DIALOG RAKYAT |
- Ramalan pun fitnah, TPM ‘tergeliat otak’
- Bersatu kerana benar, berpecah kerana benar
- Rumah diganggu makhluk halus jadi tumpuan
- Utusan diminta jangan terlalu obses
- Sudah jijik undi BN
- Banjir di Pahang: PAS mula salur bantuan
- Ayuh isytihar 2011 Tahun Pemulihan Malaysia
- Rantau Panjang banjir, 67 mangsa dipindah
- Kempen bolehkan AEON jimat 10 juta beg plastic
- Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung
- MB Selangor dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah
- Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah
- MB S'gor: 'KSN sengaja belakangi proses pemilihan'
- Waspada Membeli Beehoon
- Pemimpin Pas tutup mulut
- Sairin dedah adanya ketua kampung terima rasuah
- Perlantikan SUK baru, Umno-BN sengaja cetuskan kontroversi
- 3 NAIB PRESIDEN UMNO Vs 3 SAMI BUDDHA
- MUNGKINKAH NAJIB MENGHARGAI PENULIS?
- Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR
- 2011: Padamkah cahaya kebebasan media?
- JHEAIPP cekup pasangan lakukan 'aksi ringan-ringan'
- Tiada Had Tempoh Untuk Lantik Setiausaha Kerajaan Negeri
- Kes Fitnah II: Hakim Malaysia Turuti Nasihat Hakim Israel?
- DBKL roboh sarang pelacuran sekitar Kuala Lumpur
| Ramalan pun fitnah, TPM ‘tergeliat otak’ Posted: 01 Jan 2011 04:34 AM PST Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Sebuah akhbar harian bertarikh 15 Disember melaporkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan tajuk 'Ramalan PAS fitnah'. Ia merujuk kepada andaian Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang membayangkan kemungkinan BN akan melakukan rampasan kuasa jika kalah dalam pilihanraya umum akan datang. Andaian Mahfuz itu pula bersandarkan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib bahawa mereka akan tetap menerajui Putrajaya meskipun tewas dalam pilihanraya umum ke 13. "Semua itu satu pembohongan, fitnah dan berniat jahat," kata Muhyiddin. Pihak yang mula mencetus kenyataan kontroversi itu ialah Najib. Jika BN kalah, masih juga hendak terajui Putra Jaya, ia hanya membawa kepada dua maksud. Pertama, BN akan beli wakil rakyat parti lawan macam di Perak. Sehingga mereka mempunyai majoriti, maka mereka akan berkuasa di Pusat melalui penubuhan kerajaan katak. Kedua, dengan melakukan rampasan kuasa macam yang sering berlaku di Thailand. Itu saja andaiannya dari tafsiran kata-kata Najib. Tiada andaian lain yang boleh dibuat selain itu. Mahfuz memilih andaian kedua. Itupun sekadar satu andaian, bukan tuduhan yang nyata bahawa BN akan melakukan perkara tersebut jika mereka kalah dalam pilihanraya umum. Tetapi bagi Muhyiddin, andaian pun boleh jadi fitnah. Spekuasi, ramalan, andaian, tilikan atau apa-apa perkataan yang semaksud dengannya adalah perkara yang belum berlaku. Sama ada ia akan betul-betul berlaku atau tidak belum pasti. Selagi ia belum berlaku maka orang yang membuat ramalan belum berbohong atau memfitnah. Kalau berlaku tidak seperti diramalkan pun ia tetap bukan fitnah kerana ia cuma andaian. Nampaknya Muhyiddin 'tergeliat otak'. Persoalan berikutnya ialah jika benar BN tidak bercadang mahu melakukan rampasan kuasa atau menubuhkan sebuah kerajaan katak selepas tewas dalam pilihanraya umum kelak, maka apa pula maksudnya kata-kata Najib bahawa BN tetap akan berkuasa sekalipun tewas. Silalah jawab. Seterusnya pada 21 Disember, sebuah lagi akhbar harian melaporkan kenyataan Muhyiddin di bawah tajuk, 'Pembohongan besar untuk tipu rakyat." Timbalan Pengerusi BN itu merujuk kepada Program 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat jika dapat mengambilalih kerajaan Pusat. Aneh, macam mana Pakatan Rakyat dilaporkan sudah berbohong sedangkan pilihanraya umum ke 13 pun belum berlaku. Tak apalah, katakan BN kalah dan Pakatan menang. Jika tamat tempoh yang dijanjikan, iaitu selepas 100 hari berkuasa, Pakatan tidak tunai janji barulah boleh dikatakan mungkir janji, bohong atau menipu. Lagi sekali Muhyiddin 'tergeliat otak', asyik terbabas dengan kenyataannya. Satu lagi kenyataan Muhyiddin yang mengelirukan yang dilaporkan dalam akhbar yang sama ialah, "Jika 40,000 orang guru diberikan imbuhan bulanan sebanyak RM500, ini bermakna kerajaan pembangkang perlu membelanjakan RM200 juta sebulan." Di mana agaknya Menteri Pelajaran itu belajar istilah 'kerajaan pembangkang', kerana dalam amalan demokrasi pembangkang tidak boleh bentuk kerajaan kerana tidak cukup majoriti. Sekali lagi Muhyiddin terbabas. Dia tidak layak untuk jaga guru-guru sedangkan dia sendiri jahil dalam penggunaan istilah dalam bahasa yang mudah. Kekelamkabutan pemikiran Timbalan Presiden Umno itu adalah manfestasi dari rasa ketakutan yang bukan kepalang mengenai kemungkinan hilang kuasa di Pusat. Jika lebih dua dekad lalu, kenyataan standard pemimpin BN setiap kali mengulas janji pihak lawan sebelum pilihanraya ialah, "Mereka tiada masalah untuk berjanji kerana tahu tidak akan menang pilihanraya." Kini selepas Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pernah ditawan maka kenyataan bertukar menjadi, "Jangan percaya janji pembangkang." Amalan di negara-negara yang subur demokrasinya, parti politik berpeluang menceritakan manifesto masing-masing. Biasa juga mereka mengkritik manifesto pihak lain, mungkin kerana kononnya kerana ada aspek sampingan yang tidak diteliti. Atau ada aspek-aspek yang tidak praktikal dalam manifesto tersebut. Maka mereka pun memberi hujah menolak manifesto pihak lawan berasaskan fakta-fakta yang dilihat kukuh. Tapi tiada pula di kalangan mereka yang menjerit memberitahu rakyat, "Jangan percaya janji parti lawan, mereka menipu!" Maka nampak sangatlah perangai buruk BN dalam menghadapi pihak lawan terlalu primitif dan kebudak-budakan. Tindakan Pakatan Rakyat mengumumkan agenda bertindak jika berkuasa dalam jarak waktu lebih jauh dari pilihanraya, akan menambahkan beban kerja BN. Sebelum ini isi manifesto hanya terdedah kepada rakyat selepas Parlimen dibubarkan. Di waktu semua media utama masih di bawah cengkaman kuku besi BN, sebahagian besar isi manifesto pembangkang tidak sempat sampai kepada rakyat kerana digelapkan oleh mereka. Kini awal-awal lagi rakyat sudah tahu bahawa jika Pakatan Rakyat menang di Pusat maka tol akan dihapuskan, imbuhan untuk guru bertambah RM500, para perasuah (yang selama ini dilindungi) diheret ke muka pengadilan, ISA dihapuskan, pinjaman PTPTN distrukturkan semula, media menjadi bebas, kebajikan warga emas diutamakan, WiFi percuma kepada seluruh rakyat, berusaha meningkatkan pendapatan isi rumah ke RM4,000, memperbanyak dialog antara agama untuk mewujudkan keharmonian dan menjadikan polis, SPR dan SPRM sebuah badan bebas yang tidak terikat dengan arahan politik mana-mana pihak. Nah, tiada siapa yang waras akan menolak segala kebaikan yang akan dibawa oleh Pakatan Rakyat itu. Rakyat biasa yang menjadi ahli parti politik BN pun akan terliur dengan tawaran itu. Maka satu-satu propaganda BN untuk mengajak rakyat menolak tawaran itu ialah, "Pakatan Rakyat bohong, jangan percaya." Lalu mereka pun akan mencari pelbagai 'bukti' untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan berbohong, melalui cara berbohong yang bagi mereka adalah halal. Berbohong bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang berbohong pada rakyat bahawa wang ehsan untuk warga emas adalah duit hasil berjimat, walhal duit hasil judi; adalah satu contoh "berbohong dengan menuduh pihak lain bohong". BN kemudian melancar program mengutip kembali wang ehsan tersebut dari warga emas untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, tapi tidak dikembalikan pun. Bohong lagi. Bohong BN bohong yang berlapis-lapis. Semakin dekat dengan pilihanraya, semua media talibarut BN akan melakukan kerja berbohong kepada rakyat mengenai Pakatan Rakyat setiap waktu dan detik. Andai BN terus berkuasa selepas ini, maka kemenangannya kerana berjaya membohongi rakyat, di samping kejayaan merasuah rakyat. Masih ada nilaikah sebuah kerajaan yang naik kerana rasuah dan pembohongan? | ||
| Bersatu kerana benar, berpecah kerana benar Posted: 01 Jan 2011 04:30 AM PST Subky Latif PAS hari ini bersatu dengan DAP dan PKR. Itulah realpolitik masa ini dan masa mendatang. Realpolitik ini tidak pernah diperkenan Tun Dr. Mahathir sebelum wujud Pakatan Rakyat lagi dan sejak beliau masih Perdana Menteri dan Presiden Umno. Apa yang dikatakan tsunami politik Mac 2008 itu adalah gambaran realiti realpolitik itu dan tidak perkenan Dr. Mahathir itu ada asas dan sebabnya. Sebabnya ia adalah ancaman politiknya dan politik Barisan Nasional termasuk Umno. Maka reaksi Umno ialah memperleceh penyertaan PAS dalam muafakat Pakatan Rakyat itu dengan mengatakan konon PAS diperkuda dan diperalat DAP dan PKR. Lalu mereka menggambarkan publik amat wajar Umno dan PAS bersatu belaka. Pintu penyatuan itu kononnya dibuka lapang ketika PAS dan DAP memadu muafakat politik yang real itu. Saranan Dr. Mahathir itu masuk ke kepala setengah budayawan dan pejuang bahasa yang terpesona dengan ketuanan Melayu hingga ada yang menulis betapa PAS perlu tegak sendiri. Pejuang bahasa dan budayawan pun memuji Umno setinggi langit hingga lupa apa Mahathir buat terbahap Bahasa Melayu dan pengajaran yang bercempera sekarang. Digambarkan juga tentang adanya profasional Melayu dan ahli bijak pandai Melayu yang menyintai kedua PAS dan Umno amat keciwa d engan PAS yang dikatakan diperkuda DAP dan tidak tertarik dengan berpadu dengan Umno. Mungkin juga ramai orang Melayu berfikiran begitu dan termakan dengan pelemah Umno itu, tetapi rata-rata pendukung PAS yang juga tebal Melayunya apa lagilah pegangan Islamnya, menerima pakai realpolitik yang direnangi PAS sekarang. Dengan realpolitik itu PAS merasa menjadi Menteri Besar di Perak, memerintah Kedah, bersama mentadbirkan Selangor dan tidak pernah memperoleh 20 kerusi di Parlimen melainkan setelah bekerjasama dengan DAP dalam PRU 1999 dan PRU 2008. PAS pernah bersendirian paling tinggi MPnya 13 orang tahun 1959. Lepas itu ia turun naik bahkan pernah ada satu saja tahun 1986. Sejak menjana politik baru sudah dua kali dapat lebih dari 20 kerusi, bahkan dalam tahun 1999 ia dapat lebih banyak dari DAP. Bahkan dalam politik baru ini geger atau gegar juga kuasa di Putrajaya, suatu yang tidak pernah terbayang sejak pengalaman pilihan raya bermula tahun 1955. PAS pernah tegak sendiri sejak mula. Ketika pengundi Melayu melebihi 85 peratus dan Tanah Melayu penuh dengan kawasan dominan Melayu, pengundi Melayu yang dibantu oleh pengundi Cina tidak mengundi PAS. Apabila peluang itu PAS tidak dapat raih dalam tahun 1955, maka lima tahun kemudian peluang itu bertambah payah apa lagi bilangan pengundi bukan Melayu bertambah mendadak. Tiap-tiap lima tahun peluang kian payah. Tetapi PAS mesti ada. Jika PAS tidak ada di dunia, nescaya bertambah teruklah Melayu dan Islam di bawa Umno. Berjaga-jaga sedikit Umno kerana bimbang PAS akan kuat. Tetapi apakah PAS terus begitu diperlakulan oleh Umno ibarat tikus dipermian kucing sebelum kecing mekakannya? Membiarkan Umno memerintah rakus telah menjahanamkan negara, orang Melayu dan segala saki baki milik Melayu. Lagi dibenarkan ia berkuasa, sama seperti membiarkan tikus membaiki labu dan membiarkan nasi menjadi bubur. Bersatu itu benar. Orang-orang yng mengasaskan PAS juga mulanya bersatu dalam Umno. Tetapi sejak dari mula tidak nahi munkar iaitu tidak mencegah kemungkaran. Ia bercadang menaja judi loteri bagi menjada dananya dan ia menggalakkan pesta hiburan yang ada judi. Lalu penentang maksiat itu membentuk PAS. Ia seolah-olah membuka perpecahan. Tetapi berpecahkan dengan Umno yang pro maksiat itu adalah benar juga. Itulah namanya bersatu kerana Allah dan berpecah kerana Allah. Sejak itu Umno tidak pernah sukakan PAS dan jauh sekali untuk bercakap demi kepentingan ummah. Semua orang PAS dalam jawatankuasa masjid dan surau dibuang oleh pengaruh kuasa Umno. Bila Umno sayang pada PAS? Bila ia terdesak seperti 13 Mei, 1969. Ia cari PAS. Bila ia berpecah dengan penyokong Tengku Razaleigh tahun 1987 dan bila ia berpecah dengan penyokong Anwar tahun 1997. Masa 13 Mei itu Tun Razak menghantar menteri Tan Sri Hamzah Abu Samah mengambil Dato Asri dengan helikopter. Umno mengajak PAS berpakat. Dato Asri pun bersetuju. Dalam PRU 1974 berpuluh kerusi dimenangi BN tanpa bertanding kerana PAS bersatu dengan Umno dalam BN. Lepas Umno merasa ia sudah pulih ia tendang PAS dan rampas Kelantan dari PAS. PAS lumpuh selumpuh-lumpuhnya, mengambil masa bertahun untuk pulih hingga Dato Asri, Yang Dipertua Agung PAS terpaksa diketepikan dari parti. Ia berbaik dengan PAS rupanya hendak menelan PAS. Umno menggunakan polis bagi menyekat PAS bermuafakat dengan Team B Umno pimpinan Tengku Razaleigh. Apa hak polis bertanya PAS, mana lebih baik PAS bekerja dengan Teak A atau bekerjasama dengan Team B Umno? Minatnya pada PAS masa itu takut PAS dan Team B boleh mengalahkan Umno. Demikian juga bila penyokong Anwar membentuk kumpulan cuba bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Umno. Tiba-tiba aktivis Umno di kampung dan kota bercakap orang Umno sedia menyokong PAS tetapi tidak sedia menyokong bekas Umno yang membela Anwar. Masa itu Umno berkata lebih elok PAS tegak sendiri. Yang Umno tiba-tiba rasa sayang pada PAS mengapa? Natijah PAS berkawan dengan Ku Li, Kelantan hilang semula dari Umno. Gara-gara PAS berbaik dengan penyokong Anwar dan DAP, PAS berkuasa di Terengganu, beroleh hampir 30 kerusi di Parlimen, ia dapat banyak kerusi di Kedah, ada kerusi di Pahang, Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Bersatu untuk kepentingan ummah itu adalah benar. Justeru itu Dato Asri membawa PAS berbaik dengan Umno dan Anwar Ibrahim terjun dalam Umno. Tetapi Dato Asri dan Anwar yang ada jasa pada Umno telah dikhianati oleh Umno. Maka bagaimana PAS dapat memikirkan bersatu dengan Umno itu benar? Semua seruan supaya PAS meninggalkan DAP, bahkan berkawanlah dengan Umno adalah andaian yang tidak benar. Ia hanya melanjutkan lobi dan pelemah Umno. Pada masa ini berpecah dengan Umno itu adalah benar. Berkawan dengan DAP belum tentu tidak benar. Cubalah mempercaya DAP dan PKR itu seperti Rasulullah SAW bertahaluf dengan Yahudi dan Nasaro di Madinah dan berdamai dengan musyrikin Mekah di Hidaibiyah. * Subky Latif adalah pengasas lidah rasmi PAS, Harakah, pada tahun 1978. | ||
| Rumah diganggu makhluk halus jadi tumpuan Posted: 01 Jan 2011 03:53 AM PST BERNAMA Rumah misteri yang dikatakan diganggu makhluk halus di Kampung Bunga Emas, Panambang, dekat Kota Bharu sejak seminggu lepas, terus mendapat perhatian dan dikunjungi orang ramai. Kemuncak kepada perhatian orang ramai apabila pemilik rumah berkenaan, Zainab Sulaiman, 75, memanggil bomoh untuk menghalau makhluk halus itu petang semalam. Malah ketika bomoh berkenaan, Abdul Razak Mohamad, 50, melakukan kerja-kerja menjampi di ruang tamu rumah itu tiba-tiba keluarga itu dikejutkan dengan kejadian kebakaran pada kain dan tilam di bahagian dapur dan bilik tidur Zainab. Zainab berkata gangguan itu agak reda sedikit selepas penduduk kampung mengadakan solat hajat secara beramai-ramai selepas solat Jumaat semalam. "Kira-kira pukul 3 petang semalam, saya terjumpa sekeping wang kertas bernilai RM10 yang tercatat dakwat merah ditulis perkataan "Selamat Tinggal Semua" dipercayai dilakukan oleh makhluk halus itu," katanya kepada pemberita. Sejak seminggu lalu, gangguan makhluk halus itu semakin kerap apabila beratus-ratus helai pakaian Zainab dan cucunya dibakar dan dikoyakkan selain membakar tilam, selain merosakkan beras dengan mencampurkan dengan pewarna serta budu. "Memang cara makhluk halus ini mengganggu kami seolah-olah sengaja mengkhianati dan mendendam keluarga kami," kata Zainab, seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 30 tahun lepas. Zainab berkata, beliau sudah puas berikhtiar sehinggalah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kijang, Wan Ubaidah Wan Omar membantu mendapatkan bomoh. Gangguan makhluk halus itu kebiasaannya berlaku antara pukul 7 pagi hingga malam pada setiap hari. "Kadang-kadang kelihatan api menyala di bahagian tamu rumah, apabila kami berkejar memadamkan kebakaran itu, kelihatan pula api menyala di bahagian dapur dan dalam bilik pula. "Kami sudah membaca ayat Quran dan berdoa supaya dilindungi daripada gangguan makhluk halus itu, tetapi tidak juga dapat dihapuskan, sehinggalah kami panggil bomoh dan solat hajat beramai-ramai," katanya. | ||
| Utusan diminta jangan terlalu obses Posted: 01 Jan 2011 03:51 AM PST Aidila Razak Wakil pertubuhan wanita hari ini mengecam pihak yang menyerang ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching brhubung "pakaian ketat" yang dipakainya ketika menyertai senamrobik anjuran sebuah masjid awal bulan ini. Menurut pengarah eksekutif Empower, Maria Chin Abdullah perhatian kepada pakaian Teo merupakan bukti diskriminasi gender terhadap wakil rakyat wanita. "Ini adalah arus yang menyedihkan. Bahkan, kita dapat melihatnya berlaku sewaktu kempen pilihan raya umum di mana calon wanita menjadi sasaran serangan peribadi tentang bagaimana mereka berpakaian dan dengan siapa mereka bergaul."Ini terjadi dalam kes (ahli parlimen Seputeh) Teresa Kok, Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), dan Fong Poh Kuan ((Batu Gajah), yang terpaksa berdepan dengan komen rasis di Parlimen," kata Chin ketika dihubungi. Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan di muka depan bahawa Teo "buat hal" lagi dengan berpakaian ketat ketika menyertai senamrobik di tempat letak kereta sebuah masjid dalam kawasan pilihan rayanya. Jawatankuasa masjid tersebut menjemput Teoh menyertai acara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada sambutan Maal Hijrah anjuran mereka. Teo menghadiri acara tersebut dengan mengenakan seluar panjang sukan dan baju-T putih. "Mengapa sasar Teo?" Presiden Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Meera Samanther bersetuju dengan Chin, dan bertanya mengapa Teo (di bawah) sering menjadi sasaran komen seperti itu. Ahli parlimen Serdang itu sebelum ini menjadi bahan laporan Utusan apabila akhbar itu menyiarkan di muka depan Teo memakai baju kebaya ketat dan tidak memakai tudung ketika hadir di sebuah surau Ogos lalu. "Kenapa sasar beliau? Adakah kerana beliau seorang wanita, lantang dan ada kuasa? "Kami kecewa dengan kenyataan seperti itu tapi saya mahu beritahu Teo bahawa memang ramai orang yang tidak puas hati seperti itu, dan beliau jangan pedulikan mereka dan teruskan jalan tugasnya," kata Samanther. Kedua-dua aktivis hak wanita itu juga menegaskan bahawa Teo menghadiri acara tersebut sebagai tetamu jemputan jawatankuasa masjid tersebut yang tidak ada masalah pun dengan pakaian yang dipakainya. | ||
| Posted: 01 Jan 2011 03:50 AM PST
| ||
| Banjir di Pahang: PAS mula salur bantuan Posted: 01 Jan 2011 03:44 AM PST
| ||
| Ayuh isytihar 2011 Tahun Pemulihan Malaysia Posted: 01 Jan 2011 03:40 AM PST
| ||
| Rantau Panjang banjir, 67 mangsa dipindah Posted: 01 Jan 2011 03:38 AM PST BERNAMA RANTAU PANJANG — Seramai 67 penduduk di sini mula dipindahkan ke satu pusat pemindahan sejak pagi ini akibat banjir berikutan hujan yang melanda sejak beberapa hari lalu. Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan berkata 21 keluarga diarah pindah kira-kira pukul 11 pagi ini selepas kediaman mereka mulai ditenggelami air melebihi satu meter. "Kesemua mereka, kebanyakannya dari Kampung Pohon Tanjung, Lalang Pepuyu, Kubang Rambutan dan sekitarnya berpindah ke pusat pemindahan sementara di Stesen Keretapi Malaysia Berhad (KTMB) di Rantau Panjang," katanya kepada Bernama hari ini. Jurucakap itu berkata dua laluan ditutup kepada kenderaan iaitu Jalan Pohon Tanjung ke Jeram Perdah (Jalan lama Rantau Panjang) dan Jalan Rantau Panjang ke Lalang Pepuyu. Beliau berkata paras air Sungai Golok kini berada pada paras 10.21 meter melebihi paras bahaya sembilan meter. "Penduduk di kawasan berhampiran sungai Golok dan sungai utama di seluruh negeri ini dinasihatkan mengambil langkah awal dengan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan kehadiran banjir gelombang kedua," kata jurucakap itu. Hujan renyai-renyai dan kadangkala lebat turun berterusan sejak beberapa hari lalu terutama di kawasan pedalaman Kelantan. | ||
| Kempen bolehkan AEON jimat 10 juta beg plastic Posted: 01 Jan 2011 03:18 AM PST BERNAMA KLANG – AEON Co (M) Bhd yang mengendalikan pasaraya JUSCO berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik di kalangan pelanggannya sebanyak 10 juta keping sejak memperkenalkan kempen mengurangkan penggunaan beg plastic pada Januari 2008. Pengurus Besar Tanggungjawab Sosial Korporat dan Penjenamaan Korporat AEON Noryahwati Mohd Noh berkata pada akhir tahun 2010, AEON berjaya mengurangkan penggunaan beg plastik sebanyak lapan juta keping manakala pada akhir 2009 sejumlah dua juta beg plastik dapat dijimatkan. "Pengurangan beg plastik sebanyak 10 juta keping ini sebenarnya turut menyumbang kepada penjimatan sumber tenaga iaitu sebanyak 14,640 liter petroleum," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik & "Hari Tanpa Beg Plastik" peringkat negeri di Bukit Tinggi di sini hari ini. Kempen itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Konsumerisme & Pengurusan) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Mahani Tan Abdullah. Noryahwati berkata semasa AEON melancarkan kempen itu pada 2008, hanya lima peratus para pelanggannya yang menyambut baik saranan itu namun jumlah mereka kini meningkat kepada 15 peratus. Ketika AEON mula menjalankan kempen itu pada setiap Sabtu, pihaknya menghadapi rintangan kerana secara umumnya para pengguna di Malaysia sudah biasa diberikan kemudahan beg plastik percuma setiap kali membeli-belah, katanya. Pada 2008, AEON mengutip RM200,000 daripada penjualan beg plastik yang berharga 20 sen setiap satu pada setiap Sabtu itu dan menurutnya wang itu digunakan untuk membiayai projek penanaman pokok di AEON Mahkota Cheras dan program kemasyarakatan di Hospital Melaka. Mahani berharap kempen itu yang diadakan bertujuan untuk memelihara alam sekitar mampu menyedarkan masyarakat supaya kurang menggunakan beg plastik. Katanya setiap pasar raya besar di negara ini memberi 100 juta beg plastic setahun untuk kegunaan para pelanggannya. | ||
| Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia akibat serangan jantung Posted: 01 Jan 2011 03:16 AM PST BERNAMA KUALA LUMPUR – Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Jalan Tun Razak di sini akibat serangan jantung. Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. llahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusrawi, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves pukul 10 pagi esok. Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre. Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. "Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. | ||
| MB Selangor dinasihat cabar kemelut SUK di mahkamah Posted: 01 Jan 2011 03:11 AM PST
"Undang-undang, sebagaimana termaktub, memihak Menteri Besar Khalid (gambar) dan pentadbiran Pakatan Selangor," kata Profesor A Aziz Bari kepada The Malaysian Insider hari ini. Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ini memberitahu, peruntukan berkaitan sangat jelas dalam perlembagaan kerajaan negeri. "Di bawah perlembagaan, kuasa untuk melantik anggota 'ex-officio' Exco termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri terletak pada Sultan," kata Aziz. "Tetapi baginda (Sultan) perlu mempertimbangkan nama-nama yang dipersembahkan oleh suruhanjaya perkhidmatan yang berkaitan, dan sebelum baginda melakukannya, Sultan mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar," kata beliau lagi. Dalam kenyataan dikeluarkan pagi tadi, Khalid berkata, beliau kesal kerana Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. "Pemilihan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha Negara telah mengabaikan proses pemilihan mengikut Nota Amalan Perkhidmatan Awam yang menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri," kata beliau. Mengikut pengumuman Sidek Isnin lalu, pelantikan Khusrin berkuat kuasa hari ini dan akan mengangkat sumpah 6 Januari. "Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan Menteri Besar sebelum diserahkan kepada Sultan Selangor untuk diperkenan. "Selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan," kata Khalid lagi. Sehubungan itu tegas Khalid, kerajaan negeri Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk menemu duga kesemua lapan calon yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. Semalam, Aziz dan peguam veteran Karpal Singh melahirkan pendapat bahawa pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan. Karpal sedang menguruskan nasihat perundangan kepada Menteri Besar Selangor. Mereka berhujah upacara Khamis depan itu sebagai "tidak sah" memandangkan perlembagaan negeri menyebut bahawa upacara seumpama itu perlu dilaksanakan di hadapan Menteri Besar, bukannya Sultan Selangor. Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik Khusrin. Khalid yang bercadang untuk menghadap Sultan Selangor Rabu lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat beliau sebab baginda bercuti sehingga awal minggu depan. Menjelaskan lanjut, Aziz berkata, "melihat pada kontroversi yang berterusan, kemungkinan jalan terbaik bagi Menteri Besar Khalid ialah membawa perkara ini ke mahkamah dan melihat bagaimana hakim-hakim akan menari kelak, sama ada mereka ada akrobatik perundangan baru untuk tunjuk kepada kita." Beliau juga menyebut keputusan-keputusan mahkamah selepas pilihan raya umum 2008 yang dengan jelas menunjukkan memihak Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN). Aziz juga memberitahu, krisis semasa di Selangor adalah akibat tindakan pentadbiran Mahathir pada 1994 apabila beliau meminda Perlembagaan Persekutuan dan memperkukuh kuasa eksekutif dengan mengehadkan kuasa istana. "Sekarang ini undang-udangnya – malah perlembagaan berkata, selepas mempertimbangkan nasihat (daripada perdana menteri atau menteri besar), Agong atau Sultan mesti menerima nasihat itu," kata beliau lagi. "Sekarang, Umno cuba menggunakan raja-raja untuk mensabotaj negeri-negeri diperintah Pakatan. "Umno sudah lupa bahawa, satu hari ia akan jatuh; dan kesemua pendekatan yang ia ambil untuk memperkukuhkan kuasa kerajaan (BN) akan mengheret mereka ke bawah(jatuh)," tambah beliau. Aziz menambah, jika mahkamah membuat keputusan memihak Umno dalam kemelutu Selangor, maka ia perlu memutuskan bahawa pindaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1994 adalah tidak sah dan melanggar perlembagaan. | ||
| Perlantikan Isa Samad, NKRA Najib Memerangi Rasuah Posted: 01 Jan 2011 12:11 AM PST Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia PAS menyifatkan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda, berkuat kuasa 1 Januari 2011, sebagai satu lagi pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilancarkan pada 20 Januari 2010. Antara NKRA telah diputuskan oleh Kabinet ialah membanteras rasuah melalui Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. PAS berasa hairan Perdana Menteri yang terkenal dengan berbagai-bagai slogan retorik, untuk membuat pembaharuan (transformasi), tiba-tiba boleh melantik Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan dengan rasuah pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau telah dijatuhkan hukuman penggantungan keahlian selama 6 tahun. Mohd Isa telah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan. Antara pertuduhan yang dikemukakan adalah berhubung amalan rasuah termasuk membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Perbuatan rasuah ini telah dilakukan oleh Mohd. Isa melalui agennya merangkap Setiausaha Politik beliau, Salim Shariff ketika bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan September tahun 2004. Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak di kalangan ahli umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja. Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu. Perlantikan ini menggambarkan inilah watak sebenar Datuk Najib dalam hal memerangi rasuah. Memang kita jarang kedengaran Presiden Umno sekarang ini bercakap tentang memerangi rasuah secara agresif, berbanding dengan zaman Tun Abdullah, walaupun nampak lembut, sekurang-kurangnya zaman Tun Abdullah ada juga daya usaha menubuh Institut Integriti Malaysia, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ditukar kepada SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Patutlah usaha untuk memerangi rasuah tidak berjaya, malahan semakin parah. Malaysia masih kekal di tangga ke-56 pada Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) tetapi mata yang dikutipnya terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata. * Ustaz Idris Ahmad Ketua Penerangan PAS Pusat | ||
| MB S'gor: 'KSN sengaja belakangi proses pemilihan' Posted: 31 Dec 2010 10:31 PM PST ![]() MALAYSIA KINI Kerajaan Selangor kesal dengan sikap Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang didakwanya dengan sengaja membelakangkan proses pemilihan yang telah ditetapkan bagi memilih setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Khusrin Munawi. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dalam dalam pemilihan tersebut, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut nota amalan perkhidmatan awam. Menurut Khalid, nota amalan tersebut menyatakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri perlu mendapatkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri. "Proses pemilihan itu memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri mengemukakan calon yang sesuai bagi mengisi jawatan berkenaan dan mendapatkan kelulusan menteri besar sebelum diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk diperkenan," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini. "Selepas mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri memanjangkan nama calon berkenaan ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam peringkat pusat untuk proses dokumentasi pelantikan," tegasnya. Khalid berkata, kerajaan Selangor telah mengambil langkah sewajarnya dengan membentuk sebuah jawatankuasa khas diketuai speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim untuk menemuduga semua lapan calon yang dicadangkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri. "Jawatankuasa itu telah memilih tiga calon terbaik berdasarkan jasa-jasa mereka selain kriteria yang diperlukan bagi mengisi jawatan strategik dan paling kanan dalam pentadbiran awam kerajaan negeri Selangor. Malaysiakini melaporkan sebelum ini bahawa Khusrin berada di kedudukan terakhir antara calon yang ditemuduga oleh jawatankuasa tersebut. "Ketika mengumumkan pelantikan Datuk Khusrin Munawi, KSN bukan saja membelakangkan menteri besar, malah mengabaikan proses pemilihan calon berdasarkan kredibiliti, kemampuan dan pengalaman," tegas menteri besar lagi. "Perlu dinyatakan di sini, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan itu bukan sahaja melanggar perlembagaan, tidak bertanggungjawab serta tidak profesional malah boleh dianggap bermotifkan politik; sebagai salah satu usaha untuk mencabar kredibiliti kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. "Lebih merunsingkan saya, tindakan Tan Sri Mohd Sidek Hassan tersebut telah menghantar mesej yang tidak sihat iaitu kemampuan dan pengalaman bukan keutamaan dalam mempromosikan kenaikan pangkat pegawai kerajaan. "Mesej ini sangat bahaya apatah lagi sememangnya perkhidmatan kerajaan acapkali dikritik sebagai tidak efisyen," tegas Khalid. Walaupun pelantikan Khusrin tidak dipersetujui kerajaan negeri, Istana Selangor telah menggeluarkan jemputan untuk majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Sharafuddin Idris Shah Khamis ini. | ||
| Posted: 31 Dec 2010 10:24 PM PST KELAB GREENBOC Orangramai diminta waspada tatkala membeli beehoon terutama yang diimpot dari negara China.Ini ekoran dari laporan bahawa sejumlah besar beehoon yang dihasilkan dari negara tersebut diperbuat dari bijiran yang rosak dan mengandungi bahan tambahan "carcinogenic" yang boleh menyebabkan cancer dijual berleluasa di selatan China, demikian berita dari AFP hari ini. Terdapat hampir 50 kilang di bandar Dongguan di selatan China berhampiran Hong Kong mengeluarkan kira-kira 500,000kg beehoon tercemar setiap hari yang menggunakan bijiran yang rosak dan hapak, Beijing Youth Daily dipetik. Pengeluar yang tertekan dengan kenaikan kos telah merendamkan untuk memutihkan beras yang rosak menggunakan kimia tambahan seperti sulphur dioxide dan lain-lain bahan yang boleh menyebabkan cancer untuk menghasilakan setengah kg bijiran ditukarkan menjadi tiga paun beehoon, tambahnya. Beras yang bermutu rendah yang biasanya diuntukkan makanan binatang sebelum kenaikan harga barang-barang meningkat secara mendadak di China pada separuh tahun kedua 2010, lapor akhbar tersebut, yang menemuramah para pemborong.. Beehoon, sering digoreng dan dihidangkan bersama perencah daging dan sayuran merupakan makanan kegemaran di selatan China. Beberapa minggu lepas, beberapa siri insiden yang melibatkan pengambilan beehoon tercemar telah dilaporkan di dalam media menjelang sambutan Tahun Baru dan Tahun Baru China - ketika pembelian makanan dan arak biasanya meningkat. | ||
| Posted: 31 Dec 2010 10:18 PM PST SINAR HARIAN ONLINE Timbalan Pesuruhjaya Pas II, Iskandar Abdul Samad berkata, ahli Pas Selangor diarahkan sedemikian agar tidak berlaku sebarang kekeliruan yang boleh mengeruhkan keadaan. Menurutnya, pihak Kerajaan Negeri terutamanya Menteri Besar adalah individu yang lebih layak memberikan komen mengenai isu ini. "Saya tidak boleh komen sekarang sebab parti kita tidak boleh komen apa-apa dulu. Kita kena tunggu dan lihat dulu, sebab takut ada perubahan. Tunggu ketua parti buat komenlah, kami tidak mahu timbul sebarang kekeliruan berlaku. Biar komen tersebut dibuat oleh seorang wakil parti sahaja. "Sekarang ini, kalau hendak komen biarlah dari pihak Kerajaan iaitu dari Menteri Besar, jadi lebih baik Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sahajalah," katanya yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri. | ||
| Sairin dedah adanya ketua kampung terima rasuah Posted: 31 Dec 2010 10:09 PM PST KENINGAU KINI KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj. Karno mengeluarkan kenyataan mengejutkan pada Rabu bahawa, di Keningau terdapat ketua kampung menerima rasuah. "Saya dapat laporan," dedahnya dan meminta ketua-ketua kampung yang lain supaya lebih berhemah ketika menjalankan tanggungjawab. Sairin berkata, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mana-mana ketua-ketua kampung yang didapati terlibat, walaupun mereka bertugas di luar kawasan Dewan Undangan Negerinya. Katanya, rasuah merupakan amalan tidak bermoral dan pemimpin-pemimpin bawahan seperti Ketua Kampung, seharusnya menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawab. Sairin yang merupakan Wakil Rakyat Liwan mendedahkan perkara itu, ketika berucap merasmikan majlis Kempen Kebersihan dan Keindahan Bandar Bersama CIMB Bank dan MDK Keningau. Mengenai majlis itu, Sairin berkata, kekotoran yang berlaku di bandar Keningau berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab di kalangan pengguna. Katanya, tinjauan yang dibuat mendapati, sikap tidak ambil peduli mengenai kebersihan sudah menjadi tabiat di kalangan orang ramai. "Mereka suka membuang sampah di merata tempat, berbanding membuangnya di tong sampah yang sudah disediakan," jelasnya. Beliau mahu masyarakat di Keningau supaya menanamkan sikap lebih bertanggungjawab dengan menggunakan kemudahan tong sampah yang disediakan dengan sepenuhnya. Pembantu menteri itu turut mencadangkan kepada pengurusan Majlis Daerah Keningau (MDK), supaya melaksanakan dengan sepenuhnya undang-undang yang sedia ada, seperti menyaman pesalah disamping mengenakan denda serta merta kepada pesalah. "Sebaiknya siarkan mereka yang didenda atau dijatuhkan hukuman kerana didapati membuang sampah di merata tempat melalui media," katanya dan menambah, ia bertujuan untuk memberi contoh kepada pelaksanaan undang-undang. Beliau berkata, masyarakat di Keningau tidak gentar dengan undang-undang disebabkan mereka beranggapan bahawa MDK tidak akan melakukan penguatkuasaan. Justeru katanya, sudah sampai masa bagi MDK untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang berkenaan. Undang-undang anti sampah menurut Pegawai Eksekutip MDK – Alfian Koroh memperuntukkan undang-undang kepada pesalah sehingga RM20,000 atau dua bulan penjara. "MDK akan kuatkuasakan undang-undang itu," Alfian dipetik sebagai memberitahu melalui ucapannya. Terdahulu, Sairin memuji pengurusan CIMB Bank Berhad Cawangan Keningau, atas keperihatinan badan kewangan itu untuk membantu kerajaan tempatan dalam usaha memastikan bandar Keningau bersih daripada kekotoran. Sepanjang tempoh setahun ini, CIMB Bank Berhad menaja sebanyak 70 buah tong sampah, yang diletakkan di beberapa tempat strategic bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk membuang sampah. Bagaimanapun jelas Sairin, kemudahan itu tidak memberi makna jika masyarakat bandar tidak menggunakannya dengan sepenuhnya. Turut hadir di majlis itu ialah Pengurus Cawangan CIMB Bank Berhad Alysiusmadi Ali, Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan Rosdi Padiman, Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Arif, Timbalan Pengerusi LPPK Sabah Haji Jasni Rahmat serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan. | ||
| Perlantikan SUK baru, Umno-BN sengaja cetuskan kontroversi Posted: 31 Dec 2010 10:06 PM PST MALAYSIA TODAY Penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN), sekali gus menolak tuduhan liar bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) sengaja mencetuskan kontroversi berhubung perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK). Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Umno-BN lebih awal meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 demi kepentingan politik mereka. Menurut Khalid, sebelum ini perlantikan SUK perlu mendapat perkenan Sultan dan Menteri Besar namun sejak dilucutkan kuasa oleh Umno-BN, tiada lagi istilah perkenan Sultan dalam isu perlantikan tersebut. "Tetapi menerusi isu menghapuskan kekebalan Sultan sejak 1993 oleh Umno, kuasa melantik SUK telah 'dilupuskan' daripada Sultan dan Menteri Besar. Sejak itu jelasnya, tiada lagi kuasa sultan dan Menteri Besar untuk melantik Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang selain SUK," katanya. Khalid berkata, demikian dalam ucapan ringkasnya di hadapan kira-kira 200 jemaah yang hadir pada satu majlis khas solat hajat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, semalam. Jelas Khalid, bagaimanapun masih terdapat satu kuasa Menteri Besar, iaitu setiap SUK yang ingin memulakan tugas harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar. Sebelum ini, Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamizun Khairuddin menuduh Khalid cuba mempolitikkan pengurusan pentadbiran di negeri Selangor selepas bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS, Datuk Khusrin Munawi dilantik sebagai SUK negeri Selangor. Hamizun juga dilihat seolah-olah menegakkan benang basah mengatakan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 masih memerlukan pekenan Sultan untuk perlantikan SUK seperti yang dilaporkan Agenda Daily hari ini. | ||
| 3 NAIB PRESIDEN UMNO Vs 3 SAMI BUDDHA Posted: 31 Dec 2010 10:04 PM PST Oleh: MOHD YATIM SUHAILI FILEM bisu Tiga Sami Buddha (Chinese: 三个和尚, San ge he shang) yang masyhur selepas Revolusi Kebudayaan di China menzahirkan pepatah China purba yang menyebut; "Seorang sami boleh membawa dua baldi air, sami kedua akan membantu tetapi jika ditambah seorang lagi sami, tidak ada yang mahu mengangkat air." Filem Epik Tiga Sami Buddha berlaku di sebuah Kuil kecil di atas bukit yang yang dihuni oleh 'Sami Kecil' yang rutin kerjanya setiap hari mengangkat air, mengumpul benang ulat sutera, menambah air ke dalam botol di atas meja sembahyang dan menjaga agar tikus tidak mencuri makanan pada waktu malam. Kerjanya lancar dan selesa. Tidak lama kemudian, datang seorang 'Sami Tinggi' dan meminum setengah jar air di meja sembahyang dan 'Sami Kecil' meminta Sami Tinggi mengambil air, namun Sami Tinggi meminta Sami Kecil membantunya mengambil air. Mereka hanya dapat membawa satu baldi sahaja yang dipikul di tengah-tengah kayu pemikul yang diletakkan ke atas bahu mereka; sekurangnya masih ada air untuk diminum. Kemudian datang pula seorang 'Sami Gemuk' dan kehausan dan meminta air untuk diminum tetapi tiada air dalam jar dan kedua-dua sami tadi meminta Sami Gemuk mengambil sendiri air. Sami Gemuk mengambil satu baldi air dan meminumnya sehingga habis. Sejak daripada itu, tiada seorangpun di antara mereka yang mengambil air dan kuil berkenaan tiada air untuk diminum kerana mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak ada siapa yang mahu mengisi jar berkenaan. Suatu malam, seekor tikus datang untuk mencuri makanan tetapi kesemua mereka berpura-pura tidak melihat sehinggalah tikus berkenaan terlanggar lilin sehingga menyebabkan kebakaran. Ketiga-tiga sami berkenaan bergegas untuk memadamkan kebakaran secara bersepakat dan sejak daripada itu, kuil berkenaan tidak lagi kekurangan air. Kini Cerita Epik mungkin akan benar-benar berlaku dalam UMNO setelah ketiga-tiga Datuk 'Seri' Naib Presiden UMNO; Datuk Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussien tidak lagi 'berseri' dalam UMNO setelah jawatan mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Kedah dan Trengganu ditamatkan pada 27 Disember 2010. Perlantikan mereka sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO hanya sekadar meneruskan Formula 'Merry Go Round' yang diasaskan Tun Dr Mahathir yang menggilirkan jawatan Ketua Menteri Sabah kepada tiga suku kaum utama di Sabah; cuba diteruskan Presiden UMNO dengan melantik 'Tiga Datuk Seri' mewakili tiga negeri yang bermasalah ketika itu kerana jatuh ke tangan pembangkang dan berlaku perebutan kuasa selepas pilihanraya umum 2008. Formula Najib ini tidak dapat diterima oleh pemimpin UMNO dan Ahli UMNO di ketiga-tiga negeri berkenaan sehingga memaksa beliau mengubah pada saat akhir sebagai persediaan untuk merampas kembali dua negeri berkenaan dan membaikpulih UMNO Trengganu agar tidak jatuh kembali ke tangan Pakatan Rakyat. Ketiga-tiga Datuk Seri berkenaan mengikut resam 'Tiga Sami' sehingga terlalu mementingkan diri sendiri sedangkan jika mereka bersatu, mereka boleh mentadbir UMNO Kedah, Pulau Pinang dan Trengganu dengan baik dan tidak kedengaran sosek-sosek di kalangan pemimpin dan ahli UMNO negeri-negeri berkenaan. Mungkinkah mereka bersatu kembali setelah dibuang daripada kedudukan terhormat berkenaan sebagaimana 'Tiga Sami' yang berjaya memadam kebakaran kuil? Ke manakah mereka, terutama Shafie akan pergi selepas ini? Apakah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berani mengambil risiko mengembalikan Shafie ke Sabah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk memimpin pilihanraya umum akan datang atau mengekalkan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah dan Ketua Menteri Sabah? Dengan pengukuhan dana pembangunan sejumlah RM1 juta bagi setiap ADUN pada 2011, siapakah yang berani menderhaka kepada Musa Aman dan mengalihkan sokongan kepada 'Sami Pendek' (Shafie)? Walaupun konspirasi demi konspirasi dilancarkan Shafie dan kuncu-kuncunya, namun tidak berkesan untuk mencantas Musa Aman dari persada politik Sabah kerana ketokohannya telah membius minda Najib bahawa tidak ada tokoh yang dapat menggantikan Musa Aman untuk memimpin BN menghadapi Pakatan Rakyat di Sabah bagi memastikan 24 kerusi parlimen kekal di dalam genggaman BN dan merampas satu kerusi daripada Pakatan Rakyat (DAP). Penghantaran anak saudara Shafie ke Hong Kong untuk misi khas Pakatan Rakyat masih gagal menjatuhkan Musa Aman, sebaliknya semakin perkasa menambat hati Najib dengan pelancaran 'Susu 1Malaysia' yang diterajui Datuk Nasir Yeo Guan Hock, sekaligus mengikat kontrak Musa untuk satu tempoh yang panjang. Tidak ada siapa yang dapat menduga politik era Musa Aman dan Najib kerana mereka bagaikan aur dengan tebing tanpa mempedulikan banjir dan arus yang bakal menghancurkan mereka; kerana mereka sepakat menjaga 'Fixed Deposit' untuk memastikan 25 kerusi parlimen di Sabah meneruskan kontrak Najib sebagai Perdana Menteri dan 325 perwakilan UMNO Sabah untuk kekal sebagai Presiden UMNO!. | ||
| MUNGKINKAH NAJIB MENGHARGAI PENULIS? Posted: 31 Dec 2010 10:00 PM PST SABAH KINISelamat Tahun Baru 2011, WALAUPUN tanpa sumbangan rakyat Sabah, saya mungkin meneruskan www.sabahkini.net mengikut kemampuan saya kerana perjuangan menegakkan kebenaran bukannya mudah dan bukan sedikit pengorbanan yang bakal dibuat. Soalnya kenapa saya perlu berkorban jika rakyat Sabah sendiri enggan mengangkat 'senjata pena' memerangi kekejaman 'Kerajaan BN' (termasuk instrument yang rasuah dan menyusahkan rakyat) dan dalam masa yang sama terlalu 'bakhil' untuk menghulurkan derma bagi meneruskan perjuangan murni ini? Saya tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada 'perjuangan tolol' ini, sebaliknya mendapat banyak musuh yang mengintai peluang untuk melenyapkan saya daripada muka bumi ini; tanpa sebarang sokongan moral daripada rakyat Sabah yang melihat perjuangan saya sebagai 'sia-sia'. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin lupa pesanan almarhum Tun Abdul Razak yang berkata; "Saya berpendapat penulis yang berbakat sepatutnya mendapat kesempatan untuk menulis dengan 'serius' terus menerus dan dapat hidup lumayan dengan pekerjaannya itu." Kata Tun Razak lagi, "Dia tidak harus terpaksa melibatkan diri dalam pekerjaan-pekerjaan lain yang akan mengganggu kesempatannya untuk terus berfikir, meneliti, belajar, mencari pengalaman menulis. Keadaan seperti ini belum pernah wujud di Negara kita dan dengan kerana itu sudah banyak penulis kita yang berbakat di masa lalu hilang begitu sahaja." Mungkinkah impian Tun Razak dapat dilestarikan anaknya yang masih teraba-raba mencari halatuju 1Malaysia yang belum memartabatkan penulis sebagai 'Pejuang' dan 'Senjata' paling ampuh untuk menentang segala bentuk ancaman Negara luar yang menggunakan taktik Saiwar; yang tidak terjangkau oleh pemikiran ahli politik yang dihijab dengan projek, perebutan kuasa dan skandal. Alangkah indahnya jika ada Universiti khusus yang mengajar tentang penulisan dan menjadikan penulisan sebagai kerjaya kehidupan dengan menubuhkan Menteri Buku dan Ilmu? Mungkinkah? Bukankah Kerajaan BN menganggap penulis seperti 'Pelacur' yang hanya dibayar upah untuk mendapatkan perkhidmatan; tanpa mempedulikan kebajikan penulis yang majoritinya miskin, namun mampu menumbangkan BN di lima negeri pada pilihanraya lalu dan mungkin lebih banyak negeri akan jatuh ke tangan pembangkang jika BN tidak pernah menghargai penulis? Walaupun sudah banyak pihak datang meminang untuk membeli 'Sabahkini.net' namun saya masih sayangkan Sabah dan belum berniat untuk menjual Sabahkini kepada sesiapa kerana jika tidak lagi mampu, saya akan tutup sahaja dan biarlah mereka yang berminat untuk menggunakan nama Sabahkini.net setelah berkubur tanpa nisan. Doakan semoga itu tidak berlaku kerana selepas ini mungkin Sabahkini.net tidak sebebas sekarang! Salam Perjuangan! | ||
| Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR Posted: 31 Dec 2010 04:07 PM PST Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).
PENGURUSAN KEWANGAN Johor/Pahang dengan Selangor
Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.
Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta. Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009
Melaka dengan Pulau Pinang Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.
Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut. Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28). Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32) Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka
PENTADBIRAN NEGERI Johor/Pahang dengan Selangor Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50) Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional. Kajian Kes: Isu Curi Pasir Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.
Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi. Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot. Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Melaka dengan Pulau Pinang Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga. Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
PENDEMOKRASIAN Johor/Pahang dengan Selangor Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:
Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang. Rujukan am: Disediakan oleh, *Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta. | ||
| 2011: Padamkah cahaya kebebasan media? Posted: 31 Dec 2010 04:04 PM PST Menutup tirai 2010 dan membuka lembaran baru 2011 tidak sarat dengan maknanya bagi sesetengah orang walaupun banyak perkara menarik dijangka berlaku tahun 2011 dengan pelbagai ramalan tarikh pilihanraya umum ke-13 bagi Malaysia, kemungkinan berlakunya gelembong pasaran hartanah, berita baik untuk pekerja sektor swasta, prospek pertumbuhan ekonomi negara dan sebagainya.
Walaupun hari ini adalah lebih baik berbanding semalam dengan kewujudan beberapa portal berita dan akhbar bersaiz tabloid yang mengamalkan keterbukaan dan keseimbangan pemberitaan terutama hal-hal berkaitan politik Malaysia, namun kebebasan sebenar masih belum tercapai kerana parti-parti politik masih menguasai media arus perdana. Selagi parti-parti politik menguasai media terutama akhbar arus perdana, maka selagi itulah rakyat pelbagai kaum akan disajikan dengan berita-berita yang tidak seimbang, jumud dan kadang-kala menyemarakkan api perkauman yang jika terus ditiupkan, maka bencananya akan menghancurkan negara atau setidak-tidaknya menarik negara terkebelakang.
Beliau mungkin mengalami nasib yang sama seperti penulis yang bukan sahaja kehilangan pekerjaan ekoran mengeluarkan kenyataan sebagai pemimpin kesatuan sekerja, malah bakal mengalami trauma dan bahana dalam mendapatkan pekerjaan baru untuk menyara kehidupan dengan segala kesukaran dan keperitan akibat status buang kerja yang diraih. Jika ini berlaku, maka negara boleh mengisytiharkan tarikh itu sebagai hari hitam kebebasan media kerana pemimpin kesatuan sekerja tidak lagi dibolehkan untuk bercakap tentang kebebasan media sedangkan antara asas perjuangan kesatuan sekerja dalam industri media ialah memperjuangkan isu kebebasan media sejak sekian lama dan demi profesionalisme kerjaya kewartawanan. Apa gunanya ada kesatuan sekerja yang memayungi ribuan ahli-ahlinya jika mahu ia bergerak ala-ala persatuan tanpa mampu untuk membicarakan isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini terutama kebebasan media selain hanya bercakap mengenai kebajikan dan gaji ahli-ahli semata-mata.
Justeru, sebagai membuka tirai baru 2011, penulis ingin mengulangi peringatan mengenai keperluan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, supaya para penerbit tidak perlu lagi memohon lesen penerbitan akhbar dan majalah bagi memberi lebih ruang dan keterbukaan dalam penerbitan akhbar arus perdana. Dalam semangat untuk terus berjuang ke arah kebebasan media yang lebih terbuka dan seimbang, sesekali wajarlah untuk terus menjenguk kepada aspek terpenting kalau bukan utama mengenai pemilikan akhbar-akhbar arus perdana oleh parti-parti politik, seperti UMNO memiliki Utusan Melayu (M) Berhad dan Kumpulan NSTP, MCA pula menguasai The Star manakala MIC menguasai saham dalam syarikat yang menaungi akhbar Tamil Nesan. Rakyat Malaysia harus terus memujuk semua parti komponen BN untuk melepaskan pegangan dalam semua akhbar-akhbar arus perdana ini bagi merealisasikan impian kalau bukan angan-angan untuk melihat kebebasan media yang lebih seimbang, terbuka, bukan berteraskan perkauman dan mendapat perhatian oleh kebanyakan rakyat "atas pagar".
Bagi orang kebanyakan seperti penulis yang sedang menghadapi perbicaraan kes buang kerja oleh Utusan Melayu (M) Berhad yang baru mula didengar pada 21 Disember yang lalu dan bakal memasuki pusingan kedua pada 24 Januari akan datang, tahun 2011 tidak lebih dari sekadar kesinambungan untuk mencari keadilan untuk diri sendiri, kesatuan sekerja yang pernah dianggotai dan dunia kewartawanan tempatan secara amnya. Jika diambil beberapa kes buang kerja sebelum ini yang biasanya mengambil masa sehingga tiga tahun melibatkan lebih 10 pusingan kesemuanya sebagai penanda aras, maka tahun 2011 ini hanya perjalanan seterusnya untuk mendapat pengadilan sewajarnya sebelum menjengah tahun berikutnya. *Amran Ahmad ialah bekas Pengerusi NUJ Utusan Melayu. | ||
| JHEAIPP cekup pasangan lakukan 'aksi ringan-ringan' Posted: 31 Dec 2010 03:44 PM PST BERITA HARIAN ONLINE GEORGETOWN: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini, ditahan bersama teman lelakinya kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam di Pantai Jerejak di sini, tengah malam semalam. Pasangan yang berusia 20 tahun itu ditahan oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dalam Ops Sayang 2010, kira-kira jam 12 tengah malam. Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan, berkata ketika pemeriksaan dilakukan, pelajar itu berada di tempat duduk penumpang di bahagian depan, manakala pasangannya di tempat duduk pemandu Proton Waja yang bercermin gelap. Katanya, selepas penguat kuasa memperkenalkan diri dan mengarahkan pasangan itu keluar untuk dibuat pemeriksaan, pelajar wanita berkenaan didapati tidak memakai baju dalam. "Apabila soal siasat dilakukan, pelajar itu memberitahu dia membuka baju ketika bermadu kasih bersama pasangannya. Malah, zip seluar dan tali pinggang teman lelaki pelajar itu cuba dibetulkan ketika pemeriksaan," katanya. Khairul Azman berkata, ketika soal siasat dilakukan, pasangan itu mendakwa mereka tidak melakukan apa-apa dan hanya sekadar melakukan aksi 'ringan-ringan' di dalam kereta. Pasangan itu diberikan notis supaya menghadirkan diri ke pejabat JHEAIPP untuk diambil keterangan diri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996. | ||
| Tiada Had Tempoh Untuk Lantik Setiausaha Kerajaan Negeri Posted: 31 Dec 2010 03:41 PM PST
| ||
| Kes Fitnah II: Hakim Malaysia Turuti Nasihat Hakim Israel? Posted: 31 Dec 2010 03:37 PM PST
| ||
| DBKL roboh sarang pelacuran sekitar Kuala Lumpur Posted: 31 Dec 2010 03:35 PM PST SELANGOR KINI KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 sarang pelacuran di sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang di sini hari ini dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membanteras kegiatan rumah pelacuran lapor Bernama. Timbalan Penguasa Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Tanda Usoh berkata seramai 156 anggota termasuk wakil daripada beberapa agensi menyertai operasi tersebut termasuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Imigresen mulai tengah hari hingga 3 petang. "Tindakan hari ini adalah memecah atau merobohkan bilik-bilik yang telahpun dipecahkan sebelum ini sebanyak sembilan kali. Di Jalan Silang sahaja, kita memecah sebuah premis dua tingkat yang mempunyai 37 bilik," katanya kepada pemberita. Tiada tangkapan yang dibuat. "Mulai esok, kita akan menempatkan lima anggota serta seorang pegawai untuk memantau premis-premis berkenaan. Kita akan pantau dan lihat selepas premis-premis ini dipecahkan. Kalau ada individu yang dilihat membuka kembali premis ini, tindakan akan diambil. "Memang tiada kesudahannya aktiviti ini, kita hanya boleh pecah dan tahan lesen perniagaan mereka, tapi kita tidak boleh robohkan sesebuah bangunan 100 peratus macam itu sahaja, itu di luar bidang kuasa kita," kata Tanda. |
| You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
"Ini adalah arus yang menyedihkan. Bahkan, kita dapat melihatnya berlaku sewaktu kempen pilihan raya umum di mana calon wanita menjadi sasaran serangan peribadi tentang bagaimana mereka berpakaian dan dengan siapa mereka bergaul.
Ahli parlimen Serdang itu sebelum ini menjadi bahan laporan Utusan
KUANTAN: PAS Pahang bertindak segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di daerah ini melibatkan beberapa kawasan ekoran hujan lebat sejak tiga hari lalu
KUALA LUMPUR – Seorang pakar perlembagaan berpendapat peluang terbaik yang ada pada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru ialah dengan membawa pertikaian itu ke mahkamah.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata dalam dalam pemilihan tersebut, KSN telah mengabaikan proses pemilihan mengikut nota amalan perkhidmatan awam. 


Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (
Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
Jika ini berlaku, satu lagi episod hitam dalam kebebasan media negara ini bakal berlaku buat kali kedua selepas 50 tahun semenjak peristiwa mogok Utusan tahun 1961 yang dikepalai oleh Said Zahari (gambar kiri) bagi menghalang penguasaan parti politik dalam akhbar keramat masyarakat Melayu itu yang menjadi ingatan dan kenangan buat pendokong kebebasan media.
Pada masa yang sama, pemimpin kesatuan sekerja di negara ini perlu terus dilindungi dari segala bentuk ancaman, ugutan serta tindakan yang boleh menamatkan kerjaya mana-mana individu kerana perjuangan murni ke arah kebangkitan bangsa yang lebih dinamik harus dipertahankan walaupun realitinya, setiap perjuangan itu ada risikonya tersendiri.
Sekiranya ada pertandingan "apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini" mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan