Rabu, 5 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Kenyataan Munir Bukan Titah Sultan Selangor - MB

Posted: 05 Jan 2011 02:00 PM PST

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menyifatkan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili baginda.

Abdul Khalid berkata, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memahami kemelut yang berlaku memandangkan krisis Perlembagaan pada 1993 jelas memperlihatkan kuasa Sultan dan Menteri Besar telah ditarik balik.

Menurutnya, beliau bukan menolak kenyataan Mohamad Munir sebaliknya ia merupakan fakta sejarah yang menyatakan bahawa selepas pindaan dilakukan pelantikan tiga jawatan eksekutif tertinggi dinegeri itu diberikan kepada kerajaan Pusat.

"Saya bukan tolak kebenaran. Itu hanya pendapat Mohamad Munir. Setiap kenyataan saya berdasarkan fakta sejarah.

"Sultan faham dengan keadaan ini dan kami telah berbincang mengenai kesan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Jika ikut secara logiknya krisis perlembagaan pada tahun 1993 itu jelas menunjukkan Sultan mahupun menteri besar tidak mempunyai kuasa di atas perlantikan tiga pegawai ekskutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Rabu.

Isnin lalu, Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi membincangkan mengenai isu pelantikan SUK yang kini dipegang Mohammed Khusrin.

Semalam media melaporkan, Mohamad Munir berkata baginda menitahkan bahawa tindakan Abdul Khalid berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan SUK adalah tidak wajar.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor telah menitahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan bagi memilih calon sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum dipersembahkan kepada Baginda.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid menegaskan bahawa nama Mohammed Khusrin tidak pernah disenarai pendek sebagai calon yang diserahkan bagi mendapat perkenan Sultan Selangor .

"Sebaliknya, ada pegawai tinggi kerajaan di Selangor telah lebih awal serahkan kepada baginda tanpa mendapat kelulusan daripada Menteri Besar.

"Sebenarnya kita sudah ada calon kita sendiri dan calon ini dipilih oleh sebuah panel yang dilantik bagi memilih calon SUK terdiri daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selagor, Datuk Teng Chang Kim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Ali dan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar," katanya.

Mengenai kemungkinan sidang DUN tergempar bagi meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor itu diadakan serentak dengan pilihan raya kecil DUN Tenang, Abdul Khalid berkata perkara itu tidak timbul kerana sidang tergempar itu akan diadakan dalam tempoh sehari sahaja.

"Keputusan mensyuarat Exco tadi mereka bersetuju untuk adakan sidang dewan lebih awal iaitu sambungan pada sidang yang terakhir.

"Saya jangka ia dibuat sehari sahaja. Maka tiada masalah mengenainya," jelasnya.

Mengenai draf rang Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang akan dibawa dalam sidang tergempar nanti, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah bersetuju untuk melantik dua penasihat undang-undang, mereka termasuklah peguam Datuk Param Cumaraswam dan juga pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari.

"Kepakaran mereka akan digunakan bagi membantu dalam memberi sebarang nasihat berhubung cadangan rang undang-undang yang bakal dibentang di sidang DUN akhir Januari ini," katanya.

MSTAR

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Live: Wolverhampton Wanderers vs Chelsea

Posted: 05 Jan 2011 11:48 AM PST

Ugut sebar gambar lucah jika tolak permintaan

Posted: 05 Jan 2011 04:00 AM PST


KUALA LUMPUR – Gara-gara menjalin hubungan dengan lelaki baru dikenali menerusi ruangan mencari kenalan dalam sebuah majalah, seorang gadis berusia 15 tahun diperangkap dan menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki terbabit.

Perkenalan singkat antara mangsa dengan lelaki berusia 37 tahun itu sejak akhir November tahun lalu, bermula dengan perbualan melalui telefon sebelum kedua-duanya kerap keluar makan bersama.

Difahamkan suspek yang bekerja sebagai penjaga kafe siber itu, semakin berani dan kerap mengajak mangsa ke hotel di sekitar ibu negara untuk mengadakan hubungan seks.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan awal menunjukkan suspek dan mangsa sudah beberapa kali bertemu di hotel untuk tujuan tersebut.

"Bagaimanapun mangsa mendakwa sikap suspek mula berubah selepas dia gagal meminjamkan RM1,000 kepada suspek.

"Suspek turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel mangsa jika permintaannya tidak ditunaikan," katanya selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, semalam.

Chin Wah berkata, mangsa yang bimbang dengan ugutan itu membuat laporan polis Ahad lalu dan suspek ditahan kira-kira jam 3 petang.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol kerana mangsa masih di bawah umur.

"Suspek sedang direman bagi membantu siasatan berhubung kes," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Chin Wah berkata, seorang pemandu teksi turut ditahan kerana mencabul seorang wanita berusia 20-an yang menaiki teksinya di Bangsar.

Beliau berkata, mangsa mendakwa suspek berusia 37 tahun itu cuba mengajaknya untuk berjalan-jalan dan makan, namun ditolaknya.

"Suspek mengambil kesempatan meraba mangsa. Dia ditahan selepas kita menerima laporan," katanya.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Rampas Selangor, projek terbesar Umno untuk PRU 13

Posted: 04 Jan 2011 11:00 PM PST

Zaid Zakaria

Seperti dinyatakan oleh Harakahdaily dalam satu tulisan tidak lama dulu, Selangor bakal menjadi medan pertempuran utama Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Usaha terbaharu Umno telah dimulakan dengan mengeksploit konflik berkaitan pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

Dalam kes terbaharu, pertikaian berhubung pelantikan setiausaha kerajaan negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi menjerumuskan lagi negeri paling diidamkan Umno ini dalam kemelut.

Seperti yang biasa, Umno dan media dikuasainya mengeksploit sepenuhnya episod ini dengan meletakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam keadaan defensif dan memperlihatkan beliau sebagai melawan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Bagi orang ramai, terutama orang Melayu, drama yang dipersembahkan melalui media Umno ini menjadikan Khalid dan seluruh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagai penentang raja Melayu.

Imej negatif yang dikemukakan ini bermatlamat menghakis sokongan orang Melayu terhadap Pakatan seperti yang pernah dilakukan di Perak.

Sama seperti yang dilakukan di Perak, kerajaan Pakatan dan menteri besarnya didakwa melawan sultan dan mesej ini disampaikan melalui permainan media Umno.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang sebenarnya sebahagian daripada jentera Umno menyokong dan menguatkan lagi serangan yang diprogram oleh Umno.

Pertubuhan-pertubuhan ini jelas sekali menjalankan program Umno untuk memburukkan imej kerajaan Pakatan Selangor kerana isu-isu yang ditangani semuanya yang dipolitikkan, daripada mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hingga kepada pelantikan Khusrin.

Buktinya, mereka hanya terlibat dalam perkara-perkara yang boleh memberi manfaat kepada pembangkang di negeri Selangor, yakni Umno, dan merugikan kerajaan Pakatan.

Kempen mereka juga dipertingkatkan menjelang pilihan raya umum yang dijangka beberapa bulan lagi.

Akhbar harian dikuasai Umno telah menjadikan isu kemelut Selangor sebagai berita muka depannya selama dua hari berturut-turut.

Laporan-laporan lain, seperti dakwaan menghasut oleh Shuhaimi Shafie, wakil rakyat Seri Muda kesemuanya bermatlamat menguatkan persepsi negatif terhadap Pakatan Selangor di mata orang Melayu.

Di sinilah kumpulan-kumpulan Melayu pro-Umno memainkan peranan Mereka, menjadi penyerang barisan hadapan bagi Umno yang tidak mahu mengotorkan tangan mereka dan meletakkan kempen 1 Malaysia dalam risiko.

Mesej yang disampaikan oleh kumpulan-kumpulan itu, termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, kesemuanya berperanan mengukuhkan imej tidak mesra Melayu kerajaan Pakatan di Selangor.

Berdasarkan perkembangan sejak Pilihan Raya Umum ke-12, Umno dan BN menyedari undi bukan Melayu di Selangor tidak boleh diharapkan sangat untuk memenangi semula Selangor.

Kerana inilah, Umno berusaha memenangi hati dan minda orang Melayu, seperti yang disebut Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam ucpaan semasa konvensyen Pakatan, menggunakan race (bangsa), religion (agama) dan raja.

Seperti juga yang telah berlaku di Perak, kempen menggunakan formula bangsa di negeri itu berjaya menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap Pakatan.

Apa yang dilakukan oleh Umno ini ditujukan kepada satu perkara dasar dalam Pakatan iaitu kerjasama melibatkan PAS dengan DAP dan PKR.

Dengan menggugat kerjasama ini, hubungan ketiga-tiga parti dalam Pakatan boleh terjejas dan memudahkan usaha Umno dalam pilihan raya umum nanti.

Di negeri-negeri Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang PAS tidak menguasai pentadbiran negeri, isu Melayu terpinggir dimainakan oleh Umno.

Negeri Pulau Pinang dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh DAP sehingga mengabaikan orang Melayu manakala Selangor pula dikatakan didominasi PKR dan DAP dengan kesan yang sama seperti Pulau Pinang.

Ini membolehkan sentimen Melayu dimanipulasi oleh Umno dan mendorong sejumlah pengundi memikirkan lebih baik memilih Umno kerana sekurang-kurangnya parti Melayu itu dominan dalam Barisan Nasional.

Di sinilah Umno berjaya menarik sokongan Melayu, yang dibina sedikit demi sedikit sejak tewas di beberapa negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Umno yang terjejas teruk selepas kalah di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 sedang menumpukan kekuatan untuk merampas Selangor.

Pakatan perlu strategi yang kuat dan setara untuk menentang kempen Umno menggunakan sentimen Melayu ini.

PAS sebagai parti dianggotai Melayu terbesar selepas Umno dan berhasrat menggantikan Umno sebagai pejuang utama orang Melayu Muslim di negara ini perlu menunjukkan peranannya sebagai pemelihara kepentingan Melayu.

Tindakan ekstrem Umno menggunakan agama dalam kes Selangor ini perlu ditangani oleh PAS dengan menunjukkan ada ruang yang lebih sederhana dalam membela kepentingan Melayu tanpa bertindak seperti Umno.

Episod Selangor ini mendedahkan sensitiviti isu bangsa yang masih boleh dimanipulasi oleh Umno di Selangor, selepas berjaya mempalitkan imej negatif pada Pakatan selepas episod Perak.

Pakatan kini perlu lebih berhati-hati supaya tidak mudah diperlihatkan sebagai menentang raja di Selangor dalam pertikaian pelantikan setiausaha kerajaan negeri.

HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

'Topi keledar maut’ berharga RM1.2 juta

Posted: 04 Jan 2011 08:00 PM PST


CANGGIH...topi keledar yang menjadi senjata baru juruterbang RAF.

LONDON: Topi keledar era angkasa lepas baru ini akan membolehkan juruterbang Tentera Udara Diraja Britain (RAF) menembak jatuh pesawat dengan hanya melihatnya.

'Topi keledar maut' yang berharga �250,000 (RM1.2 juta) itu menyerupai kelengkapan yang digunakan pelakon filem Star Wars dan satu daripada kemajuan terbesar yang pernah dicapai dalam keupayaan melakukan serangan.

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang juruterbang untuk memusnahkan musuhnya ialah dengan merenungnya saja.

Sasaran akan muncul dalam pelindung muka juruterbang, membolehkannya memilih sasaran dan menembak.

Lebih menarik lagi, dia boleh menembak sasaran yang berada di sisi, atas atau bawah, asalkan ia boleh dilihat. Ia berfungsi dengan menggunakan penderia pada topi keledar itu.

Ia akan dikesan oleh penderian lain dalam kokpit.

Juruterbang, Mark Bowman berkata: "Ia bermakna berakhirnya pertempuran di udara. Biasanya anda perlu berada di belakang pesawat musuh.

"Dengan topi keledar baru ini, saya menghalakan senjata dengan kepala saya."

Topi keledar baru itu yang dicipta oleh syarikat Britain, BAE Systems, kini digunakan oleh juruterbang pesawat Typhoon RAF. - Agensi
HM

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bunuh pengkritik sultan, satu cadangan yang hina

Posted: 04 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya — tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain



Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka.

Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan  mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini.

Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’.

Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik di Universiti Sains Malaysia dan bekas Mufti Perlis.



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: