DIALOG RAKYAT |
- Isu Felda: Ketua Penerangan Umno tolak debat Anak
- Hudud bukan ‘perkara pertama’ PAS jika kuasai majoriti Parlimen
- Pemuda Umno: MB Perak sesuai ganti Khairy, kata Raja Ahmad
- Kes Beng Hock: Hakim Mahkamah Persekutuan ketuai suruhanjaya siasatan
- Putrajaya tiada rancangan gubal akta baru kawal kandungan Internet
- Doktor Dan Bekas Pengetua Antara Dijangka Calon PAS Di Merlimau
- Bohong: PAS desak calon BN tarik diri
- Pengundi India dan Cina Sokong PAS
- Ahli Majlis Tidak Turun Tinjau Kawasan - Pengundi
- Bendera KEADILAN ‘ghaib’, bendera MCA, MIC selamat
- Umno BN tak jangka dapat tentangan hebat
- Isu tanah: PAS gesa calon BN Azahar tarik diri
- Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng
- Kumpulan baru pro-Umno untuk lawan ANAK
- Jangan politikkan bantuan kerajaan negeri
- Kerakyatan Lim diberi kerana pilihanraya kecil Dun Tenang?
- Roboh gerai penduduk di Tenang : Umno semakin sombong , berlagak dan kejam
- Betapa daifnya hakikat kerja dakwah Umno selama ini
- Bukan Utusan Namanya Jika Tidak Membelit & Memfitnah
- Kempen Hari Ketiga: Mendepani Isu - PAS Mengatasi BN
- Muhyiddin Terlupa BN Hanya Menang Mudah Dalam PRU 2008
- Anak Bekas Setiausaha Agong UMNO Sertai DAP
- MUHYIDIN DIMINTA MENJELASKAN HAL TANAH YANG MELIBATKAN CALON BN
- MAC bukan sahaja anti PAS tapi anti Islam.
- Sidang DUN bukti PR ikhlas: Anwar
| Isu Felda: Ketua Penerangan Umno tolak debat Anak Posted: 26 Jan 2011 04:10 AM PST BERNAMA LABIS — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak ajakan presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah Felda. Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden Anak itu. "Saya bukannya takut berdebat malah saya sudah berdebat sejak di sekolah menengah lagi. "Berdebat selama sejam mana cukup, saya boleh beri dua hari untuk berdialog dan kita mempunyai semua jawapan kepada 20 perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Pusat Media Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang di sini hari ini. Beliau berkata berkata Mazlan boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini. Anak menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda. Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut. Mengenai perjalanan kempen pilihan raya itu, Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata parti itu dan Barisan Nasional (BN) menggunakan pendekatan kempen dari rumah ke rumah dan bukannya mengadakan ceramah untuk menarik pengundi. Beliau berkata sasaran majoriti 5,000 undi yang dianggap sebagai motivasi oleh jentera parti boleh dicapai pada hari pembuangan undi nanti. Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. Ia melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. | ||
| Hudud bukan ‘perkara pertama’ PAS jika kuasai majoriti Parlimen Posted: 26 Jan 2011 03:28 AM PST
LABIS— Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) menegaskan hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan parti itu bukan agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat. Malah kata beliau PAS juga tidak akan menjadikannya sebagai "perkara pertama" jika ia menguasai majoriti dua pertiga di Parlimen. Beliau berkata sekiranya PAS mendapat kuasa mutlak untuk memerintah negara hukum hudud dan negara Islam bukan agenda utama yang dicapai bersama dalam Pakatan Rakyat. PAS menegaskan pendirian ini ketika MCA, komponen Barisan Nasional, membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di sini. "Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat... kalau tidak, tidak boleh (laksanakan). "Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan. "Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak... dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud," katanya pada sidang media di sini. Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu. Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat. Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya. "Jika Pakatan (Rakyat) menang di peringkat persekutuan, yang saya rasa tidak mungkin, PAS akan menjadi ketua, selaku parti yang ada lebih banyak sumber berbanding DAP dan (Parti) Keadilan (Rakyat)," katanya. Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa calon PAS Normala Sudirman enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki. Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim. Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas. Tambah Mustafa, BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak akan terus memainkan isu-isu perkauman bagi menimbulkan rasa kebencian pengundi kepada Pakatan Rakyat. "Bila pergi tempat Cina, mereka akan kata DAP ikut telunjuk PAS, bila pergi ke kawasan Melayu, mereka akan kata PAS pula jadi tunggangan DAP. "Ini politik perkauman, sehingga Soi Lek (Dr Chua) kata DAP akan turut serta apa yang akan PAS akan buat iaitu hudud, terus terang saya cakap Islam adalah dasar PAS dan tidak berganjak sejak dulu. "Islam adalah dasar PAS, ia mesti diterima oleh semua baik PAS atau Umno...tapi kalau Umno nak guna separuh separuh, ikut dialah," katanya. Justeru, beliau meminta supaya BN menghentikan politik perkauman dibawa ketika berkempen kerana ia boleh memberikan suasana yang kurang senang dalam masyarakat berbilang kaum. "BN patut hentikan politik perkauman ini, yang dibawa BN ini politik kebencian bukan politik sayang," katanya. Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa "ketakutan" kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina. | ||
| Pemuda Umno: MB Perak sesuai ganti Khairy, kata Raja Ahmad Posted: 26 Jan 2011 03:26 AM PST BERNAMA IPOH — Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir disaran supaya memberi pertimbangan serius untuk dicalonkan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang bagi memantapkan semula sayap parti itu. Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Zambry yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Perak dan juga bekas anggota Exco Pergerakan Pemuda kebangsaan, telah muncul sebagai seorang pemimpin muda yang mempunyai ketokohan dan juga berpengalaman untuk menerajui sayap parti di peringkat nasional. "Berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki Dr Zambry, beliau mampu mempengaruhi dan menentukan hala tuju pergerakan pemuda di masa depan . . . Pemuda Umno memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai kriteria, kredibiliti dan bersuara lantang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata Zambry boleh menjadi ikon pemuda dengan jawatan dan pengalaman yang dimilikinya. "Saya tidak mengatakan kita ketandusan pemimpin muda tetapi beliau (Dr Zambry) mempunyai ketokohan tersendiri dan mampu meraih lebih ramai sokongan daripada generasi muda," katanya. Katanya Menteri Besar Perak juga dilihat mampu bersuara lantang untuk kepentingan pergerakan itu. Raja Ahmad Zainuddin berkata saranan yang beliau buat itu mempunyai pelbagai asas yang kukuh termasuk berdasarkan pengalaman Zambry sendiri yang berpengalaman dalam pergerakan berkenaan. Beliau berkata selain itu kepimpinan serta kemampuan Zambry menerajui kerajaan negeri Perak dan mengharungi pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang. "Ini juga bukan bermaksud kepimpinan Pemuda Umno sedia ada tidak berupaya menarik lebih ramai golongan belia menyertai parti sebaliknya pemilihan pemimpin berwibawa mampu memperkukuhkan pergerakan itu . . . saya mencadangkan sedemikian bukan untuk tujuan peribadi tetapi sekadar memberi pandangan untuk memperkasakan pergerakan Pemuda Umno sekaligus kepentingan Barisan Nasional secara keseluruhan," katanya. | ||
| Kes Beng Hock: Hakim Mahkamah Persekutuan ketuai suruhanjaya siasatan Posted: 26 Jan 2011 03:25 AM PST TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Suruhanjaya yang ditubuhkan berhubung kematian setiausaha politik Teoh Beng Hock pertengahan 2009 — yang diperluaskan peranan dan terma operasi — akan dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen. Suruhanjaya itu akan menyiasat sama ada atau tidak terdapat apa-apa "ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan" Teoh dalam proses siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai. Selain itu, jika perlu suruhanjaya tersebut juga akan menyiasat kematian Teoh dan hal keadaan yang menyelubungi dan membawa kepada kematiannya. Perkara tersebut merupakan aspek tambahan berbanding terma yang disyorkan sebelum ini. Difahamkan ini kali pertama seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik mengetuai sebuah suruhanjaya siasatan. Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. "Saya ingin maklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah pun berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950," kata beliau. Selain Foong, turut akan menganggotai ialah bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Selventhiranathan Thiagarajah, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh, dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik yang juga Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom. Selain itu, turut menganggotai ialah Datuk Saripuddin Kasim iaitu Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, yang bertindak sebagai setiausaha suruhanjaya ini. "Tiga pegawai kerajaan juga dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya ini," kata Najib dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Mereka ialah Amarjeet Singh Serjit Singh iaitu Timbalan Ketua Bahagian Guaman I serta Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Kwan Li Sa. Awang Armadajaya dan Kwan merupakan timbalan pendakwa raya. Najib mengumumkan penubuhan suruhanjaya siasatan sehari selepas inkues kematian Teoh berakhir dengan keputusan terbuka. Ketika itu Najib memberitahu suruhanjaya tersebut akan meneliti prosedur siasatan SPRM. Bagaimanapun pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam dan Suhakam menggesa agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan SPRM. Najib berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2009 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh. Suruhanjaya itu diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi pada 6 Januari lalu bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh. Koroner Azmil Muntapha Abas memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid. Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas. | ||
| Putrajaya tiada rancangan gubal akta baru kawal kandungan Internet Posted: 26 Jan 2011 03:17 AM PST TERKINI THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Putrajaya mengetepikan kebimbangan banyak pihak dengan menegaskan bahawa kerajaan tiada rancangan untuk memperkenalkan undang-undang baru untuk mengawal kandungan media online termasuk Facebook. Kerajaan juga berkata undang-undang semasa sudah cukup memadai untuk mengawal selia kandungan Internet. Laporan Bernama semalam menyebut Kementerian Dalam Negeri akan membuat pindaan terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 supaya menjadi lebih komprehensif dan tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mahmood Adam, dipetik berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu sama ada ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan Internet, Facebook dan perisian. "Kita harap pindaan ini dapat dibentangkan di Parlimen pada Mac tahun ini. Kita perlu mengatasi kelemahan yang ada terutamanya apabila berdepan dengan bahan-bahan multimedia," katanya semalam.
Bagaimanapun hari ini Putrajaya menjelaskan kerajaan mempunyai kuasa untuk mengetepikan janji dalam Bil Jaminan sebelum ini bahawa ia tidak akan menapis kandungan Internet selari dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia, khususnya dalam perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan nasional. Ketika mengumumkan pendirian itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, dalam apa sahaja perkara yang memberi kesan ke atas keselamatan negara, undang-undang negara seperti Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan Akta Komunikasi dan Multimedia akan digunakan. Kata beliau, kerajaan hanya menyediakan garis panduan untuk membantu orang ramai memahami dengan mendalam ketiga-tiga akta tersebut. Garis panduan berkenan, menurut beliau, akan dikemukakan kepada orang ramai menerusi program jelajah negara yang akan diadakan dalam waktu terdekat. Pengumuman semalam menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelbagai pihak, dengan kebanyakan mereka termasuk ahli-ahli politik menganggap tindakan sedemikian tidak perlu dan undang-undang sedia ada sudah memadai. | ||
| Doktor Dan Bekas Pengetua Antara Dijangka Calon PAS Di Merlimau Posted: 26 Jan 2011 03:14 AM PST
Pas Melaka dijangka tidak ketandusan tokoh berwibawa untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Dun Merlimau. Antara tokoh yang disebut-sebut sebagai calon Pas di Merlimau ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri di Dun Merlimau.Beliau seorang yang cukup dikenali dan disenangi oleh penduduk tempatan serta sering terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Bekas calon Pas sebelum ini ialah Mejar (B) Jasmee Tompang yang merupakan pimpinan Pas Kawasan Jasin. Selain itu, seorang bekas pengetua perempuan yang pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di Dun Merlimau sebelum ini turut dicanang dan bakal dipertimbangkan sebagai calon. Kedua -dua calon ini dijangka bakal memberikan saingan sengit serta imej positif kepada pengundi untuk merealisasikan impian Pas untuk menghantar wakil ke DUN Melaka. Posted by angkasanuri | ||
| Bohong: PAS desak calon BN tarik diri Posted: 26 Jan 2011 03:11 AM PST SELATAN ONLINELABIS: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat. Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya. "Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi. Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti. Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Berikut kenyataan penuh beliau: Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000. Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja. Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011) Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri. Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut. Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta. Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009. Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ). Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut. Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri. Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah. Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai? Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang? Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?-/ harakahdaily YB Salahuddin Ayub, Pengarah PRK N05 Tenang merangkap Naib Presiden PAS. ![]()
| ||
| Pengundi India dan Cina Sokong PAS Posted: 26 Jan 2011 03:06 AM PST Ditulis oleh Te@M.IT LABIS - Barisan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) dan ahlinya yang turun padang ke Tenang melihat masyarakat Cina dan India begitu postif terhadap Calon PAS, Normala Sudirman. Richard Wong, Timbalan Ketua DHPP Perak berkata, mesej ke arah perubahan perlu disampaikan kepada pengundi-pengundi di Tenang.
"Perubahan itu penting bagi menjaga kebajikan dan hak generasi akan datang. Sekiranya mereka mengundi BN, hasilnya tidak sama seperti generasi muda yang terbela di negeri di bawah pimpinan PR" . Beliau yang turut turun berkempen pagi tadi menyeru pengundi melayu yang masih mempercayai BN agar melakukan perubahan dengan mengenali agama sendiri.
"Jika orang Cina dan India sokong perjuangan PAS, kenapa orang melayu masih takut? "Bila ada perubahan, akan ada harapan baru," ujarnya. DHPP juga katanya menyelar tindakan kerajaan terhadap kebajikan peneroka felda yang berhadapan masalah sekiranya harga komoditi kelapa sawit jatuh. "Apakah nasib peneroka, adakah dibantu?" soalnya. Nasib generasi kedua felda terhadap isu tanah, pendidikan dan peluang pekerjaan juga turut dipertikaikan DHPP. Tambahnya, tiada konsep permilikan perkauman di dalam Islam, kerana Islam tidak dimiliki oleh sesuatu kaum. | ||
| Ahli Majlis Tidak Turun Tinjau Kawasan - Pengundi Posted: 26 Jan 2011 03:05 AM PST Ditulis oleh Te@M.IT TENANG - "Kebanyakan masyarakat mengadu, apa yang dijanji oleh kerajaan Barisan nasional hanyalah janji-janji manis dan tidak ditunaikan. Lebih kesal adalah ahli majlis yang dilantik langsung tidak pernah turun melawat kawasan". Menurut Naib Ketua DHPP, S.Surianarayanan aduan itu diperolehi pihaknya selepas meninjau kawasan-kawasan yang didiami masyarakat India di sini. Selain itu, permasalahan besar yang hadapi pengundi di sini ialah memiliki kad pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia. "Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah birokrasi dan juga dikehendaki menyediakan pelbagai dokumen yang merumitkan," jelasnya. Walaupun ini punca masalah ini adalah kesilapan mereka sendiri masa lepas tidak mendaftar semasa kelahiran anak. "Tetapi, apa yang diwar-warkan di media arus perdana tentang kemudahan mendapatkan kad pengenalan hanyalah retorik semata," selarnya. Masyarakat India yang dilawati itu berharap suara mereka dapat didengari sekiranya Pakatan Rakyat memerintah nanti. Tambah Surianarayanan, DHPP juga menjangkakan pertambahan undi dari masyarakat Dun Tenang dalam PRK ini. DHPP yang turun memberi sokongan kepada calon PAS, Cikgu Mala itu mula berkempen sejak hari pencalonan lagi. | ||
| Bendera KEADILAN ‘ghaib’, bendera MCA, MIC selamat Posted: 25 Jan 2011 11:29 PM PST Sidiqin Omar LABIS: KEADILAN Johor kesal dengan kejadian 'kehilangan' bendera KEADILAN, termasuk yang dipasang di bilik gerakan utama KEADILAN bagi Pilihanraya Kecil Dun Tenang, di tengah pekan Labis. Setiausaha Pengelola Majlis Pimpinan Negeri Johor, Zabidie Abas berkata, kehilangan bendera itu disedari olehnya kira-kira jam 3 pagi tadi. "Apa yang kita kesal adalah, bendera yang dipasang di premis persendirian, termasuk di bilik gerakan dan rumah ahli, turut 'dighaibkan' oleh pihak-pihak yang tidak dikenali. "Kita tak tahu siapa punya kerja. Boleh jadi SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), boleh jadi petugas-petugas Umno dan Barisan Nasional, kita tak tahu. "Alasan SPR bahawa bendera parti yang tidak bertanding tidak boleh dipasang tidak masuk akal. Jadi, mengapa bendera MCA dan MIC dibenarkan pula?," soal beliau. Zabidie turut mendapat maklumat dari petugas Angkatan Muda KEADILAN Johor, bahawa bendera parti yang dipasang di perkampungan orang Asal turut dihilangkan. "Ini satu perkara yang pelik, kerana ahli kita memang ada di kampung itu," kata Zabidie, merujuk kepada petempatan orang Asal di Kampung Segamat Kecil. Sementara itu, Zabidie yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(Anak) memaklumkan, gerak kerja kempen kini giat diteruskan untuk menggempur kawasan Felda dan perkampungan orang Asal. "Minggu ini, satu Ranting KEADILAN akan ditubuhkan. Jawatankuasanya telah lengkap dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk dirasmikan," kata Zabidie | ||
| Umno BN tak jangka dapat tentangan hebat Posted: 25 Jan 2011 10:43 PM PST
| ||
| Isu tanah: PAS gesa calon BN Azahar tarik diri Posted: 25 Jan 2011 10:41 PM PST ![]() Kes Azahar akan didengar pada 7 Februari. — gambar fail
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata Mohd Azahar perlu berbuat demikian kerana akibat kecuaian dan kelalaian beliau ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu. Tempoh untuk menarik diri sudah pun berakhir. Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Akibat kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar dalam menguruskan tanah di kawasan itu seorang penduduk di Segamat telah menjadi mangsa sehingga menyebabkan tanah tersebut dilelong kepada pihak ketiga. Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar. Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000. Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar. Mohd Azahar semalam berkata perkara tersebut telah selesai dan berkata beliau hanya bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan. "Bagaimanakan calon Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut sudah selesai sedangkan akibat kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan pembeli (tanah itu) yang membeli secara tidak sah menyaman calon Umno-BN, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan negeri Johor sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta. "Bagaimanakah calon Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan ke atas keempat-empat defendan, calon Umno-BN dinamakan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar. "Bagaimanakah calon Umno-BN menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan ke atas calon Umno-BN dan tiga yang lain pada 7 Februari ini," kata Salahuddin pada sidang media di sini. | ||
| Kumpulan berbaju-T BN ganggu ceramah Guan Eng Posted: 25 Jan 2011 09:42 PM PST Abdul Rahim Sabri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng malam tadi 'disambut' oleh sekumpulanyang memakai baju-T BN yang berhimpun membantah kehadirannya dalam satu ceramah di Felda Chempelak Barat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang. Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.Malah, di pintu masuk ke Felda tersebut, terpampang sebidang kain rentang yang membantah kehadiran Guan Eng ke situ. Kumpulan tersebut yang memakai baju BN kelihatan berada di situ sejak jam 9 malam, iaitu lebih satu jam sebelum Guan Eng tiba di Felda berkenaan yang mempunyai 1,217 pengundi. 'Jangan kacau Chemplak' Seorang bertaqwa Baru puas | ||
| Kumpulan baru pro-Umno untuk lawan ANAK Posted: 25 Jan 2011 09:32 PM PST Kuek Ser Keng Kuang Sebuah kumpulan baru pro-Umno yang mewakili peneroka Felda akan ditubuhkan tidak lama lagi untuk melawan pengaruh Persatuan Anak Felda (ANAK) yang pro-PAS. Dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda, ia akan berusaha menyelesaikan masalah peneroka Felda sebelum kesempatan itu diambil oleh pihak pembangkang. Presiden penajanya, Masran Ahmad Sayoti menyarankan agar semua generasi kedua peneroka Felda membentuk jawatankuasa bertindak masing-masing. Manakala jawatankuasa pimpinannya akan bertindak sebagai perantara antara peneroka generasi kedua dan pihak pengurusan Felda untuk menyelesaikan sebarang masalah melalui saluran yang betul. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Chemplak, Tenang semalam, Masran berkata, tidak seperti ANAK, jawatankuasanya tidak akan mengambil pendekatan konfrontasi apabila membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Felda. Sebaliknya, kata beliau, pihaknya akan akan menyelesaikan isu Felda secara bijak tanpa perlu menyerang pihak pengurusan Felda dan mengheret mereka ke mahkamah.Masran mengakui bahawa generasi kedua peneroka menghadapi masalah seperti kekurangan peluang pekerjaan serta kekurangan tanah pertanian dan perumahan. Bagaimanapun, beliau menganggapnya sekadar "masalah teknikal" yang boleh diselesaikan di peringkat pentadbiran yang lebih rendah. | ||
| Jangan politikkan bantuan kerajaan negeri Posted: 25 Jan 2011 09:30 PM PST SELANGOR KINI SELAYANG- Sumbangan buku yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor tidak harus dipolitikkan kerana tujuan bantuan itu adalah bagi membantu ibu bapa mengurangkan beban ketika menghadapi sesi persekolahan baru-baru ini. Menurut Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Templer, Mohamad Abd Rahman, beliau menerima aduan daripada ibu bapa yang pihak sekolah di sekitar Selayang melarang pelajarnya menggunakan buku sumbangan terbabit atas alasan yang dianggap tidak munasabah. "Sekolah rendah dan sekolah menengah di Taman Selayang, guru-gurunya melarang murid-murid mereka daripada menggunakan buku yang diberi. "Saya rasa kalau sebab tidak boleh tengok lambang negeri Selangor, tampallah lambang tersebut, tetapi jangan politikkan… kerana mangsanya anak-anak yang hendak belajar," katanya. Beliau turut menjelaskan, sumbangan yang diberi hanya kepada golongan tertentu dan dipilih berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, antaranya mestilah pendapatan ibu bapa kurang daripada RM1,500, ibu tunggal dan golongan orang kelainan upaya (OKU). "Kalau ada yang mengatakan pemberian buku ini merupakan satu agenda politik, maka saya nafikan sebab bantuann ini bertujuan meringankan beban kepada ibu bapa, lagipun bukan semua dapat bantuan ini, hanya orang miskin dan golongan berpendapatan rendah," katanya. Kerajaan negeri membelanjakan lebih RM650 ribu bagi membekalkan lebih sejuta naskhah kepada semua 56 Dewan Undangan Negeri (Dun), termasuk kawasan parlimen tanpa mengira parti politik kepada pelajar kurang berkemampuan. Difahamkan setiap pelajar menerima 20 buah buku latihan untuk digunakan pada sesi persekolahan yang baru 3 November lalu. | ||
| Kerakyatan Lim diberi kerana pilihanraya kecil Dun Tenang? Posted: 25 Jan 2011 09:19 PM PST WARKAH DAILY ONLINE LABIS: Penantian Lim Lai Seng untuk mendapatkan kewarganegaraan berakhir hari ini apabila dia menerima surat kelulusan bagi permohonan tersebut daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong. Lee yang kehilangan sijil kelahiran semasa banjir melanda pekan tersebut pada 1971, terpaksa menempuh pelbagai kesulitan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.Lim dilahirkan di Labis dan dibesarkan dalam masyarakat luar bandar di sini. Isteri dan semua anaknya adalah warganegara Malaysia kerana masing-masing mempunyai sijil kelahiran. "Saya gembira kerana akhirnya hajat saya untuk mempunyai MyKad tercapai. Fikiran saya lapang apabila mendapat tahu kini status saya sebagai rakyat negara ini tidak boleh diragui lagi," katanya.
| ||
| Roboh gerai penduduk di Tenang : Umno semakin sombong , berlagak dan kejam Posted: 25 Jan 2011 09:10 PM PST Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa
| ||
| Betapa daifnya hakikat kerja dakwah Umno selama ini Posted: 25 Jan 2011 09:07 PM PST Oleh Kassim Muhammad Berdasarkan hujah dan cakap-cakap para pemimpin MCA(*) di Tenang sehari dua ini, kita dapat melihat dengan jelas ― sikap, pendirian, kefahaman pucuk pimpinan parti komponen BN ini. Adalah jelas bahawa: Pertama, MCA itu adalah parti Cina untuk masyarakat Cina dan berjuang untuk bangsa Cina di negara ini Kedua, MCA mestilah memaklumkan kepada orang-orang Cina negara ini bahawa negara Islam Pas itu mesti ditentang ― ia tidak boleh diterima kerana 'conservative dan theocratic.' Lebih jelas Presiden dan Timbalan Presiden Parti Cina itu menyatakan: Satu: Sebagai parti yang berteraskan orang-orang Cina adalah menjadi tanggungjawab saya (Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek) dan MCA jika saya tidak menjelaskan agenda sebenarnya Pas. Presiden Pas Abdul Hadi Awang dengan jelas menyatakan hasrat ini (negara Islam). Dua: Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai turut menyokong bosnya dengan menyatakan bahawa keengganan Cikgu Normala berjabat tangan dengan kaum Adam menunjukkan sikap konservatif dan ideologi keagamaan parti itu (conservative and theocratic ideology) ii. Mantan seorang Menteri Perdana telah mengisytiharkan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam. Sepanjang yang kita ketahui, Umno/BN tidak pernah menyatakan "TIDAK" terhadap pernyataan/deklarasi solo mantan ini. Manakah yang betul, apakah negara ini sekular atau pun sebuah negara Islam? Isu berjabat tangan atau tidak mahu berjabat dengan lelaki oleh calon Pas itu telah dibesar dan diletup-letupkan kerana MCA telah memilih untuk mengiring bolanya ke dalam padang yang bernama negara Islam. Peliknya, MCA menikus apabila mantan bos besar mereka membuat deklarasi bahawa ini sebuah negara Islam. Dalam isu ini yang jauh lebih menarik ialah tentang betapa kentalnya zat perkauman MCA itu. Kita tak perlu meraban dan berhujah berjela-jela. Pendekkan kalam MCA mengaku bahawa ia wujud kerana menjaga kepentingan orang-orang Cina (**). Kata para pemimpin MCA, Islam itu tidak baik untuk orang-orang Cina. Betulkah begitu? Apakah MCA telah berlaku adil kepada orang-orang Cina yang Muslim? Kalaulah MCA masih samar-samar dengan wajah Islam ini, apakah yang dapat kita simpulkan? Bukankah ini jelas menunjukkan Umno sebagai ketua, sahabatnya MCA, jaguh dan pahlawan Melayu dan Islam telah gagal menjelaskan apakah Islam itu kepada para kerabat yang tidur sebantal dengannya sejak setengah abad yang lalu? iii. Apakah benar segala yang dilaung-laungkan oleh slogan 1Malaysia yang gah dicanang ke sana ke mari itu? Apakah MCA dapat berdiri di depan khalayak Melayu sambil berhujah tentang Melayu dan negara Islam sepertimana yang termaktub dalam idea besar SATU Malaysia itu? Atau, MCA seperti bosnya Umno itu sangat perkauman ― hatta adat resam, budaya dan agama pun ― dicerap dari teropong perkauman? __________________________________________________________ (*)Sila rujuk "Soi Lek: "No let up on assaulting PAS' Islamic ideals" Regina Lee Jan 24, 11 10:02pm Malaysiakini) (**) Dalam konteks ini, cuba bandingkan dengan DAP, Pas dan PKR. Pas yang katanya konservatif dan teokratik itu ada Dewan Himpunan Penyokong Pasnya sendiri. (Kita sangat gembira melihat kehadiran mereka yang begitu ramai di Tenang. Syukur alhamdullilah.) ________________________________________________ Soi Lek: No let up on assaulting PAS' Islamic ideals Regina Lee Jan 24, 11 10:02pm MCA president Dr Chua Soi Lek said he will continue to use PAS' Islamic state agenda as an issue for the Tenang by-election as it was his duty to do so as the party president. Earlier today, Deputy Prime Minister and BN polls commander-in-chief Muhyiddin Yassin had ordered Chua to stop criticising PAS' candidate Normala Sudirman's refusal to shake hands with men. Asked about this evening during a press conference at the Labis Moral Uplifting Society office, Chua said that Muhyiddin should have communicated with him through internal channels. "If the DPM doesn't want us to talk about the Islamic issue, then he should communicate to us. There is no need for the DPM or the media to communicate this to us. "When we talk about the Islamic state issue, it is something that's not new, it's not something that's extraordinary or something that we pluck out from the air. "It's something that's based on the (PAS) constitution which clearly states that they want to set up an Islamic nation. "As a Chinese-based party, it is my duty and I'll be failing in my duty and MCA would be failing in its duty if we don't explain to Chinese the true agenda of PAS, because (PAS president Abdul Hadi Awang) has said this very clearly," he said. The more conservative Muslims believe that shaking hands with non-mahram (un-marriageable men) is prohibited, but Chua and Gerakan Wanita chief Tan Lian Hoe have ridiculed Normala (left in purple headscarf) for this, describing it as a move towards Islamic theocracy. MCA vice-president Liow Tiong Lai, in joining the fray, had said Normala's (left) refusal to shake hands with male voters reflects the conservative and theocratic ideology behind PAS. However, Muhyiddin had called on for everyone to stop the debate, saying that BN should not exploit Normala's personal choice. http://barabarajiwa.blogspot.com | ||
| Bukan Utusan Namanya Jika Tidak Membelit & Memfitnah Posted: 25 Jan 2011 09:04 PM PST HARAKAH DAILY LABIS : Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya. Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini. Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu. Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan. Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya. Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya. Hasilnya, Ustaz Che' Zuha, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu. Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya. Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib. Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian. SIAPA FITNAH SIAPA "Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan."Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun. "Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib. "Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!" "Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi. Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS. "Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal. | ||
| Kempen Hari Ketiga: Mendepani Isu - PAS Mengatasi BN Posted: 25 Jan 2011 09:01 PM PST KELAB GREENBOC
PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar UmnoTindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu. Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah. Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa. Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama? Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis. Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh. PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini. Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya. Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno. Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama. Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999. Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka. -harakahdaily
| ||
| Muhyiddin Terlupa BN Hanya Menang Mudah Dalam PRU 2008 Posted: 25 Jan 2011 08:59 PM PST KELAB GREENBOC
Menteri Besar Gagal Dapat Sokongan Dun Patut Letak Jawatan - MuhyiddinBANDAR SERI BEGAWAN (Bernama) -- Seseorang Menteri Besar yang gagal mendapat sokongan majoriti dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) patut meletak jawatan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata kegagalan mendapatkan sokongan majoriti membuktikan kredibiliti yang lemah Menteri Besar terbabit. "Sepatutnya beliau (Menteri Besar) meletak jawatan kerana tak dapat sokongan majoriti di DUN," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan malam yang diadakan di Dewan Besar Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini malam Selasa. Menjawab satu soalan bahawa terlalu banyak "politicking" di Malaysia sehingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai, Muhyiddin berkata ia berpunca daripada tindakan pembangkang. "Kita (kerajaan) terpaksa respon, kalau tidak nanti orang kata kita tidak buat apa-apa," katanya. Selangor, yang mengadakan sidang khas DUN semalam, gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga untuk meminda Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. Usul pindaan rang undang-undang, yang dibentangkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bertujuan mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif Selangor, iaitu Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedia mengkaji untuk membenarkan pelajar yang memiliki kelayakan setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia seperti O Level kerana mengikuti ibu atau bapa yang bermastautin atau bertugas di luar negara memohon pinjaman MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Malaysia bagi melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. -- BERNAMA Ulasan GB Muhyiddin TERLUPA bahawa BN memenangi pilihanraya pada 2008 dengan majoriti mudah, BUKAN dengan majoriti 2/3. Bererti juga, PM dan TPM Malaysia SEBENARNYA tidak mendapat sokongan 2/3 majoriti parlimen - dan jika mengikut rumusan Muhyiddin sendiri - membuktikan kredibiliti yang lemah PM/TPM terbabit. Bodoh bin bangang TPM yang juga menjadi Menteri Pelajaran Malaysia! | ||
| Anak Bekas Setiausaha Agong UMNO Sertai DAP Posted: 25 Jan 2011 08:55 PM PST KELAB GREENBOC
Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari menyertai DAP baru-baru ini.Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif RND Chocolate Labs Sdn Bhd, berkata: "Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman." Bapanya, yang tleah meninggal dunia empat tahun lalu, telah berkhidmat di dalam kabinet di bawah tiga perdana menteri – Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Zairil said: "Bapa saya tidak pernah memaksa saya menyertai mana-mana parti politik. Hanya nasihat beliau agar saya melakukan perkara yang betul." Beliau menambah keluarganya, termasuk adiknya 22 tahun dan ibunya telah memberi restu kepadanya untuk menyertai DAP. Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya. Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini. Sewaktu bapanya menyertai Umno dahulu iaitu sewaktu pra-merdeka, perjuangannya ialah untuk membebaskan negara dari penjajahan British. Sekarang setelah lebih 50 tahun BN berkuasa, apa yang berlaku ialah rakyat terjajah, ditekan oleh bangsanya sendiri, kita tidak miliki kebebasan. Zairil menegaskan jika ayahnya masih hidup dan sama dengan usianya kini, pasti ayahnya juga tidak akan menyertai UMNO. Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973).
| ||
| MUHYIDIN DIMINTA MENJELASKAN HAL TANAH YANG MELIBATKAN CALON BN Posted: 25 Jan 2011 08:46 PM PST
Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato' Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan. 2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran? 3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar? 4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku? 5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit? 6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor? 7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor? 8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang? | ||
| MAC bukan sahaja anti PAS tapi anti Islam. Posted: 25 Jan 2011 08:43 PM PST BULETIN ONLINE Bulan Ogos 2010, Datuk Seri Chua Soi Lek mengingatkan masyarakat cina tentang isu penubuhan negara Islam kerana negara-negara Islam adalah mundur dan rasuah dan kenyataannya itu dibidas oleh Lim Guan Eng pada 7 Ogos dengan menyifatkan Chua Soi Lek sebagai jahil tentang sejarah tamadun Islam yang hebat. Bulan Januari 2011, di Tenang, Chua terus memberi amaran kepada masyarakat cina tentang bahaya PAS yang berjuang untuk menegakkan negara Islam yang disokong oleh TPM Datuk Seri Muhyiddin Yasin. Chua terus maju setapak lagi menghina hukum Islam apabila tentang calon PAS, Cikgu Normala yang bersalam dengan lelaki menggunakan sarung tangan disifatkan sebagai adat yang tidak mesra dan tidak sesuai memimpin masyarakat Malaysia. Isu tidak boleh bersalam antara bukan mahram (lingkungan saudara terdekat dalam perundangan Islam) adalah sama seperti isu wanita bertudung di mana ia telah diajar dan sedia difahami oleh ummat Islam di Malaysia sejak di bangku sekolah lagi, yang tinggal hanyalah perbezaan daripada sudut mengamalkannya, dan ia boleh dilihat antara amalan isteri PM dan isteri TPM sendiri daripada aspek memakai tudung. UMNO terus membiarkan presiden MCA itu menghentam Islam, asalkan tidak menghentam melayu secara langsung, kerana walaupun ramai orang melayu adalah Islam, tetapi PAS dilihat lebih komited dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam sebagai cara hidup. Tan Sri Mufti Perak yang menyokong Datuk Seri Zamri Kadir sebagai MB Perak pun sampai menyebut, "…saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama." Klik di sini. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal dalam responnya tentang kenyataan Chua itu juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". Klik disini. Chua Soi Lek tidak pernah meminta maaf, walaupun dalam isu meminta masjid memperlahankan azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, peguam MCA yang membuat aduan tentang bunyi azan yang mengganggu tidurnya telah meminta maaf kepada Imam Masjid berkenaan. Begitulah, orang melayu ditakut-takutkan dengan DAP sebagai anti melayu dan anti Islam, walaupun pemimpin DAP cuba mendekati al-Quran, masjid dan para ulama' serta cuba untuk lebih memahami Islam bagi merapatkan hubungan muhibbah antara kaum. Walhal Presiden MCA yang mewakili MCA terang-terang anti melayu yang berpegang dengan ajaran Islam, lepas ini mungkin isu tudung pula. PAS melalui Cikgu Mala terus melangkah memperjuangkan Islam, menerangkan ajaran Islam dan berusaha mendapatkan sokongan strategik daripada pelbagai pihak bagi membentuk negara Malaysia yang adil, telus dan berkebajikan kepada rakyat semua kaum. | ||
| Sidang DUN bukti PR ikhlas: Anwar Posted: 25 Jan 2011 08:41 PM PST SINAR HARIAN ONLINE Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya rakyat dinegara ini memilih untuk mempertahankan prinsip perlembagaan, Institusi Raja-raja, pemimpin yang dipilihan dan rakyat perlu dihormati. Menurutnya, tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memindan perlembagaan pada tahun 1993 telah menolak keseluruhan prinsip raja berlembagaan itu. "Kedudukan kami (PR) ada untuk menghormati prinsip raja berpelembagaan, kuasa dan hak raja-raja Melayu perlu dihormati dan disanjungi. "Kalau kita pilih raja berpelembagaan, kedudukan raja-raja itu perlu dimuliakan dan dimartabatkan, kuasa pimpinan dan rakyat yang mendapat mandat harus juga dihotmati," katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri program 'Luncheon Talk', semalam. Menurutnya, Sidang DUN yang berlangsung kelmarin adalah satu usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memperbetulkan pindaan perlembagaan pada tahun 1993. "Inilah yang dipertahankan dalam perimbangan kuasa kepada rakyat, kuasa kepada negeri dan menteri besar manakala di persekutusan kuasa kepada kerajaan dan perdana menteri. "Tetapi untuk menolak sama sekali apa juga kedudukan formal yang dimuliakan seperti yang berlaku pada 1993, pastinya tidak akan dapat mempertahankan semangat perlembagaan itu," katanya. Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Sidang Khas DUN tuntuk meminda perlembagaan negeri bagi melantik tiga pegawai Kerajaan Negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Pas Melaka dijangka tidak ketandusan tokoh berwibawa untuk diletakkan sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Dun Merlimau. Antara tokoh yang disebut-sebut sebagai calon Pas di Merlimau ialah seorang doktor yang mempunyai klinik sendiri di Dun Merlimau.
SELATAN ONLINE

LABIS: Umno BN tidak pernah menjangka akan mendapat tentangan hebat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
LABIS — PAS menggesa calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim agar menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang atas alasan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu berhadapan tindakan saman — berkaitan isu tanah — yang akan didengar bulan depan.
Kumpulan kira-kira 30 orang itu berhimpun di sebuah halaman rumah seorang penduduk yang terletak bertentangan dengan tempat ceramah tersebut tersebut.
Kelihatan juga seorang daripada mereka memegang poster yang tertulis: "Jangan jadi bodoh dengar cakap si kafir" sambil rakannya yang lain mengibarkan bendera BN.
Sebaliknya mereka berjanji akan beredar daripada kawasan berkenaan sebaik sahaja Guan Eng yang juga ahli parlimen Bagan selesai menyampaikan ucapannya.
"Cikgu Mala kata, bukan sahaja lelaki Cina dia (Normala) tak salam, lelaki Muslim pun dia (Normala) tak salam. (Jadi) beliau seorang yang bertaqwa.
Meneruskan bidasannya terhadap Soi Lek, Lim yang juga ADUN Air Puteh turut mengingatkan agar Soi Lek jangan memainkan isu tersebut dalam kempen pilihan raya kali ini dan meminta Umno supaya presiden MCA itu meminta maaf.
Dikenali sebagai Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda, ia
Sebaliknya, kata beliau, pihaknya akan akan menyelesaikan isu Felda secara bijak tanpa perlu menyerang pihak pengurusan Felda dan mengheret mereka ke mahkamah.


Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.
"Kedai saya diroboh tanpa diberi sebarang pampasan atau ganti rugi. Tahu-tahu, dah dirobohkan. Kejam! Saya dan isteri bersusah payah mencari sesuap nasi melalui hasil pendapatan dari kedai makan ini yang sudah beroperasi lebih kurang dua tahun.



Suhaizan Bin Kaiat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan