Briged Al-Akhdor LR2 |
| Tangga ke-2 bawa keluar wang haram, Malaysia bakal muflis – Anwar Posted: 29 Jan 2011 09:56 AM PST LABIS: Malaysia kini berada di tangga kedua tertinggi di dunia yang mempunyai aliran keluar wang haram sekaligus bakal menempatkan Malaysia sebagai negara bankrap, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan Global Financial Integrity (GFI) di bawah kajian Illicit Financial Flow From Developing Country 2000 hingga 2009."Tahun 2000 sahaja, sejumlah USD 28 bilion wang dibawa keluar dari negara ini. Manakala pada 2008 telah naik sehingga 33%, iaitu dengan jumlah USD 68 bilion.'' Wang ini adalah wang rasuah, wang tipu dengan kerja-kerja tidak halal dan wang yang dilarikan daripada cukai. Maknanya, wang tanpa rekod yang dibawa keluar berjumlah RM240 bilion setahun," katanya dalam ceramah pada kempen Pilihanraya Kecil Tenang di Dataran Wayang Pacak, malam tadi. Anwar bagaimanapun mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan segera mengenai laporan tersebut, yang didakwanya sebagai tanda-tanda bahawa negara ini bakal muflis. "Sepatutnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengambil tanggungjawab kerana ada laporan antarabangsa. Mana dia Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi? "Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kena jalankan siasatan, tentang siapa yang bertanggungjawab melarikan wang dan khianat kepada negara. Kalau macam ini alamatnya negara akan bankrap. "Bila ditanya kepada Menteri, tak tahu untuk menjawab. Menteri apa ini? Sebab itu saya ulang, saya nak debat soal ekonomi. Bukan kita nak aibkan orang," jelas Anwar di hadapan kira-kira 2,000 hadirin. Beliau juga menegaskan, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, pesalah-pesalah tersebut akan didakwa dan wang tersebut akan dikembalikan kepada rakyat Malaysia. Pada 20 Januari lalu, GFI – sebuah badan pemerhati kewangan menyenaraikan Malaysia antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun. Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008. Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion. GFI mendefinisikan wang haram sebagai merujuk kepada wang daripada aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, kecurian, sogokan serta pengelakan cukai. Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu. Sehingga kini, belum ada reaksi rasmi daripada pihak berkuasa berhubung laporan, malah Perdana Menteri enggan mengulasnya ketika ditanya pada 21 Januari lalu. |
| AWAS: Bahaya Maklumat Sulit Jadi Bahan kempen.. Posted: 28 Jan 2011 04:30 PM PST " Sejak akhir-akhir ini serangan isu peribadi calon menjadi bahan politik BN-NGOK. Serangan demi serangan bukan tertumpu kepada calon, kaum keluarga turut menjadi mangsa demi memuaskan nafsu serakah BN-NGOK.Kesihatan yang menjadi rahsia peribadi antara majikan dan pekerja menjadi bahan kempen BN-NGOK. Beza antara kesihatan dengan intergriti bagaikan jauh langit dengan bumi. Kesihatan adalah anugerah ALLAH yang perlu kita hayati tapi intergriti ketika bertugas sebagai pegawai yang bertanggunjawab menjadi amanah yang wajib dilaksanakan. Namun, amanah yang wajib dilaksanakan sebagai pengetua, kerani, pegawai daerah mahupun menteri telah dimanipulasikan demi kepentingan peribadi politik BN-NGOK. BN-NGOK telah menggunakan kedudukan sebagai parti yang memerintah menggunakan pegawai kerajaan untuk tunduk kepada kemahuan parti. MAKA, BAHAYALAH SELURUH PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN KERANA MAKLUMAT SULIT BERADA DALAM GENGGAMAN KERAJAAN. RUNTUHLAH INTERGRITI KERAJAAN KERANA MENGGUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI PEMERINTAH DENGAN MEMANFAATKAN MAKLUMAT SULIT.PATUTLAH MEREKA YANG MENGUNDI PAKATAN MAHUPUN MEMBERI SOKONGAN KEPADA PAKATAN TIDAK KIRA MAHASISWA, PENSYARAH, KONTRAKTOR, CIKGU DAN PEGAWAI KERAJAAN 1.TIDAK DINAIKKAN PANGKAT, 2.TIDAK MENDAPAT ANUGERAH ATAU KONTRAK , 3.TIDAK MENDAPAT LAYANAN YANG ADIL 4. TIDAK DIBERI KEDUDUKAN DI DALAM MEDIA PERDANA 5. TIDAK MENDAPAT BANTUAN KERAJAAN WALAUPUN MEREKA MEMPUNYAI KELAYAKAN YANG SETIMPAL UNTUK DIBERI PENGHARGAAN MAHUPUN BANTUAN KEWANGAN. MAKA, TERPAKSALAH MEREKA MEMILIH JALAN UNTUK TERUS BERPURA-PURA DAN MENJADI PEMBODEK KERAJAAN BAGI MEMASTIKAN PERIUK NASI TIDAK TERJEJAS. JUSTERU, WAJIBLAH KITA SEBAGAI PENGUNDI YANG BIJAKSANA MENUNAIKAN AMANAH YANG ALLAH BERIKAN UNTUK MEMILIH PEMIMPIN YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN ADIL.GUNAKANLAH KUASA YANG ADA UNTUK MENUNJUKKAN BAHAWA KERAJAAN ADALAH UNTUK RAKYAT DAN RAKYAT BERKUASA MENJADIKAN MEREKA UNTUK LEBIH BERTANGGUNGJAWAB . PILIHAN DI TANGAN ANDA WAHAI PENGUNDI TENANG...... " sumber |
| You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Sejak akhir-akhir ini serangan isu peribadi calon menjadi bahan politik BN-NGOK. Serangan demi serangan bukan tertumpu kepada calon, kaum keluarga turut menjadi mangsa demi memuaskan nafsu serakah BN-NGOK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan