| Biayai Yuran Universiti dengan Menjual Foto Bogel Posted: 06 Jan 2011 04:55 AM PST 
Semalam, Telegraph melaporkan pelajar jual dara kerana mahu biayai pelajarannya di universiti. Kali ini. Daily China pula melaporkan seorang mahasiswa menjual foto-foto bogelnya untuk tujuan yang sama. Pelajar tersebut Su zizi (bukan nama sebenarnya) ialah mahasiswa di Universiti Renmin, sebuah universiti berpengaruh di China.
Dia mengadakan pameran kecil berjudul "Siapa Saya Pada Akhir Tahun 2010?" di universitinya, yang turut memaparkan beberapa keping potret telanjangnya seperti yang dilaporkan oleh Beijing News.
Kata Su zizi, "Saya harus membiayai diri sambil belajar. Saya mampu memperoleh 500 yuan (RM232) untuk setiap set gambar," katanya.
"Pada awalnya, saya sangat gugup apabila memikirkan reaksi orang lain, tetapi selepas itu, saya tahu cara untuk melindungi diri dan keluarga saya dengan menandatangani kontrak."
"Hal ini bermakna jika gambar tersebut dijual oleh pihak lain, mereka akan menghadapi tindakan undang-undang."
"Saya harus menjelaskan kepada orang bahawa pekerjaan saya sebagai model bogel adalah sah di sisi undang-undang, walaupun sesetengah orang membencinya. Saya menganggap potret telanjang sebagai suatu bentuk kerja seni."
Fuh!
|
| Skandal Peterporn: Pendakwa Minta Ariel Dipenjara & Didenda Posted: 06 Jan 2011 03:45 AM PST Saya petik: [TMI] JAKARTA, 6 Jan – Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas penyanyi utama kumpulan Peterpan Nazriel "Ariel" Irham berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan selebriti Luna Maya dan Cut Tari.
Kedua-dua mereka merupakan teman wanita dan bekas kekasih penyanyi itu.
Ariel dikenakan tuduhan melanggar undang-undang antilucah yang membawa hukuman maksimum 12 tahun dan denda Rp 6 bilion (RM2 juta).
Pendakwa raya juga berkata pihkanya akan memohon dikenakan denda Rp250 juta (RM85,000). Penyanyi itu berhadapan dengan tuduhan di Mahkamah Daerah Bandung di sini.
Ketua Pendakwa Rusmanto berkata, beliau memohon hukuman itu dengan mengambil kira pelbagai faktor, terutama keengganan Ariel mengaku bahawa dialah lelaki dalam kedua-dua klip video membabitkan Luna Maya dan Cut Tari.
Penyanyi berusia 29 tahun itu ditahan Jun lalu selepas rakaman video itu didakwa dicuri dari komputer bimbitnya.
Kes itu merupakan skandal rakaman seks membabitkan selebriti dan mendapat liputan meluas. Mahkamah akan bersidang semula Isnin ini di mana peguam-peguam Ariel akan mengemukakan respons mereka berhubung permohonan hukuman itu.
Pihak pendakwa juga memohon hukuman penjara empat tahun ke atas pembantu Ariel yang dikenali sebagai RJ kerana menyebarkan pita seks itu.
Ariel berhadapan dengan tuduhan terlibat dalam penyebaran bahan lucah, yang dihasilkan olehnya menggunakan kamera telefon bimbit ketika mengadakan hubungan seks bersama selebriti Cut Tari dan Luna Maya, teman wanita Ariel.... |
| Jangan Hanya Pandai "Membakar', Datang Berhujah: Dialog "Interlok" di Rumah Pena Sabtu Ini (8 Januari) Posted: 06 Jan 2011 01:00 AM PST Saya petik: [HD] Seluruh warganegara Malaysia terutama yang tinggal di sekitar ibu negara yang berminat untuk mengikuti dialog mengenai novel Interlok, berpeluang menyertainya pada hari Sabtu, 8 Januari ini.
Peluang tersebut terbuka kepada orang ramai apabila Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) mengambil inisiatif menganjurkannya dengan mengadakannya di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa, di sini, mulai jam 10 pagi.
Setiausaha Agung Pena, Syed Mohd Zakir Syed Othman dalam satu kenyataan akhbarnya menjelaskan, majlis tersebut akan dipengerusikan oleh Presiden Pena, Mohamad Saleeh Rahamad, manakala panelnya pula terdiri daripada Dr Ilias Zaidi dan Dr Fatimah Busu.
Menurut beliau, dialog tersebut diadakan bagi menjelaskan isi kandungan novel Interlok secara ilmiah kepada semua pihak dan memberikan kewajaran novel itu dikekalkan sebagai teks Komsas.
Katanya, sehubungan itu, satu sidang akhbar akan turut diadakan oleh pihak Pena pada hari dan tempat yang sama pada jam 12.30 tengah hari.
"Sidang akhbar itu diadakan bagi menyatakan pendirian Pena menyokong novel Interlok dikekalkan sebagai teks Kamsas tanpa sebarang perubahan terhadap mana-mana isi kandungannya," jelasnya.
Interlok merupakan sebuah novel bermutu yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein yang mengambil latar masa sekitar tahun 1910 hingga 1957. Ia mendapat hadiah saguhati dalam peraduan menulis novel sempena 10 tahun merdeka, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Dalam peraduan itu, novel Sandera terpilih memenangi tempat ketiga, manakala hadiah pertama dan kedua tidak dimenangi sebarang novel.
Novel Interlok adalah satu rakaman sejarah dalam bentuk fiksyen. Ia adalah rakaman realiti semasa yang cukup baik, mengenai masyarakat Malaysia waktu itu iaitu zaman pra merdeka dan ia sangat sesuai dijadikan teks sekolah. Oleh itu, ia tidak sewajarnya menjadi mangsa politik perkauman di negara ini.
Bagaimanapun, kontroversi mengenai Interlok timbul apabila MIC dan Gabungan NGO India memandangnya sebagai sebuah novel yang menghina kaum India, khususnya pada bahagian-bahagian tertentu, sehingga ia dikatakan sebagai karya bentuk 'rasis'.
Lebih jauh dari itu, Pengerusi Gabungan NGO India Malaysia, Datuk A Vaithilingam, dalam kenyataannya, mengancam untuk mengadakan satu upacara membakar novel tersebut sekiranya ia tidak ditarik balik daripada menjadi sebahagian teks sastera SPM.
Tindakan dan bangkangan mereka itu dilihat tidak berasas dan melampau oleh pelbagai pihak. Bagi menjawabnya, semalam, Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI), telah mengadakan sidang medianya di rumah Pena untuk menyuarakan pandangannya dalam mempertahankan novel itu.
Pada sidang media itu, Presiden PAKSI, Dinsman, ketika menjawab soalan wartawan menjelaskan, jika kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran gagal mempertahankan novel itu dan gagal menangani masalah itu dengan baik dalam masa terdekat, pihaknya juga turut bercadang untuk mengadakan forum terbuka secara bersiri.
Forum tersebut akan diadakan di tempat yang dikunjungi orang ramai. Dalam konteks semasa, mereka bercadang untuk mengadakannya di Dun Tenang, memandangkan kawasan itu kini menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh negara, sempena pilihanraya kecil kawasan itu yang akan berlangsung 30 Januari ini.
Selain itu, beliau yakin, beberapa persatuan penulis lain juga sedang merancang untuk mengadakan tindakan tersendiri bagi menyuarakan pandangan mereka berhubung perkara itu. P/s: Orang yang mahu membakar novel ini tolong datang, tolong berhujah pada hari itu! |
| Muhyiddin Arah Kaji Penggunaan "Interlok" Semula Posted: 06 Jan 2011 12:29 AM PST Saya petik: [MK] Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan Jawatankuasa Khas Kementerian Pelajaran bagi mengkaji semula penggunaan novel bertajuk "Interlok" sebagai buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia tingkatan lima sekolah menengah mulai tahun ini.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, kajian itu perlu dilakukan secara serius supaya penggunaan novel itu tidak mendatangkan pelbagai masalah terutamanya membabitkan keharmonian kaum di negara ini.
"Tan Sri Muhyiddin (Menteri Pelajaran) berharap kajian itu akan merumuskan satu keputusan yang baik bagi memuaskan semua pihak," kata Puad kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Raub hari ini.
Beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah mengemukakan bantahan kepada kerajaan kerana muka surat 211 dan 220 novel itu didakwa mengandungi unsur sensitif yang boleh menyentuh perasaan sesetengah kaum. Novel berdasar apa yang berlaku Sebelum itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah mendakwa, buku teks sastera tingkatan lima itu telah ditarik balik kerana dikatakan mengandungi unsur sensitif serta boleh menyinggung perasaan kaum Melayu dan India.  Puad berharap agar semua tidak mempolitikkan isu novel itu kerana niat kerajaan adalah untuk menambahkan pengetahuan di kalangan pelajar dan rakyat negara ini. "Sepatutnya tidak timbul masalah itu kerana novel yang tulis Abdullah Hussain itu adalah berdasar kepada apa yang berlaku pada masa lampau. "Sebarang keputusan untuk menentukan sama ada novel komponen sastera itu akan digunakan atau tidak akan diketahui dalam masa terdekat nanti," katanya.
P/s: Novel Interlok dikaji kerana dikhuatiri mengandungi unsur penghinaan selepas 40 tahun diterbitkan. Saya tetap mahu bertanya: Siapa antara mereka yang mahu membakar novel ini telah membaca setiap helaian novel Interlok? Sila angkat tangan! |
| Kenyataan Media MB Slgor: Hadir Kerana Taat Kepada Sultan, Bukan Rela Pelantikan Khusrin Posted: 05 Jan 2011 10:05 PM PST Saya petik: KENYATAAN MEDIA 6 JANUARI 2011 Kerajaan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor dalam isu pelantikan SUK. Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.
Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai.
Pentadbiran Negeri Selangor telah memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor beberapa perkembangan hasil dari pertemuan pada 3 Januari, termasuk cadangan memulakan proses penyelesaian dengan SPA. Pentadbiran Kerajaan Negeri kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam soal ini. Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.
Justeru itu, kehadiran seluruh Exco Kerajaan Negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Setia – Sultan Sharafuddin Idris Shah ( S.S.I.S ) Darjah kelas Pertama Kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, SPMS; Raja Muda Selangor. sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.
Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Dato' Khusrin, kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana.
Kita juga telah memberi maklum kepada DYMM Sultan bahawa Pentadbiran Kerajaan Negeri akan mengadakan Sidang Dewan Negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.
Tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh kami menderhaka dengan Sultan dan Kerajaan negeri Selangor sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan.
TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM DATO' MENTERI BESAR SELANGOR |
| Bayang Anak Tiri Sebagai Isteri Sebelum Merogolnya. Gila! Posted: 05 Jan 2011 06:00 PM PST Saya petik: [HM] MELAKA: "Fakta kes adalah jelas, kesalahan dilakukan tertuduh iaitu merogol mangsa yang masih kecil berusia sembilan tahun adalah kesalahan jijik. Paling memeranjatkan dalam kes ini, tertuduh boleh membayangkan mangsa sebagai isterinya lalu terangsang dan merogolnya."
Begitu kata Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin ketika berhujah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap seorang pengawal keselamatan berusia 53 tahun dari Kampung Tanjung Bidara, Masjid Tanah, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu merogol dan mencabul kehormatan anak tirinya pada penghujung 2008 dan pertengahan November lalu.
Ifa yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asri Abd Rahman Sidik berkata, kedua-dua kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan boleh membawa hukuman berat.
Katanya, walaupun tertuduh bukan bapa kandung, tanggungjawabnya tetap sama untuk melindungi mangsa.
"Apa dilakukan sebaliknya, tertuduh mengulangi kesalahan pada November lalu. Jelas kejadian berlaku tanpa pengetahuan ibu mangsa dan tertuduh mengambil kesempatan ketika ketiadaannya.
"Impak bukan saja kepada mangsa tetapi masyarakat terutama mangsa yang masih kecil mengalami trauma kekal sebagai pengalaman pahit sepanjang hidupnya.
"Saya pohon budi bicara mahkamah memberikan hukuman yang berat kepada tertuduh atas dua kesalahan dan merujuk fakta kes diakui tertuduh," katanya.
Pada prosiding itu, tertuduh mengaku bersalah merogol mangsa yang ketika kejadian berusia sembilan tahun 11 bulan di sebuah rumah di Jalan BKP 3 Taman Bukit Katil Permai, dekat sini, kira-kira jam 2 pagi pada penghujung 2008. Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mencabul kehormatan mangsa sama yang ketika kejadian berusia 11 tahun empat bulan iaitu memasukkan jari ke dalam kemaluannya kira-kira jam 4 petang pada pertengahan November lalu.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun keseksaan, jika disabitkan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Katar selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pendakwa raya, menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara enam tahun bagi kesalahan kedua. * Gambar sekadar hiasan. |
| [Video- Wajib Tonton] Pengarah Pelajaran Johor Bercakap Umpama Pemimpin UMCO di DUN Tenang. Muhyiddin Tidak Mahu Komen? Posted: 05 Jan 2011 05:00 PM PST
Pengarah Pendidikan Negeri Johor turun ke sekolah di Tenang untuk merayu guru-guru kounseling membantu jentera Barisan Nasional menghadapi Pilihanraya Kecil N.05 Tenang.
Videonya:
|
| [Video] Sidang Akhbar MB Selangor tentang Kuasa Sultan dan Status Khusrin Posted: 05 Jan 2011 04:00 PM PST |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan