Biaqpila |
- PRU-13: DUN Kedah tidak ikut pusat: Azizan Razak
- Pakatan Hanya Perlukan RM19 Billion
- MINYAK: MALAYSIA TIDAK IKUT HARGA DUNIA
- MACAM TAIK
- 'Bar raba' diserbu penguat kuasa
| PRU-13: DUN Kedah tidak ikut pusat: Azizan Razak Posted: 11 Jan 2011 02:00 PM PST Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak membayangkan negeri itu tidak semestinya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pilihan raya umum peringkat pusat.Menurut Azizan, pembubaran DUN Kedah bergantung kepada keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bersepakat untuk memutuskan sendiri tarikh pilihan raya bagi negeri-negeri yang diterajui mereka. Ketika ini, Pakatan memerintah di empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. "Bagi kerusi DUN, kehendak kerajaan BN (menentukan tarikh pilihan raya umum) tidak semestinya menjadi ikutan (negeri)," katanya. Bagaimanapun kata Azizan dalam kontek kerusi parlimen, PAS akan menyertainya tidak kira waktu bila pilihan raya itu akan diumumkan oleh kerajaan pusat. "Kita tidak akan beri ruang sedikit pun kepada BN walaupun pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Tapi bagi negeri yang kita kuasai, ia bergantung kepada Majlis Pimpinan Pakatan untuk memutuskan bila DUN akan dibubarkan," katanya yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah. Pembubaran DUN walaupun lazimnya dilakukan selepas pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan serentak. Menteri besar mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya negeri dengan mendapat perkenan Sultan atau ketua negeri. Sebelum ini, kerajaan Selangor turut menegaskan untuk tidak membubarkan DUN sekiranya kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tergempar atau dalam masa terdekat. Keputusan yang diambil hasil perbincangan pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri itu antaranya mengemukakan alasan mahu menggunakan mandat lima tahun sepenuhnya bagi melaksanakan janji-janji kepada rakyat tanpa terikat dengan rentak BN. Mengulas lanjut tentang tarikh pilihan raya umum yang sentiasa menjadi teka-teki di negara ini, Azizan menasihatkan pimpinan kerajaan BN supaya tidak lagi mengamalkan sikap demikian. Kata beliau, rakyat hari ini tidak boleh diperbodohkan sepertimana yang dilakukan sebelum ini kerana sebahagian besar rakyat sudah celik politik malah menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka. Selain itu kata beliau, teka-teki tarikh pilihan raya yang menjadi permainan BN langsung tidak menggusarkan Pakatan Rakyat, sebaliknya BN yang takut untuk mengumumkan tarikh berkenaan sekiranya mereka merasa sukar untuk mendapat kemenangan. awaldanakhirzaman KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Pakatan Hanya Perlukan RM19 Billion Posted: 11 Jan 2011 04:00 AM PST ![]() Untuk Laksanakan Pembaharuan 100 Hari - Kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rayat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta. Maka memandangkan isu ini mendesak dan menyentuh kepentingan rakyat dan negara, kami syorkan diadakan satu debat terbuka. Tuduhan beliau bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, UMNO/BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50% buat kali pertama dalam sejarah negara. Hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7% dari KDNK. Malapetaka ekonomi ini berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan. Dalam tahun 2010, kerajaan melancarkan 19 program menjual bon yang membabitkan hutang tambahan bernilai RM58.1 bilion. Tabiat berhutang UMNO/BN akan diperhebatkan tahun ini. Pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011. Menurut anggaran Institut Penyelidikan RHB, penjualan 29 bon ini akan membabitkan hutang baru kerajaan persekutuan berjumlah RM83 bilion. Makanya, alasan Perdana Menteri untuk menolak Janji 100 Hari Pakatan Rakyat perlu dikaji dengan berlatar belakangkan perkara-perkara ini. Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika UMNO/BN terus berhutang sewenangnya seperti sekarang – tetapi ia bukanlah disebabkan oleh Janji 100 Hari Pakatan Rakyat. Malaysia akan muflis akibat ketagihan UMNO/BN kepada pembaziran dan rasuah yang berleluasa, demi mempertahankan sistem kroni kapitalisme yang didokong UMNO/BN. (Muat turun Buku Jinga Versi Terengganu yang telah dikemaskinikan: 1. muka depan 2. muka belakang) Contoh-contoh pembaziran UMNO/BN sudah diketahui rakyat. Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntun golongan berpendapatan rendah dan orang muda. Kerajaan UMNO/BN akan mengugut bahawa negara akan muflis setiap kali Pakatan Rakyat memperjuangkan imbuhan tambahan para guru, tetapi ia tidak rasa bersalah apabila meluluskan kontrak RM77 juta kepada APCO. Senarainya terlalu panjang untuk dihuraikan disini. Oleh itu, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik. Ini akan menyelamatkan RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara. Selepas itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat yang hanya mengkayakan beberapa kerat kroni. Jumlah RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh PETRONAS untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan. Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi toll untuk memansuhkan bayaran pampasan RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung kerajaan. Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat – lebih dari cukup untuk melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat yang jumlahnya hanyalah satu pertiga dari jumlah yang diselamatkan: 1. Imbuhan khas perguruan berjumlah RM500 sebulan menelan belanja RM3.2 bilion setahun. 2. Jaminan Pakatan Rakyat bahawa subsidi minyak akan dikekalkan untuk golongan berpendapatan rendah akan melibatkan penstrukturan semula sistem subsidi, supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak. Kos subsidi di bawah sistem sebegini dianggarkan berjumlah RM4 bilion setiap tahun. 3. Kerajaan Pakatan Rakyat akan meneruskan subsidi gas memasak, berjumlah RM4 bilion setiap tahun. 4. Penstrukturan semula sistem tol di bawah PLUS dianggarkan menelan belanja RM23 bilion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP. Kos tambahan yang perlu ditanggung kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan berjumlah RM8 bilion. Justeru, jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang. Janji-janji lain seperti skim air percuma dan skim wi-fi percuma telah pun dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Kami telah membuktikan ia mampu dilaksanakan. Oleh yang demikian, Perdana Menteri tidak boleh berdolak dalih lagi kenapa UMNO/BN tidak mahu melaksanakan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat apabila rakyat tahu bahawa ia mampu dilaksanakan. Tabiat berhutang UMNO/BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG 11 JANUARI 2011 BO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| MINYAK: MALAYSIA TIDAK IKUT HARGA DUNIA Posted: 11 Jan 2011 12:00 AM PST ![]() Nazli Ibrahim Malaysia sebuah negara pengeluar minyak memperolehi keuntungan berganda di atas kenaikan harga minyak sekaligus membolehkan harga minyak di pasaran dalam negara diturunkan. Bagaimanapun pada masa yang sama kerajaan negara ini didapati tidak mengikut harga pasaran dunia di pasaran tempatan ketika harga bahan api utama dunia itu berada pada paras rendah. Demikian menurut Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop dan Pensyarah Ekonomi, Profesor Dr Amir Hussin Baharudin ketika bercakap mengenai impak kenaikkan minyak terhadap ekonomi negara dan rakyat negara ini. "Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat untung berganda," kata Prof Hamid kepada akhbar Sinar Harian baru-baru ini. Menurutnya lagi, ketika ini kerajaan negara ini tidak konsisten dengan pendirian menetapkan harga pasaran mengikut harga pasaran antarabangsa apabila menjual mahal ketika harga minyak naik, tetapi tidak ikut turun apabila harga minyak di pasaran antarabangsa telah menurun. Jelasnya, kebanyakkan negara pengeluar minyak lain menetapkan harga pasaran dalam negara mereka jauh lebih rendah berbanding harga pasaran antarabangsa berbanding Malaysia. "Siapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen sahaja. "Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu. Harga pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan liat untuk tetapi cepat naik bila harga pasaran antarabangsa naik," ujarnya. Beliau juga memberitahu, menurut kajian formula tersebut, harga minyak dalam pasaran tempatan boleh diturunkan sehingga 30 sen jka formula tersebut diaplikasikan. "Malah (harga minyak tempatan) boleh diturunkan kepada 30 sen seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan," katanya lagi. Beliau turut berkata formula tersebut menjelaskan faktor Malaysia sebagai negara pengeluar minyak yang menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) telah menyebabkan keuntungan berganda setiap kali berlaku kenaikkan harga minyak di pasaran antarabangsa. "Untuk memudahkan orang awam faham, kita ambil contoh kelaa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu haga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000, kita untung atau rugi? Sudah tentu untung tiga kali ganda. "Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai OPEC jika menjual kira-kira 700,000 tong sehari pada kadar AS$130 setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80-US$1 satu ketika dahulu). "Ini bermakna perolehan setahun adalah AS$33 bilion iaitu melebihi RM126 bilion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trilion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkan Malaysia menurunkan harga bahan apinya?," ujar beliau lagi. Tindakan kerajaan tidak selari slogan Rakyat Didahulukan Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang enggan menurunkan harga minyak kepada rakyatnya sekaligus membelakangkan slogan kerajaan rakyat didahulukan yang digembar-gemburkan. "Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah di dalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutunya dinikmati rakyat," katanya lagi. Sedia berkongsi formula Menurut Prof Hamid Yeop walaupun formula ini tidak diterima oleh kerajaan sekarang beliau mempelawa mana-mana pihak termasuk parti politik untuk berkongsi formula ini demi kesejahteraan rakyat terbanyak negara ini. "Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamnya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini," menurutnya. Sementara itu, Pensyarah Ekonomi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Amir Hussin Baharudin turut melahirkan pandangan yang sama. "Kalau minyak naik sepatutnya menguntungkan Petronas kerana kita negara pengeluar yang menjual minyak mentah ke pasaran dunia. "Lagipun jika harga pasaran minyak naik, permintaan tidak akan turun. Harga dalam Malaysia sepatutnya ditetapkan berdasarkan kos Petronas. Perubahan harga minyak di luar bukan semata-mata alasan untuk menaikkan harga," katanya semalam. Pas, PR sambut baik pelawaan kongsi formula Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi hari ini menyambut baik pelawaan ahli-ahli akademik untuk berkongsi formula dengan Pakatan Rakyat (PR) bagi meringankan beban rakyat. "Sudah tentu kami Pas dan PR menyambut baik pelawaan mana-mana ahli akademik untuk berkongsi formula, lebih-lebih lagi jika kita berjaya mentadbir negara dalam PRU-13. "Saya juga ucapkan syabas kepada ahli-ahli akademik ini. Ini bukan soal mereka menyebelahi pembangkang atau pun 'mileage' politik bagi PR, tetapi ini soal kebajikkan rakyat yang semakin ditekan dengan peningkatan kos hidup," beritahu Ustaz Idris. Nazri juga mempunyai blog di bedukcanang.blogspot.com kltoday KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 10 Jan 2011 08:00 PM PST ![]() ![]() ![]() MACAM TAIK LA BRO MACAM BIAWAK LIDAH BERCABANG Umno sampai bila pun tak reti nak rasa malu misaimerah Gambar sebelah Penduduk Jalan Kebun membawa kain rentang dan sepanduk mengadakan bantahan terhadap ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkaitan isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. 9 Jan. 2011. - UtusanMalaysia Online.Umno nak pertahan apa sebenarnya. Segala yang terjadi adalah hasil-hasil tangan rakus dan gila kuasa parti Umno yang humbankan kuasa Raja tah ke mana.Mereka seperti tong kosong bunyi deras tapi tak ada apa. Salaklah 3-4 bukit lagi pun semua dah tak dak apa dah. Semua dah jadi bubur..kesian orang kampung kena tipu dengan Umno parti bijak otak bergeliga ..otak penipu! Walaupun mereka hidup dipinggir bandar besar Umno mudah pergunakan mereka mainkan isu yang nampakkan kebodohan diri sendiri.. Penduduk bakar patung Adun Seri Muda-Malaysiakini KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| 'Bar raba' diserbu penguat kuasa Posted: 10 Jan 2011 06:00 PM PST ![]() SEBAHAGIAN daripada 19 GRO warga asing yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Utam Singh, Seremban kelmarin. SEREMBAN – Polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai 'bar raba' yang terletak di Jalan Utam Singh di sini malam kelmarin dan menahan 19 wanita warga asing dipercayai pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO). Kesemua wanita yang berusia antara 29 hingga 48 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Negeri Sembilan. Turut ditahan dalam operasi sama ialah tiga wanita rakyat tempatan berusia lingkungan 40-an dipercayai 'ibu ayam' yang menjadi pelindung kepada GRO terbabit. Pegawai Operasi D7 Negeri Sembilan, Cif Inspektor Hasbullah Hamzah berkata, kesemua GRO yang ditahan itu terdiri daripada 15 warga China manakala empat lagi merupakan warga Vietnam. kosmo KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








Tiada ulasan:
Catat Ulasan