Rabu, 5 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kenyataan KSN SAHKAN Sultan Tiada Kuasa Eksekutif Lantik SUK. Apa Perasan Baginda Sultan Membaca Kenyataan Itu?

Posted: 05 Jan 2011 06:40 AM PST

Ada kalangan kita berasa pelik apabila Setiausaha Sulit Sultan menegaskan  bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif dalam melantik SUK. Kenyataannya ada disiarkan dalam Utusan pada 4 Januari. Saya ulas di sini.

Namun, Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi UMCO Selangor menyatakan perkara sebaliknya di sini.

Bekas Hakim Datuk NH Chan juga berpendapat sedemikian yang boleh anda baca di sini.

Namun, pihak-pihak tertentu masih mencanangkan di media bahawa Sultan mempunyai kuasa tersebut, walhal secara terang-terangan KSN juga menyatakan perkara yang sama yang boleh anda baca di bawah ini. Cuba baca bahagian yang saya hitam dan merahkan dalam kenyataan penuh KSN tersebut. Apakah perasaan Baginda Sultan apabila membaca kenyataan tersebut? Anda baca, anda selami terutamanya berkaitan dengan frasa "kelaziman dan courtesy". Anda tahu maksud "courtesy"?

Justeru, MB Selangor yang prihatin dengan permasalahan ini, selain menyedari agenda pihak tertentu, mencadangkan agar suatu Sidang DUN Tergempar diadakan untuk mengembalikan kuasa melantik beberapa jawatan penting negeri kepada Baginda Sultan dan MB. Cadangan ini walau bagaimanapun ditentang dan dipandang sinis oleh orang kuat UMCO di Selangor, malah penasihat undang-undang UMCO turut membangkitkan keperluan pindaan itu mendapat persetujuan 2/3 ADUN. Malah, pihak istana melalui Setiausaha Sulit Sultan mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan itu perlu mendapat perkenan Sultan. Soalan saya, adakah Baginda Sultan menolak cadangan untuk mengembalikan kuasa Baginda?

Yang menjadi masalahnya, PR tidak memiliki ADUN 2/3 untuk meluluskan pindaan tersebut. Berdasarkan fakta semasa, DUN Selangor terdiri daripada 56 kerusi, iaitu 14 daripadanya milik Parti Keadilan Rakyat, 13 diwakili DAP, lapan wakil PAS, seorang wakil Bebas dan 20 diwakili Barisan Nasional.

Namun hal itu sebenarnya boleh menjerat BN kerana pindaan yang bakal dibuat ini adalah semata-mata untuk mengembalikan kuasa Sultan yang didakwa oleh MB Selangor telah dirampas daripada Baginda Sultan dalam krisis Perlembagaan pada tahun 1993. Persoalannya, sanggupkah ADUN BN yang dikatakan begitu prihatin dengan kuasa dan daulat Sultan menolak cadangan pindaan itu? Jika menolak, bukankah itu tanda bahawa mereka sebenarnya menderhaka kepada Sultan?

Jika sidang tergempar itu diadakan, mari kita lihat ADUN mana yang sanggup derhaka kepada Baginda Sultan!

Saya petik:
Kenyataan penuh KSN:

Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah diperuntukkan dalam Pelembagaan Negeri Selangor 1959 dalam Perkara LII (1) yang menyatakan bahawa:
"Lll. There shall be constituted the offices of State Secretary, State Legal Adviser and State Financial Officer; and the appointments there to shall be made by the appropriate Service Commission from amongst the members of any of the relevant public services".

Berdasarkan Perkara LII Perlembagaan Negeri Selangor, perkataan 'appropriate Service Commission' adalah merujuk kepada Suruhanjaya Pelantikan yang membuat pelantikan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah daripada pegawai-pegawai awam Persekutuan daripada Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) dan Suruhanjaya Pelantikan mereka adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kerana Perkhidmatan PTD itu adalah terjatuh di bawah perkara 132(2)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu 'the general public service of the federation'. Perkara ini dinyatakan dalam Fasal (1) Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.

Fasal 5(B)(i) Perkara 144 Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa:

'Walau apa pun peruntukan Fasal (1) Perkara 135 dan Perkara 139 dan Perkara 141A, semua kuasa dan fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau Suruhanjaya Pendidikan yang ditubuhkan di bawah Perkara 139 dan 141A, selain kuasa membuat pelantikan pertama kepada perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, boleh dijalankan oleh suatu lembaga yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong." Dalam hal ini, Yang di-Pertuan Agong telah membuat peraturan yang dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A)75/2010] bagi menjalankan kuasa SPA khusus berkaitan dengan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai awam Persekutuan. Oleh itu, penempatan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang saya selaku Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan, sebagai suatu kuasa yang sah dari segi Perlembagaan Persekutuan dan merupakan 'appropriate Service Commision' menurut Perkara LII (1) Perlembagaan Negeri Selangor. Kenyataan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dari segi undang-undang.

Perlembagaan Negeri Selangor tidak menetapkan syarat untuk Sultan Selangor meluluskan suatu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Oleh itu perkenan oleh Sultan Selangor dalam pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi bukanlah sesuatu legal requirement di bawah Perlembagaan Negeri Selangor tetapi ia lebih kepada suatu kelaziman dan courtesy untuk Sultan memperkenankan sesuatu cadangan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang akan menjadi ketua pentadbir di negeri Baginda. Dalam proses itu, jika mana-mana nama, jika ada yang dipersembahkan untuk pertimbangan Sultan Selangor adalah juga sebagai suatu kelaziman dan courtesy sahaja. Apa yang sah dari segi undang-undang ialah pelantikan yang dibuat oleh 'appropiate Service Commission' atau oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa SPA seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan 144(5B)(i) dan [P.U.(A)75/2010]. Oleh itu, pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai SUK Selangor adalah teratur dan sah dari segi undang-undang.

...................................................

Tidak timbul isu penolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor kerana pelantikan Y.Bhg. Datuk Mohd Khusrin bin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri bukan merupakan pelantikan oleh kerajaan Persekutuan tetapi dibuat oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan Peraturan-Peraturana Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 [P.U.(A) 75/2010].

Dalam urusan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai Persekutuan di peringkat negeri, saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak mengambil input politik dalam urusan pelantikan tersebut dan tidak merujuk kepada mana-mana Anggota Pentadbiran Persekutuan termasuk Y.A.B. Perdana Menteri. Urusan tersebut dilaksanakan secara profesional yang hanya melibatkan saya selaku Ketua Setiausaha Negara dan Pengerusi Lembaga Kenaikan Pangkat dengan kerajaan negeri yang berkenaan melalui Setiausaha Kerajaan negeri berkenaan.

P/s: Saya terlihat di TV beberapa kerat manusia yang sanggup dipergunakan oleh pihak tertentu untuk berdemo demi menyokong pihak yang merampas kuasa Sultan! Pelik!

Bukti Pemalsuan DNA dan Kes Mata Lebam 1998

Posted: 05 Jan 2011 05:15 AM PST

Saya petik:
SURAT RAYUAN TERBUKA

Mat Zain bin Ibrahim 5 hb.Januari 2011

Kepada;

Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun,
Peguam Cara Negara Malaysia,
(Solicitor General of Malaysia)
Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan.
Block C3,Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62152 Putrajaya.


YBhg.Datuk,

Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998.

Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat.

2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga.

2.1.      Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut.

2.2.      Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama.

3.         Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu;

3.1.      Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan;

3.2.      Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim  lalu.

3.3.      Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM. Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan. Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang.

4.         Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya,  telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang.

4.1.      Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan.

5.         Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi  YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah;

5.1.      Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff  Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009.

"Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto."

5.2.      Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya,  dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup.

6.         Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan  YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah;

6.1.      Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu.

6.2.      Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan.

6.3.      Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

6.4.      Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya.

(i)         Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut.

6.5.      Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC).

(i).        Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong.

(ii)        Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu;

a)         Melantik DPP dibawah Seksyen 376  subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4).

b)         Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi.

c)         Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986.

6.5.1.  Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk  sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk  sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama.

6.6.      Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

6.7.      Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya.

6.7.1.  Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi  YBhg.Datuk ingin cari.

6.7.2.  Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes  itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan.

YBhg.Datuk,

7.         Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini.

7.1.      Press Statement  5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis.

7.2.      Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya.

8.         Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan.

8.1.      Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini.

9.         YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998.

9.1.      Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu.

10.       Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan.

Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru.

Terima kasih.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

5hb.Januari 2011.

( Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi  5.1.2011)

Sumber: Kerajaan Rakyat

[Salin&Cetak] Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011

Posted: 05 Jan 2011 04:00 AM PST


kalender gaji kakitangan awam 2011 Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011

Nota : Berdasarkan jadual gaji 2011, gaji Tahun Baru China, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak diberi awal kerana jatuh sebelum 11hb bagi bulan tersebut.

Rais Nafi ROGOL, PERKOSA, Amah. Bagaimana Namanya Tertulis dalam Dokumen Itu?

Posted: 05 Jan 2011 01:33 AM PST

Saya petik:
[MK] Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek, berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

P/s: Pak menteri ini menafikan bahawa perkosaan amah Indonesia itu angkara kemaluannya. Oleh itu, pak menteri ini perlu mengambil tindakan terhadap pihak yang menulis dokumen yang mengaitkan namanya. Penafian ini juga bukan lesen untuk membebaskan pak menteri ini daripada siasatan terhadap laporan polis yang telah dibuat.

Saya tidak setujulah jika Rais menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat pembangkang merupakan bukti bahawa tuduhan ini bermotif politik kotor/jahat. Sebagai pihak yang prihatin, pembangkang membuat laporan polis agar amah yang dikatakan diperkosa itu mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malah, laporan polis ini juga bertujuan membersihkan nama pak menteri terbabit. Mengapa takut kalau tidak bersalah?

Dalam hal ini, bukankah Migrant Care wajar membawa Robengah ke Malaysia? Biar amah itu membuat laporan polis. Biar pak menteri ini menafikan tuduhan itu di depan amah itu. Siarkan pertemuan itu secara langsung di televisyen. Biar 1Malaysia menjadi saksi. Biar orang dizalimi memperoleh pembelaan! Biar syarikat/ejen pekerja asing mengesahkan sama ada amah itu berkhidmat di rumah pak menteri itu atau di tempat lain.

Ironinya, mengapa lama sangat pak menteri itu mengambil masa untuk mengeluarkan kenyataan menafikan laporan dokumen yang mengaitkannya dengan kes rogol amah terbabit?

[Kemas Kini] Keputusan Inkues Teoh Beng Hock. Keputusan yang Mengundang Tanda Tanya!

Posted: 05 Jan 2011 12:25 AM PST

Saya petik (Twitter TMI):

* Koroner juga tolak kematian berpunca daripada homisid. Jika begitu, bagaimana TBH meninggal dunia? Adakah kematian TBH kerana unsur tidak sengaja atau kelalaian mendiang?

Namun, Koroner bersetuju bahawa kematian TBH berpunca daripada beberapa kecederaan yang dialami ketika mendiang jatuh dari pejabat SPRM.

Hasil inkues, keputusan/penghakiman terbuka...

Aduhai, buang masa, buang wang rakyat! 


  1. INQUEST - Coroner: I rule out death by homicide, so it is an open verdict.
  2. INQUEST - On homicide, notes the neck injury. Says raises doubts Teoh exited window unaided. Says those were submissions by counsel.
* Teori bunuh diri telah dibakulsampahkan oleh Koroner
  1. INQUEST - Coroner: I rule out verdict of death by suicide. 
  2. INQUEST - Coroner says handwriting evidence questionable, regrets that no forensic psychiatric evaluation done.
  3. INQUEST - Coroner says pathologist Dr Prashant said most likely suicide and also there's the suicide note found by police.
  4. INQUEST - Cause of death result of multiple injuries sustained in fall.
  5. INQUEST - Coroner says clear Teoh died on service corridor of 5th floor of Plaza Masalam.
  6. INQUEST - Coroner says likely time of Teoh's death approx btw 7.15am and 11.15am on July 16, 2009 based on pathologists' testimonies.
  7. INQUEST - Coroner goes into first issue: when Teoh died. Says 2 theories dominated inquest: suicide and homicide.
  8. INQUEST - In finding of suicide or homicide, must be beyond reasonable doubt. Coroner reminds court duties, function of coroner and inquest.
  9. INQUEST - Coroner emphasises verdict must be based on facts and not guesswork.
  10. INQUEST - MACC officer Mohd Anuar appointed IO to probe Seri Kembangan ADUN for allegations over misuse of funds.
  11. INQUEST - It is not a trial, stresses no criminal liability involved.
  12. INQUEST - Coroner says hearsay evidence must be scrutinised with caution. He summarises the facts disclosed in inquest:
  13. INQUEST - Coroner says the objective is to find out when, where, how and what manner the deceased came to his death.
  14. INQUEST - Total of 37 witnesses called, including 12 expert witnesses.
  15. INQUEST - Coroner says he was instructed to conduct the inquest after receiving the sudden death report.
  16. INQUEST - Coroner to read the verdict.
  17. INQUEST - Coroner Azmil Muntapha thanks lawyers for assisting in inquest.
  18. INQUEST - Lawyer Tan Hock Chuan introducers lawyers for the different parties.
  19. INQUEST -- Court starts.
  20. INQUEST - Teoh family maintains stony silence while courtroom chatter increases. 

Kemas Kini:
Saya petik laporan Malaysia Kini:
Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya....

[Wajib Baca] "Interlok": Ulasan Bahagian yang Didakwa Menyinggung Kaum India

Posted: 04 Jan 2011 10:25 PM PST

Saya petik:
[MK] Lazimnya, jarang sekali karya sastera, khususnya novel Melayu mendapat perhatian sebegitu meluas daripada masyarakat umum di negara ini seperti yang diperoleh Interlok karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Husain.

NONETetapi malangnya semua perhatian berkenaan atas sebab yang tidak sepatutnya.

Banyak pihak tampil membidas Interlok yang dipilih sebagai teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) untuk tingkatan lima. Ia dikatakan sebagai karya berbentuk 'rasis' serta menyemai bibit-bibit unsur penghinaan.

Buku setebal 426 halaman itu bercerita daripada tiga sudut pandang watak utama - Melayu, Cina dan India - tentang situasi hubungan kaum ketika itu yang menghadapi pelbagai rintangan.

Ia dibahagikan kepada empat buku, bahagian pertama bercerita daripada sudut pandang Seman dan keluarganya di kampung, bahagian kedua tentang Cing Huat sekeluarga yang baru datang dari China dan ketiga tentang kehidupan Maniam di estet, sebelum semua itu dirangkum dalam bab terakhir.

Ia juga merangkumi sekurang-kurang tiga generasi yang mengambil latar sekitar 1910 dan berakhir pada latar masa 1957 ketika negara menyambut kemerdekaan.

Walaupun semua keempat-empat bahagian buku itu mempunyai kandungan yang kontroversial, namun bab yang mendapat publisiti meluas sekarang adalah yang berkisar mengenai keluarga Maniam.
India melenting!
Tidak seperti kaum lain di negara ini, yang melenting adalah hanya kaum India!

Bermula dengan bidasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan ia diperpanjangkan oleh Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu.

azlanPersekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) dalam kenyataan medianya mendakwa Interlok memberikan gambaran tidak betul terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan.

Buku mengenai Maniam itu bermula apabila lelaki berusia 30 tahun itu yang berbadan tegap dan bertulang rangka besar meninggalkan kampungnya di Tricur, Kerala, India kerana tidak tahan dicengkam kemiskinan.

Di dalam kapal ini dia tidak susah. Sebahagaian besar daripada penumpang dekyang bersama-samanya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka yang dari arah utara sedikitbercakap bahasa Malayalam atau Telugu, tetapi hampir semuanya tahu bahasa Tamil. Malayalam dan Telugupun berasaldari satu rumpun bahasa Dravidia. Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak perlu takut akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan. Mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur.Mereka berasak-asak seperti kambing. (halaman 211)

Sekumpulan masyarakat India di negara ini mempertikaikan kebijaksanaan Abdullah yang mengolah ceritanya dengan fakta-fakta sejarah dan hakikat sistem kasta yang membelenggui masyarakat di India ketika itu.

Maniam digambarkan gembira dengan peluangnya mendapat pekerjaan dan begitu serasi bukan sahaja dengan cuaca di Malaya yang hampir sama dengan kampung halamannya, tetapi juga makanan seperti kari yang digemari penduduk tempatan menepati citarasanya.

Di sini, pekerjaan yang membezakan kasta tidak ada.
(halaman 216)

Dia gembira hidup di negeri ini kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dirinya sebagai manusia seperti orang lain. (halaman 218)

Di negeri ini, orang daripada kasta Brahma memakai punul yang melintang di tubuh, tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu.

Dia boleh membeli barang daripada penjaja dengan memberikan wang dari tangan ke tangan; tidak seperti di negaranya, dia mesti meletakkan wang itu di suatu tempat dan penjaja itu akan menyiram wang itu dengan air sebelum diambil dan dimasukkan ke dalam petinya. (halaman 219)
Tidak puas hati
Bagi kumpulan masyarakat India, perenggan-perenggan di atas terlalu sensitif dan mereka tidak berpuas hati denggannya.

Cerita itu disambung mengenai kebahagian yang dikecapi oleh Maniam bagaimapun tidak lama, apabila orang kampungnya, Raman dan Suppiah datang membawa khabar berita, bahawa isterinya Ambika sudah mengikut lelaki lain.

Esakan Maniam berhenti dan dia mengesat air matanya. Barulah Suppiah, orang yang berair muka seperti keanak-anakan itu bercerita. Isteri Mania, Ambika sudah amat melarat hidupnya. Dia sudah mulai makan pucuk-pucuk kayu. Tukang pinjam wang sudah tidak membenarkan dia tinggal di rumah itu lagi kerana rumah itu sudah menjadi haknya dan lembu Maniam itu diambilnya.
(halaman 221)

Malah, Maniam yang tidak berpelajaran, setiap bulan mengirim wang kepada rakannya di India, Pillay supaya diberikan kepada isterinya. Pillay bukan sahaja gagal menunaikan amanah itu tetapi juga melarikan isteri sahabatnya itu.

NONEAkibat tertekan dengan berita itu dan menanggung malu yang besar, Maniam mengambil keputusan meninggalkan Pulau Pinang dan merayau dari satu kebun ke satu kebun sehingga dia tercampak di kebun orang putih di Cangkat Lima.

Dia berjaya mendapat pekerjaan dari tandil kebun kelapa itu - juga seorang India dari Madras, Perumal dan akhirnya berkahwin dengan anak perempuannya Malini dan hidup dengan bahagia, tanpa memberitahu latar perkahwinannya dengan Ambika.

Akibatnya, kebahagian itu tidak berkekalan - Suppiah kemudiannya datang ke kebun itu dan membawa cerita bahawa Maniam pernah berkahwin dan meninggalkan isterinya.

Akibatnya beliau diusir dari ladang itu dan semasa meninggalkan estet berkenaan, Maniam diserang dan cuba dibunuh oleh orang yang tidak dikenali. Mujur kehadiran seorang lelaki tempatan berjaya menyelamatkannya.

Sekilas pandang, tidak dapat dinafikan mungkin ada petikan yang menguris hati dan dikatakan berbaur perkauman, namun kita tidak boleh melihat ayat terpencil atau isu yang diambil di luar konteks novel. Tindakan seumpama itu, hanya menidakkan niat suci dan murni pengarang untuk menyatukan masyarakat Malaysia melalui karyanya itu.
Perlu dibaca menyeluruh
Interlok perlu dibaca secara menyeluruh. Untuk menuduh Abdullah sebagai penulis rasis dan menghina masyarkat India serta membakar karya sasterwan negara itu, sesuatu tindakan melampau.

Pandangan tajam Abdullah Hussain membidas keadaan ketika itu, juga tidak terkecuali ke atas masyarakat Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh dan malas.

Setelah guru besar itu berlalu, Pak Musa ketwa terkekeh-kekeh, diikuti oleh Mak Limah. Dia amat gembira kerana menipu guru besar itu.

"Buat apa sekolah? Tengok tu, tahu membaca dan menulis pun aku yang tak bersekolah ini dapat tipu bulat-bulat."


Masyarakat Cina pula digambarkan bermata duitan dan sentiasa tidak ikhlas serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Ini jelas dipaparkan dalam Buku Dua - Keluarga Cing Huat. Menghiasi halaman utamanya, dimasukan pepatah Cina yang berbunyi: "Kalau tak berwang, ke mana pergi terbuang."

azlanLee Kim Lock yang melarikan diri dari tanah besar Cina akibat hasil tanaman mereka diserang belalang sanggup melakukan apa sekali perkerjaan pun termasuk mengangkat najis manusia.

Selain itu, demi wang, ikatan persaudaraan tidak penting. Malah mereka menikam satu sama lain seperti yang berlaku antara Paman Kok Leng yang menipu keluarga Cina yang dibawanya masuk ke Malaya. Hubungan adik-beradik juga menjadi tegang kerana wang.

Yew Hock lebih percayai oleh bapanya. Dia patuh pada ajaran bapanya, menimbang barang selalu kurang, berjual beli selalu bertegang urat.
Watak positif
Di sebalik watak dan nilai negatif yang ditunjukkan pengarang, pada novel ini menonjolkan watak positif untuk memberi keseimbangan dan memperlihatkan nilai terbaik bangsa dimanfaatkan untuk perpaduan kaum.

Dia terlalu memandang rendah kepada orang Melayu. Dia tidak pernah menganggap mereka manusia beradab seperti dia. Dia selalu mengatakan bahawa mereka malas. Dia mahu menarik keuntungan sahaja daripada mereka. Kalau mereka memberi keuntungan wang kepadanya, dia berbuat baik, kalau tidak dia menganggap mereka seperti sampah. Sekarang baru terasa bahawa kata-kata anaknya itu benar. Orang Melayu itu pun manusia juga. Mereka seperti kita, bukan orang biadap.
(Halaman 321)

Satu lagi contoh pada novel ini yang menonjolkan watak positif, bangsa berlainan yang cuba menghormati satu sama lain, boleh dilihat pada petikan ini.

Maniam menyusun jari kedua-dua belah tangannya memberi hormat kepada Mak Limah. Mak Limah tidak tahu apa-apa yang mesti dibuat. Dia melihat Seman dan ketika dia berpaling semula, Maniam telah berjalan jauh sambil menyeret basikalnya.

"Baik orang India tu, Seman," kata Mak Limah ketika mulai menggobek sirih.


Selain itu, Abdullah Hussain juga cuba memecahkan tembok kasta dengan memperlihatkan bagaimana Maniam diterima bukan sahaja oleh masyarakat India tetapi juga penduduk tempatan.

Setelah bapanya meninggal, di kebun yang jauh dari kampungnya itu dia menemui seorang bangsa asing yang dapat dianggapnya sebagai bapanya. Hanyalah kerana berlainan agama dan bangsa yang memisahkan mereka, tetapi dalam pergaulan sebagai manusia Maniam memperlakukannya sebagai anak dan dia menganggap Maniam sebagai bapanya. (Halaman 316)

Justeru, mendakwa Interlok menghina kaum India bukan sahaja tidak tepat tetapi membawa malapetaka terhadap niat murni sasterawan negara itu cuba menegakkan hakikat bahawa masyarakat india memang tahu mengenang budi.

"Orang perempuan Melayu dari Kampung Nyiur Condong juga ada ditahan di sini. Dia ditahan bersama-sama papa, tapi belum disoal siasat lagi," kata Ramakrrisynan.
"Anaknya mana?" tanya Maniam.

"Anaknya juga ada di sini, tapi tak ditahan. Dia mahu tolong ibunya."

"Engkau tolonglah dia, Rama. Dia itu macam saudaraku sendiri. Suaminyalah yang menolong menyelamatkan aku dulu.'
(Halaman 359)
Kaki kayu
Kisah bangsa Melayu, Cina dan India dalam novel ini sebenarnya dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti terkandung pada bab akhir.

Cerita diakhiri secara simbolik. Yew Seng yang terpaksa dipotong kakinya.

Waktu Yew Seng masih di dalam rumah sakit beberapa tahun yang lalu, mereka dari pekan itu dan dari kampung sekitarnya telah mengumpulkan wang untuk membeli kaki kayu tersebut, tetapi Cing Huat berkeras menolaknya. Dia mahu membeli sendiri. Dia ada wang. Dia tidak mahu menyusahkan orang ramai kerana anaknya itu, tetapi Lazim dan Raman pun berkeras juga. Mereka mahu menolong Yew Seng. Keputusan terakhir diserahkan kepada Yew seng, dan dia memilih kaki kayu yang akan diserahkan oleh masyarakat Melayu dan India. Masyarakat Cina di pekan itu ikut sama kemudian. Itulah khaki kayu yang digunakan oleh Yew Seng sekarang. (Halaman 418)

P/s: Saya bercadang untuk menyiarkan bahagian-bahagian yang mencetuskan ketidakpuasan hati sesetengah kaum India, namun masih sibuk dengan tugas-tugas lain serta masih lagi membaca buku tersebut. Walaupun belum khatam novel ini namun saya sudah terlibat dengan penerbitan sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, perwatakan, dan binaan plot novel tersebut.

Hari ini MK sudah menyiarkannya dan ulasannya juga agak menarik. Saya salin dan tampal di sini.

Persoalannya, salahkah fakta yang ditulis oleh Abdullah Hussain (saya pernah menimbulkan dalam kiriman terdahulu kerana waktu itu masih belum membacanya)? Hinakah orang India dengan paparan perenggan-perenggan di atas? Bagaimana pula dengan unsur penyesalan, penyatuan, kerjasama, perpaduan, hormat-menghormati yang terkandung dalam novel ini?

Nasihat saya kepada orang yang mudah sangat melenting, bacalah karya sastera negara terutamanya yang ditulis dalam bahasa kebangsaan tanpa mengira latar belakang kaum dan keturunan anda, jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap atau provokasi orang. Jangan hanya menyelak halaman tertentu sesebuah novel kemudian menyalak tidak tentu fasal!  

Saya mahu bertanya, dalam banyak-banyak orang yang melenting tentang isi kandungan novel ini, SIAPA ANTARA MEREKA YANG SUDAH KHATAM NOVEL INI?

Sila angkat tangan!

Jual Dara untuk Biayai Pelajaran

Posted: 04 Jan 2011 07:40 PM PST

Di Telegraph diberitakan bahawa seorang pelajar universiti di UK berhasrat melelong daranya untuk membiayai kos pelajarannya selama tiga tahun. Berita tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana perkara seumpama ini sudah banyak kali heboh diperkatakan di luar negara.

Kali terakhir saya membaca berita seumpama ini membabitkan seorang pelajar yang berjaya menjual daranya dengan nilai 200 ribu pound atau lebih RM1 juta. Lelaki yang berjaya membida "dara" pelajar itu jika tidak silap seorang jutawan dari Rusia. Cerita ini ada disiarkan dalam blog ini sekitar pertengahan tahun lalu.

Berbalik kepada cerita pelajar tadi, Telegraph melaporkan bahawa pelajar yang tidak dikenali itu menawarkan dirinya untuk wang di laman sesawang The Student Rooms. Setakat ini, tawarannya sudah mendapat 92 respon daripada kalangan pelajar.

Iklan yang ditulis pada pukul 4.34 petang pada 26 Disember itu bertajuk "Berhasrat untuk Menjual Dara". Keterangan iklan: "Saya pelajar tahun 1 di sebuah universiti. Keluarga saya tidak berkemampuan dan saya memerlukan wang untuk membiayai pelajaran saya/beri saya kesempatan/pilihan dalam hidup."

Selain itu, pelajar itu turut menggambarkan dirinya agak menarik, berusia 18 tahun, bertubuh kurus, berambut perang, bersaiz 32DD, dan berwajah cantik. 

Berita yang saya olahkan semula itu berlaku di luar negara. Namun, apa kurangnya dengan pelajar di negara kita? Bezanya, pelajar di negara kita belum lagi sampai mengiklankan dara di internet, namun mereka tanpa segan silu menjualnya di lorong-lorong gelap, menjajanya di pusat beli-belah, atau menjadi "wanita simpanan" lelaki kaya demi memperoleh wang yang banyak dan menjalani kehidupan mewah.  Jangan nafikan kerana hal ini kerap kali diberitakan di akhbar.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang siswi IPT melacurkan diri selama 45 hari hanya kerana mahu menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang di asrama. Bayangkan betapa hina dan bodohnya siswi tersebut yang sanggup menggadaikan maruah diri hanya semata-mata kerana komputer riba bernilai RM3 ribu!  Ini hanyalah sekelumit contoh untuk membuktikan kebodohan segelintir pelajar IPT yang kunun-kununnya bijak namun hakikatnya "bingai tahap gaban".

* Gambar sekadar hiasan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.mfg.com/usa/tramadolonline/#21478 tramadol recreational use dosage - buy tramadol online reviews