Isnin, 3 Januari 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Jangan Bohong La Wei!

Posted: 03 Jan 2011 03:30 PM PST

Harga minyak masak kekal

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberi jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata, kekurangan minyak masak adalah disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

sedar ke malaun ni bercakap?
malaun ni tak turun ke kat pasar raya?
malaun ni dok kat kerusi empuk je
malaun ni ingat rakyat bodoh ke?
minyak tak da, naik semalam kat pasar raya kota bharu
anak buah malaun ni dok buat apa?

Pakatan Rakyat Tetap Teguh Pertahan Hak Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 03 Jan 2011 03:00 PM PST

Petang tadi YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid memaklumkan kepada saya sejurus beliau selesai mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor bersabit perlantikan SUK negeri yang baru.

Difahamkan bahawa DYMM Tuanku Sultan tidak menitahkan supaya Kerajaan Negeri memperakui perlantikan SUK tersebut. DYMM Tuanku Sultan sekadar mengesahkan implikasi pindaan Perlembagaan (1993) yang menamatkan kuasa Raja dalam perkara berkaitan.

Kami menggesa supaya YAB Dato' Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor tegas mempertahankan hak negeri. Percubaan rakus Dato' Sri Najib mengenepikan peraturan dan kebiasaan sejak Merdeka adalah tindakan terdesak setelah gagal merampas Kerajaan Selangor melalui kaedah 'lompatan katak' oleh para wakil rakyat.

Kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor akan tetap mempertahankan hak kerajaan negeri dan kedaulatan DYMM Tuanku Sultan dari sebarang muslihat dan pelecehan oleh Dato' Sri Najib.

ANWAR IBRAHIM

Tegas kawal harga minyak masak, elak disorok

Posted: 03 Jan 2011 02:37 PM PST

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Kerajaan digesa memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku kenaikan harga minyak masak tahun ini bagi mengelakkan berlakunya perbuatan menyorok barang kawalan itu.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, selagi kerajaan tidak mengeluarkan satu kenyataan yang tegas, spekulasi kenaikan harga akan terus berlaku dan peniaga akan terus menyoroknya manakala pengguna pula membuat pembelian panik.

"Sehingga hari ini kabinet belum buat keputusan lagi sama ada nak naikkan harga (minyak masak) ataupun tidak.

"Jadi kalau ada khabar angin kenaikan harga ini, memang munasabahlah. Ini akan menimbulkan suasana kenaikan harga barang.

"Saya harap kerajaan bertegas mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menaikkan harga minyak masak dalam tempoh setahun ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehabisan bekalan minyak masak di Lembah Klang dan beberapa negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak seminggu lalu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai turut berkata, pengumuman kerajaan akan melegakan semua pihak dan peniaga tidak boleh mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang.

"Pengumuman kerajaan paling tidak akan melegakan rakyat dan menolak sebarang khabar angin dan juga hasrat mana-mana pihak untuk menaikkan harga barang," katanya.

Menurutnya juga, bekalan minyak masak dalam negara tidak akan habis kerana Malaysia merupakan negara pengeluar utama minyak.

"Bekalan tak habis, tapi ada pihak yang mengambil kesempatan berpunca daripada khabar angin dan ketidaktegasan kerajaan menangani situasi ini," katanya.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik (RM2.50).

Terdapat peniaga yang menyorok bekalan barangan itu selepas timbul spekulasi harga akan naik sebanyak 40 sen sekilogram.

Sementara itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menterinya, Datuk Tan Lian Hoe berkata, jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.

Beliau berkata, kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

KJ : Sertai Saya dan DPP untuk terus Berjuang

Posted: 03 Jan 2011 09:00 AM PST

1. Saya terbaca kenyataan Yb. Sdr Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang menyatakan hasrat untuk berehat dan berundur dari pentas politik negara serta tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang. Sebelumnya saya terbaca dari laman twitter beliau yang menyatakan hasrat serupa.

2. Saya terlebih dahulu menghormati hasrat peribadi beliau yang saya kira sebagai satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau .

3. UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Yb Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO sebaliknya mengambil Yb Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda UMNO ke jawatan Timbalan Menteri. Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Yb Khairy Jamaludin .

4. Yb. Khairy Jamaludin mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Yb Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun .

5. Apa yang boleh saya katakan kepada beliau ialah , " Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam dan mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita ".

6. Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh.

7. Jika Yb Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman UMNO yang beliau hadapi . Sedang jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya. Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Yb Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar , pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

8. Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Yb Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar.

[Sumber]

Oh! Rupanya SPA Lebih Berkuasa Dari Sultan Selangor…

Posted: 03 Jan 2011 08:30 AM PST

Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja mendedahkan keburukan Khusrin, tetapi turut membongkar kezaliman Umno-BN terhadap Institusi Raja Berperlembagaan yang telah menghadkan kuasa Sultan-sultan di Negeri-negeri Persekutuan termasuk Selangor.

Krisis Perlembagaan melibatkan kepentingan dan bidang kuasa Sultan, Raja dan Yang DiPertuan Agong pada tahun 1993 adalah hasil dari keghairahan Umno mengambil peluang diatas kemarahan rakyat. Dan akhirnya tanpa disedari ramai pihak umno juga telah meminda undang-undang Tubuh Negeri selangor yang meletakan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melalui 'agennya' Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Dalam kes perlantikan Khusrin, Baginda Sultan Selangor dengan jelas mengakui hal ini dan Baginda tidak mampu berbuat apa-apa melainkan jika Kerajaan Selangor berunding sendiri dengan pihak SPA (Baca sebagai Agen Kerajaan BN).

Dengan sendirinya ketetapan undang-undang tubuh itu memberikan kuasa mutlak kepada Persekutuan bukannya kepada Sultan atau Kerajaan Negeri memerintah untuk menentukan siapakah yang layak dikerusi kanan pentadbiran Kerajaan Negeri itu.

Justeru itu saya berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu mengadakan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri supaya Hak dan Kuasa Sultan dikembalikan adalah tepat. Ini sekaligus akan menendang keluar agenda Umno-BN dari pintu Dun dan Istana.

Saya juga yakin bahawa Kerajaan Negeri lain juga perlu melihat dan menganalisa Undang-undang Tubung negeri masing untuk melihat skop dan bidang kuasa Sultan mereka. adakah ianya menepati kedudukan baginda sebagai Ketua Negeri dan menghormati Menteri Besar serta Kerajaan yang dipilih atau masih lagi mempunyai agenda Sulit Umno-BN.

Undang-undang ciptaan manusia adalah fleksibel dan sesiapa yang memerintah boleh mengubahkan mengikut acuan mereka. Tetapi dengan menyentuh bidang kuasa Sultan, ternyata Umno adalah parti yang Khianat dan dianggap Penderhaka kerana sanggup melakukan pindaan untuk menzalimi Sultan dan Rakyatnya.

[Sumber]

umno Sawan Babi! Khusrin tidak akan lepas jawatan

Posted: 03 Jan 2011 08:00 AM PST

Khusrin tidak akan lepas jawatan


SHAH ALAM , 3 Jan – Walaupun tidak dibenarkan menyertai mesyuarat Exco kerajaan negeri dan majlis-majlis rasmi yang lain, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan itu.

Pelantikan Khusrin sebagai SUK adalah ibarat durian runtuh untuk bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu.

Ini kerana beliau diangkat daripada kategori pegawai gred Jusa C bagi mengisi jawatan SUK yang bertaraf Jusa A.

Khusrin memulakan tugasnya hari ini.Namun beliau tidak mahu menjawab desas-desus bahawa perlantikan beliau berserta kenaikan kenaikan pangkat yang begitu tinggi adalah untuk memenuhi agenda politik Umno semata-mata.

"Saya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, saya yakin mereka ada jawatankuasa untuk menilai kelayakan. Saya tidak boleh komen kerana saya tidak boleh menilai diri sendiri," jelasnya.

Khusrin berkata beliau memahami tanggungjawabnya terhad dengan kemelut bersabit pelantikannya namun itu bukan masalah kepadanya.

"Perlantikan saya dari segi undang-undang tubuh adalah sah, cuma saya perlu angkat sumpah di depan Menteri Besar, iaitu sumpah menyimpan rahsia. Selagi ini tidak dibuat, saya tahu saya tidak boleh masuk mesyuarat Exco. Bagi saya tidak ada masalah," jelasnya.

Selaku SUK negeri paling maju dan kaya di Malaysia, Khusrin terpaksa berurus dengan pelabur-pelabur asing disamping mengariskan dasar-dasar kerajaan negeri di peringkat antarabangsa.

Semua itu memerlukan keyakinan kepada program-program kerajaan negeri Pakatan Rakyat dan kebolehan bertutur bahasa antarabangsa untuk menyampaikan mesej yang jelas.

"Ya saya akui saya ada kelemahan dari segi itu, tetapi itu tidak menghalang saya dari melakukan tugas. Saya mengaku saya tidak fasih, tetapi saya faham," katanya.

Bukan sahaja kelayakan Khusrin dipersoalkan untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, tetapi turut dipersoalkan ialah pendirian beliau sebagai pegawai kerajaan yang berprinsip.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata keghairahan Khusrin untuk menerima pelantikan beliau adalah petanda jelas beliau lebih cenderung menerima arahan dari Putrajaya tanpa mempersoalkan kewajaran arahan itu.

"Orang yang mengikut arahan sahaja tanpa kira betul atau tidak itu yang menjadi masalah. Kita mahu orang yang memahami profesionalism dia sendiri dan kita mahu orang yang tahu bagaimana untuk memainkan peranannya seperti yang dikehendaki kerajaan negeri," katanya.

Khalid berkata tindakan Putrajaya meminggirkan kerajaan negeri dari proses pemilihan calon SUK hanya mengundang kecurigaan dan kesangsian.

"Diorang semua tahu yang kerajaan negeri juga ada calon dan proses pemilihan, tetapi perlantikan dibuat secara diam-diam. Kerajaan negeri berhak untuk sangsi dengan perlantikan itu. Apakah peranan yang kita inginkan seorang SUK lakukan? soalnya

Undi La Umno Bn Lagi, Harga minyak masak diramal naik

Posted: 03 Jan 2011 07:45 AM PST

Harga minyak masak diramal naik


SHAH ALAM, 3 Jan – Situasi ketiadaan minyak masak di beberapa negeri seperti Kelantan, Perlis, Kedah, dan Selangor bertujuan untuk menaikkan harga bagi barangan tersebut, kata Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman.

Jelas Mohd Yusof perkara sama seperti yang berlaku kepada gula yang disorok dan beberapa hari kemudian kerajaan mengumumkan kenaikan barang itu. Dan Tindakan ini ternyata menyusahkan pelbagai pihak terutama rakyat.

"Mungkin juga sama macam berlaku kepada gula dulu, kalau kita tengok dulu kalau bekalan gula kurang lepas itu kerajaan naikkan harga dan masalah itu selesailah. Jadi saya rasa mungkin perkara yang sama juga akan berlaku.

"Jadi kemungkinan mungkin pengeluar dan pemborong beranggapan bahawa kerajaan akan naikkan harga dalam masa yang terdekat, jadi mungkin ada sesetengah menyorok bekalan dan ini sebab kekurangan bekalan," katanya.

Menurut Yusof lagi, isu sorok minyak ini adalah disebabkan pengeluar dan pemborong yang mengandaikan bahawa harga barang ini akan naik pada Disember tahun lalu.

"Sebenarnya kalau kita lihat berdasarkan kepada pelarasan subsidi pun minyak masak merupakan salah satu cadangan untuk dinaikkan, kalau tak silap saya 20 sen akan dinaikkan pada akhir tahun 2010," katanya.

Minyak masak adalah barangan terkawal dengan harganya ditetapkan RM3.30 sekilogram bagi sawit tulen, sawit campuran (RM3.60) dan kampit plastik

Hata pertahan hak selaku Presiden NUJ walau dipanggil Utusan

Posted: 03 Jan 2011 07:25 AM PST

SHAH ALAM, 3 Jan – Lantang bersuara dalam menyatakan pendapatnya secara terbuka mengenai hak kebebasan media di Malaysia, mengundang kontroversi apabila Hata Wahari dipanggil menjalani siasatan dalaman oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media sebelum ini.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) itu menegaskan beliau mempunyai hak dan bertanggungjawab untuk menyatakan pendapat atau menegur mana-mana media termasuk Utusan Malaysia atas kapasiti beliau sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia dan bukannya sebagai seorang wartawan di syarikat tersebut.

"Saya memperjuangkan kebebasan media. Jadi saya bercakap atas kapasiti sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia, bukan bercakap sebagai wartawan Utusan Malaysia.

"Sebagai presiden NUJ Malaysia, saya berhak untuk membuat sebarang kenyataan media tentang kebebasan media dan berhak menegur mana-mana akhbar yang tidak mengamalkan kebebasan media dan menjadi alat propaganda kerajaan dan mengenepikan prinsip rukun negara dengan menyiarkan cerita yang berbentuk perkauman," katanya.

Hata ketika dihubungi TVSelangor tidak menolak kemungkinan akan ada tindakan susulan yang diambil oleh pihak majikannya selepas ini, namun beliau akan terus memperjuangkan kebebasan total media Malaysia melalui NUJ.

"Kalau mereka nak menutup mulut saya dengan mengenakan siasatan dalaman supaya saya tak boleh bercakap, tanda amaran, terpulang pada mereka. Tapi bagi saya sebagai seorang Presiden NUJ Malaysia, dan tak akan berganjak dengan pendirian saya iaitu media perlu dibebaskan daripada kongkongan kerajaan atau parti politik atau kepentingan individu," jelasnya.

Biarpun mendapat tentangan dari beberapa pihak yang tidak menyenangi kelantangannya dalam menyatakan pendapat, beliau tetap berpegang teguh pada prinsip kebebasan media yang seharusnya memberi maklumat atau berita sebenar kepada masyarakat dan bukannya menjadi alat kepada kerajaan atau individu yang berkepentingan sahaja.

"Kalau mereka (Utusan) anggap itu menyindir apa masalahnya? Kalau mereka rasa itu menyindir maknanya perkara itu betul berlaku kan? Saya keluarkan pendapat NUJ, kalau tak betul mereka boleh beri kenyataan untuk menyangkal. Tetapi mereka kata saya menyindir, maksudnya itu semua benar belaka.

"Mereka melakukan itu semua. Apa yang pasti ialah, perkara itu benar-benar berlaku di Utusan Malaysia. Mereka sebagai boneka sahaja hanya menerima arahan sahaja," katanya.

Hata menerima surat daripada bahagian sumber manusia Utusan bertarikh 23 Disember yang mengarahkanya hadir bagi menjalani siasatan dalaman di ibu pejabat syarikat penerbitan akhbar itu di Cheras pada 6 Januari depan.

Beliau turut menyatakan kesediannya berhadapan dengan Ketua Pengarang dan Pengarang-Pengarang Kanan Utusan Malaysia apabila dituduh menyindir pengurusan dan memburukkan imej syarikat ekoran komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita yang mengkritik Utusan Malaysia.

Selindung ‘Tiger Show’: Umno tutup pekung didada

Posted: 03 Jan 2011 07:00 AM PST

SHAH ALAM, 3 Jan – Umno-Barisan Nasional(BN) sehingga hari ini masih belum tampil menjelaskan isu 'Tiger Show' pada majlis makan malam syarikat Sony di Hotel Marriott, Putrajaya 16 Disember lalu walaupun dituntut pelbagai pihak.

Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo'lo' Mohamad Ghazali bercadang untuk membuat surat terbuka kepada menteri berkenaan bagi mengajukan perkara tersebut, memetik laporan Harakahdaily.

Dr Lo'lo' menyifatkan Umno sengaja menutup pekung didada selain menunding jari ke arah pakatan pembangkang.

Malangnya lagi, media pro Umno Utusan Malaysia bertindak menghebahkan di muka hadapan cara Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengenakan pakaian sukan biasa ketika sesi senam robik baru-baru ini.

"Adalah malang isu YB Teo Nie Ching yang hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yang biasa dipakai wanita bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia, tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro Umno," katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa.

Majlis makan malam itu sebelum ini dihadiri oleh orang Melayu beragama Islam namun mempamirkan aksi ghairah dengan pakaian menjolok mata.Dr Lo'lo' menambah, majlis tersebut jelas mempersendakan umat Islam yang hadir.

"Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam," tegas beliau.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sepatutnya menyatakan pendirian menolak unsur barat di negara ini hanya mendiamkan diri sebaliknya membenarkan media Umno-Barisan Nasional memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi mahu hal ehwal agama kerajaan bertindak memperbetulkan perkara itu agar tidak dipandang serong masyarakat di negara ini.

Katanya, Malaysia tidak akan membenarkan sebarang usaha menjadikan negara sebagai hab maksiat atau hab tarian lucah seperti yang berlaku pada makan malam anjuran syarikat Sony Malaysia baru-baru ini.

Perjumpaan Tok Guru Nik Aziz, Najib Dan Agong

Posted: 03 Jan 2011 06:30 AM PST

Nik Aziz akui pertemuan 24 Dis, 'ada perkara dibincang'


KOTA BARU, 3 Jan – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui ada bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibu negara akhir bulan lalu - pertemuan yang dikatakan turut dihadiri beberapa pemimpin PAS, Umno dan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Nik Aziz (gambar) enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 24 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Nik Aziz turut mengakuinya.

"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa," kata beliau dipetik Harakah Daily hari ini.

"Saya tidak boleh sebut (isi perbincangan) kerana ia didakan secara tertutup, kita perlu jaga peraturan jumpa orang besar, macam mana saya nak ulas," katanya kepada pemberita selepas meraikan penjaga kebangsaan kelahiran Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat di sini hari ini.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut menyentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ia tertutup," ujarnya.

Ditanya adakah pertemuan itu menyentuh mengenai isu petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri, Nik Aziz berkata, "tentu ada benda, mana boleh seorang rakyat jumpa dengan pemerintahnya tidak ada apa-apa, cuma ia dibuat tertutup, saya tidak boleh sebut."

The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan, pemimpin-pemimpin PAS berhadapan dengan satu lagi 'perbalahan' ekoran khabar angin bahawa kepimpinan tertinggi parti itu mengadakan pertemuan dengan rakan mereka dari Umno di ibu negara baru-baru ini.

Khabar angin ini muncul ini hanya tinggal enam bulan sebelum PAS dijadual mengadakan pemilihan dwitahunan Jun ini.

Malah dakwaan ini mengulangi 'krisis' yang pernah disaksikan sebelum ini.

Pertemuan majlis makan malam itu dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Nik Aziz.

Kedua-dua Najib dan Muhyiddin berulang kali pernah melahirkan hasrat dan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin kanan PAS tahun lalu.

Masih belum pasti sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang sebelum ini didakwa memihak atau cenderung kepada kerjasama Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan, hadir bersama.

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Wan Nik Wan Yussof ketika dihubungi mengesahkan Nik Aziz hadir tetapi menegaskan, kehadiran beliau hanya atas jemputan menghadiri majlis santapan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

"Tok Guru hadir kerana diundang ke majlis santapan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Dan, turut hadir ialah Datuk Seri Najib, tiada kaitan dengan soal politik, majlis santapan sahaja," kata beliau.

"Bagi Tok Guru, majlis itu adalah nilai sentimental," kata beliau secara berseloroh.

Bagaimanapun beliau tidak pasti sama ada pemimpin-pemimpin lain termasuk dari PAS turut hadir.

Pertemuan itu berlangsung pada 24 Disember lalu.

Dalam akhbar Siasah keluaran terbaru, Ketua Pengarangnya Sayuti Omar berkata, "apa yang saya dengar ini ialah perjumpaan 'besar' di antara tiga tokoh negara ini dari dua parti berlainan."

"Pertemuan itu ialah antara Mursyidul Am PAs dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pertemuan ini berlaku di istana negara pada malam Jumaat lalu (24 Disember). Turut sama hadir katanya (Tan Sri) Muhyiddin Yassin," katanya dalam laporan muka depan membawa gambar Nik Aziz dan Najib.

The Malaysian Insider difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan PAS pusat atau negeri Kelantan dalam sehari dua ini.

Penyokong-penyokong Nik Aziz mendakwa Menteri Besar Kelantan diperangkap supaya menghadiri pertemuan bersama pemimpin-pemimpin Umno dan mereka juga mendakwa satu lagi pertemuan telah diadakan sehari sebelum majlis makan malam itu.

Beberapa pemimpin PAS terlibat dalam 'debat' mengenai isu itu menerusi laman sosial Facebook dengan mendakwa Hadi dan Nasharudin cuba memulihkan usaha untuk bekerjasama dengan Umno ke arah mewujudkan kerajaan perpaduan.

Malah ada yang memertahankan kedua-dua Hadi dan Nasharudin masing-masing ahli Parlimen Marang dan Bachok.

Menerusi laman Facebook, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Haron membayangkan beberapa pemimpin kanan PAS masih cenderung untuk membentuk kerjasama politik dengan Umno.

Nik Aziz sejak 2008 berkeras menolak sebarang kerjasama politik dengan Umno dengan merujuk kepada peristiwa tahun 1970-an.

Dalam perkembangan lain, Nik Aziz mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang mengeluarkan kenyataan sanggup mati kerana mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Karpal Singh orang undang-undang, sejak muda sampai tua, beliau dihormati golongan undang-undang," katanya.

[Wajib Baca] Tahniah Rakyat Selangor!!!

Posted: 03 Jan 2011 06:00 AM PST

Secara peribadi saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor yang telah mengambil keputusan untuk memanggil sidang Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa melantik 3 Ex-offico dalam barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor dengan nasihat Menteri Besar. Ketiga-tiga jawatan yang dimaksudkan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

Dalam peruntukkan sekarang Kebawah Duli Tuanku telah dilucutkan kuasa melantik ini semasa krisis perlembagaan 1993 yang dicetuskan oleh UMNO pimpinan Dr Mahathir. Saya telah menulis isu ini acapkali didalam blog ini beberapa ketika dahulu untuk membayangkan kekesalan diri saya sendiri diatas tindakkan pemimpin UMNO semasa itu yang beriya-iya benar untuk menghakis kuasa Raja-Raja Melayu termasuklah kuasa Raja-Raja Melayu untuk melantik 3 jawatan Ex-Officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri diseluruh Negara.

Tuanku Sultan telah bertitah yang Baginda tidak ada kuasa untuk menerima dan menolak nama sesiapa yang dicadangkan oleh PSC kepada Baginda kerana kuasa itu telah ditarik balek hasil dari krisis perlembagaan pada tahun 1993 dahulu. Semasa itu UMNO bertindak tanpa sebarang 'mercy' kepada Raja-Raja Melayu dan kata-kata pemimpin kita semasa itu sangat mengguris hati orang Melayu seperti saya yang tahu tidak ada Melayunya seseorang itu tanpa Raja yang berdaulat.

Saya sedang tercari-cari potongan-potongan akhbar yang boleh membuktikan perlakuan pemimpin-pemimpin kita semasa itu tetapi sampai sekarang saya belum terjumpa lagi. Saya pernah berucap dimerata-rata diseluruh negara mebidas tindakkan UMNO 'menderhaka' kepada Raja-Raja Melayu tetapi seperti biasa saya menjadi mangsa kutukkan pihak pimpinan UMNO kerana kononnya saya dan ramai yang lain telah menderhaka kepada UMNO.

Sekarang UMNO baru merasakan betapa lemahnya mereka dan dimana-mana pimpinan mereka sedang berlindung dicelah ketiak Raja-Raja Melayu. Sekarang Najib baru merasakan betapa pentingnya Raja-Raja Melayu dan pernah berkata didalam perhimpunan agung UMNO yang lalu yang Raja-Raja masih ada kuasa untuk melantik pimpinan Kerajaan jika ada pihak yang akan cuba untuk mengambil alihnya. Tetapi beliau selaku Ketua Pemuda semasa itu bersama-sama berlegar keseluruh negara untuk mendapat sokongan untuk melakukan kepada pindaan perlembagaan itu.

Sekarang UMNO pula yang menuduh pihak pembangkang yang menderhaka sedangkan kuasa Raja telah menjadi tirus seperti tali gasing yang dilakukan oleh pindaan perlembagaan dicetusan oleh UMNO semasa itu. Kepada semua yang membidas saya tidak berapa lama dahulu elok berfikir; siapa yang durhaka kepada Raja-Raja Melayu….UMNO kah atau pembangkang?

Saya bergembira kerana Negeri Selangor akan memanggil sidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Kebawah Duli Tuanku dengan nasihat Menteri Besar seperti sebelum pindaan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Rupa-rupanya Pakatan Rakyat (PR) yang membuktikan mereka adalah pihak yang mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Jika UMNO jujur dengan apa yang mereka katakan sekarang Negeri-Negeri yang ditadbirnya mengembalikan peruntukan itu kepada peruntukkan asal semasa perjanjian persekutuan ditanda tangani dahulu. Ikutlah contoh Kerajaan Negeri Selangor jika benar UMNO mendaulatkan Raja-Raja Melayu. Jangan bercakap manis dimulut sahaja ibarat menanam tebu dihujung bibir.

Setelah dululuskan oleh DUN Selangor pindaan ini nanti maka Negeri Selangor akan menjadi Negeri yang pertama yang telah sedar dan bertindak membetulkan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Negeri Selangor diatas kejayaan saudara-saudari sekelian.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/01/tahniah-rakyat-selangor.html

TG Nik Aiz Jumpa PM Berkaitan Isu Royalti Minyak?

Posted: 03 Jan 2011 05:31 AM PST

Ada perkara dibincang dengan PM

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 3 Jan: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana demi menjaga peraturan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pemimpin.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung pertemuannya dengan Perdana Menteri pada 25 Disember lalu.

Ketika ditanya adakah sebarang perkara telah dibincangkan antara pemimpin tertinggi negara itu, Tuan Guru juga turut mengakuinya.

"Tentu ada perkara yang dibincangkan, mana boleh bertemu dengan Perdana Menteri untuk bersembang biasa.

"Bagaimanapun kerana ianya pertemuan tertutup, jadi saya tidak boleh mendedahkannya kepada umum, itu salah dari segi peraturannya," ujarnya selepas meraikan Wira Negara di Kampung Cherang, dekat sini tengah hari tadi.

Ketika ditanya adakah pertemuan itu turut mensentuh soal royalti, beliau juga enggan mengulas lanjut.

"Saya tak boleh sebut apa-apalah sebab ianya tertutup," ujarnya.

Speaker mum on amending Selangor constitution

Posted: 03 Jan 2011 05:15 AM PST

By Shazwan Mustafa Kamal

SHAH ALAM, Jan 3 — Selangor state assembly Speaker Datuk Teng Chang Khim refused to comment today on Tan Sri Khalid Ibrahim's call for an emergency sitting to amend state laws to allow Selangor to appoint its own top civil servants.

Khalid's Pakatan Rakyat (PR) government does not, however, have the necessary two-thirds majority as they only control 35 out of the 54 votes — including Teng's — making it difficult to make amendments to enable the state ruler and the mentri besar have a say in top state civil posts.

"At this point of time, I do not want to comment on anything concerning the state secretary, I am not saying anything. The matter is between me and the MB, not with the media. I will talk when I am ready," Teng told The Malaysian Insider.

Today, state ruler Sultan Sharafuddin Idris Shah acknowledged the fact that he has no power in accepting or rejecting any appointments made by the Public Service Commission.

Khalid had revealed earlier today that the Sultan had agreed with the state government that previous amendments to the state constitution had effectively "transferred" all power of appointment of the state secretary to Putrajaya.

Khalid said that the proposed amendments to the state laws would "restore" the power of appointing the state's top civil post back to the Sultan and mentri besar.

"His Royal Highness the Sultan of Selangor is of the view that he does not have the power to accept or reject any candidate suggested by the Public Service Commission.

"This is because the laws had been amended back in 1993, during the constitutional crisis; the state laws were amended and centralised to cement the federal government's hold on the state," Khalid told reporters.

The Selangor MB also said that there would be no swearing-in ceremony between newly-appointed State Secretary Datuk Mohd Khusrin Munawi and himself, adding that Mohd Khusrin will not be allowed to attend any exco or state economic council meetings without first taking the oath of secrecy.

"The state will suggest to the Speaker to hold an emergency state assembly sitting to amend the state constitution to return the power of appointment of the state secretary, financial officer and legal advisor to the Sultan and mentri besar," Khalid said.

Isu SUK: MB Selangor tindak luar bidang kuasa, kata penasihat Umno-BN

Posted: 03 Jan 2011 05:00 AM PST

Oleh Debra Chong


KUALA LUMPUR, 3 Jan – Penasihat undang-undang Umno-BN Datuk Hafarizam Harun mendakwa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah melampaui batasan kuasanya ekoran tindakan beliau menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru daripada menjalankan tugas beliau.

Katanya, tindakan menghalang pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai ketua pegawai kerajaan negeri akan mengganggu perjalanan perkhidmatan awam Selangor.

Beliau juga mendakwa langkah Menteri Besar itu mencetuskan satu situasi yang bahaya, yang boleh dicabar di mahkamah.

"Jika benar bahawa Menteri Besar akan menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri daripada menjadi sebahagian daripada Exco ataupun menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri, jawapan saya ialah beliau tiada kuasa untuk berbuat demikian sebab kuasa untuk sertai (sidang DUN dan Exco) adalah kuasa perlembagaan yang diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri sebaik beliau dilantik," kata beliau.

Oleh itu kata Hafarizam, Menteri Besar mesti membenarkan beliau untuk menghadirinya.

"Menteri Besar tidak boleh mengendalikan perkhidmatan awam negeri. Secara perundangan, Menteri Besar tidak boleh campur tangan dalam proses pentadbiran negeri harian.

"Menteri Besar tidak boleh memberi arahan kepada perkhidmatan awam kecuali beliau (Menteri Besar) bertindak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu," kata beliau.

"Ini kerana ketua perkhidmatan negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya.

Pada sidang media petang tadi, Khalid berkata, kerajaan negeri Selangor bercadang mengadakan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.

Beliau berkata, pindaan itu bagi mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Khalid berkata, dalam pertemuan beliau dengan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi, baginda berpandangan baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon

bagi memegang jawatan eksekutif berkenaan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan," katanya.

Khalid menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika di sini bagi mengemukakan nama tiga calon yang dipilih oleh sebuah panel kerajaan negeri yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, Khalid mendakwa semasa mengumumkan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah membelakangkan Menteri Besar, malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman.

Kata Hafarizam, jika Khalid memberikan arahan secara langsung kepada jabatan-jabatan awam negeri dan agensinya, beliau akan bertindak melampaui kuasa yang ada pada beliau.

Sehubungan itu kata beliau, tindakan itu boleh dianggap sebagai "ulra vires" jika Khalid berbuat demikian.

"Bermakna ia boleh dicabar di mahkamah," katanya.

Hafarizam berkata, perlembagaan negeri Selangor menunjukkan pelantikan Khusrin adalah sah dan Menteri Besar tiada asas untuk mencabar keputusan itu.

"Dari segi sejarah, Selangor merupakan negeri Melayu bersekutu. Perkhidmatan awamnya bukan (perkhidmatan) tertutup bermakna sesiapa sahaja dari persekutuan boleh dipinjamkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri," kata beliau.

"Jadi, pelantikan perlu melalui SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)," kata beliau.

Hafarizam berkata, usaha meminda perlembagaan negeri memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

"Mereka kurang satu," kata beliau sambil berkata, Pakatan Rakyat hanya mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri.

"Adakah anda yakin BN akan bersetuju dengannya (usaha Pakatan Rakyat)?" kata beliau.

Hafarizam juga mempersoalkan motif Pakatan Rakyat untuk meluluskan usul bagi mengembalikan kuasa diraja yang dibataskan pada 1993.

NUJ demands Utusan call off witch hunt

Posted: 03 Jan 2011 04:45 AM PST

By Melissa Chi


KUALA LUMPUR, Jan 3 — The National Union of Journalists (NUJ) demanded today for Umno-owned Utusan Malaysia to cancel a domestic inquiry on one of its journalists, who is also the union's new chief.

NUJ president Hata Wahari, who was elected to the post last September, has been hauled up by his employers over his criticisms against the Malay daily. He will face a domestic inquiry on Thursday and is at risk of being sacked.

NUJ Malaysia general secretary Anbalagan Veerasamy defended the union's president today, saying he was only exercising his duty to protect his fellow journalists and uphold media ethics.

"NUJ president Hata Wahari had made his remarks as a union official, and Utusan is free to make a public rebuttal if it did not agree with NUJ's statements," he said in a statement.

He added that the Umno mouthpiece should respect the rights of NUJ officials to make public statements which relate to the interests of union members.

"NUJ is deeply concerned by the domestic inquiry on President Hata Wahari by Utusan Malaysia, and will monitor the developments closely," Anbalagan warned.

Hata has been critical of his employers as well as being outspoken about the freedom of the press and the importance of non-biased reporting. In a recent statement, he kicked off the new year by blaming Utusan editors and what he called their racial rhetoric for the daily's declining sale.

He also called on the authorities to act against the paper's editors for fanning racial sentiment in its reports.

Executive officer for media interest group Centre for Independent Journalism (CIJ) Masjaliza Hamzah has also demanded that the Malay daily not punish the journalist for his outspokenness on the matters of press freedom.

"This is his job and he's doing his job as the president of NUJ. He does have a national stature, they would sometimes need to say critical things in the course of serving the national duty," she told The Malaysian Insider today, adding that he should not be penalised for it.

She claimed that this was the only time that a NUJ's leader has stood up to protect the integrity of journalists and not give in to unethical media practices.

"Perhaps for the first time [Malaysian journalists are] getting the union they deserve.

"[T]his is the first time, an NUJ leader has come out with a strong statement that is critical of the media organisation covering an issue, and I guess in this instance, it happens to be the media organisation he also works for," she said.

Masjaliza said that CIJ will continue to pressure the Malay daily as they had "gotten away" with the sacking of Amran Ahmad, who was the chairman of NUJ-Utusan Melayu before his dismissal in September 2010.

Amran was sacked in last year following a report he made to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) over procurements made by Utusan Melayu Berhad, the company that publishes Utusan Malaysia.

"In many ways, they got away with sacking the previous NUJ branch chair, so I think it's about time they listen. They cannot act with impunity. There are ethical standards to follow, that Utusan also needs to follow, just like other media organisations," she said.

Piala Suzuki: Kelantan hadiahkan penjaga gol Khairul rumah

Posted: 03 Jan 2011 04:30 AM PST

KOTA BARU, 3 Jan – Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.

Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.

"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.

"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab," kata Nik Aziz.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan Abdul Fattah Mahmood.

Nik Aziz berkata kerajaan Kelantan begitu berbangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi dan berharap pemain itu akan terus meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.

"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepada dia," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata bersukan merupakan satu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.

"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terlibat dalam gejala najis dadah.

"Nabi Muhammad SAW dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik saya. Saya menang ketika itu, kerana terlampau gembira saya angkat kedua-dua tangan dan bila biawak lalu kuda pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," katanya. – Bernama

Letak jawatan: Kami mahu dengar Misbun dulu, kata BAM

Posted: 03 Jan 2011 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu mendengar penjelasan dari mulut Datuk Misbun Sidek sendiri berhubung peletakan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan badminton negara, kata Pengurus Besar BAM Kenny Goh.

Beliau berkata mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat selepas Presiden BAM Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh pulang dari luar negara bagi mendengar penjelasan Misbun serta berbincang mengenainya.

Katanya BAM akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Nadzmi selepas mendapatkan penjelasan tersebut.

"Buat masa ini masih terlalu awal bagi BAM untuk membuat sebarang komen dan lebih elok perkara ini dibawa ke mesyuarat dalaman bersama Misbun untuk mendapatkan penjelasan terperinci bagi mengenali punca sebenar beliau bertindak demikian," katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu beliau meminta spekulasi berhubung peletakan jawatan Misbun dihentikan.

Goh yang secara peribadi terkejut dengan surat peletakan jawatan Misbun itu bagaimanapun berharap ia dapat diselesaikan sebaik mungkin agar tigak menggugat prestasi skuad badminton yang tersenarai dalam program "Road To London 2012".

Sebuah akhbar semalam melaporkan bahawa Goh telah mengesahkan Misbun meletakkan jawatan menerusi e-mel kepada pejabat BM bertarikh 31 Disember lepas.

Surat itu tidak menyatakan alasan Misbun mahu meletakkan jawatan.

Goh berkata dengan ketiadaan Misbun, tugas melatih Datuk Lee Chong Wei akan digalas seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, bagi menghadapi Kejohanan Super Series Masters Finals di Taiwan bermula Rabu ini.

"Kebetulan kejohanan Super Series kali ini adalah di bawah kendalian Tey. Sebelum ini, dalam kejohanan-kejohanan tertentu, pemain-pemain akan dikendalikan oleh Misbun dan Tey," katanya.

Meskipun tanpa kehadiran kelibat musuh tradisinya Lin Dan dari China pada kejohanan tersebut, Chong Wei mempunyai misi tersendiri untuk mempertahankan kejuaraan untuk kali ketiga.

Pemain perseorangan China yang menyertai kejohanan itu ialah Chen Long dan Du Pengyu.

Menurut Goh walaupun peluang Chong Wei untuk menjuarai kejohanan tersebut cerah tetapi beliau percaya persaingan yang bakal dihadapi beliau adalah amat sengit.

Selain Chong Wei, turut menggalas cabaran negara di kejohanan tersebut ialah bergu nombor satu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong. – Bernama

KBS minta BAM, Misbun beri penjelasan

Posted: 03 Jan 2011 04:00 AM PST

PUTRAJAYA, 3 Jan – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek masih menunggu penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari punca terhadap tindakan mengejut Datuk Misbun Sidek meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan lelaki kebangsaan.

Ahmad Shabery berkata beliau akan bertemu dengan Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh yang akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan penjelasan sebelum beliau bertemu dengan Misbun.

"Masih terlalu awal untuk kita buat andaian dan dalam masa sehari dua ini saya sengaja membiarkan perkara ini berlalu bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi menyelesaikan perkara ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata sebelum mengambil apa-apa tindakan, kementerian berkenaan ingin mencari punca masalah tersebut tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

"Setelah mendapat pejelasan daripada kedua-dua pihak barulah kita cari jalan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Apa pun keputusaan yang bakal dibuat nanti mestilah tidak membelakangkan kepentingan negara kerana badminton adalah salah satu daripada acara sukan yang dijangka mampu memberi sumbangan pingat kepada negara pada Sukan Olimpik London pada 2012 nanti," katanya.

Ahmad Shabery berkata beliau tidak menyalahkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusaan untuk keluar daripada BAM kerana faham dengan tekanan yang bakal dihadapinya.

"Sudah pasti Chong Wei akan rasa tertekan apabila jurulatih yang dianggap sebagai bapanya sendiri membuat keputusan untuk letak jawatan.

"Namun sebagai jurulatih yang diberi amanah oleh negara, Misbun sewajarnya memberi keutamaan kepada kepentingan negara sebelum melakukan keputusan tersebut," katanya.

Semalam media tempatan hangat menyiarkan berita tindakan Misbun menghantar surat peletakan jawatan bertarikh 31 Disember lepas kepada BAM, yang telah mencetus pelbagai persoalan dan tanda tanya punca beliau sanggup mengambil tindakan tersebut.

Rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Datuk James Selvaraj sebagai Pengarah Prestasi Tinggi BAM dikatakan sebagai salah satu daripada punca utama yang menyebabkan Misbun membuat tindakan tersebut. – Bernama

Isu SUK: Khir Toyo bina acuan bahaya, diulangi KSN

Posted: 03 Jan 2011 03:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan — Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah melanggar Perlembagaan apabila beliau membiarkan diri beliau dibelakangi dalam urusan pelantikan

Setiausaha Kerajaan Negeri yang terdahulu, kata pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Malah Dr Khir juga telah mengizinkan Ketua Setiausaha Negara melantik Datuk Ramli Mahmud sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa berunding dengan Menteri Besar seperti yang disyaratkan Perlembagaan.

Ramli, 56, digantikan oleh bekas pengarah Jais Datuk Mohd Khusrin Munawi yang masuk pejabat pagi tadi.

Kelmarin, Dr Khir mendakwa tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat campur tangan dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri dengan mengadakan jawatankuasa pemilihan sebagai langkah yang tidak sah.

"Beliau (Dr Khir) telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila KSN melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan Menteri Besar," kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Faekah berkata, kerajaan Selangor enggan meneruskan ketidakpedulian Dr Khir terhadap Perlembagaan kerana ini akan membolehkan Ketua Setiausaha Negara menyalah guna Perlembagaan dan Nota Amalan Perkhidmatan Awam dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan kebijaksaan pengurusan yang mana tanggungjawab perlu disertai dengan kuasa.

"Ini kerana KSN melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan serta kredibiliti dan tanpa berunding dengan Menteri Besar," katanya lagi.

Faekah juga berkata, Umno-BN telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda Perlembagaan Persekutuan pada 1993 tetapi sekarang mereka cuba bersembunyi di sebalik istana untuk meneruskan agenda politik jahat.

"Seperti dalam isu-isu lain, Dr Khir tidak memiliki moral dan kelayakan untuk mengkritik Kerajaan Selangor termasuk Jawatankuasa Pemilihan yang bertanggungjawab menemu bual pegawai kerajaan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang menekankan pendirian kerajaan pusat bahawa soal pelantikan ketua pegawai perkhidmatan kerajaan negeri adalah prerogatif Ketua Setiausaha Negara.

"Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah sah apabila Ketua Setiausaha Negara menyatakan persetujuan," kata Dr Khir kepada The Malaysian Insider kelmarin.

Dr Khir juga membidas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerana mengadakan proses pemilihan sendiri untuk memilih calon Setiausaha Kerajaan Negeri, yang menurutnya ia satu tindakan tidak yang sah.

Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat tidak menerima pelantikan itu dengan menyifatkannya sebagai tidak muktamad.

Istana Selangor pula menegaskan pelantikan itu sebagai muktamad dan Khusrin akan mengangkat sumpah pada 6 Januari ini.

Dr Khir berkata, majlis angkat sumpah hanya prosedur pentadbiran semata-mata.

Faedah menambah kerajaan negeri mahu mengulangi kenyataan bahawa jawatankuasa ini dibentuk kerana Menteri Besar mahu memastikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri diisi oleh pegawai kerajaan yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.

"Jawatankuasa ini juga mahu memastikan pelantikan dilakukan secara profesional dan adil.

"Ini juga bagi membolehkan pegawai kerajaan bertindak secara profesional tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi mereka," katanya lagi.

Tegas beliau, hanya kerana kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan sekarang perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan.

MB Khalid perlu ‘cermat’ rujuk isu SUK Selangor di mahkamah, kata bekas hakim

Posted: 03 Jan 2011 03:30 AM PST

Oleh Debra Chong


KUALA LUMPUR, 3 Jan — Kerajaan Selangor kemungkinan berhadapan dengan keadaan bercelaru yang lebih mendalam berbanding jalan buntu jika ia memutuskan untuk ke mahkamah bagi menyelesaikan pertikaian berkaitan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru, kata bekas hakim Datuk N.H. Chan.

Dengan merujuk kepada Seksyen 52 perlembagaan negeri Selangor, Chan berkata, undang-undang dengan jelas menyebut Setiausaha Kerajaan Negeri dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan, bukannya menteri besar ataupun sultan sebagaimana diperkatakan oleh sesetengah pihak.

"Sebagaimana anda boleh lihat, Seksyen 52(1) adalah jelas, ia secara spesifik mengatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri harus dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang sewajarnya dengan memilih kalangan anggota perkhidmatan awam.

"Dia bukan dilantik oleh sesiapa; bukan juga oleh sultan, malah bukan oleh perdana menteri, tetapi oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan di mana calon Setiausaha Kerajaan Negeri ialah anggota perkhidmatan awam," kata beliau.

Oleh itu, kata beliau, kemungkinan perkara yang akan dicabar berkaitan dengan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri ialah ia tidak dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkaitan.

Justeru, bekas hakim Mahkamah Rayuan itu memberitahu The Malaysian Insider, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim harus berhati-hati dalam menentukan suruhanjaya perkhidmatan yang dimaksudkan sebelum memulakan sebarang tindakan mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian berkaitan pelantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai penyandang jawatan tersebut.

Khusrin masuk pejabat pagi tadi.

"Jika beliau menyaman suruhanjaya perkhidmatan yang salah, mereka akan kalah seratus peratus. Kes itu akan ditolak serta-merta," jelas beliau ketika dihubungi di Ipoh.

Seorang lagi bekas hakim Mahkamah Persekutuan memberitahu The Malaysian Insider bahawa suruhanjaya perkhidmatan yang dimaksudkan dalam perlembagaan negeri Selangor ialah Jabatan Perkhidmatan Awam yang ketuanya ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.

Bagaimanapun Chan enggan mengulas pandangan itu.

"Saya tidak tahu sebab saya bukan peguam yang berkhidmat. Saya tidak ada buku undang-undang yang sesuai untuk saya rujuk," kata beliau.

"Saya ada membaca bahawa Karpal Singh sedang membantu (Menteri Besar). Mereka mesti buat penyelidikan mereka dan mengenal pasti suruhanjaya sesuai yang dimaksudkan," kata beliau lagi.

Chan juga menegaskan bahawa situasi di Selangor berbeza berbanding krisis perlembagaan di Perak, yang membawa kepada kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat awal 2009 kerana kedua-duanya undang-undang yang berbeza.

Beliau juga menasihatkan Khalid daripada mengambil sikap keras dalam menerima angkat sumpah kerahsiaan Khusrin.

Kata Chan, beliau berpandangan tidak wajar Khusrin dihalang daripada mengangkat sumpah kerahsiaan di bawah Subseksyen 4.

Jika tidak katanya, tindakan seumpama itu boleh membawa kepada hujah bahawa penyandang jawatan tersebut tidak terikat kepada peruntukan tidak boleh mendedahkan apa-apa yang berlaku di Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri.

Malah kata beliau, Seksyen 52(3) perlembagaan negeri juga mengatakan bahawa sebaik sahaja dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan yang sesuai Setiausaha Kerajaan Negeri ada hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri.

Malah katanya, undang-undang negeri juga membolehkan Khusrin dilantik menganggotai mana-mana jawatankuasa ditubuhkan oleh Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun katanya, kemungkinan keadaan akan wujud kerana dalam persekitaran semasa beliau akan dilayan macam "pariah."

Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung Khamis ini, diteruskan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin.

Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti.

Difahamkan beliau akan menghadap baginda hari ini.

Kelmarin, The Malaysian Insider melaporkan pendapat pakar perlembagaan Prof A Aziz Bari yang berkata, peluang terbaik yang ada pada Khalid bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.

"Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid dan pentadbiran Pakatan Selangor," kata beliau.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri.

"Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota 'ex-officio' Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan," kata Aziz.

"Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan dikeluarkan pagi semalam, Khalid berkata, beliau kesal kerana Sidek yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

"Pemilihan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri," kata beliau.

Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa semalam.

Surat terbuka kepada Dato Jamil Khir - Pertunjukan 'Tiger Show'

Posted: 03 Jan 2011 03:00 AM PST

Berhubung dengan perkara diatas saya selaku wakil rakyat dan Ahli Parlimen merakamkan kekesalan kerana pihak tuan sebagai Menteri Hal Ehwal Islam langsung tidak memperdulikan atau bertindak keatas penganjur majlis makan malam iaitu Syarikat Sony di Hotel Marriot, Putrajaya pada 16 Disember lalu.

Pertunjukan ini yang bukan setakat 'free show', malah 'free touch' dihadiri sebahagian besarnya oleh orang-orang Melayu yang mungkin beragama Islam

Gambar-gambar pertunjukan ala 'Tiger Show' ini telah bertebaran dalam alam maya. Ini adalah satu penghinaan kepada Islam dan satu cabaran kepada ketinggian Islam sebagai agama rasmi negara.

Adalah malang isu YB Teo Ni Ching yg hanya bersenam robik dengan pakaian sukan yg biasa dipakai wanita Bukan Islam menjadi berita muka depan Utusan Malaysia tetapi kemungkaran yang lebih besar seperti ini didiamkan oleh media pro-UMNO.

Lebih malang lagi YB selaku Menteri Hal Ehwal Islam, JAKIM dan JAWI sebagai berwajib terlalu 'mandom' dalam menangani isu ini.
Saya dengan ini menuntut agar pihak YB mengambil tindakan segera keatas Sony sebagai penganjur dan pihak Hotel Marriot sebagai pengendali majlis.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, No 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, 50300 Kuala Lumpur. Tel: 0326980025 Fax: 0326980026 yb.drlolo@gmail.com twitter: docmarjan Fb: Yb Dr Lo'Lo'

Selangor Pinda Perlembagaan: Sidang DUN diadakan, kembalikan kuasa lantik SUK kepada Kerajaan Negeri dan Sultan

Posted: 03 Jan 2011 02:30 AM PST

SHAH ALAM, 3 Jan – Kerajaan Negeri Selangor akan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang negeri kepada Sultan dan Menteri Besar.

Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meminta speaker untuk mengadakan sidang tergempar sidang Dewan Undangan Negeri bagi meminda undang-undang terbabit.

Beliau juga menegaskan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi tidak akan mengangkat sumpah dihadapan Menteri Besar .

Datuk khusrin juga tidak akan dibenarkan hadir pada sebarang majlis mesyuarat kerajaan negeri, tambah beliau menerusi mesej twitternya.

"Sehingga penyelesaian dicapai kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang majlis berkaitan jawatan SUK," tambah beliau

Merujuk kepada perjumpaan beliau bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi tadi. Khalid berkata baginda menasihatkan kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai perlantikan Khusrin.

" DYMM berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima dan menolak calon yg dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,"

Teresa : Kenyataan berbaur seksis, Ketua Gerakan Pemuda perlu mohon maaf

Posted: 03 Jan 2011 02:00 AM PST

SHAH ALAM , 3 Jan – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendesak Ketua Gerakan Pemuda Kedah, Teng Keng Liang memohon maaf atas kenyataan berbaur seksis yang dilemparkan terhadap Hannah Yeoh yang juga ADUN Subang Jaya.

Teresa menganggap kenyataan Teng itu sebagai suatu penghinaan kepada kaum wanita dan ibu selain turut menggesa beliau memohon maaf berhubung kenyataan sinis yang mempertikai kebolehan kaum itu menggalas tugas sepertimana kaum lelaki di negara ini.

"Saya menggesa Teng meminta maaf kepada Hannah dan semua wanita tanpa syarat ketidakperihatinan beliau selain mendidik dirinya tentang kesamarataan gender. Saya berbesar hati akan menaja Tan Keng Liang untuk mempelajari kesamarataan gender oleh NGO terkemuka di Malaysia," jelas beliau dalam kenyataan media pagi ini.

Memetik kenyataan laman Twitter Teng semalam, beliau mempertikai kebolehan Hannah menjalankan tugas sebagai ADUN ketika sedang hamil.

"Siapa you pilih @ jezlai atau @ hannahyeoh yang akan bercuti hamil (sebagai ADUN Subang Jaya untuk pemilihan mendatang)?" memetik laman twitter Teng.

Walaupun mendapat kecaman pelbagai pihak menerusi komen, Teng tetap berkeras mempertahan kenyataan beliau selain menggambarkan sifat chauvinistic beliau terhadap kaum wanita.

Namun dalam masa yang sama Hannah mempertahankan dirinya melalui komen balas mengatakan beliau masih mampu untuk bekerja keras walaupun sedang bercuti hamil berbanding Ahli Parlimen Barisan Nasional.

Teresa berkata, sehingga kini, Hannah yang dilantik sebagai ADUN Subang Jaya sejak terpilih pada Mac 2008 serta pasukannya telah bekerja keras untuk masyarakat di kawasan itu.

Tambah beliau, dedikasi yang ditunjukkan Hannah amat dihargai oleh masyarakat Subang Jaya setakat ini justeru beliau yakin ADUN itu akan menyumbangkan usaha kepada masyarakat di Selangor di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat.

Khusrin: Legasi Khir Toyo punca Putrajaya belakangi Kerajaan Negeri

Posted: 03 Jan 2011 01:30 AM PST

SHAH ALAM, 3 Jan – Krisis perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Selangor yang berlaku kini didakwa Faekah Husin berpunca dari bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang membiarkan Ketua Setiausaha Negara(KSN) melantik Datuk Ramli Mahmud tanpa merujuk kepada perlembagaan negeri.

Jelas Setiausaha Politik Menteri Besar itu, ini adalah permulaan Putrajaya belakangkan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kini.

"Beliau telah membina acuan yang bahaya dan sekarang senario ini berulang semula apabila KSN melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu tanpa berunding terlebih dulu dengan Menteri Besar.

"Kerajaan Selangor enggan meneruskan ketidakpedulian Khir terhadap Perlembagaan kerana ini akan membolehkan KSN menyalahguna Perlembagaan dan Nota Amalan Perkhidmatan Awam dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"KSN telah mengabaikan kebijaksaan pengurusan yang mana tanggungjawab perlu disertai dengan kuasa," katanya.

Ujar Faekah, ini adalah kerana, KSN melantik Khusrin dengan tidak mengambil kira kelayakan serta kredibiliti dan tanpa berunding dengan Menteri Besar.

Tegas Faekah, Umno-Barisan Nasional merupakan 'dalang' sebenar yang telah mengeluarkan kuasa Sultan ketika meminda Perlembagaan Negara pada 1993 tetapi ketika ini cuba bersembunyi di sebalik istana untuk meneruskan agenda politik jahat.

"Khir Toyo tidak memiliki moral dan kelayakan untuk mengkritik Kerajaan Selangor termasuk Jawatankuasa Pemilihan yang bertanggungjawab menemubual pegawai kerajaan bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Kami mengulangi kenyataan bahawa jawatankuasa ini dibentuk kerana Menteri Besar mahu memastikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri diisi oleh pegawai kerajaan yang berkelayakan dan mampu menjalankan tugas dengan berkesan.

"Jawatankuasa ini juga mahu memastikan pelantikan dilakukan secara profesional dan adil. Ini juga bagi membolehkan pegawai kerajaan bertindak secara profesional tanpa rasa takut atau menyokong mana-mana parti kerana kenaikan pangkat dibuat berdasarkan prestasi mereka,"jelasnya.

Dalam pada itu, Faekah turut menegaskan bahawa jika kerajaan negeri sebelum ini tidak mempunyai rasa hormat terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban, tidak bererti kerajaan dipimpin Pakatan Rakyat perlu mengikut acuan lapuk dan tidak profesional yang mereka tinggalkan.

Abang Mat Sabu Bebas Lagi! Mampus umno

Posted: 03 Jan 2011 01:00 AM PST

Mohamad Sabu bebas tuduhan, halang tugas penjawat awam

NIBONG TEBAL , 3 Jan – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu dan sembilan rakannya hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini daripada pertuduhan menghalang tugas penjawat awam tiga tahun lepas.

Majistret Mohd Izham Ali ketika menyampaikan keputusan itu berkata keputusan itu dibuat berdasarkan tiga sebab utama.

Katanya tiga sebab itu ialah terdapat keraguan terhadap waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, percanggahan keterangan dua saksi pendakwa iaitu saksi kesepuluh Supt Mohd Nasir Salleh dan saksi ke-11 Idris Rejap dan tiada keterangan spesifik mengenai tertuduh telah menolak penjawat awam.

Sembilan tertuduh yang lain ialah Mohd Binyamin Ishak, 48, Fuadzi Suharat, 48, Md Lazim Osman, 54, Abdul Razak Ramili, 46, Mohd Subri Mohd Said, 46, Zamarul 'Aini Abdul Malik, 40, Zainul Azrun Zainal Abidin, 39, Abdul Rahim Mat Ariff, 62, dan Mohamad Salleh, 51.

Mereka dituduh enggan membuka pintu kenderaan dan telah menolak pegawai dan anggota polis dalam menjalankan tugas pada 7.45 malam, 9 Dis, 2007 di hadapan Plaza Tol Plus Bukit Tambun (laluan keluar lebuhraya Plus Kuala Lumpur-Pulau Pinang).

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim, dibantu oleh Khairul Fairuz Rahman dan Ahmad Razali Muhamad Nazri, manakala Mohamad dan sembilan rakannya diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkifli dan Yusnita Yusof.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Mohamad melahirkan rasa gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia satu kemenangan dalam menegakkan perjuangan.

"Terima kasih atas usaha peguam-peguam kami yang telah bertungkus lumus mencari bukti dan berhujah membela kami untuk menang dalam kes ini," katanya dipetik Bernama.

Sementara itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Mohamad dan rakan-rakan juga melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Tahniah kepada barisan peguam yang telah berusaha memastikan kemenangan bermakna ini, katanya.

Turut hadir memberi sokongan ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti (Tenaga, Air, telekom), Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi) negeri Lim Hock Seng.

Tiada ulasan: