Anak Cucu Nabi Adam |
- Sayur Naik Harga Mamak Pun Naik Naikkan Harga
- PAS Pulau Pinang mahu pastikan menang
- Pengundi campuran sangat baik
- Jangan gentar hadapi Umno BN
- PAS lawan secara gentleman
- Penanti Akan Dapat Universiti
- Utusan macam nasi goreng basi
- Alim Ulamak jangan lupa 'kerakusan' atasan
- Tindakan tegas pada pengarang Utusan
- Kerajaan Selangor tetap berfungsi sepenuhnya
| Sayur Naik Harga Mamak Pun Naik Naikkan Harga Posted: 02 Jan 2011 09:21 AM PST BERITA 1 Harga sayur impot naik ALOR SETAR – Baru kecoh kenaikkan harga mendadak santan mentah diseluruh Negara, harga perbagai jenis sayuran di Kedah pula mengalami kenaikkan mendadak sehingga 125% dari harga asal sejak seminggu lalu. Bagi Sawi harga naik daripada RM2 kepada RM4 sekilogram, manakala Terung meningkat antara RM2 hingga RM2.50 kepada RM3.50 hingga RM4. Cabai Kering meningkat dari RM7 kepada RM9 sekilogram, Asam Jawa meningkat sebanyak RM10 bagi kuantiti pek besar, Daun Sup naik daripada RM7 sekilogram kepada RM12 sekilogram dan Bunga Kobis mengalami kenaikkan 50 sen sekilogram. (Logikkah saranan pemimpin2 Umno/BN supaya rakyat menanam sendiri sayuran dlm keadaan seperti ini?..ikuti luahan peniaga Melayu di SINI....)Kenaikkan harga tertinggi dicatatkan asam keeping daripada RM15 sekilogram kepada RM35 sekilogram manakala harga Ubi Kentang, Tomato dan Sawi pendek meningkat sekitar RM1.50 hingga RM3 sekilogram. Ooi Ah Chai, 57, berkata peningkatan kos bahan api dan gula yang diumumkan baru-baru ini turut dianggap factor utama kenaikkan harga sayur sekaligus menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung kos logistic yang semakin tinggi selain dari mengalami kekurangan bekalan dan kenaikkan nilai matawang Bhat.. **Baca seterusnya dalam akhbar Sinar Harian… BERITA 2 Makanan mamak naik harga KUALA LUMPUR - Di sebalik peningkatan kos sara hidup yang terus membebankan rakyat, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) mahu menaikkan harga semua makanan dan minuman yang dijual disemua restoran ahli persatuan itu mulai awal tahun depan (tahun 2011). (SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun ini..)Tindakan yang dilihat agak tergesa-gesa itu tanpa perlu melakukan rundingan dengan kerajaan jelas membuktikan bahawa persatuan tersebut mempunyai kuasa penuh untuk menaikkan harga setiap jenis makanan dan minuman di antara lima hingga 10 peratus. Seperti biasa alasan yang diberikan oleh Presma untuk menjustifikasikan kenaikan harga itu ialah ahli-ahlinya yang kini seramai 2,700 orang sudah tidak lagi sanggup menanggung kos operasi berikutan kenaikan kos bahan mentah. - Kosmo! Aku rasa segelintir mamak ni hanya ambil kesempatan di atas kenaikan harga minyak, harga gula,harga susu, harga sayur untuk memeras duit rakyat Malaysia. Kalau rasa boleh tak makan di kedai mamak kita boikot dulu biar mamak ni tahu yang orang Melayu ni tahu juga rasa diperbodohkan. |
| PAS Pulau Pinang mahu pastikan menang Posted: 02 Jan 2011 09:20 AM PST Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man berkata, jentera PAS negeri pastinya akan bekerja secara bersungguh-sungguh di Dun Tenang seperti mana jentera negeri lain yang datang memenangkan calon PAS ketika Pilihan raya Kecil (PRK) Permatang Pasir."Insya Allah saya akan pastikan semua jentera PAS Pulau Pinang bergerak ke Tenang, Johor. Saya sendiri akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPN) PAS Negeri bagi melihat strategi dan lokasi yang PAS Johor cadangkan untuk Pulau Pinang bertapak," jelasnya. Beliau yakin kedatangan jentera PAS Pulau Pinang akan memeriahkan keadaan sekaligus membantu jentera PAS di Tenang yang barangkali kekurangan pengalaman berbanding jentera yang dihantar oleh negeri. Budaya politik di Johor, katanya sama sahaja dengan Pulau Pinang di mana orang Melayu masih sayangkan Umno walaupun tahu ia adalah parti yang tidak boleh diharapkan. Apa pun, katanya sebagai parti yang diamanahkan bertanding mewakili Pakatan Rakyat, PAS perlu mencari di mana kelemahan Umno sebelum merencanakan gerakan bersepadu untuk menghalang kemaraan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRK itu menjelang pilihan raya umum ke-13 kelak. "Memandangkan senario politik di Johor sama dengan Pulau Pinang menyenangkan jentera kita mencetuskan perancangan yang lebih berkesan," tegas beliau. Beliau yakin dalam masa terdekat surat perkeliling mula dikeluarkan oleh JPN bagi menyenangkan penghantaran petugas mengikut kawasan seperti mana lazim dibuat sebelum ini. ~harakah~ |
| Posted: 02 Jan 2011 09:17 AM PST PAS tidak akan mengikut cara Umno BN yang membangkitkan semangat perkauman kerana ia bercanggah dengan fitrah Islam, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Beliau sebaliknya berkata, PAS dan Pakatan Rakyat sedang berusaha menarik semua kaum untuk bersama-sama dalam perjuangan menegakkan kebenaran. Hal ini, tegasnya selaras dengan tujuan Allah menciptakan pelbagai kaum untuk memberikan sumbangan mengikut kelebihan masing-masing. "Saya menarik perubahan berlaku di kawasan pengundi campuran. Melayu, Cina dan India, kita berjaya menghantar wakil ke Dewan Undangan Negeri. "Di Tenang ini juga pengundinya campuran. Ini satu campuran yang sangat baik. "Kita tidak mahu menggunakan cara Umno membangkitkan semangat perkauman yang tidak ada sifat Islam," katanya ketika berucap di majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya bagi PRK N.05 Tenang, dekat sini malam tadi. Menurut beliau, Allah tidak melarang manusia mencintai kaum masing-masing namun tidak boleh berlebihan sehingga menzalimi kaum lain. "Tak salah kita sayang pada bangsa, pada kaum kerana Allah menjadikan manusia pelbagai kaum dan bangsa. "Allah menjadikan pelbagai bangsa dengan keistimewaan masing-masing. Cina, Melayu dan India ada keistimewaan mereka yang boleh memberikan kemajuan kepada negara. "Ini yang perlu diatur dengan baik. Jangan lakukan serangan kaum dan menzalimkan kaum lain," katanya di hadapan lebih 1,000 rakyat yang hadir. Tegasnya, PAS bersama Pakatan Rakyat akan menggantikan Umno untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang diperkenalkan Umno lebih 50 tahun dahulu. "Akibat Umno memperkenalkan semangat lain selain Islam, Melayu dan Islam hilang entah ke mana. "PAS akan ganti Umno untuk melakukan perubahan. Kita buktikan di Terengganu dahulu disebabkan kita ada hasil minyak,kita berjaya menghapuskan cukai pintu," katanya. Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat khusunya pengundi di Johor agar membuka minda untuk melakukan perubahan dengan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. "Sebab itu kita minta pengundi memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk kita buktikan bahawa kita mampu membuat perubahan secara perlahan-lahan. "Kita tidak mahu memaksa pengundi,tapi mahu mereka berfikir dan menilai mana yang baik dan mana yang buruk," katanya. Turut hadir dalam majlis berkenaan, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahuddin Ayub, bendahari, Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya Johor Dr Mahfodz Muhammad, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman sebagai pengerusi majlis. Kaunter tandatangan kempen "Katakan Tidak Kepada Isa Samad" turut dibuka malam semalam. ~harakah~ |
| Posted: 02 Jan 2011 09:16 AM PST Jentera Pemuda PAS diseru tidak gentar berhadapan dengan Umno BN di Dun Tenang meskipun dikatakan kawasan tersebut merupakan kubu kuat Umno.Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, seluruh pemuda seharusnya menanamkan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat khususnya PAS mampu menawan kerusi Tenang. "Orang kata di sini kubu kuat Umno tapi saya nak bagitahu sifir pilihan raya,sekarang ini tiada lagi istilah kubu kuat bagi Umno BN. "Di seluruh negara, kita pernah menawan kerusi-kerusi mereka dan di Dun Tenang ini pilihan raya kecil ke 14. Dari 13 pilihan raya kita telah menang dengan agregat 8-5. "Dalam orang tak percaya kita boleh menang, kita mampu melakukannya. "Ini bermaksud kita ada keupayaan untuk menang.Inilah yang harus kita yakin. Saya tak mahu pemuda-pemuda kita tak yakin dengan kekuatan yang kita miliki," katanya ketika berucap di majlis pelancaran jentera pemuda Pakatan Rakyat dekat sini, semalam. Justeru Nasrudin berkata, jentera pemuda harus bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PAS. "Saya harap jentera yang turun hari ini mampu menggunakan segala kekuatan untuk memenangi Dun Tenang ini," katanya disambut laungan takbir oleh kira-kira 500 pemuda yang hadir. Sementara itu, ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, pemuda Pakatan akan membuat agihan tugas secara tepat dan tersusun dalam gerak kerja PRK kali ini. "Rupa-rupanya di Tenang ini satu kebangkitan rakyat akan berlaku. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pekan Tenang jangan disangka tak akan mengamuk. "Kita berhadapan realiti, iaitu kawasan Felda yang dikatakan kubu kuat Umno. "Pemuda PAS, Dapsy dan AMK akan agih tugas dengan betul kali ini. Kalau kita tengok pengalaman di Sibu, semua orang kata kita susah nak menang. Tapi oleh kerana kita bekerja secara tersusun, kita mampu menawan Sibu," katanya. Bukan Islam yakin dengan PAS Penolong setiausaha Dapsy Kebangsaan, Tey Kok Siew pula berkata, orang Melayu Islam harus meninggalkan Umno BN yang ternyata tidak mampu membela nasib mereka. "Saya tahu Islam itu satu sahaja. Tapi kalau orang tanya saya, saya boleh terima Islam cara PAS atau Islam cara Umno,saya akan jawab saya terima Islam cara PAS. "Saya dan kawan-kawan saya orang Cina yang bukan Islam boleh terima PAS, saya nak tanya orang-orang Melayu Islam terutamanya di Tenang, kamu tunggu apa lagi? Nak tunggu Umno berubah? Bila Umno akan berubah? Tunggu kucing bertanduk dulu. "MCA boleh berubah tak? Boleh...tunggu pisang berbuah dua kali. Jadi kita tidak boleh percaya lagi pembohong-pembohong besar ini. "Kita nak tanya orang Umno,kalau betul Umno jaga Melayu,kenapa sampai sekarang semakin ramai orang Melayu yang miskin?"soalnya yang juga Adun Bandar Hilir Melaka. Dalam pada itu, Ketua Penerangan DHPP Johor, Subramaniam memberi jaminan bahawa mereka akan membantu PAS sedaya mungkin untuk menawan Tenang. "Saya berjanji Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan rombongannya akan bertungkus lumus menggegarkan Tenang terutamanya kaum India. Tambahnya, orang India sudah yakin bahawa hanya Islam yang dibawa PAS mampu memberikan kesejahteraan kepada negara. "Saya seorang Hindu, dilahirkan sebagai seorang Hindu, hari ini pun saya masih Hindu, esok belum tahu...di hati saya, di dalam tanah yang bertuah ini, hanya Islam akan menjamin kesejahteraan semua. "Sekarang masyarakat India tidak bimbang dengan parti PAS. Dulu mereka khuatir kerana mungkin mereka nampak PAS itu parti hanya untuk Islam dan mereka tidak faham kerana tidak terlibat dalam PAS. "Tapi hari ini mereka faham hanya Islam sahaja boleh membanteras gejala sosial termasuk rasuah dan akan membawa Malaysia menyelamatkan maruah Malaysia," katanya. Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub,setiausaha DPPP, Ahmad Sabki Yusuf, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi DHPP Johor,Nadarajan. ~harakah~ |
| Posted: 02 Jan 2011 09:14 AM PST Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS bagi Dun Tenang, Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi Umno BN secara 'gentleman', berdisiplin dan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenar.Bercakap sewaktu melancarkan jentera pemuda Pakatan di sini petang semalam, beliau juga menasihatkan jentera Umno agar tidak membuat sebarang provokasi sehingga mencabar kesabaran jentera Pakatan. "Ingat lagi apa mereka buat pada jentera pemuda kita di Bagan Pinang? Mereka kepung bilik gerakan kita, pukul petugas kita. "Kali ini kita nak beritahu mereka, walaupun kita begini, jangan cabar kita. "Kita sedia menari ikut irama yang mereka dendangkan," katanya yang juga Naib Presiden PAS. Selain itu, beliau juga yakin Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan pada PRK kali ini. Katanya, biarpun Johor dilabel kubu kuat Umno, tapi kejayaan PAS dan PR menghantar wakil rakyat ke dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu membuktikan label itu sudah tidak terpakai. Dengan kekuatan dan hubungan erat antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat, beliau yakin, seorang lagi wakil rakyat PAS akan berjaya dihantar ke Dun itu. "Dulu Johor dikatakan kubu kuat Umno. Tapi itu dulu, once upon a time," katanya lagi. PRK Tenang ujarnya juga, merupakan panggilan perang dan semua jentera Pakatan harus bersedia menghadapinya. Ianya juga sebagai medan persediaan menghadapi PRU ke 13 yang dakwanya akan berlangsung Jun tahun ini. "Kita telah bersedia dengan gendang perang dan bersedia setiap saat. "(Datuk Seri) Najib kena buat pilihanraya umum tahun ini juga sebab dia perlukan mandat baru. "Mandat yang ada ini adalah mandat Pak Lah (Tun Abdullah Badawi)," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian. Desas-desus PRU ke-13 tahun ini katanya makin jelas apabila Najib didakwa akan memanggil semua ahli parlimen BN membincangkan hal itu. ~harakah~ |
| Posted: 02 Jan 2011 09:13 AM PST Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mewujudkan sebuah universiti di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dalam tahun ini.Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman berkata demikian selepas menyerahkan bantuan keperluan persekolahan kepada golongan yang tidak berkemampuan di Yayasan Aman, Penanti pagi tadi. Ketika ditemui beliau berkata, adalah menjadi aspirasi utama kerajaan negeri memberi peluang pendidikan yang terbaik bagi masyarakat negeri ini untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka. "Lokasi kawasan telah pun dikenal pasti. Segala perkara berkaitan dengan penubuhan insititusi tersebut sudah pun berada pada peringkat terakhir. Kita sekarang berada dalam proses pembangunan sahaja. "Selain dari universiti dalam kawasan Penanti yang juga berada dalam Parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri juga akan mewujudkan sebuah lagi institusi yang akan memberi fokus kepada pembangunan ummah yang dikenali sebagai Yayasan Islam Pulau Pinang," tegasnya lagi. Tambahnya, dengan kewujudan institusi tersebut, ia membuktikan kerajaan negeri tidak meminggirkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang. Difahamkan, yayasan yang akan beroperasi awal tahun ini, akan memberi penekanan kepada keperluan masyarakat Islam seperti pendidikan, ekonomi dan sosial. "Kita bukan saja mahu masjid berperanan sebagai tempat ibadah, tetapi juga merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat yang menitikberatkan ilmu agama semata-mata, tetapi juga membuka ruang sebagai tempat untuk meningkatkan ekonomi dan membentuk peribadi atau pembangunan insan, " katanya lagi. Beliau yang juga Adun Penanti, optimis apa yang termaktub dalam manifesto pilihan raya yang lalu bagi mewujudkan institusi ini ternyata berjaya direalisasikan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. ~harakah~ |
| Posted: 02 Jan 2011 09:11 AM PST Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan Utusan Malaysia umpama 'nasi goreng basi' kerana terus memainkan isu walaupun tahu isu yang dipaparkan tidak lagi relevan pada masyarakat.Katanya, akhbar tersebut terus menabur fitnah yang boleh dikatakan semua isu sudah dijawab dan ada antaranya telah memakan diri Umno sendiri. Tambahnya, isu wang judi sampai kini menjadi mainan bibir pemimpin Umno dan Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi parti itu sengaja memaparkan isu berkenaan walaupun tahu ia telah selesai. "Utusan Malaysia macam nasi goreng basi senantiasa ulang cerita yang sudah selesai. Mereka terus sebut isu yang berulang walaupun tahu telah menikam Umno sendiri dengan harapan menyerang Kerajaan Pakatan Rakyat secara bertalu-talu," ujarnya ketika berucap di majlis Jubli Perak PAS Kawasan Tasek Gelugor di Dewan Besar Sungai Dua malam tadi. Beliau sebagai peneraju Negeri Pulau Pinang berharap rakyat tidak termakan dakyah jahat Umno dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya memberi kepercayaan pada Pakatan Rakyat yang sedang memerintah agar terus melaksanakan berbagai program menjana perubahan pemikiran rakyat. Kerajaan berhati rakyat tambahnya, melakukan berbagai perencanaan untuk meningkatkan sosio ekonomi, kebajikan dan seterusnya memberikan kemudahan terkini seperti Wifi pada rakyat mulai tahun ini. Selain itu, ujarnya kerajaan berkonsepkan Cekap, Akautabiliti dan Telus (CAT) mahukan pembelaan rakyat dijadikan amalan apabila memberikan RM100 kepada ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rangkaian bantuan kepada warga emas dan miskin tegar. "Negeri berkebajikan menjadi amalan kerajaan bukan macam Umno dan BN asyik memenuhkan poket sendiri dan sanggup melihat rakyat menderita dan sengsara," tegasnya yang juga Setiausaha Agung DAP. ~harakah~ |
| Alim Ulamak jangan lupa 'kerakusan' atasan Posted: 02 Jan 2011 09:09 AM PST Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan golongan agama supaya tidak "menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad", dengan melupakan 'kerakusan' sesetengah golongan atasan, seperti dalam isu kenaikan harga barang. "Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai 'kerakusan' sesetengah golongan atasan. "Ceramah (disampai) dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam (suasana) keadilan sosial yang tidak seimbang. "Para penceramah jangan sekadar 'guna agama untuk cari makan', tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan," katanya. Dalam satu kenyataan hari ini, ulama muda yang terkenal dengan kelantangannya itu turut mengingatkan golongan peniaga supaya beretika dalam perniagaan. "Kerakusan peniagaan akan merosakkan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka," katanya sambil menyeru media massa turut aktif menentang kenaikan harga barang. Mengulas peranan rakyat pula, Dr Mohd Asri berkata, jika golongan itu tidak memprotes dari awal, tahun baru ini bakal menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. "Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini." Beliau juga menekannya beberapa perkara dalam kenyataannya itu, antaranya: •Jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang, bererti slogan 1Malaysia: "Rakyat didahulukan" bermaksud rakyat didahulukan menanggung beban hidup, sedangkan pembesar negara dan istana terus kemewahan. •Rakyat juga mesti menjadi pengundi yang bijak dan bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan 'mengumpulkan' kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja. •Rakyat mesti menjadi pembeli yang bijak memilih kedai atau pasaraya. ~MK~ |
| Tindakan tegas pada pengarang Utusan Posted: 02 Jan 2011 09:08 AM PST Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) memulakan tahun baru 2011 dengan lebih garang dengan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pengarang dan ketua pengarang Utusan Malaysia kerana didakwa cuba mencetuskan beberapa isu perkauman."Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia menunjukkan mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah," kata presidennya Hata Wahari. Dalam satu kenyataan, Hata juga mendakwa, Utusan yang pernah edarannya mencapai 350,000 sehari kini hanya menjadi alat propaganda kerajaan dan memainkan isu-isu perkauman serta cuba mencetuskan pertelingkahan kaum di negara ini. Sementara itu, Hata yang juga wartawan kanan di akhbar milik Umno itu berharap pada tahun ini kebebasan media yang sebenar dapat dinikmati bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang benar dan seimbang. "Kesatuan juga meminta pengarang-pengarang di media perdana terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star agar kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan bukan sebagai alat propaganda kepada kerajaan, mana-mana parti politik dan individu-individu tertentu kerana kepentingan peribadi," katanya. Kejatuhan edaran akhbar media perdana seperti yang di umumkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC), tambahnya, jelas membuktikan bahawa orang ramai terlalu muak dengan isi yang disajikan dalamnya yang didakwa bukan sahaja tidak membina minda tetapi penuh dengan propaganda buruk. Sehungan itu, Hata berkata, akhbar-akhbar itu boleh dikategorikan sebagai "akhbar murahan" dan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana "para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan". ~MK~ |
| Kerajaan Selangor tetap berfungsi sepenuhnya Posted: 02 Jan 2011 09:06 AM PST Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini masih bertegas bahawa isu pelantikan Datuk Khusrin Munawai sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri itu masih diperbincangkan."Isu lantikan setiausaha negeri masih dibincangkan oleh pimpinan. Bagaimanapun, kerajaan negeri tetap berfungsi sepenuhnya," katanya. Semalam, kerajaan Selangor dilaporkan kesal dengan sikap ketua setiausaha negara yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Khusrin Setakat ini, walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini. Menulis di laman Twitter miliknya pagi, dalam nada mengeluh dan sinis, Khalid turut membandingkan pelantikan itu dengan jawatan ketua setiausaha negara yang merupakan lantikan kerajaan pusat. "Bayangkan jika perdana menteri sendiri tidak terlibat atau dirujuk dalam lantikan ketua setiausaha negara," tulisnya ringkas, ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak. ~MK~ |
| You are subscribed to email updates from Anak Cucu Nabi Adam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
(Logikkah saranan pemimpin2 Umno/BN supaya rakyat menanam sendiri sayuran dlm keadaan seperti ini?..ikuti luahan peniaga Melayu di SINI....)
(SEORANG pekerja restoran mamak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur menebar roti canai yang harganya dijangka naik tahun ini..)







Tiada ulasan:
Catat Ulasan