Kelab Greenboc |
- Silap Buang Buah Dada, Wanita Dibayar RM100 Ribu
- Isa Samad Dedah Pekung UMNO Tak Berapa Faham Islam, Maka itu Ada Penari Seksi Dan Bir
- Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata'
- Ada Ular Sawa Melingkar Masa Makan Asam Pedas
- Amalan Rasuah BN Hanya Boleh Diatasi Dengan Kemenangan PR - Guan Eng
- [Bergambar & Video] Tikus Berkeliaran Dirakam Di Pejabat PM Britain
- [Bergambar] GEMPAR: Buaya Muncul Di Kuantan
- [Bergambar] Saudara Mara Presiden Tunisia Larikan 1.5 Tan Emas
- [Bergambar] Remaja Dibunuh Untuk Simpan Rahsia
- TV3 Dikecam Hebat Bincang Isu Payudara Secara Terbuka
- Satu Gereja Memeluk Islam
- Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah
- Kejadian Bakar Membakar Kereta, Dua Melecur, Seorang Drpnya Koma
- Anda Boleh Dakwa Polis Atau SPRM Jika Anda Yakin Anda Tidak Bersalah
- Ahli Politik Juga Perlu Hadir Kursus Kreativiti ...
- Maahad Qiraat Musnah Dijilat Api
| Silap Buang Buah Dada, Wanita Dibayar RM100 Ribu Posted: 18 Jan 2011 12:35 AM PST Kes saman seorang suri rumah yang kehilangan buah dada kirinya sejak lima tahun lalu akibat kesilapan pembedahan di sebuah hospital kerajaan berakhir hari ini apabila wanita itu bersetuju menyelesaikan tuntutannya di luar mahkamah.Persetujuan tersebut dicapai setelah T. Silvarany, 56, menerima tawaran ganti rugi berjumlah RM100,000 daripada pihak defendan ketika kes itu disebut di Mahkamah Tinggi di sini. Pesuruhjaya Kehakiman, Tarmizi Abdul Rahman kemudian merekodkan persetujuan tersebut. Silvarany sebelum ini memfailkan saman RM2 juta terhadap pakar bedah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. L. Vasu Pillai; Pengarah hospital tersebut, Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Malaysia atas dakwaan cuai semasa melakukan pembedahan itu. Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif menyatakan, dia telah pergi ke hospital tersebut untuk mendapatkan rawatan berikutan sakit dalam perut pada 2005. Menurutnya, pemeriksaan doktor kemudian mengenal pasti puncanya sebagai fibroid iaitu ketumbuhan pada dinding rahim. Ujar plaintif, setelah ketumbuhan berjaya dibuang, pemeriksaan lanjut mendapati ada gumpalan atau ketumbuhan lain pada buah dada kiri yang disyaki sebagai barah buah dada. Silvarany kemudian dimasukkan semula ke wad HRPB pada 6 September 2005 dan menjalani pembedahan untuk membuang buah dada kirinya pada keesokan harinya. Menurutnya, semasa melakukan rawatan susulan pada Oktober 2008, seorang doktor pakar memberitahunya bahawa pembedahan membuang buah dadanya adalah satu kesilapan kerana dia sebenarnya tidak menghidap penyakit barah buah dada. Ketika ditemui di luar mahkamah, Silvarany berkata, dia bersyukur dan berpuas hati dengan jumlah pampasan yang diterimanya. Peguam Kanan Persekutuan, Khairul Fazley Kamarudin hadir mewakili pihak defendan manakala plaintif diwakili peguam A. Sivanesan. -Bernama Ulasan GB Moralnya: Orang awam perlu dididik untuk mengetahui penyakit sebenar yang dihidapi. Adalah malang apabila berlaku kecuaian pihak hospital sehingga orang awam jadi mangsa. Ramai doktor yang bagus, tetapi ada juga doktor yang mengambil jalan mudah mendiagnosis pesakit seperti kes di atas - buang buah dada. Tindakan tidak berperikemanusian dan tidak bertanggungjawab yang membelakangkan professionalisme kedoktoran sehingga orang awam menjadi mangsa. |
| Isa Samad Dedah Pekung UMNO Tak Berapa Faham Islam, Maka itu Ada Penari Seksi Dan Bir Posted: 17 Jan 2011 11:35 PM PST Penari seksi dan Isa Samad di jamuan 1MalaysiaLebih 1,000 orang, kebanyakan mereka masyarakat Cina dijamu dengan makan besar dengan minum bir percuma sambil dihiburkan dengan tarian seksi sempena jamuan makan malam 1Malaysia di Tenang malam semalam. Selain itu, peserta yang bernasib baik juga berpeluang memenangi sebuah motosikal 100cc sebagai hadiah utama cabutan bertuah. Pada masa yang sama jamuan berkenaan juga diselitkan dengan ucapan politik daripada bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Bekas Menteri Besar Negri Sembilan Mentri Besar itu yang berjaya merampas kerusi Bagan Pinang pada pilihan raya kecil 2009 mengalahkan calon PAS - menjadikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran utamanya. Sambil menuduh Anwar sebagai penipu, Isa memberikan contoh 'peristiwa 16 September' di mana ketua pembangkang itu mendakwa Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan yang mencukupi bagi mengambil-alih kerajaan dan kabinet bayangan yang dijanjikannya itu. "Mana menteri kabinet bayangannya? Adakah mereka bercakap mengenai ekonomi dan pembangunan? Tidak ada. Kabinet bayangan pun tidak nampak. "Semua ini tipu. Kita - BN sudah memerintah negara lebih 50 tahun. Kita tidak perlu berjanji seperti janji 100 hari. Kita berusaha setiap hari," kata Isa yang berkemeja T jingga dengan tertera logo 1Malaysia. "Saya kenal Anwar, kami belajar di universiti yang sama dan kami sama-sama dalam Umno. Jika beliau ikhlas mahu menolong Melayu, Cina dan India, dia sepatutnya lakukan ketika menjadi timbalan perdana menteri dulu. "Parti pembangkang cekap memutar-belit. Mereka boleh memutar dari 180 darjah kepada 360 darjah. Tuan-tuan dan puan-puan, jangan percaya Anwar," kata Isa sambil disambut gelak ketawa daripada hadirin. Isa juga tidak melepaskan peluang menyindir PAS yang didakwa cuba menunjukkan DAP sebagai parti yang mesra dengan Islam serta menerima Islam sebagai agama rasmi negara dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. "Siapa tak boleh terima ini (status Islam dan Bahasa Melayu)? Tak ada siapa-siapa yang mengadu tentangnya. Tuan-tuan dan puan-puan, semua ini boleh diterima sebelum sertai DAP. "(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa. Ulasan GB Tahniah UMNO/BN. Pekung anda semakin ternganga. 1Malaysia dengan bir dan wanita seksi. Dan Boss FELDA, Isa Samad dedahkan: Kita (UMNO) sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. |
| Bersih 2.0 Minta SPR Hentikan 'Permainan Silap Mata' Posted: 17 Jan 2011 10:28 PM PST Kota Bharu - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kesal dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengatakan badan itu sedang mengkaji sistem undi proksi.Pengerusi Jawatankuasa Forum Bersih 2.0, Dr Abdul Halim Yusof berkata, sistem yang membolehkan seseorang pemilih diwakili mana-mana individu yang layak pada hari pengundian itu menambahkan ketidaktelusan dan ketidakadilan dalam proses pilihan raya. Menurutnya, SPR memekakkan telinga dan memejamkan mata terhadap tuntutan yang sememangnya menjadi standard antarabangsa. "Rakyat menolak undi pos, menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelak pengundian berganda dan kini kami menolak sistem undi proksi. "Sudah sampai masanya SPR berhenti bermain silap mata dan memperbodoh rakyat," katanya pada sidang media sempena Forum Roadshow Bersih 2.0, di sini, semalam. Forum tersebut akan diadakan pada 21 Januari ini di Balai Islam, Lundang, di sini, dan menampilkan tiga tokoh sebagai ahli panel iaitu Dr Toh Kin Woon, Dr Abdul Aziz Bari dan Datuk Husam Musa. Bersih dilancarkan pada 10 November lalu, sebelum dilancarkan semula menjadi Bersih 2.0 serta dianggotai aktivis-aktivis organisasi masyarakat sivil (CSO) yang bebas daripada pengaruh politik. Abdul Halim berkata, pilihan raya sepatutnya menjadi proses demokrasi yang mengiktiraf hak mengundi rakyat untuk memilih wakil mereka. "Kami sekali lagi ingin menekankan tuntutan terdahulu seperti melakukan pembersihan dan penyemakan semula daftar pemilih bagi memastikan kesalahan dapat dihapuskan. "Akses media mesti adil kepada semua pihak dalam pilihan raya dengan memberi peluang semua parti menjelaskan dasar dan manifesto masing-masing," katanya. Selain itu, katanya, bersih 2.0 turut menuntut pendaftaran automatik untuk semua pengundi yang layak, perubahan umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, persempadanan kawasan pilihan raya dilakukan secara profesional serta mengubah semula urusan kewangan pilihan raya bagi memastikan ketelusan politik wang. -SH |
| Ada Ular Sawa Melingkar Masa Makan Asam Pedas Posted: 17 Jan 2011 09:21 PM PST Ular sawa disangka anakondaMUAR – Kira-kira 20 pengunjung kedai makan Kilat Asam Pedas di Jalan Junid, di sini, terkejut apabila seekor ular sawa batik tiba-tiba menyusur masuk kedai berkenaan ketika mereka sedang menikmati juadah makan malam masing-masing. Pada kejadian kira-kira jam 8.30 malam, kehadiran reptilia itu menjadikan suasana kedai makan berkenaan kecoh seketika kerana pengunjung ketakutan dan cuba melarikan diri. Difahamkan ular sawa batik sepanjang 3.5 meter dan seberat lebih 40 kilogram itu secara tiba-tiba menyusur masuk ke dalam kedai berkenaan. Reptilia itu dipercayai datang dari sebatang parit yang terletak di hadapan restoran berkenaan. Pengunjung, Nasri Hamdan, 30, berkata, dia terkejut apabila ular itu tiba-tiba menjalar lalu cuba masuk ke dalam kedai. "Pada mulanya kami menyangka anakonda yang menjalar masuk kedai makan untuk mencari makanan. "Bagaimanapun, kehadirannya membuatkan suasana menjadi lintang pukang seketika. Namun reptilia itu yang mungkin terkejut dengan kehadiran orang ramai membuatkan ia menyusur semula masuk ke dalam parit," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, atas faktor keselamatan, dua pengunjung lain, Amiruddin Omar, 21, dan Kamal Ariffin, 29, memberanikan diri untuk menangkap reptilia berkenaan. Masri berkata, usaha mereka berhasil dengan bantuan pengunjung lain apabila ular itu berjaya ditangkap dengan hanya menggunakan seutas tali dan karung guni. "Selepas 30 minit, akhirnya haiwan ini berjaya ditangkap dengan selamatnya, malah kami tidak menggunakan sebarang peralatan khas, sebaliknya hanya berdoa saja bagi melemahkan reptilia ini," katanya. Amiruddin berkata, kemunculan ular sawa di kedai makan itu adalah kali kedua berlaku dalam masa setahun. Menurutnya, ia dikatakan berpunca dari kedai yang terletak berhampiran sebatang parit. Malah kandang kambing dan reban ayam yang terletak di belakang kedai makan itu juga dikatakan punca mengapa reptilia itu boleh menyusur masuk ke dalam kedai. Katanya, reptilia yang berjaya ditangkap pengunjung restoran itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Muar untuk diserahkan kepada Jabatan Perhilitan pada masa terdekat ini. Jurucakap JPAM ketika dihubungi berkata, reptilia yang ditangkap pengunjung itu akan dilepaskan ke habitat asal serta jauh dari penempatan penduduk supaya ia tidak mengancam keselamatan orang ramai pada masa akan datang. -SH |
| Amalan Rasuah BN Hanya Boleh Diatasi Dengan Kemenangan PR - Guan Eng Posted: 17 Jan 2011 08:26 PM PST Kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi. Dengan kata lain RM 67 bilion diperlukan untuk mewujudkan 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod. Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan PR dalam pilihanraya besar akan datang. Jelas yang akan bankrapkan Negara bukanlah Program 100 Hari PR tetapi amalan rasuah dalam BN. Sebaliknya Program 100 Hari PR akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara. Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jala sendiri yang telahpun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada tahun 2019. BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Malaysia mengalami Gini coefficient ataupun ketidakadilan perbezaan pendapatan di antara yang kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara. Kumpulan termiskin golongan bawah 40% penduduk hanya memiliki 14.3% pendapatan negara sedangkan golongan atas 20% memiliki 50% pendapatan Negara. Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40% penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan. Golongan ini yang akan dibantu oleh Program 100 Hari PR yang di antara lain manambahkan insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka FELDA, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuhraya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin. PR bukan cakap sesuka hati kerana telahpun dilaksanakan di negeri di bawah pemerintahan PR. Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah PR, tidak ada satu negeri pun yang bankrap. Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Lapuran Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009. Dengan lebihan bajet paling besar dalam sejarah Pulau Pinang sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009, pelbagai program dijalankan di antaranya: Membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan Peruntukan pendidikan tahunan kepada sekolah agama rakyat, sekolah mubaligh, sekolah cina dan tamil sebanyak RM 11.3 juta pada tahun 2010. Rebat air RM100 setiap keluarga sederhana rendah dan bawah sebanyak RM 17 juta pada 2008-9 Program penghargaan warga emas sebanyak RM20 juta setahun dengan pembayaran RM100 setiap tahun kepada yang lebih 60 thaun dan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris. Program ini akan diperluaskan kepada OKU dan ibu tunggal tahun ini. Semua program pro-rakyat tidak pernah dilaksanakan zaman BN memerintah selama 51 tahun tetapi dapat dibuat dalam tiga tahun PR memerintah. Wang penjimatan daripada urustadbir CAT dan program anti-rasuah yang dipuji oleh Transparency International membolehkan "dividen" anti-rasuah dalam bentuk program di atas dibayar dan dilaksanakan. Ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setiap tahun dalam kerajaan Persekutuan. Bila ketirisan dihapuskan banyak program menfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan penghapusan tol. Oleh itu banyak program 100 hari PR seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan. Dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tak sampai 10% RM 28 bilion. Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat PR. -MR *Ucapan oleh Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Kawasan Bagan dalam Majlis Tertutup Bengkel Pilihanraya Kebangsaan DAP Di Kuala Lumpur pada 16 Januari 2011 |
| [Bergambar & Video] Tikus Berkeliaran Dirakam Di Pejabat PM Britain Posted: 17 Jan 2011 07:32 PM PST London - Seekor tikus yang besar dirakam jurukamera stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) semasa seorang wartawan, Garry O'Donoghue memberi penerangan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini, lapor sebuah akhbar semalam.GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Mail semalam menunjukkan seekor tikus (dalam bulatan) berjalan di belakang wartawan, Garry O'Donoghue yang memberi penjelasan mengenai dasar kerajaan di depan pejabat Perdana Menteri Britain di 10 Downing Street, London. Tikus itu yang berlari di depan bangunan pejabat Cameron berada di belakang wartawan tersebut dan ia dapat ditonton oleh penonton. Ketika kejadian, wartawan itu menjelaskan kepada penonton mengenai rancangan Perdana Menteri Britain untuk melakukan pembaharuan ke atas sektor awam. Wartawan itu juga tidak menyedari kehadiran tikus berkenaan. Seorang penonton berkata, dia seolah-olah tidak percaya mengenai tikus itu yang menunjukkan keberanian dengan berlari semasa kehadiran orang ramai. Sebelum ini, terdapat kucing yang sesat di pejabat itu dan ia tinggal semasa pentadbiran tiga orang bekas perdana menteri iaitu Margaret Thatcher, John Major dan Tony Blair. Kucing itu mati pada 2006. - Agensi ![]() ![]() ![]() Ulasan GB Dengar khabar di Putrajaya, kebelakangan ini ada tikus betina besar keluar masuk pintu JPM sesuka hati. Ada betul ke tidak cerita tu? |
| [Bergambar] GEMPAR: Buaya Muncul Di Kuantan Posted: 17 Jan 2011 06:26 PM PST Kuantan - Selepas kemunculan buaya tembaga yang menggemparkan penduduk di Kampung Sungai Soi baru-baru ini, kini hampir 6,000 penduduk di Taman Seri Inderapura di sini pula kecoh dengan penemuan reptilia itu di sebuah tasik buatan di kawasan itu semalam.Gambar: INILAH buaya yang timbul di tasik buatan di Taman Seri Inderapura, Kuantan semalam. Difahamkan, terdapat tiga ekor buaya mendiami tasik itu dan yang paling panjang dikatakan melebihi tiga meter. Haiwan liar yang dipercayai menghuni kawasan itu sejak beberapa tahun lalu didakwa dilihat penduduk ketika timbul di permukaan air dan berjemur. Situasi itu membimbangkan mereka kerana tasik tersebut terletak berhampiran sebuah sekolah agama rakyat yang mempunyai kira-kira 400 murid. Seorang penduduk, Kamaruddin Ibrahim, 44, percaya buaya tersebut tersesat dari Sungai Belat dan masuk ke tasik itu ketika banjir besar beberapa tahun lalu. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| [Bergambar] Saudara Mara Presiden Tunisia Larikan 1.5 Tan Emas Posted: 17 Jan 2011 05:42 PM PST Paris: Saudara mara bekas Presiden Tunisia yang digulingkan, Zine al Abidine Ben Ali dikatakan keluar dari negara itu dengan 1.5 tan emas, lapor akhbar Le Monde yang memetik sumber risikan Perancis.Emas seberat 1.5 tan dilaporkan mencapai nilai AS$65 juta (RM194.6 juta) dalam pasaran terbuka. Pejabat Presiden Nicolas Sarkozy sudah diberikan taklimat oleh pasukan perisikan Perancis bahawa isteri kedua Ben Ali, Leila Trabelsi, mengeluarkan jongkong emas daripada bank pusat Tunisia minggu lalu. Gabenor bank menolak permintaannya tetapi terpaksa mengalah selepas mendapat tekanan dari Ben Ali sendiri, menurut laporan itu. Ben Ali dan Leila sudah keluar dari Tunisia selepas gelombang protes jalanan dan kemarahan yang memuncak rakyat terhadap keluarga pemimpin itu yang didakwa menyalahgunakan sumber negara. Bagaimanapun, Bank Pusat Tunisia menafikan laporan berkenaan. "Simpanan emas dalam bank pusat ini tidak disentuh dalam beberapa hari lalu. Begitu juga wang tunai. Negara ini mempunyai peraturan ketat," kata seorang pegawai yang enggan namanya disiarkan. Di TUNIS, Perdana Menteri Tunisia berjanji akan mengumumkan kerajaan campuran baru untuk mengekalkan momentum kemajuan politik bagi mematahkan protes dan melemahkan pasukan bersenjata yang berpihak kepada bekas presiden. Pasukan khas Tunisia bertempur dengan pasukan pengawal bersenjata bekas presiden di istana presiden kelmarin, selepas dua hari presiden yang memerintah negara itu selama 23 tahun Zine al-Abidine Ben Ali digulingkan. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Mohamed Ghannouchi berjanji tindakan pantas akan diambil bagi mengisi kekosongan itu. "Esok (semalam) kami akan mengumumkan kerajaan baru yang bakal membuka sejarah baru dalam sejarah Tunisia," katanya dalam kenyataan kelmarin. Tiga pemimpin pembangkang dijangka akan dilantik dalam kerajaan campuran itu, kata dua sumber yang rapat dengan penubuhan kerajaan baru itu. Tetapi, Menteri Luar dan Menteri Dalam Negeri dalam pentadbiran lama dikekalkan. Sementara pasukan yang setia kepada kepimpinan Ben Ali bertempur dengan tentera di istana presiden, dua lelaki bersenjata di bumbung berdekatan bank pusat terbunuh apabila ditembak dari helikopter. Kereta perisai turut diletakkan di kawasan ibu negara, Tunis dan tentera mengawal bangunan awam. – AFP/Reuters ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
| [Bergambar] Remaja Dibunuh Untuk Simpan Rahsia Posted: 17 Jan 2011 04:30 PM PST Kota Samarahan: Bimbang rahsia kegiatan jenayah mereka terbongkar, sekumpulan lelaki dipercayai ahli sindiket curi motosikal dan pecah rumah membelasah remaja berusia 15 tahun hingga mati sebelum menanam mayatnya dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di Kampung Pendam, Sadong Jaya.Jenayah itu dikatakan dilakukan ahli sindiket terbabit bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa, sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan bahaya. Mangsa dikenali sebagai Taufik Abdul Rahim, dari Kampung Iboi, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan duduk dalam lubang cetek di belakang rumah suspek kira-kira jam 8 pagi semalam. Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun ketika menunggang motosikal milik remaja berkenaan di sekitar kawasan kampung berkenaan beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemui. Suspek yang juga penganggur membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditanam, di belakang rumahnya selepas disoal siasat polis. Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ketika ke kedai membeli barang keperluan dapur dengan menunggang motosikal Modenas Kris milik abangnya. Katanya, bapa mangsa membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari kelmarin dan polis yang menjalankan siasatan tidak menunggu lama untuk menyelesaikan kes itu apabila menahan seorang lelaki menunggang motosikal mangsa di sekitar Kampung Pendam. Beliau berkata, suspek yang tinggal berseorangan dipercayai mengenali mangsa dan berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan dibunuh kerana mengetahui kegiatan suspek bersama beberapa lelaki lain yang terbabit dalam aktiviti mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan berkenaan. "Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah menggunakan kayu sebelum mayatnya ditanam dalam keadaan duduk di dalam lubang sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek," katanya. Katanya, siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di lokasi mayat ditemui mendapati mangsa berpakaian lengkap itu mempunyai kesan luka di kepala. Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk membantu siasatan. Katanya, polis menjejaki lima lagi suspek berusia 30-an yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu. -hm Arwah renung selimut KOTA SAMARAHAN: Bapa kepada remaja mangsa pembunuhan yang mayatnya ditanam dalam lubang di belakang rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, semalam tidak menyangka tingkah laku pelik arwah merenung selimut sebaik terjaga daripada tidur beberapa hari lalu sebenarnya membawa petanda buruk. Abdul Rahim Hassan, 42, berkata, malam sebelum menghilangkan diri, anak ketiga daripada lima beradik itu tiba-tiba terbangun daripada tidur dan merenung selimutnya seolah-olah merinduinya. "Ketika itu, saya tidur di sebelahnya dan ternampak perbuatannya agak pelik itu, namun tidak menyangka itu petanda dia meninggalkan kami semua," katanya. Abdul Rahim berkata, dia percaya anaknya, Taufik, 15, dibunuh suspek bersama beberapa lelaki lain kerana khuatir rahsia kegiatan jahat mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa. "Anak saya seorang pendiam dan senang untuk lain orang mengambil kesempatan ke atas dirinya, namun kami percayai dia tidak terbabit dalam sebarang kegiatan haram," katanya. Berita sebelum
Gambar ehsan TheStar dan sarawakupdate: Usaha mencari mayat mangsa Mayat Taufik dikeluarkan dari lubang lubang dimana mayat dihumbankan Mayat diusung ke van Suspek yang berbaju hijau Ibu yang kesedihan Bapa turut meratapi pemergian Taufiq |
| TV3 Dikecam Hebat Bincang Isu Payudara Secara Terbuka Posted: 17 Jan 2011 04:15 PM PST Isu payu dara undang kritikanRANCANGAN bual bicara WHI di TV3 membincangkan tajuk Salahkah besarkan payu dara? yang mengundang rasa kurang selesa penonton. KUALA LUMPUR – Segmen bertajuk Salahkah besarkan payu dara? yang disiarkan dalam program Wanita Hari Ini (WHI) terbitan TV3 pada pukul 12 tengah hari semalam mengundang reaksi kurang senang pelbagai pihak di negara ini. Kosmo! semalam menerima banyak panggilan daripada penonton yang rata-rata melahirkan rasa kurang selesa dengan tajuk dan cara segmen bual bicara itu diadakan. Tinjauan di laman peminat rasmi program WHI di Facebook juga mendapati ramai yang tidak bersetuju topik itu dibincangkan secara terbuka. Paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara model-model yang lengkap berpakaian dalam laporan segmen tersebut juga dianggap tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak. Aksi nakal jurukamera TV3 yang didakwa sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu juga dikecam. -kosmo Ulasan GB Tutup aje lah siaran TV3 tuh yang semua orang tahu ia hanya menjadi alat propanda. Kini satu demi satu kontroversi timbul. Baru beberapa hari lepas Lembaga Penapisan Filem mengarahkan Drama Bersiri "Sakti Delima" yang menayangkan unsur tahyul dan khurafat dihentikan. Dan kini TV3 menundang kontroversi membincang isu payudara secara terbuka. Dah gedik dan dah gila sangat plak sang jurugambar sehinggakan sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan... hmmm Kita meminta agar jurugambar berkenaan dikenakan tindakan disiplin. Ia amat keterlaluan. |
| Posted: 17 Jan 2011 08:00 AM PST Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini." Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar. Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat." Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!" Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya." "Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai roh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!" "Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang di azab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?" "Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?" Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca Basmalah dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t.. -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12). -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. -Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk. -Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). -Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17). -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang. -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160). -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf . -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60). -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai roh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18). Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98) Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19). Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69). Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua). Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28). Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi. Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!" Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa. |
| Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah Posted: 17 Jan 2011 07:20 AM PST Najib perlu tegur belanja boros rosmahKuala Lumpur: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak diseru supaya menegur tabiat isteri kesayangannya, Datin Seri Rosmah Mansor yang boros dan gemar berbelanja besar. Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin berkata, kerajaan pimpinan Najib kerap memberi alasan untuk memotong subsidi rakyat disebabkan kos pengurusan ekonomi negara meningkat setiap tahun. Dalam pada masa sama, katanya, Najib merayu rakyat agar mengubah cara hidup dan tidak boros berbelanja. "Peliknya, Presiden Umno itu kekal membisu apabila pemborosan melibatkan isterinya Rosmah Mansur. Sebab itu, saya melihat Rosmah ini sudah menjadi beban utama kepada seluruh rakyat Malaysia. Najib perlu berani menegur isterinya," katanya kepada Keadilandaily.com. Badrul berkata demikian mengulas pendedahan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang mendakwa Rosmah membelanjakan RM100,000 semalam untuk menginap di hotel Atlantis di Dubai. Menurutnya lagi, bukti betapa rakyat Malaysia muak dengan perangai Rosmah tidak dapat dibendung apabila mereka menanyakan soalan bertalu-talu mengenai cara Rosmah ketika Perdana membuka segmen #TanyaNajib di laman Twitternya pada 11 Januari lalu. "Hampir 90 peratus dari soalan yang ditanyakan rakyat dalam Twitter berkaitan perangai Rosmah. Sudah tiba Najib memberanikan diri menegur perangai isteri kesayangannya itu," ujarnya. Turut dikemukakan oleh rakyat kepada Najib di lama sosial itu berkaitan peningkatan kos sara hidup di negara ini serta kematian tragis wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitan dengan Presiden Umno itu.Secara sinis, Badrul berkata cara hidup Rosmah yang boros berbelanja hanya boleh diubati sekiranya suaminya itu tidak lagi menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum akan datang. "Sebab itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menilai secara adil kepimpinan Najib ini. Sejak beliau menjadi menteri sehinggalah bergelar PM, dasar Najib lebih kepada perbelanjaan bermewah-mewah tanpa mengambil kira kesengsaraan rakyat. Rakyat menderita tidak mengapa, yang penting Rosmah berbelanja mewah," katanya sinis. Ulasan GB Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya. Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah. Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat. Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam. |
| Kejadian Bakar Membakar Kereta, Dua Melecur, Seorang Drpnya Koma Posted: 17 Jan 2011 05:23 AM PST Dua remaja melecur seluruh di badan dan seorang daripadanya koma apabila dua buah kenderaan terbakarGambar: KEADAAN kereta dan motosikal yang terbakar dipercayai berpunca daripada pergaduhan di kawasan perumahan Jalan Raja Syed Alwi di Kangar, pagi tadi. Dua remaja berusia 17 dan 19 tahun dilaporkan cedera parah susulan kejadian terbabit. - Foto Eizairi Shamsudin KANGAR - Dua remaja melecur seluruh di badan dan seorang daripadanya koma apabila dua buah kenderaan terbakar di Jalan Raja Syed Alwi, dekat sini awal pagi semalam. Polis sedang menyiasat insiden bakar-membakar tersebut yang dipercayai berlaku pada jam 6 pagi. Ketua Siasatan Jenayah Perlis, Supritenden Mohd. Nashir Ya berkata, seorang remaja berusia 17 tahun ditemui melecur 71 peratus pada badan yang kini koma dengan motosikal jenis Medonas hangus terbakar manakala seorang lagi remaja, 19, melecur 31 peratus. Menurutnya, dua remaja berbangsa Cina itu turut dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Toyota LE milik seorang penduduk di taman perumahan tersebut. "Remaja yang koma, melecur seluruh badan manakala seorang lagi dikaki dan belakang badan. Kedua-dua mereka kini di rawat di Hospital Sultanah Baiyah (HSB), Alor Setar, Kedah "Polis menerima laporan pada jam 6 pagi dari seorang penduduk yang mengadu kenderaan menantunya yang diletakkan di luar rumah di khianat atau dibakar pihak tertentu kira-kira 5 pagi," katanya pada pemberita. Menurut Mohd. Nashir, dalam 27 minit kemudian, polis menerima satu laporan dari seorang bapa bahawa anaknya berusia 17 tahun melecur pada badan dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), dekat sini. Menurutnya, polis yang datang ke tempat kejadian menemui pelbagai bahan bukti di lokasi kenderaan terbakar itu dilaluan dipercayai digunakan untuk melarikan diri oleh dua remaja tersebut pada jarak satu kilometer (km). "Motosikal remaja yang koma ditemui kira-kira 500 meter hangus manakala motosikal seorang lagi remaja ditemui pada jarak 1km dengan kesan darah dan cebisan kulit selain sebuah telefon bimbit, selipar dan topi keledar turut dijumpai," katanya. Tambahnya, remaja 17 tahun itu dikenal pasti merupakan mekanik manakala sorang lagi berusia 19 tahun penjual daging di pasar. Kedua-dua mereka belum dipastikan saling mengenali dengan pemilik kereta itu. "Kami masih menjalankan siasatan dan menunggu kedua-dua remaja tersebut yang kini di serius dirawat akibat melecur di HSB untuk mengambil keterangan," ujarnya kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana kianat. BERNAMA |
| Anda Boleh Dakwa Polis Atau SPRM Jika Anda Yakin Anda Tidak Bersalah Posted: 17 Jan 2011 04:30 AM PST Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 28 Februari depan untuk mendengar kes saman seorang peguam Rosli Dahlan terhadap 17 defendan termasuk pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kerajaan ekoran penahanannya dan seterusnya didakwa kerana gagal menyatakan maklumat mengenai asetnya. Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Noor menetapkan tarikh itu di dalam kamar di sini. Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad mewakili defendan yang terdiri daripada pegawai SPRM, Timbalan Pendakwa Raya dan kerajaan memberitahu pemberita, bahawa pada tarikh itu hakim akan mendengar permohonan defendan ke-16 iaitu Pengurus di Unit Perisikan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rahman Abu Bakar untuk membatalkan saman itu kerana mendakwa ia menyalahi proses mahkamah. Pada 16 September 2009, Rosli memfailkan saman berjumlah RM50 juta itu dengan menamakan pemilik dan penerbit Utusan Malaysia Bhd, sebagai defendan pertama, diikuti pengarang akhbar itu Datuk Mohd Zaini Hassan dan Abdul Rahim Lajis. Pegawai SPRM yang turut dinamakan sebagai defendan ialah Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Abu Kassim Mohamed (kini Ketua Pesuruhjaya) dan Timbalan Pengarah Penyiasatan dan Pendakwaan Kevin Morais. Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli mendakwa penahanannya adalah salah di sisi undang-undang dan notis diserahkan kepadanya pada 17 Julai 2007 oleh SPRM sungguhpun agensi itu sedar bahawa siasatan terhadap anak guamnya iaitu bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Ramli Yusuff, pada masa itu sedang berjalan. Beliau mendakwa pemeriksaan untuk mendapatkan maklumat kedudukan kewangannya yang dijalankan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram oleh pegawai dari Bank Negara juga tidak wajar. Peguam itu mendakwa bahawa SPRM (dahulunya Badan Pencegah Rasuah - BPR) memutuskan untuk mendakwa beliau meskipun beliau menawarkan secara bersumpah untuk memberikan butiran yang diperlukan mengikut notis itu. Rosli juga mendakwa artikel berbaur fitnah yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Oktober 2007, iaitu menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri, memuatkan berita seorang peguam kanan akan didakwa di mahkamah. Bagaimanapun, empat defendan pertama daripada akhbar berkenaan telahpun memohon maaf dan permohonan maaf mereka tersebut disiarkan oleh akhbar itu pada 14 April 2008. Rosli memohon untuk mendapatkan ganti rugi am RM20 juta dan ganti rugi teladan serta ganti rugi teruk RM30 juta. Pada 20 Disember lalu, Rosli dibebas tanpa dipanggil membela diri selepas Mahkamah Sesyen di sini memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kegagalannya mematuhi satu notis untuk mendedahkan segala maklumat mengenai asetnya. - BERNAMA Ulasan GB Yang penting di dalam kes di atas ialah : Sebagai seorang rakyat, ANDA boleh mengheret polis atau SPRM jika anda tahu dan yakin anda tidak bersalah atau jika Polis / SPRM bertindak di luar batas undang-undang. |
| Ahli Politik Juga Perlu Hadir Kursus Kreativiti ... Posted: 17 Jan 2011 03:00 AM PST Pernahkah anda terfikir untuk menggunakan masa anda melakukan sesuatu yang kreatif supaya hidup menjadi lebih baik daripada masa dibiarkan berlalu tanpa berbuat apa-apa?Berikut ialah foto-foto kreativiti yang dihasilkan yang menggunakan perkakas-perkakas biasa yang ditemui, dibantu dengan ikatan dawai-dawai. Mungkin selepas ini anda juga mampu menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sesuatu yang tak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan ketekunan dan daya kreativiti akal yang dikurniakan Allah. Politik juga begitu kan? Tak guna akal takkan menang, akal mesti diasah, akal mesti dilatih kerana "perang" itu satu tipudaya. Kalau tidak jadilah ia seorang ahli politik yang beku, yang statik. Nanti dimarah orang pula. Saksikan: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Menarik bukan? Akal perlu diasah ia dapat menghasilkan kreativiti. Bermula dengan BELAJAR dari kosong. Jika kita tidak kreatif, maka musuh akan mengalahkan kita. Sebelum ini GB pernah menyatakan "kegigihan dan ketekunan untuk terus belajar" adalah penting tak kira apa pun profession kita. Jangan ulangi kesilapan lagi seperti yang GB pernah dedahkan di SINI. |
| Maahad Qiraat Musnah Dijilat Api Posted: 17 Jan 2011 02:28 AM PST Alor Setar: "Kebakaran ini terlalu pantas dan tidak sampai 10 minit api marak sehingga memusnahkan keseluruhan bilik," kata Ahmad Firdaus Lokman, 25, pelajar Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, awal pagi semalam.Gambar: PELAJAR sekolah agama Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, Alor Setar, semalam, menyusun sebahagian kitab yang masih boleh digunakan dan gambar kanan pula pelajar membantu mengangkat zink yang rosak selepas maahad itu terbakar. - Foto Shahrizal Md Noor Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, kebanyakan pelajar bercuti, manakala sebahagian kecil tinggal di beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu. Ahmad Firdaus berkata, ketika kejadian, dia berehat dalam sebuah bilik di tingkat atas bangunan terbabit apabila ternampak api marak membakar bahagian atas pusat pengajian itu. Katanya, dia memanggil rakannya, Abdul Rufie Ismail, 19, yang berada di bilik bersebelahan supaya menyelamatkan diri dan memberitahu pengetua mereka, Mohd Rodhi Abdul Rahman, 41, mengenai kejadian itu. Kebakaran itu menyebabkan lima pelajar yang tinggal di situ tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka termasuk pelbagai kitab pengajian. "Kami cuba memadamkan api, tetapi ia marak terlalu cepat dan menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan. "Kebakaran ini merosakkan banyak barang milik saya termasuk komputer bimbit, telefon, buku, kitab, pakaian, dompet dan wang tunai dianggarkan bernilai lebih RM5,000. "Saya sedih dengan kejadian ini kerana pada Ogos nanti saya akan menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar, Mesir, namun dengan kejadian ini, ia menyukarkan saya ke sana," katanya. Sementara itu, Mohd Rodhi berkata, maahad itu yang dibina sejak 1998 mempunyai 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun. Mohd Rodhi berkata, kebakaran itu menyebabkan mereka kerugian kira-kira RM150,000. "Ketika kejadian saya mengadakan mesyuarat bersama lima guru di tingkat bawah sekolah dan terdengar riuh-rendah orang ramai di luar bangunan," katanya. Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan dari Balai Bomba Jalan Raja, Mohamad Shukri Nayan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.57 pagi dan mengerahkan tiga jentera bersama 14 anggota untuk memadamkan api. -hm Ulasan GB Semuga Allah kurniakan ketabahan kepada pihak sekolah dan para pelajarnya menghadapi mubah/ujian Allah. |
| You are subscribed to email updates from Kelab Greenboc To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

















































Tiada ulasan:
Catat Ulasan