Rabu, 5 Januari 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


Asri: Bunuh pengkritik Raja Melayu, cadangan hina

Posted: 04 Jan 2011 10:46 PM PST

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sebaliknya, kata Dr Asri, Raja-Raja Melayu bukanlah Nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik.

"Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

"Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Dr Asri, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, katanya, cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Dosa besar

"Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain," katanya.

Menurut Dr Asri, baginya, pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

"Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

"Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut," katanya.

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu".

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.

sumber : malaysiakini

MEMBUKA KESALAHAN YANG DITAUBATI

Posted: 04 Jan 2011 10:42 PM PST

Semua manusia pasti akan melakukan kesalahan dan kesilapan. Kesilapan tersebut, sama ada melibatkan kepada dosa, atau tidak. Kesilapan dalam meninggalkan amalan sunat, ia tidak melibatkan kepada dosa. Kesilapan sehingga melakukan perkara haram, ia adalah dosa.

Seseorang yang berdosa, diwajibkan oleh Allah SWT supaya bertaubat. Apabila dia sudah bertaubat, dia dikira sebagai orang terbaik disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya;
"Setiap anak ada adalah melakukan kesalahan. Sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka bertaubat"

[At-Tarmizi : 2423]

Orang yang bertaubat juga, dia dikira bersih dari dosa disisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW;

التَّائِبُ مِنْ الذَّنْبِ كَمَنْ لَا ذَنْبَ لَهُ

Maksudnya;
"Orang yang bertaubat dari dosa, seperti mereka yang tiada dosa"

[Ibnu majah : 4240]

Orang yang sudah bertaubat, sering dianggap sebagai orang yang berdosa disisi manusia. Malahan, digembar-gemburkan tentang kesalahannya, walhal ia sudah bertaubat, dan kembali kepada Allah SWT.

Membangkitkan balik kesalahan yang telah ditaubatkannya itu adalah satu perkara yang menyebabkan tertimpa azab yang pedih. Ini kerana, kesediaannya dia bertaubat merupakan tanpa dia adalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, seperti mana firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آَمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
"Sesungguhnya orang-orang Yang suka terhebah perkara buruk pada orang-orang Yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).


[An-Nur : 19]

Sabda Nabi SAW;

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا

Maksudnya;
"setiap umatku adalah dimaafkan kecuali orang yang mujahirin. Sesungguhnya dari kalangan orang yang mujahirin adalah, seseorang lelaki yang mengamalkan sesuatu amalan pada waktu malam, kemudian paginya, Allah SWT telah menutup amalannya itu, lalu dia berkata, Wahai fulan, aku telah amalkan satu amalan semalam begian dan begian"

[Al-Bukhari : 5608]

Walau hadis ini mempunyai banyak tafsirannya. Tetapi, tafsiran yang paling masyhur adalah, orang yang melakukan sesuatu amalan jahat, lalu disembunyikan oleh Allah, tetapi dia telah membuka amalan jahatnya itu kepada orang lain, maka ia ini adalah orang yang tidak dimaafkan oleh Allah SWT.

Jika seseorang itu, membuka kesalahan dirinya pun telah dimurkai oleh Allah, bagaimana pula jika seseorang yang telah bertaubat, lalu kesalahannya yang telah ditaubatinya itu sengaja dibukakan balik oleh orang lain.

Nabi SAW ada bersabda;

يا معشر من آمن بلسانه ولم يدخل الإِيمان قلبه، لا تغتابوا المسلمين، ولا تتبعوا عوراتهم، فإِنه من اتبع عوراتهم يتبع الله عورته، ومن يتبع اللّه عورته يفضحه في بيته

Maksudnya;
""Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun belum masuk iman itu ke dalam hatinya ! Janganlah kalian mengghibah kaum muslimin. Jangan pula kalian mencari-cari aib/kesalahan mereka. Karena, sesungguhnya orang yang mencari-cari aib mereka, niscaya Allah akan cari-cari aib yang ada pada dirinya. Dan barangsiapa yang Allah cari-cari aibnya, maka Allah akan ungkap aibnya tersebut meskipun ada di dalam rumahnya" [Abu Daud : 4880; Albani kata : 'Hasan shahih'].

Juga sabda Nabi SAW;

ومن ستر مسلما ستره الله يوم القيامة

Maksudnya;
"Barangsiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi kesalahannya kelak di hari kiamat" [Al-Bukhari : 2442, Muslim : 2580]

Disebabkan itu, dosa orang yang sudah bertaubat tidak seharusnya dibangkitkan balik. Jika dibangkitkan balik, ia sama seperti tidak suka seseorang itu kembali kepada Allah, malahan amat redha dengan orang itu kekal dengan dosa yang dilakukan.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
5 Januari 2010 * 2:34 petang


Tiada ulasan: