Sabtu, 29 Januari 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


PRK Tenang : Maklumat Kertas UNDI DUN TENANG

Posted: 29 Jan 2011 04:17 AM PST















Kepada semua pengundi di DUN TENANG :

Maklumat calon yang tercetak pada kertas UNDI adalah seperti berikut.


Gambaran kertas undi esok.

Adakah maklumat yang dicetak pada kertas undi itu memberikan kelebihan kepada calon PAS apabila sekadar dicetak CIKGU MALA dan bukan nama penuh seperti calon BN?

Gambaran di atas adalah 99% seperti kertas undi sebenar. Nama Cikgu Mala di atas dan Azahar bin Ibrahim di bawah.

PRK Tenang : Labis Selepas hujan..

Posted: 29 Jan 2011 01:14 AM PST

Sambil masyarakat Felda Chempelak beriadah, mereka turut disampaikan dengan berita-berita terkini berkaitan dengan FELDA. Antaranya kes mahkamah terbaru yang dimenangi peneroka Felda Raja Alias,Jempol, Negeri Sembilan.

Kes dimana kontraktor yang dilantik Felda menawarkan harga bagi setiap tujuh ekar tanah milik seorang peneroka, lebih murah iaitu RM28,000 berbanding kontraktor yang dilantik peneroka menawarkan harga RM35,000. Kenapa harga murah diberikan kepada peneroka?
Siapa yang ambil duit selebihnya...itu kena tanya Ahmad Maslan.

Dan seperti kelaziman, berita ini tidak disentuh di dalam media utama kerajaan.

Berita selanjutnya dari Sinar Harian di bawah.

Program 'Sukan Rakyat' anjuran ANAK dan SAMM tetap berjalan walaupun hujan renyai dengan kehadiran istimewa Yasir Said bekas Juara Cub Prix Asia.


Antara acara sukan yang dipertandingkan. Chegu Bard dan budak-budak SAMM turut memeriahkan program.


Rakan-rakan Sdr Yasir Said turut memeriahkan program sukan rakyat bersama motor-motor besar mereka.


Acara cabutan bertuah yang disampaikan sendiri oleh Sdr Yasir Said kepada pemenang bertuah.


Sdr Yasir Said sedang mengumumkan nama pemenang cabutan bertuah.


Salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah adalah wanita bersama payung BN ini.


Anggota ANAK berbaju T-shirt hitam-oren bersama-sama memeriahkan program.




********************************************************************

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi di sini, semalam menolak permohonan injunksi kontraktor yang dilantik Felda dalam kes penebangan pokok getah Felda Raja Alias 2, Serting, Jempol.

Hakim Datuk Rosnaini Saub berkata, permohonan injunksi kontraktor dilantik Felda itu tidak sah berikutan kesemua peneroka terlibat adalah pemilik berkepentingan tanah Felda.

Keputusan hakim itu diputuskan melalui perbicaraan di dalam kamar hakim yang dijalankan secara tertutup.

Kesemua 23 peneroka itu diwakili peguam, T.Kumar dan Surina Suhaimi.

16 Disember lalu, kontraktor Huat Hing Rubberwood Sdn Bhd yang dilantik Felda menfailkan permohonan injunksi untuk menghalang peneroka dan kontraktor dilantik mengurus tanah Felda Raja Alias 2.

Permohonan injunksi itu bertujuan menghalang peneroka menguruskan tanah Felda mereka atau melantik mana-mana kontraktor mewakili mereka dalam urusan penebangan pokok getah.

Tindakan kontraktor memohon injuksi mahkamah itu sekali gus menghalang peneroka menguruskan kebun dan juga tidak membenarkan peneroka menghampiri kawasan masuk kebun sejauh 200 meter.

Sementara itu, di luar mahkamah, Surina berkata, keputusan hakim itu adalah tepat dalam melindungi hak peneroka.

Menurutnya, peneroka menolak kontraktor dilantik Felda berikutan harga jualan hasil dan pokok getah ditawarkan tidak mengikut harga pasaran.

"Bagi setiap tujuh ekar tanah milik seorang peneroka, harga hasil jualan pokok getah hanya RM28,000 sahaja yang ditawarkan kontraktor dilantik Felda, berbanding kontraktor dilantik peneroka sendiri menawarkan RM35,000.

PRK Tenang : Suasana Ceramah Di Dataran Cikgu Mala 2 Hari Sebelum Mengundi

Posted: 28 Jan 2011 07:14 PM PST

LABIS, 29 Jan: Ribuan penyokong menyertai ceramah perdana yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Cikgu Mala sempena ceramah penutup kempen utama mereka di Tenang malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng menyertai majlis itu yang turut disertai oleh para pemimpin kanan dari parti dalam komponen Pakatan Rakyat.

Kawasan tanah lapang yang disewa oleh PAS berhadapan dengan Dataran Wayang Pacak mereka telah diberikan nama jolokan iaitu Dataran Cikgu Mala sempena dengan nama calon PAS untuk pilihan raya kecil Tenang.

Kehadiran begitu ramai ini memberikan gambaran sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kalau tidak semua mereka adalah penduduk tempatan, kesanggupan mereka datang membayangkan sokongan untuk Pakatan dari seluruh negara walaupun dimomokkan dengan pelbagai isu oleh media BN.

Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurukamera Harakah, dan persendirian.









Sumber : Harakah dan persendirian

Tiada ulasan: