Sabtu, 1 Januari 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Bekas Menteri Besar Perlis Pula Dikaitkan dengan Skandal Seks

Posted: 01 Jan 2011 05:25 AM PST


Selepas jenayah seks yang melibatkan seorang Menteri Kabinet Najib didedahkan, kini seorang yang hanya mahu dikenali dengan nama MalaysiaLeaks mendedahkan pula skandal seks bekas Menteri Besar Perlis yang turut didakwa diketahui oleh PM pada ketika itu, Pak Lah. Penulis itu mendakwa Pak Lah telah menyembunyikan kes perzinaan bekas Menteri Besar Perlis itu dan membenarkan beliau bertanding dalam PRU 12. Malah tanpa diketahui sebabnya, Pak Lah dikatakan telah menandatangani watikah pelantikannya sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Menurut MalaysiaLeaks, bekas Menteri Besar Perlis itu telah menjalinkan hubungan dengan seorang gadis sehingga menyebabkan dia mengandung. Menteri Besar Perlis itu dikatakan telah memaksa gadis tersebut menggugurkan kandungannya.

Menurutnya lagi, gadis tersebut telah bertemu dengan Pak Lah bersama-sama dengan doktor yang telah menggugurkan kandungannya serta beberapa orang VIP yang mengetahui skandal seks tersebut, namun Pak Lah dikatakan enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada bekas Menteri Besar tersebut. Sedangkan menurut MalaysiaLeaks, skandal seks bekas Menteri Besar Perlis itu bukanlah suatu yang rahsia dalam kalangan jemaah menteri. 

Artikel pendek di atas saya olah daripada Sabah Kini. Sila ke sana untuk membaca tulisan MalaysiaLeaks secara terperinci.

Selesema BABI Semakin Merebak di Britain

Posted: 31 Dec 2010 10:14 PM PST

Beberapa minggu lepas saya ada menterjemah berita yang disiarkan di Daily Mail UK tentang penularan wabak ini di Britain dan kemungkinannya menular ke beberapa negara lain di Eropah. Pada masa itu, kematian yang dilaporkan berpunca daripada wabak ini sekitar 10 orang. Kini, jumlah kematian yang dilaporkan sudah meningkat kepada 36 orang. Butiran lanjut di bawah ini:

[BH] LONDON: Angka kematian akibat wabak selesema babi di Britain meningkat kepada 36 orang selepas tiga orang lagi meninggal dunia malam tadi berpunca daripada satu lagi virus selesema dikenali 'Jenis B.'

Akhbar The Sun melaporkan, perangkaan terbaru menunjukkan seramai 12 orang rakyat Britain meninggal dunia minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 39 orang sejak Oktober.

"Pakar kesihatan bimbang jumlah kanak-kanak yang dijangkiti selesema babi akan meningkat dengan mendadak apabila mereka kembali ke sekolah minggu depan. "Oleh itu, mereka menggesa golongan berisiko tinggi termasuk wanita hamil agar mengambil suntikan pencegahan," lapor akhbar berkenaan.

Laporan kematian terbaru diperoleh selepas doktor di klinik tempatan melaporkan peningkatan penyakit selesema minggu lalu sebanyak 40 peratus, menyusuli kematian menyayat hati Sarah Bowden, seorang ibu yang baru melahirkan anak sebelum dijangkiti selesema babi.

Pihak berkuasa mengesahkan, 738 orang di seluruh Britain berada dalam keadaan tenat ketika rawatan diberi di hospital. Bilangan yang disyaki atau disahkan menghidap selesema adalah 460, 42 daripadanya adalah kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Setiausaha Kesihatan Britain, Andrew David Lansley menegaskan bahawa Perkhidmatan Kesihatan kebangsaan (NHS) dapat 'menangani dengan baik sekali' penyebaran wabak terbabit, manakala iklan televisyen dan kempen akan dilancarkan esok. – Agensi

P/s: Wabak ini tidak mustahil merebak ke Asia dan ke Malaysia. Jaga-jaga!

Makan Telur Cacing Untuk Kuruskan Badan. Jangan Cuba!

Posted: 31 Dec 2010 06:39 PM PST

Saya petik:

[HM] BEIJING: Pelajar perempuan di Xiamen, China dilapor memakan telur cacing bulat untuk mengurangkan berat badan bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Telur berkenaan akan menetas di dalam perut, membolehkan mereka yang memakannya menurunkan berat badan tanpa perlu bersenam atau berdiet.

Dengan kekurangan pekerjaan di seluruh negara itu, wanita China berdepan dengan tekanan untuk kelihatan kurus jika ingin mendapat peluang pekerjaan, Sebahagian pelajar pula merenung gambar selama beberapa jam dengan hasrat mengekang selera makan sebagai cara untuk melangsingkan badan.

Seorang pelajar, Xiaomei berkata, beberapa rakannya menggunakan sabun khas yang dapat membantu diet mereka. Ada juga yang mandi sehingga 10 kali sehari. - Agensi
P/s: Saya kata jangan cuba kerana anda tidak tahu jenis telur cacing yang dimakan oleh pelajar di China. Saya katan jangan cuba sebab banyak orang sanggup mrelakukan apa-apa sahaja untuk kurus. Saya cakap jangan cuba sebab banyak orang yang maut kerana mencuba cara singkat untuk kurus. Jadi, saudara-saudari, jangan cuba!

Tiada ulasan: