Khamis, 6 Januari 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


prk tenang...Umno Barisan Nasional ‘melacurkan’ agensi kerajaan.

Posted: 06 Jan 2011 07:31 AM PST




Guru-guru di Johor merasa tidak selesa dengan sikap Pengarah Pendidikan Negeri yang dilaporkan sebelum ini cuba mempengaruhi guru-guru kaunseling untuk turun berkempen didalam Pilihanraya Kecil N.05 Tenang untuk Umno Barisan Nasional. Mereka terkejut dengan pendedahan tersebut dan mempersoalkan mengapa mereka sebagai golongan profesional cuba diajak untuk bertindak sebaliknya sedangkan mereka tidak mahu terlibat didalam politik kerana ingin memberikan tumpuan kepada mendidik anak-anak yang hauskan ilmu pengetahuan.



Hj.Markom bin Giran, Pengarah Pendidikan Negeri Johor

Pendedahan "video Markom" menyebabkan satu letusan yang dahsyat berlaku di Tenang kerana rahsia Umno Barisan Nasional yang 'melacurkan' guru-guru kaunseling untuk tujuan kempen Umno Barisan Nasional terbongkar. Belum lagi tiba waktu berkempen bahkan penamaan calon belum pun berlaku, Umno Barisan Nasional telah berani menunjukkan taktik kotor dan jahat mereka, dengan segala akses terhadap agensi kerajaan Umno Barisan Nasional bersikap mereka adalah 'raja' yang tidak perlu ditegur dan harus akur setiap apa tindak tanduk meskipun telah melampau dengan menyusahkan kehidupan rakyat. Guru-guru hari ini bukan lagi seperti guru-guru diawal kemerdekaan, guru-guru hari ini adalah guru-guru yang berwawasan dan berjiwa merdeka. Mereka tahu apa yang patut mereka buat sesuai dengan jawatan yang mereka sandang. Tindakan cuba menekan guru-guru dengan cara halus seperti yang dilakukan oleh Pengarah Pendidikan Johor menghasilkan rasa benci dan meluat guru-guru bukan sahaja kepada Pengarah Pendidikan Johor bahkan kepada Umno Barisan Nasional

ROGOL AMAH - ADAKAH RAIS SEKUAT ANWAR MENGHADAPINYA?

Posted: 06 Jan 2011 07:04 AM PST



AKHIRNYA MP Jelebu yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB DSU Rais Yatim pun muncul di kaca TV malam tadi. Setelah sekian lama diasak oleh berbagai cerita yang berkaitan dengan kes Amah dirogol seperti yang didedahkan di dalam beberapa blog, dan juga setelah laporan Polis dibuat terhadapnya, beliau tampil untuk menafikan beliau terlibat.
Di TV3 dalam Buletin Utama, berita yang keluar sekitar seminit dua hanyalah kenyataan penafian Menteri ini yang juga boss besar stesen TV. Di dalam berita Astro Awani, gambar Menteri ini muncul di dalam sidang akhbarnya untuk menafikan beliau tidak terlibat.

Berbeza dengan tuduhan terhadap DS Anwar. Apabila ada tuduhan dibuat ke Ketua Pembangkang ini, maka TV dan akhbar berjela-jela membuat ulasan walaupun penafian dibuat oleh DS Anwar. Paling kurang setengah jam TV akan mengulas isu ke atas DS Anwar siap dengan menemu bual beberapa pemimpin yang sememangnya musuh DS Anwar. Paling laris untuk ditemubual adalah beberapa spesis katak yang melompat dari PKR, termasuk juga kaki pembohong besar YB Zul dari Kulim. Maka, setiap hari ada sahaja cerita dan `nasi tambah' yang disiarkan di kaca TV tentang DS Anwar.

Ini tidak berlaku pada Rais Yatim. Apabila beliau menafikan beliau terlibat, maka `full stop' di situ. Jauh sekali pihak media pencacai ini ingin siarkan kisah pembunuhan Altantuya seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu. Itulah hebatnya media di negara ini.

Di dalam kenyataan Rais Yatim, beliau menyebut tuduhan ke atasnya oleh Pembangkang dan media serta blog pro pembangkang adalah tuduhan jahat untuk menjatuhkannya. Kita ingin beritahu Rais, cerita ini bukan kita yang cipta tetapi kita mendapatkannya dari sumber di luar negara di mana Amah iaitu mangsa terlibat menetap sekarang. Cerita ini juga didedahkan oleh Wikileaks. Kita tidak mencipta isu ini melainkan ianya didedahkan oleh mangsa dan keluarga itu sendiri melalui satu pertubuhan di Indonesia.

Jika Rais Yatim merasa tertekan atau aib dengan tuduhan yang beliau hadapi, tentu sekarang beliau terfikir bagaimana DS Anwar mampu bangkit dan melawan dari situasi yang sama. Apabila terkena ke atas batang hidung sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah. Rais Yatim belum pun disiasat mahupun didakwa, sedangkan DS Anwar telah disiksa, dihina dan dipenjarakan malahan difitnah sekali lagi. Namun, DS Anwar mampu bangkit dan melawan tanpa bantuan dari media seperti yang diperolehi oleh Rais Yatim. Ini menunjukkan kekuatan moral yang ada pada DS Anwar tidak tergugat dengan fitnah sejahat mana sekali pun.

Adakah Rais Yatim mempunyai kekuatan seperti itu? Kita tunggu sejauh mana kerajaan ingin bertindak ke atas tuduhan terhadap Menteri ini. Kerajaan Indonesia sudah pasti bersedia untuk membantu siasatan kes ini seandainya kerajaan serius untuk menyiasat. Kita difahamkan AMK sendiri akan menghantar pemudanya ke Indonesia untuk mendapatkan maklumat lanjut atau fakta yang ada berkaitan kes ini. Adakah KDN juga akan bertindak sedemikian?


WFAUZDIN NS

SKMM pun lembu UMNO jugak...berat sebelah kerana melepas menteri perogol dari di siasat.....!!!!

Posted: 06 Jan 2011 06:24 AM PST

Kes Menteri Perogol: Rocky's Bru Bidas SKMM Kerana "Double Standard"



Penulis blog, Datuk Ahirudin Atan mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkaitan kes rogol membabitkan seorang amah Indonesia.

Sedangkan, katanya, SKMM tangkas bertindak ke atasnya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

"Dakwaan yang dibuat dalam blog itu di dalam bidang kuasa SKMM, jadi mereka mesti siasat," kata Ahiruddin  ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, SKMM perlu menjalankan siasatan memandangkan Rais ketika menafikan dakwaan tersebut semalam mendakwa, ia antaranya dicetuskan oleh "penulis liar blog di Internet."

Katanya, SKMM perlu segera menyiasat dakwaan berkenaan, sepertimana yang dilakukan suruhanjaya itu ke atasnya berhubung satu tulisannya pada Oktober tahun lalu di laman Rocky's Bru.

"Jika tidak, ia akan menunjukkan double standard kerana dakwaan itu melibatkan menteri yang bertanggungjawab ke atas SKMM," kata Ahirudin yang juga penasihat editorial kumpulan akhbar The Malay Mail, The Malaysian Reserve dan juga stesen Bernama TV.

Ahirudin disiasat oleh suruhanjaya itu berhubung tulisan di blognya itu yang mendakwa seorang anak lelaki Rais memperoleh geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara.

Manakala dalam tulisannya pada 23 Disember pula, Ahirudin mendakwa seorang pembantu rumah warga Indonesia telah diperkosa oleh seorang menteri kabinet pada 2007.

Mengulas lanjut, Ahirudin yang lebih dikenali sebagai Rocky, bagaimanapun membersoalkan mengapa Rais mengambil masa yang lama untuk tampil menafikan dakwaan itu.

"Tidak cukup sekiranya (Rais) sekadar berkata dia tidak buat. Laporan polis sudah dibuat dan sekarang polis ada tanggungjawab untuk siasat," tambahnya.

Jelasnya, walaupun menteri tersebut telah menafikan dakwaan itu, Migrant Care masih berdiam diri dengan dakwaan berkenaan.

"Itu juga perlu menjadi sebahagian daripada (aspek) yang polis perlu siasat," katanya lagi.

Tegasnya, Rais juga sepatutnya memfokuskan kepada dakwaan tersebut dan bukannya mempolitikkan isu berkenaan dengan menyifatkan dakwaan itu cubaan untuk menggagalkan usaha 1Malaysia perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. -mk

Pada 12 Oktober lalu, Dr Rais membuat laporan polis terhadap Rocky's Bru atau nama sebenarnya Datuk Ahirudin Atan yang di dalam blognya mendakwa kononnya anak lelaki menteri itu mempunyai kepentingan dalam kementerian itu dengan memperoleh geran RM1 bilion bagi menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara, mengapa di dalam isu yang besar ini, dilaporkan oleh kebanyakan blog dan portal, Rais tiba-tiba membisu, seperti tikus yang menyorok di celah-celah lubang angkasapuri?

Apakah sudah kecut untuk berdepan dengan wartawan/blogger, Datuk Ahiruddin Atan yang kamu telah memulai laporan polis terhadapnya?

Selain itu, sebelum ini Rais juga berkata semua pihak sewajarnya menghormati peraturan dan undang-undang negara yang dibuat untuk melindungi rakyat semua peringkat.

Kenapa tidak buat laporan polis untuk bersihkan nama kamu  bukankah itu (pendedahan Wikileaks) jelas ditujukan kepada kamu?

BN cuba rampas Selangor cara tak bertamadun....apa ingat ini zaman batu ke..rakyat buat tak peduli aje....?????

Posted: 06 Jan 2011 05:27 AM PST



hang kebun sedang mengangkat sumpah sumpitnya di hadapan raja gopal UMNO.....muakakakaka

Pencabulan konsep federalisma berhubung pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) sekarang akan mengakibatkan kebangkitan luar biasa rakyat di peringkat nasional..

Kerajaan Umno-BN ini berusaha untuk merampas kerajaan Selangor dengan menggunakan peruntukan pentadbiran bagi mewujudkan suasana keresahan dalam pentadbiran kerajaan, semuanya dengan cara yang tidak bertamadun dan di luar batas demokrasi.

Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respons di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat,...

Langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan, tidak akan menjamin BN akan terus kekal sebagai pemerintah kerana dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno-BN.

Sehubungan itu, , krisis pelantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.

Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.

Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan perlu memahami hasrat rakyat tersebut,...

Sikap samseng BN  melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma.

Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka...

Isu timbul berikutan pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Muhd Khusrin Munawi sebagai SUK berkuatkuasa 1 Januari ini.

Sebelum ini, perlantikan Khusrin dilingkari beberapa 'kontroversi' dan ia dilihat pelbagai pihak sebagai tindakan yang seolah-olah ingin sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya, Khusrin pernah melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lalu serta engkar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau juga didakwa menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

Khusrin juga 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

Dari seri rekod pula, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.

tolong i datuk ...i tak rogol dia....dia yang rogol i..you pun tau kan kannnn kannnnn.....!!!!

Posted: 06 Jan 2011 04:58 AM PST



ikut stail mentor pukimak najib dan bini betina puakanya ...


Sampai la nie mengapa pihak berkuasa tidak bertindak atau menyiasat penafian Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berhubung kes rogol amah,...

Sebagai respon kepada penafian Rais Yatim terhadap isu ini, kita  mempersoalkan tindakan Rais yang seolah-olah cuba menyalahkan pihak Pakatan Rakyat, bloggers dan media bahawa kononnya insiden ini ialah ciptaan permainan politik berkepentingan.

Kita  menganggap ini sebagai satu tuduhan keras dan Rais patut segera memohon maaf,...

Rais dan kabinet Umno-BN bersikap sambil lewa dan berbaur politik dengan mengabaikan siasatan kes sejak beberapa tahun dahulu sebelum disensasikan semula oleh internet.

Semalam Rais buat pertama kali sejak kes ini didedahkan Wikileaks dan laman web beberapa minggu lalu menafikan beliau terlibat dalam kes rogol seorang amah berbangsa Indonesia tiga tahun lalu.

Pada hari yang sama juga, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Badrul Hisham Shaharin membuat laporan polis menggesa siasatan dilakukan.

Juga kita turut  mempersoalkan kelesuan, dan tindakan dari Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil walaupun Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (Cedaw).

Oleh itu adalah perlu bagi Shahrizat mengambil serius mengenai kes mendiskrimasikan wanita di peringkat tertinggi ini.

Setakat ini belum lagi dengar dari pihak Shahrizat walaupun telah tandatangani Cedaw.

Atas dasar itu, Kementerian Wanita menampakkan kelesuan ini bila kali pertama mereka begini.. ini menunjukkan mereka tidak tegas dan tiada 'political will' dan sering terbengkalai setengah jalan,..maklumlah  yang terkena puak sendiri....kalau puak PR ...laju macam roket si anak yatim menibai bulan purnama si amahnya....!!!

Raja Melayu Bukanlah Nabi Yang Maksum....penjilat penjilat juboq UMNO haramjadah peralatkan raja melayu kununnya mereka ini maksum....!!!

Posted: 06 Jan 2011 04:34 AM PST



Kepercayaan sesetengah pihak bahawa adalah haram untuk mengkritik atau mempunyai pendapat yang berbeza dengan Raja-Raja Melayu, seolah-olah menyamakan kedudukan mereka dengan para Nabi.

Sedang para al-Khulafa al-Rasyidin iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali yang jauh lebih mulia daripada sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih...

Ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi Muhammad SAW dan membantah keputusan baginda seperti yang berlaku ke atas Umar ketika perjanjian Hudaibiyyah. Namun, tambahnya, Nabi tidak membunuh beliau.

Justeru, , cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin politik agar golongan yang mencadangkan pengkritik Raja-raja Melayu dihukum gantung, sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau semua maksiat yang lain.

Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain,...

Jadi adalah jelas bahawa  pencadang hukuman tersebut adalah pengampu yang melebihi had.

Jika dia Muslim, dia seorang yang 'kering perasaan' dan tidak takutkan Allah mengenai 'darah orang lain'. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak.

Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut...

Pada 3 Januari lalu, dua pertubuhan bukaan kerajaan - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mahu ADUN Seri Muda dari PKR,Shuhaimi Shafiei dihukum gantung kerana didakwa cuba mencetuskan "peperangan ke atas Raja-raja Melayu".

Shuhaimi antara lain, dalam blognya menulis - jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak memerlukan perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, Shuhaimi didakwa seolah-olah turut memberikan amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan majlis mesyuarat berkenaan atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana



yang ini mangkuk kepala butoh UMNO tak kisah pulak ya....!!!


UMNO PENDERHAKA PADA RAJA-RAJA MELAYU

* Pengasas Umno Dato' Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

* Tahun 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato' Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja.

* Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka ketika Dato' Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang.

* Umno membelasah Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang DiPertuan Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan.

* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

* Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan.

* Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan .

* Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah. Apabila Raja- Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja.

* Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Dr Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

* Menabal Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato' Anwar Musa .

* Kenyataan biadab Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan "Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti" (BH 11hb Jun 1993.)

* Dato' Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

* 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato' Mohd Said selepas pilihanraya 2008

* Penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina Sultan. Pada Feb 2009.

* Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis, bukankah ini derhaka namanya.

* Tan Sri Rahim Tamby Chik meminta supaya amalan panggilan 'patik' yang digunakan sewaktu
berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan 'saya tuanku'. BH 3/2/1993.

* Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta. (BH 11/2/93)

muakakaka...Hang kebun UMNO angkat sumpah dan bersalaman dengan MB selangor belum pasti di terima sebagai SUK kerajaan selangor...

Posted: 06 Jan 2011 03:59 AM PST

MB: Hadir tak bermakna rela



Gambar: MENTERI Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (kiri) bersalaman dengan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Mohd Khusrin Munawi sambil diperhatikan Hakim Utama Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki (tengah) pada majlis Istiadat Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Katanya, kerajaan negeri juga telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan dan menyatakan rasa terkilan Negeri Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Kerajaan Negeri juga memohon agar proses perbincangan dapat dilakukan dan akhirnya penyelesaian terbaik boleh dicapai," katanya.

Menurut Khalid, kerajaan negeri Selangor juga kesal apabila berlaku manipulasi pihak tertentu dan berkepentingan dalam isu tersebut.

"Media perdana pula menggambarkan seolah-olah berlaku krisis di antara Istana dan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

NONE"Justeru, kehadiran seluruh exco kerajaan negeri hari ini di dalam majlis penuh istiadat iaitu Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS) Darjah kelas Pertama kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor - sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor," katanya.

Menurut Khalid oleh kerana hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Khusrin, kehadiran beliau dan anggota exco tidak bermakna mereka rela dengan tindakan arbitrasi SPA.

"Kita juga telah memberi maklum kepada Sultan bahawa pentadbiran kerajaan negeri akan mengadakan sidang dewan negeri Selangor dalam tempoh terdekat untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar khusus dalam melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.," katanya.

Khalid berkata tindakan ini sekali gus menolak dakwaan pihak-pihak yang menuduh mereka menderhaka dengan sultan.

"Sebaliknya kamilah yang akan mengembali dan mempertahan kuasa Sultan dan Negeri yang terhakis sejak 1993 kesan dari krisis Perlembagaan," akhiri kenyataan media itu. -mk


Dua -tiga kali perhati Wak Khusrin betul-betul macam Hang Kebun dalam citer P.Ramli tuh...

Anihnya SUK... pakai songkok semula plak hari ni... kerana nak angkat sumpah? Personaliti macam tak tetap pendirian.


Tiada ulasan: