Ahad, 23 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Gempar] Apa??? Najib Bapa....Bapa...Bapa...Anak...???

Posted: 23 Jan 2011 04:35 AM PST

Siapa yang terlondeh sekarang?
Tak sanggup saya sebut. Biarlah artikel MSO di bawah ini mencetuskan persoalan tersebut.

Saya petik:

Benarkah Najib Bapa Anak Haram?

[MSO] SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap depan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.

Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat mengenai Anwar. Katanya Anwar demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.

Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menajawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau akan mampu berdepan kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.

Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.

Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang Najib hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.

Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.

Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap bahasa dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.

Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.

Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengtar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?

Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balas Najib selepas ini!

Seekolknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.

Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow.... [wm.kl.11:30 am 23/01/11]

Mohd Sayuti Omar

"Pengecut": Anwar Sanggup Debat Isu Peribadi. Tunggu Apa Lagi?

Posted: 23 Jan 2011 04:00 AM PST

Oh ye ke?! Jika begitu uar-uarkanlah kepada umum!

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab. Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh."- DS Anwar Ibrahim
 

* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[Malaysia Open 2011] Keputusan: Chong Wei Mengagumkan, Seolah-olah Dirasuk Sesuatu!

Posted: 23 Jan 2011 03:03 AM PST


 Straight Set!

Datuk Lee Chong Wei menang set pertama menewaskan Taufik Hidayat 21-8 dalam  masa 16 minit. Taufik langsung tidak mampu menyaingi Chong Wei yang seolah-olah dirasuk sesuatu. Permainan pantas dan bertenaga!

Pada set kedua, Chong Wei menewaskan Taufik dengan mata 21-17. Biarpun begitu, keadaan sedikit mencemaskan pada set kedua apabila Taufik yang jauh ketinggalan berjaya mengejar Chong Wei yang seolah-olah kehilangan rentak permainan.

Kemenangan ini bermakna Chong Wei telah menjuarai Malaysia Open buat kali ke-7.

Tahniah!


Awas, "Love Bite" Boleh Sebabkan Serangan Jantung/Strok!

Posted: 23 Jan 2011 01:00 AM PST


Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan. 

Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.

* Gambar sekadar hiasan.


MIC Bertegas Mahu Kerajaan Gugurkan "Interlok" Sebagai Teks KOMSAS

Posted: 22 Jan 2011 10:30 PM PST

Palanivel, sudahkah anda membaca sepenuhnya Interlok?

Seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insider, MIC melalui Presidennya, Senator G. Palanivel hari ini mendesak Putrajaya untuk mengugurkan Interlok sebagai teks KOMSAS.   

Palanivel berkata, partinya tetap berpendirian dengan keputusan yang dibuat oleh wakil-wakilnya yang sebelum ini telah menyeru Interlok digugurkan ketika pertemuan dengan pegawai kementerian Selasa lalu, kerana novel itu menurut mereka mengandungi perkataan yang merendahkan-rendahkan orang India.
 
 
"Kami berharap Kementerian Pelajaran memahami dan menghargai keinginan dan perasaan komuniti kami dan membuat keputusan yang cepat dan tegas dalam menyelesaikan masalah ini," kata Palanivel dalam kenyataannya hari ini. 

"Meletakkan nota kaki tambahan, glosari, dan panduan tidak akan membantu menyelesaikan masalah ini," tambahnya. 


Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan beberapa beberapa solusi untuk menyelesaikan kontroversi Interlok, seperti membuat nota kaki tambahan, glosari dan panduan mengajar
pada hari Jumaat.

  Muhyiddin juga mendakwa bahawa perbincangan yang berlansung pada hari Selasa itu telah mencapai konsensus bahawa novel kontroversi itu tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan masyarakat India.
Muhyiddin telah menyatakan bahawa perbincangan lanjut dengan pemimpin MIC akan dijalankan sebelum memutuskan sama ada teks sastera itu akan digugurkan dari silibus sekolah. 

 
Salah seorang wakil MIC, Dr A. Nagappan menyatakan bahawa kenyataan Muhyiddin berkaitan dengan keputusan konsensus itu tidak tepat. 


"Kami telah sepakat bahawa novel ini harus ditarik balik. Tidak ada saranan lain selain untuk meminta novel itu tidak digunakan di sekolah," Kata A Nagappan yang jiga bekas Presiden Hindu Sangam Malaysia. 
Interlok mendapat kecaman daripada kelompok MIC dan beberapa NGO India yang mendakwa bahawa isinya mengandungi  sistem kasta India dan penggunaan "paria" yang bersifat ofensif. 

Cukuplah, saya malas untuk menterjemah sepenuhnya berita di TMI itu. Cuma, sebagai orang yang telah membaca Interlok dan mendapati buku itu tidak berniat merendah-rendahkan kaum India, maka saya menyarankan juga kepada MIC agar meminta kerajaan membakar semua buku yang mengandungi perkataan "paria" atau "kasta" di Malaysia ini. Moga-moga mereka dapat memadamkan sejarah silam.

Dalam hal ini, jelas MIC telah menggunakan sepenuhnya peluang yang ada untuk mempolitikkan isu novel ini demi meraih kembali sokongan masyarakat India. Parti itu yang dilihat sudah dipinggirkan oleh kaum India mula mencari jalan untuk mengukuhkan kembali kekuatan mereka untuk menghadapi PRU13.

Justeru, tidak mustahil Muhyiddin sebagai Menteri Pelajaran akan menuruti keinginan MIC sama ada takut akan pendirian MIC dalam hal ini atau menggunakan helah itu untuk memastikan MIC mendapat sokongan kaum India.

Saranan saya, belilah Interlok, baca dan fahaminya! 

 
* Jurublog: Anda berminat dengan artikel ini? Ambillah, tampallah, namun berilah kredit kepada blog ini. Terima kasih.


[18SX] “Bukan mahu berlagak tetapi semua yang saya kecapi turut dikongsi bersama ibu bapa.” Fuh!

Posted: 22 Jan 2011 07:41 PM PST



Saya petik:
[HM] KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang 'menyerlahkan' sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.

Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.

Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

"Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya.

"Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara....
"Alhamdulillah, rezeki saya murah. Apa yang saya usahakan memberi pulangan berbaloi, bermula dengan membuka restoran, salun, spa dan kemudian butik pengantin.

"Allah limpahkan rezeki kepada saya dan ketika ini saya dalam proses membuka cawangan butik ketiga tidak lama lagi, semua itu saya usahakan sendiri dan dengan bantuan keluarga. Saya ada 15 adik-beradik dan mereka banyak membantu dan mengusahakan perniagaan bersama saya.

"Saya juga diberi peluang menceburi pelbagai lagi projek yang memberi pulangan lumayan, jadi tidak mustahil orang lihat saya mewah kerana memang saya berkemampuan.

"Bukan mahu berlagak tetapi semua yang saya kecapi turut dikongsi bersama keluarga, terutama ibu bapa,"...Isma & Asmizan


Tengok sikit-sikit sudahlah bang!

P/s: "Tahniah"lah pak cik, mak cik kerana anak gadis anda berdua yang "hot" ini sanggup berkongsi rezeki dan kesenangan!



"Pengecut": Anwar Sanggup Makan Panadol! Tunggu Apa Lagi?

Posted: 22 Jan 2011 07:26 PM PST


Saya petik:
[MK] Memulakan kempen pertamanya dalam pilihan raya DUN Tenang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap bertegas mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rancangan 100 Pakatan Rakyat sekiranya menawan Putrajaya.

Mengulas sindiran Najib bahawa Anwar akan demam, dengan nada tegas, ketua pembangkang membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu.

"Kenapa (beliau) tidak mahu (berdebat)? Kenapa tidak berani? Kenapa menjawab dengan menghina saya. Oh, kalau saya jawab, saya ada maklumat, saya akan londehkan Anwar dan demam," katanya Anwar mengajuk kenyataan Najib.

"Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, deman pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," katanya sewaktu menyampaikan ucapan sulungnya di Felda Tenang malam semalam.

Malah katanya, sekiranya Najib yang juga presiden Umno memilih tidak bercakap berkaitan ekonomi dan menyentuh peribadi, beliau juga bersedia menyahut cabaran tersebut.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya (juga) nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuuya, jawab.

"Saya nak tanya, saya tak mahu buat tuduhan. (Kita) nak tengok siapa kena londeh," sindirnya disambut dengan gelak ketawa kira-kira 250 hadirin yang hadir di Felda Tenang.

P/s: Susah nak ajak orang "pengecut & bacul" berdebat!

Tiada ulasan: