Biaqpila |
- Anwar: Hentikan label 'penderhaka'
- PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno
- Parti Kita: Zaid Ibrahim antara imej katak dan ruang tengah
- LU KOYAK SALAH LOGO LA APEK
- KAMBING LEBIH LAYAK JADI MENTERI
| Anwar: Hentikan label 'penderhaka' Posted: 26 Jan 2011 04:00 AM PST Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak 'perlumbaan' antara BN dan Pakatan Rakyat sehingga masing-masing melabel satu sama lain sebagi penderhaka. "Saya setuju (ini politik regresif) dan saya tidak berkongsi pandangan (perlabelan seumpama itu),” katanya di Shah Alam hari ini. "Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.”Namun, katanya, beliau tidak menyalahkan rakan-rakannya di Pakatan yang terbabit dalam perbahasan itu kerana Umno yang mula melabelkan mereka sebagai penderhaka. "Umno tuduh kita penderhaka, pengkhianat Melayu dan antek (alat) kepada Cina, jadi (pemimpin Pakatan) ada kalanya terpengaruh dengan bahasa yang digunakan ketika membalas. Tetapi jika saya, saya cadangkan mereka memberikan jawapan berdasarkan pindaan 1993 dan ucapan mengikut Hansard. "Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.” Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita... kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki. "Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat... (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu. "Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya. Dalam perkembangan lain, Anwar mengulangi cabaran debat ekonomi, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, khususnya mengenai rancangan pembaharuan 100 hari Pakatan Rakyat. Namun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya."Beliau tidak tolak cadangan saya (untuk berdebat) tetapi kata saya akan demam atau sakit, dan bercakap mengenai melondehkan Anwar... saya tidak mahu melayan isu peribadi ini, saya mahu membincangkan ekonomi. "Tetapi jika beliau mahu meneruskan, saya memang bersedia, malah termasuk membincangkan kes liwat. Saya boleh jawab dan saya juga mahu timbulkan isu rasuah, pembunuhan, mencuri isteri orang lain, Port Dickson, - semua itu boleh dibawa dan dibincangkan juga,” kata Anwar. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| PRK Dun Tenang, buka wajah sebenar Umno Posted: 26 Jan 2011 02:00 AM PST Oleh Majdan Yahya Tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam - merujuk calon PAS-Pakatan Rakyat (PR) kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini. Sekaligus memperlihatkan kegagalan Umno menerangkan Islam yang sebenar kepada sekutunya itu. Walaupun ucapan Chua itu berlaku dalam perjumpaannya dengan masyarakat Cina bukan Islam, namun Umno tindak mengambil langkah proaktif untuk mengajak MCA berbincang agar isu tersebut dijawab dengan lebih berhemah. Bahkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan tentang agenda PAS yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berkuasa. Umno bukan sahaja tidak membantu MCA menghormati agama Islam malah mereka sendiri turut sama mempersendakan agama rasmi Malaysia itu. Apakah Umno begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan 5,766 pengundi masrakat Cina sehingga sanggup menjual agama? Jumlah pengundi Cina tersebut merupakan 38.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di Tenang. Dalam pilihanraya umum 2008 yang lalu, PAS memperolehi sokongan lebih daripada separuh pengundi di tiga kawasan majoriti Cina, iaitu bandar Labis Timur, bandar Labis Tengah dan Labis. Sebelum ini PAS dituduh oleh Umno dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang pro-Umno bahawa parti Islam itu telah menggadai prinsipnya kerana berkawan dengan DAP yang didakwa anti Islam. Pelbagai tohmahan dan demontrasi dibuat mengutuk tindakan PAS itu. Ditambah pula isu kenyataan "over my dead body" oleh Karpal Singh. PAS dan DAP didakwa tidur sebantal tetapi mimpi yang berlainan. Tetapi isu ini telah membuka wajah sebenar Umno dan NGO tersebut. Mana perginya suara lantang mereka? Mana jaguh-jaguh pendemo mereka? Mana perginya ketuanan Melayu-Islam yang mereka bangga-banggakan selama ini? Di mana Umno yang gah mengatakan merekalah juara membela agama? Di mana JAKIM dan di mana IKIM? Semuanya menunduk kepala tatkala MCA dan Gerakan mula mencemuh PAS sekaligus menghina Islam kerana pematuhan kepada suruhan agama. Dalam hal ini, jelaslah bahawa Umno sebenarnya yang menjual agama demi politik mereka. Walaupun Muhyiddin meminta isu ini tidak dipanjangkan oleh MCA, namun sehingga kini tiada suatu dialog khusus antara ulama Umno dengan pimpinan MCA bagi meleraikan isu ini. Rakyat yang cerdik dan celik tidak kira sama ada Islam atau bukan Islam telah dapat melihat dengan jelas bahawa PAS secara istiqamah meneruskan suruhan agama walaupun difitnah dan dihalang melalui pelbagai cara oleh Umno dan konco-konconya. Dalam hal ini DAP lebih menghormati Islam setelah berkawan dengan PAS dan tidak pernah mempersoalkan kenapa seorang muslimah perlu bersarung tangan untuk bersalam dengan pengundi yang bukan muhrim. Yang lebih menyedihkan sikap tidak menghormati Islam ini disiarkan ke seluruh negara oleh media pro-Umno. Isu ini sepatutnya mencelikkan mata dan hati rakyat Johor khususnya di Dun Tenang yang masih beranggapan Umno lah pejuang agama Islam. Sebahagian rakyat Johor telah pun membuat perubahan, dan pengundi Johor sewajarnya memulakannya di Tenang. Perkara ini tidak mustahil kerana Johor terkenal dengan sekolah agama rendahnya. Secara logik, hampir semua anak-anak Johor mempunyai asas agama. Mereka sewajarnya sedar bahawa Umno yang mempunyai JAKIM dan IKIM hanya mampu bersetuju dengan MCA dan Gerakan dalam perkara perkara yang mencabar dan menghina Islam. Berbanding PAS yang tegas mempertahankan Islam walaupun pernah hilang sekutunya pada pilihanraya 1999. Walau apapun keputusan PRK Tenang, PAS sudah menang dan membuktikan mereka tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk menegakkan Islam dan memberi kefahaman tentang Islam kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia ini. Berbanding Umno yang berselindung disebalik agama dan apabila keadaan terdesak untuk mendapatkan sokongan Melayu-Islam. Tetapi, tanpa disangka, Dun Tenang telah mendedahkan watak hipokrit mereka. DD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Parti Kita: Zaid Ibrahim antara imej katak dan ruang tengah Posted: 25 Jan 2011 11:00 PM PST Pelancaran Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, yang popular dengan singkatannya Kita semalam mencetuskan pelbagai reaksi.Ada yang menolaknya terus sebagai satu kuasa yang perlu diambil kira dan ada juga yang melihat potensinya untuk menjejaskan peluang kedua-dua Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, paling utama PR. Penegasan Datuk Zaid Ibrahim yang Kita berbeza daripada kedua-dua BN dan PR dan nilai demokratik dan liberal yang menjadi asasnya menjelaskan lagi dasar ideologi parti yang dianggap sebahagian kuasa ketiga dalam politik Malaysia itu. Kita, mahu tidak mahu dilihat sebagai pengacau kepada PR kerana potensinya merebut konstituensi urban dan liberal yang menjadi perhatian DAP dan Parti Keadilan Rakyat dan akan bersaing dengan kedua-dua DAP dan PKR untuk menunjukkan sifat dan kelebihan liberal masing-masing. Walau bagaimanapun, akibat perlakuannya dalam dua parti yang pernah disertai dan ditinggalkan sebelum ini, Zaid perlu berdepan dengan imej "katak" yang berupaya menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin sebuah parti yang becita-cita besar. Selain itu, politik Malaysia yang sejarahnya tidak menunjukkan kejayaan parti-parti kecil seperti Kita juga menjadi satu cabaran besar buat Zaid, yang masih belum dilihat keupayaannya menjadi pemimpin sebuah parti. Setakat ini, Kita masih belum menampakkan tokoh-tokoh besar dalam politik Malaysia menyertainya sepeti halnya parti-parti lain. Kelebihan yang mungkin akan dimanfaatkan Kita ialah aliansi dengan parti-parti di Sabah dan Sarawak dan calon-calon bebas yang liberal dalam menghadapi pilihan raya dan menyertai kerajaan sekiranya mendapat kemenagan yang cukup. Kita kini muncul sebagai salah satu kuasa dan harapan kepada liberal Malaysia, memperjuangkan aspirasi yang dilihat tidak berupaya diperjuang DAP dan PKR yang dikuasai politik kaum dan pemimpin kultus. Sebelum bersaing dalam medan politik, Kita telah sedia berdepan cabaran besar imej pemimpinnya yang masih dikait dengan imej katak. siasahdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 25 Jan 2011 08:00 PM PST ![]() KAH! KAH! KAH! SETIAP KALI PRK, TAKTIK LAPOK MACAM NI WAJIB BAGI BN TANGKAP 2 TIGA EKOQ KATAK BUBUH DALAM KOTAK LEPAIH TU PANGGIL RAJA KATAK DAN RAJA KOTAK BUAT PRESS KONFEREN....KAH!KAH!KAH! MACAM BIASA SETIAP KALI PILIHANRAYA MISTI ADA CELITA KATAK PUKUL 8 MALAM SEMUA STESEN TV PUKUI CANANG SEMUA OLANG SULAH TAU MAAA.. MACAM PUNDEK MASAK LEMAK KAH! KAH! KAH! WOI APEK!!! SAPA SULUH LU PI KOYAK ITU LOGO? ITU LOGO LAMA KEADILAN MAAAA.. LU DAH KETINGGALAN ZAMAN LA APEK KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| KAMBING LEBIH LAYAK JADI MENTERI Posted: 25 Jan 2011 05:00 PM PST ![]() Pakatan Rakyat yang menimbulkan isu kenaikan harga barangan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dicabar supaya terlebih dahulu menurunkan harga barang di empat negeri yang mereka perintah. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, berkata isu kenaikan harga barangan itu hanya bagi meraih sokongan. “Kalau hebat sangat pembangkang, sila segera turunkan harga barangan seperti harga petrol di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. "Jangan tunggu selepas pilihan raya kerana mereka sudah dapat perintah empat negeri itu, saya cabar mereka cari duit dan beri subsidi supaya harga barang di empat negeri itu turun," katanya selepas bersarapan pagi bersama penduduk di warung Kampung Tenang di Labis, hari ini. - Mkini Note: Aku tak tahu la nak ketawa atau nak menangis.. Ketawa sebab sebodoh ini pun boleh jadi menteri..Nangis sebab negaraku Malaysia menterinya memang bodoh gila.. Pilih kambing jadi menteri lagi baik.. Tak payah bayar gaji mahal-mahal.. bagi rumput dah cukup. Cukup tahun nanti boleh sembelih dan tukar kambing lain jadi menteri lagi. Bagusnya kambing dia tak tahu nak sakitkan hati rakyat dengen kenyataan sebodoh ahmad maslan ni.. rubbertapperz KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Isu yang didebatkan adalah pindaan perlembagaan (Selangor) dan martabat Raja-raja Melayu, jadi tumpuan adalah sama ada ia akan memperkukuh atau melemahkan perlembagaan.”
"Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat... (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”
Namun katanya, jika Najib berterusan menyerangnya secara peribadi, beliau sanggup berdepan dengannya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan