA) di ibu negara hari ini, Che Shamsudin berkata penyertaan PAKSI dalam pilihan raya itu bukan untuk tujuan politik tetapi "untuk menjelaskan keadaan seni" yang sebenar. Bagaimanapun, menurut penyajak terkenal dan pelopor teater absurd itu, butiran lanjut meliputi ahli panel terlibat dan tarikh program itu masih di peringkat perbincangan. Che Shamsudin dan beberapa seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said sebelum ini pernah beberapa kali terlibat berkempen dalam beberapa pilihan raya kecil bagi memperjuangkan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ketika itu.Sementara itu, diminta mengulas rancangan pembakaran Interlok sebagai tanda bantahan, Che Shamsudin berkata mereka tidak boleh membuat apa-apa berhubung perkara itu. "(Malangnya) karya seni, orang tidak melihatnya sebagai seni, tetapi alat politik. PAKSI tidak boleh buat apa-apa (jika mereka ingin membakarnya). "Setakat ini kita hanya menyatakan sikap kita," katanya sambil memberitahu belum memikirkan tindakan tegas kepada penentang novel Interlok. Hadir sama dalam sidang media itu, pengasas portal sastera siber eSastera Prof Dr Ir Wan Abu Bakar, Pengerusi Kesatuan Pekerja-pekerja Dewan Bahasa Pustaka Hasni Abas serta penulis terkenal Razali Endon dan Kassim Muhammad. Kesemua mereka turut bergiat aktif dalam PAKSI - NGO penulis yang dilihat rapat dengan pembangkang. | ||
| Shuhaimi jelaskan 'beraja di mata, bersultan di hati' Posted: 05 Jan 2011 12:07 AM PST ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei sedia mengadap Sultan Selangor bagi menjelaskan kenyataannya berhubung isu pelantikan setiausaha kerajaan Selangor yang didakwa telah dimanipulasikan. Pembantu khasnya, Azmizam Zaman Huri berkata, kenyataan itu telah dimanipulasikan akhbar "khususnya Utusan Malaysia dan media seangkatannya."Azmizam juga berkata, kenyataan Shuhaimi (kiri) bertarikh 30 Disember itu tidak ditujukan kepada Sultan Selangor. "Sebaliknya ia bertujuan menyanggah kenyataan yang dibuat setiausaha sulit kepada DYMM Sultan Selangor serta mantan ketua pembangkang Datuk Seri Dr Khir Toyo. "(Mereka) telah memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," katanya. Tambahnya, Shuhaimi dalam kenyataan berkenaan telah menyatakan kesetiaan terhadap Sultan Selangor dan memperakui kuasa eksekutif baginda. "Yang dipersoalkan beliau ialah mengapa Fasal 50 (kuasa eksekutif Sultan Selangor) dan Fasal 52(1) (peranan Suruhanjaya Perkhidmatan melantik SUK) tidak dibaca bersama Fasal 55(1)," katanya lagi. Sedia hadapi Sultan Ketika ditanya selepas itu, Azmizam berkata Shuhaimi sedia mengadap baginda sekiranya diarahkan berbuat demikian. "Tapi setakat ini belum ada apa-apa (arahan) lagi," tambahnya. | ||
| Rais Yatim nafi dakwaan perkosa amah Indonesia Posted: 05 Jan 2011 12:04 AM PST MALAYSIA KINI Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa. "Saya nafikan dakwaan berkenaan, sama ada mengenai pemerkosaan mana-mana individu empat tahun lalu (2007) atau dakwaan lain yang ditimbulkan oleh bloger di Internet ataupun entiti politik," katanya dalam satu kenyataan. Rais menyifatkan perkara itu sebagai "tuduhan liar" terhadapnya sejak akhir-akhir ini di blog dan oleh parti pembangkang yang penuh dengan kenyataan fitnah dan penipuan jahat. | ||
| Koroner putuskan Teoh tidak bunuh diri atau dibunuh Posted: 04 Jan 2011 11:58 PM PST MALAYSIA KINI Koroner Azmil Muntapha Abbas memutuskan bahawa Teoh Beng Hock tidak membunuh diri ataupun dibunuh. Sebelum ituMahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu. Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka. Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang. Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah. | ||
| Strategi media baharu menjelang PRU 13 Posted: 04 Jan 2011 11:56 PM PST
| ||
| PAS kutuk serang gereja Coptic Orthodox Posted: 04 Jan 2011 11:54 PM PST
| ||
| Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar Posted: 04 Jan 2011 11:46 PM PST
| ||
| Isu Felda bakal warnai kempen PRK Tenang Posted: 04 Jan 2011 11:45 PM PST
| ||
| Blog persoal apakah Khairy terlibat dengan Alcatel? Posted: 04 Jan 2011 11:43 PM PST
| ||
| Perkarangan Mahkamah S.Alam sesak Posted: 04 Jan 2011 11:38 PM PST
| ||
| Kes amah dirogol: SAMM buat laporan polis terhadap menteri Posted: 04 Jan 2011 11:37 PM PST TERKINI KUALA LUMPUR — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Kabinet pusat berhubung kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia kira-kira empat tahun lalu. Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan menteri berkenaan dalam kejadian tersebut namun banyak perkara yang membuktikan pemimpin Umno itu terlibat. "Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia. "Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di beberapa blog "Setelah carian lanjut dibuat saya memperoleh dokumen lengkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini. SAMM hari ini membuat laporan polis tersebut di Ibupejabat Polis Seremban 2. Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan "Chegubard", laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak polis supaya membuka kertas siasatan bagi menyiasat kebenaran dakwaan yang mengaitkan menteri itu. "Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini," katanya. Badrul Hisham yang juga Ketua PKR Rembau itu juga berkata, siasatan polis membantu membersihkan nama menteri yang terbabit jika hasil siasatan membuktikan beliau tidak terlibat. "Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Beliau juga berkata sekiranya kes itu gagal ditangani ia akan menjadi punca konflik Malaysia dan Indonesia. Tambah Badrul Hisham, beliau tidak mendedahkan identiti mangsa yang terlibat demi menjaga maruah mangsa tersebut. "Pada mulanya SAMM ingin mendedahkan identiti 'mangsa' rogol tersebut, tetapi setelah difikirkan soal maruah mangsa dan lebih lagi apabila mendapat isyarat dari keluarga mangsa yang kuatir akan menerima nasib seperti Altantuya (Sharibuu) maka identiti mangsa dirahsiakan. "Samm mendesak agar siasatan yang telus dan bebas dijalankan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang campur tangan pemimpin tertinggi seperti yang didakwa berlaku sebelum ini. "Di mana-mana negara di dunia sekalipun, tiada pemimpin yang boleh menghalang keadilan daripada ditegakkan tetapi malangnya di Malaysia, ada pemimpin tertinggi yang cuba melindungi kejadian rogol," katanya. Beliau juga berkata sekiranya tiada tindakan susulan diambil dalam tempoh 14 hari pihaknya akan mengambil tindakan susulan. Kes rogol ini didakwa telahpun berlaku sewaktu kepimpinan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil kononnya untuk "mengelakkan konflik serantau". Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 19 Februari 2007 dan mangsa dikatakan telah dipaksa untuk mendiamkan perkara ini berikutan ugutan yang dibuat ke atas mangsa. | ||
| Mat Zain dakwa bukti laporan DNA kes Anwar 1998 dipalsukan Posted: 04 Jan 2011 10:59 PM PST TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Bekas pegawai polis kanan yang menyiasat insiden mata lebam hari ini mendedahkan beliau ada maklumat wujudnya elemen pemalsuan laporan DNA dalam kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu. Datuk Mat Zain Ibrahim, ketika itu bekas ketua CID Kuala Lumpur, mendedahkan perkara tersebut dalam surat terbuka terbarunya kepada Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun. "Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian DNA dalam kes berprofil tinggi 1998. "Sehubungan dengan perkara tajuk, suka cita saya menjemput Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27 Disember 2010, berkaitan isu di atas yang dialamatkan kepada Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada Perdana Menteri Malaysia dan Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga," kata beliau dalam surat terbuka dikeluarkan hari ini. Kata beliau, dalam suratnya bertarikh 27 Disember lalu tu juga telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat berkenaan perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku "bertindih" lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan DNA adalah sama. "Fokus saya dalam surat rayuan terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu berkaitan dengan penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sesi penggulungan perbahasan Bajet 2011, yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 2 Disember sebagai menjawab soalan daripada Lim Kit Siang dan berkaitan dengan kenyataan menteri oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14 Disember sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara. "Saya percaya Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus jemaah menteri kepada Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu," katanya. Oleh itu katanya, beliau percaya Idrus akan bersetuju dengannya jika mengatakan bahawa Hishammuddin dan Nazri mahupun Rais tidak mempunyai akses kepada kertas siasatan polis ataupun SPRM. "Mereka juga tidak mempunyai sebarang kuasa penyiasatan seperti mana terdapat dalam Kanun Prosedur Jenayah ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang 'incidental' mengenainya sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan. "Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh Hishammuddin dan Nazri secara berasingan itu adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang," katanya. Sehubungan itu, Mat Zain berkata, beliau percaya Idrus sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar atau yang mengelirukan atau telah dipesongkan. "Saya juga percaya Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan Hishammuddin dan Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat. "Akibatnya, kedua-dua Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang," kata beliau lagi. Mat Zain mengeluarkan surat terbuka ini selepas tiga minggu Nazri memberitahu Parlimen bahawa Gani tidak terlibat dalam pelantikan anggota panel bebas bagi menyiasat salah laku berhubung kes "mata lebam" Anwar kira-kira 12 tahun lepas. "Dalam kes ini, Peguam Negara merupakan subjek dalam siasatan tersebut dan dengan itu adalah tidak wajar atau adil bagi dirinya untuk melantik ahli panel bebas tersebut," katanya semasa memberi penjelasan kementerian ekoran dakwaan Mat Zain dalam surat terbukanya sebelum itu. Nazri berkata dalam keadaan Gani tidak berupaya untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya, Peguam Cara Negara telah mengambil alih kuasa untuk bertindak sebagai Pendakwa Raya. "Oleh yang demikian, berdasarkan penjelasan di atas, pelantikan ahli panel bebas oleh Peguam Cara Negara adalah sah," katanya. Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada 22 November lepas, Mat Zain mempertikai pelantikan anggota panel bebas itu yang ditubuhkan untuk menilai hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas dakwaan salah laku Gani dan Musa dalam kes mata lebam Anwar. Penjelasan itu juga dibuat Nazri bagi menjawab usul Lim (DAP-Ipoh Timur) untuk memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara pada 9 November lepas atas beberapa isu termasuk dakwaan bahawa Gani memberi keterangan palsu dalam siasatan insiden ''mata lebam'' Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu pada tahun 1998. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








"Kita akan adakan forum di Tenang. (Kita) bukan hendak berkempen, tetapi mereka sudah guna (isu itu), (dan hendak) letak calon," kata presiden PAKSI Che Shamsudin Othman (kiri) yang mempertahankan novel itu sebagai "rakaman realiti yang cukup baik".
Che Shamsudin dan beberapa seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said sebelum ini pernah beberapa kali terlibat berkempen dalam beberapa pilihan raya kecil bagi memperjuangkan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ketika itu.
Pembantu khasnya, Azmizam Zaman Huri berkata, kenyataan itu telah dimanipulasikan akhbar "khususnya Utusan Malaysia dan media seangkatannya."
Azmizam berkata, Shuhaimi juga akan menjelaskan mengenai kenyataan "beraja di mata dan bersultan di hati" yang dipertikaikan.
Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkatlimat pejabat SPRM Shah Alam.
Tegasnya, Islam melarang umatnya melakukan serangan ke atas mana-mana rumah-rumah ibadah walaupun di waktu tercetusnya peperangan.
KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang.
Timbalan Pengarah Pilihanraya I PAS bagi PRK Tenang, Mazlan Aliman berkata, banyak isu besar berkaitan penyalahgunaan kuasa Felda akan didedahkan kepada peneroka di Dun itu.
KUALA LUMPUR: Selepas mendedahkan dokumen laporan Migrant Care berkaitan penyiasatan mereka terhadap mangsa rogol oleh seorang menteri kabinet, sebuah blog pro Umno mempersoalkan pula apakah Khairy Jamaludin terlibat dalam skandal rasuah Alcatel.
SHAH ALAM: Suasana penuh sesak di tingkat dua, bangunan Mahkamah Majistret Shah Alam ekoran menunggu keputusan inkues kematian pembantu politik kepada seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Teoh Beng Hock dijangka diketahui sekejap lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan