Khamis, 6 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Dakwaan amah dirogol: Mana SKMM, tanya Rocky

Posted: 06 Jan 2011 02:00 PM PST

Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

NONE"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin (foto, kiri) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

rais yatim pc 020709 01Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais (foto, kanan) mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Umno telah berjaya memalukan Khusrin

Posted: 06 Jan 2011 02:00 AM PST


Bukankah itu cara terbaik? Elak daripada mengadakan sebarang majlis angkat sumpah. (Tak perlu adakan majlis angkat sumpah untuk Kusrin, amacam?) Biarkan Khusrin masuk pejabat atas arahan 'entah sapa-sapa'. Biarkan dia menunggu dan menunggu.

Sepatutnya apabila timbul kemelut sebegini, Khusrin boleh saja melakukan sembah derhaka dengan tidak memasuki pejabat sehingga segala kemelut betul-betul selesai. Tapi, kita percaya atas desakan umno-apco, Khusrin akan menurut perintah.. Sekarang melopong!

TS Khalid dan seluruh ADUN PR. Ayuh lakukan sekarang ketika kuasa masih di tangan. Jangan tunggu hingga seperti apa yang telah berlaku di Perak bila katak-katak melompat, satu apa pun tak dapat dilakukan. Selepas ini, biarkan umno-apco ambil Khusrin sebagai Setiausaha Rosmah.... baru ada akai.



Sidang Khas DUN Selangor untuk meminda Perlembagaan Negeri

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan", kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari "jalan penyelesaian yang terbaik".

"Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Calon yang layak

"Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

"Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio," katanya lagi.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.



Catatan:

Manusia merancang tapi Allah SWT Maha Perancang. Tanda-tanda kehancuran umno / be end sudah semakin nyata.

blog.marhaen.info


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Misteri ratusan burung jatuh dari langit

Posted: 05 Jan 2011 11:00 PM PST


SEEKOR burung perling (kiri) dan burung hitam bersayap merah ditemui mati pada Isnin lalu selepas ia jatuh dari langit di Pointe Coupee Parish, Louisiana.

NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu.

Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beeba di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu.

Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya.

Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State.

Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu."

Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam.

Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan.

Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge.

Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.



Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya.

Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik.

"Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya.

Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji.

Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beeba, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru.

Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu. - Agensi

kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Teh Ais Dua Ringgit?? Pundek !!

Posted: 05 Jan 2011 08:00 PM PST



Memang Pundek!!


Kenapa di hari yang mulia ini, hari aku mencecah umur 30, aku telah dikejutkan dengan beberapa surprise?!!


Pertama sekali ialah seawal saat pertama 5hb Januari, harga minyak RON97 telah mencecah RM2.40 untuk setiap liter. Kurang 30sen dari ketika Paklah menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 seliter!! Jadi apa bezanya pentadbiran Najib dan Paklah?


Kedua, aku sekali lagi terkejut Khairy setelah mentelaah segelas teh ais yang regular perisanya. Bila aku tanya berapa harganya, dengan muka tidak bersalah makcik tu kata dua ringgit ! Aku terkedu seketika... sejak bila harga teh ais telah diselaras bagi memudahkan kerja kira-kira??


Tolonglah jangan terkejut, ini bukan di restoran berjenama, ini bukan di coffee house separuh terkenal dan yang paling mustahak, teh ais dua ringgit ini bukan dihirup di kedai mamak Shah Maju 786!! Teh ais dua ringgit didapati di salah sebuah 'gerai' yang terdapat di perkarangan stesen bas Terminal 1 Seremban!! Tahap warong bhai!!


Harga terakhir yang pernah aku bayar untuk segelas teh ais sebelum ini ialah RM1.50 di cafe office. Tetapi hari ini harga teh ais di warong-warong biasa pun sudah mencecah RM2.


Sebelum nie aku tak terkejut bila Nasi Goreng USA harganya RM7 tak termasuk harga air. Aku tak terkejut sebab itu kedai mamak dan aku akan pastikan itulah kali terakhir aku makan di kedai mamak, dan kali terakhir juga aku order Nasi Goreng USA! Aku masih trauma dengan harga teh ais yang setinggi RM2 di warong kopi stesen bas. Trauma bila memikirkan apakah balanya rakyat Malaysia dengan harga-harga untuk keperluan harian selepas ini.


Teh ais adalah minuman pilihan bagi mereka yang bersarapan mahupun minum petang. Cuba kita andai sekiranya teh ais salah satu menu harapan kita, RM2. Nasi lemak lauk telur dengan paru/kerang/sotong, RM4. Sarapan kita hari ini ialah RM6.


Makan tengah hari berapa pulak? Takkan RM5 termasuk air limau ais?? Minum petang kita terpaksa kita skip selepas ini kerana bajet dah lari. Makan malam berapa pulak kalau nasi goreng USA regenya RM7 sepinggan??


Tapi rakyat Malaysia memang steady, diorang apa kisah kalau semua harga barang naik melambung. Sebab itu mereka masih pangkah Barisan Nasional. Ketuanan Melayu mesti diagongkan sebab kalau takde ketuanan melayu, takkan ada orang melayu yang ada tanah hari nie, kalau tak kerana ketuanan melayu, mana mungkin ada jutawan melayu yer tak?


Jadi teruskanlah menyokong kerajaan 'prihatin', setakat RM2 untuk teh ais apa ada hal... Air tin coke pun baru RM1.60 satu tin, maka minum coke sajalah untuk sarapan... Pundek !!




EDYES @ edyesdotcom

edisi melepaskan emosi...

edyesdotcom

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kali ini, suka atau tidak, umno kena sokong!

Posted: 05 Jan 2011 05:00 PM PST


Sidang DUN Selangor yang akan turut menyenaraikan pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam menentukan pemilihan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Pindaan ini dijangka akan dapat mengembalikan kuasa Sultan melantik penjawat awam utama atas nasihat Menteri Besar, telah dilucutkan oleh umno-apco Be End melalui Pindaan Perlembagaan 1993.

Inilah peluang terbaik untuk Rakyat melihat dan menilai siapa yang akan menyokong pindaan 'serampang dua mata' ini, iaitu untuk membuktikan siapa yang akan menyokong mengembalikan kuasa Sultan dan siapa yang akan 'menderhaka' dengan tidak memberikan sokongan terhadap pindaan ini.

Jika selama ini umno-apco Be End yang kerap melemparkan tuduhan mengatakan PR derhaka kepada Sultan, maka kali ini mereka tiada pilihan selain daripada menyokong usul pindaan oleh PR untuk mengembalikan kuasa Sultan.

Kegagalan ADUN daripada umno-apco Be End untuk menghadiri persidangan DUN dan menyokong usul pindaan ini akan membuktikan kepada Rakyat, siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Sultan. Diharapkan tidak ada mana-mana ADUN daripada umno-apco be End yang akan mengambil 'Cuti Derhaka' bagi mengelak diri daripada menghadiri sidang DUN Selangor yang akan datang ini. Seperti kata TS Khalid MB Selangor, "Kita tunggu dan lihat."



Angkat Sumpah Rahsia Khusrin Hanya Selepas Sidang DUN Selesai: MB


SHAH ALAM: Majlis angkat sumpah simpan rahsia Datuk Mohd Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri hanya akan diadakan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor selesai.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, surat memohon sidang itu diadakan telah dihantar kepada Speaker DUN Teng Chang Khim hari ini.

"Sidang itu bertujuan meminda undang-undang tubuh untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif negeri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang, kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Kita dapati enakmen yang ada sekarang tidak memberikan kuasa jelas kepada Tuanku Sultan dan seterusnya Menteri Besar dalam atur cara pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga Penasihat Undang-undang," katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pelantikan Mohd Khusrin diumum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lepas dan berkuatkuasa pada 1 Januari lalu dengan membelakangi Menteri Besar Selangor.

Sedangkan Kerajaan negeri melalui satu panel yang dilantik juga mempunyai cadangan calonnya sendiri untuk dipilih menjadi SUK.

Beliau dijadual mengangkat sumpah taat setiap kepada Sultan Selangor esok.

Bagaimanapun mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor hanya boleh mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar.

Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan itu, Abdul Khalid berkata pembentangan akan dibantu Penasihat Undang-undang Negeri Datin Paduka Zauyah Be T.Loth Khan, peguam Datuk Param Cumaraswamy dan pensyarah undang-undang Prof Datuk Abdul Aziz Bari.

Cadangan pindaan juga akan dipersembah kepada Sultan Selangor, katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi meluluskan pindaan itu, Abdul Khalid berkata: "Kita tunggu dan lihat."

DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi yang mana 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Pelantikan Mohd Khusrin menjadi isu kerana pemilihan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu dibuat tanpa mendapatkan pandangan Khalid selaku Menteri Besar.

blog.marhaen.info


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: