Selasa, 4 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Tolak Pindaan Kembalikan Kuasa Sultan Tunjukkan Wajah Sebenar UMCO terhadap Institusi Raja

Posted: 04 Jan 2011 06:33 AM PST

Saya petik:
[TMI] KUALA LUMPUR, 4 Jan – Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Apa yang berlaku sekarang adalah kerana kerajaan Pakatan Rakyat memainkan isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor yang baru demi survival politik mereka dan untuk memuaskan nafsu dan kehendak pentadbiran PR yang didalangi oleh DAP," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri tergempar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah lupa daratan dan gila kuasa sehingga terlupa bahawa pindaan terhadap Undang-undang tubuh tersebut perlu mendapat sokongan dua pertiga yakni 38 undi sedangkan anggota mereka miliki cuma 35 orang.

"Maka dengan itu saya berpendapat cadangan tersebut adalah lebih kepada emosi dan tak dilakukan secara bijaksana.

"Saya melihat apa jua tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersabit dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor adalah mainan politik untuk meningkatkan populariti mereka menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah Noh berkata, tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor campur tangan pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah satu penghinaan terhadap institusi perkhidmatan awam Negara.
Malah katanya, tindakan kerajaan negeri Selangor itu jelas mencabar kewibaan Ketua Setiausaha Negara dan SPA dalam pelantikan pegawai tertinggi perkhidmatan negeri.

"Pelantikan tersebut adalah hak pusat dan KSN berhak menentukan pegawai yang sesuai untuk menduduki jawatan tersebut," kata menteri pusat ini....-G Manimaran

Saya malas menulis panjang.

Kenyataan Noh Omar membuktikan bahawa Sultan tiada kuasa eksekutif untuk melantik SUK dan sekaligus menafikan kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor yang disiarkan dalam Utusan hari ini. (Sebenarnya, kiriman blog ini pagi tadi sudah mengesahkannya, cuma kali ini pengesahan itu datang dari mulut orang UMCO).

Kenyataan ini juga menunjukkan wajah sebenar UMCO terhadap institusi raja di negara ini. Noh Omar secara jelas menyatakan bahawa BN Selangor tidak akan menyokong pindaan yang bakal dibuat pada Sidang DUN Tergempar yang dijangka diadakan lewat bulan ini. Mereka saban hari menuduh DAP dan PR mengancam, menghina institusi raja, namun apabila langkah diambil untuk mengembalikan hak raja (dirampas oleh UMCO pada tahun 1993) mereka menidak dan menolak langkah itu. Apa lagi bukti untuk membuktikan pihak mana yang sebenarnya menderhaka kepada raja?

Ada apa-apa lagi mahu anda tambah? Sila kemukakan di ruang komen!



Harga Petrol Naik Lagi, "Terima Kasih" Pengundi BN!

Posted: 04 Jan 2011 04:14 AM PST


Saya petik:
[MK] Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

Bagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.



[Video] Ceramah Anwar Ibrahim di Tenang yang Membuatkan UMCO Tidak Tenang

Posted: 04 Jan 2011 02:36 AM PST




Ceramah ini dihentikan selepas DS Anwar Ibrahim menyentuh tentang APCO! Begitulah mulia dan hebatnya pengaruh syarikat Yahudi di Malaysia. 

Membongkar Identiti "Pas Beruk" yang Memburuk-burukkan ADUN Selising

Posted: 03 Jan 2011 10:30 PM PST

Sumber gambar di sini. 
(Kredit: Kerengga)

Siapa Pas Beruk dalam kes memburuk-burukkan ADUN Selising? Saya petik sedikit tulisan Gomo:
FITNAH? Gomo dan Team Nadi Rakyat Fitnah? Blogger Blogger yang memainkan Isu Adun Selising Juga FITNAH? Benar FITNAH?

SAMAN LAH.......Lu nak Tunggu apa lagi Saiful Bahri!!!

Blogg dan Facebookers Pakatan Pembangkang menyatakan Gomo Fitnah malah mereka siap mengeluarkan Bukti kononya Gomo, Azmy dan Pas Beruk lah yang mereka reka Ustaz Saidi yang di tetak pada malam kejadian sepertima yang Gomo laporkan.
Jadi, Pas Beruk ini adalah salah seorang ahli pasukan memburuk-burukkan ADUN Selising di Facebook, dan usaha itu diteruskan pula oleh Papa Gomo di blognya.

Selain terlibat dalam kes memburuk-burukkan ADUN Selising, Pas Beruk terkenal dengan kata-kata kurang sopannya di FB.

Berdasarkan keterangan gambar yang saya salin dari Facebook Husaini Abdul Karim, Pas Beruk ini dikatakan nama samaran kepada Syamsul Azrai Mohd Hussain yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Biro Tata Negara.

Benarkah manusia yang menggelarkan diri Pas Beruk ini adalah Syamsul Azrai yang bertugas di BTN?





Azwan Ismail Top 10 Hero Hak Asasi Gay 2010. Siapa Mahu Bangga dengan Kejayaan Jantan Ini?

Posted: 03 Jan 2011 08:05 PM PST


Siapa mahu bangga dengan kejayaan jantan ini? 

Ibu bapa dia? 

Adik-beradik dia? 

Orang kampung dia? 

Kawan-kawan sekolahnya? 

Menteri Kabinet Malaysia?

Perdana Menteri kita? 

Atau orang Islam yang tahu bahawa perbuatan jantan ini bertentangan dengan agama yang dianutinya? 

Saya petik:
[FMT] KUALA LUMPUR: A 32-year-old Malay-Muslim engineer, who courted criticism and death threats after openly proclaming that he was a homosexual, has received international recognition.

Azwan Ismail has been listed among the top 10 "gay rights heroes" of 2010.

Commenting on this in a Facebook entry, he said: "This is like the best early birthday present ever. Am I already a hero?"

Vowing to continue the struggle for acceptance, he added: "It surely comes with a big responsibility. And I am all ready to fight the battle."

The recognition comes from change.org which placed Azwan, the only non-Westerner on the list, at number nine.

The organisation's editor Michael Jones hoped Azwan's "voice will open doors for others in the country to speak up for LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender) rights".

Azwan landed in the spotlight after he admitted to being a homosexual in a video entitled "Saya Gay, Saya Okay" which was posted on YouTube.
 P/s: Orang bukan Islam atau orang Islam yang jahil tidak memahami hikmah di balik pengharaman perbuatan yang melanggar norma/fitrah manusia seperti homoseksual berpendapat bahawa Islam agama yang mengongkong manusia. Mereka berpendapat bahawa manusia seharusnya diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang diingini mereka.

Saya mahu tanya satu soalan: adakah perbuatan seks sumbang mahram juga suatu hak asasi? Hal ini demikian kerana mahkamah di luar negara yang rakyatnya melaung-laungkan hak asasi manusia menghalang dan mengenakan tindakan terhadap pelaku seks sumbang mahram.  Walhal si pelaku boleh sahaja berteriak bahawa tindakan mereka itu adalah hak asasi mereka.

Bukan itu sahaja, banyak lagi perbuatan yang boleh sahaja dilabelkan sebagai hak asasi, tetapi dihalang oleh undang-undang. Mengapa ada pula kelonggaran apabila berbicara tentang gay/homeseksual?

Baru Bertunang Sudah Tinggal Serumah?

Posted: 03 Jan 2011 07:03 PM PST

Saya petik:
[Mstar] Pelakon Memey Suhaiza atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi yang menjadikan laman sosial Facebook untuk menyerangnya secara peribadi.

Dalam status Facebook milik Abby yang dihantar pada Isnin, Abby meluahkan perasaan marah apabila panggilan telefonnya kepada Norman Hakim untuk berurusan mengenai anak mereka yang hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada tahun ini dijawab oleh Memey.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.
"Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.

"Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang," katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.

"Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

"Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional," katanya.Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut....-Kemalia Othman

P/s: Tidak serik-serik lagi?

Isu Kuasa Eksekutif Sultan: Siapa yang Menipu? MB Selangor atau Setiausaha Sulit Sultan Selangor

Posted: 03 Jan 2011 06:00 PM PST

Saya petik berita Utusan:
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani (gambar) menegaskan, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap mempunyai kuasa eksekutif bagi memperkenankan sebarang pelantikan pegawai kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Justeru beliau menjelaskan, kenyataan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh suruhanjaya berkenaan adalah dikeluarkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

''Itu tidak tahulah tetapi semasa perjumpaan Menteri Besar ketika menghadap Tuanku hari ini, beliau ada menerangkan kepada baginda bahawa kuasa tersebut telah dipinda, iaitu Tuanku tiada mempunyai kuasa memerintah membuat pelantikan yang kini dilakukan oleh SPA.

''Bagaimanapun, baginda sebagai Ketua Esksekutif Negeri tetap mempunyai kuasa eksekutif dan sebarang pelantikan perlu mendapat perkenan Tuanku.

''Menteri Besar pula berperanan menjalankan tugas berdasarkan kuasa yang telah diturunkan oleh baginda kepada beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid hari ini yang menyebut Sultan Selangor telah berpandangan bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA.

Ini kerana katanya, kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa Persekutuan....

Semalam, MB Selangor melalui kenyataan mediannya mendakwa DYMM Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ha ini demikian kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan.

Siapa yang menipu?

Setiausaha Sulit Sultan perlu mendefinisikan maksud memperkenan itu membawa maksud Sultan boleh menolak atau menerima lantikan SPA atau istilah perkenan itu membawa maksud kuasa Sultan hanya bersifat boneka dalam hal ini. Dengan kata lain, adakah penyerahan nama/lantikan itu hanya semata-mata untuk merasmikan sahaja keputusan yang telah dibuat oleh SPA kerana beberapa tulisan jelas menunjukkan SUK negeri merupakan lantikan Persekutuan bukannya lantikan kerajaan negeri?

Dalam isu ini, Bekas Hakim Datuk N.H. Chan memberikan pendapat beliau dalam TMI. Katanya, "Sebagaimana anda boleh lihat, Seksyen 52(1) adalah jelas, ia secara spesifik mengatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri harus dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang sewajarnya dengan memilih kalangan anggota perkhidmatan awam. Dia bukan dilantik oleh sesiapa; bukan juga oleh sultan, malah bukan oleh perdana menteri, tetapi oleh sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan di mana calon Setiausaha Kerajaan Negeri ialah anggota perkhidmatan awam"

Siapa yang betul?

Cuba jelaskan celah mana kuasa esksekutif Baginda Sultan dalam hal ini?

Insaf 7 Bulan Bekas Model Playboy

Posted: 03 Jan 2011 05:15 PM PST

Saya petik:
[Kosmo] JAKARTA - Pelakon filem dan model yang pernah tampil dalam majalah Playboy Jepun dan Singapura, Cynthiara Alona mengaku kembali tidak memakai tudung sejak kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelakon filem seram Indonesia, Paku Kuntilanak dan Susuk Pocong itu menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak bererti dia akan kembali tampil lebih seksi seperti sebelum memakai tudung.

Dia hanya memakai tudung selama tujuh bulan.

"Saya ingin jadi diri sendiri dan berkarier. Jadi masih belum perlu pakai jilbab (tudung) dululah," katanya.

Cynthiara, 25, menjelaskan bahawa dia akan berusaha untuk tidak terlibat dalam membintangi filem yang berunsurkan seks lagi.

"Aku akan cuba berhenti berlakon di dalam filem panas lagi," katanya.
Dia sebelum ini menggegarkan Indonesia kerana beberapa gambar bogelnya tersebar di Internet. - Agensi

P/s: Jangan dicaci, doakan semoga hatinya terus berubah untuk insaf.

Tiada ulasan: