MANDOR.BLOGSPOT.COM |
| ISA SAMAD YANG PENDEK AKAL MAHU TIPU KAUM CINA DI TENANG Posted: 17 Jan 2011 08:07 PM PST Oleh: Mandor MEMBACA aku petikan di sini. Ini kisah si pendek dari NS. Dia bernama Isa Samad yang menang saja Pilihanraya Kecil kat Bagan Pinang, dia terus kahwin. Orang Bagan Pinang dok tunggu mana dia janji-janji pilihanraya dia dulu. Rupanya si pendek ni tunaikan `hajat' dia dulu. Padan muka semua. Mana Wifi percuma untuk kem askar di Bagan Pinang? Mana padang futsal? Mana Kolam renang? Sekarang ini Port Dickson nampak seperti Bandar Tentera Darat kah? Kalau setakat letak sebiji kereta kebal buruk kat simpang masuk Port Dickson tu, baik tak payah nak istihar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Bandar apanya kalau pukul 7 malam je, pekan PD tu dan macam kawasan perkuburan, sunyi sepi. Kali ini, si pendek ini dah mula berkempen di Tenang. Beliau hadir dalam majlis kununnya makan malam 1 Malaysia yang dihadiri oleh sebilangan besar kaum Cina. Di depan kaum Cina ini, si pendek mengutuk DS Anwar Ibrahim. Ini memang perangai pemimpin Umno, kutuk di belakang, bila cabar debat semua hilang `telor'. Si pendek ini lagi la bapak penakutnya. Dia ingat kaum Cina tidak tahu kisah dia bapak perasuah masa pemilihan Umno dahulu? Dia ingat kaum Cina bodoh macam dia? Dia dakwa kisah 16 sept yang dijanjikan oleh DS Anwar itu tipu. Dia tidak cerita kisah DS Anwar telah mohon mengadap Agung dan mohon agar Pak Lah panggil Sidang Tergempar di Parlimen, tetapi Pak Lah tidak berani untuk berbuat demikian. Dia tidak cerita pasal berbelas MP cabut lari ke Taiwan masa itu. Jadi atau tidak plan 16 Sept, itu tak penting. Apa yang penting Umno ketika itu berjaya digelabahkan. Semua berkaitan plan 16 Sept telah didedahkan oleh MP YB Ghafur Salleh yang mengakui plan itu hampir mencapai matlamatnya. Apa kata si pendek lagi? Beliau menyebut, ""(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan," kata Isa (Malaysiakini). Apabila bukan Islam boleh memahami Islam di dalam beberapa perkara, jangan Isa Samad mahu samakan dengan beliau yang banyak tak tahu tentang Islam itu. Ini menunjukkan si pendek akal dia lebih pendek dari DAP. Mengapa dia susah hati jika bukan Islam boleh memahami Islam lebih cepat dari dia? Begitulah busuknya hati si pendek ini. Inilah rupa pemimpin Umno. Mereka berani berkokok di belakang pemimpin pembangkang. Bila sebut mahu berdebat, semua mereka lari lintang pukang selamatkan diri, kemudian suruh pencacai-pencacai cicak mengkarung ke depan. Bacul memang bacul!! /mandor.blogspot.com |
| ISU BEKERJA DI PREMIS ARAK - UMNO MAHU KUTIP UNTUNG BUKAN IKHLAS DENGAN ISLAM Posted: 17 Jan 2011 06:52 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS MENGULAS tindakan YB Ronnie Liu yang juga Exco Perumahan dan Kerajaan tempatan yang mengarahkan MPSJ menarik balik larangan terhadap orang Islam bekerja di premis menjual arak, kita patut bersyukur kerana PAS Selangor bertindak ke hadapan di dalam menangani isu ini. Tindakan segera PAS Selangor samasekali menutup mulut pemimpin Umno Selangor untuk mempolitikkan isu ini kerana Umno sudah kita kenali tidak pernah ikhlas di dalam memperjuangkan Islam. Semua tahu dan maklum, siapakah pemberi lesen arak terbesar di Kilang arak di Shah Alam. Kita juga tahu siapakah yang bertanggungjawab meluluskan lesen judi terbesar di Genting, bahkan pernah bercita-cita untuk meluluskan lesen judi Bolasepak Piala Dunia yang lalu. Kita tidak lupa siapakah yang terlibat di dalam penganjuran Festival Busana Islam yang mendedahkan tubuh badan itu di mana isteri Presiden Umno memainkan peranan penting penganjurannya. Tangan siapakah yang menulis surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan suatu ketika dahulu yang memberi amaran agar Kerajaan Negeri di bawah PAS itu tidak melaksanakan Hukum Hudud? Apa pemimpin Umno mahu jawab dengan isu ini? Di mana keikhlasan mereka? Mengapa Umno masih redha dengan akta zalim ISA sekiranya mereka ikhlas dengan perjuangan Islam? Kesemua persoalan di atas tidak akan dapat dijawab oleh mana-mana pemimpin Umno termasuk Senator Jamil Khir bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera itu. Jamil Khir hanya terdaya menegur YB Ronnie Liu di dalam isu teknikal seperti menarik balik larangan orang-orang Islam bekerja di premis arak yang hangat diperkatakan sekarang. Kerana apa? Kerana ada kepentingan politik Umno di situ. Mengapa saya sebut bahawa isu larangan yang ditarik baik itu merupakan soal teknikal? Seperti yang dijelaskan oleh YB Ronnie Liu, beliau minta larangan itu ditarik balik kerana pihak MPSJ tidak memaklumkan kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Memang keputusan MPSJ itu baik untuk kepentingan umat Islam, tetapi tentu lebih baik jika ianya dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu kerana MPSJ adalah di bawah Kerajaan Negeri. Seandainya ia dibawa ke pengetahuan Kerajaan Negeri dan Exco ini membantahnya, maka kita tidak teragak-agak akan menentang habis-habisan YB Ronnie Liu. Apa pun alasan YB Ronnie Liu, Islam samasekali tidak membenarkan umatnya bersubahat dengan pekerjaan yang diharamkan itu. Jika bersubahat pun diharamkan oleh Islam, apatah lagi mereka yang membenarkan arak ini dikilangkan secara besar-besaran. Mengapa Jamil Khir tidak terfikir yang ini? Mengapa Noh Omar tidak menyalak hal ini? Ini adalah kerana mereka berdua tahu tangan siapa yang punya angkara. Saya tabik dengan kebijaksanaan MB Selangor di dalam hal ini. Tan Sri Khalid menyatakan beliau akan berbincang dengan YB Ronnie Liu, Pesuruhjaya PAS Selangor DR Hassan Ali dan semua Pegawai Majlis Perbandaran/Tempatan untuk mengatasi permasalahan ini. Harus diingat, mereka telah bekerja di premis arak sudah lama sebelum PR memerintah lagi. Ini satu perkembangan baik oleh Kerajaan PR dan tidak mudah untuk merealisasikannya tanpa ada perancangan. Justeru itu, bagi menyelamatkan umat Islam yang mencari makan di tempat haram seperti itu, tentunya perancangan perlu dibuat dan inilah yang sedang dilakukan oleh MB Selangor. Di zaman mereka memerintah, isu ini tidak timbul kerana mereka tidak langsung prihatin kepada kebajikan umat Islam di negeri tersebut. Inilah hikmahnya bila PAS berada di dalam PR. Tidak timbul isu DAP anti Islam kerana pemimpin DAP itu tidak memahami banyak perkara tentang hukum Islam. Apabila PAS tampil ke depan di dalam isu ini, maka ianya akan dapat membantu Kerajaan Negeri di samping memberi pengetahuan kepada pemimpin-pemimpin DAP terhadap Islam. Inilah bezanya Umno dengan PAS, PKR dan DAP. Hendak harapkan Umno? Untuk selesaikan masalah azan pun mereka terkemut-kemut./wfauzdin.blogspot.com |
| You are subscribed to email updates from MANDOR.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan