DIALOG RAKYAT |
- Khalid tak perlu lepas jawatan jikapun pindaan gagal, kata pakar
- Pakatan Rakyat cabar Adun BN hadir sidang khas DUN 24 Jan
- PTPTN adalah along yang sebenar, katanya
- Caj Rawatan Hospital Kerajaan & Swasta Seragam?
- Bakar Interlok - hina Agong & sasterawan
- Pakatan nafi naik kain rentang tolak campur tangan sultan
- Pinda Perlembagaan: DUN S'gor bersidang 24 Januari
- Tsu Koon perlu jawab soalan ‘cepumas’
- Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda
- Laporan The Star tidak benar - Pejabat Presiden
- Rancangan sulit tukar kepimpinan PAS hanya propaganda - Phahrolrazi
- Najib umum Perbadanan Tenaga Nuklear, Zamzam CEO
- Isu SUK: Selangor jangka pindaan gagal tapi mahu ‘dedah’ Umno
- Anwar pertahan PAS, sifatkan Hadi ‘rakan setianya’
- Anwar cabar Najib debat, kos Program 100 Hari cuma RM19b
| Khalid tak perlu lepas jawatan jikapun pindaan gagal, kata pakar Posted: 11 Jan 2011 03:20 PM PST THE MALAYSIAN INSIDER
Prof A Aziz Bari berkata, Khalid tidak perlu berbuat demikian kerana seseorang menteri besar seperti juga perdana menteri dan ketua menteri hanya perlu meletakkan jawatan jika sudah kehilangan sokongan majoriti anggota dewan. "Ini diwajibkan oleh perlembagaan, baik persekutuan mahu pun negeri. "Ini sebenarnya yang menentukan sama ada ketua kerajaan perlu meletakkan jawatan, bukan soal kegagalan mendapat kelulusan undang-undang di Dewan," kata beliau. Pandangan ini diberikan ketika timbul cakap-cakap bahawa Khalid (gambar), menteri besar penggal pertama, perlu melepaskan jawatannya lebih-lebih ramai berpandangan bahawa usaha meminda perlembagaan tidak berjaya kerana Pakatan Rakyat tidak cukup sokongan dua pertiga. Perkara itu menjadi sebutan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat dan juga pembangkang negeri iaitu Barisan Nasional. "Orang keliru kerana ada yang menyebut konvensyen atau amalan perlembagaan di United Kingdom (UK)," katanya lagi. Kata beliau, aspek itu tidak relevan di Malaysia memandangkan di UK konvensyen atau amalan seperti itu penting kerana negara berkenaan tidak mempunyai perlembagaan bertulis. "Di negara kita, ia dinyatakan dengan jelas, bila ketua kerajaan sudah hilang sokongan majoriti, dia kena letak jawatan," katanya lagi. Malah jelas beliau, pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga, bukan majoriti mudah yakni lebih sedikit daripada separuh. "Gagal mendapat kelulusan Dewan tidak mengapa kerana setakat ini tidak ada tanda yang komponen Pakatan akan ada yang membelot. "Umno-BN boleh bawa usul undi tidak percaya ke Dewan dan kita lihat sama ada ia disokong oleh majoriti," kata beliau lagi. Kata beliau situasi di Selangor tidak sama dengan keadaan di Dewan Rakyat pada Disember 2009 apabila kerajaan BN hampir-hampir kalah dalam meluluskan Bajet 2010. Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini menambah bahawa yang jelas Whip tidak akan memberi kebebasan kepada ahli parti untuk mengundi sendiri dan "mereka perlu ikut cakap dan arahan Whip." Katanya, apabila Umno diharamkan oleh mahkamah pada 1987, perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kesemua ahli Parlimen BN untuk datang ke Parlimen mengisytiharkan sokongan kepada diri beliau. "Mungkin Adun Pakatan akan melakukan hal yang sama di DUN Selangor dan ini akan mengukuhkan kedudukan Khalid sebagai menteri besar," katanya lagi. Sidang khas Dewan Undangan Negeri Selangor yang antara lainnya dijangka untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan diadakan pada 24 Januari ini. Speaker Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan supaya surat pekeliling pemberitahuan dikeluarkan kepada semua Adun Selangor bagi memaklumkan bahawa persidangan itu akan bermula pada 10 pagi, demikian menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Menurut kenyataan itu, sidang berkenaan diadakan selepas Teng berpuas hati dengan alasan Menteri Besar bahawa ia adalah untuk kepentingan awam. Urusan perkara mesyuarat dan kertas mesyuarat akan diedar kepada semua Adun kemudian selepas ia ditetapkan oleh Khalid. Kerajaan negeri telah melantik Aziz dan peguam Datuk Param Cumaraswamy bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan kepada Sultan dan negeri, kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang ini yang kini terletak pada pertadbiran pusat. Isu berkenaan tercetus ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. | ||
| Pakatan Rakyat cabar Adun BN hadir sidang khas DUN 24 Jan Posted: 11 Jan 2011 03:18 PM PST TERKINI
Khalid (gambar) berkata, sidang khas itu adalah "ujian asid" bagi BN Selangor yang selama ini mendakwa mereka setia kepada negeri dan juga Sultan. Yang Dipertua PAS Shah Alam itu menambah, beliau tidak menjangkakan Adun BN akan muncul pada sidang khas 24 Januari ini atas alasan mereka "pengecut", yang hanya tahu untuk menyerang kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu menggunakan taktik-taktik kotor. "Buktikan kalau saya salah," kata beliau. Khalid juga berkata usul pindaan perlembagaan kemungkinan tidak akan menerima kelulusan, tetapi menekankan, sidang khas kali ini akan membuktikan Umno dan BN sebenarnya merupakan penderhaka kepada negeri dan Sultan. Selangor akan mengadakan sidang khas 24 Januari ini untuk menyelesaikan kemelut semasa ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim hari ini berkata sidang khas itu akan diadakan 24 Januari dan surat rasmi memanggil persidangan telah pun dikeluarkan. Dalam laporan awal pagi, The Malaysia Insider melaporkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak meletakkan harapan akan memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan dalam usahannya meminda perlembagaan negeri, tetapi berpendirian tetap mahu meneruskan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi "mendedahkan sikap" Umno yang sebenarnya. The Malaysian Insider difahamkan kerajaan negeri sudah pun menjangkakan yang cubaan mereka meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa pelantikan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar ekoran kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, tidak akan berjaya. "Kami menjangkakan bahawa pindaan tidak akan berjaya kerana Umno atau BN (Barisan Nasional) (hanya) mahu merampas kuasa negeri," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. "Bagaimanapun, kami mahu meneruskan usaha ini, jadi rakyat akan tahu bahawa Umno bukan sahaja memperlekehkan kuasa Sultan, tetapi juga memperkecilkan kuasa negeri," katanya. Keputusan itu dicapai pada majlis taklimat ringkas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam. Pakatan Rakyat mempunyai 35 wakil di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan sebanyak 56 kerusi dan memerlukan sokongan dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Sumber itu juga berkata, sidang khas kali ini juga bertujuan mengetepikan dakwaan Umno bahawa Pakatan Rakyat menderhaka pada institusi diraja. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membayangkan Umno-BN akan menolak pindaan ini. Semalam, satu sumber memberitahu bahawa Selangor akan memfokus untuk menyelesaikan pertikaian pelantikan Khusrin selepas sidang Dewan Undangan Negeri khas. | ||
| PTPTN adalah along yang sebenar, katanya Posted: 10 Jan 2011 10:22 PM PST Oleh Penarik beca Saya menerima email dari seorang anak muda tertindas. Saya malas nak fikir apakah yang akan terjadi kerana menyiarkan luahan hatinya yang saya tak edit sikit pun: Memang le kepada peminjam PTPTN...Rupenya PTPTN adalah lebih kejam daripada along yang ada sekarang... dengan charge pentadbiran sebanyak 3% yang dikenakan itu menunjukkan mereka lebih kejam daripada along... kerana kos perkhidmatan itu akan berterusan sehingga bila-bila selagi mana kita tidak menyelesaikan pinjaman lahanat tersebut... sejahat-jahat Along ada juga 'interest' yang kita tau berapa yang nak kena byr... Bayangkan kalau charge perkhidmatan RM40 sebulan dan korg bayar RM50 sebulan (kadar minimum yang 'dibenarkan' oleh PTPTN)... maka korang akan bayar PTPTN tue sampai mampos le jawabnya... sebab korg byr kos perkhidmatan lahanat tue tanpa mengurangkan baki PTPTN.... kalu beli rumah pun RM25k bayar RM50... so nampaklah jugak jumlah yang nak kene bayar... dan kalu lambat bayar hanya 'penalty' dlm berapa ringgit sangat dikenakan... tapi PTPTN ... kita tak tau berapa jumlah sebenar yang kan kita bayar melainkan kita byk duit dan boleh bayar 'seketul'... tapi kalu bayar ansuran maka jawabnya kene bayar sampai 'mampos'.. Saya sekali lagi mengajak semua orang berfikir sebagai rakyat yang taksub kepada kebenaran. Kalau yang beragama Islam, bertuankan Allah, bertuhankan Allah - bukan ketuanan Melayu yang sudah begitu dihanyir dan dilendirkan oleh Umno atau apa-apa pun. Kita bercakap tentang kebenaran. Kita bercakap tentang kepentingan rakyat. Sudah-sudahlah bercakap dengan ketaksuban atau 'asabiyyah kepada mana-mana parti atau pemimpin. Sekarang pun orang dah mula bercakap, kalau Umno ada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PAS ada Rusila. Marilah kita bercakap sebagai rakyat. Marilah kita memperjuangkan pendidikan percuma untuk rakyat sehingga ke peringkat ijazah pertama sekurang-kurangnya. Bercakap tentang anak orang yang meraung ditindas PTPTN, teringat anak sendiri. Orang kata, semakin lama dia tak ada, semakin berkurangan rindu. Tetapi yang saya rasa semakin rindu, semakin sayu. Ya Allah, ya Mujir, temanilah anak saya, kekasih hati abah Muhammad Sadiq dengan keampunan dan kasih sayang-Mu yang berkekalan. Tolonglah, ya Allah! http://penarikbeca.blogspot.com/ | ||
| Caj Rawatan Hospital Kerajaan & Swasta Seragam? Posted: 10 Jan 2011 10:17 PM PST 90 peratus skim 1Care dibiaya kerajaan, baki potongan cukai individu
Apa yang ada pada skim 1Care yang nak diperkenalkan ini?
P/S :Apa pendapat anda langkah kerajaan mahu menjadikan caj rawatan hospital kerajaan Vs hospital swasta seragam? | ||
| Bakar Interlok - hina Agong & sasterawan Posted: 10 Jan 2011 10:14 PM PST Abdul Rahim Sabri Lima persatuan penulis dan NGO Melayu membuat laporan polis terhadap tindakan sekumpulan masyarakat India membakar novel Interlok dan gambar penulisnya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain. Mereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum."Kami juga prihatin kepada Datuk Abdullah Hussain, seorang tokoh penulis yang menerima anugerah sasterawan negara daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong "Penghinaan terhadap sasterawan negara sama seperti penghinaan terhadap Agong," laporan polis itu dipetik. NGO itu Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Penulis Nasional (PENA), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru Nasional (PIBGN), Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Ikatan Melayu Asli Nusantara. Aduan itu dibuat di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi di ibu negara sebentar tadi. Dalam laporan polis itu juga, mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua wakil rakyat Pakatan yang hadir dalam demonstrasi itu, iaitu Dr Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) dan M Manoharan (DAP-Kota Alam Shah)."Penglibatan ahli politik dapat dianggap sebagai pengakuan dan penerimaan mereka terhadap tindakan yang biadab itu," aduan polis itu dipetik. Meja bulat, forum terbuka, memorandum Dr Mariah bagaimanapun hari ini menegaskan kehadirannya tidak bermakna setuju dengan tindakan kira-kira 100 penduduk India yang membakar novel itu. Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan (kanan, berbaju batik) berkata tindakan membakar novel itu merupakan penghinaan kepada sistem pendidikan, kebudak-budakkan, kurang matang, terburu-buru serta bertujuan mendapatkan keuntungan politik."Kami tidak mahu perkara ini diteruskan malah (perlu) diberhentikan. Ia bukan cara untuk membantah," katanya. Beliau menggesa Kementerian Pelajaran mengadakan sidang media bulat melibatkan semua pihak untuk berbincang mengenai isu kontroversi ini. PIBGN sendiri bersama Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya (UM), katanya, pada 26 Januari ini menganjurkan forum terbuka di UM bagi mencari penyelesaian. Makalala Gapena pula menganjurkan perhimpunan NGO bagi mencari kata sepakat berhubung isu Interlok di pejabatnya di ibu negara Sabtu ini (15 Januari), kata pegawai medianya Borhan Mat Zain.Kelima-lima NGO itu, tambahnya, akan menghantar memorandum bantahan berhubung insiden pembakaran novel itu kepada Kementerian Pelajaran petang esok. Dalam perkembangan berkaitan, di Klang, dua lagi NGO - Persatuan Penulis Selangor (KEMUDI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Klang - juga membuat laporan polis berhubung tindakan membakar novel itu atas alaran "menghina Agong". Perasaan tidak puas hati turut dikongsi bersama sebuah NGO penulis India- Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) - berpendapat dalam budaya India, membakar buku dan bahan bacaan dianggap menghina ilmu. | ||
| Pakatan nafi naik kain rentang tolak campur tangan sultan Posted: 10 Jan 2011 10:06 PM PST Abdul Rahim Sabri Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri. "Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan. Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya. Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PAS Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung kain rentang tersebut. Mohd Sofian Mohd Shariff membuat laporan tersebut di balai polis Seksyen 11, Shah Alam. | ||
| Pinda Perlembagaan: DUN S'gor bersidang 24 Januari Posted: 10 Jan 2011 10:03 PM PST MALAYSIA KINI Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor. Menurut kenyataan itu, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh DUN ditangguhkan. "Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu. Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang. | ||
| Tsu Koon perlu jawab soalan ‘cepumas’ Posted: 10 Jan 2011 10:02 PM PST
| ||
| Isa buat ugutan bodoh pada kakitangan Felda Posted: 10 Jan 2011 10:01 PM PST
| ||
| Laporan The Star tidak benar - Pejabat Presiden Posted: 10 Jan 2011 09:52 PM PST
| ||
| Rancangan sulit tukar kepimpinan PAS hanya propaganda - Phahrolrazi Posted: 10 Jan 2011 09:48 PM PST
| ||
| Najib umum Perbadanan Tenaga Nuklear, Zamzam CEO Posted: 10 Jan 2011 09:47 PM PST ![]() Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menamakan Dr Mohd Zamzam Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutifnya. Malaysia menerokai kemungkinan memulakan loji tenaga nuklear dalam tempoh 11 hingga 12 tahun akan datang. November lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan serius untuk melaksanakan cadangan membina loji nuklear bagi menjana kuasa elektrik kerana ia termaktub dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). Langkah itu juga merupakan satu daripada cara mentransformasi industri elektrik sebagai satu sumber tenaga yang stabil bagi memastikan negara tidak menghadapi masalah pada masa akan datang. Peter Chin berkata, sekiranya penggunaan tenaga nuklear dapat direalisasi, dianggarkan 25 peratus penjanaan akan diambil alih kuasa alternatif itu. | ||
| Isu SUK: Selangor jangka pindaan gagal tapi mahu ‘dedah’ Umno Posted: 10 Jan 2011 09:44 PM PST KUALA LUMPUR — Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak meletakkan harapan akan memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan dalam usahannya meminda perlembagaan negeri, tetapi berpendirian tetap mahu meneruskan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi "mendedahkan sikap" Umno yang sebenarnya. The Malaysian Insider difahamkan kerajaan negeri sudah pun menjangkakan yang cubaan mereka meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa pelantikan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar ekoran kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri baru, tidak akan berjaya. "Kami menjangkakan bahawa pindaan tidak akan berjaya kerana Umno atau BN (Barisan Nasional) (hanya) mahu merampas kuasa negeri," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. "Bagaimanapun, kami mahu meneruskan usaha ini, jadi rakyat akan tahu bahawa Umno bukan sahaja memperlekehkan kuasa Sultan, tetapi juga memperkecilkan kuasa negeri," katanya. Keputusan itu dicapai pada majlis taklimat ringkas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat di Shah Alam, semalam. Pakatan Rakyat mempunyai 35 wakil di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan sebanyak 56 kerusi dan memerlukan sokongan dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Sumber itu juga berkata, sidang khas kali ini juga bertujuan mengetepikan dakwaan Umno bahawa Pakatan Rakyat menderhaka pada institusi diraja. "Yang paling penting perjuangan ini adalah perjuangan bagi rakyat," kata sumber itu. "Jika anda meyakinkan rakyat dan mendedahkan BN dalam isu ini, kita boleh justifikasikan apa sahaja yang kita hendak lakukan selepas ini," kata beliau. Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar membayangkan Umno-BN akan menolak pindaan ini. Semalam, satu sumber memberitahu bahawa Selangor akan memfokus untuk menyelesaikan pertikaian pelantikan Khusrin selepas sidang Dewan Undangan Negeri khas. "Kami mahu menyelesaikan isu menderhaka terlebih dahulu. Ini langkah pertama," kata sumber itu lagi. "Kami tidak mencuba untuk membunuh banyak burung dengan satu batu, atau kami kehilangan kesemua burung. Jadi, kami akan lakukan satu demi satu," katanya. Beliau juga berkata, pakar perlembagaan Prof A. Aziz Bari telah menasihatkan kerajaan Selangor agar tidak meminda perlembagaan dengan mengunakan pendekatan kesan retrospektif iaitu menguatkuasannya sebelum pelantikan Khusrin. Kata sumber, pakar itu berpandangan bahawa jika pendekatan itu digunakan pindaan perlembagaan akan dilihat bertujuan memenuhi kepentingan peribadi atau agenda politik. Katanya, Selangor juga mempertimbangkan opsyen untuk meminda undang-undang bagi mendefinisikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suruhanjaya perkhidmatan negeri. "Ini hanya memerlukan majoriti mudah," katanya. Putrajaya menekankan bahawa terma "suruhanjaya perkhidmatan sewajarnya" yang digariskan di bawah Seksyen 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri merujuk kepada SPA, bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri. Selangor berhadapan dengan krisis perlembagaan ekoran pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lalu. Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Khalid menolak pelantikan Khusrin yang sebelum ini merupakan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Semalam, satu sumber memberitahu bahawa pindaan ke atas Seksyen 52(1) akan mencerminkan peruntukan sebelum pindaan perlembagaan negeri 1993. | ||
| Anwar pertahan PAS, sifatkan Hadi ‘rakan setianya’ Posted: 10 Jan 2011 09:41 PM PST ![]() Sehubungan itu, Anwar berkata, Hadi dan PAS telah memperlihatkan sokongan padunya kepada beliau ketika berhadapan dengan hukuman penjara pada 1999. "Ketika saya dipenjarakan, mereka yang menyokong saya ialah PAS, (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Nik Aziz, dan Tok Guru Hadi Awang. "Mereka menghimpunkan ribuan penyokong mereka untuk mendoakan kesejahteraan saya. Mereka rakan karib saya," kata beliau ketika ceramah di Gombak malam tadi. PAS mengadakan program solat hajat dan pidato perdana di Stadium Malawati Shah Alam kelmarin. Anwar dikenakan hukuman penjara enam tahun selepas disabitkan kesalahan salah guna kuasa dan liwat tetapi dibebaskan pada 2004. Kedua-dua Anwar dan Hadi mengadakan pertemuan petang kelmarin untuk menjernihkan situasi ekoran pertemuan 24 Disember. Malam tadi, Anwar juga memberikan amaran bahawa Umno akan melakukan apa sahaja untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat. "Ada banyak dakwaan tetapi semua itu hanya cerita semata-mata. Jangan percaya mereka," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini. Selepas pertemuan kelmarin, Anwar berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu. Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di sini. "Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum," katanya. "Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu," kata Anwar. Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan "pertemuan 24 Disember itu" kepada Pakatan Rakyat. Anwar, yang juga pemimpin PKR meminta penyokong-penyokongnya supaya meletakkan keyakinan dan percaya pada Pakatan Rakyat itu yang bercita-cita mahu menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13. Ketua pembangkang itu berkata negara boleh mencapai perubahan jika setiap kaum boleh bekerjasama ke arah satu matlamat. "Kita perlukan sokongan daripada semua orang. Kita tidak boleh melakukannya menerusi perhimpunan politik atau slogan politik. Kita hanya boleh menang menerusi keyakinan, kesabaran dan strategi yang kukuh. "Kita mesti faham bahawa kita hanya boleh menang jika masyarakat Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan bekerjasama dan mempertahankan kedaulatan negara," katanya. | ||
| Anwar cabar Najib debat, kos Program 100 Hari cuma RM19b Posted: 10 Jan 2011 09:38 PM PST ![]() Ketua pembangkang itu berkata, program 100 Hari Pakatan Rakyat itu hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM19 bilion setahun berbanding RM51 bilion yang 'dirampas' oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu kroninya. "Biar rakyat buat keputusan berdasarkan fakta, Perdana Menteri cabar kita dan tuduh kita," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. "Beliau (Najib) yang beri ulasan terbuka ini adalah pendekatan yang tidak bertanggungjawab," kata Anwar yang mengulangi agar Najib tampil secara berani sebagai ketua kerajaan untuk mempertahankan hujahnya dan "beri ruang kepada kita untuk pertahankan hujah kita." Semalam Najib membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab. Beliau berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya. "Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti. "Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," kata Najib semalam. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak perlu melepaskan jawatannya sekalipun usaha meminda perlembagaan negeri mengalami kegagalan disebabkan ketiadaan sokongan majoriti dua pertiga, kata pakar perlembagaan.
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar wakil rakyat Barisan Nasional (BN) agar hadir sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung bulan ini bagi membuktikan sokongan mereka kepada Sultan Selangor.

Mereka mendakwa tindakan itu menghina sasterawan negara, membangkitkan kemarahan orang Melayu, malah boleh mencetuskan ketegangan kaum.
Dalam laporan polis itu juga, mereka meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap dua wakil rakyat Pakatan yang hadir dalam demonstrasi itu, iaitu Dr Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) dan M Manoharan (DAP-Kota Alam Shah).
Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Presiden PIBGN Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan (kanan, berbaju batik) berkata tindakan membakar novel itu merupakan penghinaan kepada sistem pendidikan, kebudak-budakkan, kurang matang, terburu-buru serta bertujuan mendapatkan keuntungan politik.
Makalala Gapena pula menganjurkan perhimpunan NGO bagi mencari kata sepakat berhubung isu Interlok di pejabatnya di ibu negara Sabtu ini (15 Januari), kata pegawai medianya Borhan Mat Zain.
KUALA LUMPUR: Pejabat Presiden PAS menafikan laporan akhbar The Star semalam yang memuatkan berita "
Sementara itu, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Nasaie bin Ismail (gambar kanan) pula membantah laporan dalam Utusan Malaysia semalam.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan