Selasa, 4 Januari 2011

Biaqpila

Biaqpila


Nik Aziz: Pak Lah bawa titah mengadap Agong

Posted: 04 Jan 2011 02:00 PM PST

Menjelaskan kekeliruan berkaitan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Aziz Nik Mat berkata beliau dikunjungi bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah mengadap Seri Paduka.

NONENik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata beliau diminta mengadap bersama-sama beberapa pemimpin, termasuk presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, di ibunegara.

Ketika itu, jelas Nik Aziz, beliau berada di Hosptail Universiti Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku, saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam kenyataan ringkas empat perenggan hari ini.

Sangat tidak beretika

"Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap," tambahnya.

Sehubungan itu, Nik Aziz, menyeru semua pihak - sama ada media atau mana-mana individu - supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu.

Oleh itu, menteri besar Kelantan itu berharap supaya dihentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Semalam, Nik Mat dilaporkan mengakui bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhir Disember lalu, tetapi enggan mendedahkan hasil pertemuan itu kerana ia pertemuan tertutup.

NONESejak minggu lalu, pertemuan itu mencetuskan kebimbangan di kalangan penyokong parti Islam itu, sehingga tersebarnya desas-desus munculnya kembali usaha mewujudkan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

Ia bermula apabila laporan tabloid mingguan Siasah - berjudul "Nik Aziz, Najib menghadap Agong?" - pada minggu lalu melaporkan di muka depan pertemuan itu.

Dilaporkan, Siasah mendakwa perjumpaan "besar" pada 24 Disember di Istana Terengganu, Kuala Lumpur turut melibatkan Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bimbang dengan perkembangan itu, beberapa pihak, antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Abdul Fatah Haron pada 29 Disember lalu mengulasnya di laman Facebook, menyatakan kebimbangannya kemungkinan berlaku usaha menghidupkan semula idea kerajaan perpaduan.

Malah, terdapat juga dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa turut terlibat dalam pertemuan itu.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi

Posted: 04 Jan 2011 06:00 AM PST

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber.

azlanBagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.

Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.

MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Nama harimau pun nak di 1Malaysiakan

Posted: 04 Jan 2011 04:00 AM PST

Gua nak tanya, apasal lu orang sibuk sembang pasal nama gua sekarang ni?


Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

***
Pertama sekali, Luci maafkan gua kerana menumpang di entry lu. Bila baca entry lu ni, gua bergegas pegi ambik gambar yang rasanya tak patut dia punya hipokrit!


Perompak sukan rakyat!

Patutnya datuk Jahid Jahim ketengahkan isu yang lebih nasionalis, isu yang real tentang betapa celakanya nasib marhaen bila Piala Dunia dilacurkan baru baru ini. Lagi, beliau patut menyuruh penaja iklan di atas menyiarkan game game liga tempatan secara intensif, sekurang kurangnya. Iklan iklan macam ni semua nak elak cukai dan...... Kipppaaaasssssssss!!!!
-pidomat tumpang lalu-

sokernet

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Harga minyak masak RON95 tidak akan dinaikkan

Posted: 04 Jan 2011 02:00 AM PST



BOLEH PAKAI KE CAKAP DEPA NI?
MUNGKIN MINYAK MASAK RON97 YANG AKAN NAIK HARGA
MINYAK MASAK RON95 AKAN KEKAL HARGA LAMA
LEPAS SEBULAN MINYAK MASAK RON95 AKAN NAIK 5 SEN
KAH! KAH! KAH!

Harga minyak masak tidak akan dinaikkan


PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberikan jaminan bahawa harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini.

Timbalan menteri berkenaan Datuk Tan Lian Hoe berkata jaminan itu dibuat kerana bekalan minyak masak mencukupi dan tindakan diambil termasuk menyelaras dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mempercepatkan bekalan kepada semua kedai.
Beliau berkata kekurangan minyak masak disebabkan pembelian panik berikutan khabar angin bahawa harga barang keperluan ini akan dinaikkan.

"Minyak memang mencukupi untuk negara kita. Saya harap pengguna jangan dengar khabar angin sebegini.


"Kabinet belum mencadangkan untuk menaikkan harga (minyak masak), jadi tidak akan ada kenaikan harga buat masa ini melainkan ditentukan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas melawat Tesco Mutiara Damansara di sini, hari ini.


Minyak masak adalah salah satu barang kawalan yang disenaraikan oleh kementerian itu.

Tan berkata kementerian itu memantau keadaan ini dan memberikan amaran
bahawa peniaga yang menaikkan harga barang ini akan menghadapi risiko untuk
didakwa mengikut Akta Anti-Pencatutan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sokongan pengguna terhadap usaha
mengurangkan penggunaan beg plastik adalah penting dan janganlah hanya mengadu
mengenai larang itu pada setiap Sabtu.

"Adalah amat wajar kita sedar akan perlunya mengurangkan penggunaan beg
plastik demi alam sekitar dan masa depan," kata beliau.

Katanya purata, Malaysia menggunakan lapan juta beg plastik setiap tahun.

"Purata, kita gunakan seliter petroleum untuk mengeluarkan satu plastik beg
dan beg itu akan mengambil masa 500 tahun itu reput. Dan mengambilkira harga
tenaga tidak diperbaharui ini, kita hendaklah mengurangkan penggunaannya,"
tambah beliau. - Bernama

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tentera Israel Membunuh Wanita Dengan Gas

Posted: 03 Jan 2011 11:00 PM PST



TEBING BARAT - Ratusan warga Palestin dan aktivis anti-tembok penghalang telah mengikuti perarakan pemakaman seorang demonstran Palestin yang meninggal setelah menghidu gas 'beracun' yang dilepaskan oleh pasukan Israel ketika menghadapi protes di Tebing Barat.

Mereka yang berarak pada Sabtu 1 Disember, menyalahkan tentera Israel atas kematian wanita tersebut.

"Apa yang terjadi kelmarin, akibat terlalu ramai tentera Israel yang menjaga tembok apartheid, dan mereka mula menembak, begitu banyak, begitu banyak gas (tabung) dicampur dengan air bau (berascun) Dan jumlah yang besar gas itu menyebabkan ramai demonstran yang sesak nafas, dan ia telah membunuh Jawaher Abu Rahme, "kata seorang ahli keluarga Abu Rateb Rahme.

"Kematian ini disebabkan oleh kekejaman mereka, bahawa mereka menggunakan gas pemedih mata yang dilarang di Eropah pada tahun 60-an dan 70-an, kerana menyebabkan kematian. Tapi di sini., Di Palestin, mereka terus menggunakannya," kata Jonathan Pollak, seorang aktivis anti-tembok penghalang.

Jawaher, berumur 20-an nya, didapati meninggal setelah tabung gas air mata mengenai dadanya.

Mohammad Eidi, Ketua bahagian kecemasan Hospital di Ramallah, berkata, Jawaher telah tiba di hospital tersebut pada hari Jumaat dengan pernafasan sangat lemah sebagai akibat menghidu gas.

Doktor tersebut menambah, jenis gas yang digunakan tentera Israel masih belum dikenalpasti.

BO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Teguk arak sambut tahun baru 2011

Posted: 03 Jan 2011 08:00 PM PST


SEREMBAN - Mungkin ketaksuban terhadap budaya kuning dari Barat mempengaruhi sekumpulan 17 lelaki dan wanita beragama Islam meneguk minuman keras bagi menyambut ketibaan tahun baru 2011.

Mereka dicekup dalam operasi dilancarkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di pusat hiburan dan karaoke sekitar bandar ini, Nilai dan Jempol.

Ketua Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, operasi bermula kira-kira jam 9.30 malam, 31 Disember lalu dan berakhir kira-kira jam 5 pagi, keesokannya.

"Dua daripada 17 pengunjung beragama Islam ditahan adalah wanita. Semuanya berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

"Mereka dipercayai mengambil minuman keras ketika berhibur di tiga premis hiburan dan karaoke di Nilai, satu di Seremban serta beberapa lokasi lain sekitar Bahau, Jempol," katanya, di sini, semalam.

Beliau juga mengesahkan sembilan pengunjung lelaki yang ditahan adalah penjawat awam.

Ahmad Zaki berkata, semua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mengambil minuman keras.

Menurutnya, mereka berdepan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

"Dalam operasi sama, dua pengunjung lelaki beragama Islam turut ditahan kerana dipercayai berkelakuan seperti wanita.

"Kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 66 enakmen sama memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zaki berkata, operasi berkenaan yang membabitkan 40 pegawai dan anggota JHEAINS, Unit Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol serta Majlis Keselamatan Negara, turut menahan sembilan individu kerana disyaki berkhalwat.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 61 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan," katanya.

Menurutnya, individu ditahan di sekitar bandar ini dan Nilai dibawa ke IPD Seremban, sementara yang ditahan di Bahau dibawa ke IPD Jempol untuk tindakan lanjut.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dua perkara buruk dan teruk berlaku di Kedah?

Posted: 03 Jan 2011 05:00 PM PST

Oleh: Abdullah Ngah

"Kalau macam ini memang teruk" Demikian kata seorang kawan penulis yang tidak setuju dengan isu Dewan ulamak Kedah tentang buku Dr Mujahid Yusof.

Isu dua, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar letak jawatan sato sdn Bhd yang dilihat sebagai buruk dan teruk kepada kerajaan PAS yang memerintah Kedah.

Penulis tak akan sentuh pasal buku Dr Mujahid Yusof yang mendapat bantahan Dewan ulamak PAS kedah, kerana dia (Dr Mujahid) sejak dulu lagi melabelkan PAS lama tak betul.

Penulis tertarik dengan isu Datuk Mahfuz Omar yang bertindak melatakkan jawatan dalam Sato Sdn Bhd atas sebab tidak setuju dengan tender Insaniah Kolej Universiti berharga RM 180 juta diberi kepada kontraktor yang tak tersenarai pendek.

Bercakap pasal Mahfuz letak jawatan teringat saya dengan apa yang pernah berlaku semasa PAS memerintah Terengganu dulu (1999-2004).
Segala tender hampir semua dapat kepada kontraktor orang Umno.

Mengapa tidak? Bukan kerana apa. Mana ada orang yang ada lesen kelas C,B dan A. Jika demikian mana mungkin tender berharga ratusan juta beralih ke tangan orang PAS.

Demikian juga tender balak. Hampir semua kawasan balik diberi kepada orang Umno dengan alasan mereka banyak pengalaman mengendalikannya.

Tidak dinafi ada seorang dua orang PAS di dijenamakan dalam dalam tender yang diluluskan sehingga ada beberapa orang terpaksa naik turun mahkamah kerana tak bayar cukai pendapatan.

Yang paling aneh sekali adanya syarikat RM 2.00 milik orang umno yang dapat kawasan balak berharga RM 250 juta punca kerajaan Terengganu disaman RM 3 bilion.

Mungkin, mungkin juga atas itulah Mahfuz Omar letak jawatan kerana tak puashati dengan keputusan yang dibuat dan dipersetujui oleh pejabat menteri besar.

Inilah yang dianggap buruk dan teruk serta boleh menjejaskan reputasi kerajaan PAS. Apa tah lagi untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang barangkali akan diadakan pada tahun 2012 nanti.

Lebih lebih lagi mood baik dan puashati rakyat terhadap perdana menteri Mohd Najib Razak berada ditahap 72 peratus (2010) dan jatuh 3 peratus(2011) kepada 69 peratus yang dikatakan masih baik untuk menang dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti.

Itulah apa yang pernah berlaku dan nasib PAS menjadi pemerintah negeri dan semua penjawat awam penyokong kuat umno. Lazimnya memang begitu disamping pelbagai sabotaj yang dilakukan dalam pentadbiran yang mahu tidak perlu kepada banyak bersabar.

Kurang sabar jadilah apa yang berlaku, termasuk meletakkan jawatan dan tak puashati dengan menteri besar serta exco yang mahu tak mahu itulah jalan yang terbaik dipilihnya. Yang lebih buruk lagi munculnya suara tak puashati naib presiden dan ketua lujnah dan orang dalam terhadap kepimpinan PAS.

Ini juga membuat pintu fitnah terbuka seluas luasnya yang mengakibatkan PAS kalah teruk di Terengganu dan tak mustahil kerajaan PAS Kedah akan kecundang dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti dek terpalitnya kemelut yang berlaku dalam parti keadilan rakyat.


TKO


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: