alkerohi |
| Masjid Sg Lalang Kedah perlu tindakan Exco Agama Posted: 03 Jan 2011 01:51 AM PST [setakat jam 6.23ptg tadi, kenyataan Sultan Selangor tentang SUK yg baru mahu dilantik, sangat cantik ]Dua hari yang sudah, dalam perjalanan ke Alor Setar saya singgah di Sungai Lalang, Sungai Petani. Di sana, secara kebetulan saya ada menemui beberapa orang penduduk setempat termasuk beberapa orang kawan lama. Mereka memaklumkan bahawa masalah Masjid Sungai Lalang yang dipanjangkan untuk tindakan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sejak lima belas bulan yang lalu masih belum ada penyelesaiannya. Penduduk tempatan bercadang memperbesarkan masjid berkenaan dan memohon agar MAIK memberikan kebenaran untuk mengutip derma dan sumbangan. Malah kertas kerja cadangan telah dihantar kepada YB Taulan Rasul semasa beliau menjadi Exco Agama. Kata salah seorang daripada mereka, "setiap kali AJK menelefon MAIK, pegawainya bermesyuarat dan keluar. Kami faham kesibukan mereka" Namun mereka berharap agar YB Taulan Rasul dan kerajaan negeri dapat membantu mereka mengatasi masalah yang dihadapi ini. |
| You are subscribed to email updates from alkerohi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan